Friday, December 25, 2009

myvi putih

kali terakhir aku nampak ceret tu 2 minggu lepas. masa jiran aku tu tengah repair enjin pada satu malam.

'nazak sangat tu' keluh aku dalam hati.

selepas hari itu, ceret itam old skool tu terus tak nampak-nampak. kejap-kejap rizal guna kereta satria. kejap-kejap pakai iswara bontot kecik.

simpati jugak nasib jiran aku tu.

*********

petang kelmarin, selepas seharian bekerja aku pulang ke rumah dengan lesu yang tinggi. cecah je tayar superbike aku kat simen rumah. aku rasa satu benda pelik kat sekitar.

ada orang 'ikut' aku balik ke?
pokok rambutan depan rumah ni ada 'orang' duduk ke?

aku pandang keliling dan ternampak...
MYVI putih plate BKP

waaahhh..! kereta baruu...!

sejak dari hari itu aku tengok rizal ada masa yang lebih dengan kereta.
kejap-kejap kilat tayar.
kejap-kejap lap badan.
duduk dalam kereta 3 minit baru start enjin.

dengan rizal pun susah nak terserempak sekarang ni.
aku keluar dia masuk. aku masuk dia keluar.

bangga gak aku jiran ada kereta baru.
lepas ni susah la nak dengar ekzos kereta dia bila balik.
tau-tau dengar bunyi grill pagar je.

p/s: terkini! jiran no. 1 baru beli proton saga BKP. jiran no.2 baru beli motor BKP jugak. wahhh.. semuanya bau kedaiii...!

Tuesday, December 22, 2009

aku, motor dan polis!

tengah hari tadi selepas aku membayar duit rumah sewa makcik aku kat satu pejabat kerajaan. kepala aku pun naik buntu. mana aku nak pegi ni. takkan nak balik opis waktu rehat. apa barang melepak kat opis waktu rehat.

jadi dengan langkah longlai. aku bergerak ke deretan motor yang sibuk bersembang hal permotoran di bawah garaj. nampak je muka aku, motor superbike 110cc aku pun terus mengundurkan diri di celah keramaian para newbie yang nak tau pengalaman hidupnya sebagai otai motor.

lalu mendapatkan aku dan menyapa;
"nak pegi mana bos?"

"entah la. aku rasa nak balik umah mama kejap la tengok pokok mangga" balas aku lesu sambil memakai helmet.

lalu aku pun bergeraklah ke seksyen 17 dengan kelajuan sederhana dan berhemah. sempat juga aku menyapa awek pejabat yang kebetulan nak pergi makan tengahari.

"cantik betis!"

jam-jam tu gak, aku dapat makan seranah berulamkan kata-kata nista. aku sengeh. dengan satu pulasan minyak yang padu di tangan kanan. maka dengan rasminya awek tu dah kena perasap dengan aku. sape suruh pakai kain belah. kan dah kena ngorat.

motor aku seakan faham kehendak tuannya. dia meluncur laju membelah angin dan mencelah-celah di antara dua buah kereta yang memandu line kanan tapi slow. satu jeritan hon yang merdu seakan suara amy search mengejutkan pasangan bercinta.

"nak beromen pegi tasik la bang" jerit aku. satu terjahan keras di bumper kereta proton saganya aku bagi. supaya dia beringat.

superbike aku meluncur ke bulatan menghala ke jambatan ke seksyen 17. sedang aku menyanyi hampir ke tahap tertinggi lagu search pembakar perasaan aku terpandang satu lembaga paling digeruni mat rempit.

"polis!" jerit aku.

ah sudah. ada road block plak tengah ari ni. sekelip itu juga aku teringat mana lesen motor aku. hidup lagi ke? road tax aku kat mana?

ekzos aku tak bising. nasib baik aku tak pakai exzos yoshimura yang rossi bagi pinjam aritu. side mirror? puh! nasib baik ada pasang.

helmet? alamak aku terpakai helmet shoei. mahal helmet ni. ada sain stoner kat tepi lagi. ni kalau polis rampas. mau aku guling kat tepi tu gak. aku makin risau. kereta semakin banyak bersesak.

aku juga terserempak satu couple patah balik dan terus ke seberang tanpa hiraukan keselamatan motor mereka. aku hampir terkencing ketakutan. dan aku menunggang pandang tayar.

aku terlanggar kon dan motor aku hampir hilang kawalan. cilakak kon repair jalan ni. hari tu takde pulak nak tergedik taruk kat tengah jalan. ada road blok masa tu la nak taruk.

aku pandang depan dan muka aku terus berubah...

seorang pemuda berkulit gelap memakai vest putih sedang mengibar bendera di tengah jalan dan dikanannya ada satu lori turap jalan!

lain kali pakai la vest kaler lain dol!

Monday, December 21, 2009

tanggungjawab aku

terlalu byk tekanan kebelakangan ni.
aku diam je kerana tak mau serabut ini terus datang.

tanggungjawab kerja sangat berat.
aku masih tidak pulang selepas 12 jam di depan monitor.
aku masih khayal kerja disamping deringan telefon yang sentiasa mengingatkan aku itu dan ini
"design aku ajua" ~ khalim merujuk kpd karnival sukan.
"sample aku ajua" ~ watie merujuk kepada risalah 25 tahun.
"logo aku ajua" ~ pengarah merujuk kpd sambutan tahun baru.
"banners aku ajua" ~ mardiana merujuk kpd resepsi sanding.
"claim aku ajua" ~ supplier merujuk kpd payment tak bayar.
"kami tak makan lagi!" ~ isteri dan anak yang menanti di rumah.

aku diam.

aku tak tau mana mau diusik.
semuanya penting.
aku juga lapar. aku juga penat. aku juga lesu.

jari aku menggigil memegang mouse.
laparkah aku?

belakang kepalaku berdenyut.
peningkah aku?

entahlah.

lagu DMasiv Cinta Ini Membunuhku telah 2 juta kali dimainkan tanpa henti.
dan aku tidak mau ia berhenti.
kerana aku tak mau cinta kepada tanggungjawab ini membunuhku.

semangat aku masih tinggi.
azam aku semakin kuat.
semua di pejabat ini telah berada bersama keluarga.
ada sedang makan.
ada sedang menonton.
ada sedang ketawa.
dan aku juga tumpang gembira.

menyudahkan tanggungjawab dengan sedikit senyum.
dengan sedikit harapan.
dengan segunung doa.

aku dinafikan cuti.
ibarat aku telah ditikam dalam diam.
aku cuba berfikir.
tetapi kepala aku sarat dengan idea untuk kerja.

tiada ruang untuk akal ini mentafsir sebabnya.
jadi tak usah runsing
buat saja tanggungjawab ini.

aku cuba senaraikan apa yang perlu.
nampaknya senarai tidak kurang dari minggu sudah.
nampaknya aku perlu kurangkan segala keperluan diri untuk kerja ini.

aku perlu kurangkan waktu keluarga.
aku perlu kurangkan waktu rehat.
kurangkan waktu tidur.
kurangkan waktu tarik nafas.

kini aku ada lebih masa bekerja.
tanpa pedulikan hati orang lain.

apa peduli hati isteri.
apa peduli hati anak.
apa peduli hati orang tua.
apa peduli hati kawan-kawan.
aku perlu jaga hati para pemberi tanggungjawab.

kerana tanggungjawab ini aku perlu jawab esok.
kau kata boleh! kenapa tak buat!
kau kata siap! kenapa sekarang tidak!

betul ke tindakan aku.
kerana aku tidak mampu berfikir hal lain kerana terlalu kusut.
kusut dengan senarai sangat panjang.
kusut dengan amanah.
kusut dengan amarah.
kusut dengan orang yang cintakan kuasa.

mungkin aku menunggu masa badan ini meragam.
meminta rehat. meminta disegarkan.

maka aku akan berkata;
"sabarlah wahai sahabatku. jika kau tumbang pasti ada orang akan uruskan kita!"

Wednesday, December 16, 2009

mati

apa kata allah;
"Kalaulah sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang kafir sambil muka dan belakang mereka serta berkata. “Rasakanlah olehmu akan siksa yang sangat pedih (nescaya kamu akan merasa ngeri melihatnya)"

allah kata lagi;
"Dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat orang-orang yang zalim ketika sakaratul maut, sedang para malaikat menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan suara yang menengking dan mengejek) “ Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri) ; pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina kamun disebabkan apa yang telah kamu katakana terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula menolak dengan sombong takbur akan akan ayat-ayat keteranganNya"

nabi muhammad kata;
"malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari"

nabi muhammad kata;
"sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang"

nabi muhammad kata;
"orang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati"

nabi muhammad kata;
"banyaklah ingat mati kerana ianya akan mengurangkan dosa"

nabi idris kata;
Sesungguhnya mati itu kalau hendak diibaratkan seperti kulit yang disiat hidup-hidup, maka aku rasa sakitnya mati itu 1000 kali lebih dahsyat daripada itu.”

maka di jawab oleh malaikat maut;
“Wahai saudaraku Idris, ketika aku mencabut nyawa engkau, aku sangat berhati-hati sekali yang belum pernah aku lakukan terhadap seseorang pun sebelum ini ”

bagaimana nabi muhammad wafat?

nabi muhammad demam panas dua minggu. kemudian baginda memasukkan tangan ke dalam bekas air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa;
"Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan"

tersebar seluruh madinah hal kewafatan nabi sehingga umar pun tak percaya. lalu abu bakar member satu khutbah yang terkenal;
“Ketahuilah, siapa yang menyembah Muhamad, maka ia telah meninggal dunia. Dan siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tidak mati”.

dan abu bakar pernah berkata;
Ketika Rasulullah berada di hadapan,
Ku pandangi pesonannya dari ujung kaki sampai ujung kepala
Tahukah kalian apa yang menjelma?
Cinta!


itulah abu bakar as sidiq r.a. gelaran as sidiq tu gelaran orang arab bagi sebab dia asyik cakap betul je ape yang nabi muhammad cerita.

nabi muhammad dan abu bakar pernah menyorok dalam satu gua sebab kena kejar orang quraisy. diorang menyorok punya lama sampai nabi muhammad tertidur atas peha abu bakar. tak lama kemudian seekor ular datang dan mematuk abu bakar. punyalah cinta abu bakar ni kat muhammad, ditahannya sakit patuk tu sehinggalah setitik air mata abu bakar terkena muka nabi dan nabi terjaga.

abu bakar wafat pada usia 63 dan dikebumikan bersebelahan dengan makam nabi muhammad.

"ehh.. ape cerita saidina abu bakar ni? tadi cerita pasal mati!" hati aku bising-bising.

"ohh.. silap. tersyok plak menulis. malas nak edit publish post je la" cakap aku.

p/s : entry ini adalah untuk peringatan di atas dorongan kepada kematian beberapa orang rakan kerja dalam sebulan dua ini. alfatihah kepada kak nora, abang ramlee dan terbaru abang din.

al-fatihah

Tuesday, December 15, 2009

sekadar berkongsi

Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah usahawan melayu terkaya di malaysia (USD1.1 billion) dan merupakan bos besar / bos bersama kepada;
- Malaysian Mining Corporation (MMC) sykt pembuatan dan kejuruteraan. antara hasilnya adalah membina tower one KLCC
- Janakuasa Malakoff (no.2 selepas TNB Malaysia)
- Syarikat PERNAS
- Pelabuhan Tanjung Pelepas
- Amtek Holdings Bhd
- kedai buku MPH
- lee cooper
- Yayasan Al-Bukhary
- Gardenia
- DRB-HICOM
- Bank Muammalat
- Padini, PDI, P.Athuentic, Seed, Vincci
- Gas Malaysia
- Hotel Istana
dan berpuluh syarikat / projek lain di dalam dan luar negara

Vincent Tan (USD 750 juta) adalah tokey besar / tokey bersama kepada;
- Berjaya Group Bhd yang memiliki berjaya times square, berjaya hotel di pulau peranginan, sykt hartanah
- Unza Malaysia dengan produk penjagaan kulit antaranya Dashing, ELITE, Carrie, Aiken dan banyak lagi.
- DiGi
- McDonald Malaysia (since 1981)
- Sport Toto (since 1985)
- Starbucks (since 1998)
- 7Eleven (lebih 200 kedai di Malaysia)
- Kedai buku Borders
- Suratkhabar The Sun
- Kedai Krispy Kreme
- Kedai Wendy’s
- Kedai Papa John’s Pizza
- Kedai Kenny Rogers Roaster
- Kereta Hyundai , Inokom Malaysia
- Cosway, Singer
- Terbaru Friendster.com dengan belian 100 juta USD
dan berpuluh usahasama syarikat di dalam dan luar negara

Ananda Krishnan pula (USD 7 billion) adalah pengarah / pengarah bersama kepada;
- astro
- maxis
- pan pool malaysia (judi)
- Tanjung Golden Village TGV
- MEASAT
- powertek berhad (janakuasa)
- Bumi Armada (perkapalan)
- membeli padang lumba kuda sebelum dibeli kerajaan dan jadi KLCC

terkaya di malaysia adalah
Robert Kuok (USD 10 billion) raja gula asia. adalah bos bapak gila punya besar kepada syarikat PBB Group dengan produk dan agensi;
- Golden Screen Cinemas GSC
- telur Seri Murni
- sardin marina
- minyak masak NEPTUNE, Seri Murni dan Krystal
- Nata de Coco jenama Syamu
- sos cili Linggam
- Pewarna kek jenama Star
- Johnson & Johnson
- Clorox
- Vsoy
- Minuman Orang Kampung (long jack, kacip fatimah)
- gula makan jenama MSM (Malayan Sugar Manufacturing)
- Tepung gandum cap SAUH
dan banyak lagi..

sekadar berkongsi

Monday, December 14, 2009

bisnes MLM


pada satu petang yang harmoni aku, isteri dan caca bersiap untuk keluar bersuka ria di shah alam sambil menghirup udara petang yang segar dan seharum teh sabah.

sedang aku menghimpun 3 guni sampah di depan pintu rumah, kelibat satu mpv wish perlahan melintasi rumah aku. ni tak lain cari rumah sewa la ni. tak pun kawan abang baju kuning rumah belakang.

"ajua..!" jerit pemandu wish tu.
"ehh.. jibaun! la.. nape tak call dulu" balas aku menjerit jugak.

jibaun ni adalah kawan lama aku semenjak dari sekolah menengah lagi. kira kawan karib sangat la. mak bapak aku memang kenal sangat la dia ni. dialah geng rempit. geng usha awek. lepak umah dia sampai pagi adalah aktiviti wajib hujung minggu. pernah bercuti sampai ke pangkor dengan kunyit dan ashim. beraya rumah awek dia kat temerloh. kehidupan bujang aku yang penuh misteri dan sulit banyak dia tau. datuk tony fernandes pun jeles kalau dia tau hal sulit sebegini.

last dia datang rumah aku masa raya tahun lepas. raya tahun ni plan memanjang tak jadi je. aku sibuk. dia ada hal. last aku jumpe dia beberapa bulan lepas di kedai khalifah seksyen 3 sambil bercerita tentang satu produk MLM.

dan aku tak join MLM tu.

jadi petang tu jibaun pun melepak la kat rumah aku dengan di hidangkan teh cameron highland. uncang edisi terhad dan nasi beriyani bukhara yang sempat bini aku masak segera.

kalau dia bagitau awal mungkin sempat jugak bini aku masak rendang tok dan bakar lemang. tak pun black paper stik dengan makaroni cheese dihidangkan dengan roti garlic yang dibakar atas kayu api yang arangnya hanya boleh diperolehi di essex, england. senang cakap di belakang rumah jamie oliver!

selain bersembang kosong dan bertanya khabar. sempat juga aku bertanya hal kereta wish dari negara maria ozawa tu. soalan aku tu seperti memetik suis bom. dia tersenyum dan bertutur dengan susunan ayat teratur bahasanya dan cantik lenggoknya seperti telah dikarang dari awal. dan aku syak ni mesti MLM ni.

tepat dan tanpa selindung maka jibaun memberitahu ~ itulah hasil MLMnya. sebuah wish baru dengan bulanan sebanyak seribu lebih selama 9 tahun. baru bayar 2 bulan. keluar lepas raya puasa aritu.

aku tersengeh manja selepas diberitahu wish itu masih berhutang dengan bank. bukan dibayar tunai. tambah hutang rupanya! jadi takdelah hebat sangat MLM tu sampai kau berhutang bank. ingatkan wish tu dah habis bayar! nampaknya jibaun kena maintain MLM selama 9 tahun la kalau nak bergaya dengan wish maria ozawa tu.

aku tolak MLM dia dengan cara baik. untuk kali ke 2. aku ada juga side income. tapi bukan MLM. aku tulis blog. purata aku dapat 30 ribu ringgit sebulan hasil dari tulisan blog kat sini. bulan lepas je dapat 145 ribu ringit hasil iklan di sini.

takkan aku nak cerita kat dia income aku 30 ribu tu. jadi aku bagitau je bisnes aku low profile. nampak takde kemajuan. bisnes runcit-runcit je. masih bekerja makan gaji dengan menunggang superbike 110cc setiap hari. dan berkasut buruk dan berkemeja lusuh macam biasa. pukul 9 makan nasi ikan keli kat kantin tingkat bawah, juga macam biasa.

aku cuma sedikit pening kepala pikir kapal persiaran yang roman abramovich bagi aku minggu lepas tak dapat permit berlabuh kat port klang. mungkin aku kena bincang dengan vincent tan sebab aku nak pakai perlabuhan berjaya dia. jadi hal macam tu tak seronok aku nak cerita kat jibaun!

jadi aku diam aje.

******************

beberapa hari kemudian jibaun ada memujuk aku dari fesbok. aku tolak lagi cara baik. dah tiga kali! aku tak nak kerana bisnes MLM yang tak tentu hala ni, akan mengkuburkan hubungan aku dengan dia.

cara meniaga orang lain-lain. ada suka MLM, ada suka rompak, ada suka trading, ada suka services. ada suka main-main. jadi MLM bukan cara aku dan bini aku. skim piramid ni jangan main-main oi. sedara pun boleh putus. apatah lagi kawan. jangan sebab duit semuanya tergadai.

aku tengok orang MLM pun tak semuanya berjaya. hutang berlambak pun banyak. ishh.. takut gak aku bab berhutang ni. dengar cerita nabi pun tak sembahyangkan orang yang berhutang ni. jadi janganlah berhutang.

aku juga dah nasihatkan jibaun jauhi dari MLM ni dari terperangkap. antara sebabnya, mengkayakan bangsa lain. 99% MLM adalah kepunyaan bangsa lain.

MLM seperti Hai-O menjual arak dalam bisnesnya. walaupun ramai bertegas Hai-O marketing tak sama dengan Hai-O trading. kalau dah satu company tu bukan sama je ke. samalah macam ko makan kambing yang tinggal dalam kandang babi. kambing tu memang halal makan. tapi dia makan sepinggan dengan babi. sentuh kulit babi. gurau-gurau dengan babi. mungkin juga kambing tu ada bersekedudukan dengan babi. kita pun tak tau. jadi ko nak makan ke kambing tu bila dah tau?

confiden makan takpe. kalau was-was!

aku ada juga baca website ust zaharuddin yang review pasai uptrend dan hai-o. dan menariknya menurut Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhaili (ulama dari syria)
adalah HARAM mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen orang di kaki yang kesepuluh. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah!


kiranya ko ambik untung sedikit. mungkin dalam 5% di atas usaha orang bawah yang takde kena mengena dengan ko. seperti ko duduk goyang kaki tengok fesbok, tapi ko kutip 10% keuntungan sales dari member ko yang bagai nak mati cari duit tu.

itulah piramid.

Saturday, December 12, 2009

dilema orang bujang

"bercinta dah lebih setahun ni cantek la. tahun depan bole kawen" perli aku kat sorang member pada satu pagi.

"takde duit la. belanja kawen ni besar gak ye. beli cincin. beli baju.. bla..bla" dan aku ternganga je bila dengar dia bersungut.

ni kes takde duit.

petang tu aku lepak kat kerusi depan pejabat sambil bersembang dengan sorang pak guard pegang pump-gun.

"motor modenas yang baru tu berapa ye harga. ingat nak beli untuk anak. senang dia pegi belajar itm nuuu.."

"entah la pakcik, dalam 5 ribu cukup la kot" balas aku lemah.

"anak pakcik bape orang?" soal aku sambil menjeling muncung pump-gun yang menghala ke siling. ni kalau aku bawak ke maybank memang kompom masuk metro esok ni, bisik aku.

"12 orang! yang bongsu tu dapat itm melaka. tu yang pakcik nak cari motor ni. second pun takpe kot." pakcik tu lancar bercerita dan matanya tajam memandang orang keluar masuk ke dalam bangunan yang dia jaga.

aku agak pakgat ni mesti tak cukup duit nak beli motor anaknya. tetiba aku rasa macam ada kaitan pulak dengan dialog aku pagi tadi.

teorinya adalah;
orang bujang + ada awek = takde duit!
pakgat + ada anak 12 = takde duit!

pakgat yang takde duit tu pun bole sara anak sampai 12 orang bole hidup macam biasa jadi apa halnya pulak orang bujang yang mungkin membela seekor myvi boleh kata takde duit!

aku bulan-bulan tak cukup gak duit. tapi aku tengok susu caca tetap 6 tin sebulan. pempes 3 pek besar sebulan. makan mewah boleh tahan kerap. bini aku tetap beli tudung setiap minggu. spotrim kereta aku tetap bertukar setiap bulan. padahal gaji aku cuma lebih sikit je dari gaji sebelum kawen. aku tengok ok je.

jadi apa masalahnya?
aku pun tak tau.

Thursday, December 10, 2009

Fesbok kena sekat!


pada satu tengahari yang indah aku dikhabarkan bahawa fesbok telah disekat dengan kejamnya oleh pihak junta tentera ICT. diorang tak tau ke fesbok ni adalah ciptaan genius dimana aku boleh berjumpa hamdan, kawan sekolah rendah yang sampai hari ni tak ganti stopwatch yang dia pecahkan masa kat koridor kelas berbelas tahun dahulu.

fesbok juga adalah cara paling mudah untuk himpun kawan lama dan menjemput diorang untuk datang makan kat rumah aku dengan hanya satu klik.

diorang tak tau ke sebab fesbok lah petisurat email aku selalu penuh sampai aku naik menyampah tengok ayat ~ commented on a photo of you...

tapi aku suka fesbok sebab boleh kutuk orang tanpa prejudis.

sebelum ni pihak junta juga telah menyekat beberapa web yang bermanfaat seperti youtube, tv3, myspace dan yang berkaitan dengan pelbagai alasan ~ muzik, porno, hiburan, videoklip...

aku mengeluh.

tak boleh la aku menatap herard tribune dan washington post pagi-pagi. dan kemudian membaca perez hilton mengutuk semua orang kat web dia. macam mana pula dengan lady gaga yang meminta aku komen videoklip terbaru dia kat youtube?

aku mengeluh.

henpon aku berbunyi dan aku terus membaca sms;
'bile nak prof teman punya fesbok ni?'
'fesbok saya dah kena sekat la' keluh aku.
'tak potong lagi ke? pakai la broadband'

aku tepuk meja!
iye la aku ada maxis broadband. ape risau internet sekat. pakai internet sendiri. bayar sendiri.

sejam kemudian dapat lagi sms;
'tima kasih sebab prof. nanti komen la ye'

aku senyum je.
sibuk-sibuk anwar ibrahim ni pun sempat juga dia tengok fesbok aku. bagus la.