Friday, February 26, 2010

aksi bogel

perut memulas selepas sarapan nasi lemak semalam. tanpa berlengah gua menuju ke tandas 200 langkah dari meja opis gua.

dimulakan dengan langkah kiri setelah memasuki perkarangan tandas. gua peratikan ada satu sahaja tandas kosong. sebelah lagi berkunci dan kedengaran air paip bercucuran didalamnya.

gua masuk tandas sebelah. dan tandas di pejabat gua dikategorikan bersih dan selamat untuk digunakan. jadi mencangkung di tandas duduk atau bersila di tandas cangkung adalah dilarang di sini.

lantai tandas agak licin dan gua melangkah dengan penuh cermat sambil memandang lecak kecil dan lopak warna kuning di tiles warna hitam itu.

gua memasuki tandas yang kosong dan selamat mengunci dari dalam.

sedang gua membukak tali pinggang sambil melihat air menitik turun dari tandas sebelah. gua terlihat permandangan yang agak pelik dan tersenyum sendiri.

gua nampak brader sebelah ni tengah sibuk sibuk membasuh bontot dan belalai gajahnya secara 'live'. pantulan tiles warna hitam dan lopak air yang seperti cermin tu menjelaskan lagi aksi brader ni.

terus gua tak jadi berak kat tandas tu. ngeri!!!

Friday, February 19, 2010

usaha tangga kejayaan

cerita satu.

gua tersengeh sambil memandang gadis kaunter yang sedang menulis sesuatu di buku log. gua bagi 6 ringgit dan gadis berbaju kurung itu pun menghulurkan 2 borang jawatan kosong. gua senyum dan kenyit mata. takde respon!

gua sedar diri cepat-cepat selepas terlihat jari berinai penuh. rugi gua tak beli borang minggu lepas. mesti masih single lagi, keluh hati gua.

beberapa jam kemudian, azrul datang opis gua dengan baju kotak-kotak dan spek rayban. lama tak jumpa mamat ni. muka pun makin buruk. itulah gua suruh kerja dalam ekon lu sibuk nak merempit hantar surat. sekarang terhegeh-hegeh suh gua beli borang kerja.

"gua nak masuk gomen la" bisik azrul dalam telefon pagi kelmarin.
"gua dah penat buat 2 kerja" sambungnya. gua respek azrul ni dari zaman belajar lagi. genius tak ingat. cikgu suruh welding penjuru. lu bantai buat replika alien. cikgu suruh potong paip buat latihan. lu bantai potong ekzos motor.

dan tengahari tu gua jumpa azrul dan menyerahkan borang kerja kosong. siap gua printkan senarai jawatan lagi.

"dengan spm lu yang lingkup tu. gua rasa lu apply jawatan pengarah paling sedap" nasihat gua. "nasib baik spm lingkup. kalu gua pangkat 1, senang-senang je dapat jadi kerani ni beb" sambung azrul. gua gelak je.

seminggu kemudian gua call balik tanya pasal kerja.
"lu dah hantar ke borang? boleh gua risik-risik" soal gua semangat.
"lupa la beb. borang tu pun ntah ke mana..!!" balas azrul. jam-jam tu gak gua rasa nak mencarut. gua punya usaha nak tolong lu cari kerja. akhirnya lu buat tak tau je kat borang tu.

inilah kalau benda tak usaha sendiri, balas hati gua.

cuba lu sendiri usaha beli borang. beratur panjang. siap ambik cuti pergi sana-sini potostat sijil. nampak la usaha lu nak kerja tu ada. ini suruh orang, macam ni la jadinya.



cerita dua.

"camne majlis kawen lu minggu lepas. banyak dapat hadiah? video porno ada?" usik gua kat sorang kawan satu petang kat opis.

"biase la beb. gua sampai dapat dvd player 2 bijik tu. lu nak beli tak. gua jual satu"

"gua tak main dvd beb. gua layan astro movie sudah. tu pun dah muntah nak tengok" balas gua.

"tapi gua geram la kat kawan-kawan" getus dia sambil melihat budak opis gua ke hulu- ke hilir sibuk. gua paham sangat perangai bebudak ni berlakon je lebih. padahal masing-masing sibuk update status fesbok pastu komen gambar orang.

"gua usaha hantar kad bagai nak rak. bila hari gua kawen sekor pun tak datang" sambungnya. gua sengeh. dulu gua pun kena macam ni gak.

bila gua call mintak alamat, lu kata by hand la syok.
bila gua suh lu angkat by hand datang shah alam, lu kata sibuk pulak.
bila gua nak hantar tempat lu, kerek plak suruh datang malam.
bila gua datang malam, lu tengah makan ngan famili la.

bila time gua kawen, lu langsung tak nampak. esoknya gua dapat sms lu cakap lupa. 'lagipun aritu gua berkelah kat uluyam dengan budak motor' jawapan SMS.

"orang macam tu lu kena panggil hantu raya. nombor kat henset tu tukar hantuu.. raya.. perangai macam hantu raya!!" balas gua.

orang kalau takde usaha macam tu la. ambik senang je.

jadi gua nasihat kat lu orang kat sini. perangai jangan jadi macam hantu raya. orang lain punya usaha lu jangan pandang ringan. walaupun lu mintak tolong orang lain buat itu ini, tapi bila time lu kena tolong orang. lu nak tolong ke?

ntah-ntah bagi alasan je.

Thursday, February 18, 2010

fazura



gua nak cerita lebih pun tak guna.
tapi bila fazura dah follow aktiviti gua kat twiter.
rasa terharu pun ada.

gua harap naz ahmad jangan terjah gua pasal fazura ni.
atau wartawan hiburan dari media cetak.

gua akan jawab "no komen!"
gua dan faz kawan baik dari dulu. pernah skali fazura offer gua berlakon. gua menolak lembut.

"gua tak ready! kerja gua pun berlambak tak siap. lu offer gua berlakon. nanti design gua ntah ke mana, berlakon ntah ke mana. buat malu lu je" pesan gua satu petang minggu.

jadi disini dengan rasmi gua buat pengumuman;
"gua dan fazura hanya kawan biasa. takde gosip liar. mahupun skandal dato datin. gua dan fazura datang ke dunia ni dengan aman. kitorang hepi melayan goreng pisang azmi seksyen 19 sambil melihat matahari terbenam kat port klang. itu saja"

harap maklum.

p/s: tenkyu fazura. sebab follow gua!!

ole-ole bali


ini first time gua reviu pasal makan. nak ikutkan gua boleh je reviu pasai wayang? tapi gua tak tengok wayang. nak reviu pasai games ps3. gua takde ps3. nak reviu pasai kereta terlaju. gua pegi keje naik motor.

jadi gua reviu pasai makan je lah.

malam minggu lepas. bersamaan dengan malam bercumbu pasangan bercinta. gua sekeluarga makan kat ole-ole bali depan sunway pyramid. sebenarnya gua takde rancang pun nak makan kat situ. gua bajet kedai tepi jalan je. tapi bila teringatkan hari tu adalah hari kawen gua yang ke 6. terus kedai makan 5 bintang gua cari.

makan kat kedai mahal, gaya pun kena mahal.

malam tu gua berbusana valentino kain satin itali. bini gua bertudung ayu ala ekin dengan baju sutera thai berjahit manual dengan seluar jeans potongan low-cut berjenama perancis. caca pula berbaju sama brand dengan suri cruise. kemeja gap dan bercelana old navy.

dapat parking jokey depan sunway pyramid pada malam minggu, memang dipandang mulia golongan elit dan hartawan kolompo. lagi syok bila parking tu depan kedai ole-ole. hampir-hampir gua nak order makan dari dalam kereta. dengan pantas bini gua tegur. tak sopan katanya, kita ni orang elit. kena gaya elit.

gua akur.

dekorasi ala bali dengan katak batu kat depan pintu memang gua cakap 'style la kedai ni'. meja pelanggan elit macam gua dibahagian kepada tiga. port rokok, port tak rokok dan pot kaki lunjur.

gua sepakat duduk kat port kaki lunjur. kena panjat tangga 3 langkah untuk melayakkan lu lepak kat port kaki lunjur. ada kusyen alas bontot dan bantal tiga segi untuk lu sandar-sandar macam anak raja kat situ.

pekerja di situ semuanya berbaju jawa dan bercakap bahasa jawa dan bersikap macam orang jawa. nasib baik bini gua orang jawa. jadi senang nak berkomunikasi dan order-order.

menu sampai.

gua belek 2-3 muka surat pastu gua pening. apa benda cumi-cumi goreng, sate lilit, ayam betutu semua tu. bini gua pun pening. nak order yang bukan-bukan, kang tak boleh telan pulak. nak order nasi goreng kampung. lagi tak kena. baik gua makan kat warung depan rumah je.

"biasa orang order apa?" soal gua sambil peratikan pinggan orang lain. pandang kiri kanan.. takde orang makan pun. semua tegok air je. pelayan tu tunjuk 2-3 hidangan dan 2-3 jenis air. dengan muka was-was gua cakap;

"yang itu bole la.. bagi yang banyak ye. lapar ni!!" bini gua pun order stik apa benda ntah. tapi dalam gambar nampak sedap.

sementara tunggu order sampai gua tinjau-tinjau suasana dalam kedai tu sambil baring-baring kat kusyen tiga segi. memang terbaik dari segi deko. bunyi air panjut tepi dinding. perabot jati dengan ukiran kerawang tulen indonesia. cuma yang tak kena ~ pasang lagu blues. patutnya lu pasang lagu cari jodoh ke, singkong dan keju ke, kurang-kurang lagu peter pan atau dewa19 ke. barulah ciri-ciri semangat republik tu ada. gua nak speking jawa dalam kedai ni pun tak syok.

minuman bini gua sampai. avokado ice blended.
gua sedut sekali.
puh..! dia punya sedap. macam nak meleleh air mata teringat.
ni air bini gua


minuman gua pulak sampai. lemongrass mojito.
menu ni special sikit sebab ada daun pudina dan batang serai dalam air! bila minum rasa limau nipis, ada rasa pudina sikit, rasa kari sikit, rasa sejuk. memang sedap la air ni. gua minum sikit-sikit takut cepat habis.
air batang serai ni memang sedap diminum bersama jiran


makanan gua sampai. nasi campur ole-ole.
makanan ni yang ramai orang order. udang panggang 2 ekor, sotong beberapa ekor, ikan yang dipanggang dengan rendang daging yang diimpot beserta sate daging di lilit dengan serai. sayur kangkong yang direbus dengan api sederhana menggunakan gas petronas. tiga mangkuk kecik tu sayur kerabu, sambal merah, sambal hijau. di hidangkan beserta nasi baru masak di alas dengan daun pisang yang diraut halus bagi mengekalkan harum daun pisang.
daun pisang tu bole makan sebenarnya


sedap ke?
lu jangan bagi hati gua panas. dia punya sedap sampai gua hilang kejap deria pendengaran. bini gua jerit 2-3 kali pun tak dengar. khayal dan asyik. gua syak chef ni ada taruk syabu sikit. tak pun jeli KY.

makanan bini gua sampai. stik bbq kambing ayam.
kalau dah nama stik lu dah bole bayangkan rasanya. jadi gua tak payah cerita panjang, sebab rasa kambing bali dan kambing malaysia sama je. kita kan serumpun.

makanan caca pun sampai. spegeti kanak-kanak.
dah nama pun spegati. rasa pun macam tu gak la. bagi lu orang yang tak pernah rasa spegati, lu bayangkan makan megi goreng dengan kuah dal. macam tu la rasanya.

caca macam biasa dia buat hal time makan. gua suruh makan dia bantai nangis. gua suruh nangis dia bantai meraung. gua terdengar gak dalam raungan tu dia menjerit "kedai takde mainan gelongsor TAK BEST!!"

gua paham perasaan lu sebagai seorang gadis periang.

"kedai yang takde gelongsor memang tak best. kalau kedai dah ada gelongsor tu bukan kedai makan namanya. tu kedai mainan!" gua cuba betulkan prinsip caca sebaiknya. gua tak nak umur 30 esok. lu sibuk cari kedai makan ada gelongsor. nanti laki lu ingat gua tak ajar lu cara hidup yang betul. asyik nak gelongsor je.

bini gua handel caca sementara gua mentekadah makanan yang dia baru usik sikit. tak elok membazir. dan 3 sedut air ais blended.

turn gua plak bawak caca jalan-jalan sementara bini gua habiskan apa yang ada. hehh... apa je yang ada, semua gua dah bedal. lu habiskan air je la.

gua peratikan ramai jugak yang makan kat situ. semua pakat-pakat serbu pukul 8 ke atas. kedai ni tutup kul 12 malam tak salah. kalau nak bagi bintang. gua boleh kasi 4 bintang untuk semua. makan. suasana. awek. lokasi dan harga.

bajet sorang makan lebih kurang 50 ringgit la skali dengan air. makanan yang dibelanja oleh bini gua ni berjumlah seratus lima ringgit. makan untuk 3 orang tu. kalau makan berdua paling bangsat pun 90 ringgit la paling cilaka dia boleh ketuk. kecuali lu ada order air setan satu jug tu lain cerita.

kalau lu parking tingkat atas. pastu nak pergi ole-ole ni jalan pintas. lu carik kedai komputer Mac (Machines) pastu lu cari kedai makan Thai-Thai. sebelah kedai makan tu ada satu lorong tersembunyi. kalau niat lu nak makan kat ole-ole pasti lu nampak lorong tu. kalu lu niat tak baik, memang tak nampak.

selamat mencuba!

Wednesday, February 17, 2010

kerja petronas

ada satu hari tu gua dapat jemputan majlis kahwin kawan sekolah kat area ampang. majlisnya agak meriah dan terletak di kawasan perumahan biasa-biasa. gua datang dengan kawan-kawan sekolah.

masa tu tahun 2001. kerja pun huru hara. makan tak menentu. duit poket pun ngam-ngam beli megi kari je. jadi gua agak malas nak berkecimpung hal-hal kenduri ni. dah la ampang. sikit punya jauh dari shah alam.

tapi bila dengar kawan gua yang nak kawen ni kerja petronas. gua terus kompom je jadi. masa sekolah gua tengok apai ni takdelah menjadi sangat. pergi sekolah punyalah lambat, padahal duk asrama. time prep malam, bantai main drum ketuk meja. lukis-lukis kartun. markah exam pun main belas-belas je. boleh kerja petronas!

gua datang kenduri dia pun saja risik-risik kot ada kerja kosong ke kan. petronas tu beb! gaji mau puluh ribu. gua tengok apai (pengantin) yang belajar main-main pun boleh kerja petronas, gua yang ada sijil kejuruteraan awam ni mesti jadi pegawai beb.

jadi gua dah bersiap awal. gua pergi kenduri naik rx-z baru tukar rim silver. kilat jangan cakap. walaupun sengkek hadiah jangan dilupa. jadi gua beli frame gambar kat kedai kodak pastu balut cantik-cantik pakai belen kertas majong kat rumah.

gua berkonvoi motor dengan 3 rakan lagi dan sampai di ampang kul 1 petang. masa tu apai tengah berarak. kenduri dia biasa-biasa je. bini apai pun muka lebih kurang dia je. jongang! jadi dalam hati gua bajet bini apai jenis orang yang tak suka kemewahan dan baik hati.

orang muka out hatinya biasa baik, bisik hati gua.

jadi kitorang pun pulun la makan nasi beriyani 2-3 pinggan sambil menunggu apai free. last gua jumpa dia masa ambik result spm. dengar cerita dia kantoi. repeat paper julai. jadi gua sanjung orang macam apai yang telah berjaya la dalam hidup dan karier. dah kawen pulak tu. gua yang belajar lagi tinggi dari dia pun tunggang langgang lagi.

lepas habis majlis makan beradap. ambik-ambik gambar lebih kurang. gua dengan bebudak sekelas pun lepaklah dalam rumah mak dia sambil usha golongan seperti artis yang duduk berkipas depan pintu.

apai duduk dengan kitorang lepas hulur bunga telur sorang satu. sembanglah pasai sekolah, bini, cikgu, kawan-kawan lama dan tanyakan jugak nama golongan artis tu sapa?

gua tak ambik pot hal tu. gua nak tanye hal petronas tu je. gua nak kerja petronas ni. terus gua bertanya selepas gelak besar reda.

"dengar kata lu kerja petronas ye pai?" soal gua.

"ak ah.."

"dasat lu beb. ada kosong tak" gua tanya penuh harapan. sambil tu gua pandang bebudak lain. mata masing-masing bersinar!

"ada gak la.. kalau lu nak esok gua tanye bos. tapi bukan tempat gua la"

"ahh tak kisah.. tapi bole dapat ke?" midi dah semangat nak kerja petronas nampak, bisik gua.

"bole kot, kat wangsa maju kata nak pakai orang. kat area kampung pandan pun bole masuk lagi rasanya" jawab apai.

"lu kerja petronas mana?" soal gua.

"ulu klang kat zoo tu" jawab apai memuncungkan bibir. gua terpikir, petronas ni ada banyak gak pejabat cawangan ye. camne gua tak perasan.

"ooo.. lu kerja bahagian mana? kalau gua apply nak tulis jawatan ape??" soal midi

"lu apply la sama mcm gua. PAM ATTENDANT!!! kalau lu nak apply CASHER bole gak!" jawab apai yakin.

petang tu jugak gua, midi, alid pijak apai sampai lumat!!! perangai tak serupa orang!

Friday, February 12, 2010

"ayah..!"

gua sengeh panjang tak habis-habis.
"lu memang anak ayah la caca" puji gua sambil cium kepala caca.

"ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah.."
"iye" balas gua. dan caca buat aksi cocok jari dalam hidung.
gua sengeh.

stakat cucuk jari dalam hidung, hari-hari ayah buat la. kadang-kadang cucuk pusat. kadang-kadang cucuk ketiak. pastu baru ayah pegang mouse komputer buat kerja.

kalau dalam kereta ayah lap jari kat stering. kadang-kadang ada isi. kadang-kadang ada air. ikut nasib jari la.

"ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah.."
"iye" balas gua. dan caca buat aksi kenyet mata.

gua bangga dengan caca sekarang ni. dengan konfiden yang tinggi dan pengetahuan am yang sangat jelas. semua orang dia panggil ayah. tak kira lah sapa.
ibu pun "ayah..!"
nenek pun "ayah..!"
atok pun "ayah..!"
sepupu-sepupu pun "ayah..!"
pakcik sedara pun "ayah..!"

dan gua senyumm je bila semua orang komplen kenapa mesti "ayah..!". diorang tak tau tetiap pagi sebelum tengok barney gua dah pesan kat caca
"sapa buat susu caca pukul 3 pagi? ayah kan. sapa basuh berak caca? ayah kan. sapa kawan wresling caca? ayah kan. jadi caca mesti ingat ayah hari-hari"

gua ulang ayat tu hari-hari sampai dia ingat. dan gua tak boleh salahkan dia, bila semua orang dia panggil "ayah..!"

pergi makan kat kedai sekalipun. bila gua buat tak tau je dengan dia. pasti dia akan jerit "ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah..ayah.." sampai gua pandang.

lu memang anak ayah la caca.

Thursday, February 11, 2010

kedai mamak tak sedap!

ahad lepas macam biasa gua bangun pukul 9. dengan tak mandi, tak gosok gigi, kerak air liur masih kat pipi gua dah makan goreng pisang depan tivi. insan yang berjaya kejutkan gua adalah caca dengan jeritan "ayahhhhh...!" kat tepi telinga.

gua cakap dengan caca;
"lu kalau nak tengok barney jangan ajak ayah. malam tadi ayah tahajud sampai subuh. ngantuk lagi nih!!" marah gua. padahal gua tengok bola sampai kul 2 pagi. kalah pulak tu. macam cilake!

sedang elok kunyah-kunyah goreng pisang sambil tengok barney yang tak habis-habis menipu budak-budak, abang alis telefon bini gua ajak mengeteh kat kedai depan. gua angkat kening. baru lepas makan, takkan nak lepak kedai pulak, sound gua. padahal gua ok je pun kalau nak pekena nasi lemak barang sebungkus dua. tapi sebab nak kena mandi dulu, gosok gigi, termenung dalam jamban, pilih baju nak melawa. gua rasa macam leceh pulak semata-mata nak pekena nasi lemak seringgit.

"tak payah mandi" sound bini gua. dengan senyum gua jawab, let's go...

di kedai telah menunggu abang alis sekeluarga dan ayus. gua tak makan pun, minum teh je. bini gua pun sama. caca? memandangkan cakap pun tak betul, gua tak orderkan apa-apa untuk dia. lu dahaga, lu habiskan susu dulu, sound gua.

lepak kat kedai pagi ahad dengan tak mandi, memang feel lain macam. gatal ada, panas ada. tapi gua tak kisah pun sebab topik pagi tu agak menarik. abang alis cerita pasal satu kedai mamak kat setia alam yang ada roti terbang!

"mamak tu pun pandai buat roti tisu KLCC! siap ada jambatan!" cerita abang alis. gua lopong dengar. bini gua nganga dengar. awek meja sebelah pun nganga sama. gua ingat awek tu ternganga dengar cerita, rupanya nak suap anak dia makan. dengan dia skali nganga.

kena pergi ni, bisik hati gua.

malam tadi. gua sekeluarga lepak kat kedai mamak m.k fatimah yang abang alis cerita ahad. terus terang cakap sebelum ni gua sekeluarga memang boikot mamak sebab pengotor. makan pun tak sedap. harap tivi je besar.

masuk-masuk je, gua terpandang gerai roti special dah tutup. gua tanye ane
"ni orang tak meniaga ka" dan ane tu jawab arini tutup.

gua dan bini hampa. tak merasa la roti terbang arini. takpe. kita cuba makan lain pulak. gua kalau kedai mamak ni memang nasi beriyani je. jadi gua pergi kat tepi kedai mintak nasi beriyani kuah campur, lauk kambing. sayur sikit. no pork!

bini gua order megi mee sup dan teh o suam dua. suasana dalam kedai agak meriah dengan geng laptop dan geng muka pecah rumah. geng keluarga-keluarga macam gua duduk tepi pintu. geng pakai jersi bola duduk tengah kedai. kebetulan malam tu hujan lebat. jadi semua duduk dalam kedai.

bila gua rasa nasi beriyani gua keras. gua dah geleng sikit. bila gua rasa kambing je, terus gua tolak pinggan tepi. reject!!! megi pulak sampai. dia ni satu pesen tak suka telor lembik-lembik. jadi gua sebat telur tu dulu dan mee sikit.

bila jamah je mee tu. terus gua rejek!! outt.. megi keras. macam celup lebih kurang je. tetiba gua boleh angin satu badan. perut dah lapar. jadi macam ni pulak. gua rasa nak rembat je tivi 40 inci kedai ni, pastu pasang kat rumah. baru nampak style di pagi raya. bini gua cuba makan 2-3 garpu. dia pun terus tolak tepi.

bila minum teh-o.. hmm.. sedap.. gua minum tiga suku je. lagi suku gua dah tak sanggup telan. manis sangat. meniaga macam gampang!

inilah first time gua sekeluarga pergi kedai makan keluar cepat. gua ingat 10 minit je kot dalam kedai tu. semuanya tak sedap. dan gua dah blacklistkan kedai mamak m.k fatimah ni. dalam list, kedai ni nombor satu, paling taik bintang!

gua tanak hasut lu orang nak makan kedai mamak. tapi bila bini gua cakap tukang ambik order kuku hitam. gua macam nak muntah dengar. dan malam tu gua sekeluarga makan roti gardenia inti kaya, beli kat kedai runcit belakang rumah.

lagi sedap!

Tuesday, February 09, 2010

orang buta it

gua kerja bahagian komputer ni agak lama. boleh kata semua orang kat bangunan gua kerja ni pandai guna komputer. atau sekurangnya tau menaip dalam mikrosof word. atau sekurangnya ada email. walaupun haram tak pernah bukak. apatah lagi balas.

jadi bila orang atasan gua yang hari-hari mengadap komputer sampai jauh malam tapi nak bukak gambar pakai mikrosof word! gua rasa tak kena lah.

SAPA AJAR LU NAK TENGOK GAMBAR KENA BUKAK MIKROSOF WORD DULU!!!

gua rasa macam nak tikam je perut lu. cakap pasai komputer pompang pompang depan bos. bila suruh email gambar. haram perkataan 'attach' pun lu tak tau.

lu kena pergi kursus asas komputer la.

hahah..

ikan haruan

pagi tadi macam biasa gua menghantar caca ke rumah nenek selepas caca menonton barney sambil memakai selipar baru dalam rumah. macam orang putih, cakap gua.

cukup masa, gua arahkan caca ambik bantal ambik botol dan taruk dalam bakul motor. dan gua pun meninjau dalam rumah apa yang tak tutup.

lampu ~ tutup.
kipas ~ tutup.
taik ~ dah pam.
tv ~ tutup.
dan gua pun tutup pintu dengan tenang.

sedang gua memakai kasut kahwin yang dah 6 tahun guna. gua terpandang satu haiwan ajaib di tengah jalan.

ikan haruan hidup sedang melintas jalan!

gua punya terkejut sampai berlari gua tengok ikan tu jarak dekat. lu boleh bayangkan tak ikan yang idup dalam air boleh idup atas darat dan tengah melintas jalan dalam keadaan susah payah.

dalam hati gua niat nak selamatkan ikan haruan ni. dengan berlari gua cari botol dalam rumah dan terus basuh badan dia dalam sinki dapur. caca yang terjerit dari tadi melihat keajaiban ni pun sama-sama membantu gua di dapur.

tanpa berfikir panjang gua masukkan ikan haruan yang gua namakan Kuat! ni bersama Bushi!. dan gua tengok Bushi! tenang melihat kawan barunya itu.

gua terus menghantar caca macam biasa.

sampai rumah mak mertua gua cerita fenomena ajaib tu dan mak mentua gua cakap
"entah-entah momok"

gua agak terkejut dan terus berfikir. logik jugak entah-entah ikan tu sebenarnya makhluk lain. seperti jin. atau syaitan. menjelma dalam bentuk ikan.

gua terus pergi kerja sambil berfikir tentang Kuat! yang memang kuat tu. lu bayangkanlah berapa lama dia lepak atas darat sampai badan dia penuh tanah dan pasir yang susah gua nak hilangkan tadi.

lu memang kuat la, Kuat!

sampai di opis gua cerita lagi bab ikan tu. pelbagai pendapat gua terima. Zali bukak cerita masa zaman dia main silat, pernah ikan haruan menggeletek atas gelanggang dan tok guru dia buang.

"orang hantar tu!" jawab tok guru dia.
gua diam.

gua call bini gua.
"lu buang la ikan tu, gua seram la cerita lu ni" jawab dia

gua call mak gua.
"tak pernah dengar pulak ikan jelma-jelma ni. biasa ikan buat makan je. tapi elok lu buang la" jawab dia.

gua call mak mertua gua.
"itulah ambik lagi ikan bukan-bukan. takkan mak plak nak tolong buangkan. lu la buang!" bising mak mertua gua.

nampaknya gua kena settlekan masalah ni cepat. sebelum ikan tu menjelma jadi orang dan rompak rumah gua yang buruk tu. terbayang laptop yang gua beli seken dengan zaidi. terbayang kamera dslr gua beli 2 tahun lepas. gambar caca belum transfer dari kamera lagi tu. terbayang duit syiling 50 sen yang gua simpan dalam tabung perut buncit. kalau lebur sayang tu. lama gua simpan.

apa lagi.

stok tudung bini gua yang dah boleh bukak kedai tu mungkin dia tak usik. sebab nak jual pun leceh. tapi audio soni gua yang berdentum-dentum bila gua pasang konsert green day aritu memang berbaloi kalau dia jual kat kedai sekenhen.

apa lagi.

umah gua takde pulak barang emas dan berlian selain beberapa rantai zulien dan cincin kawen gua yang dah tak muat tu. tapi cincin gua bukan emas, perak biasa je. tivi gua pun bukan terkini sangat. 21 inci je. nak angkat pun berat. gua rasa tu dia tak ambik.

kasut adidas gua mungkin dia rembat untuk dia pakai. atau seluar timberland yang gua beli kat jusco guna duit ot. mungkin dia rembat gak untuk pakai raya cina ni.

sambil bawak motor tu gua terbayang gak. entah-entah nyawa gua pun melayang arini. mana tau perampok tu rembat kepala gua dengan kayu besball dalam rumah gua tu. tak pun perut gua tembus peluru AK-47.

terus gua rasa insaf dan bersyahadah masa tu gak. nak tahiyat akhir macam tak kena pulak atas motor. jadi gua buat rukuk je lah masa trafik light.

sampai rumah gua tengok takde ciri-ciri rumah kena rompak. mangga macam tak usik. cermin tak pecah. pintu rumah masih hensem lagi. gua masuk rumah dan suasana sama macam gua tinggalkan pagi tadi.

gua terus tinjau ikan. kot Kuat! buli Bushi! ke. ok je. rapat semacam je! mungkin Bushi! seronok dah ada kawan baru. gua pulak tak sampai hati nak buang Kuat! dalam longkang besar.

gua buang perasaan kesian. dan gua terus cekup Kuat! dan dengan berat hati gua lepaskan dia dalam longkang besar. gua harap Kuat! mampu mencari rezeki sendiri dan memulakan perniagaannya di dasar sungai. jangan jadi macam Bushi! masih harapkan subsidi kerajaan.

Thursday, February 04, 2010

cerita satu malam

ceritanya begini;

"tahun 1992 dulu abang terlibat dalam kemalangan motor. langgar jentolak. kaki abang dua-dua patah. tangan pun dua-dua patah. rahang pun patah. tulang belakang patah.

dan abang koma 6 bulan. hospital klang tolak universiti. hospital universiti tolak hukm. hukm tolak hospital kolompo. last-last abang duk kolompo. masa tu eksiden kat seksyen 20 shah alam. on the way pergi kerje kat muzium.

kawan-kawan datang semua nangis. abang macam hilang ingatan. bini abang la ulang alik jaga kat hospital dengan anak kecik baru lepas cukur jambul minggu lepas. 6 bulan umur dia masa tu.

kawan-kawan abang cakap abang kurus macam orang somalia. makan pakai tiub. doktor bagi glukos masuk ikut mulut. masa tu abang tak sedar. agak lama di hospital doktor suruh bawak balik.

bini abang la jaga abang kat rumah. masa tu abang masih tak sedar lagi. sampai satu hari abang tersedar. abang bukak mata nampak isteri abang. abang nampak dua-dua kaki abang bersimen. abang nampak dua-dua tangan bersimen. abang tak boleh cakap sebab mulut kena ikat sebab rahang patah.

abang terkejut sangat. rasanya baru tadi nak elak jentolak. tau-tau dah kat rumah. bini abang punya suka sampai menangis dia tengok abang dah sedarkan diri. abang tak boleh cakap. hanya dapat menangis dan cakap haaa..huu..haa..huu

abang lapar. tapi tak boleh cakap. isyarat tangan. bersimen pulak. abang cuma boleh gerakkan jari je. isyarat nak makan. isyarat nak minum. nak bangun pun tak boleh. baring je. abang nampak budak berlari. abang terkejut dan kata dalam hati anak sapa ni?

inilah sara bang. anak kita.

abang terkejut lagi. rasanya baru semalam abang dukung dan cium dia sebelum pergi kerja. sara kecik sangat. masih pakai barut lagi. sekarang dah boleh berlari.

kemudian sara panggil abang; ayah! abang menangis lagi. sara dah boleh cakap. dan kenal ayah yang selama ini dia hanya tengok ayahnya baring saja. kemudiannya bini abangya memberitahu abang tak sedar diri hampir setahun!

abang tak sedar abang di hospital. abang tak tau berapa ramai yang lawat abang. abang tak tau kita dah 2 kali beraya tanpa sebarang persiapan. abang tak tau apa-apa sampailah abang sedar hari ini.

abang menangis kuat-kuat. betapa kuatnya bini abang selama ini. dialah yang menanggung segalanya. dan dialah yang bercerita apa yang berlaku selama ini"

gua dengar sebak gak. patutlah gua tengok brader ni asal ustaz suruh baca quran je macam-macam hal. lurus kaki la. baca tak kuat la. lambat start la. dah la ahli baru. rasa nak ragging je.

tapi bila dengar cerita dia. gua pulak simpati lebih.

"dulu abang penari. pernah menari backup untuk nurshiela amin. shuhaimi meor hasan. dulu abang artis kebudayaan rtm. tetiap minggu turun kat hmi. dulu abang under bat latip"

gua pun tak tau sama ada ni balasan tuhan sebab kaki joget atau apa. tapi apa yang gua tau brader ni memang nasib dapat idup balik. dan gua tengok rajin gak dia ni beriktikaf kat surau malam-malam. gua pun malas nak tanye lebih sebab gua pun datang surau ni nak ngaji je.

asalnya malam tu, lepas ngaji gua baru nak sembang ngan jo pasal trip family dia ke melbourne 2 minggu lagi. alik-alik brader ni ajak sembang plak. layan je lah.

yang menarik lagi bukan takat depan surau je. terus lajak ke kedai makan. pekena teh o suam segelas. yang tambah menarik lagi imam surau tu yang kaki tabligh tu pun ajak semeja. gua dalam hati mau kena ajak 3 hari ni.

sejam sembang pompang.. pompang.. imam ajak tabligh 3 hari kat setia alam minggu depan. pengisian roh! jasat memang dah kuat. roh pun kena kuat gak. baru seiring.

gua angguk macam orang berzikir.

nak pegi ke? macam malas je.
lu rasa gua patut pegi ke?