Thursday, September 24, 2009

cerita raya

semua org cerita raya. dan aku juga sama.
bagi aku raya ni sama aje walau 10 tahun lagi pun.
raya tetap macam ni.

filem melayu yang bosan.
lagu saloma mintak mak kuih sepotong.
eksiden. jem. kubur. kuih almond landon.
minta maaf di pagi raya
(hari bukan raya pun boleh minta maaf ape)

semuanya seperti diputar semula.
tahun depan pun ko akan tau situasinya adalah sama.
filem bosan. lagu bosan. mazola sedap.

bagi aku seronok lagi puasa.
masjid penuh. qiamulalil. tadarus.
pahala. pahala. pahala

yang akan membezakan raya adalah kita sendiri.
tahun lepas raya kat pahang.
tahun ni raya kat penang la.
kan beza tu. ambik angin utara pulak.
taun depan raya kat kelantan.
ambik bau kopok losong kat rantau abang.
kan beza tu.

bagi perantau raya sgt bermakna.
setahun tak balik kampung.
tau-tau balik bawak kereta baru.
kan seronok.
mengembirakan hati orang tua adalah pahala paling besar.

jadi bagi aku yang setiap minggu jumpa mak.
raya ni kira biasa ajelah.
takdelah perantau sangat pun.
lagi-lagi yang duduk dengan mak.
langsung tak rasa raya.
seronok-seronok je. tetapi perkara untuk dikenang takde.

cerita raya aku biasa saja.
datang rumah orang makan. sembang. balik.
balik kampung sembang. makan. balik.
duit marissa yang bertambah.
duit ayahnya kurang.

aku suka puasa lagi.
tak sabar nak puasa tahun depan.
raya... hmmm...
puasa seronok lagi.

Friday, September 18, 2009

kenangan raya


sebagai seorang lelaki hensem. kenangan raya memang banyak untuk dicerita.

aku balik kampung di lurah bilut pahang. sebuah felda yang tak best. kampung tak besar sangat. bolehlah pinjam motor buruk atok buat merayap gi rumah awek kampung.

masa bujang dulu aktiviti raya pertama lebih pada baca yasin lepas sembahyang raya dan upacara kumpul kekayaan dan sampul raya. lepas tu. semua pakat tido depan tv tengok sarkis sampai petang.

orang bujang cam aku takkan baring je. jadi pakat dengan sepupu gi raya rumah awek. tak kenal pun takde yang penting sekampung. dapatlah 2-3 rumah. rombongan ke kubur arwah wan dan atok kecik biasa hari raya ke-2. (sebab tu aku cakap felda tak best sebab wan dah takde).

dulu felda lurah bilut sapa pun tak tau. nak masuk dah la jauh. memang hulu sangat la. tapi selepas filem bilut keluar. terus bangga aku cakap 'aku orang bilut. felda pertama di malaysia'.

ko orang mane? jengka. tak geng!

masa siti nurhaliza glamer rajin jugak la sepupu aku beraya rumah dia. aku takde la nak beraya rumah artis pop ni. ape barang rumah siti. rumah nik aziz bole la.

malam raya pertama di kampung. biasa la main mercun. tak pun jalan kaki ramai-ramai dalam gelap. kampung aku dulu kerap takde letrik. lagi seronok. seram ngeri pun ada. cerita jantung pisang berdarah. hantu mengilai bawah rumah. hantu merangkak dalam semak. memang cerita popular di kampung. akhirnya semua pakat lari balik rumah atok. sapa yang kecik memang tertinggal la.

rumah atok agak besar. dua tingkat. sapa balik raya lambat memang tidur takde bantal la. selimut pun nasib-nasib. aku kalau balik kampung memang bawak sleeping bag. jadi tak risau. bantal pun takde hal. kasi budak-budak ni tido. pastu curi la bantal diorang. pernah satu kali raya aku ada 6 bantal keliling badan. along pun sama.

rumah atok yang baru ni tak syok macam rumah lama. rumah lama lagi besar. boleh main bola. main badminton dalam rumah. masa arwah wan ada. siap masak dodol lagi. masa kecik dulu aku memang duduk kampung. memang jadi hantu kacang la masa tu.

anak-anak ayam memang gerun tengok aku.
mak ayam plak. asal nampak aku je mula la nak kembangkan badan.
apahal nak marah?
salah ke aku goreng anak kau sekor hidup-hidup.
kejam sangat ke kalau aku humban sekor dalam tin cat.
kan ada 8 ekor lagi. atok pun suruh aku kurangkan populasi ayam di kampung.
produktif sangat. nanti menyumbang pada masalah sumbang mahram. pelacuran. judi dan maksiat.

lagipun lepas bunuh kitorang tanam.tanya shahril. along ami. angah lin. siap shahril baca doa lagi. kubur pun ada lagi kat rumah atok kecik belakang tu. supaya roh dicucuri rahmat.

masa aku kecik atok ada kedai runcit. aku memang kaki rembat punye. terutama sotong kering. bila nak makan kena bakar kat bara api. feberet masa tu. hujung kebun atok kitorg buat pondok-pondok pakai daun pisang. situlah operasi maksiat dan rumah urut pertama di kampung aku beroperasi. yang datang pun budak-budak besar aku je. takde urut pun. tapi kalau nak sotong kering atok memang kena bayar 20 sen dengan aku. wang pelindungan.

suasana berubah bila besar. aku pernah saja-saja balik kampung naik bas. 2 jam perjalanan dari hentian pekeliling. bas pun buruk. seingat aku takde ekon. nak balik ke shah alam dari kampung pun naik bas. beli tiket kat rumah orang. esoknya balik. macam perantau sangat la.

bila dah kawen ni raya pun dah ada 3 rumah. rumah mak mertua. rumah mak sendiri. rumah atok. biasa raya pertama aku kat rumah mak mertua la sebab diorang pun meriah raya pertama aje. rumah atok raya ke dua. sebab nak lawat kubur wan. raya ke tiga biasa aku dah kat shah alam rumah mak.

bagi aku raya ni mana-mana sama aje.
jumpa saudara lama. kawan lama.
lepak rumah dia lama-lama.
makan kuih mazola. air pepsi.

kalau bujang tengok adik dia pulak. hui lawo.
yang pompuan masa nilah nak pasang badan.
kawan abang hensem.
kompom esok datang beraya rumah tu lagi.

rumah terbuka wajib bagi aku.
sebab masa inilah yang dia ada kat rumah.
hari lain asal telefon aje kat kampung.
asal telefon aje kat luar.

itu yang bila dah hujung syawal rumah terbuka sampai malam pun ada. siap susun jadual. pagi ni rumah dia. pastu rumah anu. petang rumah polan sebab ada kambing golek. malam rumah awak sebab kawan-kawan lain datang malam.

akhirnya dah habis syawal masuk zulkaedah pun ada rumah terbuka jugak. tapi dipanggil 'jemput makan-makan'. pegi jugak la. makan kan. bukan suh basuh pinggan pun.

selamat hari raya semua

Thursday, September 17, 2009

kerja kena pro bro

hari ini agak bosan ke pejabat kerana sebahagian besar rakan pejabat telah bercuti raya. hari ini agak rehat dari biasa. walaupun bos ada. tapi tekanan kerja kurang.

pukul 1
aku tidur di kerusi.

kul 2
"kring..kring" aku terkejut dari tidur
"ajua.. lagi 2 minit ikut aku gi stadium"
"aa.. ok lah.."

bos call. katanya pagi tadi dia mesyuarat dengan datuk bandar tentang jamuan raya. ini mesti pasai jamuan raya. dalam hati aku cakap. selagi tak jamuan selagi itulah macam-macam hal.

aku ke tandas. urusan kecil.
ada 'balak' terapung.
cilakak mana yang tak tau pam ni.

aku dengar bunyi lif. mesti bos dah turun.
aku terus berlari ikut dia di bawah.

aku dengar Mo membebel-bebel pasai kerja.
dia pakai baju biasa hari ni. mesti dah cuti.

"bos.. minggu depan saya direct cuti. balik sabah. kalau nak tukar apa-apa kat LED saya takde"
"alah.. baru sabah. orang lain raya kat london boleh je balik.. nanti aku call ko"

aku tengok muka Mo dah macam belacan. dalam hati aku gelak je. teringat cakap bos aku: kita keje mana ada cuti. kerja swasta boleh la cuti. kerja dengan penduduk shah alam. kalau nak cuti kerja sendiri la.

agak keras bahasa dia tapi realitinya betul.
dalam kerja kita kena profesional. semua profesional.
jawab profesional.
fikir profesional.
gaya kena profesional.
baru orang hormat kita.

jadi bila kita berurusan dengan orang tidak profesional.
kita jadi marah.

aku dengar dari bos 'tebal' aku. ada pertukaran banyak di mesyuarat jamuan raya tadi.
susunan gerai berubah.
susunan pentas berubah.
tambah itu ini.

dalam hati aku cakap.
ATOK TAK PROFESIONAL.

bos besar aku pun diam je. pulak tu maklumat yang dia beri dua hari lepas.
untuk dimasukkan ke risalah bulanan tidak disahkan lagi.
aku cakap :
BOS TAK PROFESIONAL.

kerja sepatutnya disusun awal.
supaya tidak kelam kabut dan tergesa.
takut-takut banyak silap.
bila ada kesilapan. semua menuduh orang itu. orang ini.

bak kata morinho.
pasukan yang bagus datang dari pemimpin yang bagus.

bak kata gerrard.
kesilapan individu harus ditanggung sepasukan.
makna ~ kerja yang berat harus dipikul bersama.

bukan dipikul seorang.
dialah yang bekerja sampai pagi.
dialah yang pergi meeting.
dialah ke hulu kehilir cari maklumat.
akhirnya
yang dapat nama.... bos besar.

itulah situasi kerja sekarang.
bila kita kerja profesional.
tidak kira masa. tidak kira situasi.
demam datang kerja.
keluarga sakit. datang jugak kerja.
makan minum abai kerana kerja.
sebab kita profesional.

tetapi bila sampai kat orang atas.
dia pulak yang tak profesional.
pinda. pinda. pinda.

dan kita pun membuat rutin kembali.
demam datang kerja. sakit datang kerja dll.

jadi nasihat aku.
jadilah profesional bila berkerja.
bos tak nampak kita.
tapi tuhan nampak.

bukankah rezeki itu tuhan yang bagi.
duit yang datang dari usaha penat kita akan lebih berkat.
anak sihat. kereta tak senang rosak.
keluarga tak gaduh. hati lebih senang.
badan pun sihat

Monday, September 14, 2009

insan misteri di pagi hari

kring... kring
aku : ya rumah mayat bercakap..!
nani : wa, ada orang nak jumpe ko. kak maznah.
aku : emm.. sapa ye!
(dalam hati : kontraktor kot. tak pun supplier)
aku : bole la suh datang sini.
(dalam hati : dah la byk keje ada orang plak)

300 saat kemudian.
maznah : ajua ye.
aku : iya saya
dan kami bersembang hampir 30 minit lamanya


kak maznah ini adalah seorang aktivis keagamaan yang kerjanya menganjurkan ceramah dan mengumpul duit untuk buat sumbangan amal secara persendirian. kak maznah ni berusia 48 tahun. ada 4 orang anak bujang. sorang kerja kat tv3. sorang menuntut di sudan. sepasang kembar masih di tingkatan 5 dan akan belajar tahfiz di darul quran selepas SPM.


yang menariknya.
kak maznah dan suami tidak bekerja hampir 15 tahun dan segala sara hidup perbelanjaan selama ini berkat dari kerja keagamaannya. kita buat baik. allah balas baik juga. pelbagai tips kehidupan yang diberi yang aku anggap sangat berharga bagi seorang istimewa cam kak maznah ni.

di akhir pertemuan dia memberikan sebuah buku zikir harian.
"akak tak larat nak zikir banyak-banyak. tapi kalau ajua berzikir ikut buku harian ni. insya allah akak pun dapat pahala sama"
dalam hati aku cakap. banyak saham akhirat akak ni.

dia memberitahu bahawa dalam hidup ini kita jangan menipu. terutama orang meniaga. kuah laksa campur air. pastu jual kat orang. kemudian yang makan sakit perut. duit meniaga jual kuah laksa air tu bagi anak makan. sebab tu la orang meniaga ni banyak sakit-sakit. duit tak berkat.

camtulah katanya.

alhamdulillah. dulu akak leka. kerja sampai lupa ibadat. tapi duit tak cukup jugak. sekarang ni dengan takde pendapatan tetap akak bekerja untuk allah. alhamdulillah lepas 15 tahun takde pun akak mati tak makan. anak-anak pun sampai ke sudan belajar.

kita kejar akhirat. dunia berlumba-lumba kejar kita.
kalau kita kejar dunia. sampai mati pun tak pernah cukup.

buat baik ni banyak ujian. dunia ni kan tempat kita diuji. lagi sabar kita. lagi mudah urusan kita. hari ni orang tutup jalan kita. esok allah bukak sepuluh jalan baru. apa nak risau. mintak je. allah pasti perkenan. dia kan maha pemurah.

aku lopong je dengar.

aku berurusan dengan kak maznah ni diatas sebab kerja. dimana aku diberi maklumat mengenai kelas agama yang dia anjurkan dan aku masukkan ke dalam risalah pemberitahuan.

"banyak pahala ajua tau" katanya

aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. sekadar bersms saja. sekarang aku berfikir siapakah kak maznah ni. dalam bulan puasa. 10 malam terakhir. dapat ilmu dari orang misteri. hmm..

Tuesday, September 08, 2009

rompakan bank

sabtu lepas aku ke bank kepala rimau untuk masukkan sekeping cek dari soha.
meniaga kecil-kecilan. hasil pun kecil la.
dah la hari sabtu. isnin pun cuti. mau hari khamis kot baru dapat duit.
dalam hati aku cakap. parah ni.

sesampai saja aku di muka pintu kaca bank tu.
aku ditahan oleh muncung pump-gun.
sentap darah.

paling berani orang tahan aku pun pakai penumbuk.
pertama kali dalam hidup pakai pump-gun.
rasa cam zaman koboi pulak.

rupanya pakgat tak bagi masuk sebab tengah masukkan duit.
jangan la pakai pump-gun. tunjuk tangan pun ok pe.
boleh demam woo.. cakap aku dalam hati.

masa menunggu agak lama.
dalam kepala dok pikir;
kalau aku rompak van ni ok kot.

aku kena cari kekurangan dan kesilapan dalam urusan itu
aku peratikan pakgat yang pegang pump-gun tu bertugas seorang.
aku peratikan van yang menunggu agak hampir. susah juga
aku peratikan tayar yang digunakan macam brand senang bocor.
dinding van tak macam kalis peluru.
pegawai yang membuka mesin atm bertubuh gempal.

aku tekapkan muka di cermin bank.
aku melihat dengan tajam kombinasi nombor di peti besi atm itu.
ada satu pemusing dan lapan butang di bawahnya.
tiga kali pusing ke kiri. dua kali pusing ke kanan.
nombor kombinasi aku dah hafal.

nampaknya aku boleh jadi perancang rompakan ni.
hahaha.
set masa. peratikan kunci.
kautim dengan budak gemuk tu. mintak nombor telefon dia.
aku peratikan lokasi kamera cctv.

aku juga merancang menggunakan pajero bernombor plat palsu.
apabila van berhenti kami akan langgar van duit itu.
seorang akan tawan pakgat pump-gan tu.
dua orang akan ambik 4 peti duit yang mungkin bernilai jutaan ringgit.

aku?
bos takkan nak rompak sama.
bos berlakon jadi pelanggan nak masukkan cek la.
bila tengah merompak kena buat muka takut.
tangan taruk belakang kepala macam tawanan.

sama macam kat tv tu.

buk!
kunci budak gemuk tu jatuh.
aku tersedar dari rancangan rompakan.

aku pasti semua orang ada impian begitu.
merompak bank. cepat kaya.
macam dalam kisah italian job. the bank job.
ratusan lagi filem dan aksi sebenar.

aku takdelah nak merompak
nanti jadi macam cerita mad money
duit banyak sangat tak tau nak sorok mana.
akhirnya kantoi jugak

Tuesday, September 01, 2009

transkripsi tazkirah tuan guru nik aziz


filem pendek oleh : amir muhammad
pelakon : yab tuan guru nik abdul aziz nik mat
tajuk : the tree
untuk terbitan : 15malaysia
__________

"seperti dalam satu hadith..."

kemudian tuan guru membacanya dalam arab dan berkata;

"mana-mana orang islam, yang menanam satu tanaman, samada taman tanaman renek yang kecik, tanam pokok besar. maka sebarang benda yang keluar daripadanya dikira sedekah.

"burung hinggap atas dahan. (kira) sedekah. segala binatang-binatang buas, tupai yang makan buah. (kira) sedekah. orang-orang yang duduk gi di bawah bayang dia pun. (kira) sedekah.

"sedekah ini merupakan duit antarabangsa.kita bukan hendak dari duit tempatan dan duit luar. maka kita berserah.

"akhirat ni luar daripada.. hak luar daripada segala keadaan. kita perlu ada duit juga untuk akhirat. duit ini kita tak panggil duit. tak panggil currency. kita panggil pahala.

"as-sawab, iaitu pahala. sebagaimana kita perlu pada duit-duit yang kita buat ni. duit tempatan duit luar. maka kita perlu ada pahala.

"kerana bila kita masuk kubur.tak kira kaya miskin kita tak guna duit kita. duit malaysia tak guna, duit amerika pun tak guna. emas jongkong pun kita tak guna. kita guna pahala.

"jadi satu daripada cara pahala. ialah kita menanam. sama ada menanam cara tepi rumah. atau tanam dalam bentuk kita panggil komersial sekarang ini. untuk estet besar-besaran. tanam getah, tanam sawit, tanam buah.

"selain daripada kita dapat hasil dari tanaman ini. semua jenis manusia, binatang apa saja yang dapat manfaat dari pokok ini kita dapat pahala.

"tak payah jual. tak payah itu ini. kita dapat pahala. jadi ini satu rangsangan dari islam, bagi membolehkan kita ni duduk dalam keberkatan allah swt

"kita menanam nak bagi dapat pahala.bak gitu jugalah di atas bumi-bumi yang halal. jangan tanam di atas bumi rampas orang. tak boleh. dan belanja yang kita guna untuk beli baja, untuk gaji kuli,mesti..tu mesti ada akad.

"kita janji nak bayar kuli sepuluh ringgit sehari. akhir kita bayar lima ringgit sehari. kita tak dapat pahala.

"itu dia. jadi benda-benda begini, kita jaga. kita sebagai penanam ni. jaga peraturan allah.

"nak tanam sebanyak mana. sepuluh ribu, sejuta ekar sekalipun. alhamdulillah. menanam adalah ibadat.

"jangan merasa ibadat ini adalah sembahyang. ibadat ini sebenarnya ialah merendah diri kepada allah.

"kita pergi ke mekah. tidak merendah diri pada allah. gi tujuan nak makan angin, tujuan nak beli barang murah,tak jadi ibadah.

"jadi ibadah itu merendah diri pada allah."

kemudiannya..

"satu masalah yang timbul di seluruh dunia. di seluruh dunia islam, ditimbulkan oleh musuh islam ialah mengasingkan hidup daripada peraturan allah."