Monday, October 26, 2009

aku masuk exciting race 09 - bhgn 1

minggu depan opis aku akan menganjurkan exciting race buat kali ke tiga. tahun lepas aku tak join sebab ikut rombongan bas kilang ke cameron highland. tengok ladang teh.

tahun pertama je aku join. dengan nashriq, hanim dan kak yati. daki dinding batu kat seksyen 13 shah alam. paintball kat blakang zoo negara. panjat gua hantu batu caves. memang ngeri la. sampai kat garisan penamat juara dah ambik hadiah pun. siap bergambar untuk suratkhabar esok. kitorang dapat meehoon goreng je.

minggu lepas nashriq ada ajak isi borang. aku cakap nanti la. geng tak cukup. aku ajak zali. dia memang nak join tapi awek dia nak ikut gak. cadangnya biarlah semua lelaki. peluang nak menang pun cerah.

puspa pun beriya-iya nak join.
"kitorang nak pakai singlet. ko nak pakai singlet ke?" soal aku.
"tak kisah...!" katanya.
"susah la nak salin baju dalam keta. ko ada!"
"taknak tengok pun!"

setelah mesyuarat 3 jam dan teh o ais 10 cawan akhirnya penyertaan puspa dibenarkan dengan rasa was-was diatas faktor fizikal yang meragukan. semasa sesi isi borangaku terus telefon cikgu nazri. sebelum kita nak ketuk orang. kita kena puji dulu.

"cikgu, camne dengan banners semua cukup ye"
"cukup.. cukup.. terima kasih"
"borang semua ok ye cikgu"
"borang ok"
"cikgu, kitorg nak masuk exciting race ni. sponser team kitorang ye"
"sponser! bole. bagilah borang kat jaid. nanti dia bagi kat saya"
"ok cikgu, terima kasih"

dan kitorang tak kuar pun duit seratus lima puluh tu. free je. tajaan dari bos besar hikers climber. untuk pertandingan sehebat ni kena pakai kereta hebat jugak. jadi aku pakai kereta kancil lala. laki dia cakap kancil tu dah pimp my ride ala kereta polis. teruja gak nak tau. ada siren. ada kepak. ada nos. enjin turbo kuasa kuda laut. memang kenalah dengan slogan kami ; kalah belum tentu johan sudah pasti .

baju pun dah beli kat subang parade. gambar spiderman! awal-awal aku cakap, beli baju renang. beli baju renang. diorang tak nak. apa salah ke pakai baju renang dalam kereta. aku tengok spiderman kat tv bukan ada ciri hero pun. lembik je. rambut belah tepi. kalau pakai baju renang ada lah ciri ian thope. jaguh dunia. barulah semangat tu ada.

sesi taklimat berlangsung sehari sebelum pertandingan di dewan bola tampar seksyen 4 shah alam. tak semua team datang. jadi aku dah sound awal-awal kat situ.

"kalau korang nampak kancil turbo team spider di belakang korang. hati-hati. korang dalam bahaya. ingat tu. team spider!"

beberapa pasukan yang muka bengis dah mula muntah dan pitam-pitam bila aku cakap macam tu. dan ada juga yang menunjukkan simtom cirit birit dan mual sepanjang petang itu.

"ingat! team spider" jerit aku. budak yang mual tu aku tengok dah isi borang tarik diri.

sambung...

aku masuk exciting race 09 - bhgn 2

hari pertandingan

azan pertama aku dah bangun. sempat la sembahyang taubat, qiamulalil, tahajud, katam quran 2 kali dan khatan sekali lagi. aku prepair baju 2 helai. seluar selai. boxer selai. kamus dewan kot-kot sesat nanti. roti cokelat. air mineral. bushi! dan sepotong doa supaya selamat pegi dan balik.

aku naik superbike ke rumah mak kat shah alam. kancil turbo dah bersedia untuk aksi. sampai kat rumah mak dah azan subuh. lagi sekali sembahyang taubat, qiamulail, tahajud, katam metro semalam dan berdengkur 5 minit.

aku periksa kancil yang dikatakan turbo tu. enjin macam asal. ekzos macam kancil asal. bunyi enjin pun sama macam kancil kat showroom. siren polis pun takde. kepak pun tak nampak. apa yang pimp my ridenye. rupanye aku dah kena kencing dengan ismiza. subuh tu gak aku karate bonet honda dia 4 kali.

adik kata nak pegi genting dengan kawan. hantar aq pegi komuter pastu terus ke tapak mula. aku sampai pukul 6.30 pagi. nampak la cikgu nazri dengan honda cbr1000 dia parking depan pentas. puspa pun baru sampai. terus aku ajak dia sisi minyak dulu kat shell. isi rm23.50 je. minyak penuh sampai muntah.

kemudian acara lekatkan stiker di kereta. ada beberapa jurukamera dari media massa mengambil gamba kami seperti paparazi.

"jangan gosip ya.." ujar aku sambil menutup mata dengan tangan. pastinya esok hujanan telefon akan berdering dari abang nizam dan Huzz dari utusan. bosan nyah!

ada beberapa pasukan yang datang berpakaian seragam. ada yang berbaju kelawar macam makcik-makcik. ada yang baju askar dengan misai tebal. ada pasukan lelaki berambut palsu siap isap rokok berkepul-kepul kat tepi kereta. dah macam bohsia plak aku tengok. ada geng seksi. pakai seluar ketat erobik dengan baju ketat pendek. muka dah la tak bole blah. pakai macam tu. memang merosakkan betul. aku perati gak kot ada pakai ala-ala tablig ke. sholin ke. nampaknya takde.

pagi tu ada senamrobik. aksi pemanas badan yang memang panas dengan aksi juru senam yang seksi. aku pulak yang naik segan nak ikut. tapi aku tengok orang lain selamba kodok je.

pelepasan peserta oleh timbalan datuk bandar. dan task pertama adalah membuat tikar gunakan kertas. senang betul. siapkan ala kadar pastu sorak lebih. kasi saiko sikit geng lain. ada yang dari duduk terus menyangkung siapkan tikar. benda simple macam ni pun siap lambat.

lepas tu kami diarah ke bukit bandaraya berhampiran bukit cherakah untuk acara anyam daun nipah. tapi kitorang terlajak masuk ke bukit cherakah. nasib baik naik kancil jadi kesilapan tu tak perasan sangat dan cepat di betulkan.

lepas dari anyam daun nipah kena pergi ke paya jaras sungai buluh untuk parut kelapa. jauh gak tu. dan kancil turbo kitorang dipotong dengan selamba oleh kereta-kereta lain di lebuhraya. kalau berterusan macam ni kalah la beb.

aku teringat kata ismiza. "aku dah pasang suiz kepak. lepas ni ko bole terbang"
terus aku mencari suis kepak dan akhirnya tak jumpa. cilakak ismiza. dia lupe pasang kepak ke atau lupa pasang suis ni. aku karate stering kancil dia 20 kali.

sampai di paya jaras kitorang kena beli kelapa dulu. makcik tu siap kopakkan lagi. harga RM1.40. untung lebih nampak. kena buat aduan pengguna ni. bukan harganye 20 sen je ke kelapa ni?

kereta pesaing terdekat aku si samsul baru blah dari situ. aku ingat kelapa ni kena beli je. rupanya kena parut manual. kalau aku tau macam ni baik aku suruh makcik tadi parutkan terus je. tak payah guna kukur ni.

"kelapa tu makan ye. bukan parut je"
ah sudah. aku makan kelapa tu macam orang tak jumpa nasi sebulan. lahap! siap kelapa orang lain pun aku tolong makankan. lapa ni. pagi tadi pun cuma makan roti vanila dan air red bull je.

acara seterusnya kena ke satu rumah di merbau sempak untuk cop kedatangan. dah la lampung tu aku tak pernah masuk. kena cari rumah pulak. nasib baik ada geng lain yang dah sampai. jadi ikut ajelah. ada jugak la kitorang kena u-turn dua tiga tempat. nasib baik kancil. kalau aku bawak lori transformers tadi. tak ke riuh kampung tu. jenuh nak sain autograf pulak. geng baju askar yang tadi potong kancil kitorang kat lebuhraya dah sesat kat kampung ni. aku gelak je siap hon-hon lagi. driver siap pakai helmet dan googel pun bole sesat je. askar ape ni. tentera laut kot.

seterusnya kitorang ke ijok untuk makan petai 2 papan di tepi jalan. petai ni memang pantang aku la. boleh gugur susuk muka ni. nak menang punyai pasai. aku makan petai macam makan mentos. si nashriq siap muntah tepi jalan. si puspa gigil-gigil makan petai pastu telan air. dah macam makan panadol pulak. aku ngan eddie je rileks. tapi masa mula-mula aku pun muntah gak.

petai punye pasai untuk task seterusnya kami sesat hampir 20km ke batang berjuntai. padahal task tu 5km je dari petai tadi. patah balik dah 20km lagi. task tu cuma mencari nama kedai yang berkaitan dengan soalan. macam biasalah jawapan belum betul tapi sorak nombor satu. geng lain semua dah kelam kabut start kereta.

kemudian kami ke kampung kelip-kelip acara potong batang pokok. memang takde nasib la. kitorang dapat urat pokok. orang lain dapat ranting-ranting je. kitorang dapat pangkal pokok balak. menyumpah jangan cakap la. rasa cam nak balik rumah baring-baring sambil tengok astro je. tapi semangat spiderman tak mudah mengalah. kami gergaji jugak pokok balak tu sambil memandang satu geng gadis yang lemah gemalai dapat kayu balak sama besar macam kitorang gak. nasib la.

seterusnya kami perlu mencari kedai di sekitar bandar kuala selangor dan tebuk kad yang diberi. task ni agak senang kerana aku biasa dengan bandar kuala selangor ni. bini aku kerja sini. seterusnya kami ke taman alam untuk bergambar di menara pandang dan mencari nama pokok dan sample daun. geng lain pun banyak bantu jadi acara fizikal macam ni cepat selesai.

kami diarahkan bergambar di rumah api di puncak bukit malawati. kereta tak boleh naik atas. nak tunggu keretapi lambat lagi. jadi kitorang berjalan kaki dan berlari pada jam tepat 12 tengahari. peluh jangan cakap. kulit pun dah pedih sebab panas. kebetulan kitorang bersaing dengan satu geng media dari SINAR. diorang ni kecoh gak. sorang lembut, sorang tomboi, sorang seksi, sorang kontrol ayu.

selepas aksi bergambar di rumah api kami ke sawah di tanjung karang. ingatkan acara tangkap keli ke. atau tanam padi ke. rupanya sekadar berjalan ikat tangan di satu petak sawah dan kemudian perlu asingkan selonggok kacang hijau, kacang putih, bubur caca dan kacang kuining yang keras tu ke dalam 4 bekas berbeza. macam cerita musang berjanggut. apsal tak suruh asingkan gula, garam dan beras. yang itu kitorang terer la buat. geng media berjaya siap awal dan terus berakit di homestay sungai dorani.

aku rasa diorang berempat adalah keturunan puspawangi. kitorang cuma ada sorang je keturunan puspawangi (si puspasari). tu yang lambat habis tu. aku siap bersimpuh ala mak-mak konon boleh siap cepat. tapi lambat gak. siap kebas kaki lagi.

perjalanan ke homestay untuk berkayak sangatlah jauh. jalannya lurus merentasi lautan sawah. kalau aku pakai fairlady kompom 2 minit je. sampai di sana geng media tadi baru gak sampai. rupanya diorang sesat dulu. bak kata pepatah;
sesal dulu pendapatan, sesat kemudian tiada gunanya.

task ini hanya perlu 2 orang sahaja. jadi puspa dan nasriq yang akan berkayak. aku dan eddie lepak tepi sungai isap rokok sambil pekena kopi o secawang dan bercerita isu terkini tentang bola sepak dunia. kekalahan MU yang pasti mengembirakan gerat.

mereka perlu berkayak untuk tebuk kad dan patah balik. tapi kad yang ditebuk hanyut ke sungai yang penuh buaya. simpati pihak marshal sangat kitorang puji. dan kitorang terus ke destinasi seterusnya tanpa perlu buat task ni balik.

seterusnya kitorang perlu ke jalan kampung (nama lupe) untuk mencari 20 bahan yang sama sifat. cantik, tajam, keras, dll. kitorang buat task ni cepat aje sebab bahan yang perlu dicari ada di sekitar kebun tu aje. geng media tadi kitorang dah tinggalkan jauh dan tak jumpa sampai penamat.

seterusnya ke pintu gerbang UNISEL untuk ambik gambar begitu juga di ladang buah-buahan. pasa tu dah pukul 3 petang. dari ladang buah-buahan yang ntah ceruk mana tu kitorang perlu ke tasik biru kuang untuk susun puzzle. susun puzzle pun senang je sebab IQ kitorang melebihi 200 (IQ tertinggi di dunia adalah 184).

menurut marshal kitorg berada di ranking ke 11 terbaik. semangat juang perlu diteruskan walaupun dah penat. seterusnya ke institut getah di sungai buluh untuk aksi bawak kereta sorong dengan tutup mata. sorang bagi arahan. acara ni pun senang. tapi kitorang tempat ke 11 la.

task terakhir adalah di taman ekstrim di seksyen 13 shah alam. 2 orang perlu abseling. turun bangunan dengan tali. eddie dan puspa selesaikan tugas itu dengan cemerlang. dan kami memecut dengan kuasa turbo yang tinggal sedikit ke garisan penamat dan kami tetap berada di tempat ke 11 dari 30 pasukan bagi kategori shah alam.

ingatkan dah penamat boleh makan. rupanya kena tunggu upacara penyampaian hadiah. dan untuk 3 tahun berturut-turun johan terbuka dibolot oleh pasukan itu jugak. dah la katanya anak buah cikgu nazri. mamca tak adil je. aku pun dah malas nak join tahun depan. slogan pun kena tukar; kalah dah mesti johan belum pasti! selagi pasukan tu masuk tahun depan. selagi tulah diorang gak yang menang. mana aci!

apa kitorang dapat? baju spiderman sehelai dan penat tak sudah. 2 hari berturut aku masih kepenatan dan hari isnin aku siap muntah. ni semua bahana petai.

Monday, October 19, 2009

deepavali mari

sms
abg alis : malam ni yok gi uptown klang
aku : ok. kul 9 gerak.

kul 9 aku baru sampai kat rumah. abg alis sekeluarga dah tunggu aku dengan kereta nisan putihnya. capai tuala. mandi 3 minit. solat 3 minit. siap. lelaki ni takde mekap-mekap. 6 minit dah siap. masa kecederaan 1 minit untuk sikat rambut. dressing malam aku sekadar jeans dah sebulan tak basuh dengan tshirt saiz L. dah macam gay plak. ketat-ketat ni. paling bergaya bini aku la. caca ofkos. paling vok. ayah maintain selekeh. kena tegur barulah sembur perfum sikit. itu pun sekadar hilangkan hurungan lalat dan bau muntah di seluar.

perfum aku pun 3 botol je. satu mak aku bagi hadiah melancong ke indon. satu aku beli kat masjid sebotol seploh ringgit dan satu lagi jenama mahal harga kat 3oo sebotol. itu pun dah 3 tahun baru luak suku. mungkin caca dah sekolah menengah kot baru habis. kalau bini aku punya perfum. tak payah cite la. tak cukup jari nak kira.

nisan putih abg alis ni menghala ke uptown klang. terletak di perlabuhan. jarak dari meru kira-kira 30 batu nautika. bersamaan dengan 30 minit berkuda dan sejam berperahu. kalau perahu enjin yamaha cepat sikit la. kalau berdayung. mungkin subuh baru sampai.

malam ni malam raya deepavali. pekan meru boleh tahan sibuk. yang beli sayur. yang beli santan. topup prepaid. sembang kuat-kuat tepi jalan. pergi sevenleven pakai spek itam. beli megi kat tesco. padahal sebelum ni beli megi kat kedai belakang rumah je. masa-masa macam ni lah kereta pemandu pekak tunjuk aksi. kalau boleh satu dunia nak bagitau kereta akulah paling kuat speaker.

"abg nak beli kasut sebenarnya. kasut opis dah koyak tapaknya"
"puh. ganas pakai kasut sampai koyak tapak. ni pegi keje ke. pegi bersukan!"

kat uptown perlabuhan ni memang terkenal dengan kedai kasut terpakai. ada dalam 40 hingga 50 peniaga pada malam macam ni. separuh daripadanya jual kasut sahaja. sampai di sana kami makan malam dulu. kedai yang kami lepak ni memang superb char kuey teow dia. udang besar je 3 ekor. nescafe tarik gelas besar. makan sebelah longkang. dengan nyamuk lagi. memang laju je char kuey teow aku abis.

"kat sini memang port pekida tiga line lepak malam-malam. dah tua-tua pakai bangle besar-besar. pakai jaket kulit. muka parut. tengah malam kang diorang datang la" cerita abang alis.

pastu aku terbaca ikrar kedaulatan melayu kat dinding kedai makan tu. kalau macha meru yang konon kuat tu saja jatuhkan gelas kat sini aku ingat memang mengundang bencana la. tak pun taiko besar klang ni saja buat-buat batuk sambil renjit rokok kat lantai. aku ingat mau masuk islam kena tegur dengan taiko sini. jadi tahap konfiden aku nak pandang macha atas bawah kat sini memang tinggi la.

abang alis membeli kasut. kitorang beli beg selempang. buat simpan susu dan pempes caca. takdelah asyik simpan susu caca dalam poket aku je. poket sebelah susu. poket sebelah rebina. tak macho la bawak botol susu dalam poket.

kami tak lama kat sini. gerai pun banyak nak tutup. jadi kami teruskan perjalanan suci ke little india di klang. little india ni adalah tempat kaum india membeli barang keperluan hari raya seperti malam ini. jem sudah mesti. berkat doa sufi akhirnya kami berjaya menempuh jem yang teruk dan parking berhampiran bangunan utama disini.

kaum india ni adalah satu bangsa unik dimana mereka suka warna terang, minyak sapi dan kayu gaharu. jadi malam itu kami diselubungi bau minyak sapi yang sangat kuat. asap dari kayu gaharu, peluh ketiak dan badan yang hitam berkilat sepanjang berada disini.

kebetulan disaat kami di ground zero. di tengah keributan penjual sari memanggil pembeli. di banjiri tarian dan paluan gendang bergema di hadapan kedai kain. di penuhi ribuan warga india di jalanan sambil membawa anak kecil dan plastik berisi pakaian baru. kami dikejutkan dengan percikan bunga api di atas kepala dan di kaki. tanpa henti.

aku peluk caca. dan bisik "caca ok!"
dia angguk.

diorang ni main bunga api langsung tak peduli balai polis tak sampai 1 km dari situ.
tanpa peduli aku yang bawak anak kecik.
tanpa peduli lalu lintas masih sesak di hadapan kedai.
tanpa peduli keselamatan orang lain.
aku cakap diorang memang cilakak la.
ada masa aku mengelak mercun dihadapan rupanya yang meletup di belakang.
bila aku mengelak mercun di tengah. rupanya ada motor di tepi.
bila aku risau serpihan mercun yang dibawah. rupanya mercun diatas juga merbahaya.

maka akhirnya kami mengalah dan keraskan badan untuk merempuh lautan orang di hadapan yang berlindung sama di dalam kedai.

aku tanya caca lagi "caca ok?"
dia tetap mengangguk.

kami mencari sebuah kedai kain kerana abg alid nak beli baju kutha. aku pun cakap ok gak beli baju kutha ni. baru macam satu malaysia. urusan pembelian dan mencuba pakaian melebihi sejam. biasalah ada kaum perempuan. dan selepas urusan selesai kami terus pulang dengan letupan mercun masih lagi bergema.

Friday, October 16, 2009

noh omar tak datang!

dua hari lepas bini aku beritahu ada jamuan raya jps selangor di bangunan suk yang perlu kitorang datang. bagi aku jamuan raya ni sama je dengan tempat lain. pasang lagu raya, datang pakai baju melayu, makan ketupat kuah kacang. untung-untung ada sate. tak pun cendol. puh! layan.

"ntah-ntah noh omar pun ada" kata bini aku.

puh. makan dengan menteri memang tak pernah dalam hidup aku. memang kena pegi ni. noh omar ajak tu.

kebetulan malam tu juga kak bak ajak makan meehon sup kat rumah dia.

"yang dijemput saja tau " kata dia

kalau rumah dah tepi tasik. datang makan meehon pun atas jemputan saja. mesti ada joget-joget ni. tak pun karaoke. kena pegi gak ni.

pagi semalam bini aku dah sibuk suruh aku cari kemeja hijau lumut. nak sama dengan baju raya dia. aku bab nak beli baju kemeja sebab jamuan raya ni memang berat sikit la. nak cari satu hal. yang cantik mesti harga ratus. takkan nak baju yang biasa-biasa je. nak makan dengan noh omar ni. last-last aku tak cari. pakai apa yang ada je la.

semalam ada makan-makan kat opis. aku makan ala kadar je la. malam kang nak makan dengan noh omar. kang dia kata apa pulak. baru aku teringat. kalau ada menteri ni mesti ada kambing. puh.. ni yang berkobar nak pegi ni. aku makan nasi pun dua pinggan je.

menjelang petang aku dah riuh kat opis. malam ni aku nak makan dengan noh omar. diner beb. kena balik cepat.

”entah-entah yang datang noh ali” cakap puspa.
”noh ali tu sapa?”
”noh... hujan”
“oo. noh hujan tu namanya noh ali. mane aku tauu..”
tapi tak bleh lawan la noh omar. menteri tu.

petang tu aku balik cepat. kang aku datang lambat noh omar cakap ape pulak. aku pecut motor selaju cahaya sampaikan engin motor dah bau hangit baru aku pelahan balik. tak lama pastu pecut balik. punyalah semangat nak makan kambing dengan noh omar.

sampai kat rumah aku pilih baju nak gosok. pakai baju raya cam beriya-iya sangat. pakai batik jelah. baru macam diner. caca tak ikut. sebab bini aku cakap majlis formal ni susah bawak budak kecik. betul gak. kang noh omar ajak sembang politik. ada caca leceh pulak. nak belon la. nak susu la. nak eskrim la.

kitorang gerak kul 7.45 malam. bini aku pakai baju kurung. aku baju batik ber-iron dengan seluar kodroi dan kasut kilat. minyak wangi setengah botol. sebab katanya mula majlis kul lapan. jadi aku pecut kereta dan sampai kul lapan lima minit. dapatlah parking depan dewan. aku tengok yang datang semua baju melayu lengkap. leceh plak awak sorang je pakai baju batik. buat tak tau jelah. kang tepercik kuah blackpaper kambing tak nampak kotor.

upacara salam-salam dan senyum-senyum berlangsung dengan jayanya dan majlis tu berlangsung di dewan yang tak seberapa besar. ada lebih kurang 50 meja bulat dan pentas kecil. tak ramai yang datang lagi. jadi kitorang duduk di meja berdekatan vip. mane tau noh omar suh makan semeja takdelah jauh nak berjalan.

bini aku pun sibuk kenalkan aku dengan kawan-kawannya. baju biru, baju merah, tudung hitam, tudung hijau. dan rata-rata yang datang pakai baju melayu. ada jugak yang datang pakai batik. yang sempoi datang pakai selipar pun ada. majlis pun dah jadi macam biasa-biasa je. yang datang bawak anak pun ramai. kalau tau jadi camni aku bawak je caca.

majlis pun cam lambat lagi. atas meja ada kerepek pisang. perut pun lapar. bini aku dari petang tadi asyik cakap lapar gile. aku cakap rileks. malam ni kita makan kambing dengan noh omar. tapi aku tengok takde pulak kelibat kambing dalam dewan ni. janggut rupa kambing ramai la. makan kerepek pisang pun dah rasa kentaki. kat setengah balang makan. noh omar tak nampak gak. datang ke tak ni ?

aku tengok ada sorang mamat tu bawak fail kerja ke hulu ke hilir. orang datang makan dia datang buat kerja. boleh tahan kipasnya. ada jugak aku terserempak dengan member 2-3 orang. takdelah amcam kera sumbang kat majlis besar macam ni.

trompet dibunyikan maka tibalah tetamu kehormat. aku pun jengok-jengok gak sambil berjengket. mana noh omar ni? yang datang orang lain. hmm... tak datang la ni. leceh tul. aku tengok kambing pun macam takde je. lari tune betul. ada ucapan aluan pulak. sapa nak dengar. aku tengok dewan ni dah riuh budak menjerit dah macam jamuan raya tadika kemas pulak. lepas ucapan ada sambutan hari jadi pulak. apa cite ni?

mood aku nak makan pun dah lari. ambik sate pun berjalan lemah je. ambik cendol pun layu je. nasi beriyani pun setengah pinggan je makan. tapi sate 20 cucuk. aku pun dah macam malas nak lepak lama-lama. aku ajak bini aku cabut. kak bak pun dah sms tanye datang jangan lambat. aku pun kata oklah.

datang rumah kak bak pun meehoon dah lemah. lama sangat rebus kot sampai lemah meehon tu. tapi sedap. ada plak mail. dengan sakit matanya datang rumah orang. takkan nak sembang pandang bawah je. kenalah gak pandang muka dia. leceh gak bebenda macam ni. rumah kak bak pun tak lama. joget-joget pun aku tengok macam takde je. balik jelah. esok nak keje. bapak aku dah call tanye esok jangan lupa hantar dia gi lcct. dia nak gi palembang honeymoon. ok jelah.

banyak benda tak syok arini. camne noh omar tak datang? leceh tul.

Thursday, October 15, 2009

aku nak jadi burung tapi kena jadi meow

aku pun tak tau lah apa sebenarnya motif pejabat aku ni suka sangat sibuk hal orang. pelawat datang pun nak dikarpet merah. kad aturcara. poster kat lif. bagi makan bagai. dah macam beriya-iya pulak. padahal orang tu pun ntah-ntah terpaksa datang.

itulah namanya protokol. dan aku suka mengelak bab jadi penyambut tetamu ni. tepat 8.45 pagi aku dapat sms ajak minum dan aku tak teragak untuk lari dari keadaan sibuk ini. minum teh sambil isap rokok di tepi jalan memang rare di pagi hari.

destinasi : shah alam walk. sebuah gerai goreng-goreng berkonsep terbuka tumpuan awek pejabat di sekitar alam sentral. nampak semakin maju. meja pun dah tukar. kalau dulu tempat tu memang teruk. asal boleh je. minum teh o ais pun boleh berpeluh. payung pun takde. jadi pagi tu aku dan naz gi minum bebetul depan kaunter bayaran. order pun jerit kat dapur je. tak payah bangun. tapi yang tak sedapnya. sekali dia goreng cili padi sampai berair mata menahan. siap terbersin-bersin. pelanggan gerai belakang pun terbatuk gak.

stategi kot. sebab gerai belakang pun penuh gak.

jadi aku lepak kat situ je dah 2 jam. punyalah nak mengelak dari jadi penyambut tetamu. aku blah pun sebab feel nak buang air besar dah sampai. kalau tak mau sampai tengahari kot. jadi ceritanya di pejabat aku ada pelawat para audit kualiti untuk melihat opis aku ni ada kelas ke tak. aku tengok biasa je. lif pun selalu rosak. asal hujan lebat jubin dinding ni asik runtuh je. kualiti tandas baik sikit dari jusco klang. yang boleh bangga gaji cukup bulan tak pernah miss. itu je la. yang lain ok je.

jadi aku rasa seperti pura-pura nampak baik. sepatutnya tak begitu. dan aku rasa seperti tak jujur pulak bercakap perkara yang baik-baik tentang suasana ofis aku. sedangkan tak semuanya nampak baik. tapi takkan aku nak berterus terang pulak kan. jadi sebagai orang kecil aku diam ajelah. buat hal sendiri.

aku bangga juga kawan pejabat ni semuanya rajin. sabtu ahad, malam pun kerja. aku ni susah sikit. bukan malas kerja. tapi masa tu terhad. teringat adik aku cerita pasal filem papadom. aku takut jadi macam tu jadi aku buat hal sendiri.

dengar cerita pejabat aku akan dirombak. mamat ni ke sana. awek ni ke sini. aku ke situ. nampaknya nama aku dah bawah datuk. lagi susah la aku nak buat hal sendiri. mesti hal datuk pun aku masuk campur. camne ye?

aku nak buat hal sendiri.

Wednesday, October 14, 2009

kisah teh ais

sms : ajua, jom sarapan
aku : tunggu kat bastop
sms : k


pagi itu seorang pembekal telah mengajak aku minum pagi sambil hisap rokok di kedai sekitar shah alam. aku senang dengan pembekal yang sorang ni kerana bila bersembang tak kerap bercerita tentang kerja.

ada setengah tu asyik tanya soalan yang sama.
takde job baru ke bang?
syarikat kami boleh cetak cepat. tanak cuba ke bang?
bosan beb. takde usik langsung pasai hal semasa. cerita mistik-mistik ke. perkembangan politik ke. paling-paling pun cerita pasal bola ke. ini cerita pasal kerja. boring.

sebab itu aku minum dengan kawan pejabat atau dengan sorang dua pembekal yang aku senang seperti si farid ni. dia mencolek aku di bustop dan terus menghala ke kedai mamak seksyen 11.

sambil minum dan pura-pura gelak aku peratikan seorang bapa dengan anaknya masuk ke kedai dan duduk di hadapan kami. bapanya berpakaian kasual seperti hari cuti dan anaknya juga berjersey liverpool.

bapa : ini teh o ais berapa ringgit?
ane : satu ringgit lima puluh sen
bapa : teh o panas berapa ringgit?
ane : satu ringgit
bapa : kasi teh o panas la. murah.

si anak minum milo ais dan roti canai telur. manakala bapa makan roti bakar satu set dengan teh o panas tadi. dalam hati aku cakap, bapak dia ni kedekut betul. ntah-ntah berjimat kot.

sambil sembang dengan farid dalam kedai yang tak ramai orang ni. mata aku dok peratikan diorang. apa perkara seterusnya. setibanya teh o panas bapanya terus meluru minum panas-panas macam orang tak pernah minum teh o.

ehh.. dia ni gila ke. panas tu. dan si bapa minum tanpa pedulikan anaknya yang peratikan aje peel bapanya. seminit kemudian si bapa berkata

"panas air ni. tunggu sejuk jadi seringgit setengah pulak!"

aku dah nak tergelak bapaknya cakap begitu. boleh pulak berlawak pagi-pagi isnin ni kat kedai mamak. terus aku teringat cerita ni di blog seorang kawan. rupanya memang betul-betul jadi ye.

Tuesday, October 13, 2009

aku bela seekor ikan


namanya bushi! (tanda seru itu adalah sebahagian dari namanya).

Bushi! ni adalah seekor ikan puyu yang diberi oleh seorang kawan. teringat 5 tahun dulu kami ada membeli akurium dan ikan kecil di kedai ikan di tasik shah alam. yang bestnya akurium tu ada lampu. asal tido malam je akurium tu mesti menerangi dapur.

beberapa bulan kemudian terjadi satu hal dimana ikan tu mula mati satu-satu. sejam kemudian ikan kecil berjumlah lebih 15 ekor mati kesemuanya. tinggallah akurium itu sendiri.

hampir 2-3 tahun akurium itu sendiri dan makin uzur. pada hari mengemas rumah. akurium itu aku jual di pusat kitar semula berhampiran rumah.

"bang akurium ni cantik lagi bang" mamat kutip sampah tu menjerit.
"ko nak ko ambik la. aku nak buang"
"ok"

buang sampah kertas, kaca, botol dan pelbagai sampah kering penuh satu kereta dapat 30 ringgit je. hmm.. kalau aku buang kereta ni boleh dapat 200 kot. hmm.. nak buang ke tak..?akhirnya aku tak buang..

beberapa bulan kemudian aku diberitahu membela ikan puyu dirumah, perkara jahat takkan terjadi. toyol. hantu. puaka. jembalang. sihir. katak puru. chua soi lek. kalimutu.

jadi kawan aku menghadiahkan 4 ekor ikan puyu pada satu malam raya.
"ni kena pakai pam la ye. kena beli pulak"
"tak payah! dalam longkang takde pam idup je.."
"iye la..."

maka aku membeli satu akurium plastik berharga 15 ringgit. bagi makan cacing ais. satu peket 2 ringgit. bila ikan dah 5 ekor. makan pun banyak la. jadi aku asingkan 3 ekor di akurium. 2 ekor di balang kecil dan letaknya di atas meja.

satu malam ikan di balang kecil berkocak hebat. bertarung dengan hantu penunggu gua kot ni. aku dan isteri akan berteriak:
"lawan..lawan..lawan.."
"bertahan kecikk.. bertahan..."

esoknya si kecik terkulai. dan kami sekeluarga berkabung makan KFC. tak makan ikan.

anak buah aku yang darjah satu si arif meminta ibunya membeli ikan untuk dibela. jadi aku pelawa dia membela ikan puyu aku. kurang sikit belanja makannya. aku ajar bagaimana nak cuci akurium. bagaimana nak beli makan. berapa kiub sehari.

dan sehingga kini 2 ekor ikan puyu masih berada di situ.

aku kekal membela 2 ekor lagi. yang sedihnya seekor telah mati kerana aku memberi makan pisang. badannya panas waktu aku usap mayatnya. bukan sengaja nak bagi ikan makan pisang. kebetulan stok makanan telah habis dan hanya ada pisang saja dirumah. sian.

maka tinggal seekor saja di rumah dan kami namakannya bushi! nama itu asalnya adalah nama seekor kucing belaan kak ani. setelah bushi kak ani mati maka dia telah menjelma menjadi ikan puyu.

sehingga ke hari ini bushi! masih bersama kami. setiap pagi akan miow minta makanan (miow bahasa ikan) dan aku tak lokek memberi 2 kiub cacing. dan stok cacing sentiasa ada untuk bushi!

Friday, October 09, 2009

cerita tentang iphone

"wa, duit ko kat aku ada dekat 3ribu. bile nak kutip?"

wow.
aku ada duit 3ribu kat tangan orang. dan aku tak tau.
jujurnya orang tu. dan aku dah pasang angan-angan.

tv 40 inci best jugak. kat rumah ada 21 inci je.
iphone 3gs ok jugak. sekarang pakai nokia e61i je
mekap keta. pasang audio. tukar seat. pun cun gak.

dan dalam hati lebih kepada iphone.

langkah pertama aku ke kedai maxis.
"encik kena ambik pelan kami. ada 3 pelan. pastu encik kena booking dan bayar 200. tunggu 30 hari dan boleh datang la ambik tepon. encik jimat bla..bla.."

oo.. kena pakai nombor maxis ye?
"kalau encik celcom berbaloi-baloi tak payah tukar nombor. switch je"

oo.. tapi kena booking gak la ye? kalau kensel refund tak?
"kena booking la encik. kalau kensel duit burn"

pulak... takpelah dik. nombor telefon ada? kot saya nak tanye pasai telefon ni malam karang ke? haha.. itu saja ayat menggatal. sebenarnya takde tanye pun.

puh.. seumur hidup aku tak pernahlah beli barang kena booking dulu. ada la sekali masa beli waja dulu. itu pun tunggu seminggu sebab dokumen. bukan sebab takde stok. jadi alternatifnya aku redah je mana-mana kedai dan tanya iphone.

shah alam mall : "3700 ratus maa.. unlock set."
machines pyramid : "we didnt sell any iphone. all iphone in malaysia provide by maxis only"
maxis pyramid : "beratur panjang dik. tapi kena booking gak la"
machines midvalley : "only maxis..."
maxis midvalley : "booking maaa.."
machines garden : "semalam machines midvalley ada unit lebih. tapi tak boleh walk-in la. kena ada bukti pelanggan maxis bang"
maxis garden : dah malas nak tanye.. mesti cerita yang sama..

jadi aku dah macam tawar hati. baca kat lowyat forum ada yang tunggu sampai 45 hari baru dapat. itu pun selepas call costumer servis 3 kali sehari. komplen kat email setiap hari. dan ada yang cakap poor services ever.

sembang dengan orang maxis pyramid. tunggu maxis ada stok yang banyak dan pasti boleh beli terus. dan sembang dengan orang dari machines dia cakap sebab tu lah apple malaysia taknak bawak masuk iphone. sebab jadi kes macam ni la. takde stok.

aku rasa tahun depan pasti iphone berlambak di pasaran kerana lebihan stok dan harga pun akan turun. masa tu kot baru beli.

"bile ko nak ambik duit ko ni"

"ko simpan dulu la.. tunggu jadi 5ribu. aku nak beli tv 50inci pulak"

Monday, October 05, 2009

shah alam ~ parit buntar ~ penang ~ sungai petani ~ shah alam

maksud lain bagi 'hari raya' adalah ~ hari berjalan-jalan. maka pada raya kali ini kami berjalan-jalan ke utara setelah dua tahun lepas kami ke pantai timur.

tiga hari dua malam di utara sangat menyegarkan. terutama ke sungai petani. meninjau ke sekolah lama setelah sebelas tahun aku tinggalkan. cikgu pun maintain hensem. dengan lawak cikgu yang maintain kelakar. seronok sungguh. ada bangunan roboh. ada bangunan baru. yang pasti lukisan mural aku, farid dan hidir maintain di dewan sekolah. ada nama aku sebesar alam kat lukisan tersebut. bangga!

bandar sungai petani selepas sepuluh tahun makin besar dan maju. dah ada tesco. giant. hentian bas tempat aku usha awek kedah maintain kat situ. kedai kaset yang aku sebat kaset no doubt dah jadi kedai gunting. jamming studio tempat farid main gitar dan aku melalak dah lingkup. tak tau kot dah maju jadi monkeybone recording company ke. sape tau kan.

disko fire yang heboh masa skolah dulu dah jadi tempat boling. gerai makan dekat menara jam dah jadi stall yang cantik. tak macam dulu bersepah. wayang cathay tempat aku tengok cite 'hanya kawan' sambil baling koci kat orang depan dah jadi kedai baju. panggung wayang haram yang tayang cite blue sebaris bsn tu dah tutup ganti kedai haji dan umrah.

apa lagi. rumah sewa aku di taman ria maintain jadi rumah sewa sampai sekarang. tapi rumah awek yang kitorang usha dulu tak kawen lagi rasanya. sebab malam tu aku nampak macam dia kat umah tu lagi. tak tau la kot adik dia ke.

banyak sangat cerita aku di utara. malam pertama kami tidur di parit buntar inn. sebuah hotel 3 bintang ala-ala seri malaysia. bilik aku takde karpet. lantai marmar je. aku baca kar review. hotel ni banyak pijat. lantak la. yang penting rm90 je semalam. astro takde. tv3 pun tak terang. shower bilik air tak berfungsi. tekanan air perlahan. suasana hotel macam filem seram. memang berbaloilah tidur sini. yang boleh harap ekon ajelah yang sejuk.

pada pagi pertama kami bersarapan di kedai antik di pekan koboi parit buntar. pekan lama di menara jam. aku memang suka pekan macam ni. minum pakai cawan antik. suasana kedai suram. ada orang tua minum sendirian di penjuru sambil membaca suratkhabar jawi. kipas uzur yang sentasa berbunyi pelik. aku memang pantang suasana macam ni. rasa nak pindah sini aje. bini aku pun suka keadaan ini. rasa seperti dunia ini berhenti. hilang suasana sibuk dan bising seperti di bandar besar.

kami ke parit buntar atas jemputan kenduri kahwin. sempat juga melawat kubur arwah atok yang tak pernah kami sekeluarga tau selama ini. batu nesan pun boleh baca sikit-sikit aje.

tak lengkap ke utara kalau tak ke pulau pinang. atau kata orang sini. tanjung! tujuh ringgit dikenakan bagi setiap kenderaan yang melintasi jambatan ketiga terpanjang di asia itu. balik free je. bandar penang tetap sibuk seperti dulu. jalan sehala di pusat bandar. pemandu pekak yang sentiasa menekan hon. pemandu buta yang sentiasa memotong barisan. lumrah pulau pinang. terkilan gak tak singgah di komtar membeli baju atau di padang kota pekena laksa pasembor. insya allah lain kali kami datang lagi.

di sungai petani kami bermalam di swiss in. sebuah hotel 5 bintang yang sangat terkenal. ada kolam renang. bilik ada jakuzi. pemandangan bandar yang cantik dari bilik. kemudahan lain yang sesuai dengan taraf 5 bintangnya. sayangnya kami hanya semalam di sini.

aku tak pasti bila akan ke sini lagi. mungkin lagi 10 tahun? kalau begitu ramailah cikgu yang dah bersara. masa tu pun aku dah 40an. bila kita pernah hidup di tempat orang dimana kita pernah jatuh, bangun, ketawa, menangis, bercinta dan kecewa. kita akan kenang tempat ini kerana disinilah kita belajar banyak benda tentang kehidupan. kita akan sentiasa bercerita tentang itu dan ini. cerita yang bagus akan berparut di hati dan parut itulah yang akan terus meninggalkan kesan di hati orang lain pula.