Tuesday, May 02, 2006

Agong datang Shah Alam


Puh... bulan lepas MB Selangor turun Shah Alam melawat kawasan. Bulan ni Agong plak turun. Memang betul2 sakit kepala. Yang sakit akulah. Bila ada orang besar datang melawat opis aku kat MBSA ni, akulah antara orang yang paling pening sebabnye :
1. Semua design bunting, buku cenderamata, poster, tunjuk arah, backdrop, kad jemputan adalah dibawah tanggungjawab aku yang setia ini.
2. Segala bentuk maklumat yang nak dimasukkan ke dalam buku cenderamata terutamanya, akan sampai last minit. Cilake! Korang tak tau ke yang buku cenderamata ni akan Q cetak paling kurang 2-3 hari. Kalau event tu esok pagi, ptg ni baru confirm, printer mane yang nak ambik. Gile! Tapi itulah yang kerap berlaku. Terutama melibatkan orang atasan. Semua nak tukar. Elok2 je datuk ni yang nak potong riben, tau2 tukar plak datuk tu. Korang ni takde keje lain ke kalau tak menyusahkan org bawah mcm aku.
3. Aku takde pembantu. Aku takde assist designer. Akulah yang kena bedal buat keje sorang2. Nak buat design satu hal ,idea tu lain hal plak. Masa lagi, tu lagi satu hal yang lain, nak cepat plak, itu hal2 yang lain plak lagi satu... aduiii!!! Jadi biasenye aku akan sakit jiwa sorang2 kat opis ni.

Jadi pada malam esok hari 3 Mei pukul 9 malam, ada raptai penuh Konsert Diraja Menjunjung Kasih Sempena Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Negeri Selangor Darul Ehsan. Antara artis yang akan menjayakan konsert ini adalah:
1. Misha Omar
2. Ning Baizura
3. Yusni Hamid
4. Liza Hanim
5. Dayang Nurfaizah
6. Azharina
7. Eja (Bintang RTM)
8. Mas Idayu
9. Banu Mitha
10. Andre Goh
11. Musly Ramlee
12. Ramlee Mohamed Shariff
13. Kelvin Lau
14. Ahmad Jais
Juruacara pula adalah Norashikin Abd Rahman (Pembaca berita RTM) dan Zaini Yuhyi (Pembaca Bhgn Sukan RTM)

Kalau yang datang tu namanya Agong, dah mesti si Khir Toyo ngan Sultan Selangor pun ikut wajib datang jugak. Secara tak langsung acara tu akan jadi hebat. Jadi pada 5 Mei ni baru lah betul2 punya konsert. Jadi pada sesiapa yang berminat nak gi tgk artis sambil ambik gambar pastu glamer2. Moh la korang datang ke Auditorium MBSA tingkat 3 pada pukul 9 malam. Korang jgn datang 5 Mei, mampus tak dapat masuk (Kecuali dijemput - jgn lupa bawak kad jemputan tu skali). Korang datanglah pada 3 Mei ini ye. Masuk Percuma! Bawaklah kawan2, sahabat handai, sedara mara, atok nenet, ipar duai, sepupu sepapat dan sapa2 sajelah. Wokeh!

Jadi untuk makluman korang yang tak dapat pergi, persiapan untuk Agong datang ni memang dahsyat. Bajetnyer pun sangatlah banyak. (Rahsia kerajaan tak bleh bagitau.. ISA wooo!!) Segalanya sungguh protokol. Sampai member aku cakap, keje ngan kerajaan ni bukan berkhidmat utk rakyat, tapi utk pemimpin. Emm.. betul gak...Segalanya perlu baru, yang lama dibuang. Kesian aku tengok budak2 bhgn engineering. Bukan kata buruh je yang kena mengecat, bos diorang pun kena mengecat gak. Blom bab pasang itu ini, wahhh.. sian aku tgk diorang.. haha... tapi diorang ramai takpe.. Aku ni.. terbungkang buat keje.. sampai dah nak menitik air mata tengok monitor ni je... sakit mata tul... printer aku plak buat hal.. sampai kondem dikerjakan... aduisss... tension betul.. terpaksa aku print kat luar pakai duit sendiri... nasib baik dah masuk gaji.. tapi kalu dah banyak kali... kopak gak duit...

Jadi sepanjang Agong kat Shah ALam dia akan melawat beberapa tempat seperti pada 4 Mei dia akan ke Istana Kayangan, Bangunan SUK dan Rumah Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor. Pada 5 Mei pulak akan ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor, PERODUA dan konsert mlm tu. 6 Mei di Homestay Banghuris, 7 Mei di Tropical Fruits Garden dan byk lagi. Mengabihkan boreh ajo!

Keje aku

Aku minat benda2 grafik ni dari start aku umur 2 tahun. Betul! Masa tu mak aku cakap aku dah pandai tgk iklan kat TV. Sapa pun tak bleh tukar channel lain. Tatau kenapa. Mungkin aku dah mula suka warna masa tu. Bila umur meningkat belasan tahun, jari2 aku dah gatal nak melukis. Bapak aku plak keje bahagian percetakan, jadi urusan kertas tak jadi satu masalah. Order je ngan bapak aku. Bila umur aku menjangkau 16 tahun, aku dah ada satu cita-cita murni. Aku nak jadi pereka grafik, pelukis komik atau pun arkitek yang berjaya. Puh! Memang berkobar2 betul aku time tu. Keje aku melukis je. Tengok majalah Ujang pastu lukis balik. Time tu aku suka betul kartunis nama Aie, Gayour, Ubi, Sagu dan tumbuhan-tumbuhan lain. Cun2 plak tu lukisan diorang.

Pernah skali aku call opis diorg kat PJ. Kononnye nak tunjuk artwork la. Masa tu yg nilai aku Gayour. Puh kalau korang tgk opis dia time tu, penuh dengan komik2 obersea, giant poster, meja lukis... kagum gile aku. Masa tu si Gayour bagilah nasihat macam2 kat aku. Dia ajar teknik lukisan mcm mana, stroke dan banyak lagi. Pastu semangat utk aku melukis bertambah tambah lagi bila dia cakap masuklah kelas formal atau kursus melukis nanti hantar kat dia balik. Aku pun daftarlah kursus melukis anjuran majalah Gelagat. Masa tu tahun 1994 kalau tak salah. Kursus pun melalui pos je. Takde internet time tu. Koman je. Diajarnye step by step (ohh bebehhh... mcm lagu plak!!) Dan akhirnye aku lulus dengan jayanya. Pastu aku hantar balik artwork aku kat Gayour. Dia cakap teknik pewarnaan aku kurang berjaya tapi teknik melukis aku byk perubahan. Masa tu mmg gila melukis aku. Pastu aku hantar lagi karya masterpiece aku kat Ujang. Tak kuar gak.. aii.. mcm kena reject je. Last2 aku fedap. Aku tak melukis lagi. Aku beralih kepada menulis cerpen plak. Masa tu trend cerita merapu2. Aku pun karanglah cerita berapu2 aku. Cerita sejarah melaka yang dah di tambah sos. Akhirnya cerita aku 'Hang Buah' keluar gak dalam Ujang. Aku tau pun beberapa bulan lepas tu, pasai aku ni dulu mana ada sen nak beli Ujang tetiap bulan. Baca pun kat umah member. Cheh berkobar jiwa kononnye nak mintak payment la.. Aku pun tulis surat nak mintak payment. Skali dia balas, kalau boleh sertakan artwork original bukan salinan dari majalah. Alamak! Aku lupe nak photostet yang ori. Emm.. alamatnye habis gitu jelah. Tapi masa tu aku bangga betul sbb karya aku kuar gak walaupun hanya aku je yang tahu hal tu.

Pada masa yang sama aku kerap juga menulis cerpen dan novel sikit. Mungkin aku terpengaruh dengan karya Ahadiat. Dulu aku gile betul ngan karya Ahadiat Akashah. Semua novel dia aku beli. Dari Budak Setan sampailah ke Lagenda Budak Setan. Sampaikan masa kat sekolah teknik pun aku masih menulis lagi. Dulu kau hanya ada mesin taip je. Jadi secara tak langsung teknik penaip aku bertambah laju. Aku refer kat Melati Publishing cal.. tanye saiz gap kertas, jarak tulisan, font. Hahahah... memang terer betul aku time tu. Sambil2 tu tulis sajak, hantar kat utusan. Ada gak yang keluar.

Abis skolah aku apply byk tpt. Akhirnye dpt IKM Sungai Petani. Jurusan Lukisan Kejuruteraan Awam dan Struktur. Antara sebab utama aku ambik course tu hanya kerana ada lukisan teknik sahaja. Aku kalau bab kira2 ni, mmg kelemahan yang sangat ketara betul. Walaupun masa SPM maths aku kredit tapi heh.. skadar lulus pereksa jelah. Jadi masa aku kat IKM, skill menulis aku dah berkurang sbb senior aku kerap membaca apa yang aku tulis... benganggg je.. Jadi aku beralih balik kepada melukis. Masa tu bebudak kelas aku cukup kagum ngan skill lukisan aku. Kalau lukis 'aku hidup dalam blues' tu.. real sungguh...siap warna beb!!! Masa tu hanya ada 3 org je dlm kelas aku yang bebetul ada skill melukis tahap dewa19 ni... Aku, Haidir dan Farid(Jalak).
Skill Haidir ---> Lukisan sebijik cam Gayour.. kalau kad raya tu buat sendiri je. Mmg stroke dia cun gile lah..
Skill Jalak ---> Dia ni kaki potret. Gaya2 seniman tepi lorong la. Skill pegang pensel dia pun dah mengkagumkan aku.
Skill Aku ---> Aku kalau bab nak hasilkan tulisan cun, warna dan melukis lukisan teknik paling cepat di dunia.. ko serah ajelah kat aku.
Jadi kami bertiga mmg kerap dapat projek lukisan mural (dinding)... jadi kalau korang nak tgk hasil lukisan kami, korang datang la kat dewan IKMSP dan carilah lukisan mural dari Lukisan Kejuruteraan Awam dan Struktur 1998

Abis je belaja sana aku dah minat komputer sb aku pun keje sbg pelukis pelan guna AutoCAD. Kat umah pun ada komputer yang separuh jahanam aku kejekan tu. Jadi aku pun trylah masuk Cosmopoint kat Klang. Kalau ikutkan aku bleh sambung blajar kat ITM, tapi ambik jurusan engine la sbb aku pun sijil kat IKM. Tapi sbb aku ni dah minat seni jadi apply lah Cosmo ambik Diploma Multimedia Animasi. Masa kat situ baru aku jumpe sifu2 aku yang bebetul hebat grafik, animasi dan programming. Aku blaja part time sbb aku keje sepenuh masa. Duit pun xde beb nak belaja full time. Jadi aku ni mmg sangat2 berminat dengan dunia grafik ni dan akhirnye tercapai utk masuk dlm bidang yang aku suka. Si Jalak aku dengar cite masuk ITM ambik AD. Belajar dari sem1 dan terus sampai degree... Dia mmg hebat.

Biaselah kalau belaja part time ni, student berape kerat je. Masa mula2 masuk adalah 30 org. Bila gred 8 org je. Akulah satu2nya teruna sejati dalam kelas tu. Alangkah bertuahnye aku! Dan yang paling sedap didengar skang, hanya aku sahaja yang bebetul keje dalam bidang designer ni sedangkan puteri2 aku yang lain semuanya jadi kerani, isteri mithali, sambung study ambik course lain. Aku yang masih hardcore dengan minat aku yang sama. Inilah minat aku dari kecil dan inilah yang aku dapat. Akhirnya cita-cita aku tercapai juga pada usia 27 tahun. Puh! aku dah tak tau nak buat apa lagi lepas ni. Iyelah cita2 dah tercapai. Kena cari target barulah pulak.

Masa aku kerja kat Jabatan Taman sbg pelukis pelan merangkap pereka grafik. Aku gunakan skill, idea dan pengalaman aku utk buat grafik sekadar suka2 saje. Hobi je. Tapi bila aku dapat keje sepenuh masa menghadap grafik. Udah! Aku dah takde hobi lain. Sbb hobi aku dah jadi kerjaya. Kenalah aku cari hobi yang baru. Emm.. ape aku nak buat ye! AKu minat fotografi. Dulu aku pernah pegang camera digital sony. Harga RM4,999.00. Kalu tgk harga tu, koranng dah bleh agak camne punye canggih kamera tu. NIKON D70s pun baru RM3,800 lebih je. Jadi kamera nilah yang aku balun dulu. Selepas 2 tahun pakai. Kamera ni ilang dalam laci kat opis. Frust gile beb! Nasib baik kamera tu opis yang punye. Kalau aku yg punye, mau meraung!!! Jadi selepas 2 tahun pengalaman itam tu, ntah mcm mana terniat balik aku nak beli kamera baru. Kali ni guna duit sendiri. Dan pada Januari 2006 aku beli Sony T5. Oklah sbb impian aku NIKON D70s. Tapi sbb ekonomi pun tak kencang, beli yg mampu ajelah. Lagipun byk gunanya kamera ni dari segi bahan grafik. Mungkin satu hari nanti aku akan guna jugak NIKON tu. Sbb aku rasa itulah hobi aku yg terbaru kot. Hmmm...

Wednesday, April 19, 2006

Konsert Malam Indon

haa.. ni aku nak citer sket pasai konsert indon yang aku pergi minggu lepas ngan Nazri Pitam dan Dino. Terus terang cakap, konsert ni mmg best! Tapi takdelah terlalu best, sekadar best je. Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang la.

Aku ni tak pandai nak review mcm orang lain buat, jadi aku sekadar bercerita ajelah pengalaman indah aku bersama kawan2 dan joko2 di stadium sana. Asal ceritanye, si Dino yang beriya-iya mengajak. Aku mmg berhajat pun cuma xde kaki. Lagipun takut wife aku bising, iyer lah bukan 2 jam punye konsert kan.

Setelah perbincangan tertutup dibuat dengan Dino kat YM dan perbincangan terbuka kat kedai roti budak lelaki (Rotiboi) ngan Nazri Pitam. Akhirnye kata sepakat tercapai dan ari ahad minggu lepas, aku gi Giant sek.13 dan singgah kat Music Valley. Aku tanye gak ngan minah tiket tu, "Ramai ke yang beli?". Dia bilang "Banyak yang beli RM80". Ooo.. tu mesti wak joko dan Dian Sastro yang borong... Bila aku tanye .. hahhh.. mmg betoi...

Antara sebab aku tanak beli tiket RM80:-
1. Konsert ni 8 jam. Kalau 2 jam xpelah jugak
2. Kompom ptg tu hujan. Tak sanggup aku balik kuyup2
3. Sbb makadarah 2 ekor tu tak bagi duit dulu, nak harap aku je belikan dulu...
4. Dah kompom wak joko dengan dayang2nye akan penuh kat padang tu... Ohh tidakkk...

Isnin pagi lain plak citenyer...
Si Dino kata dia nak tolak tiket tu... cilakak betul.. dah la aku kena beli dulu.. pastu dia nak ngelat bayar plak... si Nazri Pitam plak dah bayar duit seawai pagi jam 8.32 minit. Aku nak ajak sape? Si Sab kata nak ikut. Aku ok je. Tapi ni Nazri Pitam plak tanak. Minah tu kang di bawaknyer BF. Udah tertinggal kitorg berdua. Kang dituduh bersubahat plak. Dlm pada tu aku pujuk Dino.. iyerlah duit aku lagi RM50 ni sape nak cover beb...

Dlm hari Khamis tu, Dino kompom pergi sbb tengah hari tu Dewa19 diinterview kat hot.fm dan dibilang akan perform 23 lagu... Wahhh banyak gilee... Si dino ni mmg kaki Dewa.. samalah ngan aku... jadi akhirnyer selamat duit aku RM50 ni... dan petang tu dino datang melepak opis aku dan bagi duit.

Hari Konsert
Sabtu pagi tu sepatutnye aku kena memanaskan diri kat Dewan MBSA seksyen 7, jadi penyambut tetamu. Ahh... mamposlah... malas aku nak pegi...aku bangun pun dlm kul 9 pagi. Bini aku ada lontaran boling plak kat Bangi. Dia pegi ngan Mamen. Dlm kul 10.30 aku gi gak ler tunjuk muka kat sek.7 sana.. Sebenarnye aku nak ambik gambar hasil keje aku: banners, banting, backdrop dan buku cenderamata je. Pastu ada keje lagi nak buat... malas nak join. Si dino plak sibuk sms nak gerak awai. Aku balas "Sabar... tak lari kerusi stadium tu!"

Dlm kul 1 t/hari si dino dah tunggu kat bawah. Dia datang ngan GG. AKu call Nazri Pitam. Tak angkat!!! Aduiss... gilee... pergi ke tak? Apsal tak angkat? Ada kecemasan ke? Kusut aku... Aku gerak gak la.... isi minyak dulu. Sambil tu call lagi.. tak angkat jugak... Mati akal... Dia ni apahal...

Dlm 3 minit pastu dia call balik.. "Aku baru bangun la! Baru lepas mandi ni! Bile ko nak datang umah aku ni?" Puhh... idup lagi rupenye.. ahaks... "Skang2"
Jadi kitorg pun gerak la ke stadium merdeka dengan penuh semangat baladewa dan keindonesiaan yang melampau. Jalan pun jem t/hari tu. Aku ikut Dewan Bahasa. Pastu terussss je. Parking pun kat belakang stadium negara. RM6 sekali masuk. Murah gak la tu, berbanding RM11 kat KLCC yang aku kena ngan Rock masa PIKOM ari Jumaat lepas.

Kitorg tak masuk dulu, sbb dino takut kantoi kamera. Dulu dia hampir kantoi masa Linkin Park. Takut berulang. Jadi kitorg cari mood konsert di sekitar stadium. Mmg ramai wak joko , cewek2, Dian sastro dan Bambang Pamungkas duduk menyangkung kat tepi jalan. Terpikir aku, ehh.. mcm pernah lihat plak aksi ni dlm 999.. (Rumah tumpangan Indon kena rush..) ahaks

Kitorg mmg bajet baju dewa. Aku suka betul ngan designnyer... guna cover album Republik Cinta... puhh.. kena sambar gak ni... Kaunter Hotlink jgn ckp la, penuh.. mcm ulat... Beli topup RM10 dapat poster! Aku plak guna line pesaing dia... emm.. tengok ajelah... kira Hotlink ni ramai gak pelanggan indon.. ahaks.. kul 3.30 kitorg masuk stadium. Semua kena raba! Ada satu awek FRU mmg cun abis.. aku suka betul kalau awek bertudung pakai uniform ni... Tapi malangnyer dia cuma raba Dino je.. dan kamera dino akhirnye lepas jugak ke dalam stadium.. wahh.. bergambar sakan nih...

Si dino ambik gambar pun sorok2.. takut kena rampas. Kitorg pun cari port yang bebetul nampak stage walaupun jauh. Dapat lah duduk port baikkkkk punye.. sebelah aku group gadis2 seksi yang hanya pakai penutup kecik dan spek besar. Yang penting diorang melayu.. hahaha... tapi aku tak tergerak nak ngorat ke, tanye nombor tepon ke. Tapi gadis sebelah aku ni mmg suka bersenggol ngan aku. Uii.. bestt..

Start konsert 4 ptg. Starting linup ADA band. Pastu Ungu kemudian Cokelat, seterusnya Padi dan akhirnya Dewa19 berselang dengan Ari Lasso, Audi dan RATU. Jadi umat yang hadir tu mmg semuanya gila konsert. Suka hiburan yang melalaikan, berjoget, rusuhan, bertekak.. dah rasa mcm duduk kat stadium senayan plak.

Masa magrib ujan lebat tak hengat, mat endon yang lompat pagar tu, masuk balik nak cari tempat perlindungan yang selesa. Mana yang tak sempat, tarik banners, berteduh ramai2. Yang duduk bawah belon pun ada... Stakat teduh kepala je... bodooo... Kami bertiga, gelak ajelah tgk kekalutan yang melanda. Diam tak diam, tau2 je keliling kitorg penuh mat endon! Alamak! Aku rasa tadi semua melayu.. pastu diorg jerit2... cilakak betul.. seram siot...

Perut lapo. Beli berger 3 ketul. Mmg takat alas perut jelah. "Macam kayu!" - dino. Kunyah tak lumat2... mcm makan singam plak. Mmg peniaga tamak la diorang ni. Kualiti zero! Saat yang paling best :: Dewa perform!

Aku tak berapa ingat sangat list lagunye.. byk sgt. Antaranya Pupus, Cukup Siti Nurbaya, Separuh Nafas dan lagu wajib Laskar Cinta. Suara Once mmg menakjubkan! Diluar kawalan minda wooo... Ahmad Dhani plak pakai topi kon yang dlm vclip Laskar Cinta tu.. puh.. mmg mantap gilos la... Lagu semua layan yg rancak2 je... lepas 3 lagu, Audi plak nyanyi 2 lagu, pastu Dewa balun balik 4-5 lagu. Pastu panggil Ari Lasso. Dia plak layan 3 lagu. Pastu RATU 2 lagu. Start kul 11 sampai tgh malam Dewa perform gile2 punye.. wahh.. puas hati bebbb!!!

Masa tulah ko tgk semua org menyanyi sama, berjoget sama, melayu ke, jawa ke, madura ke, indon ke, pak arab ke, amah ke, mandur bangunan ke, tok batin ke, semua terhibur.. sangat2 terhibur... sound system yang sangat jelas, takdelah bunyi cam dlm Zouk tu.. dengunggg je... Aku tak hapal sngt lagu, nazri Pitam lagilah... di mat PeterPan ngan Radja.. mana layan Dewa ni.. Satu cowok sebelah aku nyanyi je tak henti2.. aku pun tak paham! (atau aku yg tak paham ?)

habis konsert kul 11.50 skali ngan bunga api yg mcm thn baru tu. Kitorg ape lagi, cari baju la. Peniaga makanan mlm tu mmg rugi besar. Air tak luak sejengkal pun. Berger tak jalan sebeg pun. Apatah lagi air tin, satu karton pun tak luak. Ko nak jual kat indon air2 tu, mane diorg minum.. diorang sanggup berlapar nak gi konsert tu, awak lagi jual. Dah la mahal, tak sedap plak tu!

Kat perkarangan tu adalah mamat jual berger satu beg besar RM10. Tinggal makan je.. wahh.. gileee... ahas... pusing2 akhirnye dpt gak baju yang dihajati.. RM70 - 3 baju dah siap tawar tu. Balik dari situ singgah jap kat Planet plak sbb esok mlm Dewa ada sunday nite kat sana.. aku tak gi.. si dino ajelah...

Pastu terus balik, aku pun dah penat gile2 punye.. hantar si Nazri Pitam dulu, pastu Dino dan aku pun sampailah kat umah mak mertua aku dlm kul 3 pagi. Rabak mata bey!!!

Tuesday, April 18, 2006

Sapa aku?

Ini bukan gambar aku. Cuma hiasan dlm kereta aku je.


Aku lahir tahun 1978. Kira sendirilah? Aku dah tua. Janggut pun dah panjang. Dilahirkan di Bentong, Pahang. Aku bangga jadi Anak Pahang sbb semua org Pahang sayang kat Sultannya. Sultan Ahmad Shah! Tapi sayangnye aku cuma lahir je kat Pahang tapi sekolah, pindah sekolah, keje, berenti keje, semua kat Selangor.

Aku ada 4 adik beradik dan aku putera sulung, yang lain semuanye puteri. Aku tinggal di Shah Alam dari tahun 1985 sampai la ni. Lama siot!! Masa tu cuma ada seksyen 16,17 dan seksyen 2 je termasuk ITM. Aku sekolah rendah, menengah dan teknik semua kat sini. Start keje, berenti keje, pindah keje pun kat sini.

Aku tak pandai mcm org lain. SPM pun dapat 2 je. ITM pun tak dpt masuk. Sbb BI aku tak kredit. Aku minat melukis. Sangat2 minat. Lukisan teknik aku dpt A. Itu jelah yang A pun. Jadi aku masuk IKM kat Sungai Petani ambik Lukisan Kejuruteraan Awam dan Struktur. 1 je sebabnye aku ke sana. Aku minat melukis.

Abis kat sana aku keje sbg Pelukis Pelan kat Shah Alam. Opis kat TTDI Jaya U1. Bos aku en. Halim.Bapak aku pon Halim gak. Setahun keje kat sana. Projek kebanggaan aku masa tu, Masjid Simpang Tiga Gombak (yang kat tepi sungai tu). Aku pon boring keje kat situ, sbb staff 3 org je. Aku, Sam enggineer aku yang asik sakit kaki tu ngan kak Linda. Dia ni plak badan dah la bagak pastu rajin plak tumpang motor cabuk aku gi keje. Hanginn je... Aku tak kisah pon sbb kawan opis. Lagipun dialah satu2nye bunga kat opis tu.

Setahun je keje kat situ. Boring punye pasai. Saat paling syok kat opis aku ada 2 perkara:

1.Stayback malam sambil keje pastu ada bola plak kat kedai bawah. Puh!!!

2.Skodeng kat apartment biru seberang jalan. Tu mmg aktiviti wajib yang perlu disertai. Sam pon sama gak. Bukan takat ada teropong aje kat opis tu, handycam pon ada.. hahah..

Lepas aku berenti kat situ aku keje kat kilang bhgn opis. Pelukis Pelan gak la. Kat situ kejap je sbb aku dpt offer kat Majlis Bandaraya Shah Alam. Aku sbg pelukis pelan gak kat Jabatan Taman. Kat situ je 5 tahun aku keje dan yg terbaru aku pindah jabatan ke Jabatan Korporat. Masa ni aku jadi Designer utk Majlis. Apa shj aktiviti, buku, kad aturcara, banners, banting, poster dan segala bentuk design kat Shah Alam ni, 95% adalah hasil air basuhan tangan aku. Alhamdulillah inilah cita2 yang aku idam dari zaman aku sekolah rendah, zaman rambut pun sikat tepi. Skang pakcik dah berjaya... YAHOOOO!!!!

Nape aku buat blog ni?

Hari ni dalam sejarah! Akhirnye aku create Blok gak. Persoalan timbul --->?<--- Nape aku buat blog ni?

1. Adakah sbb aku nak menunjuk kat kawan2, yang aku pun ada blog gak? (Walaupun sebenarnye takde pun kawan aku yang tulis blog.)

2. Adakah sbb aku terpengaruh ngan anasir2 kemanusiaan dan cerita2 dongeng penuh kepalsuan drpd blogger2 lain?
(Mungkin jugak)

3. Atau adakah aku mmg saje nak semakkan host ni ngan blog aku, yang mungkin inilah entry pertama dan terakhir? Ahaks! (Aku rasa la...)

4. Adakah aku sebenarnye nak mengasah kembali skill penulisan yang dah lama terpadam dari zaman aku pakai seluar cikang masa gi skolah dulu? Rasanye mcm g*mpang je masa tu!!!

5. Mungkin juga aku nak mengkisahkan cerita dongeng penuh kepura-puraan kehidupan aku yang mengejar kamera NIKON D70s yang aku pun tak pasti ntah zaman bile boleh grab.

6. Atau pun juga aku dah tension ngan keje kat opis ni yang asyik nak cepat aje... makadarah betul !!!

emm... mengikut analisis dari komputer kat mendula oblongata aku ni... disebabkan semua perkara diataslah aku mencipta blog Kisah Lutut Berduri ni...

Nape plak kena pakai tajuk tu? - soalan dari sahabat lama
"Aii... suka ati aku la... Dah lutut aku berduri nak buat camne!!!"
(Sepatutnye Berdiri... jadi Berduri plak... hampes!!!)