Friday, May 08, 2009

Si kecil berwajah manis

Baru tadi berjumpa si kecil. Setelah seharian terbayang. Setiap pagi aku menghantar dia ke asrama nenek. Dan setiap pagilah dia melambai dengan tangan kiri sambil memeluk erat bantal merah di kanan. Didukung oleh nenek.

Matanya memandang tepat seolah ayahnya tidak akan pulang-pulang lagi dan mood untuk aku pergi kerja terus terbang.

Itulah penangan si kecil. Bila dia tersenyum, seolah hilang duka 1000 hari. Bila dia ketawa, bagai terhenti dunia dengan segala cakerawalanya.

Hati aku sentiasa mati bila melihat wajah dia.

Kesibukan diri di siang hari sangat meletihkan. Di tambah pula tekanan demi tekanan. Tetapi itulah yang aku pilih. Tak suka berenti.

Dunia design sangat unik. Mencipta apa yang tiada.
Dunia design sangat pelik. Hanya orang yang di dalamnya sahaja yang merasa.

Kelulusan maha tinggi, ilmu sangat sakti, stylo berseni.
Tak guna. Kerana pengalaman yang mengasingkan kau bagus atau tak.

Tekanan kerja pada penggal ke dua sangat tinggi.
Emosi sering terganggu. Tetapi aku jarang buntu.

Kerana si pengalaman rajin mengetuk dahi.

Tidak semua faham situasi tekanan sebegini.
Hanya yang berjiwa satria dan semangat si wira yang mampu berdiri
setelah ketahanan emosi teruji.

No comments: