Monday, May 31, 2010

upgrade kamdar


hujung minggu lepas gua sekeluarga ke midvalley. sebuah mega mall yang sungguh besar dan nampak gempak bila lu bagitau orang kampung;

"kelmarin teman merambu ke midvalley. ate..kome ngelenyor ke billion ke? getik teman.."

jadi dalam banyak-banyak kedai yang bling-bling. gua terpandang akan satu kedai kusam dan tak berapa nak orang masuk dalam.

kedai itu adalah Kamdar. Berbaloi! memang berbaloi!!!

gua pun memang tak hingin nak masuk kedai kain berkonsepkan ala butik sebelum merdeka ni. kain kaler kelabu. kemeja corak naga panjat bukit. kain-kain ela semua fesyen era saloma nyanyi lagu bahtera merdeka.

gua masuk situ sebab bini gua sibuk nak cari kain baju raya. gua sengeh panjang. orang kerja luar bandar memang macam ni la peelnye. nasib baik takde kedai hari-hari kat midvalley ni.

"lu tengok je tau. jangan beli. gua segan nak bawak plastik kamdar dalam midvalley ni" pesan gua kat dia.

sekaligus gua terfikir. kenapa diorang tak upgrade kamdar ni level-level nagoya. atau setaraf jekel. atau sehebat harrods ke.

jadi disini gua bagi beberapa cadangan. gua harap semua yang baca ni tolonglah panjangkan idea gua ni ke pihak kamdar.

1. tolonglah pasang lagu pitbull ke. lagu lady gaga ke. atau sekurangnya lagu tomok. ini.. balik-balik lagu rajinikanth. dah la speaker bunyi bass rosak. lagi nak pasang kuat.

2. pekerja lu yang bahagian potong kain tu tolonglah kasi yang muda sikit. ini.. baya-baya atuk gua suruh kerja potong kain. yang muda-muda lu tolak jadi casher plak. sepatutnya pekerja bahagian ni lu kena bagi yang seksi sket. jalan nampak peha sikit. kalau yang ayu-ayu tu kasi yang muka comei sikit. barulah orang muda macam gua seronok masuk kamdar.

3. suasana dalam kedai tu kasilah stylo sikit. kedai kat midvalley dengan kedai kat sungai besar. lebih kurang je kalernya. gua tanak bandingkan kamdar ni dengan globe. lagi buruk globe tu. jadi gua saingkan lu dengan jekel. baru nampak moden.

setakat inilah idea gua. cuma satu je yang kamdar menang. harga dia murah dari jekel. itu je.

ini masalah ke?

situasi 1.
lu ada awek. bercinta. putus. awek kawen lain. lu kecewa sampai 10 tahun. ~ bangang!

situasi 2.
belajar sampai degree. tapi kerja kat nagoya. mohon tempat lain semua tak layan.

situasi 3.
taip minit mesyuarat bagai nak rak. tau-tau blackout. tak safe plak tu.

situasi 4.
laptop hilang. gua sumpah sapa yang rembat tu!

situasi 5.
dah setengah jam kat jusco ni cari parking. dah dapat tadi si waja tu plak sapu. memang aku mark keta ko tu. siap!

semua situasi diatas juga disebut sebagai ~ takde jodoh.

jadi gua nasihatkan lu orang yang pernah mengalami situasi cilake macam tu, gua sarankan supaya lu rileks. senyum. dan bertenang.

lu ingat tuhan saja-saja ke nak bagi lu ada masalah. mesti ada sebab. dan orang yang sabar tu mesti champion akhirnya.

kemungkinan situasi 1.
kalau lu dapat terima hakikat takde jodoh. mungkin lu dapat kahwin orang yang lebih baik dari awek lama tu.

kemungkinan situasi 2.
mungkin kerja kat nagoya lu boleh naik cepat jadi manager lepas setahun mana tau. lu tau ke plan tuhan tu macam mana.

kemungkinan situasi 3.
cuba lu taip balik lepas tu. mesti ayat yang lu karang lebih sedap.

kemungkinan situasi 4.
laptop hilang memang la susah. kerja, gambar semua dalam tu. tapi lu dapat pengajaran supaya lebih berhati-hati.

kemungkinan situasi 5.
cuba lu sabar sikit. mungkin lu dapat parking depan pintu masuk jusco tu. style beb parking situ. nak balik pun tak jauh

jadi setiap kejadian ada sebabnya.
kalau lu rasa apa yang lu buat tu dah terbaik. sebenarnya tuhan punya plan lagi maha terbaik. lu tau ke?

Tuesday, May 25, 2010

Orang Buta IT - 2

gua sedang berkhayal membuat kerja dunia sambil mendengar youtube.

perhatian!

ayat mendengar youtube itu adalah benar semasa kejadian. kalau gua tengok youtube memang tak jadi kerja lain. lelagi plak bila taip kat ruang search tu 'konsert wings' atau 'bujang senang wings'. sampai kul 6 petang la tak sudah-sudah kerja ni.

sedang berkhayal konon sedang memetik gitar gibson kepunyaan joe dengan janggut putih... gua disentapkan oleh satu panggilan lembut di sebelah;

"bro, lu tolong onkan pc zali"

gua cam suara itu. suara itulah yang melalak lagu meet uncle husin masa sambutan perpisahan hadi tahun lepas kat karaoke. suara itulah yang akan menyihir semua kakitangan untuk tunduk di bawah kekuasaannya.

termasuk gua.

dengan hormat dan penuh tawaduk. gua bingkas bangun dari kerusi empuk. dengan langkah longlai gua menuju ke komputer zali untuk mengejutkan dia dari tidur.

"sori bro. lu kena ot malam ni" sapa gua kat komputer zali dan gua pandang monitor. mata bertemu mata. dengan harapan dia faham maksud gua ~ sampai esok pagi la lu berjaga. sapa nak tutup. gua nak balik dah ni!!!

dengan langkah longlai juga gua kembali ke meja asal dan menekan butang 'main' di videoclip ranggi metropolitan live kat kelab orange.

5 minit kemudian bos gua yang berada di meja zali bertanya penuh kemanjaan seorang bos yang baik;

"lu on pc zali dari pc lu ke?"

"aaa..." gua pelik.
mana boleh on pc orang dari jauh!
kalau tivi tu bole la pakai remote.
remote pc gua tak pernah dengar pulak!

dan akhirnya

gua gelak kecil-kecilan.
lupe plak. bos gua ni tak berapa IT.

dia tak perasan ke gua ke pc zali tadi. cheh!

untuk cerita lain lu bole baca sini

Friday, May 21, 2010

bencana di waktu pagi

gua tekan butang merah di handle motor dan enjin terus mengaum hebat. caca menepuk tangan tanda gembira sambil bergelak ketawa. gua tersenyum bangga sambil pulas minyak sikit bagi keluar bunyi ngauman agung dua ekor singa lapar sedang mencari makan untuk lunch.

gua cek keliling.
pintu dah kunci. pagar dah solek. susu caca dalam bakul. bantal busuk dia pun dalam bakul. beg baju caca dah gua selempang. helmet polo dah pakai.

siap.

gua gerak perlahan sambil melihat keindahan pagi. burung berkicau depan rumah, mungkin bicara hal dunia keburungan. ayam jantan berlari manja selepas berak atas lantai rumah gua tanpa gua sedari.

sesampai di asrama nenek. gua pesan dengan caca, jangan buat onar di asrama. basuh baju sendiri. mandi sendiri. caca yang berusia 2 tahun itu angguk lemah. gua senyum.

dengan pantas gua menuju ke motor dan mula bergerak perlahan-lahan. gua perasan jarum minyak motor gua berada di posisi kurang membanggakan. mungkin gua perlu bagi ceramah motivasi supaya dia terus berada takuk gembira.

stesyen petronas meru tujuan seterusnya.

ada 2 buah motor di hadapan gua sedang menanti untuk dimotivasikan. gua seluk dompet dan kelihatan satu ringgit lusuh berada di sudut yang sukar untuk dikeluarkan.

"seringgit je tinggal. macam mana gua tak perasan!" getus hati gua sambil geleng kepala. dengan lemah gua tolak motor ke tepi. kasi tongkat. kasi lok hendel. kunci simpan poket. gua melangkah ke dalam petronas mencari mesin duit.

kelihatan shah ruk han dan kawan-kawannya sedang melihat duit OT beramai-ramai. gua beratur agak lama sambil menyumpah dalam hati, "apa macam bau ketiak je diorang ni! bangsat!!!"

gua keluarkan dompet dan mencari kad duit. gua belek dompet yang agak gempal dan penuh dengan kertas dan resit. ada 2 kad yang boleh harap. maybank dan affin.

gua cucuk kad maybank. baki RM4.25 ~ lemauu!!!
gua cucuk affin. baki RM49.75 ~ harapan menggunung!
gua tekan 2-3 butang dan kemudian gua menggeleng kepala.

"mesin ini hanya boleh mengeluarkan duit RM50 sahaja"

cilake! macam mana gua nak isi minyak motor ni. gua nak pakai 5 ringgit ni. gua dah tak keruan. gua cuba lagi dan mesin tu tetap enggan melayan gua dengan manja seperti biasa.

gua melangkah keluar dengan berjalan lemah. duit takde macam mana nak isi minyak. minyak takde macam mana nak pegi kerja.

gua duduk atas sit motor sambil berfikir dan mata melilau atas lantai kot ada duit sapa-sapa yang tercicir. gua ada la ASB. tapi buku kat opis. bole jugak gua balik umah bawak duit siling 50 sen yang gua kumpul tu untuk isi minyak.

cheh!buat kena gelak je kang.

jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. waktu-waktu begini biasa gua dah di selekoh belakang petronas federal highway menghala ke shah alam. layan korner cecah pemijak kaki.

gua bukak balik dompet dan korek-korek. kot terselit duit ke yang gua tak perasan. jawapan hampa telah sedia menanti.

tetiba gua terlihat kad kredit di celah-celah kad tesco. alhamdulillah.. kad penyelamat gua telah timbul dengan perkasanya.

bersinar kad tu kena terik mentari pagi dan gua tanpa lengah menolak motor ke pam dan terus meleret kad di mesin. isi ~ Rm7.00

dan gua sampai di opis pada jam 8.45 dengan satu pengajaran baru.
~ simpanlah RM10 buat kecemasan!

Monday, May 17, 2010

aktiviti hari MC

gua bangun tido setelah matahari panas di muka. inilah masalahnya bila bilik banyak tingkap. panas lain macam. tapi gua tak kisah pun.

tanpa mandi dan gosok gigi, rutin pagi gua diisi dengan aktiviti merempit menghantar caca ke rumah nenek kemudian menyinggah beli kosmo dan nasi lemak seringgit buat sarapan pagi.

menekan butang info di alat kawalan jauh astrok adalah senaman pukul 9 pagi setiap hari selama 2 minggu. apa cite sedap. apa cite sedih. apa cite bosan. semua gua tau.

mengacau fesbuk orang dan menyibuk twiter orang adalah aktiviti internet sambil-sambil baring menonton cite steven seagal menyelamatkan amerika dari pengganas.

waktu panas kritikal adalah jam 1 tengahari. masa tu kipas kelajuan 5 pun rasa tak nyaman. gua petik ekon dan set pada suhu negatif. tetap tak membantu. mulut gua tak keluar asap macam cerita kat tivi tu.

bila terjadi hal pukul 1, biasanya gua pekena air sejuk 1 liter dan duduk dekat dengan ekon sambil tekan remot, bagi tambah kuat suara. gua apa peduli jiran tetangga. semua pergi keje.

waktu mandi gua adalah jam 3 petang dan bersiap untuk beli goreng pisang seringgit depan masjid. ada duit lebih beli air soya buat penyejuk usus. kalau ada duit lebih lagi bole layan cybercafe dengan budak-budak sekolah rendah.

jam 6 petang gua stat enjin motor dan ambik caca kat rumah nenek sambil sebat apa-apa kuih yang ada kat rumah tu. kemudian pusing kampung sambil usha anak dara orang yang sama-sama tak pakai helmet dan terus balik ke rumah layan kartun.

itulah rutin harian gua selama 2 minggu MC. berapa punya selesa kehidupan gua masa tu, langsung tak pikir kerja, minyak moto, hujan waktu pagi, gosip-gosip opis, setereka kemeja dan masalah printer takde dakwat.

hari ni gua mula kerja dan rasa rindu nak duduk dalam situasi pukul 1 lagi. leceh la!

Friday, May 07, 2010

masuk hospital

kat sinilah darah bionik tu dimasukkan kata doktor


5 minit sebelum gua operate. masih ceria


nurse cun sentiasa menemani gua


hari-hari telan nasi lembik


menu makanan untuk hari esoknya. tapi nasi tetap lembik


gua pack barang macam nak tinggal sebulan. masa tu kondisi perut gua agak teruk. selepas bersarapan pekena teh tarik dan roti pisang emas gua sekeluarga terus menuju ke sunway medical dengan hati yang ceria.

sunway medical adalah sebuah hospital orang kaya yang teragung di area subang. kalau lu makan gaji macam gua memang tak layak check in kat sini. tokeh kilang papan pun pikir banyak kali nak jumpe pakar hospital ni.

tapi disebabkan gua ada insuran yang boleh kaver duduk kat hospital elit ni. jadi apa salahnya merasa dan menikmati kemanisan ubat hospital begini.

melangkah masuk ke lobi terasa dingin ekonnya. ada starbuck lagi. lu boleh bayangkan hospital ada starbuck! orang sihat bole sakit camni. gua terus menuju ke bahagian kecemasan. dan bertemu dengan abang kaunter yang sihat badannya. bini gua isi borang dan gua diuruskan oleh rani mukarjee yang sibuk tarik tangan gua nak cek suhu.

seketika kemudian gua diarah ke bilik kecemasan untuk baring di katil 8. takde buat apa pun. baring je cam orang sakit. rani mukarjee sibuk cucuk jarum besar kat pergelanggan tangan kiri gua dan ambik darah. 10 minit kemudian datang sorang doktor nama shanti dan speaking omputih tanye sakit.

gua jawab dengan fasih dan lancar makhrajnya. dan doktor tu pun blah. mungkin dia buat-buat paham atau tak paham apa gua cakap. bini gua sms kata gua masuk wad tingkat 4 dan tunggu masa.

sejam kemudian gua ditolak dengan katil ke wad tingkat 4 diekori bini dan anak gua. macam sakit la sangat. padahal gua berjalan pun bole lagi.

gua masuk wad 4309. satu bilik 2 katil. setiap katil ada tv nipis 29 inci. dan ada remot pelbagai fungsi termasuk call nurse untuk ajak sembang. sebelah gua studen indon kena denggi.

doktor tan kong hean yang kacak bertemu gua jam 4.15 petang. sangat ramah. tekan perut gua 2-3 tempat kasi cek tempat sakit kemudian berkata;

"pukul 4.30 kita operate. gua dah book bilik operate" gua punye terkejut jangan cakap. belum pun habis gua sms orang pasal masuk wad, dah kena operate. dan nurse yang cun melecun dua orang tu sibuk kemain suh gua pakai baju operate ijau.

"semua bukak aaa" kata nurse cun nama yong huey wen. cekap tak gua!

bini dan anak gua ekor dari belakang sampai depan pintu operate. dalam bilik operate gua dilayan oleh 3 orang kuat rajinikanth. dan tak lama kemudian pakar bius Dr. Lilian Oh tanye gua macam-macam dalam bahasa melayu. dan gua jawab tenang dan bersahaja dalam bahasa omputih.

operate berjalan selama sejam lebih dan kul 6 macam tu gua dah sampai kat wad. apa sakit pun tak rasa, tau-tau gua hayal satu macam. gua bole cakap terima kasih tak putus-putus kat semua orang. kat remote pun cakap tima kasih. kat tangan pun tima kasih. memang gua hayal tahap langit ke 7.

ramai yang melawat dari keluarga dan opismet. gua kat hospital selama 3 hari rasa macam 3 jam. seronok yang amat. terima kasih kat nurse yang jaga makan minum gua. hari-hari makan bubur. terima kasih pada semua.

masa check out gua dapat senarai bil dan jumlahnya adalah RM6692.87
cilake punye mahal. patutlah nurse sayang gua lain macam. rupenye nak ketuk duit. nasib baik insuran kaver.

jadi sapa yang nak buat operate appandik kat sunway medical ni gua bagi sikit charge yang dia kenakan.
- bilik : RM393.75 untuk 2 setengah hari
- farmasi : RM945
- barang bedah : RM327
- ubat : RM357
- sewa bilik bedah : RM771
- lawatan dr tan ke katil gua : RM555
- kos bedah oleh dr. tan : RM3840

memang patutlah sini hospital orang kaya. semuanya charge. gua batuk pun silap-silap dia charge gak. sekarang gua MC selama 2 minggu dan duk umah macam orang gila.

Konsert Double Trouble - 2

ni tiket konsert bukan tiket bola


pandangan dari tepi. lu nampak skrin tu bape kecik


kat sini la gua berdiri. org depan tu gua syak datang dari pagi


lu nampak macam ber3 je datang. sebenarnya belakang tu kawan-kawan gua gak


dj isma halil masih menjerit tak tentu hala bagi mood peminat naik. termasuk gua. bunyi bass sangat kuat di arena sampai gua syak sound engineer konsert ni dah pekak. playwood yang gua pijak ni sampai bergegar kuat. tapi tak bestnya jantung gua tak dup dap dup dap macam disko cina. jadi gua andaikan sound engineer ni masih tahap biasa-biasa dalam dunia maksiat macam ni. konsert belum start baju dah lencun.

di kiri kanan pentas tersergam 2 layar besar yang pada pandangan gua tak besar mana. gua yang duk tengah-tengah padang pun nampak tak nampak, apatah lagi yang duk line belakang. bila gua pandang atas kelihatan penonton tiket 200 ringgit. duduk dalam kaca. ada air tin. ada air mineral. dalam ekon. dapat kerusi. tak berpeluh dan berpakaian sopan kelihatan.

tepat jam 8.45. tirai dibuka dan lagu 'gemuruh' kedengaran. semua nyanyi sama. gua dah berjanji pada perut untuk tak menyanyi terpaksa minta maaf pada perut. sori beb, gua kena nyanyi. mana bole tahan...

konsert diteruskan dengan lagu hits dari double trouble, paranoid, puisi merdeka dan gema di inderaloka. lagu balada pemuzik jalanan dibawa oleh wings dan opera hidup digoreng oleh search. ada segmen lawan ketuk drum dari itam (black) dan yazid yang gua bagi 5 bintang kat itam. ada segmen goreng-goreng dari joe dan kid yang gua anggap joe lebih hangus gorengnya walaupun kat tali tuning kid ada selit rokok dah bakar. mungkin faktor umur penyebab utama.

segmen paling best bila diorang main secara medley lagu-lagu lama seperti misteri mimpi syakila, gadisku, semalam yang hangat, taman rashidah dan nur nilam sari. semua peminat nyanyi sama sampai tak denggar awie atau amy punya suara. bak kata mat kelantan belakang "jangan biarkan awie nyanyi sorang-sorang!!!"

itu cite atas pentas. cite penonton plak lain macam. di tangga turun ada satu mamat indon buat aksi faizal tahir masa kena ban dulu. bukak baju nyanyi feel. semua yang nampak siap bersorak kat dia. ni baru bebetul rock. tapi aksinya tak lama sebab kena tolong tarik penonton yang pengsan tengah padang ke luar stadium. dah rupa krew plak gua tengok. tapi baju tetap tak pakai sampai habis konsert. masa tu baju masing-masing boleh perah peluhnya.

suasana dalam stadium yang hangat dan padat buatkan gua dan ahli rombongan tekak kering. gua bape kali nak termuntah sebab tekak kering. nak nyanyi pun ikut lagu. mana boleh tarik gua tarik. mana boleh gua lompat gua lompat. mana lagu leleh gua nyanyi pejam mata. ada ketika disemburkan air bomba. tapi setakat orang depan je rasa. baik tak payah. gua kesian gak tengok penonton yang pendek-pendek bila tersepit nak bernafas pun susah.

budak mabuk blakang buat peel buruk. melompat-lompat. jerit-jerit. panjat bahu member pastu pusing baju sampai nak terkena pala abg alis. ni mabuk sangat ni. lu datang ramai-ramai buat hal plak kat sini. gua pun malas nak layan awe tu lebih nanti jadi hal lain. baik gua enjoy konsert je.

konsert tamat jam 11.45 dengan ucapan terima kasih pada para penaja. masa tu gua tengok masing-masing muka tak puas.

mana lagu pawana?
mana lagu bujang senang?

masa terbuang bawak lagu yang tak biasa kat telinga gua. lagi terbuang bila ada segmen lawan ketuk drum. lagu wing dan search je cecah puluhan lagu bila dikumpul. baik lu bantai nyanyi dari buat perkara tak berfaedah seperti acara dukung mendukung dan peluk memeluk. nak jadi gay gi belakang pentas la. gua dan 20 ribu penonton yang lain tak puas hati.

nak keluar pun satu hal. tangga yang disediakan lebih kurang lebar tangga flat sri gombak je. ramai jugak yang panjat tembok. gua ikut tangga. seluar ketat susah nak kangkang.

bila keluar ape lagi, masing-masing cari air. gua nampak budak kelantan belakang main sauk je air coke cawan yang ada belen kat tepi tangga. asal bole je.

pakcik kerusi roda yang rambut putih (org yang biasa gi konsert kenal pakcik ni) maintain duk tepi jalan sambil layan peminat nak ambik gamba. glamer tu. jalan keluar sesak teruk. lagi teruk dari masa masuk tadi.

dalam suasana padat dan masing-masing dah rimas ada jugak suara sumbang kasi kecoh.
"woii.. ketiak dah bau babi ni!!!" jerit orang belakang.
"woii.. celah kangkang dah berair ni.. cepat la!!" sambung orang lain.
"masuk kena bayar, takkan nak keluar pun kena bayar!!" jerit orang kanan.
"sori la bang, saya masuk tak bayar.." jawab depannya.
dan macam-macam hal lagi.

gua dengan ahli rombongan memang dah terpisah jadi masing-masing cari air dulu. bila dah habis konsert baru gua teringat sakit perut ni. pegi la cari air mineral dengan air soya buat pujuk perut.

rehat barang 30 minit sambil mata melilau lihat penonton pulang. bila dah reda barulah kitorang balik slow-slow sambil bercerita hal konsert. ada beberapa buah kereta malang dapat surat cinta polis. nasib baik kitorang tak kena.

menghala ke kampung baru pekena nasi goreng cina dan pulang jam 5 pagi. masa tu perut gua dah tahap kritikal. nak gelak pun dah sakit. esok kena gi hospital la ni.

Thursday, May 06, 2010

Konsert Double Trouble

Setelah pikir panjang dan bermesyuarat dengan para ilmuan. Akhirnya gua memutuskan untuk ke konsert double trouble malam tu.

"lu jadi tak gi konsert?" sms abang alis tengaharinya. Masa tu gua tengah ayat awek jual jambu 88 kat pekan meru.

"jadi!!" balas gua sambil tunjuk henpon canggih depan awek tu. Abang ni kaya la, manje awek tu. Biaseee!.. balas gua.

"kena beli tiket lagi satu. Anis nak ikut" gua pikir panjang. Mana nak cari tiket? Terus gua call agen tiket alam sentral tu. Tak angkat! Call 17 pun tak angkat. Bongok punya kampeni. Camne la bisnes nk maju. Ujung minggu tutup kedai. Awek jambu tu sibuk nak nombor tepon, gua cakap nanti. Gua gogel kejap pegi web sayap2 wings dan dapat nombor satu mamat ni.

"bro. Ada tiket lagi tak?" tanye gua.

"ada. Lu kena datang bukit jalil beli kt sini. Ada seribu je lagi. Skang tinggal tak sampai 300" cerita dia.

"bukit jalil kepala untut ko. bukit kiara la. takkan rockers malaya nak gi konsert indon!" marah gua. awek jambu tu dah pegang lutut nak mintak nombor tepon gua. Kejappp.. marah gua kat dia.

"ohh.. silap... bukit kiara.. sori gua sibuk tune gitar joe ni" jawab dia. puh.. bangga gak dapat cakap dengan orang kanan joe ni.

"kalu camtu lu simpan kat gua barang sekeping. Minggu depan gua bayar" pesan gua.

"hotak lu! Bayar la sendiri. Gua bukan kenal lu nak kirim-kirim ni" marah dia.

"Gua kenal joe! ahh.. kawan-kawan pun tanak nolong. ok la. Gua beli sendiri. Babai. I luv u!" terus gua kensel call. Benda simple mcm ni pun tak bole bantu. Macam ni ke perkhidmatan yg cekap! *gua kenal joe. cuma joe je tak kenal gua. harap maklum.*

Gua call abang alis cerita masalah dan bincang 3 minit. 4 minit kemudian result dah keluar ~ gua kena pegi bukit kiara beli tiket dengan abg alis dan terpaksa meninggalkan awek jambu kesepian.

"abang berjuang demi tanahair sayang" bisik gua. dan dia terus bagi jambu free kat gua tanda patriotik.

Sesampai je kat bukit kiara. Peniaga dah mula curah ais kat dalam sirap limau. Ada brader tengah sidai tshirt hitam di tepi khemah dan tertulis RM25 selai di depannya. Kon biru polis dah beratur di tepi jalan pintu masuk. tanda tak bole parking tepi. Ada 2-3 awek pakai baju nampak ketiak tengah sembang tepi caldina. Mungkin bincang hal serius. Tengok konsert ke pegi joget. Tengok double trouble ke tengok ungu.

"hai! Dah beli tiket blom?" ayat gua. Awek ketiak buat tak dengar dan buat aksi kilas rambut mcm iklan shampoo sebelum masuk keta.

"eleh, ketiak itam nak belagak!" marah gua. Abang alis menuju ke kaunter tiket dan gua ke kaunter baju rasmi. baju pun tak berapa cun pada mata gua. ada beberapa mat rock sibuk menggulung poster dan susun tag untuk dijual. masing-masing rambut dan janggut macam joe. ni bebetul penagih tegar, bisik gua.

Setelah dapat tiket yang disearch dari pagi tadi. Gua dan abang alis terus wings ke rumah untuk mandi dan bersiap.

Pukul 6.30 gua dengan berbaju gelap dan berseluar jin terus mengucapkan selamat tido untuk caca dan maknya di rumah. Gua nak berparti tak ingat dunia sambil tak lupe suh bini gua semayang dulu sebelum tido. supaya rumahtangga aman!

Start enjin dan bergerak ke lokasi yang dijanjikan. Dari jauh gua nampak abang alis sedang wax rambut kasi mohack. Dan kelibat anis baru nak pakai kasut dengan kemeja putih breeze.

"oii takde baju lain ke? Kita bukan nak gi keje" marah abg alis. Camni la bebudak indie. Tak ikut tema langsung. Dan anis menukar ke baju rock the world kusam dan warna luntur macam baju peminta sedekah.

"macam ni barulah rockkk!!!" jerit gua dengan abg alis serentak.

Perjalanan ke bukit kiara diberkati lagi dengan hujan di satu dua tempat. Perut gua ada sakit sikit-sikit dan gua harap tak terburai malam ni. bini gua pun dah doa panjang tadi.

Jalan lancar sehingga sampai ke simpang bukit kiara yang mula sesak. Masa tu kul 7. Gua bukak gogel map kot ada petunjuk jalan baru. Hampa! Gua tak dpt search untuk wing ke jalan baru.

"takde pilihan. kita rempuh je jem" arah gua selaku co pilot. Masa tu mood tengah rebel tak tentu pasal sambil dengar lagu mabuk tujuh lautan kat radio. Anis kelihatan tido kat blakang. Mungkin dia sedang bertafakur menggunakan ilmu telepati supaya kereta belakang bagi ruang mencelah. kalu tak menjadi maka sia-sialah ilmu diploma yang dia tuntut kat politeknik port dickson selama ni.

30 minit berlalu.

Tayar berpusing 2 kali dan berenti. Pusing 2 kali dan berenti. Leceh la camni. Gua lihat kereta-kereta sebelah semua lelaki dan berbaju itam. Sah pegi tempat yang sama. Ada yang naik van pasar malam. Ada yang bawak fairlady plat singapura. Ada naik moto baju dah lencun. Ada awek. Ada mat indon. Semua punya pandangan yang sama; kami nak ke konsert!!! Kenapa jem teruk sangat ni!!! Lain kali buatlah kat stadium!!

Kami berjaya lepas ke simpang stadium juara dan parking tepi jalan. Semua kereta folow. Menapak dari situ ke pintu masuk hampir 2km. Apendik gua masa tu macam nak pecah rasanya bila jalan jauh. Gua tahannn je. Tanak spoilkan mood semua orang. Gua berdoa je supaya usus gua tak meleleh malam ni.

Sampai dekat pintu kami menjamah dulu. Gua pekena berger dan soya. Peminat dah macam padang mahsyar ramainya. 8.15 kitorg terus masuk pintu utama dan buang plastik berger tepi semak dengan air tin ada belen suku.

Pintu masuk tak terlalu sesak mungkin ramai dah masuk dulu. Gua respek pakgat malam tu kerana tak rampas barang mcm konsert search di awan biru. Sapa bawak kamera bole masuk. Kecuali air & payung. Ada sekor mamat tu siap bawak dslr lagi. Konsert sebelum ni semua kena cek mcm org salah. Tali pinggang ada bakel pun sangkut. Nasib kali ni tak bangsat macam tu.

Pukul 8.30 gua dah di tangga indoor stadium. Ruang berdiri depan hampir mustahil untuk rapat. Ruang duduk tepi sangat mustahil ada. Yang bole bahagian tengah padang dan ke belakang. Dj isma halil kasi gamat suasana.

Tolak-tolak, tepis-tepis, siku-siku akhirnya dapat ruang. Sebelah gua satu grup awek datang ngan mak. Gile gempak. Mak tgk konsert. Belakang gua satu grup mat kelantan dengan bau air setan tak tentu pasal. Mendatangkan masalah kat abg alis dan anis di depannya. Gua tak bau sangat tapi gua pun ada masalah gak dengan awek-awek ni. Mak diorg asyik pandang gua dari tadi. Berkenan ambik menantu ke? Isi borang la makcik. Isnin ambik kt opis.

bersambung...

Appendiks

Pada satu malam gua sakit perut agak teruk. Macam kena tumbuk. Senak kemain. Jadi sebelum tido gua sapu minyak yuyi cap limau perasa madu hutan ke perut barang secalit dua kasi perut nyaman dan malam tu gua tido dalam keadaan tak bole mengereng sebab sakit.

Esok paginya gua bertanya hal sakit perut ni kat kawan-kawan. Bos kecik gua syak apendik. Gua ada loya sket. Tak lalu makan tapi nasi tetap 3 senduk. Gua ingat takde benda la ni. Jadi gua lepak opis sambil buat keje sket.

Dalam sambil buat keje tu sempat gak gua gogel pasal apendik ni. Keadaan paling seram bila apendik pecah dan bole kasi mati. Huii.. Mati tu. Gua wasiat apa pun tak buat lagi. Lambogini gua nak kasi sapa. Superbike lagenda gua nak derma mana. Duit kat bank nak susun camne.

Tanak pikir panjang gua start moto terus pegi klinik kasi cek dulu. Gua pegi Salam Medical seksyen 19.

"lu apa sakit?" soal doktor.

"perut sakit. Macam kena tumbuk" jawab gua buat muka kesian. Dalam hati terpikir gak nak mintak MC.

"lu baring sana gua kasi cek dulu" arah doktor dan gua pun baring kat tilam putih yang keras. Doktor tekan perut gua 2-3 tempat. Bila dia tekan perut kanan je otomatik gua dah kepal penumbuk. Sakitttt...

"lu nak tumbuk gua ke? Kang gua tumbuk perut lu kang terus masuk wad tau" lawak doktor. Tak tak.. Gurau je, jawab gua.

Terus doktor suh gua masuk wad. Tapi opis tak kaver wad-wad 3 bintang ni. Jadi gua suh doktor buat surat je. Nnti gua pegi tempat lain. Doktor juga suh gua cek darah dan kencing. Kot ada sakit lain seperti masalah peranakan atau resdung. Dah dapat keputusan diorang call.

"jangan pakai private call. gua tak angkat" pesan gua kat nurse cun tapi pipi ada jerawat batu.

"tak.. call pakai henset gua la.." balas dia kenyit mata. dalam hati gua cakap, kasi licin dulu pipi tu pakai simplisiti. baru syok ajak sembang. Jadi gua balik opis dengan hati gundah dan penuh tanda tanya.

Sampai kat opis gua call zeti, da pruden agen. Tanya hospital 5 bintang mana yang layak gua masuk tak pakai duit kepala agong ni.

"shah alam takde. Lu bole pegi subang jaya medical atau sunway medical. Kat KL lagi banyak hospital lu bole check in. seperti glen eagle." puhh.. glen eagle la style.. baru rasa cam keturunan sultan. tapi jauh sangat.

Sunway pun kelas gak kalu masuk. Bukan pakai duit gua pun. Tetiba bole datang semangat plak nak masuk hospital kaya-kaya ni.

Petang tu dalam kul 3 gua dapat call suh datang klinik ambik keputusan. Gua punye debar macam tunggu result sehati berdansa. Perut gua ni pun ada pedih-pedih sket masa tu. gua tak rasa appendik. lebih pada syak nasi beriyani makcik tudung hijau yang jual kat masjid tu. nasi sedap tapi rendang pedas sangat. tak sesuai dengan citarasa timur tengah gua ni.

"lu kompom apendik!!" kata doktor. Aiseh.. Gua punye gelisah satu macam. Kena potong ni woi. Bukan bole urut-urut ke makan ubat ke. Masalah besar ni.

"gua ada beli susu ngan roti. Nak kasi lambat sakit" alasan gua konon nak bagi lambat potong.

"kena potong sekarang gak. Pecah nanti lagi susah" gua geleng. Doktor terus buat surat cinta untuk gua.

"ni bagi kat hospital mana-mana yang lu nak masuk tu" gua angguk lemah. Kecemasan la sangat, bisik gua kemudian terpandang nurse jerawat batu yang tetiba lipstik dah merah. aikk... tadi pipi merah. Gua plak goyang. Masalah gua bab potong memotong ni adalah;

1. Malam esok gua nak gi konsert double trouble kat bukit kiara. Tiket dah beli ni.

2. Bini gua kursus kat cheras 4 hari start isnin dan caca takde orang jaga.

3. Gua pun takde orang jaga sebab bini gua gi kursus.

4. nurse jerawat batu tu dah tau nombor gua. Masakkk.....

"lu nak masuk hospital biar la khamis. Gua bole jaga" kata bini. Camne ye? Dan gua dah mati akal. Tersepit antara sakit, caca, konsert dan nurse jerawat batu.

Bersambung..