Tuesday, December 30, 2008

Masalah Rumah Tangga

Baru-baru ini, isteri aku menceritakan prihal rumahtangga kawannya. Aku tak nak tau sapa jadi isteri aku gelarkannya Mr.X.Isteri aku minta pendapat aku sebagai seorang lelaki, jika ditimpa masalah tersebut.

Masalahnya.Isteri si X mengadu, yang suaminya disyaki menjalinkan hubungan dengan anak dara. Dia dapat tahu kerana suaminya kerap menerima panggilan dari nombor yang sama tetapi reaksi lakinya berbeza.

Kejap kata, bos. Kejap kata, kontraktor. Tapi bila check, nombor yang sama. Bila pasang spy, kompom seorang anak dara yang kebetulan praktikal di pejabat yang sama si suami. Perkara ini berlanjutan sehingga seminggu. Kemuskilan melanda jiwa. Hati terguris, perasaan terganggu. Masalah makin serius pabila si suami akan berkursus 3 hari di hotel luar daerah dan tidak membawa kereta sendiri. Tumpang kawan.

Apa perlu buat.

Si isteri menghubungi kawan suaminya (isteri aku) untuk mengadu masalah dan meminta pertolongan. Kisah ini tidak boleh tersebar. Takut nanah yang dipekung diketahui orang. Rahsia tak boleh bongkar. Takut arang yang berconteng di pipi, melarat di seluruh muka.
Sebagai orang ketiga yang tidak kenal dan tak nak ambik tau pun siapa orang itu.Tampil memberi pertolongan. Maka sayalah, Si Ajua The Psycatarist.

Pernahkan si X ditangkap khalwat?
Tidak.

Pernahkah nampak si X berdating dengan si gadis?
Tidak.

Adakah perasaan syak itu datang dari naluri (instinc)?
Ya.

Adakah anda pernah penyerang si gadis?
Tidak.

Bersemuka depan-depan?
Tidak.

Berharap si X sedar akan kesilapannya?
Ya.

Berharap si X mengaku yang dia ada skandal?
Ya. Bagi penyedapkan hati sendiri.

Apakah anda ada usaha lain, selain menceritakan kepada orang lain?
Belum terfikir lagi.

Ahli keluarga yang lain tau masalah ini?
Mungkin.

Pernah pergaduh besar kerana masalah ini?
Tidak. Saya pendam.

Maka nasihat saya;

Ibaratkan anda dan suami sedang mengemudi sebuah kayak.Di lautan yang maha luas.Sama-sama dayung, saling bantu membantu. Tengah seronok mendayung tiba-tiba, suami anda mabuk laut.

Adakah anda akan tinggalkan kayak tu? Sudah semestinya tidak. Malah anda berusaha tetap mendayung walaupun keadaan terpaksa, berat dan penat. Walaupun anda terpaksa meminta bantuan kawan-kawan lain untuk tolong menolak, tetapi anda tetap kena berdayung.

Begitulah juga masalah anda. Kami boleh tolong, tapi keputusan tetap di tangan anda. Kami menasihat, andalah pemutusnya. Kami sekadar memberi panduan, agar kabus yang meliputi kayak anda cepat berlalu dan ada cahaya sinar di seberang sana. Kami sekadar mampu mengekori kayak anda. Tetapi andalah yang akan menyedarkan suami anda yang sedang mabuk laut itu dengan secawan air yang sejuk dan menyedarkan.

Tuesday, December 23, 2008

Kisah jiran belakang rumah

Semalam bini aku cerita tentang jiran belakang yang menjaga anak yatim.

Aku : Camne pulak Yang tau?

Bini : Kak Mimah (Jiran belakang) jalan-jalan petang, kebetulan Yang balik ternampak dia kat rumah si Anum (Jiran Sebelah). Pastu Yang cakap, aritu dengar bayi nangis ye kak Mimah.

Bini : Dia cakap iye. Anak yatim. Baru 2 bulan. Maknya meninggal masa bersalin. Suaminye pulak meninggal masa bini dia mengandung. Jatuh motor. Sian bang.

Aku : Memang kesian pun.

Bini : Pastu kak Mimah cakap dia jaga bayi tu masa dia berumur 6 hari. Yang hantar makcik budak tu. Kekadang makciknya datang ambik kadang-kadang budak tu tidur sini.

Aku : Kalau kita xde anak lagi bolehlah kita jaga ye.

Bini : Itulah, sian kecik-kecik dah takde mak ayah. Sampai mati dia tak dapat tengok muka mak ayah dia. Dapat tengok gambar jelah.

Aku : (Sedih) Sian siot.

Nasib orang berbeza. Bersyukurlah dengan ape yang kita ada. Ada mak ayah melawan. Orang lain tengok. Mak ayah pun takde. Kompom budak tu akan menangis kalau dia paham lagu Sudirman - Ayah dan Ibu.

Kisah Anak Yatim

Kelmarin aku bertemu sahabat lama Meen. Untuk pengetahuan, aku dan Meen bersahabat semenjak usia 10 tahun lagi. Semenjak dia sudah bekerja di tempat baru. Kami sangat jarang bersua. Kali terakhir setahun yang lalu. Tapi hubungan kami tetap mesra.

Kami bersembang di luar rumah. Waktu Magrib. Semuanya berkisar tentang kerja dia sebagai warden perempuan asrama anak-anak yatim. Rupanya anak yatim yang kita kesiankan selama ini, tidak 'sebaik' yang disangka. Macam tak percaya pun ada jugak. Tapi yang bercerita adalah penjaga anak yatim yang sebenar. Maka percayalah aku.

Dialog kami.

Aku : Meen! Aku nak derma baju untuk anak-anak yatim bole tak?
Meen : Tak payah la. Diorang buang je nanti. Baik ko bagi beras, gula, tepung. Barang makan.
Aku : Apsal plak.
Meen : Buat semak je. Serius cakap ko. Kekadang baju tu diorang jemur kat ampaian, pastu berminggu-minggu tak angkat. Kalau jatuh pun diorang tak kutip. Diorang cakap bukan baju kitorang. Penat lah kitorang buang baju berplastik-plastik.

Aku : Iye ke!
Meen : Pastu degil pulak. Masa memula aku keje, kita pun kesian lah kan. Iyelah orang takde mak bapak. Tak macam kita. Orang tua-tua cakap elok kita usapkan tangan kita kat kepala diorang. Ambik berkat. Mula-mula je aku usap, lama-lama aku piat je telinga. Degil sangat. Meen : Cakap kita di lawannya. Orang kalau tengok anak yatim kat tv, pergi makan hotel senyap jee.. Macam baik sangat. Tengok lah bile dah balik, masya allah. Pening aku.

Aku : Tapi pandai oklah lah.
Meen : Pandai ko cakap, result baru keluar UPSR, boleh katakan semua dapat E. Belajar tak pandai, pastu tanak dengar cakap. Tension aku.
Aku : (Gelak) Sian ko Meen kan. Nak buat camne, umah ko ngan asrama pun seberang jalan je. Oklah.

Meen : Ok tu memang lah Ok. Tapi yang tak tahan tu peel dia tak macam orang yang ada mak bapak tau. Iyelah yang jaga pun bukan mak dia. Suka hatilah nak buat ape pun. JKM pun bagi peruntukan. Naik lemaklah. Bila time makan, kalau epal tak sedap ke, diorang buang je dalam longkang. Penuh je longkang ngan epal tak abis makan.
Meen : Yang lelaki tu malam-malam panjat pagar gi beli rokok. Semua tu budak-budak tingkatan 4-5 la yang buat. Kekadang kesian ngan budak-budak darjah 1-2. Pergi sekolah dengan tak mandinya. Iyelah, kecik lagi kan. Kesian yang kecik la.

Antara intipati kisah benar tersebut.
Kesimpulannya. Bagi aku setiap kejadian tu ada hikmah yang kita tak tau ape akan jadi.

Kenapa dia jadi anak yatim? Kenapa dia je takde mak bapak orang lain ada?
Mungkin, sebab kalau mak ayah dia hidup pun, mak ayah dia akan menanggung malu ke contohnye. Jadi baiklah dia hidup sorang. Mungkin lah kan. Kita pun tak tau kenapa.

Ataupun
Kenapa aku hidup dalam asrama sampai umur 18 tahun. Orang lain duduk rumah sendiri malam-malam boleh tengok ASTRO?
Mungkin bila umur dia 18 tahun kelak, dia lebih berdikari berbanding orang yang duduk bawah ketiak mak. Mungkin lah kan. Kita pun tak tau.

So, Setiap kejadian ada sebabnya.

Monday, December 15, 2008

Gold Coast Australia Trip - The Beginning

Tidak terlintas di hati untuk bercuti sejauh ini. Paling jauh pun Pulau Tioman, itu pun masa honeymoon. Jadi ’hadiah’ yang diberikan oleh si Marissa Amany yg berusia 7 bulan pada waktu itu, kami gunakan sepenuhnya. Destinasi percutian kami adalah Gold Coast, Australia.

Hadiah 2 tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast untuk 5 hari 3 malam beserta tiket taman tema dan hamper bernilai RM1000 tidaklah menjadi keutamaan apabila menyertai satu pertandingan The Most Photogenic Baby Contest yang diadakan pertengahan tahun 2008 yang lalu.

Tetapi setelah si Marissa Amany yang ketika itu berusia 4 bulan telah ke peringkat 13 terbaik dan seterusnya memenangi hadiah percutian ini. Maka kami memikirkan secara serius tentang trip perjalanan ini. Dengan pertukaran wang yang agak tinggi, kami juga terpaksa membuat 2 pelan.

Pelan A : Mencari dana yang lebih supaya dapat membuat pelbagai aktiviti yang menarik di sana atau
Pelan B : Duit tak cukup jadi sekadar berjalan sahaja, bak kata orang asal sampai sudah.

Sebenarnya trip perjalanan ini sudah tertunda sebanyak 2 kali. Sepatutnya kami berangkat 21 Disember 2008. Alasan penganjur Disember adalah bulan festival di sana. Sekolah cuti, cuti krismas dan tahun baru. Kompom hotel fully booked. Jadi pihak penganjur meminta tarikh baru dan kami telah tetapkan hujung Januari 2009.

2 minggu tanpa khabar berita. Awal Disember 2008 pihak travel agen telefon dan mengconfirmkan 28 Mac 2009 (sabtu) adalah tarikh departure beserta nombof flight. Segala itanary yang telah diberikan melalui email adalah spt berikut :

Hi, Mr Ajua

RE : 5D3N GOLD COAST FREE & EASY PKGS
PAX SIZE : 2 ADULT + 01 INFANT

FLT : MH141 28MAR KUL-BNE 0900-2150 OK2
MH140 31MAR BNE-KUL 2320-0545 OK2

HOTEL USED : MARRIOT COURTYARD or similar

Tour Fare : RM3,253 (paid by sponsor) / $274 (baby)
Theme park : RM 250 ( " ) / Free
Apt tax : RM1,637 ( pay by own-subj to change)/ nil
australia visa : RM30 ( pay by own) / RM30 (baby)

Pkgs included :

* 3 nites accommodation hotel room on twin sharing.
* daily breakfast at hotel.
* in/out apt/htl/apt transfer (sit in coach)
* 01 theme park with rtn transfer.
* air ticket by mas on economy class with apt tax.

thx/carol

Aku ingat pegi free. Angkat beg terus gi bercuti. Rupenye kena bayar RM1667 seorang untuk airport tax dan visa. Bini aku lagi, anak aku lagi.. Total RM3,638. Sebenarnya tiket untuk 2 orang sahaja. Kitorg gatal nak bawak Marissa jugak, jadi kena tambah RM274 untuk dia dan RM30 untuk visa.

Jadi persoalannya?
Kata sponser, tapi kenapa kena bayar?
Jawapan yang diberi oleh kawan-kawan dari MAS : Airport tax tu bukan dari KL ke Brisbane. Tapi masa flight balik dari Brisbane ke KL. Pihak Brisbane yang kenakan tax kepada international traveller. Tax tu tak include masa issue ticket. Tu blom overload 20kg luggage lagi.

Mane nak cekau duit byk tu bro. Tambah sikit bleh dapat TV LCD 38" tu..
Tapi bak kata orang kalau kita usaha tentu ada jalannya.

Jadi langkah pertama adalah membuat pasport di Jabatan Imigesen, Kompleks PKNS Shah Alam.
Untuk infomasi terkini, pasport antarabangsa 16 muka masih RM300 dan kanak-kanak RM150. Walaupun anda membuat pasport untuk bayi anda berusia 5 hari sekalipun, bayi anda tetap kena RM150 dan memiliki paspot sendiri (bukan skali dengan ibu atau bapa)


Jika anda ingin membuat pasport di sana.
Langkah Pertama : Mengambil Borang Permohonan di Kaunter 13 bernilai RM1.00. Gambar 2 keping.
Langkah Kedua : Isi selengkapnya dan ambil nombor giliran di kaunter yang sama.
Langkah Ketiga : Masa menunggu untuk dipanggil kira-kira 1-2 jam dan penyerahan dokument adalah di kaunter 8 hingga 11.
Langkah Keempat : Kemudian anda ke kaunter 7 untuk urusan pembayaran.
Langkah Kelima : Pergilah makan tengah hari kerana pasport anda akan siap 2 jam dari masa serahan.
Langkah Keenam : Segala urusan di kaunter pengambilan paspot tidak boleh diwakilkan, walaupun anda seorang bayi - kecuali di kaunter penyerahan dokument tadi.

Infomasi di internet sangat membantu begitu juga buku panduan perjalanan (Traveler Guide). Jadi dengan maklumat yang ada, kami membuat sedikit penyelidikan tentang lokasi makanan dan tempat-tempat menarik di sana.


bersambung...

Wednesday, December 10, 2008

Tahun Baru.. cerita baru

2006 hingga 2009

3 tahun aku x jamah pun blog ni.. ape tah lagi untuk diupditasi..
ape nak cite? Ntah.
sape nak baca? Ntah.

Aku menulis ni pun ada beberape sebab antaranya;
1. Teman pro MU aku rajin tulis diari luahan hati peribadinya di laman sesawang ni.. namanya puspa (tetuan bleh lawat laman sesawangnya di sini http://blog.lovepuspa.com/)

2. Teman lama aku si pertmuffin.. masih menulis sampai sekarang.. rajin sungguh ye kamu pertmuffin (http://pertmuffin.blogspot.com)

3. Lebih pada mau menulis kembali... aku lihat bahasa si pert makin berkedut seninya.. tahniah pert..

keadaan tugas yang tak menentu.. situasi pejabat dimana kotak utama talian rangkaian sudah dilitupi perisai keselamatan. Aku fikir hanya porno saja yang tak boleh tembus perisai tu.. malah blog pun tak boleh jugak.. sungguh sempit kotak fikiran teman-teman aku yang berbuat demikian..

banyak lagi yang hendak aku karangkan. mengenai kerja.. privisi.. karangan tentang apa yang aku alami, rasa, sentuh, bau..

ada ruang aku kembali menulis lagi..