Tuesday, October 13, 2009

aku bela seekor ikan


namanya bushi! (tanda seru itu adalah sebahagian dari namanya).

Bushi! ni adalah seekor ikan puyu yang diberi oleh seorang kawan. teringat 5 tahun dulu kami ada membeli akurium dan ikan kecil di kedai ikan di tasik shah alam. yang bestnya akurium tu ada lampu. asal tido malam je akurium tu mesti menerangi dapur.

beberapa bulan kemudian terjadi satu hal dimana ikan tu mula mati satu-satu. sejam kemudian ikan kecil berjumlah lebih 15 ekor mati kesemuanya. tinggallah akurium itu sendiri.

hampir 2-3 tahun akurium itu sendiri dan makin uzur. pada hari mengemas rumah. akurium itu aku jual di pusat kitar semula berhampiran rumah.

"bang akurium ni cantik lagi bang" mamat kutip sampah tu menjerit.
"ko nak ko ambik la. aku nak buang"
"ok"

buang sampah kertas, kaca, botol dan pelbagai sampah kering penuh satu kereta dapat 30 ringgit je. hmm.. kalau aku buang kereta ni boleh dapat 200 kot. hmm.. nak buang ke tak..?akhirnya aku tak buang..

beberapa bulan kemudian aku diberitahu membela ikan puyu dirumah, perkara jahat takkan terjadi. toyol. hantu. puaka. jembalang. sihir. katak puru. chua soi lek. kalimutu.

jadi kawan aku menghadiahkan 4 ekor ikan puyu pada satu malam raya.
"ni kena pakai pam la ye. kena beli pulak"
"tak payah! dalam longkang takde pam idup je.."
"iye la..."

maka aku membeli satu akurium plastik berharga 15 ringgit. bagi makan cacing ais. satu peket 2 ringgit. bila ikan dah 5 ekor. makan pun banyak la. jadi aku asingkan 3 ekor di akurium. 2 ekor di balang kecil dan letaknya di atas meja.

satu malam ikan di balang kecil berkocak hebat. bertarung dengan hantu penunggu gua kot ni. aku dan isteri akan berteriak:
"lawan..lawan..lawan.."
"bertahan kecikk.. bertahan..."

esoknya si kecik terkulai. dan kami sekeluarga berkabung makan KFC. tak makan ikan.

anak buah aku yang darjah satu si arif meminta ibunya membeli ikan untuk dibela. jadi aku pelawa dia membela ikan puyu aku. kurang sikit belanja makannya. aku ajar bagaimana nak cuci akurium. bagaimana nak beli makan. berapa kiub sehari.

dan sehingga kini 2 ekor ikan puyu masih berada di situ.

aku kekal membela 2 ekor lagi. yang sedihnya seekor telah mati kerana aku memberi makan pisang. badannya panas waktu aku usap mayatnya. bukan sengaja nak bagi ikan makan pisang. kebetulan stok makanan telah habis dan hanya ada pisang saja dirumah. sian.

maka tinggal seekor saja di rumah dan kami namakannya bushi! nama itu asalnya adalah nama seekor kucing belaan kak ani. setelah bushi kak ani mati maka dia telah menjelma menjadi ikan puyu.

sehingga ke hari ini bushi! masih bersama kami. setiap pagi akan miow minta makanan (miow bahasa ikan) dan aku tak lokek memberi 2 kiub cacing. dan stok cacing sentiasa ada untuk bushi!

1 comment:

sri said...

huahuahuahua...hahahha..lawaklah ayah!