Friday, May 21, 2010

bencana di waktu pagi

gua tekan butang merah di handle motor dan enjin terus mengaum hebat. caca menepuk tangan tanda gembira sambil bergelak ketawa. gua tersenyum bangga sambil pulas minyak sikit bagi keluar bunyi ngauman agung dua ekor singa lapar sedang mencari makan untuk lunch.

gua cek keliling.
pintu dah kunci. pagar dah solek. susu caca dalam bakul. bantal busuk dia pun dalam bakul. beg baju caca dah gua selempang. helmet polo dah pakai.

siap.

gua gerak perlahan sambil melihat keindahan pagi. burung berkicau depan rumah, mungkin bicara hal dunia keburungan. ayam jantan berlari manja selepas berak atas lantai rumah gua tanpa gua sedari.

sesampai di asrama nenek. gua pesan dengan caca, jangan buat onar di asrama. basuh baju sendiri. mandi sendiri. caca yang berusia 2 tahun itu angguk lemah. gua senyum.

dengan pantas gua menuju ke motor dan mula bergerak perlahan-lahan. gua perasan jarum minyak motor gua berada di posisi kurang membanggakan. mungkin gua perlu bagi ceramah motivasi supaya dia terus berada takuk gembira.

stesyen petronas meru tujuan seterusnya.

ada 2 buah motor di hadapan gua sedang menanti untuk dimotivasikan. gua seluk dompet dan kelihatan satu ringgit lusuh berada di sudut yang sukar untuk dikeluarkan.

"seringgit je tinggal. macam mana gua tak perasan!" getus hati gua sambil geleng kepala. dengan lemah gua tolak motor ke tepi. kasi tongkat. kasi lok hendel. kunci simpan poket. gua melangkah ke dalam petronas mencari mesin duit.

kelihatan shah ruk han dan kawan-kawannya sedang melihat duit OT beramai-ramai. gua beratur agak lama sambil menyumpah dalam hati, "apa macam bau ketiak je diorang ni! bangsat!!!"

gua keluarkan dompet dan mencari kad duit. gua belek dompet yang agak gempal dan penuh dengan kertas dan resit. ada 2 kad yang boleh harap. maybank dan affin.

gua cucuk kad maybank. baki RM4.25 ~ lemauu!!!
gua cucuk affin. baki RM49.75 ~ harapan menggunung!
gua tekan 2-3 butang dan kemudian gua menggeleng kepala.

"mesin ini hanya boleh mengeluarkan duit RM50 sahaja"

cilake! macam mana gua nak isi minyak motor ni. gua nak pakai 5 ringgit ni. gua dah tak keruan. gua cuba lagi dan mesin tu tetap enggan melayan gua dengan manja seperti biasa.

gua melangkah keluar dengan berjalan lemah. duit takde macam mana nak isi minyak. minyak takde macam mana nak pegi kerja.

gua duduk atas sit motor sambil berfikir dan mata melilau atas lantai kot ada duit sapa-sapa yang tercicir. gua ada la ASB. tapi buku kat opis. bole jugak gua balik umah bawak duit siling 50 sen yang gua kumpul tu untuk isi minyak.

cheh!buat kena gelak je kang.

jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. waktu-waktu begini biasa gua dah di selekoh belakang petronas federal highway menghala ke shah alam. layan korner cecah pemijak kaki.

gua bukak balik dompet dan korek-korek. kot terselit duit ke yang gua tak perasan. jawapan hampa telah sedia menanti.

tetiba gua terlihat kad kredit di celah-celah kad tesco. alhamdulillah.. kad penyelamat gua telah timbul dengan perkasanya.

bersinar kad tu kena terik mentari pagi dan gua tanpa lengah menolak motor ke pam dan terus meleret kad di mesin. isi ~ Rm7.00

dan gua sampai di opis pada jam 8.45 dengan satu pengajaran baru.
~ simpanlah RM10 buat kecemasan!

1 comment:

Shahida said...

nasib ada sggh baik dgn adanyer kad kedit tu.. tahniah2.. kalo x, kompom lambat smpi ke opis.. hehe =)