Friday, May 29, 2009
si kecil yang lulus ujian
Pencapaian tertinggi bagi kami bertiga. Semua lulus ujian!
ujian mental dan hati. Melawan perasaan rindu dan sayang. Aku ke Surabaya tanpa membawa keluarga selama 4 hari. Setibanya aku dan 24 jam kemudian si isteri ke kelantan 4 hari berikutnya.
si kecil ditinggalkan tanpa belas.
8 hari tidak dapat bertiga.
dan si kecil tidak mengeluh, meragam, menangis, demam.
Dia ceria seperti biasa.
tetap berkata daa..da..
tetap menjerit caa.. Caa..
tetap makan bersepah
tetap tidur lena
ada ketika gelisah tetap melanda
apabila terlihat wajah ibu di foto..
tuu.. tuu. Ibu pegi kelantan aku beritahu.
ditenung lama-lama dan dicium foto itu.
aku senyum.
si kecil ini tahu erti perpisahan.
dan hibanya ketika si kecil terus memeluk ayahnya
erat dan lama
si kecil ini tahu ayahnya serba kekurangan
dan dia tahu membawa diri
aku takkan menangis
aku takkan menjerit
aku sudah besar
ujian ini perlu lulus
dan aku pasti berjaya
perjalanan menjemput ibu sangat jauh
si kecil telah tertidur di kerusi kereta
dan dia berharap apabila celik matanya kelak
ibunya akan tersenyum dihadapannya
memeluk erat dan ketawa gembira
Thursday, May 28, 2009
Surabaya - Hari Pertama

Bas akan tiba jam 9.30 pagi dan rombongan pertama telah berangkat jam 8 pagi tadi. Rombongan kedua ini terdiri dari 10 orang. Memandangkan aku orang kecil, maka segala barangan sampingan seperti cenderamata di bawa oleh aku dan Zali. Bukan sikit, satu beg maha besar dan berat termasuk jugak 2 kotak yang lain.
Aku menyumpah.
Bas tiba jam 9.45 pagi diiringi oleh Mardiana sebagai urusetia disini. Shahrul telah menunggu di LCCT. Perjalanan ke LCCT diiringi perasaan teruja, seronok dan berdebar. Aku kena ingat, ni bukan trip berbulan madu. Ini kerja la. Aku dibantu oleh Zali dan dia juga sangat bersyukur aku ikut sekali. Kalu tak sapa nak bawak bagasi yang berat-berat ini. Kitorang kan balaci, bak kata big boss.
Kami sampai di LCCT sejam kemudian dan terus ke kaunter check-in. Masalah bagasi akan timbul disini kerana kami membawa lebihan muatan yang semestinya akan melibatkan kos yang besar. Urusan di kaunter dan segala passport kami diuruskan oleh Shahrul dengan jayanya. Segala berat bagasi untuk 10 orang adalah 40 kilogram termasuk 3 beg sampah itu. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM800. Big boss bagi RM500 dan Shahrul ke top-up RM300 lagi.
Shahrul menyumpah.
Baik bawak aku katanya.
Kami ada masa 2 jam sebelum burung besi akan berlepas. Seterusnya kami ke kedai badut untuk mengisi perut. Aku, zali, mardiana, shahrul, anne dan aniza semeja. Lawak jenaka shahrul sangat menghiburkan dan alangkah ruginya dia tak ikut sekali. Dah kat kedai badut, kenalah buat lawak.
Setelah mengisi perut dan diberi amanat maka kami pun berangkat ke balai berlepas. Aku pertama kali menaiki AirAsia begitu juga Zali. Teruja? sudah mesti. Banyak juga kedai bebas cukai yang hanya mampu kami melihat sahaja. Tak nak terleka ingat bulan madu ke. Ini kerja la.
En. Ahmad Sayuti memperkenalkan kepada kami pensyarah beliau. Orangnya sudah tua, memiliki wajah seorang berilmu tinggi dan ber fizikal sederhana. Dan si Sayuti ini tanpa rasa malu meminta pada aku satu buku trip perjalanan untuk diberi kepada pensyarahnya. Dah la tinggal satu je. Dia bukan ahli rombongan kita dol.
Pintu telah dibuka dan kami beratur seperti budak sekolah untuk menaiki burung besi. Zali mengira seperti ketua darjah dan Alhamdulillah anak murid seramai 10 orang cukup semuanya. Aku tak terlibat dalam urusan matematik ini kerana aku tak diamanahkan untuk jadi ketua darjah. Aku setiausaha kelas aje, jadi kerja aku buat laporan dan ambik gambar. Tanpa pedulikan orang lain kami mengambil gambar bagai tak mau. Lepas aku Zali. Lepas Zali aku.
Perut burung ini diisi 6 baris kerusi melintang dan 30 baris kerusi memanjang. Aku berada di baris ke 27 sementara Zali baris ke 7. Pemandangan pertama aku dalam perut burug adalah gas sejuk yang berkepul keluar dengan banyaknya dari tepi jendela ke tengah perut. Peliknya. Sampai begitu sekali burung ini mengeluarkan gas sejuk dah rupa peti ais pulak.
Ikutkan posisi aku sepatutnya berada di sebelah jendela. Tetapi si Bambang Pamungkas ini beriya-iya meminta kerusi aku itu dan aku si lembut hati memberinya tanpa banyak soal. Maka berebutlah si Bambang ini dengan kekasihnya si Dian Sastro akan kerusi aku.
Aii.. itu pun nak berebut. Tak pernah naik kapal terbang ke.
Aku hanya duduk di tepi sambil mata melilau melihat gadis berbaju merah menyuruh kris dayanti duduk, menyuruh agnes monika duduk dan Gus Dur duduk. Diorang ni tak pernah naik kapal terbang ke. Mungkin mereka ini biasa naik Garuda pertama kali Air Asia. Samalah dengan aku.
Pramugari seramai 3 orang dan pramugara seorang. Muka memang out. Dengan mata bengkak macam tak cukup tido, rambut kusut dan mekap kelabu buat aku nak muntah. Ini ke pramugari AirAsia. Teruknya. Maka aku bantai tido dalam perjalanan 2 jam. Kadang kala aku terbangun untuk mengisi pelbagai borang dan Bambang pamungkas yang bermuka manis rajin ajak bersembang. Dia menggunakan bahasa Malaysia tulen semasa bersembang. Langsung takde dialeg indon. Dia pun sudah 2 tahun di JB dan inilah pertama kali pulang ke tanahair untuk bercuti selama sebulan. Orang perantauan pasti seronok pulang melihat kambing yang telah beranak, melihat sungai yang telah tercemar dan juga melihat keluarga yang telah besar.
Setelah seliter air liur basi aku tumpahkan di kerusi akhirnya tiba jua di Surabaya. Pemandangan dari atas kelihatan Surabaya adalah kota yang padat. Posisi rumah yang sangat rapat dan lautan sawah yang sangat luas. Setibanya di tanah urusan keluar ke lapangan terbang bukan semudah yang disangka.
Adab beratur tidak diamalkan di sini. Tolak menolak adalah kemestian. Aku rimas. Scanning suhu badan adalah wajib bagi semua penumpang. Zali dah ke hadapan begitu juga yang lain. Aku tertinggal. Zali telah memegang bagasi sementara aku masih beratur. 3 beg sampah itu adalah tanggungjawab kami dan sukarnya membawa beg tersebut tuhan saja yang tahu. Ditambah lagi pihak imigresen meminta kami membuka beg terbesar itu. Terpaksa kami menerangkan hadiah ini untuk bapak walikota Surabaya beserta dengan surat jemputan.
Dengan stroller yang cacat sangat melambatkan kami. Setibanya di tepi jalan kami mencari ahli rombongan lain. Tiada. Aku dah risau. Mana semua orang pergi. Aku dah ke hulu ke hilir. Zali menjaga bagasi.
Rupanya kami hampir ditinggalkan. Semua dah naik bas tinggal kami aje dan bas hampir bertolak. Semuanya pentingkan diri sendiri. Cilaka betul. Kami ni sibuklah menjaga diorang, bila masa kami susah ditinggalkan aje.
Kami jenis tak menyimpan jadi perkara ini kami lupakan.
Kenderaan coaster yang mengambil kami agak selesa dan lokasi pertama kami adalah kawasan banjir lumpur. Perjalanan hampir sejam ke sana. Kawasan banjir lumpur ini kini menjadi tarikan terbaru disana. Kawasan yang diselaputi lumpur saujana mata memandang. Kisahnya kawasan ini adalah sebuah kampung dan didasarnya mengandungi minyak. Maka ada pihak tertentu menggali lubang untuk mengeluarkan minyak. Akibat tiada perancangan dan teknologi maka kawasan yang disangka minyak sebenarnya adalah lubuk lumpur. Maka yang naik ke atas adalah lumpur dan seluruh kampong tenggelam dengan lumpur dan lupus selamanya.
Tebing kawasan ini ditinggikan bagi mengelakkan lumpur mengalir keluar dan suasana sangat menyeramkan kerana menurut informasi lumpur tersebut tidak henti keluar. Kami tidak lama disitu kerana kami mengejar rombongan pertama ke Indah Bordir. Sebuah butik pakaian yang menjual kain batik, telekung, baju dan pelbagai lagi. Kami solat jamak disana. Masa kami tidak panjang kerana perlu bergegas ke hotel untuk check-in.
Hotel Shangri-La Surabaya adalah hotel penginapan kami. Hotel yang berkualiti 5 bintang ini sangat tinggi kawalan keselamatan. Nak masuk lobi pun kena lalu scanning badan. Mungkin arahan pemerintah selepas JW Mariott dibom beberapa tahun yang lalu. Kebetulan pada hari tersebut Presiden Indonesia turut menginap disitu di atas urusan kerja di Surabaya.
Aku dan Zali ditempatkan di bilik 1528. setingkat dengan kami adalah bilik Tuan Mazalan dan isteri. 3 beg sampah mengikut kami sehingga ke bilik dan sesungguhnya bilik kami sangatlah cantik. Pemandangan Surabaya pada waktu malam sangat indah. Kami tak berehat lama kerana 30 minit lagi kami perlu ke rumah rasmi bapak walikota untuk welcoming dinner. Untuk malam ini agak banyak barang yang perlu dibawa ke sana. Maka aku korbankan bagasi aku dan diisi segala cenderamata yang perlu. Setelah menyusun apa yang perlu dibawa dan mandi stakat basahkan badan dan berbaju batik kami terus ke lobi untuk destinasi seterusnya.
Perjalanan tidak jauh tapi suasana bandar pada jam 7 malam sangat sesak. Penunggang motorsikal menguasai jalan. Nisbahnya adalah 1 kereta : 5 motorsikal. Kami agak terkejut kerana usia bandar Surabaya adalah 716 tahun! Waaahhh.. dah tua gila ni. Dan rumah rasmi bapak walikota berdekatan dengan pejabatnya.
Rombongan kami seramai 21 orang disambut mesra oleh pegawai pemerintah disana. Aku terhegeh-hegeh menyeret beg yang berisi cenderamata itu. Dah la bertangga-tangga. Gila susah nak bawak. Diorang ni tak simpati ke. Zali pun tak boleh membantu kerana dia dah disuruh mengambil gambar oleh En. Ahmad Sayuti. Ehh.. kamera ko, suh orang lain ambik gambar ape hal.
Jamuan malam itu dihadiri hampir 50 orang termasuk 8 orang pelajar Malaysia yang belajar di universitas sana. Makan malam agak enak, ada sate. Dah macam kat Malaysia pulak. Tapi yang peliknya satenya guna lidi halus macam lidi penyapu. Naik geli aku nak makan. Makan style buffet bukan hidang. Malam itu diserikan dengan nyanyian oleh penyanyi jemputan dan tarian gelek dimana penarinya memakai pakaian yang agak jarang. Terbeliak mata Sayuti tengok. Ada pengarah yang mengambil video ada ahli majlis yang mengambil gambar tak henti. Malam itu juga diserikan dengan kek harijadi kepada Tuan Mazalan yang ke 51.
Majlis malam itu berakhir pada jam 9 malam. Di Surabaya ini waktu gelapnya adalah pukul 6 petang. Jadi pukul 9 malam tu dah macam tengah malam la di Malaysia. Setibanya di lobi hotel aku, Zali, Sarin dan Asmah kononnya nak buat serbu bilik Tuan Mazalan dengan kek. Berangkat lah kami ke tingkat 15 diiringi seorang bell boy.
Kami berkerumun di depan pintu dan Asmah membunyikan loceng.
Asmah : Macam mana ye lagu birthday tadi?
Sarin : Cam mana ye.. hmm.. bapak tau lagu birthday indonesia.
Bellboy : Apa lagu indonesia.. Indonesiaaa.. Indonesiaaa....
(dan terus menyanyi lagu kebangsaan indon)
Kami tergelak pecah perut
Asmah : ehh.. bukan-bukan.. lagi harijadi..
Belboy : happy birthday to u...
Asmah : bukan-bukan dalam bahasa indonesia (tergelak-gelak lagi)
Belboy : Panjang umurnya.. panjang umurnya...
Kami : haaaaaa.. betul...betul...
2 saat kemudian baru birthday boy bukak pintu dengan berkain pelekat dan baju kemeja yang dikancing 1 butang. Isterinya tak kelihatan mungkin telah digari oleh birthday boy untuk aksi ranjang seterusnya..
Kami : Panjang umurnya.. panjang umurnya...
Birthday boy : Ehh.. syy.. diam..diam.. orang dengar tuu..
dan kami menyanyi sampai habis
Asmah : datuk kami nak masuk ke dalam nak rasa kek
Birthday boy: ehh.. tak payah la esok-esok rasa..
Kami : okkk.. (tergelak-gelak)
Dan kami berpecah dan terus gelak besar sampai ke bilik.
Malam pertama di Surabaya takkan nak terus tido. Jadi kami dah berpakat dengan Sarin nak ke pusat kebugaran (massage) di tingkat 3 hotel. Tapi malangnya operasi stakat pukul 10 malam sahaja. Kami berkeliaran di lobi hotel dan bersembang dengan karyawan disana (kakitangan hotel dipanggil karyawan). Pusat kebugaran di tempat lain juga tutup operasi jam 10 malam. Buntu juga. Badan pun lesu dan kami terus ke bilik untuk berehat sambil menonton tv.
Hotel kami menyediakan 63 buah saluran tv. Saluran indonesia sahaja dah 15 buah dan termasuk juga saluran antarabangsa seperti movie sukan dan berita. Malam itu kami menonton satu kisah sedih bertajuk “Drama reality”. Kisah seorang perempuan muda yang buta kerana menderhaka kepada ibunya. Dan 2 orang hos rancangan itu berusaha mendapatkan alamat tempat tinggal ibu kepada perempuan buta itu.
Rancangan ini sangatlah menarik kerana apa yang terjadi adalah realiti dan aku dah plan nak tengok balik di youtube sepulangnya dari Surabaya ini.
Hari pertama perempuan ini dimaki oleh saudaranya di khalayak sampai jem kawasan itu dan orang penuh berkerumun.
Hari kedua perempuan ini ke kedai dimana maknya pernah bekerja, dimaki juga oleh pekerja kedai itu sampai digelar perempuan buta ini anak haram.
Hari ketiga perempuan ini jumpa balik dengan saudaranya yang hari pertama itu dan kemarahan saudaranya itu memuncak sampai dijirus kopi yang diminum ke sibuta itu.
Alamat yang diminta tetap tak dapat.
Hari keempat si buta ini berjumpa dengan kakaknya dipasar setelah dihubungi (nombor telefon diberi oleh saudaranya yang menjirus. Itu pun setelah didesak oleh hos) dan kakaknya tak mengaku mengenali si buta dan dia lari ke dalam van (teksi) dan hos, si buta dan krew kamera ikut skali berlari ke dalam van tu. Setelah didesak kakaknya yang kerjanya melempang sibuta tanpa henti itu hanya memberi nama kampung.
Hari kelima. Mereka ke kampung dan sibuta berkata jika bapanya bekerja dia biasa memakai topi. Kebetulan orang yang ditegur oleh hos adalah bapak sibuta. Dan sibuta terus menangis meraung memeluk bapanya yang hanya diam dan tidak memandang langsung ke muka sibisu. Bapanya lari dan hos pengejar sampai ke rumah.
“Adakah ibu ini Maria” tanya si hos. Iya benar.
“Adakah gadis ini anak kamu?” tanya lagi. Iya juga benar jawab ibunya tenang.
Dan bermulalah kemuncak cerita dimana sibuta memeluk ibunya sangat erat tanpa dibalas pelukan oleh ibunya. Meraung si buta meminta ampun tanpa henti sampai mencium kaki ibunya dan sibuta menyuruh si hos mengambil air sebesen.
Apabila air itu tiba si buta membasuh kaki ibunya dan meminum air kaki ibunya itu! Si ibu pun sama-sama menangis dan memeluk sibuta. Hos wanita jangan ditanya dah berlinang air mata. Bapa si perempuan dah kesat air mata dan si buta terkam kaki bapanya dan cium kaki dan tapak kaki bapaknya itu. Serius cakap menitik air mata aku menengok kisah ini. Sampai saat aku menulis ini badan aku dah meremang teringat cerita itu.
Inilah kisah yang sangat memberi kesan pada aku kebelakangan ini.
Sekian kisah hari pertama.
FC Barcelona 2 - Manchaster Utd FC 0
Di atas kertas kelebihan banyak berpihak kepada MU. Tanpa tewas dengan mana-mana pasukan Sepanyol. Hebat sangat la. Tetapi apabila dilihat persembahan malam tadi. Kalau aku penyokong MU, boleh bunuh diri la!
Pandangan peribadi aku.
Susunan pemain.
Barcelona - dengan 3 penyerang, midfield dan defend diketuai Puyol memang pasukan terkuat.
MU - C.Ronaldo sebagai penyerang? Percubaan berani. Apa guna Teves dan Bebatov? Jadi susunannya adalah 4-5-1 bukan 4-4-1. Defend dan midfield memang kuat tetapi tidak penyerang
Pertahanan.
Barcelona - Puyol menjalankan tugas cemerlang apabila mengunci C.Ronaldo yang sebenarnya adalah key player MU malam itu. MU seperti mati gerak tanpa C.Ronaldo.
MU - Evra mengawal Messi dan Vidic mengawal Etoo. Gagal dilaksana. Aku tengok Messi senang2 bawak bola sampai ke depan gol tanpa dikawal. Hendry dikawal sepenuhnya dan penyerang Barca bukan 3 tapi 5 dengan Xavi dan Puyol naik sama.
Tengah.
Barcelona - Xavi dan Inesta memang tak dikawal rapi oleh MU dan inesta adalah perancang gol pertama.
MU - bila C.Ronaldo jadi penyerang hanya harapan Park, Carrick dan Captain Giggs saja yang hidup. Tetapi sayang hanya Park yang fungsi. Giggs? Aku tak dengar pengulas sebut nama giggs. Adalah kot masa corner. Carrick pun mati gerak. 2nd half baru nak tukar midfield dengan striker.
Penyerang.
Barcelona - Messi memang tak dikawal. Etoo baru dikawal selepas jaringan pertamanya. Hendry pun dikawal tapi bantuan dari Inesta dan Puyol memang mengkelamkabutkan pertahanan Ferdinand
MU - Rooney dapat 1-2 peluang disesiakan. C.Ronaldo dah dikunci gerak oleh Puyol. 2nd half baru nampak kelibat Teves dan Berbatov sekali dua tapi tak cukup kuat.
Jurulatih.
Barcelona - puh sibuk kehulu kehilir bagi arahan tepi padang dan tak duduk.
MU - hanya duduk sepanjang 90 minit melihat anak buah terkontang kanting sambil kunyah singam.
Keseluruhan.
Barcelona memang kedudukan terbaik dalam semua posisi. Susunan pemain yang betul, sentuhan ajaib Messi sangat menjadi sehingga diulang tayang beberapa kali terutama gol ke 2. Tindakan kurang bijak beberapa pemain MU menghasilkan kad kuning. Marah la ye. Loser memang la cepat marah.. Hahha..
Terimas Pep! Aku akan senyum panjang tahun ini.Tuesday, May 26, 2009
Dia adalah seperti kita
banyak pilihan dan hati tak pernah tipu.
Muka iras david beckham, tapi hati belum tentu baik
Hati yang baik, belum tentu berwajah agnes monika
Dia adalah seperti kita
hati yang cerah terlihat di wajah
hati bau longkang?
keje mana pun
longkang tetap lonkang
rasa macam nak sepak aje
Untung si adik kerana baiknya
dapat teman yang pemurah
rugi si kakak kerana lokeknya
dapat teman yang sama lokek
aku?
Untung jugak kerana ada teman
Jangan di soal kekurangan orang
kelak akan kena diri sendiri
sibuk memaki rambut di pinggan
padahal nasi tinggal sesuap untuk ditelan
apa salahnya menegur
orang tak marah kita tak terkilan
Bila dikenang kisah adik dan kakak
aku sengeh
betulah susunan tuhan
orang baik dapat yang baik
jangan dirisau fizikal pak belalang
pemunya otak kaki temberang
tapi tangkas melawan jembalang
kan senang begitu
tak perlu banyak kesamaan
baik kawen dengan cermin
tak perlu diubah apa yang kekal
nanti ada merana badan
harap kerja sampai ke petang
rupanya MC ditengah hari
hati yang baik menyenangkan semua
tetapi ada juga si cilaka tumpang berak
jangan dirisau hal si celaka itu
yang penting hati baik tetap berterusan
ingat senang nak senang
jadi pemintak sedekah pun susah tau
tak perlu dicari apa yang takde
kelak si suria akan datang jua
membawa cahaya menerangi dunia
membawa harapan setinggi langit
urusan seterusnya tidak semudah abc
tetapi tekad dan usaha pasti ada titiknya
seronok sebenarnya hidup ini
jika kita tau bagaimana nak menghiasi
Thursday, May 21, 2009
Terlibat dalam urusan 40 juta.
Hari yang sibuk dengan pelbagai urusan untuk ke seberang. Terutama hal cenderamata, buku program, pelbagai beg yang nak di bawa, itu, ini.
Leceh.
Bak kata zali,
takpelah jadi kuda pun takpe, yang penting sampai sana.
Berurusan di karangkraf mengambil buku cenderahati, kemudian menukar wang
1 juta = 345 ribu rupiah.
"korg pegi tukar duit 15 ribu ringgit ni jadi rupiah!". Puhh.. Banyak gile tuu.. Macam mana nak bawak sana pulak?
"kita pegang sorang sikit la" jawab bos
ok.
Bila dah tukar sorang bwk 20 juta.
Jutawan beb.. Tapi duit org la
Pelbagai urusan pada malam hari
berkemas, pinjam kamera kat angah, beli barang2 sikit.
Pulang dan tido dalam kelesuan.
Aku pasti esok adalah hari yang penuh keseronokan dan keterujaan.
Selamat datang Surabaya
Selamat tinggal Malaysia
Aku pasti rindu bangat sama keluarga
Tuesday, May 19, 2009
Akan ke Surabaya dalam 48 jam lagi
Aku : Hello!
Bos : Ajua, nak pegi Surabaya tak? Ada satu kosong lagi?
Aku : Emm.. bole jugak..
dan hati terus berbunga
kisah seterusnya adalah sejarah..
Info yang aku tau setakat ini.
1. Pegi 21 Mei Khamis balik 24 Mei Ahad
2. Naik Airasia dan semuanya FREEE...
3. Rombongan seramai 21 termasuk aku
4. Matawang RM10 = 30 ribu rupiah
5. Hotel Shangri-la
6. Tempat yang akan dilawati
. Kediaman Dinas Walikota
. Dinas Cipta Karya & Tata Ruang
. House of Sampoerna (Gudang rokok beb)
. Masjid Sunan Ampel
. Kecamatan Jambangan (ape benda nii..)
. Masjid Al-Akhbar
. Perumahan elit Citraraya
. Golden Pharos
. Taman Bungkul dan Flora
. Tunjungan Plaza (shopping mall terbesar di Surabaya)
. Majapahit Travel Fair
. Monumen Kapal Selam
7. Ni lawatan rasmi, bukan gi honeymoon.
8. Dress code ---> protokol mauttt..
Malam ini dan esok adalah hari persiapan. Duit tak tukar lagi.
Banyak benda nak pikir.
Tunggu cerita Surabaya minggu depan.
Monday, May 18, 2009
petang yang sengal
Sunyi. Waktu untuk pulang.
5.31 petang
Zali dah tutup pc.
Malam dia ini nak ke kedah.
Water rafting di sungai sedim.
5.32 petang
Aku pun nak pulang.
Mengambil si kecil sambil bersiar
melihat matahari terbenam.
5.33 petang
Tebal datang dengan wajah muram
"Ko cari gambar Surabaya"
Aku kan nak balik ni, isnin jelah.
Tapi yang terkeluar "ok!"
dan akhirnya...
Aku pulang jam 11.30 malam
selepas siap cetakkan yang terkini
selepas ke rumah bos Tebal menghantar sampul
selepas melihat sayu zali & apus pegi rafting
dan
selepas hati yang panas kembali sejuk
Friday, May 15, 2009
Warna cerah dan gelap
Malam yg sunyi blom tentu menenangkan
siang yg panas blom tentu memedihkan
kadang kala kita rasa ok
hidup mmg la begitu bang
kereta yang berkilat blom tentu cantik enginnya
muka yg cantek hati yang hitam
mana sesuai dengan pekebun dengan kapaknya
kapak emas yang diberi kapak tumpul yg diminta
adat org memang begitu
bahasa yang cantik makna yg menikam
kau kata aku betul, tapi semua kata aku salah
aku tanye si hati
emm.. betullah aku salah.
Sori.
Si sufi selalu berpesan
tinggalkan dunia dan ia akan mengejar
susah hidup melawan
tak dapat laut, buih pun bole
apa kisah orang cakap
kadang kala hati sakit gak
hati sejuk bila si sufi mula bersuara
nyawa aku selalu melayang
di rumah paling lama menumpang
begitu juga dua hati yang lain
selalu teringin untuk bertemu
bergurau dan ketawa tanpa jemu
kadang kala ikan pun cemburu juga
iyelah dia takde kawan untuk bercumbu
tapi aku selalu di hatinya
berkata di bibir si cacing yang diminta
hidup ni penuh duri, selalu terluka di hati
aku sedih gak ada yg terasa
niat aku tak sekejam mustafa ataturk
pupuskan satu bangsa yang damai
aku berkata dari hati
untuk luahkan keinginan dan kegembiraan
tapi tak semua orang suka
ada hati yang terluka
pedihnya bagai tiada sudah
kelu hati batu
sebab aku tau hari esok
takkan sama seperti hari ni
tuhan kan lebih tau
Dia penyebab semua yang berlaku
menyusun hidup penuh liku
aku suka begitu
ada warna cerah dan gelap
kerana aku tau yang terbaik
mmg telah ditentukan begitu dari dulu
Thursday, May 14, 2009
Si badut yang memiliki kedai makan
mengenai si badut yang memiliki rangkaian makanan
Kedainya merata, makanannya pelbagai
Semua sedap, masakannya segera
Tetapi sayang..
Banyak yang terlalu masin
Banyak yang terlalu manis
Wahai si badut yang memiliki kedai makan
katanya kau bersekutu dengan si syaitan
yang menikam hati para pahlawan
tangisi si kecil tidak hiraukan
Aku sedari hal yang demikian
si badut ketawa sambil tangan didepakan
memaut segala sahabat dengan senyuman
menyapa ramah penuh pujian
sedangkan di belakang
senjata bersusun peluru bertaburan
Semua menyedari hal ini
roti yang dimasak berinti daging sangat sedap sekali
bila dimakan bersama kentang bersos cili
air hitam berbuih dingin dirasai
Sedapnya..
apetah lagi bila kawan belanja..
Aku tak gemar makan di kedai si badut
kerana banyak garam dan gula
aku tanak kerat di kaki
di usia muda masalah ini tak jumpa
di hari tua tanggung derita
aku tanak ajar si matahari makan di situ
kerana segala sakit bermula dari situ
banyak pilihan di keliling
harap si matahari tidak kerap menggeleng
Syukran Ya Fariduddin Attar
Berkisarkan kisah 62 orang para wali yang sangat tinggi ilmunya.
Kitabnya tidak terlalu tebal tetapi ilmu yang dikisahkan sangat menarik.
Penjagaan kitab ini juga sangat tinggi berbanding koleksi yang lain.
1. Takut hilang
2. Takut rosak
Aku sangat terpengaruh dan teruja setiap kali membacanya
dan kehidupan aku hampir berubah banyak kerana kitab ini.
Attar mengumpulkan kisah para wali; mulai dari
Hasan Al-Bashri sufi pertama hingga Bayazid Al-Busthami.
Dari Rabiah Al-Adawiah sampai Dzunnun Al-Mishri.
Fariduddin dijuluki Attar (penjual wangian), kerana sebelum menjadi sufi ia memiliki hampir semua kedai ubat di Mashhad, Iran. Dahulu, orang yang menjadi ahli farmasi juga sekaligus menjadi penjual wewangian. Sebagai pemilik toko farmasi, Attar terkenal kaya raya.
Sampai suatu hari, datanglah seorang lelaki tua yang fakir.
Lelaki itu bertanya :
"Dapatkah kau tentukan bila kau meninggal dunia?"
"Tidak," jawab Attar kebingungan.
"Aku dapat!" ucap lelaki tua itu.
"Saksikan di hadapanmu bahawa aku akan mati sekarang juga."
Saat itu juga lelaki renta itu terjatuh dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Attar terkejut. Ia berpikir tentang seluruh kekayaan dan maut yang mengancamnya. Ia ingin sampai pada kedudukan seperti lelaki tua itu; mengetahui bila ajal akan menjemput. Attar lalu meninggalkan seluruh pekerjaannya dan belajar kepada guru-guru yang tidak diketahui.
ia disusun tertib dan menjadi kitab ilmiah yang menjadi rujukan kini.
Syukran Ya Fariduddin Attar
Wednesday, May 13, 2009
Reunion penuh girang

Setelah 14 tahun tidak bersua. Akhirnya pada 9 mei yang lalu di Lake View Petaling Jaya, diadakan reunion bekas pelajar skolah aku SMVSA (kini SMTSA).
Diatur sebegitu baik oleh Fiza dan dihadiri seramai 46 bekas pelajar asrama dan 2 guru. Cikgu Kamarudzaman (warden blok A) dan Adzib (Guru disiplin). Aku sangat berpuas hati dengan reunion pertama ini. 14 tahun tak jumpa.
Tetapi fizikal, peel dan muka kebanyakkanya hampir tidak berubah.
Serupa.
Termasuk aku. Siap dikhabarkan "Ko baru keluar sekolah ke?" hehe.. see.. kan sama.
Pertemuan ini banyak berkisar tentang kerja. Ceritera lama. Apatah lagi bila dikisahkan kembali zaman memanjat pagar sekolah untuk membeli makanan (runner). Kantoi rokok di dorm. Buli membasuh baju. Makan megi dalam baldi. Spirit of the coin.
Kisah yang sangat indah. Kami ketawa tak henti-henti.
Seakan mau diputar semula zaman itu.
Makan di sana sangat sedap tetapi sayang tidak disediakan microphone.
Jadi bila berucap kena semua diam. Tak manis menyuruh orang diam
tetapi begitulah situasi bila sahabat lama berjumpa. Sembang tak henti.
Aku peratikan ramai yang sudah berjaya.
Nik pakai BMW 3 series baru. Kerja bank je.
Ziyadi pun BMW 3 series. Tutor UiTM.
MS dan Faizal engineer baru balik dari seberang laut.
PakNgah dulu gengster skolah. Kini bonzer kelab malam.
Rashid muka dah cam steven seagal. Kerja tarik keta orang.
Giant ambik SPM 2 kali. Sekarang motivator MAS.
Padil katil bawah aku. Peniaga pasar malam.
Wak suhaimizan. Kontraktor kelas F.
Wak fairuz dulu baik kini semakin baik. Kopiyah tak lekang.
Ramlee dulu keras kini dah lembut. Rambut kaler beb.
Amir dulu gila nike ardila kini dah jadi Haji Amir.
dan tak lupa
Dulu semua bujang kini hampir semua dah berkahwin.
Kebanyakkan datang membawa keluarga bersama.
Aku bertiga, bersama bintang dan matahari.
paling ramai...
Ziyadi membawa 3 prebet tentera.
Aku paling terkejut bila Shukor datang.
dari Utara menaiki AirAsia.
Terima kasih pada semua
harap tali yang disambung ini tak putus kembali
malah bertambah kuat
Friday, May 08, 2009
Mei bulan penuh bingung
Bulan yang penuh bingung.
Saban tahun inilah bulan paling menggerunkan bagi diri aku. Kerana perbelanjaan terbesar dalam satu tahun akan menunggu di bulan ini.
Insuren dan Road Tax.
Kebingungan tahun ini lebih mencengkam. Kerana pelbagai hal lain turut tumpang sama.
Kereta rosak.
Setelah dihitung. Perbelanjaan kasar untuk semua kebingungan termasuk bil-bil yang telah dijelaskan dan perbelanjaan dapur melebihi 3k. Pendapatan aku bulan ini sebenarnya telah negative.
Bulan ini sangat membingungkan. Aku dah mati.
Perlu ke aku malukan diri ke orang lain minta loan. Oh tidak! Itu bukan aku.
Perlu ke aku bercerita minta belas pada Tomok yang telah jadi jutawan.
Tomok kenal aku ke?
Atau merancang satu rompakan bank yang terbesar dalam sejarah Malaysia di mana akulah de facto yang akan menggelapkan dan membunuh pakgat yang melawan
Aku takkan buat semua itu.
Fikir dan fikir.
Hmm...
Mentol 100watt telah menyala di kepala.
Sikap aku yang gemar menabung adalah nyawa yang ke dua. Yang pertama telah mati minggu lepas. Potongan gaji ke ASB bagaikan bantuan oksigen pada aku. Sangat lega dan sangat bersyukur.
Semuanya telah beres.
Sebenarnya kewangan aku jarang meleset. Walaupun aku dah nazak dan mati. Aku masih mampu belanja orang makan, masih mampu membeli seluar baru dan mampu makan di kedai berhawa dingin.
Rahsianya adalah bersedekah dan memberi ibu wang belanja setiap bulan. Tanpa putus. Itulah patinya. Selagi kita mampu memberi orang sesuatu. Tuhan akan ganti balik.
Itu janji tuhan.
Semua orang percaya janji itu
dan aku antaranya.
Terima kasih Tuhan kerana aku tak perlu merompak bank dan memalukan diri jadi seorang peminta-minta
Si kecil berwajah manis
Matanya memandang tepat seolah ayahnya tidak akan pulang-pulang lagi dan mood untuk aku pergi kerja terus terbang.
Itulah penangan si kecil. Bila dia tersenyum, seolah hilang duka 1000 hari. Bila dia ketawa, bagai terhenti dunia dengan segala cakerawalanya.
Hati aku sentiasa mati bila melihat wajah dia.
Kesibukan diri di siang hari sangat meletihkan. Di tambah pula tekanan demi tekanan. Tetapi itulah yang aku pilih. Tak suka berenti.
Dunia design sangat unik. Mencipta apa yang tiada.
Dunia design sangat pelik. Hanya orang yang di dalamnya sahaja yang merasa.
Kelulusan maha tinggi, ilmu sangat sakti, stylo berseni.
Tak guna. Kerana pengalaman yang mengasingkan kau bagus atau tak.
Tekanan kerja pada penggal ke dua sangat tinggi.
Emosi sering terganggu. Tetapi aku jarang buntu.
Kerana si pengalaman rajin mengetuk dahi.
Tidak semua faham situasi tekanan sebegini.
Hanya yang berjiwa satria dan semangat si wira yang mampu berdiri
setelah ketahanan emosi teruji.
Thursday, May 07, 2009
Masa ke depan otak ke belakang
segala yang disampingnya lupus dan hilang.
Itulah keturunan Hang Tuah harini.
Diajar oleh atas diturut oleh bawah. Apabila mata telah melihat keluar. Negara orang.
Si besar membantu si kecil. Si gagah menyapa si lemah. Indahnya saat tu. Kita tak kenal dan kita takkan jumpa lagi. Tapi tangannya tetap dihulur dengan senyum di bibir.
Orang kristian... camni la.
Tetapi di negaraku tidak. Hanya... Raja kitaaa.. selamat di tahtaa..!!!
Kehormatan hilang, saudara dibenci, keluarga dibuang, kawan lari
kerana mengejar kertas sehelai yang dinilai tinggi
Peduli apa tentang bangsa
aku nak pakai ferarri
Peduli ape tentang kawan
aku susah dia ada tolong?
Aku nak pakai Bently
Makan pagi di Sydney
Aku tanak berlari
Kerna aku boleh beli kuli
Aku kan ada duit
Apa peduli saudara mati
Kita tak peduli perihal jiran
anak dicolek sampai sekarang tak dapat dikesan
Kita membantu si fakir dengan harapan dia tidak kesusahan
Duit dihulur haramjadah lain yang telan
Itulah yang dilaung
rakyat idup bersatu dan maju
Nama di kad mengalahkan ulama besar
tetapi peel.. alamak...
Jangan dipandang nama yang hebat
jika hatinya tidak keras
Jangan dipanggil bangsa yang maju
jika dalamnya penuh dengan lembu
Keadaan kini semakin parah
kerana dunia dah berubah
si raja menangguk habis semua madu
meninggalkan sarang yang hancur kepada si ratu
Kritikal.
Namun masih ada si belas
yang sentiasa menghulur tanpa minta dibalas
Wednesday, May 06, 2009
Utamakan yang Utama
Terutama kepada mereka yang penuh tanggungjawab.
Kita nak penuhi permintaan semua orang.
dan akhirnya kita kepenatan.
Kita mahu dihargai
dengan segala usaha yang kita lakukan.
Kita mahu kejar semua benda
dengan harapan usaha menjadi jaya.
Apabila yang diharap tinggal harapan
dan kepenatan menguasai diri
perasaan duka dan hampa
menguasai otak, hati dan jiwa
maka itulah yang disebut
pengalaman
Utamakan yang utama
agar usaha tidak sia
utamakan yang penting
supaya keadaan tidak genting
utamakan yang memerlukan
pengorbanan itu dapat balasan
dan
utamakan yang di Atas
kerana Dia lebih berbelas
susun jadualmu kemas-kemas
agar tidak siapa yang terlepas
susun katamu manis dan bernas
agar tiada siapa yang terasa pedas
Monday, May 04, 2009
kisah penjual kereta
Jika yang bertanya seorang cina
Berapa laju bole pegi ini kereta?
Jika yang bertanya seorang melayu
Berapa bole save minyak pakai keta ni?
Jika yang bertanya seorang india
Berapa bole masuk (muat) kereta ni?
Pertanyaan ni adalah soalan lazim bagi kebanyakkan orang mengikut bangsa.
Nak tergelak pun ada. Tapi inilah realiti kita.