Thursday, January 07, 2010

cameron highland tahun baru - 2

perjalanan ke cameron ikut tapah memang mencabar gearbox waja gua. kornar tajam dengan jalan berlubang sana sini memang memerlukan ketajaman mata yang jitu untuk gua peratikan. jalan ikut simpang pulai lagi sedap gua rasa. jalan pun lebar. nak nyanyi kuat-kuat sambil pejam mata pun gua tak rasa takut pandu sampai brinchang.

ikut tapah? bukan kata nyanyi, nak pandang kereta belakang pun gua takut tak sempat.

pendakian mengambil masa 45 minit dengan gear 3 dan 2. ada beberapa tempat lu akan bertembung dengan keluarga orang asli yang jual petai sambing menyangkung. atau jual durian sambil isap rokok daun dan duduk atas pangkin dengan kaki sebelah naik.

"apa je aktiviti diorang ni ujung minggu?" soal anis.
"gua syak diorang ni ada facebook la"

anis gelak dan berkata
"apa nama diorang dalam fesbok agaknye?"

"Untung Anak Rugi" isteri gua meneka.
"entah-entah Baki Anak Belen" gua teka.

"gua syak diorang ambik durian pun pakai jaket hiphop. entah-entah ada jamming studio kat bawah tu" anis berkata dalam imiginasinya yang tinggi sambil memandang keliling dengan spek raybannya. gua ada syak yang tinggi satu hari anis akan nyanyi lagu rock featuring Baki Anak Belen di bawah label hal ehwal orang asli perak.

cuasa makin sejuk dengan kabus itam berkumpul di puncak bukit. gua syak malam ni ada harapan bersembang mulut keluar asap. gua sengeh panjang dan anis menggelupur kerana dia hanya bawak seluar pendek aje.

"gua ingatkan cameron tu panas biasa je" keluh anis.
"lu ingat kita nak pegi cameron kat afrika tu ke!" balas gua. padan muka lu.

berehat sebentar di shell ringlet sambil pekena air kencing manis ~ coke. dan terus ke tanah rata dan destinasi terahir adalah di kampung sedia. lepas sikit dari tanah rata. kami akan bermalam di homestay yang telah ditempah awal oleh abang alis.

sesampai saja homestay yang dimaksudkan. gua terdiam kejap. dalam hati gua bajet homestay tu banglo dua tingkat ada swimming pool. atau sekurangnya banglo besar seperti dalam cerita hindustan. rupanya rumah biasa dua bilik tido dan dua bilik air beserta ruang tamu yang luas. lebih kurang macam rumah sewa gua je. cuma besar sikit je. baik lepak umah gua kalau tau macam ni.

tapi suasana cun. dia punya sejuk petang tu, memang salute la. lepak tepi jalan sambil pekena teh tarik. rasa macam belakon iklan rokok salem pulak.

masa kat rumah hatta tengahari tadi, dengar cerita kak ani ontheway ke cameron gak. gua terkejut besar mendengar berita tu. pasal dalam metro kata lu tak pegi.
jadi lu bayangkan la, 2 jam lepas call. dia dah sampai depan homestay dengan mazra rx-8nya sengeh-sengeh. gua tanye abang fuzi, (kerja sebagai CEO di Uniasia) bape laju lu besit mazda tu?

"80 je!" jawab dia sambil cekak pinggang dan hembus asap rokak tanpa rasa bersalah di atas pencemaran yang berlaku.

gua sengeh dan rasa macam nak tumbuk je mazda dia tu. lojik ke bawak 80 bole besit sejam lebih sampai puncak. dari klang plak tu. gua ada syak yang tinggi mazda dia tu ada sayap dan enjin supersonik.

kedatangan kak ani sekeluarga telah memadatkan lagi rumah kecik tu. gua sound abang alis
"lain kali lu carik banglo besar sikit brader. nasib baik fazura kata kensel. segan beb! tido atas lantai ngan artis. caca lagi. kakcik lagi."

"lu nak tido sedap bayar hotel la!" sound abang alis. dan gua rasa jawapan tu perlu dibalas dengan tumbukan padu di perut gebunya.

pada malamnya kami semua ke pasar brinchang untuk beli sayur dan jamu mata. gua memang target strawberry cokelat je. dah dua tahun gua tak rasa strawberi cokelat cameron. jadi malam tu gua balun kat 10 cucuk.

asal orang tanye je "mana strawberi cokelatnye?"
gua terus berlari beli 3 batang. gua balun 2 yang lain bagi orang. jadi lu bayangkan la bape banyak kali gua pegi beli strawberi. sampai stok kat amoi tu pun dah abis. gua sampai beli kedai lain.

kaki gua sakit-sakit gak sebab malam tadi gua kerja sampai kul 2 pagi. tido pun tak cukup. drive lagi 2-3 jam. berjalan kat pasar tu naik turun bukit boleh tahan jauhnya. dukung caca lagi. gua dah hampir carik rumah urut je time tu. nanti kena rush pulak. jadi gua buat muka ketat je la sepanjang malam tu.

waja gua pun satu hal gak. handbrake problem. bila parking lereng mesti simpan gear satu. tayar depan  botak. jalan licin. puh.. sejuk-sejuk pun berpeluh gak la kening.

acara malam selepas ke pasar adalah melepak kat rumah sambil makan-makan. lu bayangkan la tivi pun boleh tengok tv1 dan 2 je. nak main snuker nun jauh kat ringlet. ape je aktiviti gua bole buat. selain buat lawak sepanjang malam dan menengok anak buah yang sekolah rendah tu update fesbok. (laptop dibawa oleh kak ani)

caca pun gua tengok macam dah faham-faham. pukul 10.30 mata mesti kuyu. last-last gua pun layu sama. tido atas kain pelekat. selimut pun dapat ujung je. dengan cuaca -1. gua pun tak tau malam tu gua tido ke atau pengsan. sedar-sedar dah subuh.

bersambung.

No comments: