Thursday, February 04, 2010

cerita satu malam

ceritanya begini;

"tahun 1992 dulu abang terlibat dalam kemalangan motor. langgar jentolak. kaki abang dua-dua patah. tangan pun dua-dua patah. rahang pun patah. tulang belakang patah.

dan abang koma 6 bulan. hospital klang tolak universiti. hospital universiti tolak hukm. hukm tolak hospital kolompo. last-last abang duk kolompo. masa tu eksiden kat seksyen 20 shah alam. on the way pergi kerje kat muzium.

kawan-kawan datang semua nangis. abang macam hilang ingatan. bini abang la ulang alik jaga kat hospital dengan anak kecik baru lepas cukur jambul minggu lepas. 6 bulan umur dia masa tu.

kawan-kawan abang cakap abang kurus macam orang somalia. makan pakai tiub. doktor bagi glukos masuk ikut mulut. masa tu abang tak sedar. agak lama di hospital doktor suruh bawak balik.

bini abang la jaga abang kat rumah. masa tu abang masih tak sedar lagi. sampai satu hari abang tersedar. abang bukak mata nampak isteri abang. abang nampak dua-dua kaki abang bersimen. abang nampak dua-dua tangan bersimen. abang tak boleh cakap sebab mulut kena ikat sebab rahang patah.

abang terkejut sangat. rasanya baru tadi nak elak jentolak. tau-tau dah kat rumah. bini abang punya suka sampai menangis dia tengok abang dah sedarkan diri. abang tak boleh cakap. hanya dapat menangis dan cakap haaa..huu..haa..huu

abang lapar. tapi tak boleh cakap. isyarat tangan. bersimen pulak. abang cuma boleh gerakkan jari je. isyarat nak makan. isyarat nak minum. nak bangun pun tak boleh. baring je. abang nampak budak berlari. abang terkejut dan kata dalam hati anak sapa ni?

inilah sara bang. anak kita.

abang terkejut lagi. rasanya baru semalam abang dukung dan cium dia sebelum pergi kerja. sara kecik sangat. masih pakai barut lagi. sekarang dah boleh berlari.

kemudian sara panggil abang; ayah! abang menangis lagi. sara dah boleh cakap. dan kenal ayah yang selama ini dia hanya tengok ayahnya baring saja. kemudiannya bini abangya memberitahu abang tak sedar diri hampir setahun!

abang tak sedar abang di hospital. abang tak tau berapa ramai yang lawat abang. abang tak tau kita dah 2 kali beraya tanpa sebarang persiapan. abang tak tau apa-apa sampailah abang sedar hari ini.

abang menangis kuat-kuat. betapa kuatnya bini abang selama ini. dialah yang menanggung segalanya. dan dialah yang bercerita apa yang berlaku selama ini"

gua dengar sebak gak. patutlah gua tengok brader ni asal ustaz suruh baca quran je macam-macam hal. lurus kaki la. baca tak kuat la. lambat start la. dah la ahli baru. rasa nak ragging je.

tapi bila dengar cerita dia. gua pulak simpati lebih.

"dulu abang penari. pernah menari backup untuk nurshiela amin. shuhaimi meor hasan. dulu abang artis kebudayaan rtm. tetiap minggu turun kat hmi. dulu abang under bat latip"

gua pun tak tau sama ada ni balasan tuhan sebab kaki joget atau apa. tapi apa yang gua tau brader ni memang nasib dapat idup balik. dan gua tengok rajin gak dia ni beriktikaf kat surau malam-malam. gua pun malas nak tanye lebih sebab gua pun datang surau ni nak ngaji je.

asalnya malam tu, lepas ngaji gua baru nak sembang ngan jo pasal trip family dia ke melbourne 2 minggu lagi. alik-alik brader ni ajak sembang plak. layan je lah.

yang menarik lagi bukan takat depan surau je. terus lajak ke kedai makan. pekena teh o suam segelas. yang tambah menarik lagi imam surau tu yang kaki tabligh tu pun ajak semeja. gua dalam hati mau kena ajak 3 hari ni.

sejam sembang pompang.. pompang.. imam ajak tabligh 3 hari kat setia alam minggu depan. pengisian roh! jasat memang dah kuat. roh pun kena kuat gak. baru seiring.

gua angguk macam orang berzikir.

nak pegi ke? macam malas je.
lu rasa gua patut pegi ke?

No comments: