Sunday, November 15, 2009

cerita jiran (lagi..)

lokasi rumah sewa aku ni paling senang cakap sebelah surau tinggi kat jalan limau. orang sini panggil surau munawarah. walaupun rumah sebelah surau, aku ni takdelah ahli surau sangat. sebab aku suka lagi ke masjid. aku pun tak tau apasal. mungkin ceramah kat sana lagi berdegar-dengar dari surau tinggi ni kot. entah la.

di lorong rumah aku ni ada 6 bijik rumah sahaja. depan sekali rumah kayu. adik kepada tuan rumah aku. belakang rumah dia bermulalah rumah sewa 4 bijik ni. belakang skali rumah abang baju kuning. asal jumpe je baju kuning. dah 4 tahun aku duduk sini baju dia tetap kuning. dan spek kaler oren.

penghuni asal rumah pertama adalah bangla yang telah berkeluarga anak sorang. ikut kata tuan tanah kedaung, dia tak bagi orang bujang dan pendatang asing menyewa kat sini. tapi sebab dia ni dah berkeluarga. ok sikit la.

mat bangla ni hanya ada motor je. bini tak kerja dan anak dia yang umur 2 tahun memang jarang berseluar. dengan tangkal kencing malam kat pinggang memang diorang ni duduk rumah je. bini dia memang sepatah haram tak tau cakap melayu. english pun kurang. jadi nak sembang-sembang pun kurang la. tapi dia peramah dan senyum selalu.

yang bestnya pulak masa raya diorang akan masak nasi beriyani. puhh..! memang terbaik pernah aku makan. sambil cerita ni meleleh gak air liur bila teringat. bila datang beraya rumah dia kitorang biasa datang dengan jiran nombor 3 (aku jiran nombor 4). sebab kalau datang sorang-sorang memang boleh muntah makan nasi dia. asal kosong je pinggan mesti dia tambah nasi.

"tambah la.. tambah la.. kanapa makan sikit? itu u punya bini pun kasi tambah la. ayam mau ka. saya kasi angkat!"

jadi bila datang dengan jiran nombor 3 bolah la mengelak dari bab tambah nasi ni. kitorang dapat makan nasi beriyani dia hanya 2 kali raya je. sebab dia pindah kat bandar klang. ikut bos baru. dengar cerita bos baru dia siap bayarkan sewa rumah yang baru. duduk pun sebelah rumah je. pekerja kesayangan.

sebelahnya pulak. jiran nombor 2. lakinya bawak lori treler. pernah sekali tayar lori terbenam depan rumah masa baru-baru pindah. lepas tu tak berani dia parking depan rumah. parking tu nun jauh kat jalan besar. itu dulu masa mula-mula pindah. sekarang ni aku tengok balik naik motor je tak bawak lori.

bininya pegi keje naik wira. dan ada 4 orang anak. salah seorangnya bisu. masa memula diorang duduk sini kitorang cukup takut dengan kehebatan anaknya. lasak bukan main. tapi dah lama duduk sini boleh jugak la tegur-tegur. dulu segan gak nak tegur anak orang. kang berparang satu hal pulak. tapi satu yang menarik, dinding dalam rumahnya dicat warna merah menyala. itulah sebab, anaknya lagi kuat lompat kot.

jiran sebelah rumah aku. ada anak sorang. diorang pakai kereta ceret itam. bunyi enjin boleh tahan bising dan itulah trade mark diorang. lakinya kerja bahagian pengurusan kilang di meru dan bininya sekarang tak kerja. dulu asal sembang je mesti kerja dah bertukar. kejap butik, kejap andam. paling solid kerja jual tiket wayang kat jusco klang. itu pun kejap. mungkin dia dah insaf kerja kat tempat penuh curiga macam tu. tapi aku takde pulak pernah terserempak masa dia jaga tiket. iyelah aku pun tengok wayang setahun sekali. mane pernah terserempak.

anaknya besar gak umor 4 tahun. jerit boleh tahan kuat. pemalu pun boleh tahan jugak. dengan lakinya kerja sorang aku tengok jiran aku ni loaded gak la. motor pun dua. kereta ceret itam tu aku tengok macam dah habis bayar. jadi kira hebat la.

aku? tak payah cerita la. kan tajuk pun cerita jiran. aku tuan rumah!

jiran belakang abang baju kuning tu lagi mengarut. aku pun tak tau dia kerja ape. hari-hari aku tengok bawak motor keluar masuk keluar masuk lorong. anak baru 3-4 orang. tapi dia punya keluar masuk keluar masuk boleh sampai 5-6 kali pada satu pagi. baju kuning dengan spek oren tak tinggal. yang tinggal cuma helmet je. tak pernah pakai.

rumah boleh tahan besar. raya baru ni siap tambah belakang renovate dapur. kalau aku tak kerja boleh dengar la lori keluar masuk ke rumah dia. menjelang tengah hari dia akan hantar ambik anak la macam biasa. keluar masuk keluar masuk. cukup tahun rumah bertambah besar lagi. aku syak dia jual dadah la. tak pun daun ketom.

jiran belakang rumah kau seorang cikgu sekolah. dulu pernah sekali aku sekelas dengan dia belajar tulisan khat kat yayasan restu. cikgu ni lagi hebat. rumah buat sendiri. beli simen beli kayu. tung tam tung tam. tau-tau siap satu bilik. tung tam tung tam. tau-tau siap garaj. bini tak kerja anak pun dah ada sekolah menengah. tapi yang bestnya diorang anak beranak tak pernah makan kentaki ke mekdonel ke. kalau teringin, cikgu la yang buat. dia beli ayam dan goreng macam kentaki.

jiran depan? takde. semak ada la. pokok rambutan yang tengah merah-merah ni ada la. diorang ni dah berjiran dengan aku hampir 5 tahun dan mesranya macam keluarga. tukar-tukar makanan. ajak panggil makan. macam tu la duduk kampung.

cuba aku duduk kat rumah banglo harga 14 juta aku tu. entah-entah dah berhantu.

1 comment:

sri said...

haha atek ni lawaklah..atek x citer ke mcmner aksi abg baju kuning tu klu terserempak dgn abg?hahahhahahaha..lawak22!!