Wednesday, February 17, 2010

kerja petronas

ada satu hari tu gua dapat jemputan majlis kahwin kawan sekolah kat area ampang. majlisnya agak meriah dan terletak di kawasan perumahan biasa-biasa. gua datang dengan kawan-kawan sekolah.

masa tu tahun 2001. kerja pun huru hara. makan tak menentu. duit poket pun ngam-ngam beli megi kari je. jadi gua agak malas nak berkecimpung hal-hal kenduri ni. dah la ampang. sikit punya jauh dari shah alam.

tapi bila dengar kawan gua yang nak kawen ni kerja petronas. gua terus kompom je jadi. masa sekolah gua tengok apai ni takdelah menjadi sangat. pergi sekolah punyalah lambat, padahal duk asrama. time prep malam, bantai main drum ketuk meja. lukis-lukis kartun. markah exam pun main belas-belas je. boleh kerja petronas!

gua datang kenduri dia pun saja risik-risik kot ada kerja kosong ke kan. petronas tu beb! gaji mau puluh ribu. gua tengok apai (pengantin) yang belajar main-main pun boleh kerja petronas, gua yang ada sijil kejuruteraan awam ni mesti jadi pegawai beb.

jadi gua dah bersiap awal. gua pergi kenduri naik rx-z baru tukar rim silver. kilat jangan cakap. walaupun sengkek hadiah jangan dilupa. jadi gua beli frame gambar kat kedai kodak pastu balut cantik-cantik pakai belen kertas majong kat rumah.

gua berkonvoi motor dengan 3 rakan lagi dan sampai di ampang kul 1 petang. masa tu apai tengah berarak. kenduri dia biasa-biasa je. bini apai pun muka lebih kurang dia je. jongang! jadi dalam hati gua bajet bini apai jenis orang yang tak suka kemewahan dan baik hati.

orang muka out hatinya biasa baik, bisik hati gua.

jadi kitorang pun pulun la makan nasi beriyani 2-3 pinggan sambil menunggu apai free. last gua jumpa dia masa ambik result spm. dengar cerita dia kantoi. repeat paper julai. jadi gua sanjung orang macam apai yang telah berjaya la dalam hidup dan karier. dah kawen pulak tu. gua yang belajar lagi tinggi dari dia pun tunggang langgang lagi.

lepas habis majlis makan beradap. ambik-ambik gambar lebih kurang. gua dengan bebudak sekelas pun lepaklah dalam rumah mak dia sambil usha golongan seperti artis yang duduk berkipas depan pintu.

apai duduk dengan kitorang lepas hulur bunga telur sorang satu. sembanglah pasai sekolah, bini, cikgu, kawan-kawan lama dan tanyakan jugak nama golongan artis tu sapa?

gua tak ambik pot hal tu. gua nak tanye hal petronas tu je. gua nak kerja petronas ni. terus gua bertanya selepas gelak besar reda.

"dengar kata lu kerja petronas ye pai?" soal gua.

"ak ah.."

"dasat lu beb. ada kosong tak" gua tanya penuh harapan. sambil tu gua pandang bebudak lain. mata masing-masing bersinar!

"ada gak la.. kalau lu nak esok gua tanye bos. tapi bukan tempat gua la"

"ahh tak kisah.. tapi bole dapat ke?" midi dah semangat nak kerja petronas nampak, bisik gua.

"bole kot, kat wangsa maju kata nak pakai orang. kat area kampung pandan pun bole masuk lagi rasanya" jawab apai.

"lu kerja petronas mana?" soal gua.

"ulu klang kat zoo tu" jawab apai memuncungkan bibir. gua terpikir, petronas ni ada banyak gak pejabat cawangan ye. camne gua tak perasan.

"ooo.. lu kerja bahagian mana? kalau gua apply nak tulis jawatan ape??" soal midi

"lu apply la sama mcm gua. PAM ATTENDANT!!! kalau lu nak apply CASHER bole gak!" jawab apai yakin.

petang tu jugak gua, midi, alid pijak apai sampai lumat!!! perangai tak serupa orang!

2 comments:

Anonymous said...

WA KENE BEB....!!!!
WAAAKAKAKAKA........

reen a.k.a mama said...

lu memang pandai .. pandai peKENAkan orang.. tapi gua pun sengih-sengih sendirik depan pc.. baca lu punya UNtold story nih! sampai member gua pun kata "lu apahal dah meroyan apa? " hahahahah<-- aku pun dah terkenan lu gua ni...hhahahah