Friday, May 08, 2009

Mei bulan penuh bingung

Ujian sentiasa datang. Besar atau kecil. Bahaya atau tidak. Sukar atau senang. Hal sebegini sangat bingung. Apatah lagi jika melibatkan kepala agong.

Bulan yang penuh bingung.

Saban tahun inilah bulan paling menggerunkan bagi diri aku. Kerana perbelanjaan terbesar dalam satu tahun akan menunggu di bulan ini.

Insuren dan Road Tax.

Kebingungan tahun ini lebih mencengkam. Kerana pelbagai hal lain turut tumpang sama.

Kereta rosak.

Setelah dihitung. Perbelanjaan kasar untuk semua kebingungan termasuk bil-bil yang telah dijelaskan dan perbelanjaan dapur melebihi 3k. Pendapatan aku bulan ini sebenarnya telah negative.

Bulan ini sangat membingungkan. Aku dah mati.

Perlu ke aku malukan diri ke orang lain minta loan. Oh tidak! Itu bukan aku.
Perlu ke aku bercerita minta belas pada Tomok yang telah jadi jutawan.

Tomok kenal aku ke?

Atau merancang satu rompakan bank yang terbesar dalam sejarah Malaysia di mana akulah de facto yang akan menggelapkan dan membunuh pakgat yang melawan

Aku takkan buat semua itu.
Fikir dan fikir.

Hmm...

Mentol 100watt telah menyala di kepala.

Sikap aku yang gemar menabung adalah nyawa yang ke dua. Yang pertama telah mati minggu lepas. Potongan gaji ke ASB bagaikan bantuan oksigen pada aku. Sangat lega dan sangat bersyukur.

Semuanya telah beres.

Sebenarnya kewangan aku jarang meleset. Walaupun aku dah nazak dan mati. Aku masih mampu belanja orang makan, masih mampu membeli seluar baru dan mampu makan di kedai berhawa dingin.

Rahsianya adalah bersedekah dan memberi ibu wang belanja setiap bulan. Tanpa putus. Itulah patinya. Selagi kita mampu memberi orang sesuatu. Tuhan akan ganti balik.

Itu janji tuhan.
Semua orang percaya janji itu

dan aku antaranya.

Terima kasih Tuhan kerana aku tak perlu merompak bank dan memalukan diri jadi seorang peminta-minta

No comments: