Thursday, May 06, 2010

Appendiks

Pada satu malam gua sakit perut agak teruk. Macam kena tumbuk. Senak kemain. Jadi sebelum tido gua sapu minyak yuyi cap limau perasa madu hutan ke perut barang secalit dua kasi perut nyaman dan malam tu gua tido dalam keadaan tak bole mengereng sebab sakit.

Esok paginya gua bertanya hal sakit perut ni kat kawan-kawan. Bos kecik gua syak apendik. Gua ada loya sket. Tak lalu makan tapi nasi tetap 3 senduk. Gua ingat takde benda la ni. Jadi gua lepak opis sambil buat keje sket.

Dalam sambil buat keje tu sempat gak gua gogel pasal apendik ni. Keadaan paling seram bila apendik pecah dan bole kasi mati. Huii.. Mati tu. Gua wasiat apa pun tak buat lagi. Lambogini gua nak kasi sapa. Superbike lagenda gua nak derma mana. Duit kat bank nak susun camne.

Tanak pikir panjang gua start moto terus pegi klinik kasi cek dulu. Gua pegi Salam Medical seksyen 19.

"lu apa sakit?" soal doktor.

"perut sakit. Macam kena tumbuk" jawab gua buat muka kesian. Dalam hati terpikir gak nak mintak MC.

"lu baring sana gua kasi cek dulu" arah doktor dan gua pun baring kat tilam putih yang keras. Doktor tekan perut gua 2-3 tempat. Bila dia tekan perut kanan je otomatik gua dah kepal penumbuk. Sakitttt...

"lu nak tumbuk gua ke? Kang gua tumbuk perut lu kang terus masuk wad tau" lawak doktor. Tak tak.. Gurau je, jawab gua.

Terus doktor suh gua masuk wad. Tapi opis tak kaver wad-wad 3 bintang ni. Jadi gua suh doktor buat surat je. Nnti gua pegi tempat lain. Doktor juga suh gua cek darah dan kencing. Kot ada sakit lain seperti masalah peranakan atau resdung. Dah dapat keputusan diorang call.

"jangan pakai private call. gua tak angkat" pesan gua kat nurse cun tapi pipi ada jerawat batu.

"tak.. call pakai henset gua la.." balas dia kenyit mata. dalam hati gua cakap, kasi licin dulu pipi tu pakai simplisiti. baru syok ajak sembang. Jadi gua balik opis dengan hati gundah dan penuh tanda tanya.

Sampai kat opis gua call zeti, da pruden agen. Tanya hospital 5 bintang mana yang layak gua masuk tak pakai duit kepala agong ni.

"shah alam takde. Lu bole pegi subang jaya medical atau sunway medical. Kat KL lagi banyak hospital lu bole check in. seperti glen eagle." puhh.. glen eagle la style.. baru rasa cam keturunan sultan. tapi jauh sangat.

Sunway pun kelas gak kalu masuk. Bukan pakai duit gua pun. Tetiba bole datang semangat plak nak masuk hospital kaya-kaya ni.

Petang tu dalam kul 3 gua dapat call suh datang klinik ambik keputusan. Gua punye debar macam tunggu result sehati berdansa. Perut gua ni pun ada pedih-pedih sket masa tu. gua tak rasa appendik. lebih pada syak nasi beriyani makcik tudung hijau yang jual kat masjid tu. nasi sedap tapi rendang pedas sangat. tak sesuai dengan citarasa timur tengah gua ni.

"lu kompom apendik!!" kata doktor. Aiseh.. Gua punye gelisah satu macam. Kena potong ni woi. Bukan bole urut-urut ke makan ubat ke. Masalah besar ni.

"gua ada beli susu ngan roti. Nak kasi lambat sakit" alasan gua konon nak bagi lambat potong.

"kena potong sekarang gak. Pecah nanti lagi susah" gua geleng. Doktor terus buat surat cinta untuk gua.

"ni bagi kat hospital mana-mana yang lu nak masuk tu" gua angguk lemah. Kecemasan la sangat, bisik gua kemudian terpandang nurse jerawat batu yang tetiba lipstik dah merah. aikk... tadi pipi merah. Gua plak goyang. Masalah gua bab potong memotong ni adalah;

1. Malam esok gua nak gi konsert double trouble kat bukit kiara. Tiket dah beli ni.

2. Bini gua kursus kat cheras 4 hari start isnin dan caca takde orang jaga.

3. Gua pun takde orang jaga sebab bini gua gi kursus.

4. nurse jerawat batu tu dah tau nombor gua. Masakkk.....

"lu nak masuk hospital biar la khamis. Gua bole jaga" kata bini. Camne ye? Dan gua dah mati akal. Tersepit antara sakit, caca, konsert dan nurse jerawat batu.

Bersambung..

No comments: