Friday, January 29, 2010

takziah

petang semalam gua dapat satu panggilan telefon dari kunyet
"ajua. alid meninggal la tadi. eksiden kat johor!"

gua punya sentap sampai terkelu. dan hilang mood nak dinner kat saloma bistro malam tu.

alid adalah kawan baik gua dari tingkatan 2 sampai sekarang. gua pernah tido rumah dia. kenal awek pertama dia. sama-sama layan rxz. bercuti ke pangkor bersama. segalanya bersama sampailah gua kawen pun dia jadi pengapit.

agak kelam kabut sembang sampai terputus. gua dah lari mood. last gua jumpe dia bulan lepas masa dia ajak masuk MLM. gua MLM ni memang anti. jadi gua pesan kat dia, jangan sebab MLM ni kita tak bertegur. lain kali kalau lu ada bisnes MLM nak ajak gua dengar pun, gua ok. tapi nak join belum tentu.

itulah sembang kali terakhir sebelum gua dengar berita meninggal ni.

kunyit call gua lagi.
"bukan alid la. adik dia kamal! bapak aku bagitau tadi"

gua dah sejuk sikit. kamal gua kenal-kenal gitu je. takziah jugak la kat keluarga alid. hilang sorang ahlinya.

terus gua teringat kata bapak gua.
"di mana kita mati. disitulah sebenarnya tanah asal badan kita. ada yang mati di mekah. maka disitulah asal kita sebelum digumpal jadi badan. kalau mati lemas di laut atau sungai. disitu jugaklah asal badan kita. pasir atau tanah dalam laut. cuma dikebumikan saja di tempat lain. tapi kita mati di atas tanah yang telah allah ambik sedikit untuk digumpal menjadi badan dan ditiupkan roh untuk hidup sebelum menjadi tanah semula"

alfatihah untuk kamal.

Wednesday, January 27, 2010

pelawat dari sragen indonesia

Pagi ni tahap kemas gua lebih hebat dari biasa. Mandi pun 3 minit lebih lama. Minyak rambut pun lebih secolek dari biasa. Perfum pun gua picit 8 kali. Biasa 3 kali pun dah banyak. Janggut gua yang macam mat tabligh ni pun gua dah trim kasi kemas. Sekali pandang gua ada perasan macam iras edika yusof pun ada. Tapi muka gua lebih mirip joni dep sebenarnya.

Hari ni gua ditugaskan untuk menyambut ketibaan delegasi dari sragen, jawa tengah, indonesia yang akan tiba tengahari nanti. Gua tanak Luna Maya kata orang Malaysia selekeh. Jadi sebab tulah gua berdandan pagi-pagi buta tanpa hiraukan caca pagi tadi yang sibuk ajak gua menonton barney.

Di pejabat tugasan telah dibahagikan dan gua berangkat ke lcct bersama shahrul, mar dan puspa menaiki bas mbsa. Setibanya di lcct, skrin informasi memeritahu penerbangan dari solo indonesia telah selamat tiba 15 minit tadi. kelam kabut kitorang menunggu di ketibaan antarabangsa.

setelah 10 minit menunggu kelibat ahmad dhani bersama para mulan jamilahnya tak timbul-timbul lagi. sambil tu gua peratikan hampir setiap minit ada saja pelancong yang datang ke Malaysia. Tapi Malaysia tak jugak penuh-penuh. Mana diorg ni menyorok ye! Gua syak diorang ni duduk atas loteng. Tak pun Bilik rahsia belakang kedai. Tau-tau lagi sebulan keluar berita salah guna permit lawatan sosial kat tivi. ramai-ramai naik blak maria pakai skirt.

Tunggu pun tak lama. Ketua delegasi bernama ibu Bonita pun tiba bersama 25 yang lain. 20 daripadanya awek.

Agak mengeluh jugak gua masa tu pasal gua membayangkan Luna Maya yang datang. Rupanya tak. Kebanyakkannya dah kawen pulak tu. Sia-sia gua korbankan janggut tabligh ni semata-mata nak nampak hensem di mata Luna Maya. Gua tertipu dengan godaan setan. Cilake!

Setelah bagasi disusun bawah bas dan delegasi tersengeh menikmati ekon bas. Gua maklumkan destinasi pertama adalah Penang delight alamanda putrajaya.

"kita pekena teh tarik dulu" jerit gua dalam bas. Merangkap pemandu pelancong. Terus terang cakap, walaupun gua nyanyi lagu dewa hari-hari. Jerit lagu Samson bagai tak mau kat pusat karaoke dan nonton sinetron petang-petang. Bila bersembang dengan orang indon live, haram gua tak paham apa butirnya.

gua paham sikit-sikit la perkataan : loh, gue, walikota, butuh, gratis, gampang dan perkataan kasar seerti dengannya. tapi untuk bahasa mendalam memang payah sangat gua nak ajak sembang.

setelah makan tengahari di putrajaya diorang dibawa pula ke karangkraf untuk melawat majalah pulak. gua memang lama teringin nak ronda-ronda dalam karangkraf. lu ingat senang ke nak masuk pejabat orang kalau takde sebab.

dan gua bertuah sangat dapat masuk sampai ke bahagian grafik dan kenal-kenal dengan budak sana. rupanya ramai yang mintak kerja kat mbsa tapi takde can. gua punye bangga jangan cakap. art director karangkraf pun 2-3 kali tanye kalau ada kekosongan kasitau awal-awal.

gua rasa kerja grafik kat karangkraf pun style gak ape.
"lu keje mane?"
"karangkraf.. gua design majalah impiana"
"waaaaa.." bukan kata gua tercengang. mak gua kat kampung pun bangga.

situasi gua pulak;
"lu keje mane?"
"mbsa. gua bahagian design"
"lu design apa?"
"gua buat billboard, majalah, poster bla..bla..bla.."
"betul ke lu buat semua. macam sub je.."
last-last gua dicop kaki kencing. padahal memang gua buat pun semua benda tu. tapi sebab gua takde portfolio segah "gua designer impiana" jadi orang tak kenal.

tapi terus terang cakap gua kalau bagi peluang keje kat karangkraf pun gua tak nak. macam stress je. kejar dateline tetiap minggu. peluang nak mengular pun macam tipis je. tapi komputer mac diorang memang gua nganga besar-besar la. gua pun pakai dell je. itu pun 7 tahun lepas punya pc.

sejam di karangkraf diorang terus ke hotel untuk di check-in. gua juga diajak beberapa orang teman untuk minum beer pada malam hari. gua sengeh dan menolak. lu kristian bole la togak. gua takkan nak togak coke pulak. macam tak kena. jadi gua cuma cakap tak bisa pak. esok lagi kerja!

pada sebelah malamnya ada jamuan makan malam di galeri shah alam beserta bapak walikota (datuk bandar) dan kepala dinas (pengarah) yang lain. kambing golek beb. 2 ekor lagi tu. gua sorang je dah bedal kaki kanan kambing tanpa pandang kiri kanan. nasi langsung tak usik. apatah lagi buah-buahan tempatan.

gua dan kambing golek tidak boleh dipisahkan.

malam tu gua sembang panjang dengan sorang delegasi yang bekerja sebagai fotografer. tak abis-abis promot olimpus p1 dia. gua kebetulan pegang nikon d90. teruk gak d90 gua kena hentam dengan dia. tapi gua sengeh je. kaler olimpus tak lari la. itulah ini lah. bila time ambik gambar gua tengok dia kelam kabut gak cari angle. sampai terlepas beberapa aksi menarik seperti majlis salam-salam dan bertukar cenderamata.

dalam hati gua cakap, kaler tak penting. yang penting moment. takkan sebab nak kaler cantik lu miss moment penting seperti salam dan cium pipi.

ikutkan gua kena follow rombongan ke uptown damansara. tapi sebab badan gua pun dah rabak. kena pulak zali ajak karaoke barang selagu dua. jadi gua hiburkan para tetamu dengan lagu korban cinta, lagu mawi m.nasir, lagu ghazal rabiah dan beberapa lagu lagi.

sampai kambing golek yang gua bungkus untuk bawak balik pun dah kena sapu orang.

gua pulang malam tu hampir jam 12 tengah malam selepas membantu zali kemaskan galeri mbsa untuk delegasi melawat esok pagi.

badan rabak weh.

Monday, January 25, 2010

demam teruk

isnin lepas tekak gua rasa pasir-pasir. macam nak demam je. gua tahan lagi. petang sikit badan gua sejuk panas, sejuk panas. aii.. lain macam je. ekon opis rosak ke. ekon badan gua dah jem. gua tahan lagi. bila nak tido malam je alik alik kena pakai sweater dengan stokin pulak. yang tu gua tak bole tahan. biasa tido pakai seluar bola je. tiba-tiba bole tukar selera pakai sweater. ini tak betul.

tido pun dah tak sedap. meringkok macam udang. gua tengok caca tido.. nahhh.. terkangkang besar langsung tak usik selimut. bini gua tido.. mak aiii.. lena sungguh. gua tergolek-golek.. itu tak kena ini tak kena. macam ni gayanya gua kena gi klinik esok, bisik hati gua yang tak sedap hati tu.

esoknya gua pegi keje macam biasa. tapi dah ada uniform baru ~ sweater!
keje gua banyak bole tahan. tapi gua asyik batuk-batuk je macam orang sakit TB. badan pun panas lain macam. kompomlah esok gua Mesti Cuti (MC). jarang gua dapat mc free ni. biase beli je. jadi moment untuk gua jumpe doktor kesayangan tiba pada sebelah petang.

gua ke salam medical. kebetulan pesakit lain pun takde. dapat pulak doktor pompuan. makin lama la gua mengadu. ternampak pulak buku mc doktor tu tebal lagi. gua sengeh terangguk-angguk.

macam-macam gua suruh doktor tu cek. darah tinggi, kencing manis, cek tekak, buah pinggang. gua ingat nak cek sama ada gua ada masalah peranakan ke. doktor kata tak perlu. oo.. takde masalah la tu. dan selepas itu ini gua dihadiahkan sekeping kertas MC dan seplastik ubat.

esoknya gua duduk rumah layan cerita gadis dari bintang, astro ria. cerita macam haram! kalau gua tau cerita kat tivi tak sedap pada hari biasa, pasti gua jaga kesihatan betul-betul.

Tuesday, January 19, 2010

lawatan ujung minggu

ahad lepas bini gua mengajak ke karnival masuk U kat stadium malawati. saja nak tengok kot-kot ada peluang nak sambung kat cambridge ke. yale universiti ke. atau sekurangnya universiti of tokyo ke.

gua pun tumpang bangga kalau bini gua gred kat oxford.
"lu cuti lama-lama ni pergi mana?" soal bos gua.
"london! bini gua gred phd kat oxford" jawab gua ringkas sambil mendongak sombong.
"lu ada phd? ape! U tempatan! gua rasa perbualan kita tamat disini saje. apa cakap bini gua nanti. bergaul dengan budak universiti tempatan" jawab gua bongkak.

itu kalau ambik oxford. kalau ambik harvard? nak duduk malaysia pun segan dengan tahap pendidikan negara yang lemah sistemnya. nanti apa kata prof Gordon McKay kalau dia tanye nanti. gua tanak dia memandang rendah sistem pendidikan malaysia. jadi baik gua diam-diam.

gua parking kat perkarangan stadium shah alam dengan harapan tak menapak jauh. rupanya gua silap. pintu utama nun kat bawah sana. jadi gua menapak naik turun tangga dengan hati panas. bab pintu masuk pun kelam kabut. belum gua suruh selesaikan kalkulus dan teori relatif lagi.

suasana di luar dan dalam stadium malawati penuh dengan budak sekolah pakai baju putih biru. datang couple-couple. tukar-tukar nombor telefon. menjerit-jerit. dah ada kamera dslr. henpon jangan cakap. lagi canggih dari ipon gua.

dengan berpayung di bawah terik mentari gua menggeleng lemah. salah ibu bapa ke. salah cikgu ke. salah kawan-kawan ke atau salah sendiri. gua pandang caca dengan harapan tinggi.

"lu kalau tak boleh study. lu kerja betul-betul. ramai jutawan yang berjaya bukan dari spm. dari usaha!" gua sound caca sambil tenung matanya dalam-dalam.

caca angguk dan tunjuk ke arah belon doraemon kat tepi jalan.
"nak!"

"lu nak jadi usahawan belon? nanti ayah tanye kawan!" balas gua dan terus buat tak tau kat caca yang tengah menjerit nak belon.

dalam dewan penuh manusia. ada pelbagai booth universiti. paling padat booth uitm. gua sengeh. lu tak tau ke ramai graduan uitm yang takde kerja. semua lari bidang. ambik engine keluar jadi polis. ambik AD keluar jadi budak sales.

bini gua belek kertas program uitm yang terletak di slot rak.
"program phd takde ke?" soal gua dalam nada tinggi. gua tengok awek baju sekolah yang menyendeng sebelah gua menjarak kan diri. mungkin segan. gua sengeh dan menyambung;
"nanti gua call profesor madya kot boleh tolong ke. dapat anugerah dekan tetiap tahun pun lu masih kena bersaing dengan orang ke. universiti apa macam ni"

gua tengok ada dua tiga mak budak sengeh-sengeh kat gua. macam berharap gua boleh tolong masukkan anak dia kat uitm. gua acah je tu, bisik hati gua yang kecil.

booth universiti-universiti lain pun sama. penuh orang dan gua cari gak universiti luar macam UM singapore ke. atau universiti of tokyo ke. nampaknya harapan tipis. ling kok wing pun takde. mungkin ling kok wing kata karnival macam ni bukan taraf dia. gua pun kata, betul lah. bukan taraf gua pun.

gua dan bini gua dah takde mood nak lepak lama-lama. perut lapar tahap tinggi. gua start enjin dan terus menghala ke sacc mall makan kat asiari.

Friday, January 15, 2010

dapat pingat!

tadi gua baru abis meeting dengan roni liu. mamat ni orang kuat mb selangor. first time gua meeting dengan dia ni semenjak jadi exco kerajaan negeri. tapi tak seseronok meeting dengan nik aziz. gua siap makan nasi lemak lauk paru lagi dengan tuan guru. siap cedokkan nasi tambah lagi.

yang tak syoknye, meeting dengan dia bawak geng cina. pastu cakap cina lagi. gua apa paham cakap cina. lu bantai speaking jawa gua reti la sitik-sitik.. ehh.. cakap jawa plak.

muzakarah tadi cite pasal persiapan pesta cap goh meh ujung bulan dua. buat kat i-city berhad seksyen 7. gua biasalah. buat map, kad jemputan, banners, poster. rupanya roni liu suka design gua.

bak kata bos "map yang lu bikin tu dia simpan dalam diari!"

kembang gak hati bila dengar. terus gua tak jadi makan tengahari semata-mata buat kerja roni liu. dalam kepala gua dah terbayang kena tempah baju melayu itam. belajar protokol sikit. ujung tahun dah boleh jumpa sultan ambik pingat.

tahun depan kad gua pun ada perkataan tambahan la kat belakang. spm ke. upsr ke. jkr ke. kalau tambahan kat depan layan gak. datin sri ke. toh puan ke. lepas ni gua nak makan pagi pun tengok orang la.

kurang-kurang datuk bandar. paling cikai pun bendahara sultan. banyak gak kena belajar adab ni. gua pun kurang ajar boleh tahan. takpe.. pelan-pelan kayuh.

yang penting kerja roni liu gua kena settle dulu.

Thursday, January 14, 2010

camron highland tahun baru - 3

pagi esoknya gua sukar sangat nak bangun tido. air liur gua dah jadi ais kat tepi katil. lidah gua pun dah terlekat kat lantai rumah. nak cakap mintak tolong pun susah. gua takde pilihan selain panaskan lidah dengan cahaya henpon. agak lama jugak nak cairkan air liur tu tapi berkat kesabaran yang ustaz gua ajar akhirnya berbaloi juga.

pagi tu suasana dapur sangat sibuk. tungtang tungtang macam orang kenduri kawen dan gua tak ambik port pun hal dapur. yang gua tau, cukup masa makan! dan pagi tu dengan tak gosok gigi gua bersidai depan rumah dengan kaki naik atas meja sibuk buat-buat asap kat mulut.

ada sikit la asap keluar. tu pun nampak tak nampak je.

abang alis dari malam tadi sibuk ajak naik gunung berinchang.
"best! kabus tutup jalan. lu tak nampak kereta depan beb!" gua lopong dengar.
"kitorang pernah naik sampai atas. ada satu rumah tu siap tanam strawberi tepi rumah je" sambung abang alis lagi. gua yang tak tau cerita lopong je la. kalau dia kencing pun, gua pun lopong je la tadah.

dan orang paling awal siap pagi tu adalah abang alis!
siap dah panaskan enjin kereta lagi.

gua dengan tak gosok gigi. ikut je la gurung berinchang tu. yang mengikut adalah mamen, mak, abah, gua dan acap. naik satu kereta je. gua target atas gunung tu gua nak posing paling oversea skali. nampak macam baru balik bercuti dari alaska la.

mula-mula sarapan dulu kat tanah rata. gua order roti canai panas. sampai kat depan gua dah suam-suam macam roti semalam. minum teh tarik pun tak kick. dah rasa teh ais je. tune pun lari. gua layan acap je gelak-gelak sambil tengok betis amoi lalu lalang.

baru nak gerak ke gunung mak gua plak ajak cari selipar kat pekan. patah balik cari selipar pulak. dah dapat selipar. masuk dalam kereta mak ajak pegi situlah sinilah.

last-last pegi taman rekreasi kampung sedia tengok air terjun je. apa benda kabus pun gua tak jumpa. kemuncup banyak la. pastu terus balik rumah. takde langsung gambar posing oversea yang gua plan tu. gua bajet mak goyang naik gunung tinggi-tinggi. tu pasal dia dah set awal-awal ajak tempat lain. bijak sungguh.

kat rumah pun satu hal. nak mandi pun lambat. sampai gua dah tidur. bangun. tidur balik. pun masih ramai yang tak mandi lagi. bila turn gua mandi sampai. balas dendam. gua mandi tak ingat punya lama. (3 minit je pun )

gua sound abang alis;
"terus check out la. pebenda nak lepak umah ni lama-lama. badan gua gatal-gatal la lepak sini" dan abang alis terus setuju dengan usul itu.

kemas barang terus berangkat ke ravi farm. lepas sikit dari kea farm. tapi nak sampai ke sana punyelah azab. sampai gua menyumpah-nyumpah. jem lebih 5 kilo dari pasar brinchang. dah la perjalanan mendaki. hand brake fail. radio pun asyik-asyik lagu raya. mana punya stesyen la pasang lagu raya ni. gua tengok 97.6. tapi lagu raya. gua syak stesyen lain ni. stesyen orang asli kot.

perut pun lapa.

gua suruh gitaris indie pegi selongkar bonet cari makanan masa tengah jem tu. turun seat belakang. tak dapat! last-last ambik dari luar. bukak bonet belakang. dapatlah biskut tiger dan cokelat bar. kitorang bedal sambil gelak-gelak. sebelum cokelat tu dirampas kembali oleh abang fuzi tak lama kemudian. dia pun siap keluar kereta tanye khabar kitorang sebelum rampasan terjadi.

rupanya jem di kea farm. semua cina bukit pakat berenti parking tepi. sampai bas tak bole lalu pastu nyusahkan gua nak pegi ravi. gua tengok cina-cina bukit ni takdelah banyak membeli pun. kenapa trak besarkan jalan. terutama pusat tumpuan macam kea farm tu. tinggikan cukai peniaga cameron. semua dah jutawan. tokeh kilang teh boh pun gua dengar cerita sampai mampu beli pulau. jadi duit cukai tu salurkan untuk pembinaan jalan, tempat parking kereta, tempat rehat. sekurangnya meningkatkan sektor pelancongan di cameron. benda-benda macam ni pun gua kena pikir ke.

bersambung

Thursday, January 07, 2010

cameron highland tahun baru - 2

perjalanan ke cameron ikut tapah memang mencabar gearbox waja gua. kornar tajam dengan jalan berlubang sana sini memang memerlukan ketajaman mata yang jitu untuk gua peratikan. jalan ikut simpang pulai lagi sedap gua rasa. jalan pun lebar. nak nyanyi kuat-kuat sambil pejam mata pun gua tak rasa takut pandu sampai brinchang.

ikut tapah? bukan kata nyanyi, nak pandang kereta belakang pun gua takut tak sempat.

pendakian mengambil masa 45 minit dengan gear 3 dan 2. ada beberapa tempat lu akan bertembung dengan keluarga orang asli yang jual petai sambing menyangkung. atau jual durian sambil isap rokok daun dan duduk atas pangkin dengan kaki sebelah naik.

"apa je aktiviti diorang ni ujung minggu?" soal anis.
"gua syak diorang ni ada facebook la"

anis gelak dan berkata
"apa nama diorang dalam fesbok agaknye?"

"Untung Anak Rugi" isteri gua meneka.
"entah-entah Baki Anak Belen" gua teka.

"gua syak diorang ambik durian pun pakai jaket hiphop. entah-entah ada jamming studio kat bawah tu" anis berkata dalam imiginasinya yang tinggi sambil memandang keliling dengan spek raybannya. gua ada syak yang tinggi satu hari anis akan nyanyi lagu rock featuring Baki Anak Belen di bawah label hal ehwal orang asli perak.

cuasa makin sejuk dengan kabus itam berkumpul di puncak bukit. gua syak malam ni ada harapan bersembang mulut keluar asap. gua sengeh panjang dan anis menggelupur kerana dia hanya bawak seluar pendek aje.

"gua ingatkan cameron tu panas biasa je" keluh anis.
"lu ingat kita nak pegi cameron kat afrika tu ke!" balas gua. padan muka lu.

berehat sebentar di shell ringlet sambil pekena air kencing manis ~ coke. dan terus ke tanah rata dan destinasi terahir adalah di kampung sedia. lepas sikit dari tanah rata. kami akan bermalam di homestay yang telah ditempah awal oleh abang alis.

sesampai saja homestay yang dimaksudkan. gua terdiam kejap. dalam hati gua bajet homestay tu banglo dua tingkat ada swimming pool. atau sekurangnya banglo besar seperti dalam cerita hindustan. rupanya rumah biasa dua bilik tido dan dua bilik air beserta ruang tamu yang luas. lebih kurang macam rumah sewa gua je. cuma besar sikit je. baik lepak umah gua kalau tau macam ni.

tapi suasana cun. dia punya sejuk petang tu, memang salute la. lepak tepi jalan sambil pekena teh tarik. rasa macam belakon iklan rokok salem pulak.

masa kat rumah hatta tengahari tadi, dengar cerita kak ani ontheway ke cameron gak. gua terkejut besar mendengar berita tu. pasal dalam metro kata lu tak pegi.
jadi lu bayangkan la, 2 jam lepas call. dia dah sampai depan homestay dengan mazra rx-8nya sengeh-sengeh. gua tanye abang fuzi, (kerja sebagai CEO di Uniasia) bape laju lu besit mazda tu?

"80 je!" jawab dia sambil cekak pinggang dan hembus asap rokak tanpa rasa bersalah di atas pencemaran yang berlaku.

gua sengeh dan rasa macam nak tumbuk je mazda dia tu. lojik ke bawak 80 bole besit sejam lebih sampai puncak. dari klang plak tu. gua ada syak yang tinggi mazda dia tu ada sayap dan enjin supersonik.

kedatangan kak ani sekeluarga telah memadatkan lagi rumah kecik tu. gua sound abang alis
"lain kali lu carik banglo besar sikit brader. nasib baik fazura kata kensel. segan beb! tido atas lantai ngan artis. caca lagi. kakcik lagi."

"lu nak tido sedap bayar hotel la!" sound abang alis. dan gua rasa jawapan tu perlu dibalas dengan tumbukan padu di perut gebunya.

pada malamnya kami semua ke pasar brinchang untuk beli sayur dan jamu mata. gua memang target strawberry cokelat je. dah dua tahun gua tak rasa strawberi cokelat cameron. jadi malam tu gua balun kat 10 cucuk.

asal orang tanye je "mana strawberi cokelatnye?"
gua terus berlari beli 3 batang. gua balun 2 yang lain bagi orang. jadi lu bayangkan la bape banyak kali gua pegi beli strawberi. sampai stok kat amoi tu pun dah abis. gua sampai beli kedai lain.

kaki gua sakit-sakit gak sebab malam tadi gua kerja sampai kul 2 pagi. tido pun tak cukup. drive lagi 2-3 jam. berjalan kat pasar tu naik turun bukit boleh tahan jauhnya. dukung caca lagi. gua dah hampir carik rumah urut je time tu. nanti kena rush pulak. jadi gua buat muka ketat je la sepanjang malam tu.

waja gua pun satu hal gak. handbrake problem. bila parking lereng mesti simpan gear satu. tayar depan  botak. jalan licin. puh.. sejuk-sejuk pun berpeluh gak la kening.

acara malam selepas ke pasar adalah melepak kat rumah sambil makan-makan. lu bayangkan la tivi pun boleh tengok tv1 dan 2 je. nak main snuker nun jauh kat ringlet. ape je aktiviti gua bole buat. selain buat lawak sepanjang malam dan menengok anak buah yang sekolah rendah tu update fesbok. (laptop dibawa oleh kak ani)

caca pun gua tengok macam dah faham-faham. pukul 10.30 mata mesti kuyu. last-last gua pun layu sama. tido atas kain pelekat. selimut pun dapat ujung je. dengan cuaca -1. gua pun tak tau malam tu gua tido ke atau pengsan. sedar-sedar dah subuh.

bersambung.

Tuesday, January 05, 2010

cameron highland pada tahun baru

dengan kadar penat yang tinggi sampai tak boleh nak jengket kaki. gua gagahkan diri jugak pergi basuh kereta pukul 7 pagi semata-mata nak nampak kereta berkilat masa panjat cameron kejap lagi. sambil tu gua check gak enjin. jangan bikin spoil sudah. harap kereta kilat tapi duduk tepi highway apa barang.

bini gua buat urusan dapur dia. caca pun buat urusan dia gak sambik kehulu kehilir pegang bantal. last-last gua suruh dia tolong basuh kereta sekali. gua lap body, dia lap tayar. gua cium bumper, dia cium jalan. gua siram kereta, dia mandi dalam baldi.

gua rasa minat dia esok tak berkaitan dengan kereta.
sebab gua suruh lain, dia buat lain.

abang alis datang sambil memantau keadaan gua sekeluarga dan bertanya;
"bila nak siap?" sambil cekak pinggang.

"lu tunggu 30 minit sambil kilatkan tayar livina lu tu. nanti gua sampai" balas gua sambil kiwikan selipar crocs kasi itam sikit. biar awek cameron nganga sikit tengok.

berkumpul di rumah mak dengan 3 buah kereta sedia beraksi.
waja r3, livina-impul, kenari-move.
menanti di hentian sungai buloh adalah pesona limited edisi.

waja r3 gua ditumpang oleh 2 kutu meru.
gitaris indie band - anis
fotografer saiful nang - ayus

livina-impul dipenuhi oleh warga emas
ketua marhaban - mak
presiden van jenazah semenanjung - abah
pilot MAS - abang alis
pengetua sekolah integrasi - kak atul
dan anak-anaknya

kenari-move hanya diisi tuan punya ahli keluarga sahaja
ketua pengarah jkr sabak - mamen
isteri dan anak

menanti di hentian sungai buloh adalah
setiausaha datuk falak - kak awa
dan keluarga

perjalanan lancar dari setia alam dengan kelajuan minimum 130km/j. segala kenderaan kecil seperti bmw 5 series dan alpard kitorang bagi bagi hi-beam. bagi hormat sikit kereta import macam waja r3 gua ni. ada jugak sekali nissan skyline cuma memotong. gua sikit pun tak gentar. gua kasi nos 3 saat terus hilang nyorok kat hentian sebelah.

lagi 5 kilo nak sampai hentian tapah. kenari-move mamen problem. gua dah wakie takie awal-awal. enjin kenari lu tu gua dengar bunyi pisten masa lu start turbo. lagi lu nak tekan. sekarang tak pasal-pasal kena towing kat tapah. nasib baik skyline tu tak nampak gua parking atas rumput tepi highway. kalau tak mau gua kena bahan kat forum internet minggu depan.

memandangkan perjalanan jauh lagi. kereta mamen pun dah semput. kami berkampung sekejap di rumah kawan abang alis - hatta di tapah. sempat jugak gua solat jumaat di masjid sana. yang syoknya, air paip untuk ambik wuduk tu punyalah sejuk. sampai gua kumur-kumur telan terus. lupa nak buang!

habis solat dan doa. kitorang terus lepak kejap rumah abang hatta dan pekena ikan pari masak asam. dia punya sedap! gua rasa macam nak baring sambil makan. tapi rumah orang takkan nak baring. apa kata mak gua pulak. hilang la status dia sebagai ratu kebaya tahun 60an dulu.

kereta lumpuh sebijik. tinggal 3 bijik. nampaknya tumpang-tumpang la. waja r3 gua diisi anak kak awa. seorang pelajar sekolah menengah yang sedang mendalami ilmu pengitaran. bakal keluar EP katanya. gua cakap dengan dia, lu belajar elok-elok. kalu tanak belajar lu kawen je. gitar lu tu bagi caca. dia pun boleh perform.

pendakian ke cameron diteruskan.

bersambung...

tahun baru

setiap tahun cerita "apa azam lu tahun ni?" mesti ada punya. macam-macam azam la. dulu masa aku tingkatan 4 sekolah asrama, azam aku hanya satu sahaja. dan azam tu kekal sampai hari ni.

"gua nak pandai satu benda dalam satu tahun?"

dan bermula dari umur 16 tahun sehinggalah umur aku sekarang lebih 30 tahun. azam aku hanya satu tu je. gua mesti tau satu benda dalam satu tahun.

umur 16 - dulu aku pengawas asrama dan sekolah.
azam:  untuk jadi pengawas yang cool dan sabar. dan berjaya selesaikan hal asrama dengan dan rokok tanpa rusuhan berdarah dan mogor lapar!
- jadi orang sabar.

umur 17 - spm!
azam : pangkat 3. atau SAP (saja ambik periksa). dan aku dapat pangkat 2. ok la.
- jadi orang pandai

umur 18 - aku belajar melukis kartun dan ada sijil lukis kartun lagi.
azam : dapat tunjuk ajar kartunis gayour kat Ujang. tercapai!
- pandai melukis

umur 19 - aku belajar di sungai petani. duduk penjara 1 sem je. pastu duduk rumah sewa.
azam : tanak repeat paper dan tak bawak awek ke rumah sewa. tercapai!
- belajar idup berdikari.

umur 20 - abis blajar dan mula mencari kerja.
azam : bekerja di perunding haz tercapai! tima kasih ir halim jamaluddin. bos gua beb!
- belajar cari duit sendiri. gua tak mintak duit mak semenjak dari tahun itu.

umur 21 - dah kerja mesti ada motor.
azam : ferari atau honda cbr600. tapi aku pakai RX-Z. tercapai!
- belajar bawak motor dan kereta.

umur 22 - aku banyak pindah kerja.
azam : nak cari tempat gaji lebih. bapak aku suruh masuk gomen. tercapai!
- belajar usaha sendiri. gua sulong beb. semua buat sendiri.

umur 23 - mood blajar ada lagi ni walaupun dah kerja.
azam : sambung blajar. tercapai! ambik dip. multimedia partime kat IPTS.
- pandai guna adobe photoshop, illustrator, flash, javascript dll..

umur 24 - aku eksiden tulang belakang patah 3. aku hampir lumpuh leher ke bawah!
azam aku : mampu berjalan semula! dan berjaya beberapa bulan kemudian. motor ilang beberapa bulan kemudian dan aku dah mampu pakai kereta proton saga BCR.
- semua orang kata aku mati idup semula. aku banyak sangat belajar hidup tahun tu.

umur 25 - kereta dah ada awek dah ada apa tunggu lagi!
azam : nak kawen la wei! tapi duit takde. jadi aku tunang dulu bulan oktober tahun tu.
- belajar merisik, bertunang, cari cincin, cari partime, cari sparepart awek baru..

umur 26 - tunang dah ada bila nak sanding?
azam : kawen secepat mungkin. tercapai awal tahun. nikah hari valentine. segalanya berubah selepas itu. belajar hidup sendiri. duduk rumah sewa dan beli barang-barang keperluan. peti ais, tv dll.
- belajar kawal duit sendiri dan kawal keluarga.

umur 27 - proton saga meragam je. sikit-sikit kena servis.
azam : beli kereta baru. tercapai! dapat waja 1.6. dan dah beli superbike baru pun.
- belajar berbelanja dan deal harga.

umur 28 - kerja gaji sikit la. tak cukup!
azam : pindah kerja! dapat jadi graphic designer di jabatan korporat. gaji? double dari dulu!
- belajar berjimat sebab boros boleh tahan.

umur 29 - rumah lama tak best.
azam : pindah rumah. tercapai! dapat rumah besar sikit dari dulu dan dekat dengan surau.
- belajar agama. gua mengaji tak henti dari tahun tu sampai hari ni. last ngaji masa skolah.

umur 30 - rumah takde seri. takde anak!
azam : bikin anak. alhamdulillah tercapat! marissa amani keluar bulan mac dengan pelbagai rintangan masa ibu menjaganya. terutama sakit bell palsy (lumpuh sebelah muka) masa mengandungkannya.
- belajar buat susu 3 pagi. cebok caca berak 6 pagi.

umur 31 - caca menang peraduan ke gold coast australia.
azam : tunaikan impian kami melancong ke gold coast australia. tercapai pada bulan mac.
- belajar banyak jugak halnya seperti pasport, visa, duit, penginapan. tapi tercapai juga.

umur 32 - 2010. so apa azam aku?
kami berazam untuk buat rumah di tanah yang telah diamanahkan. insya allah!
duit banyak nak guna tu oii...!!
mungkin aku belajar banyak menda berkaitan rumah pulak la kot.

nak cakap-cakap pun kena hati-hati

cerita satu.

aku tunggu depan lif dengan kadar lesu yang tinggi selepas bercakap dengan tuhan sebentar tadi. bersama-sama 3 orang pemuda yang aku jumpa sebentar tadi saling bersalam selepas berdoa.

aku pandang shaari dan tersenyum. lama kenal dia ni. kaki lawak boleh tahan.
pintu lif terbuka dan kami sama-sama masuk dan masing-masing macam paham je. masuk lif mesti pandang pintu lif. mesti pandang nombor kat atas lif. ada ke orang berdiri pandang dinding lif?

"lu sihat ke? macam letih je" shaari bersuara.
"gua sengal-sengal sikit la" sambil urut-urut bahu.
"sian gak kat lu ye. kerja pun teruk" shaari tersenyum.
"lu ada tempat urut ke. jangan makan sorang beb!" ayat aku.
"gua ada barang nak cerita kat lu ni. nanti gua datang tempat lu la. bagus benda ni"

aku terkejut sikit dan tersengeh.
"lu datang la tempat gua. takde hal punye" dan shaari turun di tingkat 4. dan gua turun di tingkat seterusnya sambil berfikir.

'gua cuma cakap ~ letih sikit la. pun boleh jadi modal bisnes ke!!'

cerita dua.

"lu ada seratus. pinjam bole!" ujar seorang kawan satu petang di cafe.
"seratus ada la. tapi kena cocok dulu. bila nak pulang?" aku kaget.
"aii seratus pun nak berkira. lu macam pokai je"
aku macam angin je dengar.
"pokai gak la. gua nak beli pempes caca lagi. nak beli susu caca lagi.."
"abis lu pokai la. gua ada satu bisnes nak kongsi dengan lu ni.. pulangan bagus.. modal sikit je.. bla.. bla.. bla.."

aku senyum sambil menggeleng dan berkata dalam hati
'gua cakap ~ pokai. pun bole jadi modal bisnes ke!!'

lepas ni aku kena hati-hati la bercakap dengan orang bisnes ni. semua benda boleh jadi modal bisnes.