Thursday, December 30, 2010

Bercuti ke Singapura - Hari Kedua (UNIVERSAL STUDIOS)

Hari yang seronok dah tiba. Tapi penat berjalan semalam masih ada. Sebelum tido semalam sempat jugaklah kitorang lumur minyak yuyi cap limau kasturi kat kaki. Alhamdulillah kaki rasa selesa sikit.

Pagi ni kitorang bersiap ke Universal Studios Singapura yang terletak di Sentosa Island. Taman tema yang baru bukak tak sampai setahun ni memang tujuan utama kitorang sampai bercuti ke Singapura ni. Tiket dah beli online melalui asiatravel.com. Untuk pengetahuan korang tiket ke USS ni cepat sold out. Pembelian melalui online adalah sangat digalakkan.

Kitorang bersiap kul 8:15 pagi dan terus bersarapan. Terus terang gua cakap, tempat sarapan ni memang out! Makan kat dalam dewan macam kenduri kawen. Dengan comotnya meja, dengan air tumpah-tumpah atas lantai. Gua makan lebih kurang astu chow. Ngeri sarapan kat sini. Dah la makanannya pun tak banyak pilihan. Memang fail lah.

Kitorang bersiap menunggu bas yang akan ambik di luar hotel. Janji kul 8:30 sampai. Rupanya kul 9:15 baru nampak. Sama menunggu dengan kitorang adalah satu family dari India kalau tak salah. Bas ke USS ni akan mengambil pemnumpang-penumpang yang telah mengambil pakej yang disediakan oleh asiatravel.com sahaja. Betapa hebatnya syarikat internet ni. Perjalanan ke USS mengambil masa 45 minit dengan melalui jalan-jalan utama di Singapura. Secara tak langsung gua dapatlah tengok pergerakan bandaraya ni dari trafiknya, jemnya, simpang-simpangnya dan kedai-kedainya.

gua ada kedai kat sini beb

Bas yang membawa kitorang tu berhenti di Terminal tiket dimana gua boleh tukar kertas tiket yang gua print tu dengan tiket sebenar

tiket sebenar
Gua dimaklumkan setiap tiket USS layak untuk mendapat kupon bernilai SGD10 akan diberikan di kaunter asiatravel.com berhampiran pintu masuk. Kupon ni boleh ditukar untuk beli makanan dan cenderamata seperti kepala Shrek!

Gua pun naiklah eskulator yang berdekatan dan benda pertama yang gua nampak adalah ‘dunia’ Universal Studio dan berpuluh orang sedang mengelilingi dunia tu sambil bergambar. Di keliling ‘dunia’ tu ada lebih kurang 10 kaunter tiket yang bertutup dan gua difahamkan tiket USS ni dah sold out sehingga awal Januari 2011. Sapa nak masuk kena beli awal 2 minggu macam gua dan beli online.

Bergambar di tugu USS ni memang impian gua sejak setahun dulu. Akhirnya dapat jugak berambar walaupun kena bertolak-tolak. Ramai jugak bangsa cina ke kat sini. Tapi orang melayu Malaysia pun boleh tahan jugak.

permandangan dari luar dan pintu masuk

Pintu masuk dibuka pada jam 10 pagi dan gua terus beratur di barisan yang paling pendek. Sebenarnya semua pintu dah baris panjang. dan tak lama beratur kitorang dah berada di dalam taman tema yang terkenal di seluruh dunia. Benda pertama yang wajib ambik adalah risalah Studio Guide. Di dalam risalah tu korang boleh plan nak kemana dan tengok show pukul berapa. Sangat penting supaya korang tak miss pertunjukan utama hari tu.

Bagi yang bawak budak pastu tak bawak stroller cam gua. Ada perkhidmatan sewa stroller harga SGD10 di kanan pintu masuk. Ada single stroller, double stroller dan kerusi roda untuk mak-mak yang tak larat berjalan.

stroller bagi budak2

Pengunjung pada hari tu tersangatlah ramainya. Mungkin sebab cuti sekolah serentak di Malaysia dan Singapura kot. Gua teringat tiket yang belum tukar jadi kupon tu dan gua pun beraturlah di kaunter servis. Dukacita dimaklumkan yang gua tak dapat tukar kupon tu sebab kaunter yang sebetulnya terletak di luar pintu USS. Bukan di dalam USS. Cilanat! Takkan gua nak keluar plak. Ahh.. abaikan kupon gua dah tak sabar nak jumpe Prince Fiona ni.

USS yang seluas 20 hektar ni terdapat 7 zon bertema dan semua tempat sangat ramai orang dan kena beratur sangat panjang. Dulu gua pegi Warner Bros Australia pun tak macam ni punye ramai.

Zon pertama adalah Hollywood. Kat sini banyak karakter Hollywood macam Merlyn Monroe muka cina akan buat aksi seksi pastu ramai-ramai beratur ambik gambar. Nasib baik gua tak jumpa Merlin Monro cina sepanjang kat sana. Tolonglah! Zon Hollywood ni lebih kepada kedai cenderamata dan kemuncilan karakter-karakter Hollywod. Kalau korang perasan ada Walk of Fame kat atas jalan. Nama ntah sapa-sapa kat Walk of Fame tu.

Zon kedua gua pegi adalah Madagascar. Korang boleh jumpa watak seperti Alex, Marty, Penguin dan bergambar dengan diorang. Gua sempat bergambar dengan King Julien “Haloo mr. Alex!” siap berpeluk sakan lagi. Gua syak manusia dalam kostum King Julien ni adalah seorang awek yang kesepian.

Kitorang sempat bergambar secara official di patung 4 sekawan zoo tu siap print berframe dengan harga SGD12. Selepas tu kitorang mulalah menapak dari zon Madagascar ke Istana Far Far Away untuk bertemu Shrek dan Donkey. Tapi bila tengok beratur punyelah panjang nak masuk dalam Istana tu, hmm… terus kitorang kensel. Ada baiknya gi makan tengahari di Friar’s yang terletak di depan istana Far Far Away tu. Terdapat 13 kedai makan di sekitar USS dan 6 daripadanya ada logo Halal di permis. Termasuklah Friar’s ni.

Lepas makan, kitorang ke The Lost World tempat dinasor berkampung. Kat sini gua buat peel dengan membeli air berkepala dinasor pastu acah-acah kat caca bagi takut. Plan gua berjaya sejam yang pertama je. Pastu caca pun minum air dinasor ni gak.

Istana Far Far Away

Kampung dinasor, rumah mumia, zon robotik dan waterworld

Ada banyak permainan yang tak sesuai untuk kanak-kanak dan gua miss sebahagian besar daripadanya. Nak beratur dah la panjang, pastu nak tinggalkan caca dengan bini gua tercatuk depan pintu dengan hari macam nak hujan satu hal jugak. Lain kali jelah. Tunggu caca dah sekolah menengah baru gua masuk bawak caca.

Pertunjukan yang penting dalam USS adalah WaterWorld yang terletak diantara istana Shrek dan hutan dinasor. Pertunjukkan ni hanya 4 kali sehari dan kitorang beserta ratusan pengunjung lain akan beratur 30 minit sebelum pintu dibuka. Nak duduk depan punya pasal.

Waterworld ni adalah pertunjukan aksi seperti dalam filem Waterworld di mana orang baik lawan orang jahat dan orang baik menang.

Di dalam arena Waterworld tu terdapat 2 bahagian tempat duduk. Bahagian basah dan kering. Sapa duduk bahagian basah janganlah nak mengamuk bila pelakon aksi siram lu dengan air sebaldi. Amaran dah diberi awal-awal oleh petugas sebelum masuk.

Pertunjukkan hampir 30 minit dan sangat terhibur dengan letupan, tembak-tembak, penonton kena siram dengan air dan part paling best.. kapal terbang masuk dalam tempat pertunjukkan.

Seterusnya kitorang ke zon bertema mumia atau The Mummy. Kat sini ada roller coaster yang seram tapi gua tak masuk. Tengok luar sudah. Gua peratikan sapa yang main permainan yang melibatkan beratur panjang. Ahli keluarganya mesti tunggu kat luar siap bersila bagai. Anak pun siap tidur-tidur.

Zon tema seterusnya adalah zon futuristik seperti dalam filem Battlestar Galactica. Roller coasternya masih belum dibuka. Dapat bergambar depan pintu masuk pun dah cukup sedap. Kalau dia buat zon Starwars mungkin lagi teruja gua nak main. Battlestar ni filem dia pun gua tak pernah tengok. Tak stim nak singgah. Gua lalu je ke zon seterusnya yang lebih seronok.

Belum sampai ke ruang sebenar New York gua dah bergambar kat pintu gerbangnya. Bergambar kat subwaysnya, kat tangganya. Set yang sama seperti pengambaran filem holywood. Gambar-gambar ni kalau gua tag kat fesbuk. Mengangga jiran-jiran ingat gua bercuti kat New York.

Selain bangunan seperti di New York, kitorang juga dapat masuk ke tempat tarikan utama disini iaitu “Light, Camera, Action oleh Steven Spielberg”. Kebetulan orang pun tak ramai nak masuk mungkin diorang ingat tempat ni cam boring. Tapi korang tak tau, kat dalam bangunan ni Steven Spielberg akan ceritakan macam mana diorang buat ribut puting beliung gempa bumi dan banjir seperti dalam filem. Yang best pulak kitorang pun terkena ribut seperti dalam filem. Memang mendebarkan.

Gua macam kat NY der..

Kedai-kedai cenderamata ada disetiap zon bertema. Kalau tak sempat beli di zon dinasor contohnya, korang boleh dapatkan kepala dinasor tu di zon Hollywood. Kiranya USS ni berpusing tempatnya. Kalau korang jenis kaki enjoy, nak main semua benda dalam USS ni, 7 jam tak cukup untuk enjoy. Nak beratur lagi, nak terkinja-kinja lagi, nak bergambar lagi.. kurang-kurang mau 2 hari baru syok. Tapi kalau korang pergi bukan cuti sekolah dan hari biasa, ada harapan USS ni lengang. Gua masuk USS pada hari Selasa, 28 Disember 2010 ni serupa macam masuk pasar malam. Sesak ya rabbi.

Pukul 4 petang kitorang dah melepak kat tepi jalan Hollywood dan kul 4:15 petang kitorang dah keluar dari USS pun. Ambik gambar kat ‘dunia’ sebab orang dah tak ramai dan kul 4:30 petang kitorang dah ada dalam bas untuk balik ke hotel.

Melepak kejap kat hotel dalam sejam. Kemudian kitorang naik MRT ke Bugis untuk makan malam di Restoran Zam-Zam.

Restoran Zam-Zam ni adalah sebuah kedai mamak yang terletak di belakang masjid Sultan. Restoran bukan di lot tepi, jadi ramai yang tak perasan. Restoran ni berada dalam senarai wajib singgah oleh Kementerian Pelancongan Singapura. Info dari internet dan kawan-kawan dari Singapura pun tau restoran ni.


Menu pembunuh adalah Murtabak Daging. Terbaik di Singapura, Batam dan Malaysia. Gua tak order pun sebab gua lapar nasi beriyani. Air sirapnya rasa pelik. Tapi teh tarik dia memang layan. Kedainya 2 tingkat dan agak kecik dari luar. Nasi beriyani adalah SGD6. Murtabak daing pun SGD6.

Berjalan malam-malam di Singapura dengan tak kenal sapa-sapa tak memberi sebarang perasaan gentar di hati gua. Selain tau jalan balik, warga Singapura juga paham berbahasa Melayu. Masa gua kat Australia dulu lagi teruk sesatnya. Dah la kat negara mat saleh, map takde, bas berenti ntah mana, bawak caca tengah tido plak. Tapi kitorang ok je. Baru namanya travel. Kalu setakat ikut tourist guide pastu gi tempat yang dah plan je. Boring beb. Lu tak eksplore banyak tempat.

Pulang ke hotel jam 11 malam dengan menaiki MRT dari Bugis ke Little India dan esok pagi nak ke Orchard plak. Merayap kali terakhir.

Bersambung.

Bercuti ke Singapura - Hari Pertama

Perjalanan gua sekeluarga ke Singapura bermula seawal jam 4 pagi pada 27 Disember yang lepas. Nasib baik Caca takde buat hal banyak sebab kena mandi kul 4:00 pagi. Gua hanya bawa 2 beg ke sana. Beg tarik 10kg dan beg belakang.

beg kecik dan beg blakang

Persiapan ke luar negara macam ni biasa kena call Celcom untuk roaming, call kad kredit untuk backup dan tukar duit. Gua hanya banyak SGD468 (RM1100+-). Tiket flight Tiger Airways, tiket Universal Studio dan bilik hotel gua dah siap tempah 2 minggu awal.

Lebih kurang kul 5:30 pagi gua dah berada di LCCT. Malas nak susahkan orang, jadi gua parking je kereta kat LCCT. Charge untuk 3 hari parking adalah RM107.50

Napa gua pilih Tiger Airways?
Harga murah RM200 dari Airasia. itu je. Kaunternya Tiger Airways agak terlindung sket dari puluhan kaunter Airasia. Korang kena bukak mata sket. Tak pun tanya orang.


Lepas checkin barang. Kitorg gi sarapan kat White Coffee. Kul 7 pagi terus masuk kat balai berlepas dan kul 7:20 dah ada kat dalam perut harimau. Aumm!!!

Tiger Airways ni kira macam Airasia la. Syarikat penerbangan tambang murah. Tapi ni Singapura punya. 1 baris ada 6 kerusi. Semua seat leather. Pramugari 3 orang berbaju kuning seluar hitam. ada skaf belang harimau ikat kat pinggang. Konon ganas la buat ikat-ikat macam tu. Menu makanannya ada air mabuk-mabuk. Tengah tulis kad imigresen, pilot bagitau flight dah nak mendarat. Kelam kabut gua menulis macam doktor. Penerbangan 40 minit tu rasa kejap sangat. Tau-tau dah sampai Changi airport.

Airport di Changi ni ada 4 terminal dan Tiger Airways ni berada di terminal bajet. Bila dah sampai luar bangunan ada free bus transit ke ketiga-tiga terminal tu. Kat dinding bustop tu ada map untuk orang blur macam gua. Perjalanan dari terminal bajet ke terminal 2 lebih kurang 5 minit. Tunggu bas pun tak lama kat terminal bajet tu. selang 5 minit ada bas lalu.

cari sign ni bila sampai terminal bajet

Sampai di terminal 2 gua terus menuju ke MRT.

MRT ni adalah train bawah tanah yang bagi aku sangat canggih, maju, efisen, pantas dan memeningkan. 3 hari sebelum ke Singapura aku siap beli map kota Singapura kat MPH yang ada map trainnya sekali. Aku ingat bila baca map train bole terus terer. Rupanya kena feel dulu baru pandai.

Sampai je kat Terminal 1 Changi Airport aku terus ke stesyen MRT dengan mengikut signboard. Bila dah kat depan pintu masuk ke stesyen MRT terus blur. Baca map - blur. Baca signboard, risalah apa kejadah pun blur glak. Last-last tanya kaunter. Rupanya sapa-sapa yang nak guna MRT kena beli ez-link card harga SGD12 sekeping dan touch kat pintu untuk masuk. Sama macam touch n’go. duit kurang boleh topup kat mesin topup atau kaunter yang terdapat di setiap stesyen hentian MRT.

lu jangan tengok muka gua. tengok map tu

Untuk memudahkan semua orang, map untuk lorong-lorong MRT ni ada 4 warna berbeza yang akan bergerak di seluruh Singapura. Warna merah, hijau, purple dan kuning. Bukan setakat kat map je, signboard setiap stesyen pun ikut warna lorong.

Misal kata dari Changi Airport (lorong hijau) korang nak ke Farrer Park (lorong purple) untuk shopping kat Mustafa. Memula korang touch kad tu kat mesin MRT Changi dan tunggu train yang tiba setiap 3-4 minit. Lepas tu korang kena turun kat mana-mana interchange untuk tukar train, macam kat City Hall. Pastu korang ikut signboard merah untuk naik train dari City Hall ke Dhoby Ghaut (next interchain). Turun kat Dhoby Ghaut, ikut signboard purple untuk ke Farrer Park. Setiap stesyen paling lama 3 minit. Jadi dari Changi ke Farrer Park lebih kurang 15 minit je dan ko melalui 14 hentian dengan 2 kali tukar train.

Pening? Gua pun sama.
Tapi lepas 3 jam melayan train sana sini alhamdulillah gua tak pernah terlajak naik train ke tempat lain atau rasa macam ‘gua kat mana sekarang ni hah?’

Gua first time naik MRT, first time gi Singapura, bawak family pulak. Tapi dengan segala map, signage, info yang merata kat setiap dinding stesyen MRT. Lu takkan sesat beb. Kecuali lu budak-budak, orang buta atau tak pandai membaca sebab sekolah tak habis, ada harapan lu mudah sesat.

semua info ada kat dinding

keadaan dalam MRT bila tak sesak

Selama berkelana di Singapura (guna ayat M.Nasir) gua tinggal kat Hotel Grand Chancellor yang terletak kat Little India. Kebetulan plak hotel ni termasuk dalam pakej Universal Studio. Sekali harung la. Tengok review kat internet pasal hotel ni memang sakit hati baca. Semua buruk je. Tapi sebab dah bayar gua harap diorang layan gua dengan baik dan mesra. Hotel ni juga dikelilingi dengan kuil-kuil hindu dan kedai-kedai india.

Hotel ni dikategorikan sebagai 5 bintang dari luar. bila masuk dalam jadi 3 bintang setengah. Tapi bila lu sarapan pagi kat tingkat 8.. terus menjunam jadi 1 bintang. cam haram jadah!

Gua sampai kat depan reception jam 10 pagi. Nasib gua agak baik sebab ada bilik kosong untuk gua checkin awal. Kalau nasib tak baik gua kena tunggu kul 3 petang. Lobi hotel agak luas dan nampak mewah. Lif berfungi bila kad bilik dimasukkan ke slot. Bilik kitorg terletak di bangunan sebelah. Jadi kena ke tingkat 4 untuk ke seberang bangunan. macam KLCC daaa…

Bilik agak sempit dengan takde bathub. Tivi takde Astro. Ada 12 channel dan malam-malam gua layan cite TVRI Indonesia. Permandangan terdekat di tingkap adalah kuil. Nasiblah locengnya tak kuat. Kalau tak mau gua sabotaj kuil tu.

hotel cikai je


Destinasi pertama pas letak beg adalah Bugis Street. Dari pembacaan internet, Bugis Street ni terdapat banyak tempat shopping yang murah-murah. Jadi gua berjalan kaki dari hotel ke MRT Little India (5minit) dan terus ke Dhoby Ghaut. Tukar train ke City Hall. Tukar train dan turun kat Bugis. Perjalanan lebih kurang 6-7 minit.

ni kat Dhoby Ghaut interchange station

Orang Singapura ni memang suka berjalan laju macam kat jepun. Kalau naik turun eskulator tu, baiklah korang berdiri kiri tangga. Sebab biasa diorang akan berjalan jugak walaupun eskulator bergerak.

Keluar dari Bugis MRT station ada baiknya korang baca map dan plan nak pergi mana. Kalau tak boleh sesat macam gua yang plan nak makan kat restoran Zam-Zam, akhirnya makan mekdi kat Bugis Junction.

Bugis Junction ni adalah shopping mall 4 tingkat yang agak besar kawasannya. Kedai-kedai pun banyak barang branded seperti Levis, Guess, Mac dll. Makan tengahari mekdi aku tu berharga SGD15 (big mc set, filled o fish set dan happy meal) Mahal bole tahan!

Pastu kitorang pergi ke Bugis Street yang terletak seberang jalan dari Bugis Junction. Kat sini barang-barang memang murah dan tempatnya lebih kurang macam Petaling Street. Tapi kena hati-hati pilih kasut. Kulit babi memang banyakkkkkkk kat sini. Gua syorkan kalau lu nak beli kasut cari kedai yang branded. Kedai cikai, kasut pun cikai. Kulit babi lagi.

Gua ada beli fridge magnet untuk koleksi petiais rumah. SGD10 dapat 4 ketoi. Baju tshirt pun harga paras-paras SGD10 – 15. Kalau kemeja dalam SGD35. Jual barang kat lorong-lorong macam ni pun bole kopak RM50 kalau tak pandai pilih.

Bugis Street


Cuaca kurang baik hari tu dan merasa la jugak hujan emas di negeri orang. Seterusnya kitorang naik train ke Raffles Place untuk bergambar kat Merlion pastu upload kat fesbuk kasi kawan-kawan jeles. hahahaharun!

Merlion ni terletak agak jauh dari MRT. Kena menapak sambil belek-belek map dan cuci mata tengok kereta Lambogini dan superbike melintas kiri kanan dengan bunyinya yang woshhh… indahhhhnyaaa..!!!

Jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan pakar!

Melion ni bila-bila masa memang sentiasa sesak. Pelancong macam gua memang jakun bila tengok. eksited satu macam. Padahal tugu negara pun tak pernah pegi. Macam-macam aksi bergamba kat sini. Gua sempatlah jugak tido kejap kat situ. Penat beb berjalan. Kena plak Caca ni nak dukung memanjang. Gua dah la bawak beg lagi. Satu yang gua perasan, Singapura ni tak mesra stroller. Semuanya bertangga. Lelagi bila kat MRT. Jarang sangat gua jumpa orang bawak anak dalam stroller. Banyaknya dukung je.

Kalau korang penat bergambar kat Merlion tu boleh pekena Starbuck bawah jambatan dekat area situ. Gempak beb Starbuck tu. Harga burberry muffin SGD3.50 ice blended SGD6.50.

Pas ke Merlion kitorang berjalan-jalan kat taman Esplanade kat tepi sungai yang sangatlah bersihnya. Sampah paling banyak pun daun je. Puntung rokok tak jumpe, plastik eskrim tak jumpe. Bebetul bersih Singapura ni. Tu belum korang tengok belakang kedai runcit atau kedai makan. Bukan kata bau busuk, air longkang pun takde.

Kitorg berjalan terus ke MRT untuk menuju ke Orchard. Dalam masa berjalan-jalan tu ada sempat jugak menolong dan bersembang dengan warga Singapura yang baik dan peramah. Ada jugak bebudak yang mandi sungai.


Caca ni plak macam dah kena set kat kepala. kul 6 tido. Jadi terpaksalah mengusung orang tido ni kehulu kehilir. Penat jangan cakap. Bini gua siap beli kasut lain sebab tak tahan kaki. Nasib baik gua pakai kasut Usin Bolt. Jadi berjalan pun tak penat sangat. Keluar je dari MRT Orchard kitorang dah geleng kepala.

“Sepatutnya kita ke sini dulu!” kata bini gua.

Keliling kitorang adalah shopping mall yang beraneka bentuk. Belakang gua je berbaris amoi nak masuk kedai LV. Sebelah LV ada Zara. Seberang jalan gua nampak shopping mall Tangs. Last-last kitorang ke ION Orchard sebab nak gi Starbuck mintak air panas nak buat susu caca.

Belum sampai kat starbuck, caca dah lena. Jadi kitorg lepak jugaklah kat startbuck pekena makanan sikit, sambil tunggu caca tido. Sekurangnya dapat rehatkan kaki. Bila aku peratikan kebanyakkan stesyen MRT memang bersambung dengan shopping mall. Macam masa aku kat Bugis (Bugis Junction), Orchard (ION Orchard), Raffles Place pun ada.

Sebab tulah gua perasan atas jalan takde orang. Semua lepak bawah tanah. Shopping mall macam ION Orchard tu ada 5-6 tingkat bawah tanah. MRT station kalu yang ada interchange pun sampai 3 tingkat bawah tanah dengan 4 train boleh bergerak serentak. Puhh.. baru hari pertama ni. Esok nak gi Universal Studio plak. Macam mana punye canggih pun gua tak tau lagi.

Kul 7 malam kitorang cadang nak terus balik. Tapi sebab makan pun belum, ada menariknya kitorang penatkan kaki lagi dengan terus menapak ke Mustafa yang terletak kat Little India. Mustafa ni dekat je dengan hotel kitorang. Dalam 10 minit jalan kaki. tapi sebab dukung caca yang 10kg ni tengah tido kat bahu. 10 minit rasa cam 10 jam.

Gua bayangkan Mustafa ni macam Jusco atau sekurangnya Parkson. Tapi bila dah sampai.. alamak… sama macam Mydin laa.. Mustafa ni ada 4 bangunan kalau tak salah. Bangunan sebelah-sebelah je dan ada jambatan penghubung antaranya. Sebelum masuk Mydin atau Mustafa ni kitorang makan malam kat gerai tepi Mustafa. Kedai mamak.

Nasi beriyani ayam, murtabak daging, teh tarik, teh o suam dan mineral botol besar. Harga adalah SGD15. Lebih kurang macam makan kat Mekdi tengahari tadi. Nasi beriyani diorang rasa sama je dengan kat sini. Cuma gua tengok meegoreng dia warna merah. Kalau kita warna cokelat gelap. Tapi rasa tak taulah sebab gua tengok meja orang.

Perut dah kenyang kitorang pun masuklah ke Mustafa. Gua cari boxer sebenarnya. Alang-alang dah masuk round sekali satu bangunan tu. Mustafa ni tak salah ada dalam 4-5 tingkat. Yang banyak masuk dalam ni semuanya orang india dan orang melayu (malaysia / indonesia / singapura). Harga barangnya agak murah dari kat luar dan pasaraya ni dibuka 24 jam. nak beli ubat gigi kul 5 pagi pun bole.

Bini gua sempatlah singgah ke tingkat 2 yang jual perfume. saja nak tengok harga. Sampai je kat area perfume.. nahhh.. orang punye ramai kat situ dan harga minyak wangi berjenama spt Guess, Dunhill, CK, Bvgari, Burbery, Polo dll semuanya murah-murah. Ni bukan perfum balang besar pastu transfer botol kecik buat calit leher. Ni perfum dalam kotak macam kat jusco tu. Perfum CK One 100ml harga dalam SGD42. Lebih kurang RM100 sebotol. Ada kakak sebelah gua ni siap beli kat 10 botol perfum pelbagai jenama dan gua teringat cakap-cakap internet yang syorkan beli perfum kat situ sebab murah.


Lepas sambar 2 botol dan boxer selai. kitorang pun berjalan balik dengan melalui deretan kedai-kedai india yang sesak satu macam je bila waktu malam. Gua tergelak bila ada satu kedai video pasang cerita tamil kat luar kedai siap audio. Penuh sesak jalan tu sebab semua nak tengok cerita free. mata masing-masing tak berkedip tengok pusat rani mukarjee. Sengal!

Satu perkara yang gua suka bila tengok kat Little India ni takde seketol air ludah sirih pun bertepek kat jalan. Taik burung merpati pun takde (burung merpati pun tak jumpa) dan setiap depan kedai runcit / makan mesti ada sebatang penyapu untuk diorang sapu-sapu bila ada sampah. Bersih sangat Singapore ni! Best.. best..

bersambung...

Friday, December 24, 2010

sori

semenjak opis gua suka main blok-blok internet ni. banyak benda tak boleh bukak.

memula youtube. pastu fesbuk. pastu p2p. pastu macam-macam la. akhirnya blog gua ni pun terjerat sama. ape masalahnye gua tak tau.

bukan ada porno pun.
bukan ada mp3 donlot-donlot pun.
bukan ada wikileaks kerajaan malaysia pun.

jadi bila kena blok. gua dah mati akal.
terpaksalah gua guna broadband untuk memblog.

termasuklah entry yang ini.

gua banyak benda nak cerita kat korang tetapi itulah.. broadband. sengal betullah masalah blok-blok ni.

nanti ada masa gua story 2-3 benda baru.
1. Konsert Double Trouble kat Surf Beach, Sunway Lagoon
2. trip gua ke Universal Studio minggu depan.

adios.

Thursday, December 02, 2010

foursquare badges

sori kawan-kawan. gua kurang menulis. bila ada kesempatan sikit macam ni gua cubalah menulis walaupun takde idea.

nak cite ape?

semenjak gua bertwiter ni idea ngarut gua banyak ke situ. ntah hapa-hapa gua ngarut tapi ramai je follower dengar.

lagi satu aktiviti baru. gua dah gila main foursquare.
makluman : foursquare ni bukan game counter strike atau konda kondi. dia macam fesbuk, frendster gak. cari kawan. cuma yang bestnya ko checkin kat mana ko berada skang dan untung-untung dapat lencana.

lencana nilah yang gua kejar sebenarnya!

ada satu malam, gua siap list lokasi-lokasi yang boleh gua checkin sampai dapat lencana. dua kali jugak la gua tapau minyak motor semata-mata nak berada di lokasi tu.

dan akhirnya gua dapat 2 lencana.
Just Desserts

nak dapat lencana ni lu kena follow mamat nama BRAVO pastu lu unlock kat satu kedai cake kat Empire subang.

excELLENt fan

nak dapat benda alah ni pun ko kena folo minah nama ellen pastu unlock kat kedai kek. gua lupa la mane gua unlock tapi area subang parade.

bedna-benda alah ni lebih kurang macam pertandingan cari harta karun. kalau kena tempat lu dapat. kalau nasib cilaka, penat je la.

stakat hari ni gua dah berjaya dapat 20 lencana. ada orang dah cecah 100 lebih. tapi banyakknya kat new york sana la.

gua usaha kasi kuat untuk capai cita-cita murni ni. tak dapat hadiah ape pun. sekadar seronok-seronok je.

nanti gua sambung lagi. kalau ada mood.

Friday, August 13, 2010

dzun nun al misri

beliau ini ialah seorang handal dalam bidang keruhanian dan termasyhur kerana warak, salih dn ibadatnya. penduduk mesir banyak yang mengganggap beliau ni sebagai tukang bidaah dan beliau ditentang oleh orang-orang yang anti dengannya.

bagaimana dia termasuk dalam bidang keruhanian atau kesufian ini?
begini ceritanya.

ada seorang hamba allah memberitahu dia baha seorang wali allah yang besar telah menggantungkan dirinya tunggang balik pada sepohon pokok. jadi si dzun nun pun pergilah berjumpa dengan wali allah itu dan bertanya kenapa menyiksa diri sampai macam tu.

kedengaran wali allah tu berkata pada diri sendiri;
"wahai badanku! selagi kamu tak patuh kepada ruhani ku. akan aku hukum kamu hingga mati!" dzun nun menangis melihat hal tu.

wali allah itu berkata pada dzun nun;
"siapakah orang yang berdosa itu yang menangis dan kasihan kat aku?"

dzun nun pergi ke depan wali allah itu dan memberi salam dan bertanya kenapa dia menyiksa badan. wali allah itu menjawab;
"badanku tak diam dalam ibadatku kepada allah. oleh itu aku hukum dia"

dzun nun berkata;
"saya sangka tuan telah membunuh orang atau membuat dosa yang besar"

wali allah kemudian berkata;
"tidak ada dosa yang paling besar daripada berkawan dengan ahli dunia kerana semua dosa terbit dari berkawan dengan mereka"

dzun nun berkata;
"tuan benar-benar wali allah yang soleh"

wali allah itu menjawab;
"jika kamu hendak bertemu wali allah yang soleh. pergilah ke bukit itu"

maka si dzun nun pun pergilah ke bukit yang dikatakan itu. di sana dia berjumpa dengan seorang sufi dan sebelah kakinya bercerai dari badannya. kaki yang bercerai itu tergelimpang di depan pintu dan telah busuk di makan ulat. su fi itu sedang duduk mengenang allah di biliknya. dzun nun bertanya apakah maksud perkara ganjil yang dilihatnya itu.

maka si sufi itu menjawab;
"satu hari aku duduk dibilikku. sedang duduk aku terdengar bunyi kaki seorang gadis melangkah. gadis tu sedang berjalan disitu. masa tu timbullah nafsu di hati. aku pun bangun melihat dia. tiba-tiba terdengar satu suara -

"tidak kah engkau malu menghambakan diri syaitan setelah engkau menghambakan dirimu kepadaKu semenjak 30 tahun yang silam?"

suara ketuhanan itu menyindir aku. oleh itu kaki aku yang tengah langkah bendul kerana tujuan jahat tadi aku potong!"

sufi itu bertanya kenapa nak jumpa dia yang berdosa tu. kalau nak bertemu dengan wali allah sebenar, naik ke atas bukit lagi dan akan berjumpa dengan orang yang benar-benar wali allah.

oleh kerana dzun nun tak mahu naik lagi, jadi dia minta sufi itu menceritakan tentang wali allah itu.

wali allah itu menceritakan bahawa telah bertahun lamanya wali allah itu tinggal di atas bukit itu. semasa ia tinggal disitu, pada satu hari datanglah seorang hamba allah melihatnya dan berkata bahawa dia janganlah mengharapkan sedekah orang untuk hidup tetapi carilah nafkah sendiri.

semenjak itu, wali allah itu tidak mahu meminta sesuatu dari manusia lagi. kadang kala dia tak makan langsung. tetapi lama kelamaan dengan kehendak allah dia diberi rezeki oleh allah melalui lebah yang memberinya makan madu. lebah-lebah itu datang dan menggugurkan madunya untuk wali allah itu. dan itulah yang dimakannya dan menghilangkan lapar dan dahaga.

si dzun nun sungguh terpesona mendengar cerita ganjil itu.

semasa dia turun dari bukit tersebut, dzun nun lihat seekor burung buta bertenggek atas dahan pokok. terlintas di hatinya hendak tahu bagaimana burung itu dapat makan. tiba-tiba burung itu turun ke tanah dan mematuk tanah itu dengan muncungnya. setelah tanah itu digalinya maka di situ dilihatnya ada jagung dan besin emas mengandungi air. itulah yang dimakan burung itu. kemudian tanah itu balik seperti biasa semula. burung itu pun balik terbang ke dahan pokok itu.

selepas peristiwa itu, dzun nun bertambah yakin bahawa sesiapa yang sentiasa mengenang allah, dia akan diberi allah rezeki dan dipelihara oleh allah dan dzun nun tidak akan berlindung kepada yang lain selain allah. semenjak itu dia tidak lagi menghiraukan hal keduniaan dan terus menyebut nama allah sentiasa dan menjalankan amalan keruhanian.

satu hari, dzun nun sampai ke satu terusan. dan berwuduk di situ. dilihatnya hampir dengan terusan itu ada satu istana yang indah dan di serambi istana itu berdiri seorang perempuan cantik. dzun nun minta perempuan itu bercakap.

kata perempuan itu;
"bila saya lihat tuan dari jauh, saya sangkakan tuan gila. bila tuan hampir, saya lihat tuan ini seorang alim. apabila tuan datang hampir lagi, saya anggap tuan ini seorang yang bercahaya jiwanya. tapi bila tuan bercakap kepada saya, maka saya menganggap tuan bukan gila, bukan alim dan bukan jiwa yang bercahaya"

kenapa kata begitu, tanya dzun nun.

"jika tuan gila tentu tuan tidak berwuduk, jika tuan orang alim, tuan tentu tidak akan melihat saya, jika tuan jiwa bercahaya, tuan tidak akan melihat kepada lain selain allah"

setelah itu perempuan itu pun ghaib. dia menganggap peristiwa itu sebenarnya adalah kerana kehendak Allah jua.

"satu hari saya pergi ke sebuah bukit" kata dzun nun. "disitu saya lihat banyak orang sakit sedang duduk menunggu seorang wali allah yang tinggal di sebuah gua berhampiran. wali itu hanya keluar melihat dunia hanya sekali dalam tahun. setelah keluar dia pun memandang langit dan kemudian menghembuskan nafasnya kepada pesakit-pesakit. orang sakit itu pun akan sembuh kembali. saya pun menunggu ketibaannya. apabila ia keluar, saya lihat mukanya bersinar. meskipun ia telah tua, namun rupanya sangat hebat.

dia pun memandang ke langit, orang-orang sakit itu pun datang kepadanya seorang demi seorang. dia akan menghembus orang sakit itu dan sakit mereka akan sembuh. setelah habis upacara itu saya pun bertemu dengannya. sebelum ia masuk ke tempatnya saya sempat memegang pakaiannya dan berkata padanya

"tuan telah menyembuhkan penyakit manusia, saya ini sakit ruhani. harap dapat tuan sembuhkan sakit saya ini"

wali allah itu menjawab:
"dzun-nun, jauh dari aku dan jangan pegang pakaian aku. tinggalkan aku. jika tidak, allah akan bebankan aku untuk menjaga kau dan kau menjaga aku dan hilang dari sesama antara kita?"

selepas berkata demikian dia pun terus masuk ke dalam gua.

dzun-nun berdakwah selama 30 tahun dan hanya seorang yang mengambil faedah darinya. orang itu adalah seorang putera raja. putera raja itu pernah bertanya jalan untuk menuju allah.

zdun-nun menjawab:
"ada 2 jalan. satu jalan panjang dan satu jalan pendek. jalan yang panjang memerlukan kita meninggalkan dunia, meninggalkan hawa nafsu dan menghindari dosa. jalan pendek ialah, meninggalkan apa saja selain allah"

putera raja itu memilih jalan pendek. dan beliau menanggalkan pakaian rajanya dan memakai pakaian kasar dan terus ke hutan dan di sana dia mendapat nur ketuhanan.

dan Dzun-nun berkata :
"wali allah tidak pernah tamak kepada wang"

kisalh noorkumalasari - 2

cerita ni adalah sambungan dari bahagian satu
baca kat sini kisah noorkumalasari 1

apakah kelebihan atau kekurangan bertudung ni?
takde sapa nak bagi saya peluang berlakon kecuali saya bukak tudung depan kamera. saya cakap tak boleh buat macam tu "kerana allah".

adakah dengan memakai tudung memberi kesan kepada kehidupan harian di rumah kat tempat kerja atau keadaan sekeliling?
ya betul. tudung ni sebahagian dari saya. bak kata orang; kulit kedua. benda ni juga selari dengan keinginan saya untuk menjernihkan hati dari sebarang kekotoran. saya rasa Allah lebih dekat dan saya tanak kehilanganNya lagi.

ada orang komen tak tentang tudung ni? ape diorang cakap?
diorang sibuk tanya camne nak ikat tudung tak guna pin. budak-budak muda ada yang cakap "akak nampak cun dan stylo le". yang tua-tua cakap "alhamdulillah" dan minah arab kalau nampak saya akan merasakan saya seperti mereka.

ada tak terima layanan best kat jalanan?
ofkos. diorang nak tandatangan otograf.

ada tak rasa terancam bila dah bertudung ni?
ehh.. takde. cuma ada sekali sorang lelaki arab rasa tak selesa sebab dia rasa tak sesuai nak hang out kat majlis yang bukan ajnabis dia bila tengok pakaian saya yang dah bertudung jubah ni. pastu pulak ada beberapa pompuan yang tak bertudung rasa selesa saya ada kat majlis tu sebab bila ada orang bertudung jubah macam saya, lelaki-lelaki miang yang tangan tak duduk diam biasanya jadi baik pulak sebab ada saya.

apalah maksud bertudung bagi awak?
kemurnian - cintakan Allah.

ape yang awak suka bila orang nampak awak bertudung hijab macam ni?
saya harap mereka melihat ciptaan milik Allah yang maha kuasa.

ape yang awak rasa bila orang tengok awak (bila bertudung macam ni)?
sebahagiannya nampak saya seperti fanatik.

kenapa ye pompuan kena tutup lebih dari lelaki?
boleh tak awak bandingkan epal dengan pisang.

sesetengah orang pikir, pompuan bertudung ni adalah cara lelaki kawal perempuan. pergerakan dan seksualnya. ape awak rasa tentang hal ni?
Sebaliknya, ada banyak kes di mana suami melarang isteri mereka daripada memakai tudung. Sedih jugak la bila ada pompuan kena macam ni. gangguan seks ni semakin tertutup semakin orang ingin tahu. tapi lelaki biasanya tak miang kat pompuan yang bertudung sebab tindakan diorang tu akan memalukan diri diorang sendiri.

adakah kalau dah bertudung bermakna tak bebas macam pompuan yang tak bertudung?
kalau saya seorang pelari pecut 100m wanita, mungkin saya akan berlumba dengan lelaki. tapi saya tak buat macam tu. saya rasa lebih bebas bila saya ikut perintah Allah.

si Fatima Mernissi (aktivis Magribi) mengatakan kalau dah bertudung maknanya pompuan tu tak boleh keluar sangat.ape awak rasa tentang hal ni?
masa zaman nabi dulu, orang pompuan boleh keluar tanpa kebenaran suami. nak keluar pun dengan syarat diorang bertudung. orang pompuan juga boleh keluar rumah selama mana diorang suka selagi mahram ada disisinya. kalau tak buat macam tu dia tak ikut sunah. jika dia ada dosa dia perlu minta maaf.

Wallahu'allam. Hajjah Noor Kumalasari

sumber : http://intan50.fotopages.com/?entry=734884

Thursday, August 12, 2010

Kisah tauladan Azmil Mustafa

sempena bulan ramadhan yang penuh dengan bazar dan aktiviti masjid, gua dengan ini akan menyiarkan cerita-cerita kopiah je untuk lu orang baca.

bermula dengan cerita ini Ali Setan ini.

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya. Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi. Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.
Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu. Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak. Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran. (Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato? Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A
Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria. Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya. Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah. Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ?terjajah?. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika. Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?

Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak. Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam.. Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan? Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan. Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada. Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan? Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal. Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Tuesday, July 27, 2010

surabaya

tahun ni gua ke surabaya lagi. tahun lepas pergi dengan menikus. tahun ni pergi dengan bergaya. gua bawak duit juta-juta tanpa rasa bersalah menipu kat borang declare dalam kapal.

perjalanan 2 jam 30 minit dengan wak ariel penuh sepadatnya dalam perut kapal. gua penuhkan aktiviti dengan menghafal lagu dloyd dan melihat dengan sayu betis pramugari.

harap betis je licin. muka lobang.

rombongan 22 orang jembalang dari shah alam ni disambut dengan mesra bapak sana. muka remaja dah panggil bapak. shahrul merangkap ketua rombongan jembalang dibantu oleh nani sebagai jembalang kecik. berbincang hal masa depan. gua tak campur sangat hal strategi dan angka-angka ni. yang gua tau ~ enjoy!

gua sebilik dengan pemilik kerajaan langit, ayah pin. walau lu tido kul 3 pagi skali pun. dia tetap akan kejut solat subuh. gua insan berhati lembut. tapi ntah nape bila kat negara orang ni gua liat sket.

sarapan pagi hari pertama pada jam 7 pagi di tepi kolam memang sedap. pekena plak fres oren yang pahit. gua senyum sambil gigit hotdog. selepas habis sepinggan nasi, hotdog, sayur dan buah. baru gua dan ayah pin perasan, rupanya kitorang salah tempat makan.

ni sarapan untuk orang kursus.

beberapa teman dah berangkat ke tempat baru. gua dan ayah pin masuk bilik. memerut. malu jangan cakap. tapi diam jelah. patutlah yang makan semua pakai baju kerja.

aktiviti hari pertama adalah shopping sampai tak larat. selepas sarapan semua mengelinjat tak tentu pasal. lokasi pertama adalah jembatan merah plaza.
mall ni macam kompleks pkns je


masuk kali ni dah 2 kali gua ke sini. memang bangsat rasanya. dah la mall ni bosan. bebudak lain terkinja masuk sini. gua nangis tepi tangga. mangkuk tul sapa yang susun plan nak ke sini.

pastu gi makan kat ria galeria. kedai makannya di dalam banglo. bila gua tengok kari ikan takde, sambal belacan takde. gua bagi kedai ni 2 bintang je.
dah makan semua tunjuk perangai


pastu semua beratur cam budak sekolah naik bas gi mirota batik. tempat seterusnya ni memang wajib pergi. sebuah kedai 4 tingkat yang penuh pelbagai barang. lebih kurang macam CM la. baju ada, keycen ada, beg ada. barang mahal gak tapi boleh la abiskan dalam sejuta dua tanpa bersalah kena income tax.

kemudian kitorg dibawa ke tunjungan plaza - sogo yang merupakan mall yang boleh diharap kat sana. kalau dah namanya sogo, barang mau branded. jadi gua beli jugaklah sikit barang kat sini buat bini gua di kampung halaman.

hari pun nak malam jadi kitorang dibawa ke rumah makan khayangan yang best. kedai makan ni berkonsepkan bali dengan banyak port lepak berawan langit. tempat dah la macam tak cukup lampu. ada pulak kolam ikan. gua risau je ada yang berenang. tapi nampaknya masing-masing pandai membawa diri. dah besarlah katakan.

kitorang dihiburkan oleh pemuzik otai yang bergitar, berseruling menyanyikan lagu-lagu asli yang sedap-sedap seperti; hatiku terluka, malam sepi, makan di sini enak, biniku bergetah, lontong basi dan kencing malam.

pulang ke hotel dengan shahrul berbincang dengan nani hal masa depan. keluar lagi angka dan strategi. gua sumbat telinga dengar mp3. gua apa peduli hal masa depan. gua datang nak enjoy.

sampai bilik, gua tanpa toleh ayah pin yang sedang bertuala. gua pakai seluar renang yang ian thorpe bagi dan terus berenang ikan yu di kolam yang indah. dan jam 11 malam selepas tu gua bersama 3 yang lain bersiar di kota surabaya mencari ketenangan yang abadi.

hari kedua dimulakan dengan sarapan di tempat yang betul dan kitorang bergerak ke BG Junction untuk gladi bersih. haaa... gladi bersih tu bukan kerja amal membersihkan longkang rumah flat. gladi bersih adalah reheasel dalam bahasa melayu. atau dalam bahasa justin biebernya, raptai penuh.
pasukan bali tengah stim ketuk besi


ada beberapa pasukan tengah beraksi hebat di atas pentas. ada pasukan dari den pasar bali, dari jambi, dari negeri sembilan dan dari shah alam. katanya pasukan yang dinanti adalah dari shah alam. mesti gempak tu!

gua yang tak terlibat hal maksiat ni, pelan-pelan menjauhkan diri. ada baiknya gua try seluar levis barang selai dua. BG Junction ni adalah sebuah mall yang tak boleh harap. kedai dah la tak banyak. yang ada pun tak selera batin gua mengadapnya. gua tengok nafsu serakah kengkawan gua boleh tahan tingginya. membeli saja.

lepas sound check, kitorang gi makan kat hotel singgahsana. hotel ni skali pandang memang klasik sangat. gua syak john f. kenedi pernah makan sini. tak pun al capone pernah buat mesyuarat mafia tentang pertukaran jawatan dengan bapak gua kat sini. tapi bapak gua menolak lembut.

bapak gua pailang besar dowh. tapi tu cerita dulu.
mafia pakai tshirt tengah order makan


lepas makan dan pekena bir bintang sejug. mata pun dah stim semacam sebab ngantuk. kitorang bergerak ke BG Junction untuk acara rasminya.

gua macam biasa, menjauhkan diri hal maksiat begini. baik gua usha seluar tidur caca untuk dia seronok-seronok bila ayahnya balik nanti.
joget dah abis baru bole bergambar


sebelum balik tido kitorang dibawa ke rumah makan yang bernama dewa ndaru yang berlokasi di jalan Mayjen Sungkono. restoren ni memang style beb. bak kata cut tari; bisa diacungi jempol.

setiap kali kitorang makan kat kedai 5 bintang pada waktu malam mesti akan ada luna maya datang jual rokok. dengan seksinya, dengan mekapnye, dengan senyumnya. memang tergoda poket nak beli rokok. tapi gua tarik nafas dalam dan beraksi tenang. gua cakap dengan cut tari; jual rokok gua tak pandang. kalau lu jual ganja sebata mungkin gua pertimangkan.

balik ke hotel dengan kadar lesu tahap 7/10. tapi semangat nak mandi kolam tinggi. kebetulan hari tu adalah hari jadi shah yang ke 17 tahun. jadi buat sambutan di tepi kolam siap potong kek dan minum-minum.

hari ketiga gua dah muak nak sarapan. gua dah rindu nasi lemak lauk paru ayam dara ni. tapi jamah sikit jugak hotdog dan teh o suam gula 2 pek kecik.

pagi ni kitorang akan pergi ke taman surga untuk gladi bersih. malam kang ada pertunjukan besar melibatkan datuk bandar sana. diorang siap standby pentas besar.
show besar backdrop pun takde

gua macam biasa. elakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. gua dengan bebudak lain yang gua berjaya hasut, terus jauhkan diri ke bas dan tido berdengkur.

gladi bersih tu tamat jam 11 pagi dan kitorang bergerak ke jembatan merah (lagi?) untuk shopping. gua memang nak cakap f*uck je kat driver tu. ape kat surabaya ni ada jembatan merah je ke. nasib baik fatin yang duk sebelah sabarkan gua. kalau tak mau gua nangis tepi tangga lagi.

bini gua kirim macam-macam. jadi gua belikan jelah tudung dan barang-barang yang gua rasa boleh layan kat sini.

ada banyak hal yang akhirnya kitorang balik hotel naik teksi. gua ok je. boleh melayan surabaya ni naik teksi plak. jem kat kota ni macam lahanat sket. tapi bukan gua yang pandu. jadi gua gelak jelah ape yang berlaku kat keliling.

sampai hotel dan bersiap untuk acara kemuncak malam nanti. semua pakai baju melayu kecuali gua. memula gua rasa malu gak sebab tak bersopan pada acara penting ni. bila difikirkan gua datang bukan nak melawa dan beraksi belagak depan kamera jadi gua rileks. gua malam tu jadi jurufoto untuk shah alam.
lu bayangkan gua pakai baju melayu kilat ambik gambar. macam m.daud kilau dowh


memula datang makan dulu. pihak pemerintah sediakan 3 khemah makan dan hampir 10 lokasi hidangan yang disediakan oleh hotel-hotel di sekitar surabaya. makanannya memang pelik. gua nak rasa sebarangan pun takut. gua ambik sikit-sikit.

gua datang buat kerja.

gua ditemani trisnadi (AP fotografer) dan beberapa rakan media lain berkumpul untuk ambik gambar. yang bestnya diorang buat show dengan takde backdropnya, khemah VIPnya, kalaulah hujan malam tu memang punah. nasib baik bomoh yang dilantik ada degree. kalau stakat bomoh pmr memang lingkup.

persembahan dari shah alam gua bagi 9/10. terbaik dari shah alam. kalau gua dijemput menari zapin atas pentas, kompom gua bagi 10 perfek.
fatin, sally dan pemuzik shah alam yang terbaek


kitorang pulang jam 11 malam dengan kadar kelesuan 9/10. mood nak mandi kolam dah tak larat. cuma tinggal mood nak merayap je. gua dibawa trisnadi ke sekitar kota dan makan di kedai rare. kedai ni sangat rare kalau lu tak biasa makan kompom muntah.
geng jahat yang merayap sampai subuh


malam tu gua bedal nasi rawon dengan es soda gembira. meremang bila tengok mangkuk berkerak depan mata. gua pejam mata dan sumbat dalam mulut. sedap!

pulang sebelum subuh. tidur kejap dan mandi selepas subuh. terer tak gua. pastu badan rasa macam nak demam!

hari ni lepas sarapan budak-budak muka baik semua kena tarik beg dan check out. kapalterbang kul 12 dah menanti. budak-budak jahat macam gua balik malam. ape barang balik awal.

selepas gua, shahrul dan azali melambai dari lobi hotel. maka aktiviti orang jahat pun bermula.

mula-mula kita musnahkan bilik hotel.
zali in action


kemudian kita conteng dinding.
tanpa rasa bersalah


pastu makan tanpa bayar.
makan kat dapur desa


mencuba baju ketahap maksima.
azali in action


akhir sekali mengorat pramugari sampai dapat.
cun tak? okfos cun!


sekian liputan dari kota surabaya.

Friday, June 11, 2010

piala dunia

selepas tamat liga inggeris dengan gua boleh berbaju chelsea gi masjid tanpa rasa malu dengan imam. akhirnya tibalah masa yang ditunggu oleh semua.

semua orang tunggulah momen ni.
kedai mamak tunggu.
hasbullah awang tunggu.
malik nawab tunggu.
chua soi lek tunggu.

semua orang tunggu.

semua orang kelam kabut tak tentu pasal.
nak makan sup terambik garpu.
nak cucuk duit tercucuk hidung.
nak mandi petang, termandi wajib.
nak tebar roti, tertebar kuah.

serba tak kena. termasuk gua.

semua orang nak balik awal.
yang kerja gomen tak buat OT.
yang kerja kilang beli MC.
yang kerja sendiri beli plasma.
yang tak kerja... ofkos duduk grandstand!!

jadi gua nak memblog lebih pun macam tak kena dengan musim. orang sibuk cerita bola. lu sibuk baca blog. jadi gua berhenti disini dengan ucapan;

selamat berjuang jerman!

Tuesday, June 01, 2010

bisnes part time

beberapa tahun lepas bapak mertua gua ajak join satu bisnes. modal sedikit. pendapatan lumayan. tak payah kerja teruk. cuma hantar barang je.

bisnes delivari.

gua memula ragu gak bisnes macam ni. macam nak melingkup duit gua je. tapi bila bapak mertua gua modalkan semua kos yang ada. jadi gua setuju. dan dengan bangga gua boleh gempak satu opis yang gua ada bisnes delivari.

kat opis ni satu hal jugak. segala jenis bisnes ada. jual jamu ada, jual makanan kesihatan ada, MLM ada, wang pos ada, kerepek ada, topup ada. itu belum cerita nak raya. mercun, mazola, rendang semua boleh.

jadi gua juga tergolong dalam sistem ni.
dua kerja satu masa. cuma bisnes gua takde yang sama kat opis setakat ni.

bapak mertua gua menjalankan bisnes delivari ni sepenuhnya. gua merangkap rakan kongsi cuma dapat tengok jauh je. yang penting ada bisnes. untung nombor dua. yang penting kerja.

pernah jugak dia mengajak gua buat delivari sama. gua menolak lembut. gua lagi gemar layan awek fesbuk dari buat kerja angkat-angkat ni. sakit pinggang.

kini bisnes yang bermodalkan van sebijik ni dah berjalan hampir 5 tahun bersama gua. masa dia buat solo dulu gua rasa dah 10 tahun kot. tapi masa tu bukan van sendiri. jadi bila gua kekadang tengok balik van tu. gua rasa sapalah yang nak ambik alih bila bapak mertua gua dah tak larat nak buat.

nak harap gua. memang gua tak bole harap.
nak harap adik ipar. entah lah. mungkin ayus ada tokoh.

terus terang cakap bisnes delivari ni memang masyuk. pembekal memang sentiasa cari van gua untuk hantar barang. kalau kena hantar ke kota bharu. boleh cecah tujuh lapan ratus sekali henjut. kalau hari-hari luar negeri, tak ke masyuk namanya.

lagi seronok cerita. polis, jpj memang tak berani tahan bila ada sekatan. tengok tulisan tepi van je boleh demam ketua polis kalau tak biasa. lelagi kalau tengok muka bapak mertua gua tengah serius. satu highway karak boleh lengang tak tentu pasal.

jadi sapa-sapa yang nak guna van jenazah gua untuk delivari barang boleh call anytime. semua barang sampingan seperti, kapur barus, kain kapan, air mawar lengkap tersedia.

walaupun van nampak macam lama tapi laju. ekon kuat. audio sedap. sit masih selesa. bau pun harum.
call gua jangan lupe

Monday, May 31, 2010

upgrade kamdar


hujung minggu lepas gua sekeluarga ke midvalley. sebuah mega mall yang sungguh besar dan nampak gempak bila lu bagitau orang kampung;

"kelmarin teman merambu ke midvalley. ate..kome ngelenyor ke billion ke? getik teman.."

jadi dalam banyak-banyak kedai yang bling-bling. gua terpandang akan satu kedai kusam dan tak berapa nak orang masuk dalam.

kedai itu adalah Kamdar. Berbaloi! memang berbaloi!!!

gua pun memang tak hingin nak masuk kedai kain berkonsepkan ala butik sebelum merdeka ni. kain kaler kelabu. kemeja corak naga panjat bukit. kain-kain ela semua fesyen era saloma nyanyi lagu bahtera merdeka.

gua masuk situ sebab bini gua sibuk nak cari kain baju raya. gua sengeh panjang. orang kerja luar bandar memang macam ni la peelnye. nasib baik takde kedai hari-hari kat midvalley ni.

"lu tengok je tau. jangan beli. gua segan nak bawak plastik kamdar dalam midvalley ni" pesan gua kat dia.

sekaligus gua terfikir. kenapa diorang tak upgrade kamdar ni level-level nagoya. atau setaraf jekel. atau sehebat harrods ke.

jadi disini gua bagi beberapa cadangan. gua harap semua yang baca ni tolonglah panjangkan idea gua ni ke pihak kamdar.

1. tolonglah pasang lagu pitbull ke. lagu lady gaga ke. atau sekurangnya lagu tomok. ini.. balik-balik lagu rajinikanth. dah la speaker bunyi bass rosak. lagi nak pasang kuat.

2. pekerja lu yang bahagian potong kain tu tolonglah kasi yang muda sikit. ini.. baya-baya atuk gua suruh kerja potong kain. yang muda-muda lu tolak jadi casher plak. sepatutnya pekerja bahagian ni lu kena bagi yang seksi sket. jalan nampak peha sikit. kalau yang ayu-ayu tu kasi yang muka comei sikit. barulah orang muda macam gua seronok masuk kamdar.

3. suasana dalam kedai tu kasilah stylo sikit. kedai kat midvalley dengan kedai kat sungai besar. lebih kurang je kalernya. gua tanak bandingkan kamdar ni dengan globe. lagi buruk globe tu. jadi gua saingkan lu dengan jekel. baru nampak moden.

setakat inilah idea gua. cuma satu je yang kamdar menang. harga dia murah dari jekel. itu je.

ini masalah ke?

situasi 1.
lu ada awek. bercinta. putus. awek kawen lain. lu kecewa sampai 10 tahun. ~ bangang!

situasi 2.
belajar sampai degree. tapi kerja kat nagoya. mohon tempat lain semua tak layan.

situasi 3.
taip minit mesyuarat bagai nak rak. tau-tau blackout. tak safe plak tu.

situasi 4.
laptop hilang. gua sumpah sapa yang rembat tu!

situasi 5.
dah setengah jam kat jusco ni cari parking. dah dapat tadi si waja tu plak sapu. memang aku mark keta ko tu. siap!

semua situasi diatas juga disebut sebagai ~ takde jodoh.

jadi gua nasihatkan lu orang yang pernah mengalami situasi cilake macam tu, gua sarankan supaya lu rileks. senyum. dan bertenang.

lu ingat tuhan saja-saja ke nak bagi lu ada masalah. mesti ada sebab. dan orang yang sabar tu mesti champion akhirnya.

kemungkinan situasi 1.
kalau lu dapat terima hakikat takde jodoh. mungkin lu dapat kahwin orang yang lebih baik dari awek lama tu.

kemungkinan situasi 2.
mungkin kerja kat nagoya lu boleh naik cepat jadi manager lepas setahun mana tau. lu tau ke plan tuhan tu macam mana.

kemungkinan situasi 3.
cuba lu taip balik lepas tu. mesti ayat yang lu karang lebih sedap.

kemungkinan situasi 4.
laptop hilang memang la susah. kerja, gambar semua dalam tu. tapi lu dapat pengajaran supaya lebih berhati-hati.

kemungkinan situasi 5.
cuba lu sabar sikit. mungkin lu dapat parking depan pintu masuk jusco tu. style beb parking situ. nak balik pun tak jauh

jadi setiap kejadian ada sebabnya.
kalau lu rasa apa yang lu buat tu dah terbaik. sebenarnya tuhan punya plan lagi maha terbaik. lu tau ke?

Tuesday, May 25, 2010

Orang Buta IT - 2

gua sedang berkhayal membuat kerja dunia sambil mendengar youtube.

perhatian!

ayat mendengar youtube itu adalah benar semasa kejadian. kalau gua tengok youtube memang tak jadi kerja lain. lelagi plak bila taip kat ruang search tu 'konsert wings' atau 'bujang senang wings'. sampai kul 6 petang la tak sudah-sudah kerja ni.

sedang berkhayal konon sedang memetik gitar gibson kepunyaan joe dengan janggut putih... gua disentapkan oleh satu panggilan lembut di sebelah;

"bro, lu tolong onkan pc zali"

gua cam suara itu. suara itulah yang melalak lagu meet uncle husin masa sambutan perpisahan hadi tahun lepas kat karaoke. suara itulah yang akan menyihir semua kakitangan untuk tunduk di bawah kekuasaannya.

termasuk gua.

dengan hormat dan penuh tawaduk. gua bingkas bangun dari kerusi empuk. dengan langkah longlai gua menuju ke komputer zali untuk mengejutkan dia dari tidur.

"sori bro. lu kena ot malam ni" sapa gua kat komputer zali dan gua pandang monitor. mata bertemu mata. dengan harapan dia faham maksud gua ~ sampai esok pagi la lu berjaga. sapa nak tutup. gua nak balik dah ni!!!

dengan langkah longlai juga gua kembali ke meja asal dan menekan butang 'main' di videoclip ranggi metropolitan live kat kelab orange.

5 minit kemudian bos gua yang berada di meja zali bertanya penuh kemanjaan seorang bos yang baik;

"lu on pc zali dari pc lu ke?"

"aaa..." gua pelik.
mana boleh on pc orang dari jauh!
kalau tivi tu bole la pakai remote.
remote pc gua tak pernah dengar pulak!

dan akhirnya

gua gelak kecil-kecilan.
lupe plak. bos gua ni tak berapa IT.

dia tak perasan ke gua ke pc zali tadi. cheh!

untuk cerita lain lu bole baca sini

Friday, May 21, 2010

bencana di waktu pagi

gua tekan butang merah di handle motor dan enjin terus mengaum hebat. caca menepuk tangan tanda gembira sambil bergelak ketawa. gua tersenyum bangga sambil pulas minyak sikit bagi keluar bunyi ngauman agung dua ekor singa lapar sedang mencari makan untuk lunch.

gua cek keliling.
pintu dah kunci. pagar dah solek. susu caca dalam bakul. bantal busuk dia pun dalam bakul. beg baju caca dah gua selempang. helmet polo dah pakai.

siap.

gua gerak perlahan sambil melihat keindahan pagi. burung berkicau depan rumah, mungkin bicara hal dunia keburungan. ayam jantan berlari manja selepas berak atas lantai rumah gua tanpa gua sedari.

sesampai di asrama nenek. gua pesan dengan caca, jangan buat onar di asrama. basuh baju sendiri. mandi sendiri. caca yang berusia 2 tahun itu angguk lemah. gua senyum.

dengan pantas gua menuju ke motor dan mula bergerak perlahan-lahan. gua perasan jarum minyak motor gua berada di posisi kurang membanggakan. mungkin gua perlu bagi ceramah motivasi supaya dia terus berada takuk gembira.

stesyen petronas meru tujuan seterusnya.

ada 2 buah motor di hadapan gua sedang menanti untuk dimotivasikan. gua seluk dompet dan kelihatan satu ringgit lusuh berada di sudut yang sukar untuk dikeluarkan.

"seringgit je tinggal. macam mana gua tak perasan!" getus hati gua sambil geleng kepala. dengan lemah gua tolak motor ke tepi. kasi tongkat. kasi lok hendel. kunci simpan poket. gua melangkah ke dalam petronas mencari mesin duit.

kelihatan shah ruk han dan kawan-kawannya sedang melihat duit OT beramai-ramai. gua beratur agak lama sambil menyumpah dalam hati, "apa macam bau ketiak je diorang ni! bangsat!!!"

gua keluarkan dompet dan mencari kad duit. gua belek dompet yang agak gempal dan penuh dengan kertas dan resit. ada 2 kad yang boleh harap. maybank dan affin.

gua cucuk kad maybank. baki RM4.25 ~ lemauu!!!
gua cucuk affin. baki RM49.75 ~ harapan menggunung!
gua tekan 2-3 butang dan kemudian gua menggeleng kepala.

"mesin ini hanya boleh mengeluarkan duit RM50 sahaja"

cilake! macam mana gua nak isi minyak motor ni. gua nak pakai 5 ringgit ni. gua dah tak keruan. gua cuba lagi dan mesin tu tetap enggan melayan gua dengan manja seperti biasa.

gua melangkah keluar dengan berjalan lemah. duit takde macam mana nak isi minyak. minyak takde macam mana nak pegi kerja.

gua duduk atas sit motor sambil berfikir dan mata melilau atas lantai kot ada duit sapa-sapa yang tercicir. gua ada la ASB. tapi buku kat opis. bole jugak gua balik umah bawak duit siling 50 sen yang gua kumpul tu untuk isi minyak.

cheh!buat kena gelak je kang.

jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. waktu-waktu begini biasa gua dah di selekoh belakang petronas federal highway menghala ke shah alam. layan korner cecah pemijak kaki.

gua bukak balik dompet dan korek-korek. kot terselit duit ke yang gua tak perasan. jawapan hampa telah sedia menanti.

tetiba gua terlihat kad kredit di celah-celah kad tesco. alhamdulillah.. kad penyelamat gua telah timbul dengan perkasanya.

bersinar kad tu kena terik mentari pagi dan gua tanpa lengah menolak motor ke pam dan terus meleret kad di mesin. isi ~ Rm7.00

dan gua sampai di opis pada jam 8.45 dengan satu pengajaran baru.
~ simpanlah RM10 buat kecemasan!

Monday, May 17, 2010

aktiviti hari MC

gua bangun tido setelah matahari panas di muka. inilah masalahnya bila bilik banyak tingkap. panas lain macam. tapi gua tak kisah pun.

tanpa mandi dan gosok gigi, rutin pagi gua diisi dengan aktiviti merempit menghantar caca ke rumah nenek kemudian menyinggah beli kosmo dan nasi lemak seringgit buat sarapan pagi.

menekan butang info di alat kawalan jauh astrok adalah senaman pukul 9 pagi setiap hari selama 2 minggu. apa cite sedap. apa cite sedih. apa cite bosan. semua gua tau.

mengacau fesbuk orang dan menyibuk twiter orang adalah aktiviti internet sambil-sambil baring menonton cite steven seagal menyelamatkan amerika dari pengganas.

waktu panas kritikal adalah jam 1 tengahari. masa tu kipas kelajuan 5 pun rasa tak nyaman. gua petik ekon dan set pada suhu negatif. tetap tak membantu. mulut gua tak keluar asap macam cerita kat tivi tu.

bila terjadi hal pukul 1, biasanya gua pekena air sejuk 1 liter dan duduk dekat dengan ekon sambil tekan remot, bagi tambah kuat suara. gua apa peduli jiran tetangga. semua pergi keje.

waktu mandi gua adalah jam 3 petang dan bersiap untuk beli goreng pisang seringgit depan masjid. ada duit lebih beli air soya buat penyejuk usus. kalau ada duit lebih lagi bole layan cybercafe dengan budak-budak sekolah rendah.

jam 6 petang gua stat enjin motor dan ambik caca kat rumah nenek sambil sebat apa-apa kuih yang ada kat rumah tu. kemudian pusing kampung sambil usha anak dara orang yang sama-sama tak pakai helmet dan terus balik ke rumah layan kartun.

itulah rutin harian gua selama 2 minggu MC. berapa punya selesa kehidupan gua masa tu, langsung tak pikir kerja, minyak moto, hujan waktu pagi, gosip-gosip opis, setereka kemeja dan masalah printer takde dakwat.

hari ni gua mula kerja dan rasa rindu nak duduk dalam situasi pukul 1 lagi. leceh la!

Friday, May 07, 2010

masuk hospital

kat sinilah darah bionik tu dimasukkan kata doktor


5 minit sebelum gua operate. masih ceria


nurse cun sentiasa menemani gua


hari-hari telan nasi lembik


menu makanan untuk hari esoknya. tapi nasi tetap lembik


gua pack barang macam nak tinggal sebulan. masa tu kondisi perut gua agak teruk. selepas bersarapan pekena teh tarik dan roti pisang emas gua sekeluarga terus menuju ke sunway medical dengan hati yang ceria.

sunway medical adalah sebuah hospital orang kaya yang teragung di area subang. kalau lu makan gaji macam gua memang tak layak check in kat sini. tokeh kilang papan pun pikir banyak kali nak jumpe pakar hospital ni.

tapi disebabkan gua ada insuran yang boleh kaver duduk kat hospital elit ni. jadi apa salahnya merasa dan menikmati kemanisan ubat hospital begini.

melangkah masuk ke lobi terasa dingin ekonnya. ada starbuck lagi. lu boleh bayangkan hospital ada starbuck! orang sihat bole sakit camni. gua terus menuju ke bahagian kecemasan. dan bertemu dengan abang kaunter yang sihat badannya. bini gua isi borang dan gua diuruskan oleh rani mukarjee yang sibuk tarik tangan gua nak cek suhu.

seketika kemudian gua diarah ke bilik kecemasan untuk baring di katil 8. takde buat apa pun. baring je cam orang sakit. rani mukarjee sibuk cucuk jarum besar kat pergelanggan tangan kiri gua dan ambik darah. 10 minit kemudian datang sorang doktor nama shanti dan speaking omputih tanye sakit.

gua jawab dengan fasih dan lancar makhrajnya. dan doktor tu pun blah. mungkin dia buat-buat paham atau tak paham apa gua cakap. bini gua sms kata gua masuk wad tingkat 4 dan tunggu masa.

sejam kemudian gua ditolak dengan katil ke wad tingkat 4 diekori bini dan anak gua. macam sakit la sangat. padahal gua berjalan pun bole lagi.

gua masuk wad 4309. satu bilik 2 katil. setiap katil ada tv nipis 29 inci. dan ada remot pelbagai fungsi termasuk call nurse untuk ajak sembang. sebelah gua studen indon kena denggi.

doktor tan kong hean yang kacak bertemu gua jam 4.15 petang. sangat ramah. tekan perut gua 2-3 tempat kasi cek tempat sakit kemudian berkata;

"pukul 4.30 kita operate. gua dah book bilik operate" gua punye terkejut jangan cakap. belum pun habis gua sms orang pasal masuk wad, dah kena operate. dan nurse yang cun melecun dua orang tu sibuk kemain suh gua pakai baju operate ijau.

"semua bukak aaa" kata nurse cun nama yong huey wen. cekap tak gua!

bini dan anak gua ekor dari belakang sampai depan pintu operate. dalam bilik operate gua dilayan oleh 3 orang kuat rajinikanth. dan tak lama kemudian pakar bius Dr. Lilian Oh tanye gua macam-macam dalam bahasa melayu. dan gua jawab tenang dan bersahaja dalam bahasa omputih.

operate berjalan selama sejam lebih dan kul 6 macam tu gua dah sampai kat wad. apa sakit pun tak rasa, tau-tau gua hayal satu macam. gua bole cakap terima kasih tak putus-putus kat semua orang. kat remote pun cakap tima kasih. kat tangan pun tima kasih. memang gua hayal tahap langit ke 7.

ramai yang melawat dari keluarga dan opismet. gua kat hospital selama 3 hari rasa macam 3 jam. seronok yang amat. terima kasih kat nurse yang jaga makan minum gua. hari-hari makan bubur. terima kasih pada semua.

masa check out gua dapat senarai bil dan jumlahnya adalah RM6692.87
cilake punye mahal. patutlah nurse sayang gua lain macam. rupenye nak ketuk duit. nasib baik insuran kaver.

jadi sapa yang nak buat operate appandik kat sunway medical ni gua bagi sikit charge yang dia kenakan.
- bilik : RM393.75 untuk 2 setengah hari
- farmasi : RM945
- barang bedah : RM327
- ubat : RM357
- sewa bilik bedah : RM771
- lawatan dr tan ke katil gua : RM555
- kos bedah oleh dr. tan : RM3840

memang patutlah sini hospital orang kaya. semuanya charge. gua batuk pun silap-silap dia charge gak. sekarang gua MC selama 2 minggu dan duk umah macam orang gila.