Monday, April 26, 2010

konsert double trouble

poster rasmi


bila dapat tau dua kumpulan rock kapak ni nak beraksi ganas di bukit kiara. gua dah menggelinjat tak tentu pasal. kaki rasa ringan je nak melompat. mulut rasa ringan je jerit lagu 'gemuruh'. paling tak tahan duit asyik terkeluar sendiri dari poket. kekadang tengah tido pun terasa ada duit bawah bantal.

kena beli tiket ni.

konsert peringatan search adalah kali terakhir gua ke konsert rock. itu pun huru hara. dengan gua nak bermarathon subuhnya. dengan konsert tak bestnya. gua harap itulah kali terakhir kumpulan search berperangai buruk depan gua.

beza dengan wings. gua selalu punch card kat konsert planetnya. asal ada wings. ada muka gua. asal ada awie. ada muka gua. macam kembar plak. lagu wings pun rocknya lebih kental dari search (pendapat gua). jadi kehadiran gua bersama rombongan 1 mei ni lebih berkiblatkan wings. puhh.. ayat kiblat.. ngeri plak.

jadi gua dah buat persiapan fizikal dan mental secara zildjian. bermula minggu lepas gua dah mula rajinkan diri naik opis pakai tangga. tak main naik lif. saja kasi stamina lebih. setiap pukul 6 gua jogging kat tasik, cadangnya. tapi lupe nak buat. balik kerja atas motor gua dah mula menyanyi dalam d minor lagu-lagu konsert. mana yang ingat gua bedal. mana yang lupe gua berenti tepi jalan seluk poket carik lirik yang gua dah tulis tangan. kena hafal sungguh-sungguh. dengar kata amy nak test seko-seko kat pintu masuk bukit kiara nanti.

gua mengikuti perkembangan konsert sangat rapat. hari-hari mesti tau apa cerita kat fesbuk sayap-sayap wings. awie mandi bape kali sehari? bisnes restoran amy bape untung malam tadi? semua gua kena tau.

dengar cerita bas disediakan kat lokasi tertentu elakkan jem kat bukit kiara. mat rock kental macam gua ni takkan naik bas. tahun 80an bole la. gua dah plan dengan abang alis untuk gerak awal. mungkin gerak dari subuh atau malam sebelumnya tidur di pintu masuk? tengok keadaan. baru ada jiwa nak nyanyi.

cuma gua cakap, tolonglah jangan buat taik masa konsert. speaker pecah la. suara tak sampai la. goreng tak habis la. lambat datang sebab jem la. tu semua gua tanak dengar. gua lebur 70 ringgit. duit minyak 30 ringgit. berger daging 2 ketul. tshirt 50 ringgit. air mineral 2 botol. berebut sampai kena pijak kaki. kena beratur macam PATI. bile dah depan pentas, lu orang buat muka belagak tak bole nyanyi!

jangan buat camtu beb. gua semangat ni.

Friday, April 23, 2010

boling

gua mula ceburkan diri dalam arena sukan dalam ekon ni pada tahun 2001. masa tu main kat plaza alam sentral je. seminggu mesti main 3 kali dengan bebudak opis. pada time tu seronok betul dapat main. sampai melecet la jari nak baling bola berat tu.

kejap jatuh semua, kejap jatuh satu.
kadang-kadang jatuh longkang.

syok sangat main sampai gua beli bola sendiri pada tahun 2005. masuk pertandingan itu ini. beli sarung tangan, beli gajet itu ini. tapi markah tetap macam tu. jadi gua pun fedap nak main dan simpan bola tu sampai bersawang.

sukan ni pulak satu masalah kena keluar duit. main tak terer, tapi duit habis berpuluh satu malam. (padahal dulu tak pikir pun duit lebur macam tu je) gua pernah terfikir sukan boling ni memang mengarut. main takde hebat pun tapi bola kena huk. beg tarik kena beso. bola kena ada 2 bijik. kasut tak mainlah kedai punye, beli sendiri. tu belum tengok bila strike. gaya otromen semua keluar! nak nampak hebat main kat depan kaunter bukan kat tepi dinding. pakai plak tshirt tulis boling master dengan seluar kain lembut baju masuk dalam.

puhh.. ketepi orang kalau lu lalu.
tapi main kena terer gak la.

jadi nak cerita tahun ni gua aktif balik pasal opis gua buat pertandingan kecik2. nak main 2 set pun dah lenguh tangan baling. jadi gua berharap budak opis jangan letak harapan tinggi sangat. malu nanti.

Thursday, April 22, 2010

kisah noorkumalasari - 1

cerita dia pakai tudung ni dah lama. dalam 10 tahun lepas kot. jadi gua korek-korek kat internet dapat balik artikel tu. dalam bahasa omputeh plak. jadi gua tak reti sangat nak alih bahasa. jadi gua suruh kawan sekolah gua, najib razak tolong alih bahasa. kalau silap lu orang boleh salahkan najib razak.

***************

Nama, email atau nombor telpon?
Hajjah Noor Kumalasari. Boleh dihubungi di wmyusoff@tm.net.my

Pekerjaan?
Sekarang duduk umah. dulu saya seorang penghibur, artis, penyanyi, pelakon dan model.

Cerita sikit latar belakang sekolah?
Sekolah kat Singapura. Kemudian kat PJ sampai SPM.

Adakah saudari bertudung sepanjang masa?
Apahal! Tak boleh ke. Saya bertudung sepanjang masa termasuk pergi ke dapur. Saya bukan berlakon bertudung. Ni bebetul pakai punye. Hanya ikut perintah allah saya dah cukup tenang, lawak kan! Tak perlu sebab lain.

Umur berapa saudari memutuskan untuk pakai tudung?
40. Hidup bermula pada 40. Tak gitu.

Apa penyebab kuat saudari berubah nak pakai tudung?
satu hadith daif - setiap helai rambut saya (yang dilihat orang) mungkin akan menyeksa saya selama 60 tahun di akhirat. walaupun saya tau hadith ni tak kuat. ianya cukup menginsafkan saya. pastinya maklumat yang mula-mula datang dari surah an-nuur ayat ke 31 dan saya mendapat penerangan yang sempurna dari suami saya yang kacak tu. kalimah allah, sapa kita untuk menafikan.

suami saya juga ada beritahu yang saya perlu menetapkan tarikh bila nak pakai tudung. terpulang pada saya dan dia juga cakap "awak kena mintak pada allah agar Dia memanjangkan umur sampai ke tarikh tu"

Hari yang saya pilih adalah sehari lepas saya pulang buat haji pada 1997. saya sangat bersyukur kerana allah memberi saya kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah pada tahun 1994 dan haji pada tahun 1997 dengan meninggalkan anak keempat saya yang berumur 6 bulan masa tu.

segala-galanya berlaku dengan cepat dan ayah saya meninggal di Mekah tahun sebelumnya.

Macam mana dengan penerimaan keluarga, kawan, jiran?
sebab saya ni suka berfesyen dan semua orang tau saya ni suka buat fesyen pelik-pelik jadi takde orang perasan dengan perubahan yang berlaku. pastu kitorang mula lah tak datang aktiviti sosial yang biasa kitorang join. dah buat macam tu pun masih takde orang perasan perubahan saya. saya mengelak publisiti. saya pernah hidup dalam glamer dan saya cakap cukup. saya rasa dah tak perlu membuat benda yang sama berulang. kadang-kadang orang ingat kita berubah sebab baru balik umrah dan oleh sebab itu kami dimaafkan.

adakah saudari menerima maklum balas yang negatif / positif?
orang pandangan negatif kat suami saya yang kacak itu. diorang anggap saya dipaksa oleh suami. sebenarnya tak. cara suami sayang mengajar tentang islam buat saya cinta allah lagi dan lagi. jika dia paksa saya untuk buat satu benda. saya akan buat tapi cinta tu tak mungkin ada.

bertahun jugak lah untuk orang tak meninggi suara dan bertanya "awak yangg.. ohh?" saya tidak setakat pakai tudung, saya pakai pakaian yang saya rasa allah akan terima. pakaian itu mestilah yang longgar, kain warna gelap dan tebal. jadi saya pikir hanya ada satu sahaja pakaian yang macam tu ~ baju jubah hitam yang berlilit sampai kat kepala yang kebanyakkan perempuan arab pakai, kadang-kadang saya tambah arbaayah kat luar.

awak mesti berani untuk berubah. bahkan sebelum ni orang kenal saya dengan warna hitam jadi semua ni saya buat "kerana allah" dan saya suka. pakaian macam ni ada kelebihan. saya ibarat bersedia ke masjid ~ di mana saya berada, bila dengar azan saya akan terus cari masjid terdekat dan terus sembahyang tak payah terkial-kial cari telekung. sangat senang. kena pulak sekarang saya dah sentiasa berwudhu. tapi ada ramai peminat kat luar saya yang suka dan akan peluk saya bila berjumpa. jadi saya tak rasa yang saya dah berubah.

ada seorang ahli perniagaan beritahu suami saya yang dia terus berubah bila saya cerita kat tivi "nasib baik allah tidak ambik nyawa saya ketika saya di puncak karier"

ada kawan-kawan artis lain minta saya berdoa supaya mereka juga akan berubah satu hari nanti. insya allah. bukan setakat doa, malah saya bagi air mata sekali untuk mereka. tak semua orang tahu permintaan mereka ini dan selebriti tersebut sangat pemurah dan baik hati.

apakah reaksi yang diterima dari masyarakat islam dan bukan islam yang lain?
sebenarnya takde reakti negatif dari masyarakat bukan islam sebab mereka respek agama lain. samalah macam kita respek sami yang pakai baju kuning tu. semua islam adalah bersaudara. ada juga yang beranggapan buruk sehingga menjadi satu sindrom ke atas semua orang. tapi saya tak begitu. kesian lagi ada. saya berharap allah akan memberi hidayah dan mereka akan mencari apa yang kurang kat diri mereka.

adakah saudari ada rasa macam dipinggirkan oleh masyarakat seba pakai tudung?
tak. saya boleh pergi mana saja dan mungkin sebab semua orang kenal saya jadi itulah biasanya diorang bagi pertimbangan istimewa.

adakah saudari rasa tertekan untuk bertudung? dari sapa?
hanya dari diri sendiri. takde tekanan dari luar.

adakah saudari rasa tertekan bila tak bertudung? dari sapa?
ya. dari penerbit filem dan kakak.

apakah jenis tudung yang saudari pakai?
senitasa warna hitam yang biasa perempuan arab pakai.

sebelum saudari berubah apakah pandangan saudari kepada 'tudung'?
sebelum saya pergi mekah. saya tak suka. cara pemakaian tudung oleh kaum wanita disini tak menarik. jadi saya tak boleh buat apa-apa hal tu. kamu kena rasa selesa untuk memakainya dan kemudian ada konfiden dalam diri.

apakah yang saudari faham tentang bertudung dari keluarga? sekolah? masyarakat?
takde. dari sekolah tak. dari keluarga pun tak. saya tak melihat sesuatu yang salah dalam apa yang kitorang buat. pelik tak?

ada tak sapa-sapa dalam keluarga yang bertudung?
(jika mak, apa yang mak beritahu tentang bertudung?)

sebelum ni tak. sekarang mak dan sorang adik kejap pakai kejap tak. sorang adik lagi, (anita serawak) pheww mahsya allah... dalam keluarga saya. saya seorang perempuan. alhamdulillah.

apa perasaan bila bertudung?
rendah diri dan malu. itu adalah sifat yang baik dalam islam.

bersambung...

Thursday, April 15, 2010

motor baru

klx150


sam mengajak gua tengok motor idaman dia kat kedai sebelah shell meru lepas waktu pejabat.

"motor ape lu nak beli ni?" chat gua kat meja pakau.
"klx150!" jawab dia. gua dah terbayang motor azroy gila-gila remaja.

klx150 adalah trend baru dalam dunia perempitan. mat rempit kalu pakai klx memang nampak kacak kat trafik light. lagi-lagi dengan helmet ada rahang tu. ada sarung tangan lagi. pakai plak gogel renang. puhh.. lampu merah pun gua ingat ijau.

kul 6 petang gua dah mengucapkan selamat tinggal dunia korporat. gua merempit dengan kadar kelajuan sederhana. motor honda sam yang tinggal rangka tu semput plak naik bukit. tulah cite lagi nak beli motor baru. kan dah merajuk.

bas ekspres sani dan bmw 5 series yang biasa gua bagi asap, kali ni gua plak kena telan asap. takpe demi kawan yang semangat nak beli motor baru. gua bersikap sopan di jalan raya. we all menuju ke kedai motor sebelah shell di meru dengan harapan baru.

walaupun motor sam dah macam besi buruk. dia punye laju bole tahan. ini mengundang panas di hati gua sebagai penunggang yamaha. perlumbaan jarak pendek tetap berlaku dan macam biasa gua menang.

sampai di kedai, amoi dah menunggu depan senyum dan sam terus serahkan satu set dokumen. aii.. kata nak tengok-tengok. rupanya terus beli.

"gua dah usha smalam ngan member gua. ni motor dia" jawab sam terus menepuk motor klx150 display tu.

"ni motor gua" dan gua pandang motor sebelah. lawa gileee...!!!

pada fizikalnya. motor ni mampu melepasi halangan rodblok dan jem sekaligus. asal ada rodblok je naik benteng. asal ada rodblok je masuk utan 2-3 hari. pikap memang tinggi. lebih pusing boleh wili 2-3 tiang. mau bertepuk tangan orang meru kalau gua buat aksi macam tu 2-3 kali depan masjid. hati gua dah tertawan.

harga RM8500
donpemen RM1500
bulan-bulan RM271 selama 40 bulan

gua takde impian nak tolak motor yamaha ni kat kedai. sayang plak motor yang banyak menang kejohanan rempit amatur ni nak kasi kedai. caca pun boleh demam kalau tau. lagi plak motor ni ada bakul. buat beli-beli sayur ari sabtu kat kedai belakang. beli suatkabar kat pasaraya. paling best bole bawak caca jalan-jalan usha awek kampung. dia duduk dalam bakul dengan botol susu dan bantal sebijik.

motor besar mane bole buat camtu. takkan gua nak beli kicap pastu plastik taruk kat handel. atau beli suatkabar pastu buat lapik bontot sebab takde tempat nak letak. masalah gak tu.

sekarang gua dah pasang impian nak sambar klx150 plak. bole berlagak kat trafik light.

Monday, April 12, 2010

salah bagi hadiah

malam menakjubkan bagi selangor selepas menewaskan kedah 2 tahun lepas. perlawanan berlangsung di stadium shah alam. gua beserta kipas susah mati yang lain siap berdiri tepuk tangan mengucapkan tahniah kat tepi padang.

malam tu gua balik kul 2 pagi. pekena teh cawan segelas.

pukul 10 pagi esoknya gua sekeluarga bertandang ke rumah apis di bukit kapar. kenduri kawen dia. lorong rumah punyelah kecik. nak parking punyelah susah. jem punyelah panjang. tapi kawan punye pasal gua datang gak makan nasi beriyani.

perut dah kenyang. mata pun dah berat. gua pun berangkatlah pulang selepas dapat bunga telur untuk buat gulai malam tu. tetamunya sangat ramai. sampai gua nak salam pun berebut dengan budak-budak.

sembang huhahuha gua seluk poket. ambik sampul yang tersedia. salam erat. apis sauk sampul dari dalam tangan gua dengan senyuman di bibir. gua pun senyum-senyum macam menang loteri.

selepas itu gua sekeluarga menuju ke tesco beli barang runcit dengan senarai panjang sampai ke pusat. ni mau jebak 2-3 ratus ni. terus gua terfikir nak jadi pesaing tesco pada masa hadapan. masa tu gua dah lulus pinjaman bank rakyat 10 juta. habis semua benda gua cagar. kereta, rumah, tanah, cadar, tivi 20 inci, peti ais.. semua yang ada kat umah la gua kasi bank.

nama kedai gua kasi islamik; pasaraya haji wak!

barang-barang dalam kedai semua gua kasi harga borong. susu pekat kalau 2 ringgit kat tesco. harga borong 60sen setin. gua jual lebih seposen jadi 70sen setin. siap bagi diskaun 30% pada sesiapa yang hafal yasin kat kaunter bayaran. kalau beli barang lebih seratus ringgit gua kasi air zam-zam sebotol kecik. dalam kedai gua lagu-lagu islamik je.

time solat semua kena jemaah. tak kiralah tengah belek selipar ke. tengah tengok sayo ke. urusniaga berenti 15 minit. abis solat tazkirah 10 minit cerita pasal hadith atau kisah nabi. ujung minggu gua jemput harun din kasi ceramah.

mana-mana cina atau india nak shopping gua kasi buku tentang islam tak pun tafsir buat baca-baca sambil tunggu bini test tudung. pekerja gua semua islamik. saudara baru, masyarakat oku, ibu tunggal semua gua kasi kerja. nepal, bangla memang takde dalam list pekerja gua. semua orang 1malaysia.

susunan rak gua tak ikut macam sekarang ni. kuno! nak beli sabun.. nunn hujung sana. nak beli kicap.. nunnn depan sana. bila bini cakap;

"salah sabun ni. gua nak sabun cam X!" tak pasal-pasal lu kena patah balik. kan leceh.

jadi gua gunakan konsep membantu. lu masuk je kedai, terus pekerja gua muka presis tiz zakiah akan menyapa dan meminta tolong tolakkan troli dan list barang. lu sekeluarga tak perlu terlari-lari berebut kicap sebotol sampai berlanggar troli. we all yang uruskan. lu sekeluarga hanya perlu duduk sambil main playstation kat tempat menunggu. sapa tak solat boleh solat time tu. sapa nak lepak minum, pun ada. gua juga guna konsep piza. servis 30 minit. kalau lambat barang satu troli tu gua kasi free je. meniaga untung banyak-banyak bukan bole bawak kubur pun. bisnes trend baru ni gua namakan 'lu senang gua hapi!'

"mana list barang tu?" bini gua bertanya. gua seluk poket dan mengeluarkan satu sampul. ehh.. ni sampul mana pulak ni? gua berkerut kehairanan.

pap!!! gua tepuk dahi. wajah apis terpancar dengan senyuman menawan menjelma depan gua.

"gua salah bagi sampul!!!" jerit gua kat tesco. bini gua terkejut.

"abis tadi bagi ape?" bini gua tanye.

"tiket bola semalam!!!"

sampai harini cerita ni jadi bahan gelak semua orang kat meru. cilakak!!!

Saturday, April 10, 2010

dugaan dalam penulisan

beberapa hari lepas gua telah menulis di blog gua yang lagi satu perihal kerja yang mendapat respon yang sangat menggalakan dari pembaca.

ada yang sokong ada yang kutuk dan ada yang tak paham. nama tajuk pun jangan baca kalau tak faham. jadi ada yang tak faham.

gua cerita pasal kerja. pasal fahmi yang mintak gua buat design risalah dan poster puisi. pasal jaid mintak borang harta karun. pasal naz yang mintak borang tasik. pasal datuk bandar mintak kad tahniah yang gua tak dapat siap cepat kalau bagi serentak.

gua tunggu komen diorang. tetiba orang lain plak yang melenting. tu yang gua cakap. lu tak paham ke apa! gua cerita pasal tanggungjawab bekerja yang perlu tunaikan janji bila dah berjanji. integriti bekerja.

bila bos gua tanye "aii tak siap lagi?" gua pun malu gak sebab sepatutnya dah siap tapi tak dapat siap sebab gua sibuk. jadi disitu munculnya tajuk jangan baca kalau tak faham dan gua cerita kisah benar macam kat tivi tu.

entahlah. nama orang pun takde. gua ada sebut 'ict' secara am. tau-tau ada orang 'ict' yang panas. gua pun tak pasti 'ict' mana. mungkin orang ict putrajaya. atau ict pj. mungkin juga ict nibong tebal. tak tau plak gua orang ict ni cepat panas. etika penulisan gua salah ke? bila gua baca balik. cara penulisan gua salah ke. atau ada ayat tak betul ke. ok je.apdahal gua cerita yang betul macam kat tivi tu. macam aduan rakyat!

jadi salah gua ke bercerita hal benar.

sapa yang tak paham cerita jangan baca kalau tak faham tu macam ni la ringkasnya.

gua ada kereta waja. dah pakai 5 tahun.
bila dah rosak gua hantar bengkel. repair.
gua tak tau sakit apa. yang gua tau bila dah repair mesti bole elok.
timing bel rosak ke. fius terbakar ke. gua tak reti.
sebab gua bukan mekanik. yang gua tau kereta dah rosak mesti hantar bengkel untuk repair.
minggu depan gua ada konvoi kenduri kawen ni.
mintak kereta ganti buruk pun takpe. pomen kata takde.
tak pelah gua beli kancil seken. senang nak gerak-gerak.

bila waja gua dah repair.
macam-macam hal plak jadi.
power window rosak la. enjin bising la.
jadi gua tak puas hati.

tanak pening kepala.
gua pulang balik waja tu kat bengkel pastu gua suruh simpan jelah.
lagipun gua malas nak pikir rosak-rosak ni.
waja tu pun bukan hak gua. opis punye.
takpelah gua pakai kancil je.

masalah timbul bila semua nak tumpang.
makcik ani naik. tok ngah naik. usu naik.
gua cakap ni kancil bukan waja.
bole konvoi tapi lambat sikit la.

sebab tu gua tulis jangan baca kalau tak faham. sebab nak kasi tau kat makcik ani, tok ngah dan usu hal ini. bukan apa kot-kot pak uda nak tumpang ke. atau tiz zakiah nak tumpang ke. kan malu gua. kereta kecik. masa pakai waja dulu bole la.

tu je sebabnye.

tau-tau pomen plak marah. aii.. tu yang gua pelik tu. sekarang dengar cite bos pomen tu plak angin ngan gua. padahal urusan gua dengan pihak bengkel dah selesai. gua pun dah takde hutang apa-apa cuma tunggu kereta baru yang dijanjikan tahun depan je. hmm.. bukan sepatutnya yang angin tu tiz zakiah sebab tak dapat tumpang gi kenduri ke? atau pak uda!

jadi itulah yang gua dok pikir. salah gua ke? dah jadi hal besar macam ni, sumpah gua tak hantar lagi. tanak gaduh ngan orang beb!

Tuesday, April 06, 2010

5S

gambar takde kaitan dengan artikel

menurut logik akal gua yang bersifat radikal ini; aktiviti mengemas dan menyusun pejabat yang dipanggil 5S ni adalah satu kerja yang leceh dan membuang masa. kerana sepah dalam sudut seni adalah kreativiti.

lu berani ke usik bilik seorang top student yang bersepah dengan nota dan soalan ramalan? itu cara dia belajar dan dia top student dengan cara begitu. habis exam mesti dia kemas balik.

kemas atau sepah hak individu. dan tempat gua terus terang cakap memang sepah. nota kuning sana sini. kertas berterabur atas meja. majalah rujukan dan permainan kanak-kanak huru hara atas rak. jadi semua tu inspirasi kerja gua.

tagging mengarut seperti "tong sampah disini!" dengan panah ke bawah bagi gua mengarut. begitu gak "sinki" di sinki. bukan gua tak tau benda tu sinki. tak perlulah sampai bertagging.

opis bini gua kat toyota dulu layan gak 5S ni. diorang level tinggi-tinggi. jalan pun ada kaler kelabu kaler merah. salah lorong boleh kena saman. disiplin cara maria ozawa. barulah maju. jadi bila bangunan awam macam opis gua ni masih nak kaler-kaler dinding ikut bahagian macam tak kena plak. macam tadika nurul iman!

jadi gua memboikot 5S ni sebab pelaksanaan yang tak betul. bila dah betul esok gua lah orang nombor satu yang akan panjat tangga buat tagging lampu!