Friday, May 06, 2011

Laptop

Lu orang ingat tak kes gua bengang dengan ict pasal pc gua jahanam pastu gua buat kerja design pakai laptop sendiri selama setahun?

Jadi sepanjang menjalani hidup yang sukar sebagai seorang design tunggal yang dibayar oleh kerajaan. Gua membeli sebuah laptop HP Compaq Presario C700.

Laptop ni tak canggih mana pun.
Windows Vista, 1GB RAM, 120GB HD, Adobe Photoshop Illustrator dan tulang 4 kerat untuk bekerja. Laptop inilah yang gua guna selama 8 bulan buat design sebelum gua beli laptop kedua ~ Macbook Pro 4GB RAM.

Bila Macbook dah buat kerja pejabat, laptop HP ni gua suruhlah buat kerja rumah, seperti membasuh, mengemas, lap lantai, siram pokok dan berehat sambil tengok astro.

Pas 2-3 bulan buat kerja rumah, gua pun hantar laptop ni ke klinik berhampiran untuk medical checkup dan upgrade badan dia supaya cergas dan sihat.

Gua up RAM ke 2GB dan pakai baju Windows 7 untuk nampak lebih hensem. Bila dah sihat dan kembali ceria, gua plak tak sampai hati nak suruh dia buat kerja rumah. Jadi senang cakap gua nak offer laptop ni kepada sesiapa yang berminat.

Spek lain adalah;
Windows 7, DVDRW, 2GB DDR RAM, 15.4" widescreen (1280 x 800 LCD),Intel Core2 Duo T2390(1.87GHz), 120GB Hardisk, Built-in Webcam, 3 port USB, Good Bateri (3 jam lebih). Dah install MS Office 2007, Photoshop, Illustrator dll.

Untuk pengetahuan juga laptop ni TAK PERNAH JATUH dan TAKDE CALAR di permukaannya sebab gua pakai skin chelsea yang terbaek dari ladang.

Sapa yang berminat bole call gua 019-3762715. Kita nego sampai jadi. Gua takde beg laptop jadi gua bagi kabel. Condition laptop ni 8/10. Memang laju dan cekap buat kerja rumah.

Gua sertakan gambar untuk lu orang tengok. Gua tak pernah niaga barang komputer, jadi gua xpandai nak kencing-kencing dan up harga merapu-rapu. Gua duduk Shah Alam, jadi stakat PJ, Subang, Sunway, Klang, Pakli, Pyramid, gua anytime punye.

Harga gua letak RM1,600. Kalau serius nak beli, harga bole ejas...