Tuesday, February 09, 2010

ikan haruan

pagi tadi macam biasa gua menghantar caca ke rumah nenek selepas caca menonton barney sambil memakai selipar baru dalam rumah. macam orang putih, cakap gua.

cukup masa, gua arahkan caca ambik bantal ambik botol dan taruk dalam bakul motor. dan gua pun meninjau dalam rumah apa yang tak tutup.

lampu ~ tutup.
kipas ~ tutup.
taik ~ dah pam.
tv ~ tutup.
dan gua pun tutup pintu dengan tenang.

sedang gua memakai kasut kahwin yang dah 6 tahun guna. gua terpandang satu haiwan ajaib di tengah jalan.

ikan haruan hidup sedang melintas jalan!

gua punya terkejut sampai berlari gua tengok ikan tu jarak dekat. lu boleh bayangkan tak ikan yang idup dalam air boleh idup atas darat dan tengah melintas jalan dalam keadaan susah payah.

dalam hati gua niat nak selamatkan ikan haruan ni. dengan berlari gua cari botol dalam rumah dan terus basuh badan dia dalam sinki dapur. caca yang terjerit dari tadi melihat keajaiban ni pun sama-sama membantu gua di dapur.

tanpa berfikir panjang gua masukkan ikan haruan yang gua namakan Kuat! ni bersama Bushi!. dan gua tengok Bushi! tenang melihat kawan barunya itu.

gua terus menghantar caca macam biasa.

sampai rumah mak mertua gua cerita fenomena ajaib tu dan mak mentua gua cakap
"entah-entah momok"

gua agak terkejut dan terus berfikir. logik jugak entah-entah ikan tu sebenarnya makhluk lain. seperti jin. atau syaitan. menjelma dalam bentuk ikan.

gua terus pergi kerja sambil berfikir tentang Kuat! yang memang kuat tu. lu bayangkanlah berapa lama dia lepak atas darat sampai badan dia penuh tanah dan pasir yang susah gua nak hilangkan tadi.

lu memang kuat la, Kuat!

sampai di opis gua cerita lagi bab ikan tu. pelbagai pendapat gua terima. Zali bukak cerita masa zaman dia main silat, pernah ikan haruan menggeletek atas gelanggang dan tok guru dia buang.

"orang hantar tu!" jawab tok guru dia.
gua diam.

gua call bini gua.
"lu buang la ikan tu, gua seram la cerita lu ni" jawab dia

gua call mak gua.
"tak pernah dengar pulak ikan jelma-jelma ni. biasa ikan buat makan je. tapi elok lu buang la" jawab dia.

gua call mak mertua gua.
"itulah ambik lagi ikan bukan-bukan. takkan mak plak nak tolong buangkan. lu la buang!" bising mak mertua gua.

nampaknya gua kena settlekan masalah ni cepat. sebelum ikan tu menjelma jadi orang dan rompak rumah gua yang buruk tu. terbayang laptop yang gua beli seken dengan zaidi. terbayang kamera dslr gua beli 2 tahun lepas. gambar caca belum transfer dari kamera lagi tu. terbayang duit syiling 50 sen yang gua simpan dalam tabung perut buncit. kalau lebur sayang tu. lama gua simpan.

apa lagi.

stok tudung bini gua yang dah boleh bukak kedai tu mungkin dia tak usik. sebab nak jual pun leceh. tapi audio soni gua yang berdentum-dentum bila gua pasang konsert green day aritu memang berbaloi kalau dia jual kat kedai sekenhen.

apa lagi.

umah gua takde pulak barang emas dan berlian selain beberapa rantai zulien dan cincin kawen gua yang dah tak muat tu. tapi cincin gua bukan emas, perak biasa je. tivi gua pun bukan terkini sangat. 21 inci je. nak angkat pun berat. gua rasa tu dia tak ambik.

kasut adidas gua mungkin dia rembat untuk dia pakai. atau seluar timberland yang gua beli kat jusco guna duit ot. mungkin dia rembat gak untuk pakai raya cina ni.

sambil bawak motor tu gua terbayang gak. entah-entah nyawa gua pun melayang arini. mana tau perampok tu rembat kepala gua dengan kayu besball dalam rumah gua tu. tak pun perut gua tembus peluru AK-47.

terus gua rasa insaf dan bersyahadah masa tu gak. nak tahiyat akhir macam tak kena pulak atas motor. jadi gua buat rukuk je lah masa trafik light.

sampai rumah gua tengok takde ciri-ciri rumah kena rompak. mangga macam tak usik. cermin tak pecah. pintu rumah masih hensem lagi. gua masuk rumah dan suasana sama macam gua tinggalkan pagi tadi.

gua terus tinjau ikan. kot Kuat! buli Bushi! ke. ok je. rapat semacam je! mungkin Bushi! seronok dah ada kawan baru. gua pulak tak sampai hati nak buang Kuat! dalam longkang besar.

gua buang perasaan kesian. dan gua terus cekup Kuat! dan dengan berat hati gua lepaskan dia dalam longkang besar. gua harap Kuat! mampu mencari rezeki sendiri dan memulakan perniagaannya di dasar sungai. jangan jadi macam Bushi! masih harapkan subsidi kerajaan.

1 comment:

sri said...

hahahahhaha..abg ni sengal lah!