Tuesday, April 07, 2009

maklumat tambahan tentang cold coast trip

gua banyak terima pertanyaan di kalangan para pengembara yang nak ke Gold Coast Australia mengenai macam-macam hal.

visa, makanan, ape best, kos dan pelbagai.

kebetulan pulak gua ni memang kaki gogel. semua benda gua gogel masa nak pergi sana dulu. gua kumpul segala info dalam satu kitab dan sekarang kitab purba tu gua dah kasi bukak! jadi disini gua cerita apa yang gua tau dan lu orang patut tau jugak.

info yang gua bagi ni berdasarkan kitab yang bertarikh 28 mac 2009. jadi segala nombor telefon, tempat menarik dan harga mungkin sama lagi.

travel agen
perjalanan gua disana diuruskan sepenuhnya oleh malaysian harmony tour & travel sdn bhd. 03-21425227. lu bole cakap ngan carol. amoi cun dan manis seperti gula-gula getah alex ferguson.

perjalanan gua di sana.
1. pengangkutan dari brisbane airport ke gold coast.
2. dari hotel gua di courtyard marriott ke warner bros movie world
3. pengangkutan balik dari courtyard marriott ke brisbane int. airport
diuruskan oleh gold coast holiday tours +61 (7) 5504 6300 (masa pejabat)

sepanjang gua berurusan dengan syarikat ni diorang memang on time. lu kena tunggu 10 minit awal. mat saleh ni lain sikit. on time memanjang. macam kes gua dulu, kelam kabut sarapan kat hotel dan tunggu 10 minit awal. tapi mamat driver tu dah sampai lagi awal dari gua. jadi nak sedap, lu standby 15 minit awal. transit dan bas yang diorang guna jenis baru. bukan jenis prebet sapu sabak bernam punya.

pengangkutan bas kat sana sangat tepat. setiap perhentian bas ada jadual rutin bas. pergi mana pukul bapa semua tepat. tambang sekitar AUD2 seorang jika nak ke shopping mall berdekatan (pasific fair)

hotel
hotel yang gua duduk courtyart mariott +61(7) 5579 3499 bukan hotel atas kedai jenis rumah tumpangan ah chong punye. kalau lu gogel hotel 5 bintang ni ada 36 tingkat dengan lebih 400 bilik. kos semalam lebih kurang RM350. bawah hotel ada hard rock cafe. pengalaman gua 4 hari di hotel ni memang terbaik. sarapan pagi banyak yang lu boleh bedal. dia ada gak masak daging-daging elakkan. ada skali dia masak cendawan goreng. baunya pelik. baik lu jangan usik sebab gua syak dia pakai minyak 'spesel'.

kalau lu dari coolangatta epot (airasia) lu boleh naik bas dengan tambang AUD15 sehala. dalam bas lu cakap "surfer paradise, mike!". kalau naik teksi AUD50 lu suh dia menghala ke hard rock cafe surfer paradise kalau dia tak tau courtyard mariott kat mana. tapi setau gua hotel ni semua orang kenal.

visa
gua dikenakan RM30 seorang untuk visa dan boleh mohon online www.eta.immi.gov.au mungkin sebulan sebelum ke australia dan visa tu sah untuk 6 bulan.

megi bole lepas tak?
jawapan gua : lepas. selagi megi tu tak koyak. di dalam penerbangan tu nanti lu disuruh mengisi satu borang declare. dan borang tu kena tunjuk kat imegresen sebelum lu dapat masuk mana-mana epot kat australia.

kalau lu tanak ada masalah di epot nak kena jawab itu ini dan merosakkan mood berjalan sebaiknya lu elakkan dari bawak;
1. buah-buahan dan sayur mentah
2. susu, telo, cheese
3. makanan mentah tak bertin seperti ayam, ikan, hotdog. kat sana bole beli.
4. kacang, benih atau pokok hidup.
5. bawak ayam atau itik seludup dalam beg. sori tak lepas.

selain dari itu,
megi bungkus, megi kap, sardin, milo peket, biskut marie semua lepas dengan syarat lu jangan bukak pastik bungkus tu. kalau beli megi yang 5 pek tu (yang dah bungkus jadi 1 pek) jangan nak gatal cerai-ceraikan megi tu. biar dia sebungkus macam tu.

sapa bawak susu budak. pastikan tin yang baru yang belum bukak. istimewa sapa yang bawak budak kecik. air mineral 500 ml, susu yang dah buat semua dalam botol, bole bawak masuk flight. sapa yang berbelah bagi nak bawak stroller sbb takut berat. jangan risau. lu sorong je stroller tu sampai depan pintu kapal terbang. nanti pramugari yang cun dan seksi akan simpankan stroller lu tu kat tempat khas. jangan simpan stroller sebagai bagasi. nanti patah satu hal. bawak je naik.

satu gua pesan. kalau lu bawak 2-3 beg tarik. asingkan beg makanan dengan beg baju. bila nak check nanti senang. takdelah dia check semua beg. jadi suruh sorang (ayah, ketua backpacker ke) yang akan pegang beg tu. kalau sangkut biar dia je kena. lu orang lain bole enjoy kat golkos.. haha.. gurau. jadi masa nak isi declare card tu hanya orang bawak makanan je yang tandakan pangkah untuk ruang makanan. orang lain tak payah.

lagi satu nak cakap kat epot tu ada anjing pengesan. kecik je. jenis anjing paris hilton tapi memanjat belakang woo.. gua dah kena sekali. dia memang cari bau makanan punya. jadi sapa bawak beg makanan stanby... hohoo.. seram bila teringat...

gold coast australia.
ok cerita sikit pasal golkos. ia adalah bandar ke enam terbesar di australia dengan penduduk seramai 500 ribu. purata suhu adalah 19-29 darjah pada musim panas dan 9-21 darjah pada musim sejuk. sapa biasa cuaca eropah sini pelik sikit. musim sejuk bulan jun hingga ogos dan musim panas bulan disember. tak usah mimpi jumpe santa janggut kat australia. kalau ada pun dia pakai seluar pendek dengan singlet. silap-silap janggut pun takde. panas woo bulan 12.

golkos adalah sebuah bandar percutian. macam-macam pakej ada. lu jalan-jalan disekitar hotel yang lu duduk pun mesti jumpe. tarikan utama disini adalah taman temanya. kalah malaysia singapura beb. serius.

dreamworld
- banyak permainan pusing-pusing sampai muntah punya. tak sesuai untuk budak kecik.

warner bros movie world
- bergambar dengan batman, shreck, twiety dan ada permainan famili.

wet n wild
- ni main air punya. memang ramai orang masa cuti.

sea world
- pertunjukan dolfin, ikan lumba-lumba, tengok jerung. hari-hari ada show.

currumblin wildlife sanctuary
- zoo la ni. jumpa kangaroo ke, kola bear yang busuk tu sini la.

ni antara tempat yang orang malaysia mesti pegi. asal tengok tivi. michele melodi tu ke, artis af ke, pengacara tv9 ke mesti pergi sini. sebenarnya banyak tempat lain. berpuluh-puluh pun. boleh pergi kat www.verygc.com maklumat yang gua ada banyak dalam bentuk risalah yang gua rembat kat hotel dulu. kalau ada duit lebih bole layan

1. skydive +61 (2) 6684 1323
- terjun dari ketinggian 14 ribu kaki. terbang bebas selama seminit sebelum payung terjun keluar. harga AUD299

2. terbang dengan belon udara panas +61 (7) 55782244
- dapat sijil lagi beb.

3. melepak kat carrara market +61 (7) 5579 9388
- lebih kurang uptown. dibuka ahad je. lebih 500 gerai terbuka.

4. tour satu hari untuk pelbagai aktiviti
- bole lawat www.hinterlandtour.com.au +61 (7) 5531 5536

cara hidup orang australia ni lain dari kita. macam kita hari-hari kerja. malam atau hujung minggu lepak. kat sana lain. diorang rilek memanjang. kekadang orang australia lebih eksited bercuti dari kita. hari biasa pun penuh je taman tema. jadi memang berbaloi sangat kalau bercuti kat sana.

ada juga yang bertanya bab sewa kereta. gua tak pernah buat jadi tak tau. ada jugak kawan yang booking dari malaysia dan ambik kereta kat epot. satu disiplin orang berkereta adalah satu kerusi untuk satu orang. bayi pun tak bole riba-riba macam kat sini. kena bagi baby seat. kalau datang berenam. sewalah MPV. jangan carik pasal kat negara orang. kedutaan malaysia jauh ni perth sana.

kos makanan kat sana lebih kurang duduk KL.
kat KL nasi campur dengan sirap limau bole cecah RM6-7 ringgit. kat sana pun sama tapi dalam dollar la AUD6-7. air mineral AUD2-3. masa gua pegi, hotel, kapal terbang dah sponser jadi gua bawak duit poket je. habis-habis dalam RM5ribu gak. dengan makan, jalan, baju ragbi, cenderamata untuk orang. kalau lu pegi backpacker jangan risau. lu bawak RM2-3ribu pun lepas duk sana seminggu dua.

selamat bercuti.

Monday, April 06, 2009

Bercuti di Gold Coast Australia - Hari Terakhir

Rabu 1 April 2009
Aku bangun seawal pukul 7 pagi untuk membasuh baju. Gosok gigi, bawak 2 plastik besar baju kotor terus ke tingkat 5 gi membasuh pakai mesin basuh berbayar. Malam semalam aku dah siap tukar duit kecik kat front desk.

Aturan untuk membasuh mula-mula kena beli sabun serbuk kat mesin sabun serbuk. Harga 2 dollar. Masukkan baju ke dalam mesin, masukkan sabun dan duit siling 4 dollar. 30 minit kemudian siap membasuh dan masukkan baju tu ke mesin pengering pulak dan syiling 4 dollar lagi. Masa adalah 40 minit. Sebenarnya mesin penyering tu takdelah kering sangat still lembab lagi. Kitorang siap jemur lagi baju yang tak berapa kering kat bilik. Kemudian pergi sarapan pagi. Memandangkan sarapan pagi ni adalah yang terakhir, jadi kami makan lama sikit.

Naik bilik kemas barang siap-siap, call driver untuk pick-up kami dari hotel pukul 8 malam karang. Dalam kul 11.15 kitorang check out. Simpan beg kat concierge dan kami berjalan-jalan untuk saat-saat di hari terakhir disini. Destinasi pertama adalah supermarket. Untuk beli susu Marissa yang kehabisan. Kat sini susu jenama S26 aje yang banyak. Nasib baik kami jumpe susu S26 yang ready to drink, tak payah bancuh-bancuh. Macam air milo. Sempoi je. Terus beli 3 (AUS6) try bagi kat marissa dia tak menolak dan kami beli lagi 3.

Kemudian kami berjalan dan berjalan dan berjalan. Duit cash kami tinggal AUD12 je. Jadi kalau nak membeli barang pakai kad kredit je. Kami berjalan kat Centro dan membeli ice cream kat kedai Royal Copenhagen. Ice cream kat kedai ni dia buat sendiri. Kon dia pun dia masak kat situ. Setiap hari kami mesti bau kon yang tengah dimasak dari beranda bilik hotel. Sangatlah sedap. Jadi kami pun belilah satu. Harga AUD6.30. masa tengah makan ice cream lalulah 2 orang melayu kat depan kami. Dia pandang kami 2-3 kali. Skali dia tanya dari Malaysia ke? Aku cakap ak ah. Terus cakap melayu. Diorang ada seminar kat situ sampai Jumaat. Baru kelmarin sampai. Kami berjalan di kedai-kedai untuk kali terakhir. Bini aku borong hand beg lagi. Aku beli magnet. Barangan cenderamata terakhir dari aku.

Makan tengah hari kami di Nandos. Saja nak cuba nandos sana. Kedainya kecik je tapi meja sentiasa penuh. Nandos kat sana tak macam kat Malaysia. Kalu kat Malaysia kita duduk dan baru order. Nandos kat sini order di kaunter macam Mcdonald. Bini aku order Tender Rice dan aku quarter chicken. Dia hidang bersama nasi atau kentang. Aku rasa order dengan kentang tapi sampai nasi. Mungkin ‘frice’ dan ‘rice’ sama kot bunyinya. Harga pun tak mahal sangat dalam AUD21.90. Tolong ye jangan convert ke ringgit bila di sini. Kalau kita convert memang tak makan tak bershopping la. Kat sini mahal… kami kira untuk makanan saja dalam AUD10 seorang sekali makan. Makan pagi dah lepas kat hotel. Makan tengahari dan malam. Jadi lebih kurang AUD20 atau RM52 itu paling murah dan cikai. Berjalan tepi pantai Surfer Paradise dan ternampak sekeluarga orang melayu tengah nak lintas jalan. Diorang dari Putrajaya. Minta diorang tolong ambik gambar kami dan kami pun berjalan di sepanjang pesisir pantai.

Setiap hari Rabu dan Jumaat ada pasar malam di pesisir pantai Surfer Paradise ni. Banyak jugak barangan cenderamata, poskad, magnet, lukisan karikatur, baju yang dijual di sini. Kedainya pun tak lah banyak sangat. Ada dalam 20-30 buah. Tak macam kat bazarena Stadium Malawati yang mencecah ratusan kedai. Kami pun tak lama di pantai kerana kami nak mandi dan bersiap kerana driver akan ambik pukul 8 malam.

Memandangkan kami dah check out. Pihak hotel memberi kami access ke tingkat 5 untuk mandi. Tingkat lima adalah tingkat rekreasi dimana gym, laundry, pool, massage room disediakan. Kami mandi pukul 6 petang. Kalau kat sini 6 petang dah gelap macam pukul 8 malam. Ambik beg kat concierge hantar access card kat front desk dan kami melepak kat lobi hotel sampai driver kami ambik tepat pukul 8 malam.

Rasa sedih jugak la nak meninggalkan bandar Gold Coast yang banyak sangat kenangan yang best-best. Rasa cam nak menangis pun ada. Seperti kata bini aku, entah bila la kita nak sampai sini lagi. Perjalanan kami ke Brisbane International Airport mengambil masa sejam melalui lebuhraya. Sampainya ke airport, driver kami pun cam sedih gak siap cakap call dia kalau nak kesini. Nanti dia ambikan.

Driver blah je kami mencari kaunter tiket Malaysia Airline. Bila kita sentiasa berada di tempat yang baru, mesti mata nak memandang keliling. Oo.. macam ni rupanya. Oo.. kat sini tempatnya.. ooo.. kat sini kaunternya.. oo.. best la. Negara diorang moden jadi benda-benda kecik seperti sampah, senyuman, teguran sangat di titik beratkan.

Balai berlepasnya seakan KLIA. Susunan kaunter check in pun lebih kurang KLIA. Kami berjalan sampai nampak logo Malaysia Airline kat skrin atas setiap kaunter check-in. Ingatkan ada staff MAS dari Malaysia yang check in kan. Rupanya orang sini jugak. Memandangkan kami ada masalah seat seperti sebelum ini. Jadi kena terangkan jugak la masalah kami tu di kanter dalam bahasa inggeris. Dan dia boleh tolong uruskan. Penguasaan bahasa inggeris kami pun semakin baik sepanjang disini. Dari asalnya seperti ayam dan itik. Makin baik dan makin baik. Sampai tahap aku boleh bergayut dengan mat saleh dalam telefon masa reconfirm driver untuk pengangkutan ke airport.

Boarding time ada lagi 1 jam. Perut pun lapar, jadi kami pun meninjau ninjaulah kedai makan kalau ada yang bersesuaian di sana. Setiap kedai makan ada ham, bacon, pox. Hmm.. kensel la nak makan. Kitorang beli snack je. Kami terus ke balai berlepas antarabangsa dan pemeriksaan kastam. Macam biaselah, laptop kena keluarkan dari beg dan taruk dalam tray, barang-barang dalam poket seperti syiling, wallet, kamera pun kena taruk dalam tray berasingan untuk laluan body scanner. Dalam beg kami ada 3 kotak air susu ready to drink yang setiap satunya 250ml. Dah la maksimum barang berliquid hanya 80ml sahaja dibenarkan. Cuak gak. bila Tanya orang kastam dia kata baby food takpe. Puh lega.. senang jugak bawa bayi ni segala-galanya lepas. Masa menunggu pintu kaunter 78 dibuka. Bini aku bersembang dengan sorang budak cina Malaysia duduk kat PJ yang bekerja di Brisbane. Memang syok ceritanya. Dia balik ke Malaysia sebab nak tengok family. Aku pulak bersembang dengan satu family dari Wangsa Maju yang bercuti 12 hari ke Brisbane dan Sydney. Puh.. lagi gile best. Beratur untuk masuk ke dalam kapal terbang dapat masuk awal. Tak kiralah ko dato’ ke, orang besar ke, tan sri ke, business class ke, kalau bab masuk kapal terbang ni bayi di dahulukan.

Flight balik adalah pada pukul 11.20 waktu tempatan dan perjalanan balik ini mengambil masa 8 jam. Sama seperti pergi hari tu. Tapi memandangkan perbezaan masa 2-3 jam. Jadi waktu sampai ke Malaysia adalah pada pukul 5.15 pagi. Aku pun takut nak melalui pemeriksaan kastam sebab aku ada bawak majalah Playboy. Takut kena rampas. Tapi bila lalu je kat kastam, abang-abang kastam suruh lalu jalan yang takde pemeriksaan. Agaknya sebab kita warganegara kot. Lagipun kitorang bawak bayi. Puh.. lepas. Tunggu parents ambik pukul 5.30 dan kami balik ke Shah Alam. Dalam kereta, bapak aku cerita PakLah baru letakkan jawatan semalam dan esok adalah hari pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-6. Najib si bibir merah. Pastu cerita politik. Kat Australia jangan harap ada cerita politik, surat khabar sana lebih kepada cerita pasai komuniti, masyarakat, bagaimana nak selesaikan isu semasa. Politik? Sorry! Rakyat sana lebih gemar bercuti dan bekerja tetapi rileks dan bab memajukan Negara diserahkan kepada pemimpin. Dan yang lagi best, menurut berita di tv sana, penganggur pun dapat elaun beribu-ribu setahun. Malaysia. Ni yang rasa nak migrate ke negara orang nih.

Inilah kenangan percutian paling menarik pernah kami alami sepanjang hidup. Untuk beberapa bulan seterusnya adalah masa untuk berehat dan nantikan trip kami ke Europe tahun depan. Wahhhh… bestnye..


Jika nak melihat gambar boleh klik di sini
http://www.flickr.com/photos/eiyoei/sets/72157616355731029/

Bercuti di Gold Coast Australia - HARI KE EMPAT

Selasa, 31 Mac 2009
Rutin pagi seperti biasa. Mandi, sarapan pukul 9 dan naik bilik untuk bersiap. Tujuan kami hari ini adalah ke Pasific Fair. Hari ni aku berjalan pakai seluar pendek je. Style orang sini. Sebab tak tau nak ke sana, jadi kami tanyelah kat front desk. Dia pun tak pasti dan minta dirujuk kepada concierge kat front door. Dia kata naik bas nombor 750 dan tambang AUS2.40 seorang. Bas stand nya bebetul di sebelah kanan hotel. Keluar aje pintu hotel dah nampak basnya. Basnya lebih kurang macam rapidKL. Perjalanan mengambil masa 15 minit. Kiranya inilah harinya kami berjalan agak jauh dari hotel.

Tengah-tengah meninjau keadaan Bandar Gold Coast ternampak la Proton Waja. Masa hari pertama ternampak Gen2 kat Brisbane. Glamer gak kereta Proton ni ye. Tapi tak boleh lawan Toyota la. Sebab kat sini Toyota Camry ke, Vios ke, Altis ke, semua jadi teksi. Pasific Fair merupakan hentian terakhir bas yang kami naik. Hentian basnya bawah bangunan. Sampailah kami ke Pasific Fair, satu antara beberapa shopping kompleks di sini.

Pasific Fair terbahagi kepada 2 bahagian. Bangunan seperti shopping kompleks dan lot kedai sebuah-sebuah yang lebih terbuka seperti kedai runcit di kawasan perumahan di tempat kita tetapi dibina 4 kedai dalam 1 bumbung dan ianya terletak di hadapan Pasific Fair. Jika anda bayangkan Pasific Fair tu macam OneUtama atau Midvalley atau Pyramid. Anda silap. Sebenarnya Pasific Fair kecik lagi daripada itu. Lebih kurang macam Jusco Bukit Raja bagi bahagian tertutup dan lot kedai tu seluas parking Jusco Bukit Raja jugak. Kedai-kedai dalam tu pelbagai la. Dalam bangunan lebih kepada kedai berjenama, butik dan food court. Sementara di luar pula ada supermarket, kedai majalah, café, taman permainan dan kedai baju. Kiranya kalu hari hujan memang kurang laku la kot sebab pejalan kaki kat luar kedai tu tak berbumbung. Harap bumbung kedai tu la.

Barang-barang dalam tu boleh tahan la murahnya. Baju untuk kanak-kanak dalam 10 dollar sehelai. Cantik-cantek pulak tu. Baju perempuan lagi sengal. 2 dollar pun ada. Bini aku beli 6 helai ke 8 helai, baru 28 dollar. Aku jangan cakap la, memang niat murni aku nak sambar baju rugby Australia. Adik aku cerita suami dia beli baju rugby kuning tu 500 ringgit kat Malaysia. Aku kira dapat murah la RM777 dapat 2 helai. Bini aku menggeleng je. Hahah.. ni impian. Mane boleh tak tercapai. Kena usaha bagi capai jugak.

Kitorang makan tengah hari kat food courtnya. Ada kedai kebab dan seafood yang boleh kita makan. Ada jugak McDonald, KFC, Hungry Jack, stick macam-macam la. Lebih kurang 10-15 kedai makan. Kalu kedai seafood tu standard la harga start 7 dollar. Memang harga makan kat Gold Coast ni paling murah 6.99 dollar. Mane-mane lah pegi memang harga tu tak lari. Nak murah beli roti dan sardine kat 7eleven pastu buat sendiri. Tapi bahan mentah macam tu pun dah 5-6 dollar. Lebih kurang je.

Sebelum balik kitorang pergi kedai beli surat khabar. Saje untuk dibawa balik. Sambil tu beli gak 2 majalah. Satu nama Zoo (AUS4) satu lagi majalah Playboy (AUS8). Tak tau la lepas masuk Malaysia tak. Memang porno habis la. On the way balik cadang nak ke Harbour Town. Tapi dah pukul 4 pikir banyak kali jugak. Sini kedai-kedai tutup awal. Last-last tak jadi. Kitorg balik naik bas nombor 708 yang lalu Surfer Paradise. Memandangkan kami ingat bas akan berhenti depan hotel macam masa naik tu, rupanya bas tu terus je sampai la ke Gold Coast Hospital, Universiti. Kitorang dah cuak gile. Dah la hari makin gelap. Last-last bas tu sampai kat Harbour Town dan kitorang main turun je kat situ. Gelabah jugak.

Kiranya Harbour Town tu dah jauh la dari Surfer Paradise lebih kurang Lot10 tu hotel dan Harbour Town tu Batu Caves. Orang kat bus stop tu pun pandang kiorang cam pelik je. Dengan si kecik tido atas riba bini aku. Dengan aku penuh barang di tangan dengan stroller berlipat lagi. Tapi satu yang aku sangat suka sistem pengangkutan sini, setiap bas stand ada jadual lengkap nombor bas, pukul berapa tiba, bas tu lalu mana. Jadi orang yang tak tau langsung macam kitorang ni hanya tengok jadual sahaja dan tau nak naik bas nombor berapa, sampai pukul berapa. Kalah tempat kita. Yang aku lagi terharu, ada orang membantu tanya nak ke mana dan bagitau bas nombor. Senang cite la, kat sini memang takde takut ape sangat sebab penduduknya saling membantu dan tidak sombong.

Perangai penduduk sini memang sangat menyenangkan. Lelagi kami membawa si kecik. Ada sekali tu si kecik tido dalam stroller dan kami dalam lif. Kemudian masuk satu group remaja yang asalnya terjerit-jerit kat luar. Bile nampaknye Marissa tido terus semua cakap syy..syy.. dan ada sorang tu siap lambai kat muka Marissa yang tengah tido tu. Belum kira kita membeli barang lagi, ucapan thank you, sorry, how are u doing, memang tak lekang dari mulut siap senyum-seyum lagi. Masa kat Pasific Town ada satu mamat tu tertinggal handphone kat kerusi. Aku nampak telefon tu. Tak berani nak usik nanti dituduh mencuri pulak. Jadi aku tengok je dari jauh. Dalam 3 minit telefon tu atas kerusi takde sapa pun usik walaupun ramai yang nampak. Cuma ada satu mamat tu, ambik dan belek. Tak lama pastu tuan telefon datang dan dia dah maca hilang akal. Last-last aku tunjuk mamat yang ambik tu dan handphone dia selamat. Mamat yang ambik tu pun aku tengok memang bukan macam nak curi. Dia pun bagi gitu je. Kat Malaysia nak buat camtu. Memang takkk la..

Lagi satu yang kerja kat sini ramai yang tua bangka. Umur 60 ke atas kalau kerja tu normal. Sapu sampah la, mop lantai la, jadi driver la. Kalu kat malaysia semua serah kat bangla, kat sini takde. Semua orang tempatan. Ada la muka-muka cina dan orang jepun. Tapi orang bangla, nepal, vietnam, indon memang langsung tak nampak.

Memandangkan kami dah jejak kaki kat Harbour Town niat nak masuk tu xde langsung, sebab kami nak balik sebenarnya. Jadi dari luar bangunan Harbour Town lebih kurang Giant tak pun Tesco Shah Alam je. Memang bertuah orang Malaysia. Shopping kompleks besar-besar belaka. Kami akhirnya balik ke Surfer Paradise naik bas nombor 709.

Balik hotel mandi bersiap dan aku call driver untuk ambik esok pagi sebab cadangnya lepas check-out kul 10-11 kitorg nak ke Brisbane plak berjalan-jalan. Rupanya jadual dah fix tak boleh ubah. Paling awal dia boleh ambik kul 6 petang esok. Aku pun dok pikir ape ke jadahnya awal-awal kat airport tu. Dah la macam mati je. Kalau KLIA tu sedap gak ni memang macam takde aktiviti kat airport tu. Rasanya aku tetapkan ambik kul 8 malam gak la. Lepas tu call travel agent kat malaysia nak tanye nombor tiket. Senang untuk urusan kat airport esok.

Selepas itu kami turun balik untuk makan Kebab Ali Baba. Dah 2 hari kami mencuba kebab kedai lain. Memang tak boleh lawan la Kebab Ali Baba yang terletak tak jauh dari kedai Maharani, Islandar Hotel dan QDeck. Memandangkan inilah malam terakhir kami bersiar di sini maka kami makan sambil berjalan ke pantai Surfer Paradise. Jalan kaki melalui Cavill Avenue sambil tengok basking, orang bersiar-siar memang layan la. Dan buat pertama kali kami berjalan sampai ke pantai dan di gigi air. Ombak malam kat sini memang kuat dan gerun bunyinya macam bunyi gempa bumi.

Sebelum balik hotel singgah 7eleven beli air dan terus masuk hotel. Cadangnya malam ni nak basuh baju, jadi esok-esok kat rumah tak payah basuh baju banyak-banyak. Skali tanya kat front desk, diorang tutup mesin tu kul 11 malam dan memang tak sempat aku nak basuh. Sebab basuh je dah 40 minit, dry 40 minit lagi. Dia suh buat esok pagi kul 7. tapi duit dah siap tukar la.

Naik bilik tido ajelah. Takde ape nak buat dah. Esok nak berkemas dan balik. Aku dan bini aku dah jatuh cinta kat sini beb. Serius. Dengan penduduknya yang tertib berdisiplin, dengan suasananya yang bersih dan udara pantai, cuaca lebih kurang Malaysia je.. puh memang best. Memang patutlah tokei kedai cenderamata dari Malaysia tu dia dah migrate ke sini lebih 10 tahun. Nak berjalan-jalan kat sini pun selamat. Kereta akan berhenti anytime jika anda melintas depannya. Jangan cuba kat malaysia. Arwah beb. Kereta kat sini pun xde yang langgar lampu isyarat walaupun xde orang atau kereta lain melintas. Dan orang yang melintas juga takkan suka-suka melintas walaupun xde kereta. Tunggu lampu hijau pejalan kaki menyala berserta bunyi isyarat barulah bole jalan.

Esok pagi nak basuh baju. Kena tido awal. Slamat malam.

Bercuti di Gold Coast Australia - HARI KE TIGA

Isnin, 30 Mac 2009
Hari yang ditunggu telah tiba. Kami bangun seawal pukul 7.30. Itu pun setelah alarm berbunyi. Wife aku bersiap mandi. Aku usaha kejutkan si kecik tanpa buat dia menangis. Akhirnya Berjaya. Kami bersiap secepat mungkin kerana mengejarkan pukul 8.50 driver kami akan menunggu di lobi. Sekarang dah pukul 8.35 belum sarapan lagi. Makan ala kadar cecepat turun pakai tangga terus ke lobi. Skali ada satu mamat tu tegur, rupanya dialah drivernya. Aku pun tak tau dah bapa lama dia tercegat kat situ. Orang kat sini memang sangat menepati masa. Lewat 3-4 minit memang dia tinggalkan je.

Pagi tu hujan renyai. Agak spoil gak la. Perjalanan dalam bas ke Movie World mengambil masa 20 minit dari hotel. Perjalanan agak lengang. Iyelah hari Isnin, mesti pergi kerja. Perjalanan bas kami meliputi kawasan perumahan dan lebuhraya. Di kawasan perumahan, rumah-rumah di sini lebih kurang macam dalam movie Hollywood. Ada rumah kayu, rumah bergaraj kereta, graffiti di tembok, bawak anjing berjalan-jalan, ada mat saleh berjalan bawak plastic dan pencucuk untuk bersihkan kawasan perumahan. Jalannya pulak beralun-alun. Lebih kurang macam kat Bangsar.

Bas kami singgah sebentar di Paradise Country untuk menurunkan 2 orang penumpang yang sepanjang dalam bas cakap Kelantan. Aku pun pelik kenapa dia sibuk nak ke ladang penternakan tu dalam hujan lebat. Mungkin nak cukur bulu biri-biri kot. Kemudian bas kami berhenti di Wet n Wild Water World. Lebih kurang Sunway Lagoon la. Barulah bas kami berhenti di Warner Bros Movie World. Tempat-tempat ni hanya sebelah menyebelah aje. Cuaca di Movie World panas dan terik. Amin.

Driver tu ada bagitau dia akan ambik kami pukul 3.15 dan 5 petang. Jadi tunggu 10 minit awal di sini. Ada 14 kaunter di MovieWorld dan semua kaunter beratur panjang gile. Menurut boucher, kami kena pergi ke kaunter 14 untuk tuntutan tiket. Kaunter dibuka 10 minit kemudian dan kami sangat-sangatlah eksited gile nak masuk situ. Semua orang eksited. Kami terserempak 1 keluarga melayu duduk di seksyen 7 beratur depan kami. Jumpe orang melayu di perantauan. Memang eksited nak cakap melayu.. hahah..

Keluasan taman tema ini lebih kurang 3-4 kali padang bola. Takdelah besar sangat dan ada banyak tarikan di sini. Budak-budak seronok la. Anak aku yang setahun ni ape tau. Mana dia kenal Sherk, bugs bunny, Tasmania, Batman, Superman, Tweety dan banyak lagi karaktor. Yang dia kenal susu dan air madu dia je. Jadi kamilah yang teruja ambik gambar. Satu masalah nak ambik gambr ni adalah kena beratur. Pastu penat beratur bile dah dekat, assistant dia bagitau Batman akan kembali 1 jam lagi. Boring je. Banyak jugak pertunjukkan di situ. Austin Power buat tariannya, Batman dengan Batmobilenya. Lepas tu kami masuk movie Shrek in 4D. diberi spek mata dan bile si dongkey tu bersin sampai merecik air kat badan. Memang best.

Aku nak masuk jugak Scooby-Do spooky Coaster. Tapi beratur panjang sangat. Tak jadilah. Pastu mat saleh depan aku ni bau masam gile. Tak tahan aku. Pergi jugak ke Wild West Falls tapi ianya melibatkan air, jadi tanaklah masuk. Aku tengok yang keluar tu semuanya kuyup. Ada jugak permainan yang ditutup seperti roller coaster Leathel Weapon dan yang agak bosan sikit, kita tak dapat merasa semua benda sebab masa pertunjukan yang hampir serentak. Jadi bila time kita habis satu pertunjukan, kita miss yang lain dan dalam sehari pertunjukan ni hanya ada 2-3 kali je.
Kami lebih pergi ke permainan kanak-kanak saja untuk ambik hati si kecik tu. Pastu berjalanlah dari satu kedai ke satu kedai. Hujan mula turun dan agak lebat. Kami makan tengahari di kedai Batman. Lepas tu ke Action Stunt. Tarikan terbaru disini. Pertunjukkannya hanya 2 kali sehari. Yang pertama terlepas, ni yang kedua. Kami ke kedai cenderamata yang menjual banyak barang-barang kartun. Seronok gile. Barangnya agak mahal, jadi memandangkan inilah yang pertama dan mungkin yang terakhir ke sini. Borong jugak la untuk anak buah family dan untuk kami. Anak-anak patung kecik seperti Sylvester dan bugs bunny berharga 25 dollar each. Magnet dalam 5 dollar. Habis la 250 dollar.

Memandangkan si kecik tu terlalu kecik untuk bermain jadi untuk permainan seperti roller coaster superman escape hanya aku ajelah yang pergi. Roller coaster ni tarikan terbaru selain Hollywood car stunt. Kali terakhir naik roller coaster adalah di genting. Itu pun 10 tahun lepas kot. Jadi peluang ni memang best la. Disebabkan ada sedikit kesilapan masa beratur jadi bile turn aku sampai, aku kena duduk depan skali! Kelajuan roller coaster ni 100km/j dalam 2 saat dan bertekanan 1G dan 0G. akibatnya aku macam nak muntah selepas tu selama sejam!

Kitorang mengucapkan selamat tinggal MovieWorld pada pukul 3.10 petang. Bas kami tiba pukul 3.15 petang. Memang on time. Janganlah lewat. Dalam bas aku terlena. Penat. Petang tu di Gold Coast masih hujan renyai dan angin kuat. Mana awek-awek sini yang pakai mini skirt memang banyak la terselak kain naik atas. Aku terlopong je tengok. Dah la G-string belaka. adui.. tekanan jiwa betul.

Cadangnya nak balik hotel, tapi si kecik tu dah bangun dan tak meragam kami merayap lagi. Masuk Centro kat bawah hotel kami tu. Aku memang nak beli baju rugby 100 dollar beb. Mahal plak smalam macam 50 dollar. Baju untuk baby 1 tahun dalam 50 dollar. Cun beb. Bini aku beli perfume Hillay Duff, Gwen Stefani, baru 5 dolar each. Kitorang siap pergi pejabat pos kat luar Centro dan hantar poskad ke rumah. Setem AUD1.35. 7 hari sampai. Kelakar. Kitorang gi supermarket Woolworths beli madu botol 400g (AUD4.82), roti putih (AUD1.87) dan air mineral 2liter (AUD2.83). agak mahal barangan dan belanja di sini.

Kami balik hotel dalam pukul 5 petang mandi bersiap dan keluar balik kul 7 malam. Ada sedikit barangan untuk dibeli. Bini aku beli 2 beg tangan (AUD 54.98) singgah 7eleven beli air jus epple (AUD3), pastu aku beli seluar pendek (AUD16) sebelum balik singgah kedai kebab (AUD8 each). Balik bilik bila longgok kan barang yang dibeli, memang dah penuh beg tarik yang besar tu. Perbelanjaan dari pagi sampailah yang beli kebab tu habislah AUD400 lebih kurang hampur 1000 ringgit. Puhhh… termenung kejap. Barang sendiri tak banyak, cenderamata orang lain yang lebih. Dah terbeli nak buat camne kan. At least everybody happy.

Petang tu aku ada call Nazri. Kat sini 7 petang kat Malaysia dalam 4 petang. Si Naz cakap suara aku berombak-ombak dan kena tunggu 5 saat baru suara sampai. Oo.. macam tu ye. Lagipun kalau call ke handphone memang susah sikit. Kalu telefon rumah baru clear. Seperti aku call rumah, terang je suara. Dan baki phonecard aku ada 6 dollar lagi. Uih.. jimat sungguh pakai phonecard ni.

Aku tido pukul 12 tengah malam dan aktiviti esok adalah ke shopping kompeks Pasific Fair. Aku nak beli baju rugby pulak.. slamat malam.

Bercuti di Gold Coast Australia - HARI KEDUA

Ahad 29 Mac 2009
Aku dah sebangun seawal 8 pagi. Badan masih penat lagi. Kitorg dah siap si kecik masih liat nak bangun. Last2 kami angkut gak naik stroller pergi sarapan di tingkat 1. Satu masalah hotel kami adalah lif. Sentiasa penuh dan sangat lama menunggu. Lif ada 5 yang berfungsi 3. Hampeh betul. Seperti hotel di Malaysia sarapan tetap ada juice, roti, caramel dll. Jadi kami hanya ambik telur hancur, roti juice dan teh. Kemudian naik bilik siapkan si kecik dan bermulalah perjalanan hari kedua.

Kedudukan hotel kami Courtyard Mariott yang sangat strategik banyak memudahkan urusan kami. Pagi tu hujan renyai dan kami hanya pusing-pusing di kawasan berdekatan sahaja. Hotel islander low baget yang terkenal di kalangan backpacker bebetul di sebarang jalan. Jadi sape yang nak ke sini dan berbajet rendah bolehlah ke Islander Hotel.

Lokasi pertama kami adalah Centro Surfer Paradise. Sebuah shopping kompeks bebetul di bawah hotel kami. Tak berapa besar. Suasana dan keluasan lebih kurang Pertama tetapi moden sikit la. Ada 3 tingkat. Atas games (boling, shooting), tengah shopping mall, bawah supermarket. Kami pergi ke supermarket beli madu untuk minuman si kecik dan sikit jajan. Madu yang kitorang beli tu pure australian honey harga 4 dollar. Sangat pekat dan sangatlah sedap. Rasanya kitorg akan borong madu tu bawak balik. Supermatketnya pun lebih kurang besar cold storage je. Barang pun murah-murah. 3-4 dollar je. Heheh.. cuba convert tengok.. berbelas jugak. Yang paling sakit hati, aku beli bateri duracell kat Malaysia rm18 dapat 6 bijik. Kat sini 10 dollar (Rm26) dapat 16 bijik. Gile murah.

Di tingkat tengah banyak terdapat banyak kedai menjual cenderamata seperti fridge magnet (lebih kurang 3 dollar each), t-shirt yang tulis i love gold coast, australia (lebih kurang 10 dollar untuk budak dan dewasa 15 dollar). Hari ni kami tak bercadang untuk shopping banyak jadi tengok-tengok dulu. Aku beli phonecard untuk menyelesaikan masalah telefon. Harga 10 dollar penggunaan untuk 120 minit lebih kurang. Cara penggunaannya tertera di belakang kad. Kad ni perlu gores untuk nombor pin. Jadi aku hanya perlu ke public phone, masukkan 20 sen dan dail local access nombor (gold coast 55187827 – setiap negeri lain nombor access nya). Kendian masukkan nombor gores dan menang tu dan bolehlah buat international call.

Aku perlu beli phonecard ni untuk reconfirm driver untuk ke movieworld esok. Sambil tu call family. Sembang 3-4 minit baru habis 1 dollar. Aku pun pelik. Celcom lagi mahal 88 sen per minit. Semalam aku kena kejutan budaya tengok gadis dan aktiviti sosial di sini. Hari ni bertambah teruk. Pakai yang kecik-kecik dan tutup-tutup yang penting aje. Lelaki kalu pakai seluar pendek tak pakai baju dan berkaki ayam adalah normal di sini. Yang tak normal kami la. Aku pakai seluar panjang. Memang pelik la. Rasa cam nak pakai spendar je jalan-jalan kat sini.. haha..

Kami berjalan sampai ke pantai terkenal di Australia- Surfer Paradise. Cuaca dah tak hujan. Panas tapi anginnya sangat sejuk lebih kurang genting. Air laut bergelora tapi xde surfer yang beraksi. Ramai yang mandi manda, yang berjemur bogel pun ramai. Semalam aku mengutuk keta old fesyen. Hari ni aku ternganga. Keta yang bujang memang layan mustang, paling koman ekzos bising satu pekan. Yang berkeluarga BMW X5. yang surfer pakai WW combi. Yang paling best motor kat sini xdenye Lagenda, Nouvo. Superbike beb.

Mengenai komunikasi pula, memandangkan aku menggunakan bahasa inggeris yang hanya aku aje yang paham. Jadi agak sukar berkomuniasi. Aku perlu sebut sebutir-sebutir , perlahan dan bernada agak tinggi baru diorang paham. Bahasa inggeris diorang pulak lagi susah kita nak tangkap. Sengau-sengau sikit. Kalau kita sebut ABC. Dia sebut Ey (A), bie (B), sey (C). Nganga mulut punye. Macam mat saleh cakap Apa khabar? Kan pelik bunyinye. Samalah kita cakap bahasa inggeris. Tapi itu masalah kecik je. Lainlah kita pergi Jepun, Korea atau Taiwan yang lagi kita tak paham bahasanya.

Kami berjalan di setiap lorong yang ada. Ada kedai LV, horror shop, nandos. Kami singgah di sebuah kedai cenderamata di Surfer Paradise Boulevard. Pemilik kedai seorang perempuan tua yang sekali pandang macam orang Malaysia. Dia siap tau kami ni orang Malaysia sebab dia kata orang muslim berbeza dengan agama lain kerana kulit, rupa dan mata bercahaya dan bersih. Berbeza dengan agama lain. Dia kata dia muslim dan pernah datang malaysia beberapa tahun lepas. Bangga beb bangsa asing boleh cakap macam tu dan tau kelebihan fizikal umat islam berbanding agama lain. T-shirt di sini agak murah dan kami beli t-shirt orang kirim dan t-shirt kami. Kami sebenarnya tertarik dengan T-shirt kuning tulis Australia bersulam dan bendera Aus. 3 helai 35 dollar. Dapat diskaun 10% lagi sebab kami orang Malaysia. Ape lagi borong la sikit-sikit. Boomerang yang boleh baling dalam 15 dollar ke atas ikut saiz. Yang tak boleh baling dalam 5 dollar.

Perut pun lapar jadi kami ke Dolphin Centre kat Cavill Avenue (sebelah hotel kami) untuk makan fish and chip. Sebenarnye kami nak menapak ke Nandos yang terletak di Elkhorn Avenue. Memandangkan jauh nak patah balik ke sana adalah dalam 200m lagi jadi Dolphin Centre ni terbaik la. Dolphin Centre dan Centro Surfer Paradise adalah bangunan bersebelahan dan di tengahnya jalan nama Cavill Avenue. Lebih kurang Central Market kat KL tu la. Ada orang basking, Kerusi untuk lepak-lepak. Jadi kami makan fish and chip kat situ. Kedainya kecik je. Jadi disediakan meja kat luar. 1 set 15 dollar. Air juice 3 dollar. Lepas makan si kecik tu meragam je jadi kami pun baliklah ke hotel. Masa tu dalam kul 3 petang.

Sebelum balik kami singgah di kedai-kedai tepi tu. Kami masuk kedai nama Condom. Memang tergelak-gelak la kat dalam tu. Barang-barang yang takde kat malaysia berlambak kat sana. Tapi tak boleh bawak balik la sebab takut kena rampas kat airport kita nanti. Jadi jamu mata ajelah. Yang jual plak pompuan seksi siap seluar dia tak zip lagi. Lucah betul. Aku sengeh aje la.

Hard Rock Cafe memang wajib masuk. Baju dalam 45 dollar. Kat pejalan kakinya ada walk of fame, Guns and Roses, Elvis, AC/DC (bukan AC Di Mana!) dan banyak lagi. Aku masuk jugak butik Adidas memang canggih la. Siap ada motor vespa bagi menunjukkan ada koleksi adidas vespa kat situ. Cadang nak beli tapi harga pun lebih kurang macam kat Pyramid je. Sebenarnya kat Surfer Paradise anda boleh pusing habis dalam sehari sebab shopping mall pun ada Cavill dan Centro je. Kedai-kedai lain banyak jenis butik. Kaki lenguh memang tak ingat punye. Balik bilik si kecik tido dengan kitorang skali tumbang.

Pukul 8 malam kami bersiap untuk jalan lagi. Sebenarnya di sini kebanyakkan kedai tutup pukul 5 petang. Bukak dah la lambat tutup cepat pulak. Tapi tak semua kedai macam tu. Kami berjalan di belakang hotel yang belum kami pergi. Terjumpa restoran malaysia, Maharani. Kedainya kecik je, lebih kurang kedai mamak tapi kat lot tengah (kalu kat shah alam, kedai mamak kat corner). Tak masuk pun sebab dia terletak di seberang jalan. Dari jauh memang boleh nampak dekoratif dalam kedai siap kerusi balut bagai. Bagi penghuni di Islander Hotel, Maharani memang betul-betul di bawah hotel anda sahaja.

Berhadapan Maharani ada kedai cenderamata yang aku rasa dimiliki orang Malaysia. Sebab dalam kedai tu di pasang lagu Siti Norhaliza dan casher cina tu pun fasih cakap melayu. Ada orang melayu gak tengah shopping dalam tu. Kat casher siap ada business card pengunjung dari Malaysia. Sultan Kedah pun pernah sampai kedai tu. Sebenarnya cenderamata di Surfer Paradise lebih kurang je. Cuma harga yang berbeza 1-2 dollar. Kami pun saja meninjau sebab masih ada masa lagi. Kami berjalan lagi sampai nampak sebuah kedai kebab. Kecik je kedainya. Ali Baba kalu tak salah. Terletak di corner bangunan. Mat saleh yang tengah menunggu kebab dia tu siap cakap “the best kebab in australia” dan kawannya mengangguk sama.

Kitorang order donar kebab (beef campur lamb) dan chicken kebab. Harga 9 dollar each. Kebabnya sangat sedap, besar dan tebal. Iyelah 9 dollar. Cuba kebab sini baru 2 inggit. Jangan harap la besar dan tebal tu walaupun sedap. Iye tak. Sambil makan kami berjalan di cavill tu balik. Singgah 7eleven beli juice jenama ice-T. Sangat sedap harga 2.7 dollar. Ada majalah lucah 4.99 dollar. Kompom beli tu untuk bawak ke opis.. hahaaahaa.. aku juga ke public toilet di situ. Unisex toilet dan ianya free. Tapi sangat moden dan agak kotor di dalam. Nak masuk kena tekan button. Tandas dia xde paip air untuk cebok. Semua pakai tisu. Ada pengumuman kalau duduk dalam toilet lebih 10 minit pintu akan dibukak automatik. Iyelah takut orang beromen dalam toilet tu.

Malam tu si kecik pakai baju lebah (bee). Siap ada sesungut bagai kat atas kepala. Bila mat saleh nampak siap gelak besar diorang. Ada sorang mat saleh tu siap terbongkok-bongkok gelak. Pelik betul dia tengok. Memang tumpuan la kitorang malam tu. Ada bumble-bee. Masa berjalan-jalan tu ada gak group mat saleh yang menjerit-jerit. On the way balik, ada cermin pecah siap ada darah menitik lagi kat jalan. Laju je kitorang masuk lobi hotel. Takutt...

Sebelum masuk bilik di tingkat 11 kami singgah di tingkat 5. tu tingkat recreation. Ada swimping pool, gym, sunblok lotion machine - 2 dollar. Laundry coin machine – 4 dollar untuk wash dan 4 dollar lagi untuk dry.

Hari ni tido kena awal sebab esok pagi dah confirm ngan driver untuk ke Movieworld kul 8.50 pagi. Aku xdehal takut si kecik tu je mengamuk. Tu yang kena bagi tido awal. Sebelum tido tengok MTV. Memang jauh beza cerita MTV kat Astro ngan kat sini. Iklan CK jeans siap pompuan bogel lagi. Selamba. Kalu kat malaysia kul 11 ke atas mesti ada iklan ringtone la, phone chat la. Kat sini ada gak, phone chat tapi porno punye siap ada aksi lagi kat tv. Adoi.. pastu program MTV langsung xde sencored. Stakat tunjuk kemaluan lelaki tu selamba badak. Siap zoom lagi. Aku ngan bini gelak-gelak je tengok. Bodo!

Berjumpe lagi untuk esok hari.

Bercuti di Gold Coast Australia - HARI PERTAMA

Sabtu 28 Mac 2009
Kami bermalam di rumah mak di Shah Alam, sebab esok sebelum subuh kami dah nak ke KLIA. Jadi malam tu takdelah tidur lena sangat. Nanti terlajak pulak. Bangun dalam kul 4.45 pagi. Bersiap-siap dan kami bertolak pukul 6 pagi. Sampai je kat KLIA kami Tanya kat information kaunter penerbangan ke Australia check-in kat row berapa? Row E dan F. Tengok-tengok dua-dua row dah panjang gile. Kami ke row F sebab lanenye tak sepanjang row E. Beratur 30 minit baru turn kami. Checik-in 2 beg besar. Stroller bleh bawak naik kabin begitu juga beg galas.

Dapat boarding pas. Yanty gi beli barang sikit kat Body Shop sambil tunggu mak abah belah Meru datang. 5 minit kendian diorang tiba dan kami pun dah tak boleh lama. 8.30 mesti masuk kapal terbang. Kul 8.15 kitorg dah gerak ke balai berlepas antarabangsa. Check passport. Beratur untuk scanning pulak. Pastu naik train ke balai berlepas. Dalam train full. Tapi train tu tak jauh sangat. Dlm 3 minit kot. Pastu beratur untuk scan yang kedua. Check boarding pas, simpan stroller dan terus masuk kabin. Kami duduk seat 23. Sebenarnya seat kami berpisah. Aku duduk tempat lain. Marissa dan yanty je duduk skali. Tapi staff kat airport tu pandai adjust. Jadi dapatlah kami duduk sebelah. Siap ada seat lebih lagi. Padahal dalam flight full.

Flight kami bertolak kul 9 pagi dan dijangka sampai kul 8.15 malam waktu Sydney. Kira-kira 8 jam perjalanan. Masa Australia 3 jam awal dari Malaysia. Jadi waktu sampai kat Sydney tu sebenarnya kat KL kul 5 petang. Kami dibekalkan sarapan pagi (nasi lemak) dan minum petang (roti campur ikan separuh masak – tekak aku fail).

Marissa tak duk diam. Biaselah budak. Jerit sana sini. Naik segan kitorg. Yanty dapat tengok cite Madagaskar 2 sampai habis. Marissa plak cite kartun Cars tu. Yang peliknya sepanjang 8 jam perjalanan tu. cite Marissa tak habis-habis lagi. Panjang betul. Aku plak tengok sikit-sikit. Main games la, tengok cite Just For Laught la. Cite movie tak tengok pun. Mata ngantuk gile.

1st time naik MAS. Cam jakun sket la. Picit semua benda kat kerusi. Sampai jem la remote aku. Tapi yang bestnya. Masa lagi sejam nak sampai Sydney. Remote aku tu tercabut wayarnye. Langsung tak bole guna… haha.. lantak..

Transit Sydney kul 8.20 malam. Turun je MAS, ada staff airport sana akan jerit kat luar “Brisbane.. Brisbane” dan sape yang ke Brisbane akan di beri transit pas. Beratur kat ruang international transit. Macam biase scan badan dan beg. Pastu gi kaunter 58 di tingkat atasnya. Lalu jugak kedai-kedai bebas cukai sana. Teringin gile nak shopping sikit tapi masa terhad sangat. 1 jam je transit. Beratur masa scan je dah 30 minit.

Masuk dalam flight yang tu jugak dan duduk di seat itu jugak. Tapi aku dah ganjak ke tepi sebab remote seat rosak. Flight dari Sydney ke Brisbane adalah 1 jam. Kiranya aku akan sampai kul 9.20 malam waktu Brisbane. Malaysia dalam kul 6 petang la macam tu.Yang bestnye seat remote rosak aku tu ada uncle cina releks je baca paper. Bile ada satu time kena tutup lampu dia pun komfiden je bukak pakai remote rosak tu. Apa lagi gelabah la dia. Siap konon-konon bole repair la. Last-last dia pakai lampu dari remote kerusi sebelah. Haahh..Aku dah bantai gelak gile. Hahah.. Sian betul.

Makan malam adalah sandwish. Bole la sedap jugak. Flight Sydney ke Brisbane tak rasa lama tapi dalam hati dup dap jugak. Iyelah imigresen tak lepas lagi ni. Sampai je kat Brisbane International Airport. Kitorang keluar agak awal sebab Marissa dah nak mengamuk. Tapi akhirnya keluar last gak sebab tunggu stroller. Masa tu 9.40 malam (12 tghmlm di KL)

Sepanjang perjalanan ke pemeriksaan imigresen ada disediakan tong untuk kita buang apa-apa barang yang tak declare. Kitorang tawakal je. Pemeriksaan airport lepas. Masa ambik beg ada sekor anjing kecik dengan tuannya sibuk hidu beg semua orang. Aku tak cuak sangat sebab anjing tu kecik je. Tapi yang tak bestnya dia hidu siap panjat belakang aku. Eii.. harammmm… nasib baik tak kena kulit. Mau kena samak tu. Dia siap tanye ada bawak buah tak? Memang xde la. Aku cakap bawak makanan bayi dan makanan segera. Dia kata itu boleh.

Seterusnya kami ke major imigresen check. Memula pegawai imigresen check declare card yang kami tulis masa dalam kapal terbang. Dia tanya ape kami bawak? Kendian kitorang kena bukak beg. Yang check tu pegawai perempuan. Friendly gak. Aku dengan jujurnya tunjuk la biskut Marissa masa kat kabin. Ok it allowed! Tunjuk la segala megi cup perasa kari dan ayam, tuna, nesvita, susu bayi. Dia cuma belek megi cup tu je pastu dia cakap “Ok! Thank you” dalam hati aku cakap selamat datang ke Gold Coast Australia. Horeee..!

Brisbane airport sebenarnya lengang gila. Kedai pun banyak tutup. Baru kul 10 malam masa tu. Dah macam kitorang sampai kul 4 pagi plak. Kitorang ingat lengang masa kat balai ketibaan je kot. Bile keluar sampai pintu depan. Pun sama gak. lengang jugak. Airportnya kecik je. Bangunan old fesyen. Cuba on telefon cari line cara manual. Ada 4 line; Telstar, Vodafone ape ntah lagi 2. Satu pun tak match dengan Celcom. Kat Malaysia sibuk je Celcom ada connect dengan Vodafone. Kat sini Vodafone takdepun cover untuk Celcom kita.

Kalau di KLIA, balai ketibaan memang penuh orang menunggu di keliling pagar. Kat sini yang menunggu hanya driver kami je. Diulangi hanya driver kami sahaja. Dia tulis ABDUL HALIM. Ehh.. masa bila bapak aku sampai sini plak.. hahha.. memang boleh kira orang kat airport tu. Adalah dalam 30 orang. Kat luar hujan dan driver kami yang berumur 65 tahun tu pun cakap sekarang musim hujan. Aiseh.. bosannya.. esok nak merayap.. hujan la ye..

Dia bawak kami menaiki van transit yang ada 12 tempat duduk dan kami terus ke Gold Coast. Jarak perjalanan adalah 85km. Lebih kurang setengah jam lah. Highway dan pemandangan kedai kiri kanan macam kat Malaysia. Bezanya signage la. Drive pun belah kanan. Sepanjang perjalanan hujan turun agak lebat. Pemandangan bosan sikit la. Kereta pun tak banyak. Pastu kereta pun jenis bosan-bosan. Standard, takde sport rim, takde tinted, takde skirting. Ada la kereta yang gempak macam Subaru Impreza skali. Yang lain kereta bosan. Yang bestnya, penduduk kat sini patuh traffic light. Van ambulan pun berenti trafik light.

Pemandangan menarik hanya bile kami sampai kat Surfer Paradise. Lebih kurang Bukit Bintang la. Driver kami cakap kalu tourist cam kami tak di galakkan berjalan malam minggu. Malam lain ok. Sebab malam minggu diorang gi disko, mabuk-mabuk. Aku memang cuci mata habis la. Awek kat sini memang seksi maut. Tak jumpe yang pakai seluar. Sini semua mini skirt atas peha. Baju pun kecik-kecik belaka. Hotel kami Mariott Courtyard bebetul dalam town. Lokasi sangat strategik. Bawah hotel kami adalah Hard Rock Café. Nak masuk pintu depan kena ada pas. Hanya bebetul penghuni sahaja yang boleh masuk. Mungin factor keselamatan. Sebab kat luar aku tengok agak penuh orang dan menakutkan.

Aku check-In hotel sementara bini dan anak gi sembang-sembang ngan staff yang angkat beg. Lobi hotel agak biase. Macam Quality Hotel Shah Alam je. Quality kira besar la, ini kecik lagi. Bilik kami 1102. Hotel ni ada 35 tingkat. 2 tingkat teratas adalah suite. Lif agak besar dan butang lif sebijik cam lif MBSA. Staff sini sangat friendly. Dialah bukak kan bilik, check lampu, angkat beg masuk bilik, check pas kami connect tak dengan pintu. Aku pun dok risau. Kena tips ke? Lepas semua ok dia ucap selamat dan blah gitu je. Oo.. xde tips la ye.. haah.. sebenarnye memang tanak bagi pun.

Bilik kami agak besar. Katil king saiz. Bath tub. Internet line. Bible pun ada. Arak pun ada kat peti ais tu. Yang best tv la. Ada channel yang free dan bayar. Channel free channel yang bosan la macam ABC, Fox Sport, MTV, Nickelodeon, Discovery dll. Channel bayar adalah movie, adult movie. Adult movie tak tahan tu. Adalah 10 cite tunggu klik je. Pastu bayar la. Bilik kami mengadap bandar. Jadi nampaklah aktiviti social malam tu. Cuaca agak sejuk. Aircond bilik dan kat luar lebih kurang je. Masa tu dah kul 1 pagi. Kemas barang. Mandi dan tido. Penat beb. 10 jam penerbangan sakit pinggang. Masalah telefon masih tak settle. Front desk cakap ada call card kat kedai-kedai luar. Esok ajelah beli. Selamat malam.