Tuesday, September 01, 2009

transkripsi tazkirah tuan guru nik aziz


filem pendek oleh : amir muhammad
pelakon : yab tuan guru nik abdul aziz nik mat
tajuk : the tree
untuk terbitan : 15malaysia
__________

"seperti dalam satu hadith..."

kemudian tuan guru membacanya dalam arab dan berkata;

"mana-mana orang islam, yang menanam satu tanaman, samada taman tanaman renek yang kecik, tanam pokok besar. maka sebarang benda yang keluar daripadanya dikira sedekah.

"burung hinggap atas dahan. (kira) sedekah. segala binatang-binatang buas, tupai yang makan buah. (kira) sedekah. orang-orang yang duduk gi di bawah bayang dia pun. (kira) sedekah.

"sedekah ini merupakan duit antarabangsa.kita bukan hendak dari duit tempatan dan duit luar. maka kita berserah.

"akhirat ni luar daripada.. hak luar daripada segala keadaan. kita perlu ada duit juga untuk akhirat. duit ini kita tak panggil duit. tak panggil currency. kita panggil pahala.

"as-sawab, iaitu pahala. sebagaimana kita perlu pada duit-duit yang kita buat ni. duit tempatan duit luar. maka kita perlu ada pahala.

"kerana bila kita masuk kubur.tak kira kaya miskin kita tak guna duit kita. duit malaysia tak guna, duit amerika pun tak guna. emas jongkong pun kita tak guna. kita guna pahala.

"jadi satu daripada cara pahala. ialah kita menanam. sama ada menanam cara tepi rumah. atau tanam dalam bentuk kita panggil komersial sekarang ini. untuk estet besar-besaran. tanam getah, tanam sawit, tanam buah.

"selain daripada kita dapat hasil dari tanaman ini. semua jenis manusia, binatang apa saja yang dapat manfaat dari pokok ini kita dapat pahala.

"tak payah jual. tak payah itu ini. kita dapat pahala. jadi ini satu rangsangan dari islam, bagi membolehkan kita ni duduk dalam keberkatan allah swt

"kita menanam nak bagi dapat pahala.bak gitu jugalah di atas bumi-bumi yang halal. jangan tanam di atas bumi rampas orang. tak boleh. dan belanja yang kita guna untuk beli baja, untuk gaji kuli,mesti..tu mesti ada akad.

"kita janji nak bayar kuli sepuluh ringgit sehari. akhir kita bayar lima ringgit sehari. kita tak dapat pahala.

"itu dia. jadi benda-benda begini, kita jaga. kita sebagai penanam ni. jaga peraturan allah.

"nak tanam sebanyak mana. sepuluh ribu, sejuta ekar sekalipun. alhamdulillah. menanam adalah ibadat.

"jangan merasa ibadat ini adalah sembahyang. ibadat ini sebenarnya ialah merendah diri kepada allah.

"kita pergi ke mekah. tidak merendah diri pada allah. gi tujuan nak makan angin, tujuan nak beli barang murah,tak jadi ibadah.

"jadi ibadah itu merendah diri pada allah."

kemudiannya..

"satu masalah yang timbul di seluruh dunia. di seluruh dunia islam, ditimbulkan oleh musuh islam ialah mengasingkan hidup daripada peraturan allah."

1 comment:

Marina Muhamad said...

salam. saya kopipes ini ke dalam blog saya. [thanks in advance]