Sunday, January 29, 2012

Maher Zain

Di suatu pagi yang damai, gua sekeluarga menuju ke Rumah Mode dengan duit berjuta-juta di poket.

Kurang-kurang 14 seluar jeans gua beli harini, bisik hati gua yang berkobar.

Perjalanan tak lama, lebih kurang 3 hari kalau merangkak ikut matahari terbit. Kalau ikut matahari terbenam mungkin 7 hari sebab waktu malam di bandung agak merbahaya. Kurang lampu kat jalanan.

Kat Rumah Mode ni hari-hari sesak. Gua pun tak taulah tangkal jenama ape yang diorang guna untuk lariskan bisnes. Mungkin tangkal nasi ganja di Perak tu kot. Tak pun tangkal Sungei Wang.

Manusia penuh sesak di dalam Rumah Mode. Macam-macam perangai. Ada yang belek baju. Ada yang try seluar. Ada yang usha beg. Ada usha peha.

Sedang gua sibuk melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan manusia berduit ni. Gua terkejut dengan panggilan caca,

"Ayah, Allah...!"

Eh, Caca bole lihat Allah ke? Mustahil. Atau Caca cuba menyebut penyanyi yang bernama Aliyah tapi tersasul sebut Allah.

"Ayah, tu Allah..!"

Eh, gua terkejut lagi. Betullah dia sebut Allah. Sepantas kilat gua tengok ke atah yang ditunjukkan tu.

Rupanya sebuah topi.

Apa kena mengena topi ni dengan Allah. Gua cuba selesaikan teka teki ini sambil membelek topi 'Allah' ni.

Sepantas kilat gua teringat kat seorang penyanyi yang bernama Maher Zain. Penyanyi yang memakai topi tweed cap dan menyanyi lagu Insya Allah

ini topinya


inilah mamatnya


Caca... Caca..

Friday, January 27, 2012

Bandung - Hari 5

Hari terakhir di negara Bawel dan Saehu.
Perancangan asal adalah bekfes, berkemas dan terus ke airport. Tetapi bini gua ada perancangan yang lagi merbahaya ~ lepas bekfes terus ke Rumah Mode, shopping.

Gua buat perkiraan masa.
Ikutkan memang sempat. Kitorang ada 2 jam masa kecederaan.

Selepas sarapan untuk kali terakhir sambil menapau roti dan mengebas air mineral. Gua terus ke lobi untuk berbincang dengan pihak hotel tentang masa depan, arah tuju dan cita-cita gua untuk ke Rumah Mode pagi ni. Setelah kata sepakat dicapai. Gua akan terus check out dan perjalanan ke Rumah Mode dan airport akan diuruskan oleh sorang minah tomboi bernama Inoy.

Beg tarik yang berat setengah tan tu memerlukan 2 orang dewasa untuk diangkat ke dalam van. Tetiba gua terpikir, ntah apelah nasib gua kat airport nanti ye. Mau berpeluh dahi nak angkat ke hulu hilir.

Minah supir yang bernama Inoy ini sangat peramah orangnya. Korang kalu berminat nak ambik dia jadi supir korang nanti bagitau. Harga yang dia letak agak mahal sket tapi berbaloi sebab dia jaga ko baik punye. Cermin van pun jenis tinted 100%. Inoy ni banyak rekemen tempat-tempat best tapi kitorang pun tanak terlepas flight. Lain kalilah.

Hari raya cina di indonesia disebut Tahun Baru Imlek. Kebetulan kat rumah mode ada sambutan raya cina yang agak happening. Tarian singa, akrobatik cina, live band, bakar mercun, semuanya berlangsung pagi tu. Gua dan caca layan aktiviti luar, bini gua dok sibuk last shopping kat dalam.

Sejam je kitorang di rumah mode dan gua berangkat ke airport dengan perasaan puas hati. Bini gua dapat baju, gua dapat borong kemeja opis, caca dapat anak patung baru.

Setibanya di airport, kitorang awal sejam dari masa yang sepatutnya. Dan kitorg habiskan masa dengan melepak di perkarangan airport yang tak seberapa tu sambil mengambil gamba dan layan wifi.

Airport Bandung ni memang sangat basic bangunannya. Terminal 3 Subang tu lagi canggih dan besar tempatnya. Jadi bila orang Malaysia beratur nak check-in beg, kekadang tu sampai 2-3 lane diorang bukak. Pergi bawak 2 beg, balik borong 7 beg. Pening tak peninglah orang airport nak settle. Beg seberat setengah tan gua tu bila ditimbang hanya seberat 25kg je. Jadi gua tak tambah duit apa pun. Lega rasanya.

Satu gua nak pesan kat korang yang kaki shopping, sila simpan 100ribu rubiah untuk airport tax. Gua tak pasti bole pakai duit malaysia ke tak. Tapi standby jelah


Ruang menunggu di airport ni memang fail. Kedai makan ada satu je. Pastu makanan pun tak berapa menarik. Ekon sejuk kemain. Kerusi tak banyak. Harap wifi jelah penyelamat. Bila pergi ke ruang menunggu di tingkat atas lagi fail. Ekon tahap -40 punya. Pastu xde wifi. Cuma ada kiosk kecik je penyelamat keadaan.


Boring tak boringlah menunggu pintu bukak, sampai habislah satu level Where's My Water punye game gua main.

Penerbangan 2 jam ni tak rasa lama sebab ada nasi ayam dara telah menunggu penuh seksi di dalam flight. Itulah untungnya booking makanan masa beli tiket. Orang lain telan air liur je tengok gua menyuap nasi. Lu bayangkan punye kebulur orang Malaysia dalam flight, stok megi cup habis diborong.

Perjalanan pulang ni juga tak lepas dari insiden mengerikan. Flight langgar awan hitam, flight mcm nak blackout, bayi nangis tak berhenti dan yang paling best caca kencing banyak gile punye kat seat sampai dah jadi kolam ikan kat seat dia. Nasib baik seat dia kalu seat bini gua, mau bini gua kuar kapal terbang pakai selimut air asia. haha.. baru tauu...

Proses mengambil beg di LCCT juga ada adegan macam celaka bebudak bujang memerli gua. Bila masing-masing memandang lorong beg tu.. maka keluarlah beg-beg kecik, paper beg yg bersalut plastik dan macam-macam jenis beg keciklah, tetiba keluar beg gua yang seberat setengah tan tu

"mak aihh, beg sapa yang besa gile tu..!"

Malu gile nak mengaku. Terpaksa gua pergi ke tempat terpencil sket utk tarik beg tu keluar. Jahanam tul bebudak nih.

Gua tinggalkan kereta agak lama di LCCT iaitu selama 5 hari (Khamis - Isnin) jadi charge yang dikenakan untuk 5 hari tu adalah RM165. Gua rasa berbaloi sebab kat situ ada CCTV dan sekuriti agak tinggi.

Pulang ke rumah dengan satu pengalaman baru dan minggu depannya gua dan caca demam teruk.

Thursday, January 26, 2012

Bandung - Hari 4

Hari Ahad 22 Januari 2012
Hari ni masih tak dapat bersarapan kat cafe. Sebab bangun lambat. Pagi ni kitorang repeat ke PasarBaru. Sebab bini gua nak beli seluar caca. 

Hari minggu macam harini dipanggil sebagai hari libur. Hari untuk berhibur. Semua orang keluar rumah untuk berbelanja dan berhibur. Tak semua kedai bukak pada hari minggu. Termasuklah kedai money changer.

Tips untuk hari ini. Menukar duit pada hari cuti di Bandung.

Bayangkan duit indon xcukup. Hari ahad kedai money changer tutup. Isnin pun sama sebab cuti raya cina. Macamana nak bayar duit teksi, beli air mineral, makan ringan-ringan? Takkan nak bayar teksi pakai kad kredit. Duit ringgit ada beratus-ratus dalam kocek. Apa korang nak buat?

Kebetulan perkara ni kena kat Bandung. Jadi tipsnya. Korang pergi je kat Pasar Baru. Naik ke tingkat 3. Tanye kat bebudak yang jaga kedai kain kat tu dan korang akan jumpa kedai money changer yang agak tersorok sikit. Masa gua tengah tukar duit kebetulan ramai jugak orang malaysia kat situ. Korang kena tanye orang, baru jumpa kedai tu.

Nilainya adalah sama.
Di Malaysia 1juta = RM346
Di Pasar Baru 1juta = RM347

2 jam jugaklah gua kat Pasar Baru.  Lepas keluar dari Pasar Baru gua ada plan nak ke CiWalk. Sepatutnya semalam kitorang ke CiWalk kat Jalan Chihampelas. Tapi sebab dah tersangkut kat Jalan Dago seharian tu yang plan pegi arini je. 

Di depan PasarBaru sangat susah nak dapatkan teksi bermeter. Jadi redah jelah pakai teksi Putra. Dari PasarBaru ke CiWalk adalah sejauh 5.3km. Chargenya adalah 50ribu sehala. Mahal sikit tapi bayar jelah. Bukan 50ribu ringgit pun tambangnya.


Ciwalk adalah sebuah shopping kompleks yang sangat unik. Bangunannya juga unik. Banyak ruang terbuka. Macam shopping kompleks dalam taman. Tapi tak sebesar Paris Van Java. Kitorang jalan-jalan je kat situ pastu berjalan lagi di sekitar Chihampelas.

Terus terang gua cakap, jeans, kemeja, baju pompuan dan fesyen kat Bandung ni tak semoden di tempat kita. Cuma fesyen baju di Rumah Mode yang terkini sikit berbanding tempat lain di Bandung.

Semasa kat Chihampelas gua dah mati akal. Nak kemana ye?

Kitorang cari teksi sambil jalan slow-slow kat situ dan alhamdulillah kitorang dapat teksi GR. Gua saja tanye kat pak supir tu

"Dari sini ke Trans Studio jauh tak pak?"
"iyaa.. Ngak jauh. Pusing-pusing aja"
"berapa tambang teksinya."
"ngak tau, kena ikut agronya"

Kat situ je gua tau supir ni jenis jujur. Senang nak kautim nih. Jadi gua buat plan.

"Gua mahu ke Kartika Sari Jalan Dago. Kemudian balik ke hotel kejap. Lepas tu ke Trans Sudio. Bisa ya pak"

"Iyaa. Bisa!!!!!!"

Kartika Sari ni bukanlah nama artis. Dia adalah sebuah kedai jual makanan macam kek dan biskut. Ke Bandung tak membeli kek Kartika Sari serupalah macam makan nasi tak minum air. Tak kena bai.

Kedai Kartika Sari ni memang banyak cawangan dan semua cawangannya ni padat dengan pembeli. Siap berebut kalu nak beli kek. Gua pun naik heran. Kalu yang berebut tu orang Malaysia logik gak. Orang Bandung pun nak berebut beli kek. Macamlah tak bole pegi lain kali. Sementara itu pak supir menunggu gua dengan penuh hensem di parking.

Menghantar gua ke hotel semata-mata nak letak beg plastik shopping kat bilik dan kitorang terus ke Bandung Supermall yang ada Trans Studio di dalamnya.

Jarak perjalanan dari hotel ke Bandung Supermal adalah 4.4km. Korang akan melalui Toko 3. Tempat membeli jeans murah. Tapi kitorang tak singgah pun.


Bandung Supermal atau disebut BSM adalah sebuah shopping kompleks terbesar di Bandung yang dimiliki oleh Trans Corp. Di BSM ni juga terdapat taman tema dalam bangunan terbesardi dunia yang dikenali sebagai Trans Studio. Dibuka pada Jun 2011, Trans Studio ni adalah tempat tumpuan awek indon setaraf Luna Maya dan golongan kaya berbelanja.

Tambang yang teksi GR kenakan untuk gua bermula dari Ciwalk - Kartika Sari Jalan Dago - Hotel Arion - Bandung Supermal adalah 50ribu! Haaaa... murah gileee.. berbanding tambang pagi tadi dari hotel ke Ciwalk je dah 50ribu dengan teksi takde meter.

Jadi gua sarankan sekali lagi. Naiklah teksi yang bermeter.

Indah kabar dari rupa adalah ayat sesuai yang bole gua cakap bile sampai kat BSM ni. Bukan besar mana pun. Lebih kurang Lot10 je. Tapi alang-alang dah sampai. Terus jelah merayap. Takkan nak balik pulak. Iye tak.

Gua tak masuk Trans Studio tu pun. Sebab penuh sangat. Sapa-sapa yang berminat nak gi TransStudio pergilah hari biase ye. Harga tiket tak salah 150ribu (RM50) pada hari biasa dan 200ribu (RM70) pada hujung minggu.

Dalam kul 9 malam kitorang pun balik ke hotel. Tido

Wednesday, January 25, 2012

Bandung - hari 3

Hari Sabtu 21 Januari 2012
Penat betul semalam sampai lambat bangun. Akhirnya tak sarapan kat cafe. Pagi ni gua nak gi tempat yang dicadangkan oleh member opis. Carian dari google stakat ni takde review dari bloggers malaysia yang lain. Hahah.. Jadi gua antara orang terawal yang akan review.

Jalan Trunojoyo, Bandung.



Ape ada kat sini?
Di sepanjang jalan Trunojoyo ada banyak kedai-kedai baju persendirian. Dorang design baju sendiri, jahit sendiri, dan jual kat kedai sendiri. Kedai dorang ni juga dikenali sebagai Distro (distribution store).

Gua dipahamkan diorang ni bergerak secara indie dalam dunia fesyen. Produk diorang tak dikomersilkan bagi menjaga standard eksklusif golongan indie ni. Jadi bile gua dapat beli 2-3 helai baju dan kemeja kat situ. Memang hanya 2-3 orang dalam dunia je dapat produk distro ni.

Jalan Trunojoyo ni terletak dekat dengan Jalan Dago dan Jalan Riau. Sila google map untuk tengok jalan ni lebih detail.

Selepas ke Jalan Trunojoyo gua sekeluarga ke Jalan Dago. Tak jauh pun, jalan kaki je. Lapar punya pasal kitorang pekena Pizza Hut kat depan  Dago Plaza. Selepas tu kitorang berjalan kaki menyusur sepanjang Jalan Dago.

FO di Jalan Dago banyakknya di bangunan persendirian. Rumah-rumah general tentera zaman belanda direnovate jadi FO. Jalan Dago ni sangat panjang. Hampir 5km. Kalau korang nak ke satu FO ke FO yang lain yang agak jauh naiklah Angkutan Kota yang tulis kat cerminnya 'Kalapa Dago'. Kiranya angkutan kota ni akan pusing-pusing di sepanjang Jalan Dago je. Tambangnya adalah 2ribu.

Malam minggu di Jalan Dago memang meriah. Di kiri kanan jalan penuh dengan remaja yang bawak gitar dan menyanyi ramai-ramai sambil mintak derma kat cermin kereta orang.

"Hanya 1ribu saja...." antara lirik lagunya. Diorang ni xde keje lain ke hapa. Gua plak yang takut. Dah ramai-ramai ni mane tau paw pelancong plak ke. Tapi setau gua di Bandung tak dengar lagi kes pelancong kena ragut, kena pau atau kena raba ke. Diorang ni menjaga pelancong. Kadar jenayah juga kurang.

"Tetamu itu kan rejeki" kata sorang supir kat gua. 

Rejeki tak rejeki, teksi yang nak hantar gua kat hotel main-main harga plak masa dalam perjalanan.

"Ke Arion berapa pak?"
"Iya terpulang, 50 bisa, 100 pun bisa"
"20 bisa ke pak"
"Iya, 1juta juga bisa" ujarnya serius.

Cilakak. 1juta tu RM350 ko tau..
Sampai kat lobi hotel gua hulur 20ribu. Pastu dia gelak

"Bercanda saja ya!" kononnya yang dia mintak 1juta tu berguraulah kiranya. Ceh. Bergurau pala hangguk kau.

Ikutkan plan asal. Makan malam gua adalah di Restoran Kampung Daun atau Restoran Sapu Lidi di Dago Atas. Tapi sebab gua risau kat teksi-teksi ni akan pau ntah berapa juta plak. Gua rasa lebih selamat makan kat bilik hotel je. Call ext 5003. Terus order steak dengan fresh oren.

Bandung - hari 2

Hari Jumaat 20 Januari 2012
Semangat untuk menghabiskan duit adalah sangat tinggi pada hari ni. Memula kita sarapan dulu. Cafe di hotel ni jenis open. Makan sambil memandang aktiviti orang Bandung di jalanan. Bini gua memang tak pernah pergi Indon. Jadi bila nampak 'van tak tutup pintu' memang dia pelik.

"Itu namanya Angkutan Kota. Sekali naik 2ribu rupiah (70¢)" kata gua sambil menyuap hotdog dalam mulut. Sedap gak sarapan nih.

Tips hari kedua.
Kalau korang xde transport lain selain teksi. Sila gunakan 2 jenis teksi ni sahaja.


Di pintu tulis Gemah Ripah (GR) atau


teksi yang di pintu tulis Bluebird

Sebab teksi ni yang guna agro (meter). Teksi lain deal ikut suka je. Memang susah sikit nak dapat teksi ni sebab banyak permintaan. Tapi bila sekali korang dapat memang puas hati.

Selepas sarapan, tempat pertama adalah ke RUMAH MODE dengan menaiki teksi. Sebenarnya teksi GR atau Bluebird yang dicari tak semudah yang disangka.

Peratusnya macam ni;
Angkutan kota - 70%
Teksi sapu - 20%
Teksi meter - 10%

Nampak tak kesukarannya macam mana. Demi nak menjimatkan duit kitorang tunggu jugak teksi meter sampai dapat. Jangan di layan dengan Angkutan Kota yang akan berhenti depan korang. Buat pekak kalau teksi sapu hon banyak kali. Dalam kepala set ~ teksi GR, teksi Bluebird.

Gua berjaya dapatkan teksi GR dan teksi toyota vios ni bergerak laju ke Rumah Mode. Tambang dari Hotel ke Rumah Mode untuk jarak perjalanan sejauh 5km adalah dalam 15ribu (5ringgit).

Rumah Mode adalah Factory Outlet (FO) yang terkenal di Bandung. Di buka pada tahun 2005. FO ni memang tempat wajib bershopping untuk orang Malaysia. Lu gi Bandung tapi tak pegi Rumah Mode serupa macam mat saleh datang Malaysia tapi tak pegi KLCC.

Rumah Mode ni memang onestopcenter. Kemeja lelaki ada, baju pompuan ada, seluar bebudak ada, nak melantak ada, nak tido pun ada kusi, nak cuci mata pun senang, semuanya ada. Hampir 2 jam kitorang kat sini termasuk makan tengahari.

Lokasi seterusnya adalah PasarBaru. Memandangkan shopping pun dah 2 beg jadi kitorg cadang pulang ke hotel dulu baru ke sana. Di area Rumah Mode ni memang sentiasa jem. Teksi juga tak banyak pilihan. Hari pun makin panas. Jadi kitorang naik teksi Putra (takde meter) yang kebetulan lalu depan kitorang dan teksi ni charge 20ribu (7ringgit) untuk jarak yang sama.

Baring-baring kejap kat hotel sambil menengok inul berdangdut di tv. Terus kitorang ke PasarBaru dengan berjalan kaki. Tak jauh pun. 5 minit je. Tapi kena naik jejantas keretapi, tempuh penjaja tepi jalan, jual makan jual baju, tempuh jem, hon tak henti-heti. Memang best rasanya.

Pasar baru adalah sebuah bangunan setinggi 6 tingkat setaraf kompleks pkns yang jual kain, tudung, beg, telekung. Memang padat gile kat dalam tu. dinasihatkan sape bawak anak dalam stroller. Tinggal jelah stroller tu kat hotel. Memang korang susah nak berjalan nanti.

Bini gua sibuk shopping tudung je kat sini. Gua ape pun tak berkenan. Kalu ada kedai Sony ke, kedai audio kereta ke, seronok gak melepak. Ini kedai kain. Cheh.

Tips kat Pasar Baru.
Sila jangan pandang MATA orang yang jual air atau makanan kat situ. Diorang akan datang kat korang dan berdiri depan ko selama mungkin. Kalau ko beli air dia. Jap lagi orang jual kuih plak datang. Jap lagi orang jual kopiah plak datang. Jap lagi budak jual keychain plak datang. Mampos! Kalau ko nak beli air diorang gak beli tempat yang tersorok sikit. Xde kena serbu.

Kompleks PasarBaru ni akan tutup jam 4 petang waktu tempatan. Plan itenari elok-elok supaya korang dapat habiskan 6 tingkat bangunan ni.

Kat tingkat 6 PasarBaru ni ada tempat makan yang best. Sementara tunggu bini gua usha beg branded dia. Gua dan caca makan nasi putih, sup ekor dan es kelapa. Harga dalam 20ribu kot. Mahal jugaklah tapi sedap. Pulang ke hotel untuk tinggalkan barang shopping dan terus ke Paris Van Java yang terletak 3.5km dari hotel.

Paris Van Java ni adalah sebuah shopping kompleks moden setaraf The Curve. Setinggi 3 tingkat dan kalau berjalan dari hujung ke hujung lebih kurang dari Tesco The Curve tu sampai ke cineleisure. Masa gua pegi tingkat bawah masih ada kedai tengah renovate.

Gua cuma usha kasut je. Sebab kasut yang gua pakai ni dah mula nak bercakap. Masa kat malaysia diaammmm je. Sampai kat negara orang terus nak bercakap. Bangang betul. Nasib baik di negara orang. Kalau di negara sendiri mungkin gua dah hantar kat kedai kasi gam tapaknya.

Makan malam kitorang adalah KFC. Tak jumpe makanan berkhasiat lain di Paris Van Java ni. Yang nampak berkhasiat, macam tak berapa nak halal pulak. Elakkan.

KFC di indon diorang memang serve dengan nasi. Lagi sedap korang order sekali sup cendawan. Puhh.. enak bangattt... Pulang dengan menaiki teksi yang banyak di luar Paris Van Java. Malam tu gua kena 50ribu (Rm17.50). Pergi baru 20ribu, balik kena 50. Brengsek lu.

Bandung - hari 1

Hari Khamis 19 Januari 2012
Setelah packing 2-3 helai baju gua sekeluarga berangkat ke LCCT dengan kereta. Dengan niat tanak menyusahkan sesiapa gua parking dengan senang hati kat LCCT.

Rate LCCT sehari adalah : RM36.50
Kalu korang parking 5 hari. Silalah kali dengan 5.

Rate teksi sehala dari Shah Alam / KL lebih kurang RM70
Rate suh member hantar : RM20 (tol) + RM20 (minyak) + RM10 (KFC) = RM50

Memang banyak orang parking di keliling LCCT tu. Ada yang parking kt Tunehotel (rate sehari RM16 tak salah). Ada yang parking kat depoh PosMalaysia. Ada yang parking atas rumput. Tapi bagi gua, keselamatan lebih utama. Mahal sket xpe. Kalu keta lu hilang, keta lu kena gores dan menang, keta lu kena pecah, gua rasa lebih tak berbaloi.

Kalau naik Airasia, kekurang 2 jam mesti dah ada dlm perkarangan LCCT. Tau jelah nak beratur kat mesin scan lagi. Nak checkin beg lagi. Nak usha pramugari lagi. Mane cukup 1 jam. Tu blom kira nak melantak mekdi. Nak tukar status kat fesbuk guna wifi epot. Hui.. sibukk oii.

Flight gua kul 7:30pm. Lewat 15 minit dari jadual asal. Mungkin ada roadblok kat Simpang Pulai kot. Biaselah area situ memang port polis pun. Flight penuh cam biase. Perjalanan selama 2 jam dengan sejauh 1,294km ini memang gua dah tunggu 3 bulan lepas. Seronok woihh.. Cuma yang tak seronoknya pramugari yang tak cun ni terpaksa gua hadap 2 jam.

Dalam flight gua bedal spegati daging. Menu ni gua order masa beli tiket online aritu. Tapi air mineral yang dibagi stakat bole basahkan lidah je. Bingai betul. Nak tanak terpaksa beli air lain.

Gua sampai di epot Husein Sastranegara jam 8.30 waktu Bandung. Lebih kurang 9.30 waktu Malaysia. Gua nasihatkan lu tak payah nak setting jam sangat bile kat sini. Malaysia cepat sejam je dari Bandung. Senang nak agak.

Hujan turun masa gua sampai. Bukan kumpulan Hujan tau. Ni hujan air tu. kumpulan Hujan buatpe gua nak cite kat sini.

Di epot husin ni, kapal terbangnya akan landing di parking terbuka. Lu kena menapak ke bangunan terminalnya sejauh 100m dari pintu pesawat. Kalau hari panas oklah. Kalau hari hujan macam gua kena ni. Diorang sediakan bas macam rapidKL terus ke bangunan terminal.

Naik bas ke bangunan terminal yang 100m tu hanya memerlukan gua batuk 2 kali je. Dah sampai. Ntah-ntah bas pun baru masuk gear3. Kehkeh.

Bangunan terminal sangatlah otai. Terminal 3 Subang tu lagi cantik. Kaunter imigresen ada 4 lorong. Dua untuk warganegara, dua lagi untuk pelancong macam gua. Tapi pegawai imigresennya ada sorang je. Kenalah berselang selang. Leceh tul.

Gua memang suh pihak hotel ambik gua kat epot. Jadi bile keluar je kat epot, macam-macam nama ada. Gua hanya memerlukan 2 saat untuk mengesan semua nama yang ada dan berjaya. Hanya dengan senyuman nipis di pipi pak supir berjaya mengesan gua. Hebat tak!

Gua ke hotel dengan menaiki van hotel berenjin diesel. Dari epot ke hotel Arion Swiss Belhotel mengambil masa 10 minit kot. Permandangan malam di Bandung sangat tenang. Udaranya sangat sejuk macam kat Cameron.

Hotel yang gua duduk untuk 4 malam yang berikutnya ni, terletak di dalam kota Bandung. Dengan hanya berjalan kaki gua bole ke PasarBaru dan stesyen keretapi sejauh 5 minit aje.

Hotel Arion Swiss Belhotel ni terletak bersebelahan dengan rumah gabenor, hotel kenangan dan hotel guntur. Hotel 5 tingkat ni ada swimming pool, gym, sauna, urut-urut, cafe dan banyak lagi. Wifi dan internet adalah free di semua tempat dalam hotel. Tv plak ada lebih kurang 50 channel. Dari TVRI, Trans sampailah ke HBO, MTV. Memang best.

Malam pertama di hotel, gua hanya order makan dalam bilik je. Aktiviti untuk esok gua dah susun dalam ipad. Jadi gua memang tak bagi kesian kat kaki untuk hari esok. Selamat meletihkan diri dan gua tido dulu.

Saturday, January 21, 2012

Bandung - 0

gambar hiasan

Plan ke Bandung ni gua dah pikir semenjak dari bangku sekolah lagi. Semenjak tau order sirap bandung gua selalu terfikir ~ kalau minum sirap bandung di bandung mesti lagi sedap.

Hahahah...

Gua dah menempah tiket ke Bandung ni sejak dari bulan November lagi. Tiket untuk 3 orang dapatlah dalam RM1,100. Kalau berjalan sendiri-sendiri semuanya kena plan sendiri-sendiri. Jadi menempah bilik hotel juga perlu sendiri-sendiri.

Pakcik google adalah seorang kawan yang sangat baik. Dengan hanya menaip "hotel di bandung" ada lebih 234 juta laman web yang boleh diklik.

Untuk menempah bilik hotel korang boleh pergi ke website ni
www.agoda.com
www.asiaravel.com
www.booking.com

ni sume website yang bole bagi rate dan pilihan hotel yang sangat banyak. Bak kata pepatah "ada wang, ada amoi" ehh. ape kesitu plak citenye..

Jadi untuk trip kali ni aku gunakan agoda.com. Mencari hotel murah tapi sehebat 5 bintang adalah sangat sukar. Sebab hotel juga menggunakan pepatah "amoi cantik, wang juga mau cantik". Demit!

Berkat usaha tangga kejayaan dan doa orang tua. Gua berjaya mendapatkan sebuah hotel 4 bintang dengan harga 2 bintang. Hotel tersebut adalah Arion Swiss-belhotel International. Fuh.. namaaa...

Hotel ni berdekatan dengan stesyen keretapi dan shopping kompleks. Tak pikir panjang aku pun booking hotel ni secepat mungkin. Rate masa gua dapat RM1,100 untuk 4 malam. Lebih kurang RM275 semalam. Hotel kalau dah 4 bintang swimming pool dah mesti ada. Dah mesti boleh jemput gua kat airport nanti dan paling penting amoi pun mesti cantik.

Tiket kapalterbang dan bilik hotel dah settle. Jadi gua cuma tingal nak berjalan je.

Dengan bantuan pakcik google, gua berjaya menimba ilmu dengan bagus sekali. Sangat banyak blog yang bercerita tentang bandung. Semuanya blogger awek-awek. Sampai gua naik segan nak tulis blog pasal Bandung ni. Kang kata macam blog awek-awek plak.

Jadi bagi elakkan korang kata blog gua ni macam blog awek-awek. Jadi gua takkan letak gambar kononnya tengah shopping sakan kat Pasar Baru. Atau gambar gua tengah kembungkan pipi buat jari peace kat Rumah Mode.

Tukaran duit pada Januari 2012 adalah RM347 = 1juta rupiah.

Jadi gua cakap kat bini gua. Lu bagi RM1030. Gua bagi lu 3juta cash! Terkejut betul. Dia tak sangka gua ada simpan duit sampai 3juta. Kehkeh... berkat menabung dari keciklah katakan.

Flight gua akan bertolak kejap lagi. Keje pun banyak pada hari ni. Jadi gua settlekan keje dulu. Tengahari kang gua cabut. Flight kul 7mlm kang. Barang pun tak pack lagi. Nanti gua cuba berblog dari sana.

Selamat tahun baru cina pada sume.

Monday, January 16, 2012

Bila banyak sangat call

Bila sekali sekala banyak call kekadang pening gak.

Bank call.
Insuran call.
Bank yang lain plak call.
Nombor tak dikenali plak call.
Salah nombor plak call.

Jadi bila dah banyak sangat call gua akan buat satu trick

Tuut.. tuut..

Si malang : "Hello! Bole saya bercakap dengan en. ajua?"

Gua : "Tahniah! Anda adalah pemanggil yang ke 50 untuk hari ini. Sila tinggalkan butiran peribadi anda selepas bunyi ini"

Letak tepon.

Padan muka.

Kursus Dalam Hujan

Di opis, gua adalah orang terakhir kalau disuruh berkursus. Jiran tetangga partition sebelah menyebelah gua memang kaki kursus. Ape jenis kursus yang opis tawarkan sume diorang pegi. kursus bahasa inggeris. Kursus menjawab tepon. Kursus membuat email. Sume diorang pegi.

Gua je hati kental.

Orang lain mungkin dah 876568574 kali kursus setahun. Gua nak cecah 10 pun susah. Mungkin bahagian yang menguruskan kursus ni rasa nama gua sangat panjang untuk ditaip. Baiklah diorang cari orang nama pendek-pendek seperti Aliyah, Eminem, Abon untuk gi berkursus.

Jadi bila gua dapat peluang gi kursus memang gua bersemangat nak pegi. Macam satu kursus yang gua hadiri pada hari rabu dalam tahun 2010.

Memo yang menyuruh gua gi kursus telah dihantar 3 hari awal. Gua punye excited nak berkursus sampai gua sanggup gi potong rambut kat kedai ane kat seksyen 9 pada petang tu jugak. Lepas potong rambut gua beli buku nota dan pensil 2B. Mana tau ada nota-nota penting yang bole gua gunakan kelak.

Balik rumah, gua dah cakap kat Caca dan Atek. Ari ni gua kena tido awal sebab esok nak berkursus. Sebelum tido, gua gosok baju cantik-cantik dan sangkut kat dalam almari. Excited beb, exciteddd...!

Malam tu gua tido dengan senyum leborr....

Sedar-sedar pagi esoknya hujan renyai. Gua dah geleng pala. Camne nih. Dah la naik moto. Kursus kul 8 pagi. Hmm.. sempat kot. Gua mandi cecepat, pakai baju kerja cecepat dan pakai baju hujan cecepat. Hujan ni hal kecik je. Dengan semangat berkursus yang berkobar-kobar, gua redah hujan dengan hebatnya.

Meru ~ hujan 14 titik.
Setia Alam ~ hujan 71 titik.
Shah Alam ~ hujan 8766586548658768776586 titik.
Whatttt....?

Baju hujan gua dah tak mampu bertahan lagi.

Meru ~ baju kerja kering.
Setia Alam ~ baju kerja bahagian perut basah sikit.
Shah Alam ~ sepender pun basah!

Gua memang tak berteduh bawah jambatan cam brader-brader rempit lain buat. Kursus kul 8 plak. Ada 10 minit je lagi nih. Gua mesti sampai awal.

"iyahhhh..." jerit gua sambil membawak laju.

Gua nampak ada brader bawah jambatan memandang gua sambil berkata;
"kalaulah aku dapat baju hujan mamat ni. Mesti aku dah sampai opis skang"

Dia tak tau gua dah kuyup nih. Baju hujan bocor plak. Jimbit!

3 minit kemudian gua sampai di pakir opis. Solek motor. Campak baju hujan yang tak berguna tu di lantai. Dengan bersungguh gua lari ke opis dengan kuyupnya. Baju spare memang tak bawak. Jadi gua plan nak pakai tshirt je pastu cover dengan blazer. Seluar ni memang xde pilihanlah. Memang gua pakai sampai ke petang. Ni sume kursus punye hal.

Bebudak opis terkejut tengok gua datang awal. Biasenye punch card kul 8:30 pagi. Hari ni kul 7:55 gua dah tersengeh-sengeh. Sume bertanya dan gua menjawab "Gua ada kursuslah hari ni. Kena datang awai lah. Hahah.."

On the way gua nak ke bilik air untuk tukar baju, terserempak plak dengan kawan sekursus.

"Mar, ko tak gi kursus lagi ke?"

"Kursus? Esoklah wei. Ko ingat hari ni ke?"

"Esok ke? Cilakak betei. Bukan hari ini ke?"

"Bukanlah, esok. Hari ni kan selasa! Hahaha.."

...dan gua kena gelak sepanjang hari. Cilakak!

Friday, January 13, 2012

selamat tahun baru

Ape azam tahun baru?

Azam gua, nak makan KFC dinner plate. Ayam original. Baru 2 Januari azam tahun 2012 gua dah tercapai. Apadehal.

Tahun 2012 ni gua macam-macam plan ada. Selain cari duit yang dah semestinya wajib. Melancong dan melencong juga wajib bagi gua.

Orang scorpio ni memang kuat merayap kot.

Januari ni gua akan ke Indonesia. Februari ke Singapore. Itu yag confirm. Yang tak confirm Mei dan Jun gua ke Germany. Kekek.. berangan tak habis-habis.

Sempena tahun baru ni gua nak lu orang pikir balik adakah azam 2011 berjaya? Apa yang lu orang boleh bangga kat diri sendiri pada 2011.

Gua rasa takde banyak benda yang lu boleh bangga. Samalah macam gua.

Jadi planlah satu aktiviti yang gempak yang lu orang bole kata
"Tahun 2012 gua dah jejak kaki ke New York City!"
"Tahun 2012 gua berjaya kahwin lagi.. yess!!!"
atau
"Tahun ni gua berjaya delete akaun fesbuk. Bangga.. bangga!"

So buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.
Sebab takde sapa yang akan ubah nasib malang dan pemalas lu tu selain diri lu orang sendiri.

Selamat tahun baru