Wednesday, January 27, 2010

pelawat dari sragen indonesia

Pagi ni tahap kemas gua lebih hebat dari biasa. Mandi pun 3 minit lebih lama. Minyak rambut pun lebih secolek dari biasa. Perfum pun gua picit 8 kali. Biasa 3 kali pun dah banyak. Janggut gua yang macam mat tabligh ni pun gua dah trim kasi kemas. Sekali pandang gua ada perasan macam iras edika yusof pun ada. Tapi muka gua lebih mirip joni dep sebenarnya.

Hari ni gua ditugaskan untuk menyambut ketibaan delegasi dari sragen, jawa tengah, indonesia yang akan tiba tengahari nanti. Gua tanak Luna Maya kata orang Malaysia selekeh. Jadi sebab tulah gua berdandan pagi-pagi buta tanpa hiraukan caca pagi tadi yang sibuk ajak gua menonton barney.

Di pejabat tugasan telah dibahagikan dan gua berangkat ke lcct bersama shahrul, mar dan puspa menaiki bas mbsa. Setibanya di lcct, skrin informasi memeritahu penerbangan dari solo indonesia telah selamat tiba 15 minit tadi. kelam kabut kitorang menunggu di ketibaan antarabangsa.

setelah 10 minit menunggu kelibat ahmad dhani bersama para mulan jamilahnya tak timbul-timbul lagi. sambil tu gua peratikan hampir setiap minit ada saja pelancong yang datang ke Malaysia. Tapi Malaysia tak jugak penuh-penuh. Mana diorg ni menyorok ye! Gua syak diorang ni duduk atas loteng. Tak pun Bilik rahsia belakang kedai. Tau-tau lagi sebulan keluar berita salah guna permit lawatan sosial kat tivi. ramai-ramai naik blak maria pakai skirt.

Tunggu pun tak lama. Ketua delegasi bernama ibu Bonita pun tiba bersama 25 yang lain. 20 daripadanya awek.

Agak mengeluh jugak gua masa tu pasal gua membayangkan Luna Maya yang datang. Rupanya tak. Kebanyakkannya dah kawen pulak tu. Sia-sia gua korbankan janggut tabligh ni semata-mata nak nampak hensem di mata Luna Maya. Gua tertipu dengan godaan setan. Cilake!

Setelah bagasi disusun bawah bas dan delegasi tersengeh menikmati ekon bas. Gua maklumkan destinasi pertama adalah Penang delight alamanda putrajaya.

"kita pekena teh tarik dulu" jerit gua dalam bas. Merangkap pemandu pelancong. Terus terang cakap, walaupun gua nyanyi lagu dewa hari-hari. Jerit lagu Samson bagai tak mau kat pusat karaoke dan nonton sinetron petang-petang. Bila bersembang dengan orang indon live, haram gua tak paham apa butirnya.

gua paham sikit-sikit la perkataan : loh, gue, walikota, butuh, gratis, gampang dan perkataan kasar seerti dengannya. tapi untuk bahasa mendalam memang payah sangat gua nak ajak sembang.

setelah makan tengahari di putrajaya diorang dibawa pula ke karangkraf untuk melawat majalah pulak. gua memang lama teringin nak ronda-ronda dalam karangkraf. lu ingat senang ke nak masuk pejabat orang kalau takde sebab.

dan gua bertuah sangat dapat masuk sampai ke bahagian grafik dan kenal-kenal dengan budak sana. rupanya ramai yang mintak kerja kat mbsa tapi takde can. gua punye bangga jangan cakap. art director karangkraf pun 2-3 kali tanye kalau ada kekosongan kasitau awal-awal.

gua rasa kerja grafik kat karangkraf pun style gak ape.
"lu keje mane?"
"karangkraf.. gua design majalah impiana"
"waaaaa.." bukan kata gua tercengang. mak gua kat kampung pun bangga.

situasi gua pulak;
"lu keje mane?"
"mbsa. gua bahagian design"
"lu design apa?"
"gua buat billboard, majalah, poster bla..bla..bla.."
"betul ke lu buat semua. macam sub je.."
last-last gua dicop kaki kencing. padahal memang gua buat pun semua benda tu. tapi sebab gua takde portfolio segah "gua designer impiana" jadi orang tak kenal.

tapi terus terang cakap gua kalau bagi peluang keje kat karangkraf pun gua tak nak. macam stress je. kejar dateline tetiap minggu. peluang nak mengular pun macam tipis je. tapi komputer mac diorang memang gua nganga besar-besar la. gua pun pakai dell je. itu pun 7 tahun lepas punya pc.

sejam di karangkraf diorang terus ke hotel untuk di check-in. gua juga diajak beberapa orang teman untuk minum beer pada malam hari. gua sengeh dan menolak. lu kristian bole la togak. gua takkan nak togak coke pulak. macam tak kena. jadi gua cuma cakap tak bisa pak. esok lagi kerja!

pada sebelah malamnya ada jamuan makan malam di galeri shah alam beserta bapak walikota (datuk bandar) dan kepala dinas (pengarah) yang lain. kambing golek beb. 2 ekor lagi tu. gua sorang je dah bedal kaki kanan kambing tanpa pandang kiri kanan. nasi langsung tak usik. apatah lagi buah-buahan tempatan.

gua dan kambing golek tidak boleh dipisahkan.

malam tu gua sembang panjang dengan sorang delegasi yang bekerja sebagai fotografer. tak abis-abis promot olimpus p1 dia. gua kebetulan pegang nikon d90. teruk gak d90 gua kena hentam dengan dia. tapi gua sengeh je. kaler olimpus tak lari la. itulah ini lah. bila time ambik gambar gua tengok dia kelam kabut gak cari angle. sampai terlepas beberapa aksi menarik seperti majlis salam-salam dan bertukar cenderamata.

dalam hati gua cakap, kaler tak penting. yang penting moment. takkan sebab nak kaler cantik lu miss moment penting seperti salam dan cium pipi.

ikutkan gua kena follow rombongan ke uptown damansara. tapi sebab badan gua pun dah rabak. kena pulak zali ajak karaoke barang selagu dua. jadi gua hiburkan para tetamu dengan lagu korban cinta, lagu mawi m.nasir, lagu ghazal rabiah dan beberapa lagu lagi.

sampai kambing golek yang gua bungkus untuk bawak balik pun dah kena sapu orang.

gua pulang malam tu hampir jam 12 tengah malam selepas membantu zali kemaskan galeri mbsa untuk delegasi melawat esok pagi.

badan rabak weh.

No comments: