Monday, October 26, 2009

aku masuk exciting race 09 - bhgn 2

hari pertandingan

azan pertama aku dah bangun. sempat la sembahyang taubat, qiamulalil, tahajud, katam quran 2 kali dan khatan sekali lagi. aku prepair baju 2 helai. seluar selai. boxer selai. kamus dewan kot-kot sesat nanti. roti cokelat. air mineral. bushi! dan sepotong doa supaya selamat pegi dan balik.

aku naik superbike ke rumah mak kat shah alam. kancil turbo dah bersedia untuk aksi. sampai kat rumah mak dah azan subuh. lagi sekali sembahyang taubat, qiamulail, tahajud, katam metro semalam dan berdengkur 5 minit.

aku periksa kancil yang dikatakan turbo tu. enjin macam asal. ekzos macam kancil asal. bunyi enjin pun sama macam kancil kat showroom. siren polis pun takde. kepak pun tak nampak. apa yang pimp my ridenye. rupanye aku dah kena kencing dengan ismiza. subuh tu gak aku karate bonet honda dia 4 kali.

adik kata nak pegi genting dengan kawan. hantar aq pegi komuter pastu terus ke tapak mula. aku sampai pukul 6.30 pagi. nampak la cikgu nazri dengan honda cbr1000 dia parking depan pentas. puspa pun baru sampai. terus aku ajak dia sisi minyak dulu kat shell. isi rm23.50 je. minyak penuh sampai muntah.

kemudian acara lekatkan stiker di kereta. ada beberapa jurukamera dari media massa mengambil gamba kami seperti paparazi.

"jangan gosip ya.." ujar aku sambil menutup mata dengan tangan. pastinya esok hujanan telefon akan berdering dari abang nizam dan Huzz dari utusan. bosan nyah!

ada beberapa pasukan yang datang berpakaian seragam. ada yang berbaju kelawar macam makcik-makcik. ada yang baju askar dengan misai tebal. ada pasukan lelaki berambut palsu siap isap rokok berkepul-kepul kat tepi kereta. dah macam bohsia plak aku tengok. ada geng seksi. pakai seluar ketat erobik dengan baju ketat pendek. muka dah la tak bole blah. pakai macam tu. memang merosakkan betul. aku perati gak kot ada pakai ala-ala tablig ke. sholin ke. nampaknya takde.

pagi tu ada senamrobik. aksi pemanas badan yang memang panas dengan aksi juru senam yang seksi. aku pulak yang naik segan nak ikut. tapi aku tengok orang lain selamba kodok je.

pelepasan peserta oleh timbalan datuk bandar. dan task pertama adalah membuat tikar gunakan kertas. senang betul. siapkan ala kadar pastu sorak lebih. kasi saiko sikit geng lain. ada yang dari duduk terus menyangkung siapkan tikar. benda simple macam ni pun siap lambat.

lepas tu kami diarah ke bukit bandaraya berhampiran bukit cherakah untuk acara anyam daun nipah. tapi kitorang terlajak masuk ke bukit cherakah. nasib baik naik kancil jadi kesilapan tu tak perasan sangat dan cepat di betulkan.

lepas dari anyam daun nipah kena pergi ke paya jaras sungai buluh untuk parut kelapa. jauh gak tu. dan kancil turbo kitorang dipotong dengan selamba oleh kereta-kereta lain di lebuhraya. kalau berterusan macam ni kalah la beb.

aku teringat kata ismiza. "aku dah pasang suiz kepak. lepas ni ko bole terbang"
terus aku mencari suis kepak dan akhirnya tak jumpa. cilakak ismiza. dia lupe pasang kepak ke atau lupa pasang suis ni. aku karate stering kancil dia 20 kali.

sampai di paya jaras kitorang kena beli kelapa dulu. makcik tu siap kopakkan lagi. harga RM1.40. untung lebih nampak. kena buat aduan pengguna ni. bukan harganye 20 sen je ke kelapa ni?

kereta pesaing terdekat aku si samsul baru blah dari situ. aku ingat kelapa ni kena beli je. rupanya kena parut manual. kalau aku tau macam ni baik aku suruh makcik tadi parutkan terus je. tak payah guna kukur ni.

"kelapa tu makan ye. bukan parut je"
ah sudah. aku makan kelapa tu macam orang tak jumpa nasi sebulan. lahap! siap kelapa orang lain pun aku tolong makankan. lapa ni. pagi tadi pun cuma makan roti vanila dan air red bull je.

acara seterusnya kena ke satu rumah di merbau sempak untuk cop kedatangan. dah la lampung tu aku tak pernah masuk. kena cari rumah pulak. nasib baik ada geng lain yang dah sampai. jadi ikut ajelah. ada jugak la kitorang kena u-turn dua tiga tempat. nasib baik kancil. kalau aku bawak lori transformers tadi. tak ke riuh kampung tu. jenuh nak sain autograf pulak. geng baju askar yang tadi potong kancil kitorang kat lebuhraya dah sesat kat kampung ni. aku gelak je siap hon-hon lagi. driver siap pakai helmet dan googel pun bole sesat je. askar ape ni. tentera laut kot.

seterusnya kitorang ke ijok untuk makan petai 2 papan di tepi jalan. petai ni memang pantang aku la. boleh gugur susuk muka ni. nak menang punyai pasai. aku makan petai macam makan mentos. si nashriq siap muntah tepi jalan. si puspa gigil-gigil makan petai pastu telan air. dah macam makan panadol pulak. aku ngan eddie je rileks. tapi masa mula-mula aku pun muntah gak.

petai punye pasai untuk task seterusnya kami sesat hampir 20km ke batang berjuntai. padahal task tu 5km je dari petai tadi. patah balik dah 20km lagi. task tu cuma mencari nama kedai yang berkaitan dengan soalan. macam biasalah jawapan belum betul tapi sorak nombor satu. geng lain semua dah kelam kabut start kereta.

kemudian kami ke kampung kelip-kelip acara potong batang pokok. memang takde nasib la. kitorang dapat urat pokok. orang lain dapat ranting-ranting je. kitorang dapat pangkal pokok balak. menyumpah jangan cakap la. rasa cam nak balik rumah baring-baring sambil tengok astro je. tapi semangat spiderman tak mudah mengalah. kami gergaji jugak pokok balak tu sambil memandang satu geng gadis yang lemah gemalai dapat kayu balak sama besar macam kitorang gak. nasib la.

seterusnya kami perlu mencari kedai di sekitar bandar kuala selangor dan tebuk kad yang diberi. task ni agak senang kerana aku biasa dengan bandar kuala selangor ni. bini aku kerja sini. seterusnya kami ke taman alam untuk bergambar di menara pandang dan mencari nama pokok dan sample daun. geng lain pun banyak bantu jadi acara fizikal macam ni cepat selesai.

kami diarahkan bergambar di rumah api di puncak bukit malawati. kereta tak boleh naik atas. nak tunggu keretapi lambat lagi. jadi kitorang berjalan kaki dan berlari pada jam tepat 12 tengahari. peluh jangan cakap. kulit pun dah pedih sebab panas. kebetulan kitorang bersaing dengan satu geng media dari SINAR. diorang ni kecoh gak. sorang lembut, sorang tomboi, sorang seksi, sorang kontrol ayu.

selepas aksi bergambar di rumah api kami ke sawah di tanjung karang. ingatkan acara tangkap keli ke. atau tanam padi ke. rupanya sekadar berjalan ikat tangan di satu petak sawah dan kemudian perlu asingkan selonggok kacang hijau, kacang putih, bubur caca dan kacang kuining yang keras tu ke dalam 4 bekas berbeza. macam cerita musang berjanggut. apsal tak suruh asingkan gula, garam dan beras. yang itu kitorang terer la buat. geng media berjaya siap awal dan terus berakit di homestay sungai dorani.

aku rasa diorang berempat adalah keturunan puspawangi. kitorang cuma ada sorang je keturunan puspawangi (si puspasari). tu yang lambat habis tu. aku siap bersimpuh ala mak-mak konon boleh siap cepat. tapi lambat gak. siap kebas kaki lagi.

perjalanan ke homestay untuk berkayak sangatlah jauh. jalannya lurus merentasi lautan sawah. kalau aku pakai fairlady kompom 2 minit je. sampai di sana geng media tadi baru gak sampai. rupanya diorang sesat dulu. bak kata pepatah;
sesal dulu pendapatan, sesat kemudian tiada gunanya.

task ini hanya perlu 2 orang sahaja. jadi puspa dan nasriq yang akan berkayak. aku dan eddie lepak tepi sungai isap rokok sambil pekena kopi o secawang dan bercerita isu terkini tentang bola sepak dunia. kekalahan MU yang pasti mengembirakan gerat.

mereka perlu berkayak untuk tebuk kad dan patah balik. tapi kad yang ditebuk hanyut ke sungai yang penuh buaya. simpati pihak marshal sangat kitorang puji. dan kitorang terus ke destinasi seterusnya tanpa perlu buat task ni balik.

seterusnya kitorang perlu ke jalan kampung (nama lupe) untuk mencari 20 bahan yang sama sifat. cantik, tajam, keras, dll. kitorang buat task ni cepat aje sebab bahan yang perlu dicari ada di sekitar kebun tu aje. geng media tadi kitorang dah tinggalkan jauh dan tak jumpa sampai penamat.

seterusnya ke pintu gerbang UNISEL untuk ambik gambar begitu juga di ladang buah-buahan. pasa tu dah pukul 3 petang. dari ladang buah-buahan yang ntah ceruk mana tu kitorang perlu ke tasik biru kuang untuk susun puzzle. susun puzzle pun senang je sebab IQ kitorang melebihi 200 (IQ tertinggi di dunia adalah 184).

menurut marshal kitorg berada di ranking ke 11 terbaik. semangat juang perlu diteruskan walaupun dah penat. seterusnya ke institut getah di sungai buluh untuk aksi bawak kereta sorong dengan tutup mata. sorang bagi arahan. acara ni pun senang. tapi kitorang tempat ke 11 la.

task terakhir adalah di taman ekstrim di seksyen 13 shah alam. 2 orang perlu abseling. turun bangunan dengan tali. eddie dan puspa selesaikan tugas itu dengan cemerlang. dan kami memecut dengan kuasa turbo yang tinggal sedikit ke garisan penamat dan kami tetap berada di tempat ke 11 dari 30 pasukan bagi kategori shah alam.

ingatkan dah penamat boleh makan. rupanya kena tunggu upacara penyampaian hadiah. dan untuk 3 tahun berturut-turun johan terbuka dibolot oleh pasukan itu jugak. dah la katanya anak buah cikgu nazri. mamca tak adil je. aku pun dah malas nak join tahun depan. slogan pun kena tukar; kalah dah mesti johan belum pasti! selagi pasukan tu masuk tahun depan. selagi tulah diorang gak yang menang. mana aci!

apa kitorang dapat? baju spiderman sehelai dan penat tak sudah. 2 hari berturut aku masih kepenatan dan hari isnin aku siap muntah. ni semua bahana petai.

2 comments:

..bapak idan,,, said...

hahahha..suis tu belakang stereng laa bro..lagi bro karate..lagi kedalam suisnye....kerete perompak kan..mana leh menonjol...hahhaha

AjuA said...

ooo.. patut la x jumpe.. karate byk sangat..