Kisah ni gua tak taulah benar ke tak. Tapi bagus untuk dikongsi.
Ada sorang pemuda arab ni dia baru saja abis kelas harian kat Amerika. Mamat ini memang diberi Allah nikmat berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain
belajar, ia juga seorang pendakwah Islam. Masa belajar kat Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan sangat BFF,
dan mamat arab ni berharap semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.
Pada
suatu hari diorg berjalan-jalan kat sebuah kampung di
Amerika dan diorang melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. BFF dia tu ajak masuk ke dalam gereja. Mula-mula mamat ni malas la nak masuk, namun pas di desakan akhirnya mamat ni pun
masuk ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku kat dalam tu.
Tengah lepak-lepak sambil angkat kening kat Jesus. tetiba sorang
pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
pastu duduk balik. Pastu si pendeta terkejut dan terbeliak lubang hidungnya ketika
melihat kepada para hadirin dan berkata,
"Di tengah kita ada seorang
muslim. Aku harap dia blah dari sini."
Mamat arab ni tidak bergerak
dari tempatnya. Pendeta tersebut sampai cakap banyak kali. "Blah la woii..",
namun mamat arab ni tetap tak blah. Hingga akhirnya pendeta
itu berkata, "Aku harap ko blah dari sini dan aku jamin keselamatan ko" Barulah pemuda ini bangun untuk blah.
Masa si mamat ni dah kat pintu gereja,
dia tanya kat sang pendeta,
"Macam mana hang tahu aku muslim."
Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di
wajah ko."
Pastu bile mamat arab ni nak blah je si Pendeta ni pun nak tanye macam-macam soalan. Kononnya kalu mamat tak bole jawab dia bole claim agama dia power. Pastu secara tak langsung dia bole jadi imam kat situ dan mintak gaji lebih kat tok penghulu.
Mamat arab ni kata "Nak berdebat, orite. Takde hal"
Pendeta tu berkata, "Aku akan tanye kat hang 22
soalan dan hang harus menjawabnya dengan tepat"
Mamat ni senyum
je dan jawab, "Silakan!"
Sang pendeta pun mulai bertanya,
"Sebutkan;
1. satu
yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada
tujuhnya,
7. tujuh yang tiada lapannya,
8. lapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat
bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan
berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam
surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak
menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah
dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari
batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara
dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar?
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30
daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, mamat tu tersenyum
dengan keyakinan kepada Allah dan angkat kening sket kat Jesus. Setelah membaca bismalah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua
yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran
kami)."(Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan
yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh
seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir
roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh
yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu
yangtidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Lapan yang tiada sembilannya
ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan
malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu
delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka."
(Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang
diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin
taufan, musim kebuluran, katak, darah, kutu, belalang dan cacar.
10. Sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman,
"Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat."
(Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12. Dua
belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun
sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing."(At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka
yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi
Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di
dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun
bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak
Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk
yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. AllahSWT
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya':69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi
Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang
terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu
yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki
12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5
buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya:
Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya
adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di
siang hari.
Pendeta dan para kariah gereja tu merasa takjub mendengar
jawapan mamat muslim yang hensem tu. Kemudian mamat ni nak tanye pada Pendeta tu satu je soalan sebelum blah dan Pendeta ni jawab "Hang nak tanye ape, tanye jelah. Gua bole jawab. Tarak hal lah"
Mamat ini
tanye berkata, "Apakah kunci surga itu?"
Dengar je soalan tu lidah pendeta
menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun
berubah. Mungkin berubah jadi babi mungkin. Dia berusaha menyembunyikan muka gelabah puyuh dia tu, tapi tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir kat gereja itu terus mendesaknya agar menjawab, namun si Pendeta yang poyo bagi soalan sampai 22 soalan tu cuba mengelak.
Kariah tu pun perli, "Hang bagi sampai 22 soalan dia bole jawab, dia plak hanya bagi satu soalan hang tak bole jawab. Hang ni betoi ka!"
Pendeta tu pun berkata, "Sebenarnya aku tahu jawapannya, tapi aku
takut hangpa marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan
hang"
Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha
Illallah WaWa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Pendeta dan
para kariah kat gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh
Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam
melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.