Saturday, December 23, 2017

Bercuti ke Tokyo

Lepas setahun gi Tokyo barulah ada kesempatan sikit nak share trip perjalanan aku sekeluarga selama 8 hari 7 malam. Jadi pada yang bertanya tu. Inilah storynya.

Bahagian 1

Perjalanan aku adalah dengan menaiki Airasia. Pergi bulan Januari tengah musim sejuk dan tiket musim sejuk agak murah dari musim lain. Harga untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak termasuk insuran, nasi lemak pak nasir, pilih kerusi lagi, cukai itu ini. Jumlahnya lebih kurang Rm2,000.

Tiket dah ada jadi kita nak pergi mana?
Anak aku nak gi Disneyland dan aku nak main salji. Jadi bermulalah pencarian tiket dan menyusun itenary perjalanan. Aku membaca berpuluh blog dan page facebook berkenan tokyo dan terima kasih pada korang kerana ia sangat membantu.

Sebagai persediaan awal. Aku membeli tiket Disneyland (open date) dan kad Suica di Japan Travel Bureau (JTB) kat AEON Mall Shah Alam. Harga tiket Disneyland dewasa adalah RM308 dan untuk kanak-kanak RM204. Tiket semua ni aku beli seminggu sebelum bertolak.

Kad Suica ni penting jugak, lebih kurang macam Touch Ngo kita. Aku beli awal sebab nanti masa dah sampai Haneda takdelah kelam kabut. Harga satu kad di JTB adalah RM100 (2500yen). Harga tiket train untuk satu perjalanan pendek lebih kurang 170yen sehala. Kalu perjalanan jauh sikit macam dari Shinjuku ke Disneyland harga tiket dalam 400 yen sehala. Jadi korang dah boleh agak bape banyak nak topup Suica kad ni sepanjang duk kat Tokyo. Kaedah nak topup pun senang macam beli tiket LRT kat sini. Tekan-tekan je kat mesin tu. Ada bahasa english. Untuk budak bawah 12 tahun. Kad suica ni kena beli kat sana. Kat JTB hanya jual kad suica yang dewasa je.

Untuk penginapan pulak aku sarankan cari berdekatan dengan stesyen keretapi. Sebab pengangkutan utama kita adalah train. Jadi kalu boleh cari yang dekat dengan stesyen. Aku duduk kat area Shinjuku. Stesyen terdekat aku adalah seibu-shinjuku. Stesyen tu seberang jalan je dengan apartment. Jadi bila dah penat berjalan. Nak balik rumah takdelah terasa jauh menapak. Aku cari apartment guna airbnb.

Barang makanan pulak. Bawaklah apa aje yang bersesuaian. Insya allah ok. Kalu korang duk apartment yang ada dapur lagi best. Masak je sarapan sebelum keluar. Dah jimat. Kat sana kalu nak cari stok barang mentah macam minyak, telur, beras, bole beli kat Lawson atau sebenleben. Kedai serbaneka ni memang banyak. Kalu rasa tak yakin, bawak jelah kicap, minyak, gula, garam, brahim sume tu dari rumah.

Kalu nak merasa kedai luar pun ok. Kedai halal macam kedai kebab pun banyak. Tak risaulah bab makan ni. Baca je blog dan install je apps Halal Navi.

Pergerakan kitorang kat sana banyak dibantu oleh apps yang aku siap-siap install sebelum pergi. Apps yang aku guna adalah;
1. TABIMORI
2. MetrO
3. Halal Navi
4. NAVITIME for Japan Travel
Sebenarnye banyak je apps lain untuk tengok jadual train dan hotspot tempat makan. Ada yang guna google je untuk cek jadual train. Terpulang ikut keselesaaan korang.



Apa guna ada apps kau tak bole access internet. Iye dak. Jadi sepanjang aku kat sana aku sewa Samurai Wifi. Harga RM120 untuk 8 hari. Bayar online dan ambik poket wifi ni di KLIA2 pada hari bertolak. Pulang pun kat situ jugak. Simple. Poket wifi ni datanya terhad. Jadi gunalah sejimatnya. Aku pulak untungnye dapat 2 poket wifi. Satu sewa dari Samurai dan lagi satu tuan rumah airbnb tu bagi pinjam. Jadi kalu korang cari penginapan, tanyelah sekali pasal poket wifi ni. Kebiasaannya tuan rumah memang sediakan.

Aku pergi time salji jadi tentang pakaian semua tu korang boleh rujuk pada blog orang lain ye. Sembangnye sama je.

Kat sana kebanyakkan kedai lebih suka cash dari guna kad kredit. Jadi standby duit cash dan uncang duit syiling kalu boleh. Sebab korang akan dapat banyakkkkk duit syiling. Sape yang pernah pergi dia akan tau masalah duit syiling ni hahahha.

Korang jugak boleh cucuk duit guna kad ATM korang tu macam biasa kat mesin ATM sana. Aku cucuk kat sebenleben. Tapi korang kena maklumkan dulu kat bank sebelum pegi. Mesin ATM diorg ada pilihan english. Cucuk duit ni pilihan terakhir sebenarnye sebab sekali cucuk fee RM12.

Bahagian 2

Menyusun itenary nak cover semua tempat dengan masa terhad dan bajet kecik memang payah. Plan asal aku ada masukkan trip ke gunung fuji. Tapi kensel sebab tak cukup masa. Jadi inilah itenary yang terbaik untuk kitorang.

Itenery perjalanan
21 Jan (Sabtu) – KUL ke Haneda
22 Jan (Ahad) – Shinjuku, Shibuya, Harajuku (Mlm jln kat Don Quijote)
23 Jan (Isnin) – Beli JR Tokyo Wide Pass booking shinkansen , Asasuka, Ueno, Akibahara, Jln sekitar Shinjuku
24 Jan (Selasa) -  Hari pertama guna Tokyo Wide Pass, Gala Yuzawa
makan kedai Malay Chan
25 Jan (Rabu) – Daiba
26 Jan (Khamis) – Disneyland
27 Jan (Jumaat) – Solat jumaat kat Asasuka, Ueno Park, Ueno Zoo, Tokyo Tower
28 Jan (Sabtu) – Shinagawa, Haneda – KUL

Ok kita cerita pada hari dah sampai kat Haneda. Kalu kita naik Airasia. Flight akan sampai dalam kul 10:30 malam waktu sana. Jadi korang ada lebih kurang 2 jam sebelum stesyen train ditutup. Sampai je kat kaunter tiket train kat dalam airport tu korang terus keluarkan suica kad yang beli kat AEON tu dan kalu bawak budak bawah 12 tahun, suica kad untuk diorang boleh beli kat sini. Staff diorang yang super mesra dan berbahsa english sudi melayan korang. Jangan risau.

Tiket train dah ada skang masa untuk ke apartment. Bukak wifi. Google terus “Haneda Airport to Shinjuku” dan pakcik google akan terus bagi pilihan laluan yang ada. Masa tu aku duk kat Shinjuku. Jadi aku terus naik train ke sana. Perjalanan dalam sejam dan pertukaran train 2 kali.

Bertukar train maksudnya kena turun train A, naik ke train B di platform lain dan kemungkinan di bangunan lain. Skill membaca jadual perjalanan pun kena tau. Dalam apps atau goole korang akan perasan ada laluan warna oren, biru, hijau. Itu warna train. Kalu boleh cari laluan yang satu warna sahaja. Banyak warna maknanya banyak tukar train. Turun naik platform. Lagi banyak tukar train kemungkinan untuk sesat pun lebih tinggi. Jadi elakkan.

Train lepas kul 10-11 malam adalah yang paling tin sardin dalam sehari. Kalu korang sampai tokyo pada malam minggu. Aku nasihatkan naik teksi lebih sesuai untuk hari pertama ni. Sebab kepadatan train pada malam minggu lebih sesak dari biasa.

Hari kedua di Tokyo aku hanya pusing-pusing sekitar bandar untuk ambik feel. Stesyen utama aku adalah Shinjuku. Dan tahukah korang yang stesyen keretapi Shinjuku adalah stesyen yang paling sibuk di dunia. Stesyen ni ada lebih 50 platform dan lebih 200 pintu exit. Lebih kurang 3 juta penduduk menggunakan stesyen ini setiap hari. Kalu korang rasa KL Sentral tu dah besar. Bangunan stesyen Shinjuku ni berganda-ganda lebih besar. Aku siap pernah sesat nak jumpe kawan kat sini. Janji kat starbuck. Rupenye ada banyak starbuck kat dalam stesyen ni.

Pada hari kedua aku ke Harajuku, Shibuya dan jalan-jalan di sekitar apartment aku kat area Kabukicho. Suhu malam pada waktu tu -1 celcius. Sangat sejuk.

Perbelanjaan tiket pada hari pertama lebih kurang 510 yen seorang.
Shinjuku --(170yen)-- Harajuku --(170yen)-- Shibuya --(170yen)—Shinjuku

Misi hari kedua ni lebih kepada riki tempat untuk hari-hari akan datang. Cari barang dan biasakan diri dengan cuaca. Antara store yang wajib singgah untuk cari jam, barang solek dan gajet untuk ketiga-tiga tempat ni adalah di BIC Camera, Don Quijote dan Daiso. Banyak je store lain, tapi bagi aku BIC Camera dengan Don Quijote ni yang paling unik.

Hari ke tiga adalah hari dimana aku membeli JR Tokyo Wide Pass di JR Service Center di stesyen shinjuku. Pass ni tak boleh dibeli di Malaysia. Kena beli di Jepun jugak. Pass ni berharga 10,000 yen (RM360) dewasa dan 5,000 yen (RM180) kanak-kanak. Dengan pass ni korang bole naik semua train di bawah syarikat JR termasuk bullet train shinkansen selama 3 hari. Tiket shinkansen bukan murah ye. Dari tokyo ke gala yuzawa naik shinkansen harga tiket sehala adalah RM250 seorang. Pergi balik dah RM500. Tapi dengan Wide Pass harga RM360 ni korang bole jimat banyak.



Memandangkan pass ni boleh guna 3 hari sahaja. Maka hari ni kitorang plan nak jalan jauh sikit. Pergi ke Asasuka beli cenderamata, makan-makan kat Ueno pada sebelah petang dan singgah Akibahara beli gajet dan jam pada sebelah malam. Esok adalah hari main salji. Jadi kitorang dah bookingkan seat shinkansen kat kaunter masa beli pass ni. Lusa pergi Daiba pulak tengok gundam besar.

Korang susun itenary untuk 3 hari ni baik-baik supaya korang boleh maksimumkan penggunakan pass ni.

Cenderahati yang murah boleh beli kat Asasuka. Satu keychain boleh dapat RM10. Jadi beli siap-siap cenderahati jadi esok-esok takyah pening. Akibahara pulak memang syurga gajet. Seharian di Akibahara pun belum tentu habis pusing kalu korang kaki gajet.

Keesokkan harinya kitorang dah bergerak ke stesyen Tokyo untuk merasa pengalaman naik shinkansen ke Gala Yuzawa untuk main salji. Bandar Tokyo takkan ada salji walaupun musim sejuk. Jadi lokasi terdekat adalah di Gala Yuzawa. Jangan kata nape tak main salji kat Sapporo, sebab Sapporo tu 1000km jauhnya dari tokyo. Naik train je 8 jam ok. Tak berbaloi.

Dari Stesyen Tokyo ke Gala Yuzawa (Stesyen echigo yuzawa) lebih kurang 2 jam sejauh 200km jaraknya. Nama train Shinkansen ni adalah Max Toki. Kelajuan purata adalah 240kmj. Aku baca wiki, ada train shinkansen yang laju lebih 600kmj. Yang 240 ni pun aku rasa dah laju sangat. 600 tu tak taulah camne.



Bile dah sampai kat stesyen Echigo Yuzawa tu. Korang kena cari kaunter pertanyaan dan tanye nak gi Gala Yuzawa Snow Resort tunggu kat mana. Bende ni penting sebab kat situ ada banyak pusat peranginan. Takut korang kompius. Nak ke Gala Yuzawa korang kena tunggu kat tepi jalan dan naik bas warna kuning tak salah. Ada signboard kat bustop dan setiap bas ada signboard kat cermin depan. Naiklah bas yang tulis Gala Yuzawa Snow Resort. Naik bas ni free je.

Sebagai pemegang Tokyo Wide Pass korang layak dapat diskaun untuk barang-barang yang disewa di Snow Resort ni. Ada banyak pakej kat sini. Nak main snowboard, nak main ski, nak rileks2 sambil buat Olaf semua ada. Tapi aku nasihatkan korang yang baru pertama kali main snow ni, ambik pakej snow fun je. Takyah mengada-ada nak main ski bagai. Tak berbaloi dan barang ski ni mahal jugak sewanya. Suhu kat kawasan sini boleh jatuh sampai -10.



Aku balik ke tokyo pada sebelah petang dan malam tu saja mengada makan kat kedai melayu nama Malaychan kat Ikebukuro. Harga makan dan menu boleh google je. Malaychan pun ada website siap harga makanan skali. Best jugak lepak kedai ni. Kedai kecik je. Order pun dalam bahasa melayu. Makan nasi goreng sambil dengar lagu Siti Nurhaliza. Cindailah mana tidak berhias…

Keesokkan harinya adalah hari terakhir kitorang menggunakan pass ini dan lokasi hari ini adalah ke pulau buatan bernama Daiba. Jarak dari Shinjuku ke Daiba lebih kurang sejam dengan train. Sapa yang takde pass. Harga tiket sehala adalah 560yen (RM20).

Kitorang seharian di Daiba sebab banyak sangat tempat menarik dalam pulau ni. Antara tempat yang mesti korang pergi adalah Toyota Mega Web. Sebab korang bole tengok semua model kereta toyota yang ada kat market skang. Siap boleh test drive lagi (kena tunjuk lesen antarabangsa). Kalu nak makan-makan restoran halal. Bolehlah ke Divercity dan cari kedai nama Sojibo. Kat luar kedai Sojibo siap ada logo Halal dari Malaysia lagi. Nak beli stok Brahim pun dia ada jual. Cuma tak pasang lagu Siti Nurhaliza je. Kat luar Divercity ada patung Gundam terbesar di dunia. Dulu model RX-78-2 Mobile Suit. Start 2017 dah pasang model baru RX-0 Gundam Unicorn. Sapa datang malam bolehlah tengok kepala gundam ni bergerak-gerak siap dengan persembahan cahaya dan bunyi.

Hari ke 6 di Tokyo. Pass pun dah tak boleh guna. Jadi kitorang bergantung pada Suica kad pulak. Misi hari ini adalah seharian ke Disneyland. Perjalanan train adalah sejam. Harga tiket seorang adalah 420 yen (RM15) sehala.

Shinjuku—Tokyo Station—Maihama Station

Korang akan jumpe kaunter tiket dulu. Tapi sebab tiket dah beli kat awal. Jadi terus ke pintu masuk dan tunjuk kat staff. Nanti diorang akan scan tiket tu. Sapa yang pernah pergi ke USS. Disneyland ni lebih kurang macam tu jugak. Ada parade, ada show dan permainan. Sama je. Jangan lupe ambik Guide Map. Nanti bole susun jadual. Takde restoran halal dalam ni dan kalu nak solat cari tempat bukan laluan utama. Staff diorang tak kacau pun. Kalu boleh tunggulah sampai malam sebab ada bunga api dan show utama kat castle. Parade pun jangan miss. Sebab parade siang dan malam shownya lain-lain. Berbaloi tunggu.



Hari ke 7 kitorang plan nak pergi ke Ueno Zoo. Tengok panda. Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat. Jadi aku singgah solat jumaat kat Masjid As-Salaam kat Taito (Turun kat Okachimachi station = 170 yen). Sementara solat, anak bini boleh lepak kat taman permainan berdekatan. Khutbah dalam bahasa english. Jemaah kebanyakkannya dari Pakistan, Bangla, Indonesia dan warga tempatan. Kat sekitar masjid ada beberapa kedai makan halal.

Selesai solat kitorg terus sambung perjalanan ke Ueno Zoo. Kalu naik train masa perjalanan adalah 6 minit dan turun kat Ueno. Sebenarnye Ueno Zoo ni terletak di dalam Ueno Park. Datang time musim sejuk. Jadi pokok kat taman ni tak berbunga dan berdaun. Tapi pada musim bunga, Ueno park ni akan cantik gile dengan bunga sakura. Tiket nak masuk Ueno Zoo adalah 600yen (RM21) dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tutup pada hari Isnin. Luasnya lebih kurang besar zoo taiping je. Ada banyak jugak haiwan yang takde kat zoo kita macam beruang kutub dan panda. Keluar daripada zoo bolehlah jalan-jalan kat taman Ueno tengok shrine dan muzium.

Lepas ke Ueno kitorang ke Tokyo Tower (Onarimon station = 170yen) menapak jauh jugak nak ke Tokyo Tower ni. Nasib baiklah sejuk takdelah rasa penat sangat. Tiket nak naik ke observation deck dia adalah 900yen (RM32) dewasa dan 500yen (RM18) kanak-kanak. View kat atas memang terbaik. Boleh tengok sampai ke Klang. LOL. Kitorang kat atas tu adalah dalam sejam lebih. Pastu terus balik ke apartment naik teksi. Esok nak check out. Harga teksi dari Tokyo Tower ke Kabukicho (apartment kitorang) lebih kurang RM100 untuk jarak 10km. Merasa jugak naik teksi hitam tu. Pintu bukak sendiri tu. Jakun gile hahah. Dah sampai Kabukucho kitorang pun merayaplah habis-habisan sebab esok dah nak balik. Sejuk pun sejuklah. Pasni tak tau bile nak sampai lagi. Sebelum balik apartment kitorang makan kat Samrat Shinjuku. Kedai India Muslim. Harga agak mahal. Tapi Roti cheese nan dia memang terbaik. Sampai skang teringat. Ada staff dia yang bole cakap melayu sebab pernah kerja kat JB.

Hari terakhir di Tokyo dan flight balik kul 11:45 malam waktu tempatan. Hari ni agak kritikal sebab kena checkout tengah hari dan flight pulak malam. Jadi rancangan kitorang adalah untuk simpan beg2 kat locker di stesyen Shinagawa. Sebab stesyen ini adalah yang besar dan terhampir dengan Haneda. Jadi nak ke airport dah tak jauh.

Harga locker untuk sehari lebih kurang 500yen untuk yang besar dan 300yen untuk yang kecik. Agak susah nak cari locker yang kosong jadi kena rajin cari dan tunggu. Ada sesetengah orang yang akan ‘booking’ locker ni sehari lebih awal. Dia datang malam-malam ke stesyen. Cari locker yang kosong dan bayar terus. Jadi esoknya dia hanya tinggal masukkan beg je. Sebab locker dah ada. Hampir di setiap stesyen ada locker-locker ni. Cuma nak kena rajin cari.

Di sekitar Shinagawa kitorang makan tengahari di kedai india muslim bernama Salma Tikka Biryani. Harga set nasi beriyani lebih kurang RM50 dan seperti biasa makanan india ni memang world class sedapnye. Korang mesti try. Kitorang berjalan-jalan di sekitar mall di Shinagawa sehingga maghrib dan terus berangkat ke Haneda airport.

Inilah trip bajet dalam 5k-6k yang kitorang dah buat. Ada banyak tempat yang korang boleh pergi. Seperti gi Hakone untuk tengok gunung Fuji atau subuh-subuh pergi ke pasar Tsukiji tengok ikan tuna sebesar orang. Ada yang minat gi muzium dan taman. Ada yang nak cover Tokyo Osaka. Pastu ramai jugak yang asyik repeat Jepun mcm tak boleh nak move-on ke negara lain (akulah tu). Terpulang. Ikut bajet dan ikut cuti. Trip solo, trip kawan-kawan dan trip family lain susunannye dan ini adalah susunan kitorang.


 Terima kasih kerana sudi membaca. Nak tanye apa-apa tulis je kat komen.

Friday, July 18, 2014

PANDUAN KECEMASAN MASA DARURAT / PERANG



Aku dapat info ni dari blog MOM sangat berguna untuk semua. Sekarang ni banyak kejadian perang berlaku di mana-mana di dunia. Palesin Israel. China Korea. Ukraine Rusia. Selatan Thai. Sabah. Timur Tengah. Semua bergolak.

Alhamdulillah kita tak kena apa-apa lagi. Tapi sekurangnya info ini membantu di kala susah. Kita tak tau masa depan. Warga asing bole masuk dan keluar negara kita sesuka hati. Negara kita perang, diorang bole balik negara diorng. Pemimpin bole cabut negara lain. Tinggal kita je kat sini. Harap tips survival ni bole membantu.

_________________________________________________________

Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.

Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.

Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.

Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.

Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).

1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.

2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.

3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.

Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.

4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.

4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.

5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.

6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.

6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.

Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.

7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.

8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).

Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)

9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara

10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.

11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.

12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.

13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.

14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.

15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.

16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.

17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.

18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.

19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.

Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.

20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).

21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).

22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.

23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.

24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.

25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.

26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.

27.Kalau sakit!!!!

A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk

B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)

C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)

D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.

28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.

29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.

30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.

29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.

SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT KOMEN