Monday, November 30, 2009

situasi genting setiap pagi

aku celik mata seawal 6.50 pagi. itu pun selepas bini aku kejut hampir seratus kali. mula-mula "bang!" aku dengkur lagi. pastu goyangkan kaki. aku dengkur sambil peluk bantal. "bang!" dan goyang badan pulak. aku dah tak dengkur tapi bantal tutup muka.

bini aku biar je 2 minit sambil panjangkan bulu mata. dia tengok mimpi aku dah masuk sempadan thailand dan hampir ke bangkok dengan selamba dia smack down belakang aku. dan terjahan tajam tu tak mematahkan semangat aku untuk terus ke songkla dan naratiwat.

kemudian dengan lembut seperti berbisik dalam hati;
"dah semayang subuh belom!" aku terus meloncat ke bilik air dengan sekali nafas je. dan itulah masalah aku bangun pagi setiap hari.

masalah itu lebih berat jika awal pagi tadi abang angkat aku main bola jam 2.30 pagi. nak tido nanti dia cakap ape pulak.

"rekod aku main tau!" gertak lampard.
"aku pun ada skill baru nak patahkan kaki lawan. ko kena tengok" balas michael ballack dalam sms dengan henpon blackberry yang aku bagi haritu. gaji setengah juta henfon pun aku kena beli.

jadi, takkan aku nak hampakan abang angkat aku.

selepas solat subuh pukul 7 pagi biasanya aku gosok baju kerja. ini pun satu masalah jugak setiap pagi. aku kena fikir hari ni aku mengular tak? kalau duduk opis aku akan pakai baju buruk-buruk je. kalau mengular. kemeja kena yang paling mahal. barulah awek nandos pandang. atau sekurangnya awek vinci SACC mall.

untuk acara setereka ni. akulah orang paling malas sekali dalam dunia. tapi aku tak pernah mintak bini aku setereka baju walaupun aku malas. kadang-kadang aku seterekakan lagi baju untuk bini aku. kadang-kadang bila rajin sikit aku setereka gak pempes caca. dan setereka baju jiran sebelah jika aku terlebih rajin. tapi perkara itu tak pernah terjadi kerana aku sombong.

lepas setereka biasa aku baca quran kerana aku orang baik. kalau tak pun aku tengok movie. kalau ada bola malam tadi yang miss tengok. aku tengok sedutan gol pagi tu. jadi aku bolehlah kencing budak opis kata aku tengok bola sampai pagi. padahal tengok berita jam 7.30 pagi je. paling teruk pun aku sambung tido kat sofa.

pagi-pagi biasa aku hantar caca kat rumah nenek naik superbike. jadi biasanya caca akan bangun pukul 7.30 pagi. itu pun tengok keadaan. kalau malam tadi dia tido mimpi muka maknya. ada harapan bangun senyum. kalau bangun muka masam. sah mimpi muka aku! ada harapan aku kena baling botol susu pagi tu.

caca ni agak garang orangnya. jadi aku sejukkannya dengan ayat;
"jom tengok i love you!" (merujuk kepada kartun Barney!)

sure pagi tu dia akan mesra dengan aku bagai tak mau. dan biasanya dia akan tengok barney jam 7.30 pagi sambil baring dengan tivi tangan kanan pegang botol susu tangan kiri pegang bantal busuk.

dan aku terus mandi. sebelum mandi kadang-kadang tu aku perasan Bushi! akan menggelupur kalau nampak aku. lapar! jadi aku tak tangguh untuk hidangkan secawan milo panas dan karipap daging untuk Bushi! kadang-kadang tu tak cukup asyik jerit je'
"meow!"
"meowww!" ~ nak kentaki.. nak kentaki!!

aku akan marah dengan beliakkan bijik mata dan cakap;
"ikan puyu mane makan kentaki!" dan aku terus mandi.

waktu pagi di meru dengan sisa-sisa salji yang turun malam tadi dan ada sikit pagi ni membuatkan aku malas nak mandi lama. paling-paling tak pun 10 gayung. gosok gigi satu kali. sebelum sabun empat kali. lepas sabun lima kali.

aku akan mandi 50 gayung kalau malam tadi mimpi megan fox!
mandi wajib!

urusan dari bagi Bushi! makan, mandi dan pakai baju paling biasa adalah 4 minit. paling lewat adalah 7 minit 30 saat (kalau mimpi megan fox!) dan paling segera 2 minit. itu jenis dah pukul 8 tapi masih tak mandi lagi. kes terlajak tidur.

jadi kemuncak kartun barney setiap pagi adalah lagu 'i love u!' dan caca akan cari aku, walau di mana aku berada untuk menggenggam tangan dan menyanyi lagu i love u dan diakhiri dengan peluk. sama macam kat dalam kartun. pengaruh kartun!

jadi bagi mengelakkan caca mengamuk baling botol kalau aku takde masa lagu i love u. aku biasanya dah siap sedia depan tivi dengan pakaian lengkap dan tinggal nak tutup tivi je lepas lagu i love u.

habis je adegan peluk. aku terus angkat dia sambil tutup tivi ke superbike yang sejak tadi dah disuamkan enjinnya. biasa aku bawak beg bajunya dan diselempang ke belakang dan kadang-kala aku juga bawa paper bag berisi bantal, botol, pempes dan buku The Twilight Saga: New Moon edisi terkini untuk bacaan caca sebelum tido. akan aku sangkutkan di hendel motor.

perjalanan ke rumah nenek caca sejauh lautan luas tanpa tepinya. kelajuan superbike berkuasa 110cc ni sepantas abang usin bolt training waktu pagi lepas sembahyang subuh kat masjid meru 2 tahun lepas. masa tu dia lari tak selaju sekarang. banyak sangat makan roti canai kat kedai epol. sebab tu la semput! aku suruh dia makan rumput barulah dia lari laju.

"kalau ko nak lari selaju kuda. ko kena makan macam kuda!" lepas tu terus dia laju tak pandang belakang. dengar cerita dia solat subuh kat meru pastu sarapan pagi kat vietnam berlari je. kadang-kadang tu kalau tertinggal beg duit selamba je patah balik ke rumah sewanya kat jalan belimbing. pastu gi vietnam balik. usin! usin!

perjalanan ke rumah nenek caca lebih kurang 3 minit 24 saat ikut stopwatch aku. catatan terbaik adalah 2 minit 10 saat. itu jenis menunggang masa salji turun. kelam kabut sikit.

rumah nenek atau lebih mesra 'asrama nenek' waktu pagi biasa ada nenek. kadang-kadang ada atok. ahli lain seperti kak ani, arif, asraf muslim dan yusry KRU bersilih ganti. kadang-kadang ada... kadang-kadang takde.

caca ada masalah untuk lepak kat asrama nenek kalau hari isnin. jadi meninggalkan caca dalam keadaan menangis adalah saat paling aku tak suka. jadi sebelum air mata jantan aku menitik di pipi dan mencetuskan perasaan sebak aku meninggalkan asrama nenek dengan tasbih kifarah.

perjalanan ke pejabat di waktu pagi adalah waktu paling aku suka setiap hari. kerana aku akan berlawan dengan masa. berkejar dengan jentera lain. maki pemandu lain tanpa kasihan dan usha awek lintas jalan dan di bus stop. aku ada geng sendiri. geng pukul 8 namanya. jadi geng pukul 8 ni memang biasa laju satu macam.

mana motor-motor lembut kitorang potong. mana kereta-kereta lemah kitorang kasi asap. mana jentera kurang ajar terutama bangsa colok kitorang hon. mana awek lintas kitorang terus berhenti. bagi jalan!

ke shah alam dari meru aku akan bertemu dua simpang.
simpang syurga dan simpang neraka.

simpang syurga adalah;
simpang ke seksyen 7 shah alam di mana aku akan bertemu awek-awek uitm melintas jalan dan ada juga awek sedang silang kaki menunjukkan betis di bus stop. jarak ke pejabat agak jauh kerana bertemu beberapa trafik light dimana aku boleh berhenti untuk mengusha kereta awek uitm yang berpakaian cantik pada waktu pagi di dalam kereta.

simpang neraka adalah;
simpang ke highway persekutuan. dimana nasib tak baik ada road blok belakang tol bukit raja. permandangan tak menarik kerana sering terserempak betis berkudis awek gemuk naik ex5. kadang-kadang makan asap motor mat sabit rumput yang aku syak tak pernah servis motor seumur hidup. tau pakai je! kalau hujan memang redah aje sebab takde tempat teduh. tapi jarak ke pejabat dekat sedikit dari simpang syurga.

biasanya aku ikut simpang neraka kerana jarak yang lebih dekat.

aku sampai di pejabat biasa 8.28 atau 8.30 pagi. kalau ada malaun yang baru nak punch. memang merah la aku pagi tu. dan mood segar aku dengan bau asap bas di baju dan rambut macam tak bersikat akan kekal sampai petang.

dan begitulah aku, esok dan seterusnya.

1 comment:

--EaSt.Me.TzAR-- said...

abg eiyoie...baju den n suar den nak setereka tak....nnt ujung minddu den antar yo...pastu claim kat lala...huhhuuhuhuhuhuh