Wednesday, January 25, 2012

Bandung - hari 2

Hari Jumaat 20 Januari 2012
Semangat untuk menghabiskan duit adalah sangat tinggi pada hari ni. Memula kita sarapan dulu. Cafe di hotel ni jenis open. Makan sambil memandang aktiviti orang Bandung di jalanan. Bini gua memang tak pernah pergi Indon. Jadi bila nampak 'van tak tutup pintu' memang dia pelik.

"Itu namanya Angkutan Kota. Sekali naik 2ribu rupiah (70¢)" kata gua sambil menyuap hotdog dalam mulut. Sedap gak sarapan nih.

Tips hari kedua.
Kalau korang xde transport lain selain teksi. Sila gunakan 2 jenis teksi ni sahaja.


Di pintu tulis Gemah Ripah (GR) atau


teksi yang di pintu tulis Bluebird

Sebab teksi ni yang guna agro (meter). Teksi lain deal ikut suka je. Memang susah sikit nak dapat teksi ni sebab banyak permintaan. Tapi bila sekali korang dapat memang puas hati.

Selepas sarapan, tempat pertama adalah ke RUMAH MODE dengan menaiki teksi. Sebenarnya teksi GR atau Bluebird yang dicari tak semudah yang disangka.

Peratusnya macam ni;
Angkutan kota - 70%
Teksi sapu - 20%
Teksi meter - 10%

Nampak tak kesukarannya macam mana. Demi nak menjimatkan duit kitorang tunggu jugak teksi meter sampai dapat. Jangan di layan dengan Angkutan Kota yang akan berhenti depan korang. Buat pekak kalau teksi sapu hon banyak kali. Dalam kepala set ~ teksi GR, teksi Bluebird.

Gua berjaya dapatkan teksi GR dan teksi toyota vios ni bergerak laju ke Rumah Mode. Tambang dari Hotel ke Rumah Mode untuk jarak perjalanan sejauh 5km adalah dalam 15ribu (5ringgit).

Rumah Mode adalah Factory Outlet (FO) yang terkenal di Bandung. Di buka pada tahun 2005. FO ni memang tempat wajib bershopping untuk orang Malaysia. Lu gi Bandung tapi tak pegi Rumah Mode serupa macam mat saleh datang Malaysia tapi tak pegi KLCC.

Rumah Mode ni memang onestopcenter. Kemeja lelaki ada, baju pompuan ada, seluar bebudak ada, nak melantak ada, nak tido pun ada kusi, nak cuci mata pun senang, semuanya ada. Hampir 2 jam kitorang kat sini termasuk makan tengahari.

Lokasi seterusnya adalah PasarBaru. Memandangkan shopping pun dah 2 beg jadi kitorg cadang pulang ke hotel dulu baru ke sana. Di area Rumah Mode ni memang sentiasa jem. Teksi juga tak banyak pilihan. Hari pun makin panas. Jadi kitorang naik teksi Putra (takde meter) yang kebetulan lalu depan kitorang dan teksi ni charge 20ribu (7ringgit) untuk jarak yang sama.

Baring-baring kejap kat hotel sambil menengok inul berdangdut di tv. Terus kitorang ke PasarBaru dengan berjalan kaki. Tak jauh pun. 5 minit je. Tapi kena naik jejantas keretapi, tempuh penjaja tepi jalan, jual makan jual baju, tempuh jem, hon tak henti-heti. Memang best rasanya.

Pasar baru adalah sebuah bangunan setinggi 6 tingkat setaraf kompleks pkns yang jual kain, tudung, beg, telekung. Memang padat gile kat dalam tu. dinasihatkan sape bawak anak dalam stroller. Tinggal jelah stroller tu kat hotel. Memang korang susah nak berjalan nanti.

Bini gua sibuk shopping tudung je kat sini. Gua ape pun tak berkenan. Kalu ada kedai Sony ke, kedai audio kereta ke, seronok gak melepak. Ini kedai kain. Cheh.

Tips kat Pasar Baru.
Sila jangan pandang MATA orang yang jual air atau makanan kat situ. Diorang akan datang kat korang dan berdiri depan ko selama mungkin. Kalau ko beli air dia. Jap lagi orang jual kuih plak datang. Jap lagi orang jual kopiah plak datang. Jap lagi budak jual keychain plak datang. Mampos! Kalau ko nak beli air diorang gak beli tempat yang tersorok sikit. Xde kena serbu.

Kompleks PasarBaru ni akan tutup jam 4 petang waktu tempatan. Plan itenari elok-elok supaya korang dapat habiskan 6 tingkat bangunan ni.

Kat tingkat 6 PasarBaru ni ada tempat makan yang best. Sementara tunggu bini gua usha beg branded dia. Gua dan caca makan nasi putih, sup ekor dan es kelapa. Harga dalam 20ribu kot. Mahal jugaklah tapi sedap. Pulang ke hotel untuk tinggalkan barang shopping dan terus ke Paris Van Java yang terletak 3.5km dari hotel.

Paris Van Java ni adalah sebuah shopping kompleks moden setaraf The Curve. Setinggi 3 tingkat dan kalau berjalan dari hujung ke hujung lebih kurang dari Tesco The Curve tu sampai ke cineleisure. Masa gua pegi tingkat bawah masih ada kedai tengah renovate.

Gua cuma usha kasut je. Sebab kasut yang gua pakai ni dah mula nak bercakap. Masa kat malaysia diaammmm je. Sampai kat negara orang terus nak bercakap. Bangang betul. Nasib baik di negara orang. Kalau di negara sendiri mungkin gua dah hantar kat kedai kasi gam tapaknya.

Makan malam kitorang adalah KFC. Tak jumpe makanan berkhasiat lain di Paris Van Java ni. Yang nampak berkhasiat, macam tak berapa nak halal pulak. Elakkan.

KFC di indon diorang memang serve dengan nasi. Lagi sedap korang order sekali sup cendawan. Puhh.. enak bangattt... Pulang dengan menaiki teksi yang banyak di luar Paris Van Java. Malam tu gua kena 50ribu (Rm17.50). Pergi baru 20ribu, balik kena 50. Brengsek lu.

2 comments:

mohamad nordin kasni said...

bro..suka sangat wa baca tulisan lu ni bro..kelakar abis..sempoi je

mohamad nordin kasni said...

as salam bro..suka sangat wa baca blog lu ni bro..sempoi dan kelakar abis..