Monday, September 14, 2009

insan misteri di pagi hari

kring... kring
aku : ya rumah mayat bercakap..!
nani : wa, ada orang nak jumpe ko. kak maznah.
aku : emm.. sapa ye!
(dalam hati : kontraktor kot. tak pun supplier)
aku : bole la suh datang sini.
(dalam hati : dah la byk keje ada orang plak)

300 saat kemudian.
maznah : ajua ye.
aku : iya saya
dan kami bersembang hampir 30 minit lamanya


kak maznah ini adalah seorang aktivis keagamaan yang kerjanya menganjurkan ceramah dan mengumpul duit untuk buat sumbangan amal secara persendirian. kak maznah ni berusia 48 tahun. ada 4 orang anak bujang. sorang kerja kat tv3. sorang menuntut di sudan. sepasang kembar masih di tingkatan 5 dan akan belajar tahfiz di darul quran selepas SPM.


yang menariknya.
kak maznah dan suami tidak bekerja hampir 15 tahun dan segala sara hidup perbelanjaan selama ini berkat dari kerja keagamaannya. kita buat baik. allah balas baik juga. pelbagai tips kehidupan yang diberi yang aku anggap sangat berharga bagi seorang istimewa cam kak maznah ni.

di akhir pertemuan dia memberikan sebuah buku zikir harian.
"akak tak larat nak zikir banyak-banyak. tapi kalau ajua berzikir ikut buku harian ni. insya allah akak pun dapat pahala sama"
dalam hati aku cakap. banyak saham akhirat akak ni.

dia memberitahu bahawa dalam hidup ini kita jangan menipu. terutama orang meniaga. kuah laksa campur air. pastu jual kat orang. kemudian yang makan sakit perut. duit meniaga jual kuah laksa air tu bagi anak makan. sebab tu la orang meniaga ni banyak sakit-sakit. duit tak berkat.

camtulah katanya.

alhamdulillah. dulu akak leka. kerja sampai lupa ibadat. tapi duit tak cukup jugak. sekarang ni dengan takde pendapatan tetap akak bekerja untuk allah. alhamdulillah lepas 15 tahun takde pun akak mati tak makan. anak-anak pun sampai ke sudan belajar.

kita kejar akhirat. dunia berlumba-lumba kejar kita.
kalau kita kejar dunia. sampai mati pun tak pernah cukup.

buat baik ni banyak ujian. dunia ni kan tempat kita diuji. lagi sabar kita. lagi mudah urusan kita. hari ni orang tutup jalan kita. esok allah bukak sepuluh jalan baru. apa nak risau. mintak je. allah pasti perkenan. dia kan maha pemurah.

aku lopong je dengar.

aku berurusan dengan kak maznah ni diatas sebab kerja. dimana aku diberi maklumat mengenai kelas agama yang dia anjurkan dan aku masukkan ke dalam risalah pemberitahuan.

"banyak pahala ajua tau" katanya

aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. sekadar bersms saja. sekarang aku berfikir siapakah kak maznah ni. dalam bulan puasa. 10 malam terakhir. dapat ilmu dari orang misteri. hmm..

No comments: