Tuesday, April 06, 2010

5S

gambar takde kaitan dengan artikel

menurut logik akal gua yang bersifat radikal ini; aktiviti mengemas dan menyusun pejabat yang dipanggil 5S ni adalah satu kerja yang leceh dan membuang masa. kerana sepah dalam sudut seni adalah kreativiti.

lu berani ke usik bilik seorang top student yang bersepah dengan nota dan soalan ramalan? itu cara dia belajar dan dia top student dengan cara begitu. habis exam mesti dia kemas balik.

kemas atau sepah hak individu. dan tempat gua terus terang cakap memang sepah. nota kuning sana sini. kertas berterabur atas meja. majalah rujukan dan permainan kanak-kanak huru hara atas rak. jadi semua tu inspirasi kerja gua.

tagging mengarut seperti "tong sampah disini!" dengan panah ke bawah bagi gua mengarut. begitu gak "sinki" di sinki. bukan gua tak tau benda tu sinki. tak perlulah sampai bertagging.

opis bini gua kat toyota dulu layan gak 5S ni. diorang level tinggi-tinggi. jalan pun ada kaler kelabu kaler merah. salah lorong boleh kena saman. disiplin cara maria ozawa. barulah maju. jadi bila bangunan awam macam opis gua ni masih nak kaler-kaler dinding ikut bahagian macam tak kena plak. macam tadika nurul iman!

jadi gua memboikot 5S ni sebab pelaksanaan yang tak betul. bila dah betul esok gua lah orang nombor satu yang akan panjat tangga buat tagging lampu!

1 comment:

Khairul Abdullah said...

hua hua hua...aku stuju sangat tu..orang seni cam kita ni tak ramai orang yang paham....serabut serabai tu inspirasi kita...nasib baik lah bini aku paham..