Monday, August 10, 2009

minggu yang lesu


hari minggu ditunggu diatas usaha kerja dihari lain.
lain orang lain rehatnya.
ada bersama keluarga.
ada bersama teman.
ada berhibur sendiri.
dan ada juga yang berteman mimpi.

rehat di hujung minggu kali ini tidak menyebelahi aku.
rehat juga tidak datang pada hari biasa dalam minggu ini.
adakah boleh digelar rehat jika masih menyukat susu pada jam 2 pagi?

perkara biasa bagi aku. tapi tidak seminggu ini.
aku perlu pulang sebelum burung pulang.
aku perlu lupakan kerja kerana kerja tak pernah lupakan tuannya.
aku juga perlu kuatkan tenaga.
kerana kekuatan itu tuan alam yang punya.

aku hulur perut tangan di muka ketua.
kerja ini penting, tetapi urusan di rumah juga penting.
tidakkah cukup bekerja dari pagi.
hendak pula diterus sampai malam.
adalah tidak normal jika lapan jam diberi.
hendak ditambah lima jam lagi.

adakah aku memiliki kerajaan sebesar nabi sulaiman untuk diperah?
atau
memiliki harta setinggi karun untuk diratah?

aku tidak sapa-sapa jika dibandingkan.
apa perlunya kerja sehebat itu jika hasilnya.
hanya melebarkan senyuman orang lain.

aku punya waris yang bernyawa.
aku miliki harta yang akan memberi cahaya putih di lubang yang gelap.
jika betul lampu itu yang menyuluh.
aku memiliki satu sahaja cahaya itu.

harta sangat kecil. kekuatannya juga sangat kecil.
lampu yang menyuluh? tak ada lagi.
harta ini hanya sebesar sel bateri.
terlalu kecil untuk dibentuk menjadi bateri.
apatah lagi menjadi lampu suluh.

tetapi aku telah diamanah oleh tuan punya harta ini untuk menjaganya.
dan ujiannya tiba bila amanah ini dipikul sendiri.
tidak bersama teman.
teman itu berurusan di pulau helang di pulau dayang.

agak lesu bila berkejaran. kelam kabut pelbagai urusan.
baju perlu dicuci.
botol perlu disinki.
makan juga harus diberi.
aku menyusun baju.
dia juga susun mainan.
aku kemas di almari.
dia kemas depan tivi.
aku teriak memberi arahan.
dia sibuk membaling mainan.
aku ugut tak kemas tiada susu. dia peduli apa.
berjoget mendengar lagu. menjerit meminta susu.
dan akhirnya aku mengemas dalam lesu di waktu lena yang panjang si kecil dipangku.

adakah sesiapa peduli hal ini? tidak.
kerana ciuman pagi si kecil cukup menyegarkan lapan jam berikutnya.
dan aku tak peduli hal sendiri.
kerana hal si kecil ini cukup memabukkan aku selama mana aku terjaga.

disaat aku berdiskusi sendiri ini.
aku berada dalam kesejukan tengahari.
dalam kereta yang melenakan sikecil dua jam tadi.
aku lapar. dia lena.
aku perlu makan tapi si lena ini tidak bergerak dari tadi.
aku menurun tingkap dia terjaga dan lena kembali.
dan aku masih disini menanti sepasang mata besar terjaga
dan tersenyum sambil teriak, nak.nak.

Tuesday, August 04, 2009

adidas king of the road


seumur hidup aku hanya berlari 2 kejohanan aje. merentas desa masa sekolah dan larian 5km anjuran hong leong bank 7 tahun lepas. itu pun lari tak habis.

masa merentas desa sekolah aku terjatuh masa permulaan. larian hong leong pulak kena hasut dengan member. orang lain lari sampai habis. awak lari sampai kedai mamak terus pekena teh tarik. tak sukan langsung.

aku dapat tau larian adidas ni dari bulan april lagi. semenjak itu semangat nak lari memang tinggi. aku tinggalkan aktiviti futsal mingguan. aku simpan duit dan beli kasut lari. aku sukat makanan. aku paksa diri berlari jugak di tasik walaupun sibuk. aku kerap sakit kaki dan tetap juga berlari bila sakit dah sembuh. aku buat rujukan segala tentang larian di internet. makanan, latihan, rutin, info di youtube, di nikerunning, pelbagai.

aku membayar sendiri yuran larian walaupun boleh percuma. segalanya kerana aku dah kecanduan larian.

bagi aku sukan larian maraton ni kategori sukan lasak seperti tritlon atau berbasikal. sebab kita aktif tanpa henti di tengah panas. jadi tahap kepenatan sukan-sukan lembut seperti boling, catur, dat atau dam aji memang jauh bezalah dari ini.

hari pertandingan semakin dekat dan aku sangat takut untuk berlari. pertama kerana aku tak pernah berlari sejauh 11km tanpa henti seumur hidup. kedua, latihan larian aku pun setakat 3-5km je 2 kali seminggu. ketiga aku takde motivasi untuk berlari kecuali diri sendiri. aku selalu cakap kat diri sendiri, orang lain pun boleh buat, takkan kita tak boleh.

jadi pada subuh yang hanya sempat tidur sejam itu. aku terus siapkan diri untuk berlari. fizikal aku memang meragukan pagi tu. dengan sakit di pergelangan kaki berulang sebab berdiri 5 jam di konsert search semalam. aku cuma boleh harap semangat aje.

sesampai di stadium shah alam, aku carik kawan-kawan sepejabat untuk mencari semangat. nombor peserta dipin oleh faizal panjang dan kak sab. ambik gelang peserta dan terus ke kawasan pemanas badan. aku tengok pelbagai jenis warm-up ada. yang berlari. yang luruskan kaki cam gimnastik. yang tolak dinding. yang tak warm-up tapi sapu minyak panas pun ada.

pihak adidas memberi baju singlet kuning pada para peserta. dan aku tengok ada yang tak pakai. aku pun tak pakai sebab saiz kecik. lagipun singlet beb segan sikit la. biasa acara lari-lari ni bangsa cina memang ramai masuk. amoi yang aku jumpa pun kebanyakkannya tak kisah berpakaian seksi. yang melayu seksi pun ada jugak. dalam hati aku cakap kat tasik tak jumpe pun muka-muka ni. mana diorang berlari ye. selebriti fitnes kot. aku tengok ada 10 orang pelari kenya dan beberapa pelari pro tengah berlatih. diorang memang hebat la. ada sekumpulan peserta pakai baju dari persatuan larian. macam ditaja la.

mata aku dok melilau gak kot ternampak member. sorang pun tak nampak. hari sebelum sikit punya berkobar cerita. nak telefon pun tak boleh sebab telefon aku dalam beg. harap jumpa masa lari ajelah nanti.

bagi kategori 22.7km peserta dilepaskan pukul 6.15 pagi dan perasaan aku teruja sangat nak lari dah ni.

tepat jam 7, peserta berjumlah 3000 orang telah dilepaskan oleh tan sri khalid mb selangor dengan sepucuk pistol semiautomatik dengan peluru 3mm. aku lari takdelah laju. ikut langkah orang.

500m yang pertama adalah larian mendaki. aku hampir berhenti lari kerana penat. tapi takde orang berhenti. aku terus berlari. orang gemuk pun lari takkan aku nak berhenti. 1km kemudian aku dehiderasi. tekak terlalu kering. air liur takde untuk ditelan. kemudian aku muntah angin kat tepi jalan. lari tetap lari.

aku pandang depan belakang dan aku agak kehadapan bila melihat nisbah. depan agak kurang orang berbanding belakang macam laut ramainya. aku rasa aku berada dalam kalangan 50 yang pertama.

jalan utama di shah alam ditutup sepenuhnya dan aku lihat sorang mat motor tengah pujuk polis untuk ke seberang jalan semata-mata nak hantar bini dia pergi keje kat hospital. dah lambat katanya. sian aku tengok.

3km seterusnya ada hentian air. aku capai 2 cawan 100plus sekaligus dan hasilnya aku lari 2km tanpa henti. baru aku tau hebatnya 100plus tu. aku berlari ikut orang. bila sebelah aku awek baju hitam. aku akan cam dia. bila aku agak perlahan dia kedepan, aku akan kejar balik bila ada tenaga. strategi tu berkesan.

walaupun orang yang dikejar bertukar-tukar. kejap awek baju hitam. kejap pelari dari turki yang memakai bendera seperti superman. kejap lelaki cina botak yang pakai seluar merah pegang air mineral.kejap amoi yang melecet kaki tapi tetap boleh lari lebih laju dari aku. yang penting aku tetap berlari.

yang bestnya masa lari melintasi depan pejabat pos aku saing dengan pelari kenya. puh macam pro larian aku masa tu beb. saing dengan atlet kenya tu. dan aku dapat potong pelari kenya yang tak laju tu. bangga gila. lepas ni aku bole bukak cerita, setakat pelari kenya tu aku dah pernah potong la.

3km yang terakhir trek larian makin sesak dengan pelari dari 22.7km dan 8km bertemu. aku terus berlari ambik ruang selesa untuk bernafas. kaki aku kejang, pedih, sakit dan suhu badan aku sangat panas. rasa nak lari bukak baju aje.

1km terakhir aku tiba-tiba jadi sebak plak. teringat latihan selama ni. pengorbanan untuk larian ni. aku tak rehat dari semalam. aku tak pernah lari sejauh ni. kaki aku sangat sakit tapi boleh lagi berlari tak macam setengah peserta lain dah duduk tepi tembok ada yang berdarah sebab melecet. aku cakap dalam hati. terima kasih ya tuhan kerana memberi pengalaman manis ini. seronok amat.

larian tamat di dalam stadium shah alam dan aku sangat bangga dengan diri sendiri. aku dah berlari selama 1 jam 30 minit. tak pantas tak perlahan. setanding pelari kenya.dan yang penting habis.

minum milo sepuasnya. makan bijirin sarapan sampai 3 mangkuk. tengah makan bijirin nampak si rosli baru sampai dengan kaki melecet sampai berdarah-darah. berlari tak pakai stokin. ko ingat merentas desa ke.aku pun bawak la dia ke pusat rawatan. aku jumpa kawan-kawan yang bekerja.semuanya sibuk kerana upacara penyampaian hadiah. aku pun ambik beg dan terus balik. dalam kereta peluh keluar tak henti-henti. sampai aku duduk beralas surat khabar. singgah kedai beli 100plus lagi. botol besar aku gogok tak sampai 5 minit dah habis.

sampai rumah kaki mula kejang. pinggang tersangat sakit. aku tak boleh berjalan. aku tak boleh baring. badan terlalu letih mata mengantuk kerana tak tidur. dan seharian aku lesu. malamnya aku ke klinik dan doktor memberi cuti sakit kerana aku dihidrasi dan tekanan darah rendah.

doktor bagi air garam dan pil vitamin untuk pulih. aku tak kisah bab sakit ni. yang penting berbaloi-baloi.

maklumat terkini: ada sorang peserta 22.7km meninggal selepas larian. takziah pada ahli keluarga mangsa.

konsert peringatan search.

aku diingatkan tentang konsert ini sebulan yang lalu oleh abang alis.
memang teruja. tiket mane nak cari?
abang alis ada sms dan aku pun tak tau mana nak cari.

minggu lepas sham ekon dah racun aku dengan tiket yang dia beli.
siap cakap "berbaloi baloi". aku masih tak pasti nak pergi ke tak.

sebab pertama. ahad subuh tu aku akan sertai adidas king of the road bagi kategori larian 11km. pasti badan perlu rehat lebih.

sebab kedua. aku kesian dengan anak bini aku yang tak keluar kemana-mana sepanjang aku takde. aku boleh pegi tengok konsert pulak.

sehari sebelum konsert. belakang rumah mak mertua aku ada seekor babi tersesat masuk semak. riuh kejap pekan meru. dan abang alis kata dah belikan tiket. nak pergi tak? aku cakap malam karang aku sms.

tiga jam selepas itu aku dah sms dan kata peeweettt.. berbaloi-baloi. kira pegi la tu.

kami gerak pukul 5 petang esoknya. bukan berdua je. aku, abang alis, abang arif, abang sham dan mat juling. nama dia aku tak tau. ikutkan konsert mula 3 petang dengan band pengiring seperti pesawat, republic of brickfield. kitorang rock kangkang takkan nak tengok pesawat kot. tak masuk jiwa la.

sesampai je kat padang lumba kuda tu jem boleh tahan. ada dua pilihan. parking selamat dan menapak beberapa kilometer atau tindih keta orang dan buat muka kering.

akhirnya kami ambik pilihan ketiga. tindih keta orang dan menapak beberapa kilometer. dan keta yang kena tindih tu keta member jugak. ok la. kami sampai pukul 7 petang dan suasana sangat teruja.

kebanyakkan pakai baju search. atau sekurang-kurangnya baju hitam. ada jugak yang sigadis yang seksi. biasalah rock-rock ni mesti ada awek. baru berbaloi-baloi.

masa tunggu tiket kami pegi makan cucuk-cucuk dulu. aku pun pikir. esok nak lari kena makan dulu ni. dan pukul 8 kitorang dah berpusu di depan pintu masuk.

memang bosan betul bila bab keselamatan ni. semua tak boleh. dah la aku bawak kamera. mampus kena rampas ni. last-last aku sorok dalam kasut. masa beratur pun tengok pakgad tu macam mana. kalau poyo sangat pegi lorong lain dan aku dapat pakgad yang tak poyo. jalan pun dah macam oku terjengket-jengket. padahal dalam kasut ada kamera.

kawan sorang lagi bawak kamera jugak. masa periksa dia angkat tangan tinggi-tinggi sambil pegang semua benda dalam poket. kamera, kunci, walet. pun lepas gak.

konsert bermula jam 8.30 malam tapi ditunda sejam kemudian. hati panas je. semua menjerit "tak berbaloi!". kami ditenangkan oleh isma halil sebagai pengacara. konsert macam ni memang memenatkan kaki. dah la esok nak lari. aku pun jerit "tak berbaloi" sebab kaki aku dah sakit.

kami berdiri di tepi pagar tiket mahal. boleh panjat pun. tapi malaslah. kalau indon bole la. dan memang ramai indon pun yang lompat masuk dalam. aku tengok kat dalam pun penuh. apa bezanya pun. tak berbaloi beb. bukan boleh kedepan pun. cuma ke tengah sikit aje.

depan aku ada coupe dengan anak kecil baya marissa. adui kesian betul. tengok konsert rock bawak anak dukung. pastu berdiri himpit-himpit dekat dengan speaker. lain kali duk belakang la beb. selesa.

search bermula dengan 2 lagu perlahan dan berhenti. menjerit la kiorang. dah la lambat mula boleh pulak tune2 gitar la. mikropon rosak la. speaker jangan cakap bunyi pecah aje. ape punya konsert la ni.

masa tengah rancak-rancak nyanyi aku perasan ada orang peluk blakang aku. ish gay mana plak ni. aku syak member abang alis tu je. sebab dia pun ada muka gay. dah la lembut tak kawen lagi. skali pandang belakang rupanya ada mamat baju putih tengah tido.

nak tido balik rumah la. aku mula-mula tak kisah lagi bila bab dia dah layu belakang aku. abang alis tarik aku terus ke belakang. mamat tu hayal habis la dan sorang kawan dia peluk dari belakang takut dia tumbang terus.

konsert macam ni pun ambik pil ke. bukan pegi disko. bodo betul. orang keliling dah jerit-jerit. "pijak oii.. pijak" last-last kawan diorang yang lain tarik ke belakang. dan aku enjoy konsert tu sampai kul 12.30 malam.

kepuasan malam tu tahap 3 bintang ajelah. konsert 3 jam pun banyak tuang gak. ada drum solo. gitar solo. cakap-cakap kosong. lagu pun banyak yang tak biasa dengar. sakit kaki lagi. tak berbaloi beb. syok lagi konsert wings tahun lepas kat planet. search pun banyak bawak lagu pelahan.

selepas konsert kami makan kat mutiara damansara. aku dah la nak berlari pukul 6 pagi. boleh pulak diorang ni lepak lama-lama. padahal diorang tau tu aku masuk maraton ni. ikutkan nasihat si faizal ragbi tak boleh makan takut muntah. aku pun makan roti bakar dan milo panas. takdelah berat sangat.

selepas makan dan hantar si juling tu kat seksyen 7, hantar abang sham kat jalan jabar meru. aku sampai rumah kul 4 pagi. aku cakap kerja gila la ni. tak cukup rehat. aku pasang tv. pasang lampu. set jam kul 5.15 aku terus tido atas karpet. nak tidur sejam mana boleh lena sangat nanti terlajak. cerita pasal larian korang baca kat sini.

Friday, July 31, 2009

kelas bahasa syurga - 2

kelas seperti biasa malam tadi. menjelang bulan puasa, ustaz suh datang jugak untuk tadarus. ikut pengalaman lepas memang gentar sangat lah bab tadarus ni.

dengan mikropon. dengan 20 jemaah yang memasang telinga. baca laju pun boleh gagap. lagi bertambah gagap bila ada mikropon. macam musabaqah pulak rasanya.

jadi tahun ni ustaz cakap. kita buat tadarus untuk kelas kita je. aku cakap ok. dalam hati aku ada tergerak nak tadarus kat qariah surau aku. itu akan dimaklum kemudian.

sepanjang aku dah berkelas ni hampir 3 tahun. aku tengok ramai jugak yang berminat nak join. banyaknya nak mula dari awal. kefasihan dan kelancaran. dah tanya ustaz. dia pun agak keberatan memandangkan komitmen dia dan tak tau setakat mana komitmen kita pulak.

ikut pengalaman kitorang dulu. mula-mula 20 orang. naik buku baru. kurang 7 orang. naik buku baru. kurang 5 orang. selepas 3 tahun tinggal aku dan jo je. nasib baik sekarang ni din dan zamhuri dapat hidayah nak join.

aku dan jo memang dah ahli seumur hidup kelas bahasa syurga ni. (insya allah). jadi bila ada ahli baru memang teruja. ramai lah sikit. boleh sama-sama belajar.

ada juga orang perempuan yang kata nak jadi cam aku. ada kelas ngaji ni. aku nak mengajar tak pandai. korang boleh pegi ke surau. telefon ajk muslimat surau. mesti diorang ada kaki. sapa mak pandai mengajar. belajar dengan mak.

tak rugi belajar bahasa ni.
"nanti ada pemuda tampan temankan kau kat kubur nanti"
aku selalu guna ayat ni. racun sikit beb.

kalau ikut cerita bila kita meninggal nanti. bila orang lain sibuk baca yasin. akan ada seorang pemuda hensem yang akan duduk di kepala kita. bila kita dikafan. pemuda macho ini akan duduk di antara dada kita dan kain kafan itu. kira nyorok la.

bila kita dah selesai tanam. orang pun dah cabut. (takkan nak tido kat kubur kot. gile!) maka datanglah 2 malaikat nak tanye 5 soalan cemu mas. tapi tak boleh soal sebab ada pemuda macho tu duk sebelah kita. bila malaikat nak halau je, mamat tu sound malaikat;

"lu orang apahal. dia ni kawan gua beb. kalau korang nak tanye dia. tanye ajelah. gua tanak blah sini. gua nak bawak member gua ni gi syurga"

dan mamat hensem tu pun akan cakap kat korang;

"beb. gualah al-quran yang lu rajin baca tu. kadang-kadang suara kuat. kekadang gagap-gagap. kadang-kadang tak keluar langsung. tapi gua tau lu baca dalam hati."

"lu jangan risau beb. abis je dua malaikat ni tanye lu. gua akan hamparkan sutera yang penuh dengan kasturi dari para malaikat dari syurga. lu memang tak terbayang punye beb. ni bukan karpet masjid india. made in syurga ni"

lebih kurang camtulah kot sembangnya nanti. sebab tu la aku rajin belek-belek kitab tu. harap-harap jadi member gua esok ni.

Thursday, July 30, 2009

masa+tenaga+duit

fasa 1 : remaja
ada = masa dan tenaga
takde = DUIT

fasa 2 : dewasa
ada = duit dan tenaga
takde = MASA

fasa 3 : tua
ada = duit dan masa
takde = TENAGA

Tuesday, July 28, 2009

satu petang di pejabat

bos kecik : ajua order mcdonel. malas nak keluar la.
aku : ok.
* dan beberapa pesanan lain turut ada sama.

mcdonel : selamat tengahari encik mohd ajua. bole saya dapatkan pesanan.
* budak ambik pesan ni cakap pelat cina. dan aku sebutkan semua pesanan.

mcdonel : saya ulang aaa encik mohd ajua. satu ayam goleng. satu big mek.
aku : no pork aaaa..
mcdonel : satu kok. satu rebina. semua 48 linggit.. bla.. bla.. nombor pesanan..
bla..bla.. bla.. 45 minit makanan sampai aaa...
aku : no pork aaaa...

45 minit kemudian.
makanan masih belum sampai dan aku dah nak pegi meeting ICT.
kawan aku call balik kedai badut tu dan maki.

sejam kemudian.
makanan masih belum sampai dan aku dah nak mati kering kelaparan di ICT

sejam setengah kemudian.
makanan dah sampai dan dengar cerita yang hantar budak OKU.
mereka tak sampai hati nak maki sebab budak OKU kepala teleng.
entah-entah buat teleng.

budak teleng : semua 84 ringgit.. bla.. bla..
bos aku : bukan ke 48 ringgit ke..
budak teleng : oh silap.. semua 48 ringgit...

*budak teleng ni tak sekolah ke atau gugup sebab dah kena maki?

dan petang tu aku balik meeting bigmek dah sejuk. cilakak.
kalau aku yang pesan mampus aku tanak bayar.
lambat 2 jam.

___________

cerita hari sebelumnya.
6.00 petang

bos aku : ajua order mcdonel.
aku : baik

sejam kemudian makanan sampai.
air kok bos aku dah tinggal separuh.
lagi separuh tumpah dalam plastik

aku : ko gi makan ke. lambat betul sampai. ngular boleh tahan ko ye.
budak mcdonel : *sengeh

dan bos aku minum air kok dalam pastik bungkus.
bukan dalam cawan!

**aku rasa budak semalam tu memang nak dajal kitorang harini.
**cilakak.

bila si pandai mati mengejut

aku sekarang sedang buat kajian serius.
tentang si pandai yang mati mengejut.
dengan situasi kritikal internet di pejabat.
aku perlu beraksi pantas.
*sebenarnya takde kajian pun. sekadar nak posting kat blog ni je.

apa sebab si pandai semenjak kebelakangan ini mati mengejut.
terutama akibat dari PENDARAHAN OTAK.

mereka adalah
si pandai tulis lagu. loloq pada 30 jan 2008.
si pandai bikin filem. yasmin pada 25 julai 2009

ikut pembacaan adalah disebabkan tekanan darah yang tinggi.
dan untuk rekod pendarahan otak berada naib johan penyebab kematian.
kalau tak mati biasanya lumpuh selamanya.

nampaknya aku tak boleh banyak fikir.
nanti PENDARAHAN OTAK.
dan tak boleh juga tekanan darah tinggi.
nanti PENDARAHAN OTAK juga.

ikut apa yang terjadi pada mangsa. nyawa ditarik terus.
seperti mati pelanggaran.

mati langgar sebab cuai.
mati PENDARAHAN OTAK?
sebab cuai menjaga otak jugak ke.

nampaknya mulai sekarang kena jaga otak.
jangan sampai berdarah.
nanti PENDARAHAN OTAK susah.

nyawa ditarik terus.

doa-doa mati dalam keadaan dah bersedialah ye.
amin.

Saturday, July 25, 2009

aku muda 10 tahun

sekarang ni aku berada di cc *cyber cafe* di samping sekumpulan warga muda yang disebelah kiri sibuk update myspes. belah kanan sibuk main games.

aku kat tengah tengah sibuk bukak email. buat kerja macam kat opis. sungguh sengah waktu ini. aku rasa muda 10 tahun.

kali terakhir aku gi cc adalah tahun 1995 di sungai petani.
regiser hotmail. masa tu gempak la dah ada email.
dan chatting guna mirc dengan nama jebatderhaka.
masa tu satu jam 8 ringgit. mahal nak mampus. siap ikat perut seminggu semata-mata nak main internet kat kedai buku. zaman tu takde cc.

zaman tu sapa ada laman web kira gempak sangat lah.
tapi isi dalam laman web macam buat dari powerpoint je.
mana da myspes. pesbok. frenster. ym apetah lagi
perkenalan pun pakai email. hari ni hantar email.
minggu depan tengok. pastu balas. dan terus menerus.

sengal betul zaman tu.
tapi bangga ada email.
selangkah kedepan dari kawan lain.
cikgu pun takde email.

hari ini.
aku kendali 3 email. hotmail dah lama dalam kubur.
gmail ,yaho dan email opis ye.
email gmail aku je seminggu tak bukak cecah 500 email baru.
10 tahun dulu nak cecah 10 email pun makan setahun.
sekarang yang canggihnnya dah ada wifi.
duk kat kedai mamak pun boleh bukak pesbok.
pakai tepon lagi.

tapi ntah napa aku layan cc plak.
mungin sebab nak jiwa muda kot.
muda 10 tahun. boleh layan sembang 'gua lu' dengan budak sebelah ni.
tak pun tanye
"lu petang ni sibuk tak. gua nak ajak makan mcdonel la. ok tak?"

atau pun tanye
"ape awak punya myspes. bole la kita kenal-kenal?"

hahahha.
budak-budak bole la.
*sambil curi tengok budak sebelah ni balas myspes.

aku rasa masa terdekat ini aku adalah pelanggan tetap cc ni. suasana pun ok. ramai gak dalam ni. semua pakat main games. yang tengok myspes adalah 4-5. yang tengok email adalah 1-2. yang ada blog mungkin aku sorang je kot.

nanti sambung. aku rasa budak sebelah ni tengah baca blog aku.
*malu*

Friday, July 24, 2009

Berjogging

hampir 2 bulan aku menjalankan rutin jogging secara teratur. Dulu aku jogging jugak tapi tak sekerap sekarang. Puncanya adalah disebabkan pembesaran usus perut yang mengakibatkan meningkatan nombor pada saiz seluar kerja.

aku pun tak mampu nak pegi slimming world dan jangan harap la aku nak pegi bayar pulak kat selebriti fitness. jadi caranya adalah berjogging dan kurangkan makan.

aku berjogging hampir setiap minggu. mula-mula isnin. rabu. jumaat. lokasi adalah tasik shah alam. seronoknya disitu bukan sebab ada gadis-gadis seksi yang sama-sama jogging kat situ. tapi di tasik shah alam disediakan penunjuk jarak.

trek jogging tasik shah alam adalah sejauh 3.8km. jadi jika aku lari 3 pusingan aku boleh mencecah 10km bersamaan larian marathon di mana-mana kejohanan. itulah tujuannya. jadi perkara pertama adalah kasutnya.

aku memiliki kasut baru jenama 'betul' yang berharga tiga ratus lebih. cadangnya nak beli alat perakam rekod yang dijual berasingan. tetapi disebabkan aku pun amatur. jadi beli nanti lah.

agak segan bila kali pertama berlari guna kasut baru.
pertama kerana bau kedai.
kedua kerana cengkaman lebih yang menyebabkan ia bunyi bila berlari.
krek..krekk..krekk..
secara tak langsung menarik orang lain melihat kasut baru aku.

jenama 'betul' kan. bukan jenama daun marijuana tu.

setiap kali berlari.
biasanya sejauh 5km dan anggaran masa adalah 30 minit.
aku kan amatur. jadi lari setakat termampu.
dan biasanya aku akan kerap mengalami sakit betis dan tulang kering yang mematikan semangat untuk berlari lusanya. akibatnya aku kini berlari 2 kali seminggu. isnin dan jumaat.

bermacam-macam jenis orang bila berlari.
ada pakai ipod. ada jugak yang pasang ayat quran.
ada pakai seluar kerja. ada pakai baju hujan.
ada berjalan laju. ada berlari setempat.
ada yang berjalan bila nak potong awek baru lari.
ada yang berlari laju bila belakang awek seksi terus pelahan.
macam-macam orang.

tetapi yang berlari biasanya muka yang sama.
samivelu yang bermisai tebal dengan seluar jogging dan single putihnya.
carman soo yang tak pernah berlari sekadar berjalan laju.
3 abdul pelari marathon yang giat berlatih.
aishah sinclair yang cantik menawan dengan ipod di lengan.
dan beberapa orang lagi.

mereka semua berjogging ada sebab termasuk aku.
samivelu dan 3 abdul adalah kerana mereka ini pelari duit.
ada pertandingan ada duit.
carman soo, aku rasa dia ada sakit.
aishah sinclair sebab nak kuruskan badan. dulu besar sikit.
aku, sebab nak masuk adidas king of the road.

jadi aku tak perlu risau pasal makan jika aku dah berlari.
bakar lemak. pam jantung. betulkan aliran darah. badan pun sihat.
orang kurus belum tentu sihat. orang besar dah tentunya banyak sakit.

pasal adidas king of the road.
pertandingan tahunan ini akan berlangsung 2 ogos di stadium shah alam.
aku masuk kategori 11 km. dah bayar pun.
matlamat aku sekadar habiskan larian.
jadi petang ini aku kena giat berlari lagi.

Internet masih siput

ada cerita baru
ada idea baru
tapi
nak muaturun satu lagu 4 hari
nak tengok sekeping gambar 4 jam
menulis saja yang boleh setakat ini

internet masih siput
jadi
saya perlu buat sesuatu

*ditulis sewaktu internet masih tidak koma dan tengah perlahan seperti anak siput.

Monday, July 20, 2009

ijtimak tabliqh sedunia

khamis malam. hari bahasa syurga.
- dapat info ada ijtimak tabliqh dari rakan surau.

jumaat malam. aku kat umah mak.
jo sms : wa esok free tak. jom pi istimaq
tengah nak balas jo call terus.
jawapan aku. lets go!

sabtu petang. balik dari kerja.
sembang melalui sms

jo sms : lepas asar aku ke rumah ko.
aku : cantek

jo sms : wa sebelum bergerak makan lebih sikit. nnti mkn mlm lambat.
aku: ok. takmau makan talam ke.
jo sms : ntah2 talam pun x cukup.

aku : ko pakai baju ape jo.
jo sms : baju melayu ala2 tabliq.
aku : aku pakai jubah je. cam warak la. haha..

jo ambik aku kul 5.30
aku tak makan lagi jadi aku bawak bekal cekodok dalam myvi jo.
sambil tu call informer kat sana.
1. parking kat F1.
2. ada shuttle ambik dari F1.
3. jemaah semalam 100k
dalam 10 kereta yang potong myvi jo. 4 kereta mesti ada orang pakai kopiah.

sampai kat F1 terus ada kereta shutte non-stop sampai.
ada pajero. ada waja. ada honda. ada serena.
ada penjaga trafik. ada jaga parking.

dari F1 ke masjid quarters KLIA dalam 10 minit. jem panjang. 99% pakai baju tabliqh pakistan tu. ada jualan pasar di luar. kami tak lama di luar kerana hampir magrib. aku dan jo terus ke khemah besar tu dan khemah tu sangattttlah besar.

besar tu besar mana?
1 khemah sebesar khemah pameran MAHA kat serdang tu.
sekarang ada 10 khemah macam tu. macam laut luasnya.

tak tau tujuan. jadi kami ikut orang je. kiri kanan lautan orang. cam kat mekah plak. kereta memang tak boleh masuk situ kecuali lori tangki air. kami ambik wuduk kat salah satu lori tangki yang sedang memenuhkan satu kolah plastik. ambik wuduk pakai cawan plastik air. aku tengok mamat sebelah sibuk habiskan isi kelapa sebab nak pakai cawan plastik tu.

lepas tu ikut orang lagi ke khemah besar dan lautan manusia. puh.. aku dengan jo tak berenggang jauh. takut hilang. dah la semua nampak sama je. keadaan hampir gelap dan tak ada lampu kecuali cahaya dalam khemah.

aku dan jo ke khemah pertama dan main redah je duduk di beg-beg jemaah situ. diorang pun tak kisah. bila azan maghrib aku nak ke depan lagi tapi jo kata tak payah. rupanya jemaah ni hanya duduk di saf masing-masing dan seminint kemudian khemah yang besar tu dah penuh dengan semua jemaah, rapat-rapat dan sangat tersusun.

lepas solat. sheikh maulana dari india tu mula berkhutbah dari kul 8 malam sampai kul 11 malam. sampai naik kematu duduk. nak keluar pun tak tau kemana. nak sembang pun masing-masing cam sombong. aku ngan jo sembang-sembang sendiri ajelah.

sambil tu aku buat kiraan darjah satu.
2 tiang = 12 jemaah.
1 khemah = 57 tiang.
jadi 1 khemah = 684 jemaah 1 saf!!!
tak pernah dalam hidup aku sembahyang 1 saf ada 684 jemaah.

kiraan darjah satu bersambung.
1 khemah = 20 saf
jadi 1 khemah = 13680 jemaah
sekarang ada 10 khemah = 136 800 jemaah.
woww... memang ramai sungguh.

dari segi kebersihan banyak kurang. tempat solat berpasir. kawasan berlecak. baju para jemaah pun ada yang kusam-kusam. bila sheikh maulana berucap ada yang tido. hei! nak tido balik rumah la. aku yang tak tabligh pun dengar walaupun tak faham (cakap urdu).

dari segi arrangement dan organised. memang dasat. di mana-mana tuan duduk boleh dengar ceramah dan azan. nak mintak tolong bila-bila masa. selipar pun tak hilang la wei. padahal aku duduk jauh dri selipar pastu ramai yang keluar masuk dari situ ntah kemana-mana.

tepat kul 11.
"tuan-tuan. insyallah. kita berusaha atas iman. sapa yang berniat untuk keluar di jalan Allah 4 bulan. sila berdiri dan ke khemah 6. insyallah tuan-tuan. allah sentiasa bersama kita. insyallah"

aku tengok ramai yang berdiri dan keliling aku ada 2-3 para pencatit nama. aku nak saja-saja garu ketiak pun takut. nanti kena tulis nama untuk 4 bulan. 3 hari tabliqh pun tak pernah apatah lagi 4 bulan. aku tengok ada jugak para ketua masing-masing sibuk mengtarbiah jemaah masing-masing.

aku cakap benda ni memang tak bleh blah.
bebenda mcam ni kena ikhlas beb. jangan paksa orang.
sibuk dok kejar syurga. tuhan tanya gak anak bini apa cite?
aku dengar kes ada yang bercerai berai.
aku dengar kes ada yang kena buang kerja.
aku dengar kes ada yang buang keluarga.

banyak cara lain.
hafal quran bole. ajar orang ngaji bole. dermawan bole. ijtimak ni aku suka gak. tapi bab 4 bulan tinggalkan keluarga cam tak boleh terima pulak. isteri ada hak atas suami, anak ada hak atas ayah. terpulang la beb. tapi tabliqh ni bukan cara aku le.

malam tu kami pulang selepas solat isyak. dengan menaiki honda seorang jemaah (shuttle). dan aku sampai di rumah mak pukul 2 pagi. sembang dengan mak sampai nak subuh dan aku tidur selepas subuh.

info : ada gamba nnti upload. internet masih kesiputan lagi.

kisah jiran baru

hari sabtu yang tenang. aku baring di depan tv sambil tengok cerita hindustan yang tak pernah aku tengok sampai habis. si manis masa tu sangat kecil. hanya tau tido aje. isteri di dapur goreng KFC. tak pun tengah panggang pizza. biasalah. kami kan orang kampung yang moden.

"assalamualaikum" suara perempuan
sapa pulak yang datang ni. mesti orang jual-jual.
aku cakap dalam hati.

dari bayang-bayang nampak kelibat wanita bertudung menjinjit beg plastik

dalam posisi masih baring aku jerit.
"TAK NAK..TAK NAK!"

sunyi sekejap. tapi aku nampak wanita itu tidak berganjak.
"TAK NAK..TAK NAK!" suara aku lagi keras.
aku hampir bangun nak tengok penjual tu.

skali penjual cakap, "saya jiran sebelah!"

hampir lemah lutut aku. dengan tersengeh kerang busuk aku terus panggil isteri di dapur. jiran baru kita datang. aku dengan malunya terus hilangkan diri buat-buat minum kat dapur.

rupanya jiran baru. datang bawak kerepek. kawan sekolah isteri aku plak tu. sapa suh bawak kerepek bungkus dah kena cop penjual kerepek. lain kali bawak la kerepek dalam pinggan.

mula daripada itu aku dah segan jumpe jiran baru tu.
jiran kerepek namanya.

tu belum aku cerita jiran kerepek tu datang beraya. dah nak sampai depan rumah aku pegi tutup pintu pulak. haha.. yang itu tanak cerita la. sebab jiran kerepek aku tu baik orangnya.

seminggu tak baca surat

genap seminggu tak baca surat
genap seminggu tak jumpa kawan
genap seminggu tak dapat cari bahan untuk kerja
genap seminggu hidup ni agak bosan

hari ini, isnin mesti bosan juga..
cadangnya nak baca surat kat kedai
tapi opis dah berseri balik

INTERNET dah adaaaa..
yahooo...

Tuesday, July 07, 2009

meru


5 tahun dulu kalau disebut meru memang aku tak tau kat mana. Nama meru tu pun pertama kali dengar. Kalau kapar pernah 2-3 kali setahun. Jadi bila aku dapat jodoh orang meru. Rasanya aneh sekali.

5 tahun dulu meru adalah sebuah pekan kecil. Ada sebuah petronas, sebuah seben E, kebanyakkan kedai adalah kayu dan masjid juga kayu. Pekan kecil dipenuhi bangsa cina berdagang dan dikelilingi kampung melayu bercucuk tanam.

Nak ke meru dari shah alam melalui jalan kampung yang dipenuhi pohon besar yang meredup jalan. Kalau hujan ditengah rempit tak payah teduh kat bastop. Jalan je sebab pokok besar tu dah ambik air hujan tu dulu. Kalau balik malam lepas dating memang seram lalu situ. Dengan lampu jalan takde. Pohon besar. Ladang kelapa sawit. Ada banglo tinggal kat tepi jalan. Memang mendebarkan la.

Awal tahun perkahwinan aku menyewa di jalan nenas. Dan kampung ini pun sikit-sikit berevolusi. Dah ada taman perumahan. Pasar malam pun bertambah hari. Indon pun makin ramai. Jalan pun banyak dah berturap dan ada masjid batu.

Seronoknya duduk di sini adalah kerana kampungnya. Boleh merayap tak pakai helmet. Malam-malam sejuk macam kat genting. Damai nyaman dan sunyi. Kampung..kan bukan coket. Pagi-pagi boleh lepak kedai epol layan teh o dan roti canai. Geng ngan pakcik-pakcik yang sama melepak dari subuh.

Petang layan rempit motor ngan gadis kampung dengan seluar pendeknya. Itu belum kira aktiviti pancing udang, main futsal, bola padang. Malam-malam bleh lepak tengok bola kat kedai. Pasar malam hampir setiap malam di meru, bkt kapar, tmn datuk bandar. Layan sate pun sedap kat dewan, tak pun depan rhb. Kalau azan magrib tu boleh dengar 2-3 surau serentak. Belum kira ceramah kat masjid, pengajian kat surau situ, tazkirah surau ini. Tetiap malam meriah.

Roadblok? Jarang la. Kalau ada pun tau camne nak mengelak dari bertembung. Nak ke pekan je ada seribu jalan kampung. Di sini adalah kampung jawa. Aku orang melayu dan masalah bahasa pasti ada. Bila cakap melayu pasti dicop orang luar. Tapi selepas 5 tahun memang ramai orang luar berhijrah kesini. Ada berdagang, ada mastautin, ada bercinta, pelbagai.

Dan selepas 5 tahun aku masih di sini dan kampung ini terus berevolusi. Sudah ada shell dan bhp. Sudah ada 2 seben E. Kedai kayu habis terbakar berganti batu. Rumah tingkat makin meninggi. Pohon rendang bertukar jalan. Ladang sawit dah jadi setia alam. Ada hentian bas disini. Dulu membeli ubat gigi di kedai kayu, kini ada tesco. Nak merasa kentang di kedai badut pun dah dekat. Depan masjid pun dah ada alam golek. Jambu 88 pun ada. Sempang 4 pun dh besar. Runtuh gak la dinding kedai roti canai naz sebab nak besarkan simpang. Masjid lama dah jadi kedai bundle. Benteng pun dah banyak kedai tutup, harap kat dewan je.

Tu belum cerita meru blackout sebab pencawang meletup. Indon mati kena tikam depan shell. Jalan paip tenggelam bila hujan lebat. Asal 1 April mesti jem teruk kat meru sebab orang cina lawat kubur. Kilang busuk sebelah sekolah menengah terus tutup bila karam singh walia buat report pencemaran. Rumah mak aku rentung terbakar. Eksiden kat simpang empat. Banyak la lagi.

Yang terbaiknya lagi. kampung meru pun dah ada website. Orang jalan nenas buatkan. http://kgmeru.com/ korang ada masa lawatlah. aku tengok takde apa pun.

kredit : gambar atas tu deret kedai kayu sebelum terbakar.

ahmad albab


satu.. dua.. tiga..
eh.. mana satu lagi..? masya allah..
sudah hilang kambin ana!


atek : tu.. tengah duduk bawah tu?
aku : iye lah. syawal tak nampak ke.

setiap kali cerita ahmad albab kat tv.
scene kira kambin ni mesti wajib tengok.

diulang WAJIB.

keluarga

setiap keluarga pasti ada konflik. besar atau kecil. ada konflik sehari. ada yang bertahun. ada yang sampai mati berkonflik. setiap orang ada masalah. setiap keluarga ada musibah.

ada perkara boleh dimaaf. ada perkara takkan dimaaf.
setiap hati yang keras pasti ada mata yang berkaca.
setiap ego yang tinggi pasti merana akhirnya.
yang menang adalah mereka pemaaf.

setiap keluarga pasti ada ujian. sabar itukan suruhan tuhan. seperti aku cakap tadi. yang menang adalah mereka yang pemaaf. yang rugi adalah mereka yang sombong.

setiap orang ada marah. setiap orang ada samsengnya.
kau kata ada geng. abis tu aku ni takde geng.
sini tempat aku.
aku boleh panggil orang untuk pukul kau.
aku boleh panggil orang untuk robohkan istana kau.
sebab di sini tempat aku.
aku kerja sini. aku ada kawan disini.

tapi aku bukan begitu. gaduh bukan caranya.
sabar itu jawabnya.
tuhan kan ada. zaman sekarang ni bayar pun dah cash.
hari ini kau marah orang, esok kau kena marah balik.
hari ini sakitkan orang tua, esok anak kau balas balik.
kan bayar tunai.

lagi takut kalau tuhan bayar ansuran.
tetiap bulan dapat balasan.
anak sakit, duit takde, tekanan jiwa, panas baran.
sedar-sedar dah gila. lagi takut.

ego dan marah tu tak bawa ke mana.
lagi kau ego, lagi kaya. marah adik, dapat BMW. marah mak, dapat jet.
aku pun nak marah macam tu.

janganlah sisihkan keluarga.
kau kenal seorang lelaki 3 tahun.
kau tinggalkan keluarga yang dah kenal 28 tahun.
kau baru nak bela anak setahun jagung
nak disamakan orang dah bela cucu
gila ke?

dalam hidup ini sebolehnye elakkan sengketa.
kalau boleh berdamai sekarang. terus buat.
nyawa tu bukan boleh ditunda esok.
kalau sempat ampun alhamdulillah.
kalau mati kena langgar?
orang lain mati senyum.
awak muka hitam.

aku. diam je.
tak pernah seumur hidup marah orang sangat-sangat macam hari tu.
sampai tido malam pun jantung laju lagi.
sampai tulis ini pun jantung laju lagi.
orang ada iman mana boleh marah-marah.
orang takde iman je suka marah-marah.

hal seperti ini aku anggap ujian.
bila dah meletup baru tau.
sapa marah sapa sabar.
sapa sombong sapa akur.
ooo.. rupanya ada orang tak hormat mak.
ooo.. rupanya ada orang sayang mak.
ooo.. rupanya ada buah busuk dalam sebakul buah.
kalau mak suruh buang buah busuk tu. aku buang je.
nanti sebakul buah terjangkit busuk. susah.

elok-elok orang tak tau. jadi tau.
elok-elok orang tak terhidu. jadi umpat.
kalau mak tanya aku.
aku jawab jangan buang asingkan je.
lama-lama dia tau sendiri.
benda busuk sapa nak dekat.

sapa faham cerita ini. fahamlah.
sapa tak tau. baca ajelah.
cerita ini takkan ada siri.
sebab dah letih jantung ini laju sangat larinya.
pasni nak buat cerita suka-suka je.
cerita sakit hati ni... letih.

+ :
tak kiralah sapa anda. hormatlah orang lain.
turut kata suami dapat pahala.
tapi hormatlah ibu yang lahirkan kita.

Tuesday, June 30, 2009

moto beso

tahun lepas aku hampir sangat membeli kawasaki 250r. harga dalam 20k. deposit 5k dah bleh keluar. bebulan 250 selama 5 tahun. aku pernah jejak moto tu kat welly batu caves. sampai ambik cuti semata-mata pegi usha moto.

mane lagi aku pegi? naza bikes tepi highway. sampai sesat-sesat nak masuk situ. welly jalan meru paling kerap la aku singgah. sampai tokei cam muka aku. kat cheah moto kat klang tu pun aku gi. siap try. tunjuk kat atek.

"macam rxz je!" atek cakap.

terus aku tak jadi beli. aku dah la ada kenangan terindah dengan rxz tu. nanti nangis plak. lepas tu aku langsung tak bukak cerita moto besor. sekarang aku guna lagenda 750cc. Kelajuan maksima adalah 80km je. kalu try 100km/j ada cam bau hangit.

setiap kali balik mesti lalu depan welly jalan meru dan mesti pandang. kot ada moto baru ke. bole gak singgah. tapi seminggu dua ni ada satu moto beso baru sehala dengan aku. pulang ke meru. dari tepi FZ1. jenama yamaha. aku pun tak tau ni 600cc ke, 1000cc ke atau 750cc cam moto aku. yang aku tau moto ni gagah dan laju amat.

aku pernah sekali kejar motor ni. dapat. itu pun masa lampu isyarat. tapi takdelah sebelah sangat. aku park belakang sikit. respek sikit moto baru. bila lampu hijau aku terus pecut tak pandang belakang dan 2 saat kemudian aku tercicir gak kat belakang.

dalam hati. laju moto ni. aku kena carik maklumat.

esok aku carik kat google. FZ1. gambar serupa. malah lagi cun. bila tengok harga.
aiseh. 81 ribu daaa.. aku ingat 5 ribu cam lagenda 750cc aku. terus layu. tapi jangan lupa. petang ni aku mesti potong sampai berjaya.

pasal blog ni

satu hari yang rileks.

"ko tulis cerita kat blog ni sapa yang baca?" tanya sorang kawan.

"sapa yang nak baca la. lebihnya pada anak aku. dah besar nanti kalau aku takde sekurangnya dia boleh baca tulisan ayahnya"

"ooo.."

Monday, June 29, 2009

kerja sampai gila

dulu aku terkena sindrom gila kerja ni. penyakit ni memang ada kat semua orang. lagi-lagi yang melibatkan pulangan yang banyak.

teringat masa kat ttdi dulu. aku keje ngan en. halim sampai tido kat pejabat. sam pun sama. masuk pejabat tengahari dan balik awal pagi. dulu aku takde life. aktiviti malam adalah skodeng apartment tak jauh dari opis. siap ada teropong yang ntah sapa bawak.

tu masa kat ttdi. lepas tu aku kerja di gomen sampai sekarang. dah 10 tahun. 9 tahun dulu, gila kerja aku ni memang sampai tahap luarbiasa. aku kerja balik pukul 5 petang. malam sambung kerja partime kat KL. pejabat en.samsul buat multimedia bank negara. pertama kali pakai komputer mac. kekok habis. balik kerja kul 5 pagi dari KL terus ke shah alam. 2 jam tido. pastu mandi pegi keje cam biasa.

kerja sampai pagi adalah rutin aku dulu. seminggu 2 kali mesti ada. aku cuma jumpa mak pagi kejap. petang kejap. semua orang pejabat sayang gila kat aku. lagi-lagi bos. hidup mati organisasi pejabat adalah di tangan aku. duit pun takdelah masyuk sangat. tapi mewah la.

ada satu hari tu aku eksiden. cina mana ntah tak perasan langgar blakang rxz aku. dan itulah kali terakhir aku nampak selipar adidas aku dengan helmet apollo. aku masuk hospital. koma beberapa jam. tak bangun dari katil 1 bulan, tak berak 3 minggu. operate badan 8 jam dan cuti kerja 6 bulan.

sapa jaga aku?
bos. dia jenguk sekali je. itu pun orang bawak.
kawan opis. adalah datang tetiap minggu kat hospital.
nurse. mestilah diorang sayang aku. atas katil ada majalah mangga, mastika, remaja, kereta, berita. jaga ada makna tu.

yang jaga aku siang malam. bancuh milo pagi-pagi. angkat air kencing aku. suap aku makan. belikan aku majalah mangga. ulang alik hospital rumah gilir-gilir jaga adalah ~ keluarga aku dan atek. masa tu tak kawen lagi.

masa itulah aku tau nilai keluarga sebenar. walaupun aku jauh dari keluarga. tapi bila aku susah. sakit. keluarga juga yang akhirnya bantu. keluarga aku juga lah yang keluar duit beribu untuk operate. tapi dapat tuntut balik la cuma nak dulukan beribu tu.. sakit jugak la.

mana pergi bos yang sayang sangat ko tu? ada kat opis suh orang lain plak take over kerja aku. mana kawan-kawan opis yang ko jumpe 8 hingga 10 jam setiap hari? ada jugak kat opis membelasah pc aku dan tak reti tutup. masa tu hakikat life sikit-sikit lekat dalam jiwa.

kau diperlukan masa senang saja. bila sakit orang lain akan jaga kau.
orang lain itu adalah keluarga yang ko jumpa 10 minit setiap hari tu.

kau boleh kawan semua orang.
tapi belum tentu ada sorang yang akan kata 'hello' bila kau sakit.

kau boleh putus kawan sebab-sebab bodoh
tapi keluarga. akan jaga selagi kau hidup.

aku pun tak tau lah kot ada yang berbeza pendapat dari aku. tapi realiti aku inilah. keluarga harus utama selepas tuhan. duit boleh cari. tapi bila keluarga kau hilang, mati. duit banyak pun tak guna.

banyak orang menyesal sebab-sebab begini. jadi bila ada peluang bersama keluarga gunalah sebaiknya. jangan sibuk kerja. sebab bila kau sakit. kerja tu takkan tolong kau. keluarga juga yang kau cari.

hujung minggu

minggu lepas aku diperli bos kerana kurang bekerja hujung minggu. kami di pejabat kerja hujung minggu adalah seperti hari isnin dan selasa. sama saja. bezanya bebas pakai t-shirt. tak terkecuali aku.

masalahnya aku ni tak suka bekerja hujung minggu. di atas sebab-sebab sosial, kerohanian dan suka bantal yang sangat tinggi. sebenarnya rakan sekerja aku juga tak kisah aku datang keje ke tak sabtu ahad ni. aku ada takde ke. acara jalan jugak. bos aku tak tau ke kadar ot aku ni tinggi. sekurangnya aku dah menjimatkan duit kerajaan dengan tidak ot di hujung minggu.

bos tak tau ke aku di hujung minggu adalah hari yang paling sibuk.

sabtu. aku bangun kul 9. caca dah sibuk bergendang kat telinga. jerit jerit. aku mandikan dia. atek siapkan sarapan. mesin basuh baru mulakan kerja pertama. selepas mandikan caca, atek siapkan pakaian dia. aku jemur kain. makan. bawa caca ke kedai beli berita. jika hari itu tak ada sarapan. aku akan beli sarapan dan berita. aku penggemar kosmo. aku benci metro. cerita kosmo lebih riadah banding metro cerita rogol, rompak, curi, liwat. kadang kala pagi itu juga aku akan servis kereta. sebulan sekali.

tengahari. mesin basuh masih bekerja keras biasa lajak sampai pukul 2-3 petang. makan tengahari biasa masak. caca akan sepah rumah. aku akan menjemur atau membasuh kereta. orang basuh aku bayar. pukul 2 petang biasa atek akan bersiap mandi dan caca dah sampai ke hongkong. aku biasa rehatkan diri dengan membaca. berita atau majalah atau buku.

petang. jiran aku dah balik rumah. kami baru nak keluar. caca tu dah terbiasa keluar petang. jadi kalau tak bawak dia keluar memang masalah besar. dia akan jerit. nangis. meragam. gigit jari orang. atau tarik tisu gulung sampai habis. tak pun tabur bedak. mengelakkan pembaziran berlaku baik bawak keluar. aktiviti merayap bermula dan mesin basuh lesu di depan bilik air. sebelum keluar angkat jemuran yang kering kumpul yang basah jemur dalam rumah.

dan kami biasa keluar jam 5 atau 6 petang dan pulang 10 malam. itu rutin kami. belum masuk kakak ipar join. atau ada kenduri. atau ajak lepak donat. atau pergi danau kota.

rutin ahad. sambung basuh baju jika ada baki. jemur baju semalam yang lembab. dan rutin sabtu berulang. biasa kami keluar jam 2 petang. sama ada ke kenduri. atau ke rumah mak aku. atau ke kabotsel stadium. pikir nak kemana ye. minggu lepas dah ke ou. haritu dah ke piramid. gi the lengkung pulak la. bleh singgah ikea. pulang malam lipat kain pulak.

jadi itulah rutin aku hujung minggu. kerja pejabat aku ada juga buat di rumah. malam bermula jam 10 sampai kul 2 pagi. tak tuntut pun. sebab opis aku tak sanggup bayar ot aku.

Pekan Frinjan 3.0

sabtu lepas aku puasa. temankan atek. dia puasa ganti. aku puasa rejab.
caca? dia pun puasa gak. tapi susu 3 botol. jadi kami berbuka di kedai nurul izzah seksyen 7. makan sedap tapi mahal.

arah kemudiannya ke menara jam dataran shah alam. ada pekan frinjan 3.0 ~ entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kumpulan indie. jual buku. dengar puisi.
aku berminat buku je. beli la buku kacip ~ hilangpunca.blogspot.com

alang-alang disitu dengarlah kejap puisi. masa memula tiba ada beeha tgh perform. lepas beli buku ada si rahmat haron. dia ni memang dasat. rambut pintal sampai lutut. lengan tompok tatu. misai jarang tapi panjang sampai bawah bibir. sama cam orang yang tidur atas kotak kat coket. serius. baca puisi dan nyanyi.

apa keje dia ni. menulis kot. tak pun bisnes. tapi rambut camtu bisnes yang jenis tak jumpe orang kot. memang ganas la rahmat haron. aku ngan atek memang terbeliak mata tengok dia ni. lepas tu si farid ayam dan pemain tablanya. dia ni pun dengan rambut panjang ada cekak dan bunga tulip di telinga. baca puisi metafora tuhan. dah la tengah azan isyak adui mau kena panah petir dia ni.

kami tak lama kemudian ke sacc mall dan malam tu aku katam baca separuh buku kacip. tergelak-gelak aku baca. ko memang best la kacip.

Friday, June 26, 2009

risalah aktiviti bulan Julai 2009



telah siap.telah hantar cetak.
rehat seketika.

Michael Jackson Heal The World Clinton Gala 1992

lagu ini memang tangkap jiwa

mikaeel itu lagend

hari jumaat yang mendung. dan pagi ini dikhabarkan kematian mikaeel. aku terkesima. sepanjang minggu ini aku dikhayalkan dengan heal the world di youtube. dalam hati pikir. bila ye mikaeel nak perform macam ini lagi. keliling pentas pegang tangan kanak-kanak.

hari ini dia meninggal.

terima kasih encik mikaeel diatas muzik, lagu dan hiburan yang anda beri kepada seluruh dunia. terutama kepada macha yang masih pakai stokin putih sampai sekarang. mereka lagi sedih.

Thursday, June 25, 2009

aku.dunia.aku~kau.dunia.kau

saat paling tenang setiap sehari adalah pukul 6petang.
aku.dunia.aku

semua sudah pulang. hari ini mereka pulang awal mungkin.
jadi aku.dunia.aku bermula jam 5.30petang.

kenapa tak pulang?
dalam sehari aku perlu ada masa untuk diam.
aku.diam.sunyi.berhenti.mati.
jadi saat paling tenang setiap sehari adalah pukul 6petang.
tiada telefon.
tiada gangguan.
tiada jerit.
tiada ekon.
hanya
aku.dunia.aku

biasa kau buat ape?
aku tulis ini. sekarang aku kecanduan menulis.
aku lihat kertas selerak di keliling.
aku lihat mesin cetak kelaparan kertas. kelip..kelip..kelip..
aku lihat daun.bendera.pokok. bergerak di luar jendela.
aku dengar kipas dalam cpu ini berdesing.
aku.dunia.aku
aku.sunyi dan aku suka begini.

kerja tak buat?
bila susun kerja untuk esok.
aku siapkan baki hari ini.
aku tulis things-to-do di atas kertas semalam.
masih banyak kerja perlu siap.
hei! kerja itu takkan habis.
jadi aku berhenti dan otak aku terus kecil.

aku lihat sekawan burung pulang.
adakah mereka telah kenyang hari ini.
bagaimana pula esok. ada cacingkah untuk mereka.
teringat atek dan caca.
adakah mereka telah kenyang atau masih kelaparan.

aku telah kenyang laksa di KLIA menghantar teman ke bawah bayu.
pejabat ini terlalu sunyi pada waktu begini.
cadangnya mahu penatkan diri di tasik.
tapi perut kenyang dan takut muntah pula.
jadi aku mati disini.
melihat kasut senam di bawah meja.
esok masih ada. baju telah sedia.

aku terlalu gilakan kerja ini.
aku ada majalah perlu siap.
aku ada replika cek perlu siap.
aku ada risalah perlu siap.
aku ada logo perlu siap.
aku ada poster perlu siap.
badan terlalu penat untuk siapkan semua itu.
aku perlu berehat.
kerja ini terlalu penat untuk aku.
tetapi otak tak pernah kata tidak.

otak pernah berkata;
kamu harus kerja.
kerja ini kamu gilakan dari dulu.
aku telah dilatih untuk kerja begini.
aku tak pandai bina jambatan.
aku tak pandai kira duit orang.
aku tak pandai sihatkan orang.
aku tak pandai masak lauk sedap.
aku hanya pandai kerja ini.
aku pandai cipta majalah.
aku pandai curi pandang orang.
aku pandai jelmakan idea orang.
aku pandai adakan yang tiada.

aku.dunia.aku
sentiasa ada disini pada jam 6petang.
setiap hari.
aku.diam.sunyi.berhenti.mati.
pada masa ini.

Wednesday, June 24, 2009

rezeki itu

rezeki itu datang dan pergi.
bak kata teman, seperti mencari letak kereta di mall.
ada senang dapat, ada susah, kena rebut, yang kurang ajar, kena tunggu.
begitulah rezeki. kena sabar.

jangan marah bila takde rezeki. tuhan bagi lain.
jangan tamak bila dapat banyak. nanti tuhan tak bagi lagi.

ada yang hilang satu mata. rezeki mata setakat itu saja.
terimalah. kerana ada yang hilang dua mata.
tuhan tarik bersebab.
mungkin mata tu jahat jadi mata doa semoga tuhan tarik rezeki mata.

untung hilang mata.
kalau hilang jantung.

ada umur banyak tuhan tambah rezeki.
adakah sebab banyak syukur?
ada orang kaya banyak sakit.
adakah sebab kurang syukur.
rezeki itu ada tuannya.

azmir mustapa kata rezeki itu bukan sebab spm.
betul la tu.
bapa tak sekolah boleh jaga 12 anak.
bapa seorang menteri anak sorang tak boleh jaga.

rezeki itu ikut periuk.
ada yang cukup nasi beras hancur dan telur kenduri.
ada yang nak nasi beras panjang, telur gred a.
ada yang tak makan nasi dia nak stik je.
bukan hujungnya ke jamban?

ada rezeki bmw.
nampak senang, tak tengok masa susah pulak.
aku tak iri pun. cukuplah cuci mata.

naik turun tu kan rezeki namanya.
dulu turun pakai motor pegi keje.
sekarang naik pakai kereta

Itu kan rezeki.
jangan dilanggar si motor kan dulu ko pakai motor.
nanti kereta rosak kau balik naik motor.

rezeki itukan ada tuannya.
minta ajelah.

Tuesday, June 23, 2009

aku dulu

aku dulu seorang yang kurus. terlalu lidi. seluar aku saiz 28.

aku dulu berwajah alien. dahi penuh jerawat.

aku dulu malu. suh baca cerpen depan kelas kaki mesti lipat sebelah. sebab seluar aku ketat dan aku malu ada gadis melihat zip aku.

aku dulu pendek. kerap berdiri bawah tangga sekolah ukur tinggi.

aku dulu tak ramai kawan. mak bilang biar takde kawan jangan salah pilih kawan.

aku dulu belanje 50 sen. meehon 40 sen. minum air paip. gi sekolah jalan kaki. jauh.

aku dulu pernah sekali nombor lapan dalam kelas. biasa nombor dua dari belakang.

aku dulu belajar komputer pakai disket besar tapak tangan. belajar lotus 123.

aku dulu ada basikal coper. kena curi pagi ahad.

aku dulu ada BMX. tapi takde sepit udang panjang macam usop. tapi BMX aku kilat.

aku dulu pernah azan kat surau. kena tepuk baru terus balik. takut.

aku dulu ada band. aku bass. salihin lead. bob drum. dengar lagu anarki.

aku dulu suka main tenis. orang lain pakai raket tenis aku raket skuash. pakai abah punya.

aku dulu suka mirc. chating sampai kul 4 pagi. pakai nama jebat derhaka.

aku dulu pernah panjat pagar asrama pegi stadium tengok bola.

aku dulu pernah luka tangan bikin tatu pakai pin. abah bakar tatu aku dengan rokok dia.

aku dulu pernah mencuri. abah hampir kerat tangan aku dengan gergaji.

aku dulu terlibat komplot kejar anak ayam dan goreng hidup-hidup.

aku dulu katam quran 3 kali.

aku dulu ada ramai kakak angkat.

aku dulu ada 3 kotak besar surat berkenalan. sehari 16 pucuk.

aku dulu pernah berjalan kaki sejauh 10km pukul 1 pagi sebab tertinggal bas di lebuhraya persekutuan. keluarga india selamatkan aku.

aku dulu tak pernah pakai jam lain selain swatch sampai sekarang.

aku dulu ada berpuluh gambar gadis berkenalan.

aku dulu hampir belajar tahfiz di thai.

aku dulu hidup tanpa telefon bimbit dan itu ok.

aku dulu belajar kereta dengan dutsun babah.

aku dulu pernah tulis novel mesin taip. bile hantar tak buat salinan. lebur gitu.

aku dulu belajar pakai duit sendiri. siang keje malam belajar. aku bangga begitu.

aku dulu suka sendiri. duduk bilik dari pagi sampai pagi esok. tak tau la buat ape.

aku dulu ada lima ringgit boleh hidup sebulan.

aku dulu pernah mati. nyawa hari ini adalah yang kedua.

aku dulu tak pernah hisap rokok kerana babah akan bakar bibir aku.

dan itulah aku dulu

mesyuarat tadi

realitinya bos tinggi suara. tapi tak lut dalam jiwa. aku kan hati batu. orang lain menulis dalam meting. aku pun tulis juga.

ini adalah laporan mesyuarat bahagian aku tadi.

- jaga vokal
~ yang aku faham karaoke

- zaidah cekap kerja tapi tak boleh diharap sangat
~ yang aku faham dah jadi ular

- aku kurang keje sabtu ahad
~ yang aku faham kena ot lebih tapi akhirnya ot tak bleh tuntut

- galeri zali dah tak hidup
~ yang aku faham tuan dan galeri dah nak mati

- website puspa ada masalah berat dan hang
~ yang aku faham diploma puspa tu beli(?)

- cik ros (bos bahagian lain) buat laporan lengkap dengan gambar
~yang aku faham dia bujang ada la masa buat camtu

- zaidah tepon bunyi
~ yang aku faham zaidah tak tahan bebel bos

- penyambut tetamu menyorok belakang tiang
~ yang aku faham penyambut tetamu jadi tiang

- ahli majlis sekarang makin vokal
~ yang aku faham makin suka karaoke


itulah yang aku faham mesyuarat tadi.

Monday, June 22, 2009

aku sambut 2 hari

orang lain ada 1 hari ~ hari jadi aje.
bini aku ada 3 hari ~ hari jadi, hari wanita dan hari ibu
aku sambut 2 hari ~ hari jadi dan hari ayah

jadi semalam aku sambut hari ayah.
ada yang panggil bapa, daddy, walid, babah, papa. makna yang serumpun.

semalam bagi aku biasa aje. tak dapat hadiah best pun. cuma semalam aku luangkan masa lebih dengan si manis. mandikan dia, bawa pusing kampung naik motor sambil beli sarapan dan berita. layan sembang ngarut sambil tengok barney. tengah hari sikit si manis temankan ayah gi mesin duit naik kereta.

kemudian kami melepak blakang kedai kereta sambil sembang dan sembang. sambil dengar lagu dan gelak. kononnya nak cuci enjin tapi kedainya ramai tamu pulak. akhirnya kami pulang dengan si manis terlelap dengan susu di kerongkong.

petang itu aku menghadiahkan diri sendiri dengan tetikus baru dan pelekat letop di piramid. sebelum kami ke sacc mall shah alam untuk mengalas perut. di sacc mall lawat kedai echopark kepunyaan azan ruffedge dan abg iparnya fairus. lama tak jumpa. sembang agak panjang. fairus kerap juga terserempak tidak bagi azan. akhir ketemu di resepsi adik bongsunya ~ cipot di gombak.

katanya bisnes biasa-biasa. sewa sebulan lot ni berapa zan?
14 ribu jawabnya. aku nganga.

kami menjamu diri di kedai mee bersama 19 yang lain. sambut hari ayah. bersama 4 orang bapa termasuk aku. dapatlah makan kek.

dan pada bapa-bapa yang lain. andainya takde sapa yang nak sambut untuk anda. sambutlah diri sendiri. tapi bersama keluarga la ye.

Friday, June 19, 2009

bahasa syurga

berhenti tak bermakna mati.
begitulah juga dengan kelas itu.

taat 4 tahun menurut setiap minggu. orang lain dah dapat digri.
aku.

tahun ini agak teruji. tak seperti sebelum. tiap minggu tak pernah leka. tiap minggu tak pernah lupa. tahun ini lain sikit. ujian tuhan sangat menekan.atau ianya godaan.

hari lain tak sibuk bila hari kelas macam-macam hal pulak.
hati kena keras baru badan mengikut.
kena jenguk jugak imam. Kita takde hal, dia pula yang sibuk.

tanggungjawab dunia utama juga. ilmu syurga mau juga.
ikatan ini terlalu tinggi mahanya. harapnya sampai ke mati.
walaupun hanya 2 makmum, imam hati putih ini tetap terus menabur mutiara.

aku dipegang amanah untuk menegur. ilmu aku sehalus jarum.
masakan boleh menyakit si gergasi.
namun si gergasi tetap mahu jarum itu.
walau tak sakit tapi terasa tetap ada.

aku terasa seperti lautan langit terbuka dia atas.
terbentang luas sangat bila aku dipegang amanah menegur.
bahasa syurga ni jangan main-main.
ada juga si tua yang tak tau membaca.

teringat masa tingkatan 2 kat rumah cik ton.
pun amanah ni terturun juga.
untuk si comel dan kitab kecilnya. Lama tu. 15 tahun dulu.

aku mohon banyak moga ilmu aku belajar ni tak hilang.
nak bagi mesra bukan dua tiga hari. 4 tahun bro!
ni pun sekadar jinak merpati.
harap dapatlah sejinak cemong.

'cemong kucing. Skali dekat dia cakar' sambil tunjuk aksi cakar.

nanti boleh ajar si kecil bermuka manis.
maknya pun terer ilmu ni.
dari jauh bleh tegur salah aku.
camne tu!

Thursday, June 18, 2009

Si manis tengah demam

hari ini telah masuk hari ke 3 si manis ini demam. lama tak begini. baguslah demam. kata orang nak pandai satu kena demam dulu. memula selsema. batuk. pasti semput.

tapi aku tahu si manis ini tetap tersenyum manis setiap pagi.

walaupun kami menanggung beban kurang rehat setiap kali dia sakit. takpe. mula-mula dulu agak berang juga. badan lesu. kurang tidur pula. sangat menekan jiwa. kini dah biasa.

30 minit setiap jam pasti meragam.
minta susu. minta sapukan vicks. minta dipeluk. minta ditepuk.
mintalah apa saja. pasti tertunai.

kan dia si kecil yang tak pandai menutur.
hanya pandai mengaruk.
kami pasti tersenyum walau jam telah berbunyi 4 kali waktu itu.
apa risau tentang masa. saat seperti ini perlu dinikmati sepenuhnya.
boleh dikhabarkan saat dia dewasa. sukar menjaga kamu sewaktu kecil.
tapi kami suka begitu. sukar dahulu harapan senang kemudian.

malam tadi muntah banyak. alas tidur lencun. bantal masam. beralas batik takut muntah lagi. dan kata itu terkabul dengan lambakan kahak lagi. jam sudah 12 malam masih merengek. badan berpeluh. berganti baju. badan disalut bedak ruam. suntikan ubat telah diberi. si manis tetap kebal menahan mata. nyanyian zikir diberi di gelap yang pekat.

dan akhirnya si manis tumbang di pangkuan.
moga sembuh ya si manis
bisa ini hanya sikit berbanding anak kak ani yang melecur teruk dimakan api sampah.
bisa ini tidak tinggal parut seperti anak kak ani yang melecur itu.

moga ya sembuh ya si manis.

Tuesday, June 16, 2009

adakah korang kreatif? - 2

j.s dacey 1989. menyenaraikan sifat-sifat individu yang sangat kreatif.

1. mereka lebih sensitif pada kewujudan masalah disekeliling mereka.

2. mereka mudah mengalami gangguan emosi tetapi mereka juga dapat mengawal gangguan tersebut.

3. mereka dapat berfikir secara analitikal & intuitif dengan serentak.

4. mereka dapat berfikir secara konvergen. iaitu menyelesaikan masalah-masalah yang hanya ada satu jawapan yang betul dan mereka juga dapat berfikir secara divergen. iaitu menyelesaikan masalah yang mempunyai banyak jawapan betul.

5. mereka menunjukkan sikap tabah dan tekun yang amat tinggi.

6. mereka mempunyai IQ yang lebih tinggi dari biasa tetapi tidak termasuk dalam golongan genius.

7. mereka lebih bersikap terbuka kepada perkara-perkara dan pengalaman baru serta mudah menerima idea baru.

8. mereka merasa bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku pada diri mereka. iaitu mereka tidak mudah menyalahkan pihak lain.

9. mereka suka kepada keseronokan dan suka bermain-main dengan pelbagai idea.

10. semasa kanak-kanak mereka suka bersendirian dan melakukan pelbagai aktiviti dan bersendiri.

11. mereka suka menyoal status quo. iaitu mereka tidak mudah menerima sahaja apa yang mereka lihat.

12. mereka mempunyai pemikiran merdeka. iaitu mereka tidak berapa peduli tentang pendapat orang lain.

13. mereka tidak takut untuk mengikut gerak hati sendiri dan sedia melayan emosi terpendam mereka.

14. mereka suka membuat rancangan sendiri. membuat keputusan sendiri dan mereka dapat memandu pemikiran mereka sendiri.

15. mereka tidak suka bekerja dengan orang lain dan mereka suka menilai sendiri hasil kerja mereka. iaitu mereka tidak mementingkan penilaian orang lain. oleh sebab itu mereka tidak suka meminta pendapat orang lain.

16. apabila mereka berhadapan dengan masalah yang kompleks dan sukar. mereka bersikap positif.

17. apabila mereka diberi peluang mengemukakan pendapat. mereka akan mengemukakan bermacam-macam idea. kebanyakkan idea mereka menjadi bahan gelak ketawa orang lain.

18. apabila mereka dikritik. mereka berkeras mempertahankan idea mereka.

19. dalam keadaan yang terkeluar dari kebiasaan. mereka akan menunjukkan ciri-ciri panjang akal. iaitu mereka tidak cepat mati akal.

20. sewaktu di sekolah. biasanya mereka bukan pelajar yang paling cemerlang.

21. mereka pandai menggunakan pelbagai perkataan dengan cara-cara baru dan imaginatif.

22. mereka mampu menghasilkan idea-idea yang original iaitu berlainan daripada idea orang lain.

23. mereka berupaya mengubah sesuatu perkara yang telah lama menjadi ikutan orang lain.

24. cara pelikiran mereka lebih pantas dari mereka yang seusia dengannya.

25. mereka tidak genius tetapi mereka istimewa. kerana mereka berfikir meliputi banyak faktor untuk menyelesaikan satu masalah.

26. mereka mampu menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa.

27. mereka berfikiran tajam dan mudah mengingati sesuatu perkara.

28. hanya orang kreatif dapat mengetahui dirinya kreatif.

29. mereka dapat merasakan dirinya lain dari rakan sebaya.

30. pada bangku sekolah. mereka biasanya berusaha lebih dari pelajar lain.

jadi.
adakah korang kreatif?

adakah korang kreatif?

pada usia 16 tahun aku telah buat kajian tentang individu kreatif di gedung ilmu di sekolah. tulisan tangan dinota dan aku menyalinnya semula untuk korang semua.


individu kreatif memiliki ciri-ciri berikut ;-

1. mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli pada kritikan orang.

2. mereka tidak dahagakan pengiktirafan, pujian atau ganjaran daripada orang lain. mereka mampu memuji dan mengkritik diri sendiri.

3.mereka berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka. mereka tidak suka undian dalam masyarakat atau akur pada tekanan luar.

4. mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak rasional. oleh itu mereka tolaren terhadap kritikan orang.

5. peribadi mereka stabil. mereka tidak akan berubah-ubah mengikut tekanan dari luar.

6. meminati seni dan berjiwa halus

7. berperangai dominan dan asertif. tidak suka jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya.

8. jiwanya lebih kompleks. sukar difahami oleh orang lain.

9. mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya. oleh itu mudah mengaku apabila dia membuat kesilapan.

10. lebih panjang akal. tidak mahu menerima jawapan 'tidak' dan akan terus mencuba berusaha.

11. berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.

12. berjiwa radikal. berani mencabar perkara-perkara pokok. tidak takut berenang menongkah arus.

13. dapat mengawal diri sendiri.

14. kemungkinnan besar mereka 'introvert'. banyak bercakap dengan diri sendiri

ciri utama orang kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. mereka membuat keputusan berdasarkan pendapat peribadi mereka. tidak suka terikut-ikut dan tidak mahu mengalah pada tekanan masyarakat.

kreativiti ialah;
"melihat apa yang semua orang nampak dan memikirkan apa yang belum terfikir orang lain'"
'they look what's everybody looks and they think what's everybody never think'

- kita kreatif apabila kita berupaya mengubah cara kita melihat dunia sekeliling kita. kerja kita. diri kita dan masalah kita.

- kita berperilaku kreatif setiap kali kita bertanya 'mengapa?' atau 'mengapa tak boleh?'

- kreativiti adalah semacam kemerdekaan peribadi

- kreativiti ialah suatu kaedah untuk berurusan dengan realiti.

- sifat kreativiti membolehkan kita mempengaruhi kualiti dan arah kehidupan kita dengan menggunakan daya usaha kita sendiri yang menentukannya.

- orang kreatif memiliki sifat fleksibiliti. iaitu berkeupayaan melahirkan pelbagai idea dalam pelbagai kategori.

Pesan si cahaya di firdaus

Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari
- Umar al-Khattab

Wednesday, June 10, 2009

ingatan 13 tahun


aku tulis tangan pada 1995 dan simpan di gobok selama 13 tahun.
hari ini aku selongkar gobok dengan adik dan aku keluarkan semuanya.

Thursday, June 04, 2009

Keutamaan dalam hidup anda

dalam hidup banyak benda yang kita mahu.

kereta. rumah. psp. degree. kaya. anak. suami. isteri. teman. sihat.
jadi apa yang kau utamakan?

kau tak boleh nak semua benda dalam satu masa.

kau nak kawen dan kau nak rumah dan kereta sekali.
kalau kaya takpe. kalau kau macam aku?

pilih antara rumah, kawen dan kereta?
dari asam garam, aku pilih kawen.
kerana rumah dan kereta bila-bila boleh beli
tapi bini kau tak boleh beli? dia bukan barang.

bila dah kawen kau akan cuba beli rumah dan kereta.
kerana keutamaan selepas kawen adalah keselesaan.
rumah dan kereta adalah keselesaan.

rumah dan kereta mana yang utama?
dari asam garam aku pilih rumah.
kereta dibeli esok turun harga
rumah dibeli esok naik harga
dalam rumah boleh isi peti beku, peti gambar, katil, kerusi, meja
dalam kereta?

selepas ada rumah cadang nak beli kereta.
tapi tuhan bagi anak.

nak anak ke nak kereta?
mestilah anak. sebab anak tu tuhan yang bagi
kereta tuhan tak bagi

lepas ada anak baru pikir nak beli kereta.
pikir apa yang utama dalam hidup kau.

jangan pikir apa orang cakap
pikirlah apa yang kau mampu

kalau kau kaya jangan baca cerita aku ni
sebab kau mampu beli semua
kau bukan cam aku. kena ada keutamaan dalam hidup.

orang kaya mampu beli lebih dari satu
mampu bini dua
mampu kereta tiga
mampu telefon genggam empat
mampu peti gambar lima

aku.
kena ada keutamaan dalam hidup
sebab aku tak mampu lagi ada dua

belajar hidup susah dulu kerana bila dah senang
kau akan teringat masa kau susah

dan kau akan mudah bersyukur

Wednesday, June 03, 2009

Surabaya - Hari Ketiga



Surabaya hari ke 3

Hari ini kebugaran badan sangat dirasai selepas diservis malam tadi… syyy… hanya aku dan Zali aje yang tau apa yang terjadi malam tu. Jadi pada pagi yang ceria ini kami bersarapan awal. Setibanya di JAMOO hanya anne, asmah dan aniza sahaja yang ada. Aik! Yang lain tak turun lagi termasuk Tuan Mazalan. Dan kami sebenarnya dah kebosanan makan di hotel ini. Menu yang sama, tetap ada babi panggang yang lazat tu. Tetap ada jus oren yang pekat. Tetap ada pankek dan roti. Pagi itu aku ubah menu makan dengan mengambil jus epal, pankek dan bijirin emping.

Hari ini kami berpakaian bebas dan setelah hari-hari yang lepas padat dengan aktiviti formal maka tibalah hari dimana kami bershopping. Setiap kali kami melalui kota utama Surabaya bas akan melewati Tunjungan Plaza. Sebuah pusat shopping kalau di Malaysia seakan The Mall KL. Aku senyum je.. besar seh tempat ini memang aku bershopping sampai titisan duit terakhir.

Sebelum ke situ kami dibawa ke sebuah kilang perusahaan perabut kayu di PT Golden Pharos LTD. Aku pun pelik kenapa kit ake situ dan beberapa ahli rombongan pun berbisik sama sendiri.
”Stakat pergi kilang kayu kat Sungai Buloh pun banyak!”

Dan kami diberi taklimat ringkas dan lawatan ke sekitar kilang usang yang hampir runtuh itu. Kilang ini terletak di kawasan perumahan dan agak tersorok di celah-celah rimbunan perumahan. Kilang ini jika digambarkan seperti kilang-kilang haram di daerah Sungai Buloh yang usang, pejabat operasi berdinding kayu dan sangat panas. Kilang yang sebesar gelanggang futsal 16 padang itu beroperasi 5 hari seminggu.

Di akhir lawatan kami dijamu dengan air mineral (di malaysia kalau nak mintak air kosong kita akan cakap ”ais kosong satu”. Tapi di indonesia ”Aqua satu” kerana jenama air mineral terkenal adalah Aqua). Sekembalinya kami di bas, kami dikejutkan dengan tragedi tayar bas tenggelam! Tayar bas kami terbenam di lantai pakir hadapan pejabat kilang tersebut. Dengan bantuan beberapa kabel dan cerdik pandai yang arif maka urusan tayar ini selesai sejam kemudian. Kemudian kami di bawa berkunjung ke Taman Flora di tengah kota Surabaya.

Taman ini agak unik kerana ia terletak di tengah kesibukan kota dan suasana taman ini sangat nyaman dan pelbagai aktiviti hujung minggu berlangsung dengan meriahnya. Tamannya seluas 2.4 hektar dilengkapi dengan ratusan pohon dan tanaman dan ianya disebut tekno park karena dilengkapi fasilitas teknologi internet. Huhh.. cakap indon gitu.

Nak aku cakap indon lagi..

Tekno park ini sifatnya interaktif turut dilengkapi fasilitas sarana bermain, jogging track, aneka satwa dan air mancur. Taman ini juga digunakan untuk outbound, perkhemahan, pengenalan lingkungan dan pemakaian taman ini dengan menggunakan ijin Kepala Dinas Kebersihan dan Pertamanan. Kebun binatang mini pun ada juga di sini loh.

Kami semua sebenarnya lebih teruja untuk membeli belah dari berjalan-jalan ni. Penat dan membosankan. Tetapi seterusnya kami di bawa makan tengahari di Rumah Makan Kapau yang turut menyediakan nasi padang yang terletak di no. 8, Jalan Comal.

Makan. Biasalah. Kami ditempatkan di satu ruang besar dan rombongan seramai 20 orang ini makan seperti dalam bilik mesyuarat. Dan lauk pauk yang pelbagai di dalam piring-piring kecil beserta nasi kukus sangat membuka selera. Cewek yang menghidang pun lawa-lawa belaka macam Manohara dan ada ahli rombongan turut bergambar dengan Manohara ni. Merenyam sungguh!

Pusat membelibelah ini tak juga kunjung tiba dan kami solat zohor di masjid al-fatah surabaya. Kemudian kami di bawa ke sebuah kedai menjual kerepek keropok dan jajan di Sudi Mampir. Cadangnya nak beli 2-3 pek je. Tapi selepas pembantu toko ni membuka beraneka keropok untuk dirasa. Maka memboronglah mereka ini sampai berkotak. Kan dah memberatkan beg. Tak pikir ke?
Di luar kedai terdapat beberapa orang peminta sedekah wanita yang sentiasa menghulur tangan bersama anak kecil yang dikendong dan beberapa anak kecil yang turut meminta. Aku terkejut juga kerana ibu-ibu ini dengan selamba aje menyusukan anak yang dikendong dan bila anaknya tidak menyusu dibiarkan saja uncang susu itu terbuka depan kami. Aku pulak yang balik segan. Nak minta duit pun takkan lah sampai tunjuk tetek. Gile ke!

Akhirnya.. saat shopping telah tiba. Yang peliknya kami tidak dibawa ke Tunjungan Plaza sebaliknya kami ke Jembatan Merah Plasa. Nampak diluar macam best ada kedai badut. Skali bila masuk dalam.. alamakk.. macam Kompleks PKNS laaa... setinggi 4 tingkat dan sepanjang subang parade. Jembatan Merah ini banyak menjual baju dan kain. Macam kat kompleks.
Baju kebaya wanita bersulam dan berlabuci siap kain batik tenun harga lebih kurang RM80. kalau kain tanpa jahit dalam RM40. Murah? Gile murahhh.. t-shirt kolar bulat dalam RM8 lebih kurang. Sungguh seronok kami disitu sehingga hampir ditinggalkan bas. Shopping cam pompuan daaa... haha padahal baju aku sehelai je. Yang kat rumah tu je yang lebih.

Kecewa tu tetap ada sebab kami tak dapat ke Tunjungan Plaza. Kat Jembatan Merah tu aku ada juga bertanya ”Ada kedai Adidas tak?”. diorang tak tau pun adidas tu apa. Kalau aku tanye abibas mungkin dia tau kot.

Masa sangat singkat dan itu lah sahaja peluang shopping kami.

Pulang ke hotel dan kami bersiap untuk makan malam bersama walikota di Restoren Nur Pacific. Malam terakhir dan masih ada barangan cenderamata lagi yang perlu di sorong. Aku dah fedap. Kali ini bagasi itu kami isikan penuh-penuh terutama 80 beg oren berisi maklumat shah alam dan mampan itu.
Masalah timbul apabila bagasi tersebut tidak boleh ditutup dan masih ada barangan yang tinggal. Takkan nak bawak dua bagasi tarik plak. Dah macam check-out hotel je. Last-last aku dan Zali plan, tinggal kan aje baki itu. Dan bila dikhabarkan, semua sudah habis diedar.

Membawa juga satu hal kerana beg yang maha berat itu sangat membebankan kami. Angkat naik bas, bawak turun dan yang paling pedih sekali, pintu masuk restoran itu terletak di atas bukit yang terpaksa kami daki. Oiii.. gile ke. Dengan beg seberat 30 kg ni, kena tarik seorang memang damn la. Nasib baik satu beg. Kalu aku bawak dua beg tadi. Memang aku humbankan je kat tepi semak.

Masalah bukit telah selesai dan tiba di pintu masuk yang bertangga dan perlu angkat beg. Memang @#% la.. dah angkat satu hal, kena naik lif yang kecil dan hanya boleh membawa 4-5 orang sahaja. Kalau aku dengan beg aku ni mau 3 orang je kot. Dan yang paling sakit hati dah la lif tu kecik ada pulak wak yang tukang jaga lif dalam tu.. nak aku sepak je wak tu, buat berat lif je.

Tugas aku malam tu agak mencabar kerana selain kena usung bagasi tu aku juga kena jaga powerpoint, slide dari malaysia. Sesampai je di atas, bukak saja lif kiri kanan dipenuhi penyambut tetamu dan orang kenamaan yang menghulur tangan untuk bersalaman. Aku dengan beg ni lagi, nak hulur tangan lagi dengan.. aduhhh.. tension aku. Aku sorok beg itu di belakang langsir dan bagi satu sepakan padu sebab menyusahkan, aku terus berjumpa dengan budak ICT untuk powerpoint.

Powerpoint settle dan bos tanya ”buku cenderamata tu mana?” aik kan dah bagi haritu jawab aku dan Zali. Sebab buku tu memang bos suruh bawak hari pertama untuk diberi siap-siap. Tetapi rupanya buku tu dipulangkan balik ke kami dan kami tak tau. Ingatkan dalam beg pulangan tu cenderahati dari Surabaya aje. Rupanya buku dari Malaysia pun ada.

Dan kami tak tahu.

Dah kelam-kabut sebab takde cenderamata balas akhirnya ibu antiek menyarankan cenderamata kepada bapak sony ahadian yang belum diberi itu dihadiahkan kepada bapak wakil walikota. Masalah selesai. Tapi tekanan perasan tetap terasa kerana Sharin semacam tidak puas hati dan bertanya lagi hal itu. Aii.. kan dah settle.

2 minit kemudian bos bertanya lagi.

”nanti u jaga powerpoint, i cakap”. Ok.
”nak ada selingan lagu, takde lah sunyi sangat”. Ok
”masa makan, tayang video korporat”. Ok
”lagu selingan tu takpayah kuat sangat nanti tak dengar”

Iye lah.. okkk... nanti aku buat la... ko ni apahal nak kena tikam ke? Dan aku terus sepak dan menumbuk meja kemudian aku terkam bos dan menyucuk matanya dengan garpu.

*Aksi diatas sekadar imiginasi penulis.

Semasa slide berlangsung dan bos menerangkan satu persatu gambar. Suasana menjadi gamat kerana pelbagai gambar kenangan rombongan Surabaya dan Malaysia bertemu. Aku pun tumpang gembira. Semasa makan, tayangan video dari cd interaktif korporat turut diputar. Ianya dijaga oleh pihak ICT sana.

Urusan bagasi tak selesai lagi dan kami memberi setiap orang beg cenderamata itu, memotong kek hari jadi dan mengedarkan kepada semua dan mengembirakan semua orang. Makan malam itu diserikan dengan sesi sumbang suara oleh kedua-dua pihak. Wakil walikota (kalau di malaysia dipanggil timbalan) turut mendendangkan sebuah lagu, turut sama sarin, adnan, isteri walikota dan pengacara majlis yang berduet bersama sarin untuk lagu Sinaran.

Aku? Tumpang gelak jelah sambil mengelak dari jumpa bos. Takut kena suruh lagi. Azali dah merantau jauh ke seberang tembok yang hanya aku aje nampak.. haha.. lagi best.

Bagasi dah kosong dan masih perlu bawa cenderamata hadiah dari Surabaya berupa sebuah bingkai gambar berkaca setinggi 4 kaki dan seberat setengah tan. Dan aku tak kisah membawa gambar itu kerana acara telah tamat dan esok akan pulang. Seronoknya.

Pulang ke hotel dengan kepenatan yang memuncak. Ada beberapa ahli rombongan yang tidak pulang ke hotel menaiki bas kerana mereka ada agenda malam masing-masing. Malam terakhir di Surabaya kami cadangnya nak bersiar-siar menaiki taksi. Tetapi disebabkan terlalu penat ditambah pula dengan kesejukan bilik dan katil yang sangatlah melemahkan sendi-sendi dan otot-otot badan. Azali sudah terlena dan aku dengan seronoknya mengorder makan ke bilik.

Menu aku adalah australian stik beserta sup dan jus oren. Menu ini berharga RM79. tunggu setengah jam dan pintu diketuk.

”Di mana mau setting ya!” dan aku ternganga dengan kehadiaran satu meja yang dah siap hidangan termasuk bunga dan kain lap. Dah macam makan kat bawah plak. Aku makan 3-4 suap terus mengantuk. Diorg ni taruk ganja ke. Ngantuk gile nih.


inilah menu aku malam tu


Dan aku makan tak habis macam orang kaya sebab mengantuk.


Dan aku tidur dengan lampu terbukak sampai pagi.
Sekian hari ke tiga.

Monday, June 01, 2009

Surabaya – Hari Kedua


Kepenatan hari pertama tidak hilang lagi dan hari kedua telah muncul dengan cepatrnya. Mengikut buku program kami akan ke Dinas Cipta Karya & Tata Ruang pada jam 8 pagi. Maka aku dan Zali telah bersiap seawal 7 pagi dan bersarapan kafe hotel – JAMOO. Terletak di tingkat 1, JAMOO mengidangkan pelbagai bagaian dari mee, nasi, roti dan beraneka jus. Di JAMOO turut disediakan daging babi goreng yang sangat menarik hati untuk dirasa. Daging babi kan. Pada pagi itu kami sarapan semeja dengan Tuan Mazalan dan bercerita mengenai hal Surabaya dan bagaimana menangani isu globalisasi dan pencemaran dunia.

Puh.. macam bagus-bagus aje.

Hari ini kami semua memakai pakaian korporat kerana pelbagai lawatan rasmi sepanjang hari. Bas telah menunggu dan destinasi pertama adalah kantor (pejabat) Dinas Cipta Karya & Tata Ruang yang terletak di bangunan majlis bandaran Surabaya. Dinas Cipta Karya & Tata Ruang ini kalau di Malaysia di panggil Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah.

Kami dipertontonkan dengan video korporat dan taklimat mengenai kota Surabaya dan perancangan masa hadapan. Selain soal jawab yang turut berlangsung. Aku juga ada meminta salinan slide untuk dibawa balik nanti. Boleh buat rujukan. Setiap rombongan diberi kotak yang diisi makanan seperti puding, roti dan sebiji cili. Aku pun gelak-gelak ajelah. Cili ni nak buat ape. Makan gitu ke.. hebat orang Surabaya makan cili macam makan cokelat.

Setelah pertukaran cenderamata maka kami berangkat ke House of Sampoerna. Sebuah muzium rokok Sampoerna yang terkenal di seluruh dunia. Tapi tak jual rokok pun. Jual baju, note book, keychain. Tapi bergambar puas la. Muzium ini sangat menarik dengan pelbagai sejarah dulu dan kini. Tingkat satu adalah kawasan larangan berfoto. Di situ kami dikejutkan dengan 3,500 wanita bekerja secara manual membungkus batang-batang rokok. Setiap daripada mereka menghasilkan 325 batang rokok setiap jam. Dikhabarkan juga amalan turun temurun ini tidak berubah sejak 1932.

Seterusnya solat Jumaat di Masjid At-Taqwa di kota Surabaya. Kutbah Jumaat di sana seawal jam 12 tengahari. Masjidnya tidak besar mana pun dan seawal khutbah siap dialukan kedatangan rombongan kami. Terima kasih mas. Khutbahnya menggunakan bahasa yang indonesia yang mudah difahami dan pembesar suaranya sangat kuat seperti menjerit di tepi telinga. Sekurang-kurangnya takde yang terlena.

Seterusnya kami ke hotel untuk makan tengahri dan persiapan untuk Majlis Menandatangani ’Letter of Intent’ di Ballroom. Acara bermula pukul 2 dan kami ada masa sejam untuk berehat dan berpakaian suite gelap sempurna. Setelah mandi dan berfoto bersama kami terus ke majlis itu dengan menarik beg cenderamata. Kali ini cenderamata untuk para wartawan yang menunggu.

Ballroomnya tidak terlalu besar dan tetamu yang diundang seramai 80 orang itu belum masuk para wartawan yang memenuhi ruang legar hotel. Tak lupa juga Cak dan Ning yang sentiasa ada di majlis formal seperti ini. Cak dan Ning ini adalah si cantik tampan yang memenangi pertandingan dewa dewi tahunan di kota Surabaya. Ada lebih kurang 14 pasangan Cak dan Ning ini dan setiap hari kami diperkenalkan dengan cak dan ning yang berbeza. Majlis formal ini berlangsung hampir 2 jam termasuk sesi sidang akhbar.

Setelah bertukar pakaian kami seterusnya dibawa dengan menaiki bas ke sebuah kampung bernama Kecamatan Jambangan. Di indonesia ’kecamatan’ bermaksud kampung. Kampung ini kami lawati kerana ingin melihat sistem kitar semulanya yang sangat unik. Seluruh kampung ini tidak mengeluarkan sebarang sampah malah dikitar semula untuk dijadikan barangan cenderamata dan baja tanaman. Projek yang dimulakan pada tahun 1973 ini pada mulanya diusahakan atas dasar mahu mendapatkan air yang bersih dan mendidik masyarakat tidak membuang sampah di dalam sungai tetapi seterusnya ia berkembang menjadi sistem 3R (Reuse, Reduce, dan Recycle) yang digunapakai oleh 2 ribu buah keluarga di keseluruhan kampung.

Kami dibawa berjalan di kampung dan berkunjung ke rumah penduduk yang sesetengahnya menjual barangan, ada yang mengumpul bekas minuman, ada yang membersih plastik makanan dan yang seronoknya rombongan kami ini turut disertai oleh seluruh penduduk di Kelurahan Jambangan ini. Dah macam rombongan kawin pulak.

kami keluar dari kampung itu pada waktu matahari hampir terbenam dan perjalanan seterusnya adalah di masjid Al-Akhbar. Masjid terbesar di Surabaya. Asalnya mahu solat maghrib aje, tetapi kedatangan kami di dipelawa siap ada taklimat lagi. Dan yang seronoknya kami dihidangkan dengan aneka kuih yang lazat. Aku memang suka gile dengan tahu goreng makan dengan cili padi. Memang layan seh. Dalam bas pun makan lagi.

Selepas solat kami ke perumahan Citraraya. Sebuah perumahan elit terletak di barat Surabaya. Di malaysia kawasan ini seakan damansara. Dibangunkan di atas tanah seluas 2000 hektar dan didiami 3500 buah keluarga dan ianya terus berkembang. Ianya juga dikenali sebagai Singapuranya Surabaya. Kami tiba disana diwaktu hari telah gelap. Jadi banyak pemandangan indah tertutup oleh gelapnya malam.

Di Citraraya terletak sebuah restoran tradisional ala Bali yang terkenal disana. Restoran Kahyangan Citraraya. Restoran yang terletak di Puri Widya Kencana ini telah 4 tahun beroperasi dan kami makan malam bersama bapak walikota diiringi lagu-lagu keroncong yang sangat indah bunyinya. Tidak dilupa Cak dan Ning turut ada. Yang lagi bertambah menarik adalah anak angkat bapak walikota yang sorang dari belanda dan sorang lagi pelajar UM dari Malaysia. Tapi kami tak berkesempatan bersembang kerana kesempitan ruang. Semeja dengan aku adalah Azali, en. Radzuan, En. Azhar, En. Cheremi dan En. Sayuti. Adakah en. Sayuti ditinggalkan oleh kawan-kawannya? Tidak pasti. Yang aku tahu malam itu en. Adnan tetap menyanyi 2 lagu seperti biasa.

Sebelum pulang kami didatangi 3 orang wanita penjual rokok yang berharga 5 ringgit sekotak yang didalamnya terdapat sekotak rokok dan lighter yang jika dijual disini kurang-kurang 50 inggit jugak harganya. Memula hanya beberapa orang sahaja yang beli termasuk aku, setelah bapak walikota borong 10 kotak hadiah kepada datuk bandar, maka hampir semua rombongan membeli dan malangnya rokok tersebut habis awal. Maka ramailah yang tak dapat merasa. Yang paling buat laku adalah penjualnya. Sangatlah lawanya seperti Luna Maya kalau di Indonesia.

Di luar restoren terdapat patung beberapa ekor kuda dan kami bergambar. Patung tersebut sangat besar dan kalau berdiri sebelahnya hanya dapat bergambar dengan telur kuda itu aje. Dan itulah lawaknya. Bila semua bergambar dengan telur kuda termasuk aku. Haha..

Pulang ke hotel agak penat dan aku dan azali terus ke pusat kebugaran untuk dibugarkan. Rupanya operasi pusat itu tamat lagi 30 minit dan picitan akan dipanjangkan di bilik hotel. Aku dan Azali berpandangan. Takkan nak masuk ke bilik. Kang jadi apa-apa. Tapi dipikirkan bila lagi nak kena urut. Aku pun oklah dan kami berlawak-lawak sorang urut di bilik air la. Pinjam bilik Shahrin la. Tapi akhirnya kami tetap dipicit di kamar sendiri dan kisah seterusnya tak perlu diceritakan kerana mendatangkan aib sendiri.. hahah..

Sekian hari kedua

seringgit dibahagi dua

Adalah sesuatu yang indah apabila berbual tentang wang.
Lebih indah dikisahkan oleh si jaya dengan tawanya.

Bukan senang nak senang.
Ayat itu selalu aku gunakan kepada usahawan kecil
yang sedang mendaki bukit berpuncak emas.

ko ingat senang ke nak kaya.
Dengan labur beberapa ribu cari beberapa kawan dan
segalanya ibarat eskelator ke langit.

tidak semudah itu kawan.
kejayaan yang terhebat memerlukan pengorbanan yang terkuat.
bukankah pengalaman itu lebih mahal dari emas.
susah di jalanan mata berlinangan.

takkan kau tak tau semua itu
taip saja di google jutaan kisah tersusun
mahu jadi melayu berjaya seperti mokhtar al-bukhari
atau ali hassan mohd hassan pun bole juga
tuan besar 58 kedai al-ikhsan

usaha tangga kejayaan peribahasa lama
ada juga yang berusaha tidak berjaya

anda tak cukup 3 perkara
1. Jangan kikir
2. Jaga ibu
3. Jaga masyarakat

pesan mereka ini aku simpan.
buat ingatan kekal dan dikongsi bersama.
tuhan pun dah pesan harta tak berkurang jika didermakan,
malah bertambah dan ada contoh yang boleh diandaikan

aku lihat ada yang bekerja sangat sibuk
tetapi imbuhan tetap tidak cukup
besar kerak besarlah periuk
mana nak cukup kalau yang hak tak ditutup
ada perut yang perlu diisi,
ada kulit yang perlu disaluti.

rumah batu bak istana bila luar penuh papan mengeliling
kan seronok kalau papan itu juga mahu batu
tak dapat batu sekurangnya ada dapur berbau.

seronok begitu.

Jangan ditamak harta dipinggan
kerana kelak akhirnya membawa kematian
bukan ke makan banyak itu kawan syaitan
silap haribulan sakit jantung perut ke depan

semua benda harus sederhana
dapat seringgit dibahagi dua
sekurangnya ada budak dapat gula-gula
bukan nak minta lebih,
jika yang tinggal hanya sepotong kuih.

senyum semanis madu penawar hati yang pedih
sangat tenang membuat muka jernih
sebijik sawi amalan akan dikira
tuhan tak balas sebijik sawi juga
kita tak berkira tuhan pun sama
abis tu sesama kita takkan nak berkira
berwajah cuka
bukan kata orang, babi pun tak suka
balasan tuhan sapa jangka

kau bole tau bila roda dibawah?
Untunglah kalau bole pusing ke atas
kalau tak berpesan sapa lagi nak beringat
cakap aku ni pun kau tak kisah
jangan ditunggu petanda tuhan
omg! Memang sakit terima balasan

hidup ini memang nikmat yang pendek
terutama mereka yang pendek
jangan dikata katik nanti ada yang memekik
terima kasih tazkirah ust. Zaharudin
seronok dibaca dalam maknanya