Monday, April 26, 2010

konsert double trouble

poster rasmi


bila dapat tau dua kumpulan rock kapak ni nak beraksi ganas di bukit kiara. gua dah menggelinjat tak tentu pasal. kaki rasa ringan je nak melompat. mulut rasa ringan je jerit lagu 'gemuruh'. paling tak tahan duit asyik terkeluar sendiri dari poket. kekadang tengah tido pun terasa ada duit bawah bantal.

kena beli tiket ni.

konsert peringatan search adalah kali terakhir gua ke konsert rock. itu pun huru hara. dengan gua nak bermarathon subuhnya. dengan konsert tak bestnya. gua harap itulah kali terakhir kumpulan search berperangai buruk depan gua.

beza dengan wings. gua selalu punch card kat konsert planetnya. asal ada wings. ada muka gua. asal ada awie. ada muka gua. macam kembar plak. lagu wings pun rocknya lebih kental dari search (pendapat gua). jadi kehadiran gua bersama rombongan 1 mei ni lebih berkiblatkan wings. puhh.. ayat kiblat.. ngeri plak.

jadi gua dah buat persiapan fizikal dan mental secara zildjian. bermula minggu lepas gua dah mula rajinkan diri naik opis pakai tangga. tak main naik lif. saja kasi stamina lebih. setiap pukul 6 gua jogging kat tasik, cadangnya. tapi lupe nak buat. balik kerja atas motor gua dah mula menyanyi dalam d minor lagu-lagu konsert. mana yang ingat gua bedal. mana yang lupe gua berenti tepi jalan seluk poket carik lirik yang gua dah tulis tangan. kena hafal sungguh-sungguh. dengar kata amy nak test seko-seko kat pintu masuk bukit kiara nanti.

gua mengikuti perkembangan konsert sangat rapat. hari-hari mesti tau apa cerita kat fesbuk sayap-sayap wings. awie mandi bape kali sehari? bisnes restoran amy bape untung malam tadi? semua gua kena tau.

dengar cerita bas disediakan kat lokasi tertentu elakkan jem kat bukit kiara. mat rock kental macam gua ni takkan naik bas. tahun 80an bole la. gua dah plan dengan abang alis untuk gerak awal. mungkin gerak dari subuh atau malam sebelumnya tidur di pintu masuk? tengok keadaan. baru ada jiwa nak nyanyi.

cuma gua cakap, tolonglah jangan buat taik masa konsert. speaker pecah la. suara tak sampai la. goreng tak habis la. lambat datang sebab jem la. tu semua gua tanak dengar. gua lebur 70 ringgit. duit minyak 30 ringgit. berger daging 2 ketul. tshirt 50 ringgit. air mineral 2 botol. berebut sampai kena pijak kaki. kena beratur macam PATI. bile dah depan pentas, lu orang buat muka belagak tak bole nyanyi!

jangan buat camtu beb. gua semangat ni.

3 comments:

khairul abdullah said...

wahhh..bukan main semangat ko yer. Nasib baik aku ada kenduri hari tu...kalau tak nahas ko (sbb ko wings aku search).

Semoga ko dapat masuk lah yer..maklumler lagu banyak lagi ko tak hafal...kang di tanya dek Amy..nganga ko, pastu bila dia suruh nyanyi ko blasah semua dalam d minor, Amy ngan Awie pakai G flat...abes la ko.

Pastu..ko jgn letak harapan tinggi sangat..last aku tgk Search kat bukit kiara waktu konsert di awan biru..yang amy kata berbaloi-baloi tu sungguh tak berbaloi. Tak macam yg kat planet, yg tu walaupun sesak, walaupun takdak tiket, walaupun masuk curi2,( nasib baik aku kenal bouncer2 kat planet tu), walaupun pack gila..tapi sungguh berbaloi.

Jadi, kalau ko tak puas hati nanti kalau bunyi tak best, sekejap ada sekejap takde (cam biskut tu) ko jangan marah2 yer..standard ler tu kosert artis tempatan ni.

Jangan ko minggu depan tulis kat sini kutuk2 amy ngan awie yer..aku marah tau.

Selamat berpesta!

AjuA said...

kutuk tu takde.. cuma aku nak duit 70 ringgit aku balik..heheheh

SUHAIDA SUPALIO said...

JALAN2..DOUBLE TROUBLE