Monday, October 05, 2009

shah alam ~ parit buntar ~ penang ~ sungai petani ~ shah alam

maksud lain bagi 'hari raya' adalah ~ hari berjalan-jalan. maka pada raya kali ini kami berjalan-jalan ke utara setelah dua tahun lepas kami ke pantai timur.

tiga hari dua malam di utara sangat menyegarkan. terutama ke sungai petani. meninjau ke sekolah lama setelah sebelas tahun aku tinggalkan. cikgu pun maintain hensem. dengan lawak cikgu yang maintain kelakar. seronok sungguh. ada bangunan roboh. ada bangunan baru. yang pasti lukisan mural aku, farid dan hidir maintain di dewan sekolah. ada nama aku sebesar alam kat lukisan tersebut. bangga!

bandar sungai petani selepas sepuluh tahun makin besar dan maju. dah ada tesco. giant. hentian bas tempat aku usha awek kedah maintain kat situ. kedai kaset yang aku sebat kaset no doubt dah jadi kedai gunting. jamming studio tempat farid main gitar dan aku melalak dah lingkup. tak tau kot dah maju jadi monkeybone recording company ke. sape tau kan.

disko fire yang heboh masa skolah dulu dah jadi tempat boling. gerai makan dekat menara jam dah jadi stall yang cantik. tak macam dulu bersepah. wayang cathay tempat aku tengok cite 'hanya kawan' sambil baling koci kat orang depan dah jadi kedai baju. panggung wayang haram yang tayang cite blue sebaris bsn tu dah tutup ganti kedai haji dan umrah.

apa lagi. rumah sewa aku di taman ria maintain jadi rumah sewa sampai sekarang. tapi rumah awek yang kitorang usha dulu tak kawen lagi rasanya. sebab malam tu aku nampak macam dia kat umah tu lagi. tak tau la kot adik dia ke.

banyak sangat cerita aku di utara. malam pertama kami tidur di parit buntar inn. sebuah hotel 3 bintang ala-ala seri malaysia. bilik aku takde karpet. lantai marmar je. aku baca kar review. hotel ni banyak pijat. lantak la. yang penting rm90 je semalam. astro takde. tv3 pun tak terang. shower bilik air tak berfungsi. tekanan air perlahan. suasana hotel macam filem seram. memang berbaloilah tidur sini. yang boleh harap ekon ajelah yang sejuk.

pada pagi pertama kami bersarapan di kedai antik di pekan koboi parit buntar. pekan lama di menara jam. aku memang suka pekan macam ni. minum pakai cawan antik. suasana kedai suram. ada orang tua minum sendirian di penjuru sambil membaca suratkhabar jawi. kipas uzur yang sentasa berbunyi pelik. aku memang pantang suasana macam ni. rasa nak pindah sini aje. bini aku pun suka keadaan ini. rasa seperti dunia ini berhenti. hilang suasana sibuk dan bising seperti di bandar besar.

kami ke parit buntar atas jemputan kenduri kahwin. sempat juga melawat kubur arwah atok yang tak pernah kami sekeluarga tau selama ini. batu nesan pun boleh baca sikit-sikit aje.

tak lengkap ke utara kalau tak ke pulau pinang. atau kata orang sini. tanjung! tujuh ringgit dikenakan bagi setiap kenderaan yang melintasi jambatan ketiga terpanjang di asia itu. balik free je. bandar penang tetap sibuk seperti dulu. jalan sehala di pusat bandar. pemandu pekak yang sentiasa menekan hon. pemandu buta yang sentiasa memotong barisan. lumrah pulau pinang. terkilan gak tak singgah di komtar membeli baju atau di padang kota pekena laksa pasembor. insya allah lain kali kami datang lagi.

di sungai petani kami bermalam di swiss in. sebuah hotel 5 bintang yang sangat terkenal. ada kolam renang. bilik ada jakuzi. pemandangan bandar yang cantik dari bilik. kemudahan lain yang sesuai dengan taraf 5 bintangnya. sayangnya kami hanya semalam di sini.

aku tak pasti bila akan ke sini lagi. mungkin lagi 10 tahun? kalau begitu ramailah cikgu yang dah bersara. masa tu pun aku dah 40an. bila kita pernah hidup di tempat orang dimana kita pernah jatuh, bangun, ketawa, menangis, bercinta dan kecewa. kita akan kenang tempat ini kerana disinilah kita belajar banyak benda tentang kehidupan. kita akan sentiasa bercerita tentang itu dan ini. cerita yang bagus akan berparut di hati dan parut itulah yang akan terus meninggalkan kesan di hati orang lain pula.

No comments: