Friday, October 16, 2009

noh omar tak datang!

dua hari lepas bini aku beritahu ada jamuan raya jps selangor di bangunan suk yang perlu kitorang datang. bagi aku jamuan raya ni sama je dengan tempat lain. pasang lagu raya, datang pakai baju melayu, makan ketupat kuah kacang. untung-untung ada sate. tak pun cendol. puh! layan.

"ntah-ntah noh omar pun ada" kata bini aku.

puh. makan dengan menteri memang tak pernah dalam hidup aku. memang kena pegi ni. noh omar ajak tu.

kebetulan malam tu juga kak bak ajak makan meehon sup kat rumah dia.

"yang dijemput saja tau " kata dia

kalau rumah dah tepi tasik. datang makan meehon pun atas jemputan saja. mesti ada joget-joget ni. tak pun karaoke. kena pegi gak ni.

pagi semalam bini aku dah sibuk suruh aku cari kemeja hijau lumut. nak sama dengan baju raya dia. aku bab nak beli baju kemeja sebab jamuan raya ni memang berat sikit la. nak cari satu hal. yang cantik mesti harga ratus. takkan nak baju yang biasa-biasa je. nak makan dengan noh omar ni. last-last aku tak cari. pakai apa yang ada je la.

semalam ada makan-makan kat opis. aku makan ala kadar je la. malam kang nak makan dengan noh omar. kang dia kata apa pulak. baru aku teringat. kalau ada menteri ni mesti ada kambing. puh.. ni yang berkobar nak pegi ni. aku makan nasi pun dua pinggan je.

menjelang petang aku dah riuh kat opis. malam ni aku nak makan dengan noh omar. diner beb. kena balik cepat.

”entah-entah yang datang noh ali” cakap puspa.
”noh ali tu sapa?”
”noh... hujan”
“oo. noh hujan tu namanya noh ali. mane aku tauu..”
tapi tak bleh lawan la noh omar. menteri tu.

petang tu aku balik cepat. kang aku datang lambat noh omar cakap ape pulak. aku pecut motor selaju cahaya sampaikan engin motor dah bau hangit baru aku pelahan balik. tak lama pastu pecut balik. punyalah semangat nak makan kambing dengan noh omar.

sampai kat rumah aku pilih baju nak gosok. pakai baju raya cam beriya-iya sangat. pakai batik jelah. baru macam diner. caca tak ikut. sebab bini aku cakap majlis formal ni susah bawak budak kecik. betul gak. kang noh omar ajak sembang politik. ada caca leceh pulak. nak belon la. nak susu la. nak eskrim la.

kitorang gerak kul 7.45 malam. bini aku pakai baju kurung. aku baju batik ber-iron dengan seluar kodroi dan kasut kilat. minyak wangi setengah botol. sebab katanya mula majlis kul lapan. jadi aku pecut kereta dan sampai kul lapan lima minit. dapatlah parking depan dewan. aku tengok yang datang semua baju melayu lengkap. leceh plak awak sorang je pakai baju batik. buat tak tau jelah. kang tepercik kuah blackpaper kambing tak nampak kotor.

upacara salam-salam dan senyum-senyum berlangsung dengan jayanya dan majlis tu berlangsung di dewan yang tak seberapa besar. ada lebih kurang 50 meja bulat dan pentas kecil. tak ramai yang datang lagi. jadi kitorang duduk di meja berdekatan vip. mane tau noh omar suh makan semeja takdelah jauh nak berjalan.

bini aku pun sibuk kenalkan aku dengan kawan-kawannya. baju biru, baju merah, tudung hitam, tudung hijau. dan rata-rata yang datang pakai baju melayu. ada jugak yang datang pakai batik. yang sempoi datang pakai selipar pun ada. majlis pun dah jadi macam biasa-biasa je. yang datang bawak anak pun ramai. kalau tau jadi camni aku bawak je caca.

majlis pun cam lambat lagi. atas meja ada kerepek pisang. perut pun lapar. bini aku dari petang tadi asyik cakap lapar gile. aku cakap rileks. malam ni kita makan kambing dengan noh omar. tapi aku tengok takde pulak kelibat kambing dalam dewan ni. janggut rupa kambing ramai la. makan kerepek pisang pun dah rasa kentaki. kat setengah balang makan. noh omar tak nampak gak. datang ke tak ni ?

aku tengok ada sorang mamat tu bawak fail kerja ke hulu ke hilir. orang datang makan dia datang buat kerja. boleh tahan kipasnya. ada jugak aku terserempak dengan member 2-3 orang. takdelah amcam kera sumbang kat majlis besar macam ni.

trompet dibunyikan maka tibalah tetamu kehormat. aku pun jengok-jengok gak sambil berjengket. mana noh omar ni? yang datang orang lain. hmm... tak datang la ni. leceh tul. aku tengok kambing pun macam takde je. lari tune betul. ada ucapan aluan pulak. sapa nak dengar. aku tengok dewan ni dah riuh budak menjerit dah macam jamuan raya tadika kemas pulak. lepas ucapan ada sambutan hari jadi pulak. apa cite ni?

mood aku nak makan pun dah lari. ambik sate pun berjalan lemah je. ambik cendol pun layu je. nasi beriyani pun setengah pinggan je makan. tapi sate 20 cucuk. aku pun dah macam malas nak lepak lama-lama. aku ajak bini aku cabut. kak bak pun dah sms tanye datang jangan lambat. aku pun kata oklah.

datang rumah kak bak pun meehoon dah lemah. lama sangat rebus kot sampai lemah meehon tu. tapi sedap. ada plak mail. dengan sakit matanya datang rumah orang. takkan nak sembang pandang bawah je. kenalah gak pandang muka dia. leceh gak bebenda macam ni. rumah kak bak pun tak lama. joget-joget pun aku tengok macam takde je. balik jelah. esok nak keje. bapak aku dah call tanye esok jangan lupa hantar dia gi lcct. dia nak gi palembang honeymoon. ok jelah.

banyak benda tak syok arini. camne noh omar tak datang? leceh tul.

No comments: