perjalanan 2 jam 30 minit dengan wak ariel penuh sepadatnya dalam perut kapal. gua penuhkan aktiviti dengan menghafal lagu dloyd dan melihat dengan sayu betis pramugari.
harap betis je licin. muka lobang.
rombongan 22 orang jembalang dari shah alam ni disambut dengan mesra bapak sana. muka remaja dah panggil bapak. shahrul merangkap ketua rombongan jembalang dibantu oleh nani sebagai jembalang kecik. berbincang hal masa depan. gua tak campur sangat hal strategi dan angka-angka ni. yang gua tau ~ enjoy!
gua sebilik dengan pemilik kerajaan langit, ayah pin. walau lu tido kul 3 pagi skali pun. dia tetap akan kejut solat subuh. gua insan berhati lembut. tapi ntah nape bila kat negara orang ni gua liat sket.
sarapan pagi hari pertama pada jam 7 pagi di tepi kolam memang sedap. pekena plak fres oren yang pahit. gua senyum sambil gigit hotdog. selepas habis sepinggan nasi, hotdog, sayur dan buah. baru gua dan ayah pin perasan, rupanya kitorang salah tempat makan.
ni sarapan untuk orang kursus.
beberapa teman dah berangkat ke tempat baru. gua dan ayah pin masuk bilik. memerut. malu jangan cakap. tapi diam jelah. patutlah yang makan semua pakai baju kerja.
aktiviti hari pertama adalah shopping sampai tak larat. selepas sarapan semua mengelinjat tak tentu pasal. lokasi pertama adalah jembatan merah plaza.
masuk kali ni dah 2 kali gua ke sini. memang bangsat rasanya. dah la mall ni bosan. bebudak lain terkinja masuk sini. gua nangis tepi tangga. mangkuk tul sapa yang susun plan nak ke sini.
pastu gi makan kat ria galeria. kedai makannya di dalam banglo. bila gua tengok kari ikan takde, sambal belacan takde. gua bagi kedai ni 2 bintang je.
pastu semua beratur cam budak sekolah naik bas gi mirota batik. tempat seterusnya ni memang wajib pergi. sebuah kedai 4 tingkat yang penuh pelbagai barang. lebih kurang macam CM la. baju ada, keycen ada, beg ada. barang mahal gak tapi boleh la abiskan dalam sejuta dua tanpa bersalah kena income tax.
kemudian kitorg dibawa ke tunjungan plaza - sogo yang merupakan mall yang boleh diharap kat sana. kalau dah namanya sogo, barang mau branded. jadi gua beli jugaklah sikit barang kat sini buat bini gua di kampung halaman.
hari pun nak malam jadi kitorang dibawa ke rumah makan khayangan yang best. kedai makan ni berkonsepkan bali dengan banyak port lepak berawan langit. tempat dah la macam tak cukup lampu. ada pulak kolam ikan. gua risau je ada yang berenang. tapi nampaknya masing-masing pandai membawa diri. dah besarlah katakan.
kitorang dihiburkan oleh pemuzik otai yang bergitar, berseruling menyanyikan lagu-lagu asli yang sedap-sedap seperti; hatiku terluka, malam sepi, makan di sini enak, biniku bergetah, lontong basi dan kencing malam.
pulang ke hotel dengan shahrul berbincang dengan nani hal masa depan. keluar lagi angka dan strategi. gua sumbat telinga dengar mp3. gua apa peduli hal masa depan. gua datang nak enjoy.
sampai bilik, gua tanpa toleh ayah pin yang sedang bertuala. gua pakai seluar renang yang ian thorpe bagi dan terus berenang ikan yu di kolam yang indah. dan jam 11 malam selepas tu gua bersama 3 yang lain bersiar di kota surabaya mencari ketenangan yang abadi.
hari kedua dimulakan dengan sarapan di tempat yang betul dan kitorang bergerak ke BG Junction untuk gladi bersih. haaa... gladi bersih tu bukan kerja amal membersihkan longkang rumah flat. gladi bersih adalah reheasel dalam bahasa melayu. atau dalam bahasa justin biebernya, raptai penuh.
ada beberapa pasukan tengah beraksi hebat di atas pentas. ada pasukan dari den pasar bali, dari jambi, dari negeri sembilan dan dari shah alam. katanya pasukan yang dinanti adalah dari shah alam. mesti gempak tu!
gua yang tak terlibat hal maksiat ni, pelan-pelan menjauhkan diri. ada baiknya gua try seluar levis barang selai dua. BG Junction ni adalah sebuah mall yang tak boleh harap. kedai dah la tak banyak. yang ada pun tak selera batin gua mengadapnya. gua tengok nafsu serakah kengkawan gua boleh tahan tingginya. membeli saja.
lepas sound check, kitorang gi makan kat hotel singgahsana. hotel ni skali pandang memang klasik sangat. gua syak john f. kenedi pernah makan sini. tak pun al capone pernah buat mesyuarat mafia tentang pertukaran jawatan dengan bapak gua kat sini. tapi bapak gua menolak lembut.
bapak gua pailang besar dowh. tapi tu cerita dulu.
lepas makan dan pekena bir bintang sejug. mata pun dah stim semacam sebab ngantuk. kitorang bergerak ke BG Junction untuk acara rasminya.
gua macam biasa, menjauhkan diri hal maksiat begini. baik gua usha seluar tidur caca untuk dia seronok-seronok bila ayahnya balik nanti.
sebelum balik tido kitorang dibawa ke rumah makan yang bernama dewa ndaru yang berlokasi di jalan Mayjen Sungkono. restoren ni memang style beb. bak kata cut tari; bisa diacungi jempol.
setiap kali kitorang makan kat kedai 5 bintang pada waktu malam mesti akan ada luna maya datang jual rokok. dengan seksinya, dengan mekapnye, dengan senyumnya. memang tergoda poket nak beli rokok. tapi gua tarik nafas dalam dan beraksi tenang. gua cakap dengan cut tari; jual rokok gua tak pandang. kalau lu jual ganja sebata mungkin gua pertimangkan.
balik ke hotel dengan kadar lesu tahap 7/10. tapi semangat nak mandi kolam tinggi. kebetulan hari tu adalah hari jadi shah yang ke 17 tahun. jadi buat sambutan di tepi kolam siap potong kek dan minum-minum.
hari ketiga gua dah muak nak sarapan. gua dah rindu nasi lemak lauk paru ayam dara ni. tapi jamah sikit jugak hotdog dan teh o suam gula 2 pek kecik.
pagi ni kitorang akan pergi ke taman surga untuk gladi bersih. malam kang ada pertunjukan besar melibatkan datuk bandar sana. diorang siap standby pentas besar.
gua macam biasa. elakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. gua dengan bebudak lain yang gua berjaya hasut, terus jauhkan diri ke bas dan tido berdengkur.
gladi bersih tu tamat jam 11 pagi dan kitorang bergerak ke jembatan merah (lagi?) untuk shopping. gua memang nak cakap f*uck je kat driver tu. ape kat surabaya ni ada jembatan merah je ke. nasib baik fatin yang duk sebelah sabarkan gua. kalau tak mau gua nangis tepi tangga lagi.
bini gua kirim macam-macam. jadi gua belikan jelah tudung dan barang-barang yang gua rasa boleh layan kat sini.
ada banyak hal yang akhirnya kitorang balik hotel naik teksi. gua ok je. boleh melayan surabaya ni naik teksi plak. jem kat kota ni macam lahanat sket. tapi bukan gua yang pandu. jadi gua gelak jelah ape yang berlaku kat keliling.
sampai hotel dan bersiap untuk acara kemuncak malam nanti. semua pakai baju melayu kecuali gua. memula gua rasa malu gak sebab tak bersopan pada acara penting ni. bila difikirkan gua datang bukan nak melawa dan beraksi belagak depan kamera jadi gua rileks. gua malam tu jadi jurufoto untuk shah alam.
memula datang makan dulu. pihak pemerintah sediakan 3 khemah makan dan hampir 10 lokasi hidangan yang disediakan oleh hotel-hotel di sekitar surabaya. makanannya memang pelik. gua nak rasa sebarangan pun takut. gua ambik sikit-sikit.
gua datang buat kerja.
gua ditemani trisnadi (AP fotografer) dan beberapa rakan media lain berkumpul untuk ambik gambar. yang bestnya diorang buat show dengan takde backdropnya, khemah VIPnya, kalaulah hujan malam tu memang punah. nasib baik bomoh yang dilantik ada degree. kalau stakat bomoh pmr memang lingkup.
persembahan dari shah alam gua bagi 9/10. terbaik dari shah alam. kalau gua dijemput menari zapin atas pentas, kompom gua bagi 10 perfek.
kitorang pulang jam 11 malam dengan kadar kelesuan 9/10. mood nak mandi kolam dah tak larat. cuma tinggal mood nak merayap je. gua dibawa trisnadi ke sekitar kota dan makan di kedai rare. kedai ni sangat rare kalau lu tak biasa makan kompom muntah.
malam tu gua bedal nasi rawon dengan es soda gembira. meremang bila tengok mangkuk berkerak depan mata. gua pejam mata dan sumbat dalam mulut. sedap!
pulang sebelum subuh. tidur kejap dan mandi selepas subuh. terer tak gua. pastu badan rasa macam nak demam!
hari ni lepas sarapan budak-budak muka baik semua kena tarik beg dan check out. kapalterbang kul 12 dah menanti. budak-budak jahat macam gua balik malam. ape barang balik awal.
selepas gua, shahrul dan azali melambai dari lobi hotel. maka aktiviti orang jahat pun bermula.
mula-mula kita musnahkan bilik hotel.
kemudian kita conteng dinding.
pastu makan tanpa bayar.
mencuba baju ketahap maksima.
akhir sekali mengorat pramugari sampai dapat.
sekian liputan dari kota surabaya.