Wednesday, March 31, 2010

karaoke - 1

kalau karaoke tempat mahal macam redbox. lu kena datang siang-siang. murah sikit. nak lagi sedap lu karaoke kat bangunan sebelah opis gua ni. murah dan best.

lagu pun banyak walaupun tak terkini.
dapat air kok lagi.
sound sistem tak sakit telinga.
dan yang penting...
sorang sepuluh ringgit nyanyi sampai 2 jam.

satu yang tak syok bila jajan sampai ngan air kok.
gua rekemenkan lu jangan usik jajan dan air sepanjang lu nyanyi. jamah sikit-sikit bole. sebab bila gua peratikan sapa yang makan jajan tu memang batuk time jerit. air kok plak ada ais. lagi rabak suara lu. silap-silap lu tak bole nyanyi lagu ekamatra sampai habis. asyik-asyik lagu sinario. asyik-asyik lagu s.jibeng.lagi setengah jam nak abis nyanyi baru lu makan.

lagu mat saleh memang sedap di radio. tapi tak sedap di karaoke. bukan muzik ori. video klip pun jenis gambar laut. awek topi terbang. naik sampan kayuh bawah jeti. bunga tiup angin. gua syorkan jangan pilih sangat. kalau lu gian gak nak nyanyi bolelah try lagu mikel learn to rock. lagu santai dan senang nyanyi. lagu-lagu rock macam skopion, metallica, queen. sedap lagi dengar kat radio.

pemuda harapan bangsa macam gua yang idup zaman bas mini tambang 60 sen memang akan pilih lagu-lagu ukays. axs. data. meditasi. mega. xpdc. spring. slam dan seangkatan. lama kelamaan lu akan tau lagu apa yang sesuai untuk lu nyanyi masa kenduri kawin. hari keluarga dan diner-diner tanpa malukan diri dan kawan-kawan.

lagu-lagu baru dari indon pun sedap kalau kena pada suaranya. cuma masalah artis indon ni. suara diorang sangat sedap macam samsons dan krispatih. lagu dayu-dayu macam tu memang sesuai nyanyi kat karaoke je. kecuali suara lu memang sedap lain cerita.

orang suara lemak-lemak sesuai nyanyi lagu balada.
orang suara nyaring sesuai nyanyi rock.
orang suara sengau lu pilih lagu dangdut macam lagu daun pisang.
orang suara besar lagu brorey.
nak selamat lu nyanyi lagu lama-lama macam lagu a.ramlie. rileks je.
suara unik macam saleem dan jamal memang susah nak cari.

gua harap tips ni dapat bantu lu dalam mencari lagu yang sesuai untuk majlis kenduri kawen seterusnya menjadi artis AF. selamat menyanyi.

kursus

dah la selangor kalah malam tadi. pastu gi makan kedai wak dol mana ntah kat seksyen 7 sampai kul 1 pagi. esok gua nak berkursus mula kul 8 pagi. kurang-kurang kul 7 pagi dah bersiap hantar caca kat umah mak.

gua mesti pegi kursus ni sebab gua tak pernah gi kursus.

pagi tadi gua bersiap hensem. rambut kasi minyak sket. baju setereka 2 kali sembur fabuloso. gua angkat caca yang tengah mimpi tu terus ke bakul motor. langit gelap dan gua pikir kena tekan butang turbo kasi laju ni.

caca baring kemas kat sofa sambil tengok awek joget kat tivi. cerita hi-5. gua terus start motor pecut ke opis.

3km pertama.
~ hujan renyai. ada 2-3 rakan serempit dah pakai baju otromen. baju otromen gua dah buang sebab reput. tak beli lagi. "kejap je kot ujan ni!" gua sejukan hati.

3km kedua
~ makin lebat. semua mat motor tengah isap rokok bawah jambatan. gua separuh lencun. kaki simpan celah kepak motor. badan rendahkan sikit. gua tekan butang turbo!

3km ketiga.
~ hujan tak kasi can. dia turun cukup-cukup! gua geleng. "demi kursus. DEMI KURSUS!"

1km terakhir.
~ jaket gua lencun. kemeja yang gua gosok elok pagi tadi dah komot macam baru lepas bergaduh. gua tak peduli "demi kursus!" jerit gua kat parking moto.

sampai kat opis. bebudak pandang gua pelik. dengan kemeja lencun. seluar lencun. selipar basah macam baru lepas berak.

"lu redah hujan ke?" soal zali sambil bercerita pasal kekalahan selangor malam tadi.

"ak ah. gua kursus la pagi ni" jawab gua pantas. tanpa bernafas lama. gua cepat-cepat pakai kasut. pakai baju kot. cover kemeja yang lencun tu. capai memo, buku nota dan terus ke tingkat 3 nak pergi kursus.

"ajua! nak print kad ni?" kak ti mintak gua tolong.

"sori kak ti. gua sibuk nak gi kursus. nanti lambat" balas gua tanpa pedulikan sembang rancak hal selangor main bola cam cilake semalam.

gua terserempak dengan mar di pertengahan jalan.

"mar lu tak pergi kursus ke?"

"KURSUS KAN ESOK!" gua tengok balik memo tu dan terus gua sepak dinding. cilake! macam mana gua tak perasan.

sejam lepas tu:
gua bekerja pakai t-shirt. baju gantung kat hanger kasi kering pakai kipas! april fool kan esok. macam mana gua bole kena arini?

Tuesday, March 30, 2010

karaoke

aktiviti karaoke ni adalah satu acara senaman yang gua paling in skali. gua pernah masuk marathon. gua pernah main futsal. gua johan main pangkah guli. gua naib johan acara curi rambutan. tapi semua tu tak boleh lawan kelas vokal yang gua sertai ini.

dah lebih 5 tahun sebenarnya.

pada awalnya gua berjinak-jinak secara malu. nak pilih lagu pun terkial dalam gelap. kadang-kadang terstop lagu orang. sentiasa banyak masalah nak pilih lagu yang gua boleh tarik. dengar awie nyanyi lagu dipenjara janji macam senang. siap lepak bawah pokok atas bukit. dia nyanyi pun dengan muka biasa.

cuba lu nyanyi tengok. tak terkincit. tak terjerit memang tak sah la. kadang-kadang nak jaga suara sampai lu terendahkan key yang spatutnya lu kena tarik.

sebab tu gua rajin sangat pergi kelas vokal ni.

kelas ni banyak tempat. ada yang mahal. ada yang murah. ada yang free. budak-budak rambut kuning biasa layan free kat rumah orang kawen. lu kalau suara tak sedap. nak nyanyi lagu kumpulan may. tolong la jangan. baik lu cari lagu endang s taurina. tak pun lagu yusni hamid.

sambung.

Thursday, March 25, 2010

dah 2 tahun

lu dah besar bole jadi dj


muka nerd. bila bercakap satu haram tak paham. berak busuk nak pengsan. gigi depan serpih. tido berkeroh. kadang-kadang mulut ternganga. tukang sepah mainan nombor satu. bila berpeluh bau masam yang amat. suara paling c minor bila menjerit.

tapi bila lu ikut gua solat sampai abis.
gua lupe semua tu. caya la..

setahun berlalu

bila gua tengok tarikh arini. gua senyum leret.

kalau tahun lepas gua dah kelam kabut ni. ape taknye, 3 hari lagi nak ke australia bercuti. barang ntah kemana. duit ntah kemana. pack situ sini. jantung dub dab dub dab tak tentu hala.

gua siap bawak laptop kat sana. bila transit sydney je kena keluar segala harta dalam beg. pegawai yang jaga bahagian scanner badan besar malik noor. lengan dia je besar peha gua. sekali dia bersuara "please sir?" rasa cam guruh. budak-budak dengar boleh demam.

5 hari kat sana bila orang tanye lu nak pegi lagi tak? gua jawab tanak. sebab dah pegi. gua nak merasa angin stamford bridge plak.

tapi gua rekemen sapa-sapa nak merasa angin oversea. bole gi australia belah-belah brisbane macam gua. lu jangan gi melbourne macam jo pegi. ramai sangat student malaysia. bangla ada, nepal ada, arab ada. tak syok.

lagi detail lu pegi gold coast belah-belah surfer paradise macam gua gi tahun lepas. tengok awek bogel tepi pantai. tengok mat badan taf ke hulu ke hilir usung papan luncur. layan makan kebab 8 dollar tetiap malam. setiap malam rabu ada uptown kat pesisir pantai. ada supermarket woolworths (gua sebut wool..wool..) yang sejuk amat dan jual megi kari dan indomee cap malaysia. 7leven jual majalah porn kat rak je. majalah playboy 8 dollar gua siap bawak malaysia lagi.

jadi bila kenang-kenang balik memang syok. gua rasa projek ke stamford bridge tahun ni dengan zali macam jadi je bila teringat. ada sapa nak ikut?

keje gomen

sapa yang tak pernah kerja kerajaan gua nak cite sikit pasal suasana disini.

gua kerja lebih 10 tahun. mula-mula kerja gaji kecik. pakai rx-z duk umah mak. cukup bayar duit motor je. nak makan kentaki tunggu duit ot. nak beli seluar bundle tunggu bonus.

kerja rileks. masuk kul 8. kul 9 lebih dah bole gi minum sampai kul 11. masuk opis buat kerja 2 jam rehat lagi sampai kul 3. menguap 2-3 kali dah bole balik kul 5. gua siap bole sambung blajar kat IPT lagi masa tu. bos langsung tak usik.

2-3 tahun kemudian kerja gua makin berat. dari menguap 2-3 kali sehari jadi sekali je sehari. itu pun time rehat tengahri. check-in surau kul 12 sampai kul 2. bila ada meeting kul 2.30 muka masing-masing sembab je. gua tengok mata ajit pandang satu tempat je tanpa perasaan. kat pipi ada satu garis panjang. tido waktu rehat ni memang berhantu. kalau gua miss tido tengahari, dia punya menguap kalah singa kat afrika.

opis tak ramai, sekitar 30 orang. bos sentiasa meeting. gua sentiasa hilang. kadang-kadang bole balik tido. kadang-kadang gi usha adidas. nak beli tak mampu. paling kerap menebeng kat kedai mamak sampai badan pun bau kari.

awek-awek kat opis semuanya makcik-makcik. asal ada meeting jabatan, plastik merah mesti ada. tapau meehon. tapau kuih. terdesak sangat air teh pun bawak balik dalam plastik merah. sepanjang gua bekerja, aktiviti tapau-tapau ni gua jarang terlibat. susah nak bawak balik. pernah gak cuba skali. bila sampai rumah pastik bocor. tak pasal-pasal kena basuh motor waktu maghrib.

satu masalah makcik-makcik kat opis adalah hobi bergosip. semua benda boleh jadi cerita. gua datang awal pun soksek soksek. gua tak gosok baju pun soksek soksek. gua kemas meja sikit pun soksek soksek. itu belum bab artis lagi. boleh sampai ke petang cerita fasha sandha je. esok izwan pilus. lusa maya karin. sambil cerita kena ada asam-asam baru sedap. sebab tulah makcik-makcik kat pejabat kerajaan besar-besar pehanya.

satu benda yang lu kena jaga bila bekerja adalah punch card. walaupun lu tak nampak satu hari pun sebab kerja kat luar. punch card mesti kul 8. lu lambat 2-3 kali sebulan boleh menyebabkan kad punch card tu tukar kaler lain. kaler merah paling cilaka. lu kena jumpe bos bagi sebab. lu kena jumpe orang disiplin bagi sebab. rekod kerja lu pun buruk. padahal lu hensem baju gosok hari-hari.

tunjuk kepandaian di pejabat kerajaan adalah pantang terbesar di mana-mana pejabat kerajaan seluruh negara! walaupun lu kerani. tapi kalau lu saja-saja cakap dengan bos "saya tau jalan KL!" memang sampai mati la lu jadi driver bos. padahal lu kerani je. sama jugak halnya kalau lu kerani dan pandai komputer. otomatik semua staff kat opis lu akan rujuk kat lu segala soalan tentang komputer.

"kenapa tak bole print?"
"macam mana nak buat bold?"
"macam mana nak install game ni?"

dan lu akan sentiasa bizi buat kerja orang dan last-last kerja lu tak siap. hal macam tu banyak terjadi pada staff baru. jadi gua bagi nasihat secara baik kalau lu dapat kerja kerajaan biasakan cakap "tak tau la!", "tak reti la!". jadi lu selamat jadi balaci warga tua di opis tu.

kerja kerajaan kena banyak sabar. kalau lu dapat kerja kontrak. tak semestinya lu kontrak sampai mati. 2-3 tahun lu sabar mungkin lu dapat jawatan tetap. nasib lu baik naik pangkat plak. nisbah untuk lu apply jawatan terus tetap sangat tipis. kecuali abah lu orang besar kat situ. gua tengok trend staff kerani kebanyakkannya ada degree. ada master. bila ada jawatan kosong jadi pegawai. dia terus apply dan dapat. jadi sabar tu penting.

gaji tak banyak di kerajaan adalah biasa. semua orang begitu. polis, tentera, kerani. sebab kakitangan awam adalah satu organisasi yang sangat besar. juta-juta! ambik kata kerani seluruh negara ada 100 ribu orang. tambah gaji seratus ringgit sorang kurang-kurang najib kena cari 10 juta untuk bayar kerani je. pegawai pun nak gak tambah gaji. cikgu pun nak. muhyidin yasin pun nak. belum cerita cupeks bising-bising mintak bonus raya lagi. bukan kata najib, rosmah kalauu tau pun melenting tak boleh shopping london.

satu sebab utama orang pilih kerajaan adalah kerana pencennya. zaman paklah pernah ada ura-ura nak mansuhkan pencen. mustahil! sebab skim pencen kerajaan ada tulis kat perlembagaan persekutuan. tak boleh pinda pun. jadi untungnya ada pencen semua tau. lu goyang kaki tengok AF pada usia 60 pun dapat duit. lu meninggal usia 60, bini lu dapat pencen seumur idup dia pulak. itu belum cite kalau lu sakit jantung kena bypass kos puluh ribu kat IJN. lu senang-senang tunjuk kad pencen pastu segala kos najib tanggung. sayang abang jib!

gila kuasa di dalam kerajaan adalah biasa. kilang soni pun ada orang gila kuasa. kedai runcit ahseng pun ada gila kuasa. jadi orang yang gila kuasa yang suka arah lu buat itu ini banyak di sini. ada masa lu kerja teruk. kerja sampai malam. sabtu ahad pun kerja. tapi tak selalu.

kerja di kerajaan banyak meeting. dalam satu hari lu boleh sampai 4-5 meeting. pagi meeting jabatan. pastu meeting jawatankuasa. pastu meeting gotong royong. petang meeting sukan. meeting bajet. meeting family day. last-last kerja buat esok. dah asyik meeting je satu hari.

bab tindas menindas atau perkauman jarang terjadi sebab 90 peratus adalah orang melayu. jadi memo dan surat dalam bahasa melayu. meeting cakap melayu. dan makan lepas meeting pun nasi. tak pernah lagi rasa chiken chop.

orang kata kerja kerajaan macam tak kerja. rileks je. sebenarnya tu silap. yang tak kerja tu buruh-buruh. cuba tanye pegawai. memanjang sibuk macam gua. buruh-buruh banyak mengular sebab gaji kecik. pegawai gaji banyak tu pasal kena perah.

jadi sapa yang dapat kerja gomen. kerjalah elok-elok. nak dapat susah. nak berenti senang.

Thursday, March 18, 2010

cemerlang

ni bukan gua

semenjak dua ni gua memang sibuk sangat menguruskan anugerah pekerja cemerlang. dia punya sibuk sampai miss nescafe ais abang lembut buat tu. miss gosip terkini artis di celah-celah partition orang lain. miss betis awek yang lalu lalang depan opis.

gua miss semua nikmat dunia tu sekejap. semata-mata nak fokus kepada senarai panjang penerima anugerah ni.

bila gua susun gambar bebudak cemerlang ni elok-elok banyak gua berfikir tentang betapa cemerlangnya mereka ini. adakah lu ni bekerja sampai kul 1-2 pagi cam biasa gua buat selalu? adakah lu tak pernah usha kasut adidas kat midvalley pada waktu pejabat? adakah lu datang awal setiap pagi untuk ketuk punch card pastu duduk kat kat meja tanpa bergerak sampai lewat petang?

jadi apakah ciri-ciri cemerlang yang bos lu orang tengok sebenarnya?

gua kenal je muka-muka yang lepak kat kantin lama-lama tapi cemerlang. gua jugak macam terserempak muka cemerlang ni tengah borong pempes kat giants pada waktu pejabat.

jadi gua sebagai pekerja yang tak berapa cemerlang tapi tetap bekerja hari-hari ni pelak melihat faktor cemerlang yang diorang dapat.

mungkin lu orang pernah mengharumkan nama pejabat di persada antarabangsa? emm.. tak jugak! atau lu buat-buat sibuk kat opis masa bos ada. padahal lu sebenarnya main poker kat fesbok. emm.. mungkin jugak.

adakah gua perlu susun strategi baru tahun ini untuk melayakkan gua naik pentas dapat cemerlang dan enjoy duit seribu tu beli seluar dockers 2-3 helai?

"buat pe lu cemerlang tapi gaji sikit! orang nak duit!" ujar kawan taman gua.

betul gak! yang penting gaji bukan cemerlang. lu kalau disanjung satu dunia pun kalau awal bulan dah pokai, pebarang!

gua rasa dapat cemerlang ni pun tak best jugak. lu kerja rileks orang kutuk. lu cuti lebih sikit orang kutuk. lu tak OT orang kutuk. jadi serba tak kena plak bila dapat anugerah ni. padahal lu tak kacau orang.

jadi sebaiknya gua buat kerja diam-diam. claim OT patut-patut. balik umah layan caca tengok barney. ujung minggu gi tesco beli susu. gua malas pun orang tak bising. gua rajin pun orang tak bising. sebab gua orang biasa-biasa.

pada pekerja cemerlang. tahniah sebab lu kerja keras tahun lepas. tapi ingatlah. kerja gila-gila pun kalau lu tak semayang, tuhan tak pandang beb!

Monday, March 15, 2010

lama tak cerita

semenjak berkecimpung dalam dunia twit..twit ni. gua sangat malas nak tulis kat blog. cerita-cerita siaran langsung seperti masalah ke rumah kenduri kawen kimi yang kat tanjung sepat atau hal-hal kesukanan malam minggu biasa gua tulis terus di twit-twit.

gua juga bersemangat nak bercerita prihal urusan penguntingan rambut dengan hair stylish gua yang berambut mohack tu. begitu juga hal-hal kerja yang selalu buat gua balik jauh malam tanpa hiraukan keselamatan dan rayuan perut gua yang mintak diisi burger daging special.

itu belum gua bukak cerita pasal caca yang selalu kentut bunyi panjang dan samakan dengan bunyi ayam berkokok pada setiap pagi.

"ayah! kokokkk" caca muncungkan mulut sambil jari tunjuk luar.
"lu yang kentot kata ayam" jawab gua sedang baring sambil pejam mata.

jadi hal-hal itu gua akan cite slow-slow sambil tengok-tengok kot ada cite lain yang gua boleh celah.

Friday, March 12, 2010

sabun di bilik mandi


klik untuk besar


dulu gua macam ni la masa kat sungai petani. pakai sabun cap faridil atras dan azrul badul wahab.

hahah.. sampai skang diorang tak tau..

Tuesday, March 09, 2010

Puisi yang membangun jiwa..

Surat Dari Kekasih ~ Khalil Gibran

Untukmu yang selalu Kucintai,
Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepadaKu., bercerita,
meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang
indah yang terjadi dalam hidupmu pada tadi malam, kemarin, atau waktu yang lalu….
Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…
Tak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu,
tetapi engkau terlalu sibuk…

Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun.
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu.
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau
berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku
menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun dengan
semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk
untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.

Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
sedikitpun menyapaKu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu
dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan,
tetapi engkau tidak melakukannya…..

Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu,
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya
seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV, Aku
tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak,
hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak
waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun
dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan, hingga waktu-
waktu untukKu dilupakan.

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu
dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak mengapa kerana mungkin
engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.

Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu,
ungkapan isi hatimu, namun
tak kunjung tiba..

Baiklah….. engkau bangun kembali dan kembali Aku
menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu…

Tapi yang Kutunggu … ah tak juga kau menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi
kau masih tidak mempedulikan Aku.

Tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, tak ada
pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU….

Apakah salahKu padamu …? Rezeki yang Kulimpahkan,
kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan
yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan,
kebahagiaan yang Kuanugerahkan, apakah hal itu tidak
membuatmu ingat kepadaKu ???

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon
perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.

Yang selalu bersamamu setiap saat,
TUHANMU….

~ Khalil Gibran

kredit to bos gua