Monday, November 30, 2009

situasi genting setiap pagi

aku celik mata seawal 6.50 pagi. itu pun selepas bini aku kejut hampir seratus kali. mula-mula "bang!" aku dengkur lagi. pastu goyangkan kaki. aku dengkur sambil peluk bantal. "bang!" dan goyang badan pulak. aku dah tak dengkur tapi bantal tutup muka.

bini aku biar je 2 minit sambil panjangkan bulu mata. dia tengok mimpi aku dah masuk sempadan thailand dan hampir ke bangkok dengan selamba dia smack down belakang aku. dan terjahan tajam tu tak mematahkan semangat aku untuk terus ke songkla dan naratiwat.

kemudian dengan lembut seperti berbisik dalam hati;
"dah semayang subuh belom!" aku terus meloncat ke bilik air dengan sekali nafas je. dan itulah masalah aku bangun pagi setiap hari.

masalah itu lebih berat jika awal pagi tadi abang angkat aku main bola jam 2.30 pagi. nak tido nanti dia cakap ape pulak.

"rekod aku main tau!" gertak lampard.
"aku pun ada skill baru nak patahkan kaki lawan. ko kena tengok" balas michael ballack dalam sms dengan henpon blackberry yang aku bagi haritu. gaji setengah juta henfon pun aku kena beli.

jadi, takkan aku nak hampakan abang angkat aku.

selepas solat subuh pukul 7 pagi biasanya aku gosok baju kerja. ini pun satu masalah jugak setiap pagi. aku kena fikir hari ni aku mengular tak? kalau duduk opis aku akan pakai baju buruk-buruk je. kalau mengular. kemeja kena yang paling mahal. barulah awek nandos pandang. atau sekurangnya awek vinci SACC mall.

untuk acara setereka ni. akulah orang paling malas sekali dalam dunia. tapi aku tak pernah mintak bini aku setereka baju walaupun aku malas. kadang-kadang aku seterekakan lagi baju untuk bini aku. kadang-kadang bila rajin sikit aku setereka gak pempes caca. dan setereka baju jiran sebelah jika aku terlebih rajin. tapi perkara itu tak pernah terjadi kerana aku sombong.

lepas setereka biasa aku baca quran kerana aku orang baik. kalau tak pun aku tengok movie. kalau ada bola malam tadi yang miss tengok. aku tengok sedutan gol pagi tu. jadi aku bolehlah kencing budak opis kata aku tengok bola sampai pagi. padahal tengok berita jam 7.30 pagi je. paling teruk pun aku sambung tido kat sofa.

pagi-pagi biasa aku hantar caca kat rumah nenek naik superbike. jadi biasanya caca akan bangun pukul 7.30 pagi. itu pun tengok keadaan. kalau malam tadi dia tido mimpi muka maknya. ada harapan bangun senyum. kalau bangun muka masam. sah mimpi muka aku! ada harapan aku kena baling botol susu pagi tu.

caca ni agak garang orangnya. jadi aku sejukkannya dengan ayat;
"jom tengok i love you!" (merujuk kepada kartun Barney!)

sure pagi tu dia akan mesra dengan aku bagai tak mau. dan biasanya dia akan tengok barney jam 7.30 pagi sambil baring dengan tivi tangan kanan pegang botol susu tangan kiri pegang bantal busuk.

dan aku terus mandi. sebelum mandi kadang-kadang tu aku perasan Bushi! akan menggelupur kalau nampak aku. lapar! jadi aku tak tangguh untuk hidangkan secawan milo panas dan karipap daging untuk Bushi! kadang-kadang tu tak cukup asyik jerit je'
"meow!"
"meowww!" ~ nak kentaki.. nak kentaki!!

aku akan marah dengan beliakkan bijik mata dan cakap;
"ikan puyu mane makan kentaki!" dan aku terus mandi.

waktu pagi di meru dengan sisa-sisa salji yang turun malam tadi dan ada sikit pagi ni membuatkan aku malas nak mandi lama. paling-paling tak pun 10 gayung. gosok gigi satu kali. sebelum sabun empat kali. lepas sabun lima kali.

aku akan mandi 50 gayung kalau malam tadi mimpi megan fox!
mandi wajib!

urusan dari bagi Bushi! makan, mandi dan pakai baju paling biasa adalah 4 minit. paling lewat adalah 7 minit 30 saat (kalau mimpi megan fox!) dan paling segera 2 minit. itu jenis dah pukul 8 tapi masih tak mandi lagi. kes terlajak tidur.

jadi kemuncak kartun barney setiap pagi adalah lagu 'i love u!' dan caca akan cari aku, walau di mana aku berada untuk menggenggam tangan dan menyanyi lagu i love u dan diakhiri dengan peluk. sama macam kat dalam kartun. pengaruh kartun!

jadi bagi mengelakkan caca mengamuk baling botol kalau aku takde masa lagu i love u. aku biasanya dah siap sedia depan tivi dengan pakaian lengkap dan tinggal nak tutup tivi je lepas lagu i love u.

habis je adegan peluk. aku terus angkat dia sambil tutup tivi ke superbike yang sejak tadi dah disuamkan enjinnya. biasa aku bawak beg bajunya dan diselempang ke belakang dan kadang-kala aku juga bawa paper bag berisi bantal, botol, pempes dan buku The Twilight Saga: New Moon edisi terkini untuk bacaan caca sebelum tido. akan aku sangkutkan di hendel motor.

perjalanan ke rumah nenek caca sejauh lautan luas tanpa tepinya. kelajuan superbike berkuasa 110cc ni sepantas abang usin bolt training waktu pagi lepas sembahyang subuh kat masjid meru 2 tahun lepas. masa tu dia lari tak selaju sekarang. banyak sangat makan roti canai kat kedai epol. sebab tu la semput! aku suruh dia makan rumput barulah dia lari laju.

"kalau ko nak lari selaju kuda. ko kena makan macam kuda!" lepas tu terus dia laju tak pandang belakang. dengar cerita dia solat subuh kat meru pastu sarapan pagi kat vietnam berlari je. kadang-kadang tu kalau tertinggal beg duit selamba je patah balik ke rumah sewanya kat jalan belimbing. pastu gi vietnam balik. usin! usin!

perjalanan ke rumah nenek caca lebih kurang 3 minit 24 saat ikut stopwatch aku. catatan terbaik adalah 2 minit 10 saat. itu jenis menunggang masa salji turun. kelam kabut sikit.

rumah nenek atau lebih mesra 'asrama nenek' waktu pagi biasa ada nenek. kadang-kadang ada atok. ahli lain seperti kak ani, arif, asraf muslim dan yusry KRU bersilih ganti. kadang-kadang ada... kadang-kadang takde.

caca ada masalah untuk lepak kat asrama nenek kalau hari isnin. jadi meninggalkan caca dalam keadaan menangis adalah saat paling aku tak suka. jadi sebelum air mata jantan aku menitik di pipi dan mencetuskan perasaan sebak aku meninggalkan asrama nenek dengan tasbih kifarah.

perjalanan ke pejabat di waktu pagi adalah waktu paling aku suka setiap hari. kerana aku akan berlawan dengan masa. berkejar dengan jentera lain. maki pemandu lain tanpa kasihan dan usha awek lintas jalan dan di bus stop. aku ada geng sendiri. geng pukul 8 namanya. jadi geng pukul 8 ni memang biasa laju satu macam.

mana motor-motor lembut kitorang potong. mana kereta-kereta lemah kitorang kasi asap. mana jentera kurang ajar terutama bangsa colok kitorang hon. mana awek lintas kitorang terus berhenti. bagi jalan!

ke shah alam dari meru aku akan bertemu dua simpang.
simpang syurga dan simpang neraka.

simpang syurga adalah;
simpang ke seksyen 7 shah alam di mana aku akan bertemu awek-awek uitm melintas jalan dan ada juga awek sedang silang kaki menunjukkan betis di bus stop. jarak ke pejabat agak jauh kerana bertemu beberapa trafik light dimana aku boleh berhenti untuk mengusha kereta awek uitm yang berpakaian cantik pada waktu pagi di dalam kereta.

simpang neraka adalah;
simpang ke highway persekutuan. dimana nasib tak baik ada road blok belakang tol bukit raja. permandangan tak menarik kerana sering terserempak betis berkudis awek gemuk naik ex5. kadang-kadang makan asap motor mat sabit rumput yang aku syak tak pernah servis motor seumur hidup. tau pakai je! kalau hujan memang redah aje sebab takde tempat teduh. tapi jarak ke pejabat dekat sedikit dari simpang syurga.

biasanya aku ikut simpang neraka kerana jarak yang lebih dekat.

aku sampai di pejabat biasa 8.28 atau 8.30 pagi. kalau ada malaun yang baru nak punch. memang merah la aku pagi tu. dan mood segar aku dengan bau asap bas di baju dan rambut macam tak bersikat akan kekal sampai petang.

dan begitulah aku, esok dan seterusnya.

Thursday, November 26, 2009

slamat hari raya aidiladha


nak raya amenda mak pun kat mekah.
kalau tak tu mesti;
1. mama masak rendang, kuah kacang, ketupat
2. aku tolong babah potong lembu kat surau

tahun ni cuma ada adik-adik je.
ok lah tu.

orang lain lagi teruk.
takde mak bapak terus. lagi sayu.

aku ucapkan selamat raya korban kepada semua pembaca setia blog aku ni. sorilah aku kurang update story kat blog ni. akan aku usahakan supaya blog aku ni beroperasi 24 jam macam biasa.

kesedaran di satu tengahari

'esok akak datang ye!' - sms dari bini jo kat aku. ish! malas betul aku nak jumpe. dari minggu lepas ajak dating. takkan aku nak dating dengan bini orang tak tentu hala.

bagi mengelakkan pegawai cegah maksiat syak yang bukan-bukan aku terus balas. 'akak datang opis saya la. senang' dan dia balas ok.

lepas tu aku bercerita satu opis pasal pegawai tertinggi unit trust nak datang jumpe aku sat lagi. aku mintak pendapat diorang.

"jom lah kita keluar ramai-ramai nanti dia tarik kita pulak" fuaza dah gelabah.
"kalau aku la. aku cakap je ~ sekarang saya keje kat kedah. nak datang ke?" abang shahrul bagi pendapat. takkan aku nak cakap macam tu. bini jo pun dah kenal aku lama gak.

tengah hari tu bini jo datang dengan sengeh-sengeh seperti baru menang loteri kat pintu opis aku. dan kami pun berbincang di tempat biasa. meja mesyuarat bahagian korporat.

aku tau niat bini jo tu nak korek duit EPF aku yang dah keluar lepas raya aritu. aku jawab dah habis semuanya. dia gelak je.

"itulah orang muda. pantang nampak duit banyak. pakai semua!" usik bini jo. aku sengeh je. dia tak tau ke duit tu aku buat settlekan duit kereta.

plan a dia nak korek duit aku dah berjaya aku elak.jadi dia bukak plan b pulak dengan fakta-fakta sains dan teori fizik berserta deretan angka-angka unik profit di atas sehelai kertas jawapan SPM 2009. ehh! macam mana boleh bawak keluar ni. aku syak bini jo ni jual soalan bocor gak la. biaselah orang bisnes.

dia memberi gambaran apa akan jadi pada kita di usia 75 tahun sekiranya dari sekarang kita tak menabung. bersara pada 55 dan umur panjang kerana kerap baca quran setiap pagi macam atok-atok.

takkan nak baca quran je pagi-pagi. perut lapar gak. kereta kena maintain gak. duit belanja gi dangdut pada usia senja kena ada gak. demam batuk sakit-sakit. dan duit itu mane nak cari bila dah bersara? nak kerja tak larat. nak stayback kat opis kerja sampai pagi jauh sekali. jadi apa sumber kewangan ko masa tu?

ofkos simpanan masa muda. cam aku ofkos ada pencen sampai mati.

"sekarang ni boleh la kerja teruk-teruk. end of the day duit pun banyak boleh beli macam-macam. boleh reward bini baju ke. reward anak mainan ke. dah tua esok" leter bini jo. aku diam je sambil menjeling budak opis yang sengeh-sengeh sambil melarikan diri dari kawasan tu.

terus aku tersedar akan kemampuan aku dihari tua kelak. boleh ke aku main ski di banjaran alps sambil minum teh di swiss kalau duit takde. boleh ke aku menonton F1 dari kapal layar di monte carlo kalau takde duit.

dengan keinsafan bahawa duit ni penting untuk hari tua. jadi aku pun berazam untuk melabur sikit. dalam kiraan algebra yang aku buat tadi ni. aku rasa simpanan bulanan aku termasuk pelaburan, insuran dan main kutu hampir separuh dari gaji aku. lagi suku untuk bayar hutang along bank dan baki untuk belanja makwe pergi dangdut. cukup kot.

aku terasa insaf betapa duit ini satu keperluan sambil duduk tahiyat akhir di depan pc.

kang aku kerja bagai nak mati sampai tak jumpa anak bini. kang kata aku gila duit. kang aku bermalasan sambil menonton movie sepanjang hari. kang kata aku tak cari duit. adakah apa aku buat ni benda betul. saving sana sini. labur sana sini. boleh percaya ke unit trust dan insuren prudensial ni. bila ada duit semua jenis orang datang kata itu baik ini baik. tapi bila takde duit semua senyap.

kadang-kadang aku ada gak pikir. gaji bulanan banyak. tapi cash dalam tangan tak banyak sebab banyak projek long term seperti saving ni aku kena komit tetiap bulan. berbaloi ke.

dari tahiyat akhir terus aku bagi salam. mintak doa! betul ke ape aku buat ni.

Tuesday, November 24, 2009

plate keta KL yang mencarut

WTF!

aku terbaca blog member pasal susasana kl yang dah berubah selepas jpj keluarkan plate kereta yang terbaru ~ WTF!

makin ramailah yang mencarut kat kl pasni.

[baca sini]

Thursday, November 19, 2009

Sembang haji

ahad malam isnin lepas ada kenduri sempena mama babah aku gi haji. rumah yang seluas taj mahal tu pun boleh sendat. nampaknya tahun depan kena buat seluas stadium pulak la.

terima kasih yang datang dan yang menolong. yang salam babah semuanya mintak macam-macam.

"nanti doakan anak aku yang nak ambik SPM tu ye"
insya allah.
"air zam-zam jangan lupe tau halim"
insya allah.
"anak aku yang dah 10 tahun kawen takde anak tu. ko doa-doa kan la ye"
insya allah.

"ah mintak macam-macam! korang doa la sendiri!" jerit aku dalam hati. orang tua-tua ni ada ke doa boleh kirim-kirim. mintak air zamzam. kat sini pun banyak. Mintak anak. kat sini pun ada hamid arshad. mintak anak lulus SPM. belajar la betul-betul.

dan yang paling best aku bersembang dengan abang Ann. dia ni sepupu aku yang paling aku respek. sejarah hidupnya memang cemerlang. belajar sampai UK ambik arkitek. kahwin dengan anak buah dr. siti hasmah. masa kenduri dr mahathir pun datang (masa tu masih lagi perdana menteri). asal dr. mahathir balik dari lawatan luar negara mesti muka anak-anak abang Ann keluar tv. jalan pegang tangan dengan perdana menteri. firma arkited dia memang dahsyat. dia pun pakai merc clk 2 pintu. duduk kat rumah atas bukit di bukit jelutong. dan sangatlah merendah diri orangnya.

aku sembang dengan dia agak lama sampai sakit-sakit kaki berdiri. lebih kepada racun aku suruh pegi umrah. dia pun baru balik umrah masa puasa haritu.

"kalau kita sembahyang tanpa tinggal dari lahir sampai... ambik kata umur 75 tahun. baru 400 ribu rakaat. pahala pun lebih kurang banyak tu. kalau kat mekah. solat satu waktu saja dapat 100 ribu pahala. kalau kita solat seminggu kat sana dah 11 juta lebih pahala. kita pun takdelah solat fardhu je. buat solat sunat. wirid. baca quran. semua ganda 100 ribu. tu belum solat masa bulan puasa. tak boleh kira pahalanya. "

aku nganga.

"ko bayangkan tempat yang allah turunkan satu batu dari syurga ke bumi. tanak tengok ke? tempat paling mustajab doa. tanak pegi ke? hari-hari sembahyang zikir sebut nama nabi muhammad. tanak pegi ziarah dia ke? mesti nak. umrah baru 5 ribu. kereta boleh beli 50 ribu"

aku sengeh sambil teringat merc clk dia yang harga 500 ribu tu.

"seronok kat sana. lupa hal dunia. asyik pikir bila nak masuk zohor. bila nak masuk asar. kat sana pikir sembahyang je. sebab semua orang macam tu. nak dapat first saf tu ajau bukan senang"

"iye ke!" aku terbeliak mata.

"ambik kata zohor kul 1. kurang-kurang kul 10-11 pagi dah pegi masuk masjidil haram. itu pun belum tentu" waaaa.. aku ternganga lagi sampai kapal terbang pun boleh buat u-turn dalam mulut.

"umrah dan haji ni jangan main-main. kalau sampai masanya. tuhan sendiri bagi invitation card. nah ko dah boleh datang ke rumah aku. haa.. macam tu skali. hidayah ni hanya tuhan je yang boleh bagi"

"tu belum tengok kaabah live lagi. kita kat sini dok la tengok dinding masjid. dinding rumah. kat sana kita sembahyang bebetul depan kaabah. ni budak-budak muda sekolah-sekolah ni abang ann bawak gi sana. bagi dia nampak kaabah tu macam mana. bagi tebal iman dia. nak doa ape? haa.. doa! lulus exam. berjaya dunia akhirat. doalah banyak-banyak"

"ada skali tu abang ann jumpa satu pakcik dari malaysia kat dalam masjidil haram. dah tua. bila tanya. pertama kali ke umrah? tak dah 7 kali. puhh.. terkejut abang ann. dulu kerja kat mana? saja tanyelah kot memang berduit. kerja tukang kebun sekolah je! malu abang ann.. tukang kebun sekolah dah 7 kali buat umrah. abang ann ni gaji ribu-ribu sebulan. baru la ni sampai"

"tu dia kuasa tuhan. insyallah ada rezeki tahun depan abang ann nak buat haji pulak"

orang macam abang ann ni aku rasa mau pegi pakai pakej. harga 50 ribu pun takpe. orang ada duit.

aku dah berkobar-kobar nak pegi umrah. ayat racun dia paling bisa "tuhan hantar seketul batu dari syurga. tanak tengok ke. tanak cium ke?" dengar cerita seorang ustaz minggu lepas. di padang mahsyar kelak. batu hajarul aswad tu akan cari orang yang cium dia di dunia untuk diberi syafaat.

berkobar ni beb.

Sunday, November 15, 2009

cerita jiran (lagi..)

lokasi rumah sewa aku ni paling senang cakap sebelah surau tinggi kat jalan limau. orang sini panggil surau munawarah. walaupun rumah sebelah surau, aku ni takdelah ahli surau sangat. sebab aku suka lagi ke masjid. aku pun tak tau apasal. mungkin ceramah kat sana lagi berdegar-dengar dari surau tinggi ni kot. entah la.

di lorong rumah aku ni ada 6 bijik rumah sahaja. depan sekali rumah kayu. adik kepada tuan rumah aku. belakang rumah dia bermulalah rumah sewa 4 bijik ni. belakang skali rumah abang baju kuning. asal jumpe je baju kuning. dah 4 tahun aku duduk sini baju dia tetap kuning. dan spek kaler oren.

penghuni asal rumah pertama adalah bangla yang telah berkeluarga anak sorang. ikut kata tuan tanah kedaung, dia tak bagi orang bujang dan pendatang asing menyewa kat sini. tapi sebab dia ni dah berkeluarga. ok sikit la.

mat bangla ni hanya ada motor je. bini tak kerja dan anak dia yang umur 2 tahun memang jarang berseluar. dengan tangkal kencing malam kat pinggang memang diorang ni duduk rumah je. bini dia memang sepatah haram tak tau cakap melayu. english pun kurang. jadi nak sembang-sembang pun kurang la. tapi dia peramah dan senyum selalu.

yang bestnya pulak masa raya diorang akan masak nasi beriyani. puhh..! memang terbaik pernah aku makan. sambil cerita ni meleleh gak air liur bila teringat. bila datang beraya rumah dia kitorang biasa datang dengan jiran nombor 3 (aku jiran nombor 4). sebab kalau datang sorang-sorang memang boleh muntah makan nasi dia. asal kosong je pinggan mesti dia tambah nasi.

"tambah la.. tambah la.. kanapa makan sikit? itu u punya bini pun kasi tambah la. ayam mau ka. saya kasi angkat!"

jadi bila datang dengan jiran nombor 3 bolah la mengelak dari bab tambah nasi ni. kitorang dapat makan nasi beriyani dia hanya 2 kali raya je. sebab dia pindah kat bandar klang. ikut bos baru. dengar cerita bos baru dia siap bayarkan sewa rumah yang baru. duduk pun sebelah rumah je. pekerja kesayangan.

sebelahnya pulak. jiran nombor 2. lakinya bawak lori treler. pernah sekali tayar lori terbenam depan rumah masa baru-baru pindah. lepas tu tak berani dia parking depan rumah. parking tu nun jauh kat jalan besar. itu dulu masa mula-mula pindah. sekarang ni aku tengok balik naik motor je tak bawak lori.

bininya pegi keje naik wira. dan ada 4 orang anak. salah seorangnya bisu. masa memula diorang duduk sini kitorang cukup takut dengan kehebatan anaknya. lasak bukan main. tapi dah lama duduk sini boleh jugak la tegur-tegur. dulu segan gak nak tegur anak orang. kang berparang satu hal pulak. tapi satu yang menarik, dinding dalam rumahnya dicat warna merah menyala. itulah sebab, anaknya lagi kuat lompat kot.

jiran sebelah rumah aku. ada anak sorang. diorang pakai kereta ceret itam. bunyi enjin boleh tahan bising dan itulah trade mark diorang. lakinya kerja bahagian pengurusan kilang di meru dan bininya sekarang tak kerja. dulu asal sembang je mesti kerja dah bertukar. kejap butik, kejap andam. paling solid kerja jual tiket wayang kat jusco klang. itu pun kejap. mungkin dia dah insaf kerja kat tempat penuh curiga macam tu. tapi aku takde pulak pernah terserempak masa dia jaga tiket. iyelah aku pun tengok wayang setahun sekali. mane pernah terserempak.

anaknya besar gak umor 4 tahun. jerit boleh tahan kuat. pemalu pun boleh tahan jugak. dengan lakinya kerja sorang aku tengok jiran aku ni loaded gak la. motor pun dua. kereta ceret itam tu aku tengok macam dah habis bayar. jadi kira hebat la.

aku? tak payah cerita la. kan tajuk pun cerita jiran. aku tuan rumah!

jiran belakang abang baju kuning tu lagi mengarut. aku pun tak tau dia kerja ape. hari-hari aku tengok bawak motor keluar masuk keluar masuk lorong. anak baru 3-4 orang. tapi dia punya keluar masuk keluar masuk boleh sampai 5-6 kali pada satu pagi. baju kuning dengan spek oren tak tinggal. yang tinggal cuma helmet je. tak pernah pakai.

rumah boleh tahan besar. raya baru ni siap tambah belakang renovate dapur. kalau aku tak kerja boleh dengar la lori keluar masuk ke rumah dia. menjelang tengah hari dia akan hantar ambik anak la macam biasa. keluar masuk keluar masuk. cukup tahun rumah bertambah besar lagi. aku syak dia jual dadah la. tak pun daun ketom.

jiran belakang rumah kau seorang cikgu sekolah. dulu pernah sekali aku sekelas dengan dia belajar tulisan khat kat yayasan restu. cikgu ni lagi hebat. rumah buat sendiri. beli simen beli kayu. tung tam tung tam. tau-tau siap satu bilik. tung tam tung tam. tau-tau siap garaj. bini tak kerja anak pun dah ada sekolah menengah. tapi yang bestnya diorang anak beranak tak pernah makan kentaki ke mekdonel ke. kalau teringin, cikgu la yang buat. dia beli ayam dan goreng macam kentaki.

jiran depan? takde. semak ada la. pokok rambutan yang tengah merah-merah ni ada la. diorang ni dah berjiran dengan aku hampir 5 tahun dan mesranya macam keluarga. tukar-tukar makanan. ajak panggil makan. macam tu la duduk kampung.

cuba aku duduk kat rumah banglo harga 14 juta aku tu. entah-entah dah berhantu.

Saturday, November 14, 2009

fesbok

aku dah bukak cerita aku ada blog ni dalam fesbok. pasni ramai la yang singgah. dulu aku cukup berahsia pasal blog ni. apatah lagi nak cerita hu ha hu ha kat orang. malu. sebab aku banyak ngarut kat sini.

mengutuk orang pun boleh tahan.

jadi dengan terbukanya cerita aku ada blog ni kat fesbok. aku harap sedara mara aku, kawan sekolah, nik aziz dan ariel dari piterpan tenang membaca dan tidak mengasah parang atau mengadakan sidang akhbar mengutuk kewujudkan blog ni yang dah lama aku jaga.

keperihatinan anda, kehebatan saya. amin.

Friday, November 13, 2009

aku ada blog satu lagi

blog ni lebih pada kerja. arahan bos besar.

"semua pegawai kena ada blog kerja masing-masing. apa buat hari ni update kat blog. jadi semua orang tau kerja kita"

jadi kenalah aku buat blog official. blog 'The Story' ni tetap jalan gak. tapi tak seupdate blog official tu la. sebab hari-hari kena tulis kat situ.

korang boleh lawat di azwarpereka.blogspot.com

Wednesday, November 11, 2009

orang tua aku gi haji


"abang nak tau tak mama pegi mana?"

"pegi new york! paris! hadnyai! surabaya!" aku teka

"mama dapat pegi haji!!!"

aku terus gigil satu badan. tak lama kemudian aku sebak dan termenangis masa bercakap dalam telefon. gembira ada. terharu ada. iye la. dengan kuota terhad hanya 26 ribu jemaah dalam berjuta yang memohon di tabung haji. mak bapak aku antara yang dipanggil oleh Allah untuk datang ke rumahNya di tanah suci.

dalam berjuta permohonan beb.

aku kira mama dan babah sangat bertuah kerana dapat pergi awal dari yang dijangka. mama cakap. kelmarin hantar orang pergi haji dan kemudian berkata. kita bila pulak ye? dan tuhan bagi jawapan esoknya. mungkin persediaan mama babah yang aku rasa solid untuk pergi haji. mama kerap baca quran. babah kerap tahajud malam. doa mereka termakbul dan aku tersangat gumbira. Tuhan pelawa datang ke rumah Dia! semua umat yang waras pasti sukar menolak pelawa ke mekah. jadi jemputan mengerjakan haji ini sangat ditunggu semua orang.

"abang waris kami yang pertama. abang sorang yang mula-mula tau mama babah pegi haji ni!" cerita mama. dan kepala aku banyak fikir. tentang keluarga. tentang keributan adik beradik. tentang tanggungjawab. wahh banyaknya nak pikir!

terus aku teringat. minggu depan dah raya haji. bila nak pegi ni? dan mama cakap penerbangan terakhir pada 20 november. aku kira mama babah akan pergi minggu ini. dan kepala aku banyak fikir lagi.

diorang dah buat persiapan ke?
barang baju dah siap ke?
kenduri macam mana?

nampaknya raya haji tahun ni antara paling hambar la. mama babah takde. pegi haji. harap-harap selamat la pergi dan balik. dan rasanya aku akan jadi orang paling sibuk di dunia untuk tahu semua benda.

bila diorang pergi? bila diorang balik?
hari ni diorang buat ape? esok buat ape?
adik kat rumah apa cite? dah makan ke belum?

bulan depan kompom orang panggil bapak aku. haji!
"amacam haji. sihat?"
"aji gi mana tu. sibuk nampak!"
pasni bapak aku pun boleh la jadi tok imam kat surau.

Wednesday, November 04, 2009

review aku tentang iphone 3gs

semua orang tanya apa bestnya ipon ni?

jadi sebagai warga ipon berjawatan menteri penerangan.aku bertanggungjawab untuk menerangkan serba ringkas tentang ipon 3gs inidalam bahasa paling mudah dan mengikut kefahaman akuyang pernah guna nokia seumur hidup.

• tepon terbaik dalam semua majalah gejet.

• lebih 50 ribu aplikasi boleh donlot secara percuma dan berbayar terus ke ipon. kalau bayar pun sekitar 1 dolar je.

• menurut laporan lebih kurang 300 aplikasi baru seperti game, muzik, sukan, sosial network dll telah dipasarkan setiap hari untuk pengguna ipon.

• takde istilah AP seperti beli nokia. walaupun ko beli kat lowyat. kerana apple menjaga kualiti produk seperti imac atau ibook.

• kenapa kat lowyat lagi mahal dari maxis? kerana cina kat situ memang bedebah.

• hanya maxis malaysia yang authorised menjual ipon. apple malaysia pun tak jual ipon.

• 24 jam pertama korang guna ipon. korang akan senyum, terlopong dan terbelik seperti melihat porno di henset. kerana ipon ni terlalu genius walaupun ko tak genius.

• ipon ibarat komputer. ko boleh isi aplikasi sesuka hati. dan buang sesuka hati.

• sekiranya korang suka games solitare. boleh donlot dengan satu klik. pastu tak payah restart macam komputer buruk korang yang kerap hang tu. buang games solitare tu pun semudah buang sms mengarut di henpon anda.

• aplikasi apa yang best? dalam ipon aku ada lebih 20 games. gps maps. alquran siap ada suara. kiblat dan waktu solat. aku bela ikan koi. translate (lebih 40 bahasa). hitz.fm radio. boleh main piano. dan banyak lagi. penggunaan ruang baru 10% dari 16gb.

• aplikasi sedia ada. seperti iklan kat tv la. edit video. copy paste.

• kalau ko PA bos. boleh guna voice memo. boleh rekod bos ko mengarut.

• kalau ko sesat di gunung. ada kompas siap google map lagi.

• kalau ko pemalas. ko boleh call orang lain dengan hanya cakap kat tepon je. nanti tepon ko akan call mamat tu.

• bukak youtube lebih sepantas dari brokband.

• tepon berfungsi menegak atau melintang bagi semua aplikasi.

• charger pakai usb. nak cas kat umah usb sambung kat kepala plug yg dibekalkan.

• sms disusun mengikut individu. jika aku sms dengan obama. rekod sms tu disusun cantik seperti dialog kartun. jika obama sms bulan depan. dialog kartun akan bersambung bawahnya. begitu juga sms dengan megan fox dan madona.

• ringtone tak boleh tambah dan lagunya memang best dan simple. ada aplikasi ringtone kalu aku nak tambah. tapi saje je aku maintain lagu ori. ipon kan.

• basic kamera dengan 3megapixel. takde flash. tak zoom. koman! tapi gambar superb cun. telefon kalau ada zoom dan flash bukan telefon namanya. tu kamera!

• video boleh edit dan hantar ke terus youtube. video sepupu aku yang kena siram masa kenduri boleh ditonton oleh suriya di jepun dan anoi di rome. canggih tak adik-adik!

• jika ipon korang hilang, tertinggal kat kereta kawan atau tak tau mana letak. korang boleh cari gunakan google map tau sms kat telefon tu dan bagitau "jangan curi tau. tuhan nampak. nanti masuk api neraka!". walaupun pencuri tu tukar sim kad ipon tetap boleh cari.

• walaupun speaker sebesar kepala mancis. dia punya bunyi. kuat dan nyaring.

• bagi menjaga hak cipta. hanya lagu kat pc korang saja yang boleh masuk dalam tepon. kalau transfer ke pc org lain. lagu yang korang simpan hilang.

dan banyak lah lagi yang aku tak jelajah habis. untuk info dan review bolahlah korang lawatwebsite orang lain. ini saja nak cerita pengalaman aku dengan ipon ni.

saya sebagai pengguna ipon memberi 9.5/10 kepada ipon ni. 0.5 tak best sebab blutut hanyauntuk sama-sama ipon je. nokia dan soni tak bole join.

Sunday, November 01, 2009

hari lahir aku

pagi sabtu yang bosan. celcom bagi sms kredit limit dah 99 peratus. bini aku ajak ke pantai remis tengok site dalam hujan. bumper belakang kereta kemik sikit dan bini aku tak tau kenapa.

aku rasa cam tak best je hari ni.

tengah hari pun makan kat rumah. lepas tu tidur sambil buai caca. petang tu pulak bini aku tolong masak-masak sepupu dia kawen kat pekan meru. aku malas nak ikut sebab aku nak ke pejabat dulu hantar kad aturcara untuk pagi isnin.

jadi aku ke pejabat pada hari cuti naik motor cabuk. shah alam pula berawan gelap seperti nak ribut. hmm.. apsal macam bosan je harini.

takde tiup lilin ke. atau sekurangnya lunch tadi di restoran terbaik di dunia ~ El Bulli di sepanyol. atau minum petang di paris sambil menikmati kesenian eiffel tower. malam kang makan di Les Creations de Narisawa. Restoran terbaik di asia terletak di jepun.

tapi sekarang aku menjinjit beg kecil berisi 50 keping kad aturcara sorang-sorang. selepas menghantar kad di jabatan taman aku mendapat sms dari nik aziz.

"semoga panjang umur murah rezeki..." rupanya tuan guru bersms dengan aku. ingat aku masa sama-sama ngaji pondok kat semanggoi dengan pak din keke dulu.

"terima kasih " balas aku.

henpon harijadi yang beli berbunyi lagi. kali ni dari najib "slamat hari jadi koi". ehh.. cakap pahang rupanya najib ngan aku. dulu tak macam ni. semenjak jadi PM ni ramah lain macam dengan aku. pelik gak. dan aku balas ucapan terima kasih.

dan iphone 3gs ni tersimpan di poket dengan rapinya. takde kek ke?

_____

"selamat panjang umur!" jeritt semua orang dan aku memotong kek dalam keadaan menggigil sebab baru lepas kena siram dengan abang alis dan edit.

rupanya ada kejutan pada malamnya. tukang pelan : bini aku.

GUA KENA BEB!