Monday, April 06, 2009

Bercuti di Gold Coast Australia - HARI KE TIGA

Isnin, 30 Mac 2009
Hari yang ditunggu telah tiba. Kami bangun seawal pukul 7.30. Itu pun setelah alarm berbunyi. Wife aku bersiap mandi. Aku usaha kejutkan si kecik tanpa buat dia menangis. Akhirnya Berjaya. Kami bersiap secepat mungkin kerana mengejarkan pukul 8.50 driver kami akan menunggu di lobi. Sekarang dah pukul 8.35 belum sarapan lagi. Makan ala kadar cecepat turun pakai tangga terus ke lobi. Skali ada satu mamat tu tegur, rupanya dialah drivernya. Aku pun tak tau dah bapa lama dia tercegat kat situ. Orang kat sini memang sangat menepati masa. Lewat 3-4 minit memang dia tinggalkan je.

Pagi tu hujan renyai. Agak spoil gak la. Perjalanan dalam bas ke Movie World mengambil masa 20 minit dari hotel. Perjalanan agak lengang. Iyelah hari Isnin, mesti pergi kerja. Perjalanan bas kami meliputi kawasan perumahan dan lebuhraya. Di kawasan perumahan, rumah-rumah di sini lebih kurang macam dalam movie Hollywood. Ada rumah kayu, rumah bergaraj kereta, graffiti di tembok, bawak anjing berjalan-jalan, ada mat saleh berjalan bawak plastic dan pencucuk untuk bersihkan kawasan perumahan. Jalannya pulak beralun-alun. Lebih kurang macam kat Bangsar.

Bas kami singgah sebentar di Paradise Country untuk menurunkan 2 orang penumpang yang sepanjang dalam bas cakap Kelantan. Aku pun pelik kenapa dia sibuk nak ke ladang penternakan tu dalam hujan lebat. Mungkin nak cukur bulu biri-biri kot. Kemudian bas kami berhenti di Wet n Wild Water World. Lebih kurang Sunway Lagoon la. Barulah bas kami berhenti di Warner Bros Movie World. Tempat-tempat ni hanya sebelah menyebelah aje. Cuaca di Movie World panas dan terik. Amin.

Driver tu ada bagitau dia akan ambik kami pukul 3.15 dan 5 petang. Jadi tunggu 10 minit awal di sini. Ada 14 kaunter di MovieWorld dan semua kaunter beratur panjang gile. Menurut boucher, kami kena pergi ke kaunter 14 untuk tuntutan tiket. Kaunter dibuka 10 minit kemudian dan kami sangat-sangatlah eksited gile nak masuk situ. Semua orang eksited. Kami terserempak 1 keluarga melayu duduk di seksyen 7 beratur depan kami. Jumpe orang melayu di perantauan. Memang eksited nak cakap melayu.. hahah..

Keluasan taman tema ini lebih kurang 3-4 kali padang bola. Takdelah besar sangat dan ada banyak tarikan di sini. Budak-budak seronok la. Anak aku yang setahun ni ape tau. Mana dia kenal Sherk, bugs bunny, Tasmania, Batman, Superman, Tweety dan banyak lagi karaktor. Yang dia kenal susu dan air madu dia je. Jadi kamilah yang teruja ambik gambar. Satu masalah nak ambik gambr ni adalah kena beratur. Pastu penat beratur bile dah dekat, assistant dia bagitau Batman akan kembali 1 jam lagi. Boring je. Banyak jugak pertunjukkan di situ. Austin Power buat tariannya, Batman dengan Batmobilenya. Lepas tu kami masuk movie Shrek in 4D. diberi spek mata dan bile si dongkey tu bersin sampai merecik air kat badan. Memang best.

Aku nak masuk jugak Scooby-Do spooky Coaster. Tapi beratur panjang sangat. Tak jadilah. Pastu mat saleh depan aku ni bau masam gile. Tak tahan aku. Pergi jugak ke Wild West Falls tapi ianya melibatkan air, jadi tanaklah masuk. Aku tengok yang keluar tu semuanya kuyup. Ada jugak permainan yang ditutup seperti roller coaster Leathel Weapon dan yang agak bosan sikit, kita tak dapat merasa semua benda sebab masa pertunjukan yang hampir serentak. Jadi bila time kita habis satu pertunjukan, kita miss yang lain dan dalam sehari pertunjukan ni hanya ada 2-3 kali je.
Kami lebih pergi ke permainan kanak-kanak saja untuk ambik hati si kecik tu. Pastu berjalanlah dari satu kedai ke satu kedai. Hujan mula turun dan agak lebat. Kami makan tengahari di kedai Batman. Lepas tu ke Action Stunt. Tarikan terbaru disini. Pertunjukkannya hanya 2 kali sehari. Yang pertama terlepas, ni yang kedua. Kami ke kedai cenderamata yang menjual banyak barang-barang kartun. Seronok gile. Barangnya agak mahal, jadi memandangkan inilah yang pertama dan mungkin yang terakhir ke sini. Borong jugak la untuk anak buah family dan untuk kami. Anak-anak patung kecik seperti Sylvester dan bugs bunny berharga 25 dollar each. Magnet dalam 5 dollar. Habis la 250 dollar.

Memandangkan si kecik tu terlalu kecik untuk bermain jadi untuk permainan seperti roller coaster superman escape hanya aku ajelah yang pergi. Roller coaster ni tarikan terbaru selain Hollywood car stunt. Kali terakhir naik roller coaster adalah di genting. Itu pun 10 tahun lepas kot. Jadi peluang ni memang best la. Disebabkan ada sedikit kesilapan masa beratur jadi bile turn aku sampai, aku kena duduk depan skali! Kelajuan roller coaster ni 100km/j dalam 2 saat dan bertekanan 1G dan 0G. akibatnya aku macam nak muntah selepas tu selama sejam!

Kitorang mengucapkan selamat tinggal MovieWorld pada pukul 3.10 petang. Bas kami tiba pukul 3.15 petang. Memang on time. Janganlah lewat. Dalam bas aku terlena. Penat. Petang tu di Gold Coast masih hujan renyai dan angin kuat. Mana awek-awek sini yang pakai mini skirt memang banyak la terselak kain naik atas. Aku terlopong je tengok. Dah la G-string belaka. adui.. tekanan jiwa betul.

Cadangnya nak balik hotel, tapi si kecik tu dah bangun dan tak meragam kami merayap lagi. Masuk Centro kat bawah hotel kami tu. Aku memang nak beli baju rugby 100 dollar beb. Mahal plak smalam macam 50 dollar. Baju untuk baby 1 tahun dalam 50 dollar. Cun beb. Bini aku beli perfume Hillay Duff, Gwen Stefani, baru 5 dolar each. Kitorang siap pergi pejabat pos kat luar Centro dan hantar poskad ke rumah. Setem AUD1.35. 7 hari sampai. Kelakar. Kitorang gi supermarket Woolworths beli madu botol 400g (AUD4.82), roti putih (AUD1.87) dan air mineral 2liter (AUD2.83). agak mahal barangan dan belanja di sini.

Kami balik hotel dalam pukul 5 petang mandi bersiap dan keluar balik kul 7 malam. Ada sedikit barangan untuk dibeli. Bini aku beli 2 beg tangan (AUD 54.98) singgah 7eleven beli air jus epple (AUD3), pastu aku beli seluar pendek (AUD16) sebelum balik singgah kedai kebab (AUD8 each). Balik bilik bila longgok kan barang yang dibeli, memang dah penuh beg tarik yang besar tu. Perbelanjaan dari pagi sampailah yang beli kebab tu habislah AUD400 lebih kurang hampur 1000 ringgit. Puhhh… termenung kejap. Barang sendiri tak banyak, cenderamata orang lain yang lebih. Dah terbeli nak buat camne kan. At least everybody happy.

Petang tu aku ada call Nazri. Kat sini 7 petang kat Malaysia dalam 4 petang. Si Naz cakap suara aku berombak-ombak dan kena tunggu 5 saat baru suara sampai. Oo.. macam tu ye. Lagipun kalau call ke handphone memang susah sikit. Kalu telefon rumah baru clear. Seperti aku call rumah, terang je suara. Dan baki phonecard aku ada 6 dollar lagi. Uih.. jimat sungguh pakai phonecard ni.

Aku tido pukul 12 tengah malam dan aktiviti esok adalah ke shopping kompeks Pasific Fair. Aku nak beli baju rugby pulak.. slamat malam.

No comments: