Thursday, February 18, 2010

ole-ole bali


ini first time gua reviu pasal makan. nak ikutkan gua boleh je reviu pasai wayang? tapi gua tak tengok wayang. nak reviu pasai games ps3. gua takde ps3. nak reviu pasai kereta terlaju. gua pegi keje naik motor.

jadi gua reviu pasai makan je lah.

malam minggu lepas. bersamaan dengan malam bercumbu pasangan bercinta. gua sekeluarga makan kat ole-ole bali depan sunway pyramid. sebenarnya gua takde rancang pun nak makan kat situ. gua bajet kedai tepi jalan je. tapi bila teringatkan hari tu adalah hari kawen gua yang ke 6. terus kedai makan 5 bintang gua cari.

makan kat kedai mahal, gaya pun kena mahal.

malam tu gua berbusana valentino kain satin itali. bini gua bertudung ayu ala ekin dengan baju sutera thai berjahit manual dengan seluar jeans potongan low-cut berjenama perancis. caca pula berbaju sama brand dengan suri cruise. kemeja gap dan bercelana old navy.

dapat parking jokey depan sunway pyramid pada malam minggu, memang dipandang mulia golongan elit dan hartawan kolompo. lagi syok bila parking tu depan kedai ole-ole. hampir-hampir gua nak order makan dari dalam kereta. dengan pantas bini gua tegur. tak sopan katanya, kita ni orang elit. kena gaya elit.

gua akur.

dekorasi ala bali dengan katak batu kat depan pintu memang gua cakap 'style la kedai ni'. meja pelanggan elit macam gua dibahagian kepada tiga. port rokok, port tak rokok dan pot kaki lunjur.

gua sepakat duduk kat port kaki lunjur. kena panjat tangga 3 langkah untuk melayakkan lu lepak kat port kaki lunjur. ada kusyen alas bontot dan bantal tiga segi untuk lu sandar-sandar macam anak raja kat situ.

pekerja di situ semuanya berbaju jawa dan bercakap bahasa jawa dan bersikap macam orang jawa. nasib baik bini gua orang jawa. jadi senang nak berkomunikasi dan order-order.

menu sampai.

gua belek 2-3 muka surat pastu gua pening. apa benda cumi-cumi goreng, sate lilit, ayam betutu semua tu. bini gua pun pening. nak order yang bukan-bukan, kang tak boleh telan pulak. nak order nasi goreng kampung. lagi tak kena. baik gua makan kat warung depan rumah je.

"biasa orang order apa?" soal gua sambil peratikan pinggan orang lain. pandang kiri kanan.. takde orang makan pun. semua tegok air je. pelayan tu tunjuk 2-3 hidangan dan 2-3 jenis air. dengan muka was-was gua cakap;

"yang itu bole la.. bagi yang banyak ye. lapar ni!!" bini gua pun order stik apa benda ntah. tapi dalam gambar nampak sedap.

sementara tunggu order sampai gua tinjau-tinjau suasana dalam kedai tu sambil baring-baring kat kusyen tiga segi. memang terbaik dari segi deko. bunyi air panjut tepi dinding. perabot jati dengan ukiran kerawang tulen indonesia. cuma yang tak kena ~ pasang lagu blues. patutnya lu pasang lagu cari jodoh ke, singkong dan keju ke, kurang-kurang lagu peter pan atau dewa19 ke. barulah ciri-ciri semangat republik tu ada. gua nak speking jawa dalam kedai ni pun tak syok.

minuman bini gua sampai. avokado ice blended.
gua sedut sekali.
puh..! dia punya sedap. macam nak meleleh air mata teringat.
ni air bini gua


minuman gua pulak sampai. lemongrass mojito.
menu ni special sikit sebab ada daun pudina dan batang serai dalam air! bila minum rasa limau nipis, ada rasa pudina sikit, rasa kari sikit, rasa sejuk. memang sedap la air ni. gua minum sikit-sikit takut cepat habis.
air batang serai ni memang sedap diminum bersama jiran


makanan gua sampai. nasi campur ole-ole.
makanan ni yang ramai orang order. udang panggang 2 ekor, sotong beberapa ekor, ikan yang dipanggang dengan rendang daging yang diimpot beserta sate daging di lilit dengan serai. sayur kangkong yang direbus dengan api sederhana menggunakan gas petronas. tiga mangkuk kecik tu sayur kerabu, sambal merah, sambal hijau. di hidangkan beserta nasi baru masak di alas dengan daun pisang yang diraut halus bagi mengekalkan harum daun pisang.
daun pisang tu bole makan sebenarnya


sedap ke?
lu jangan bagi hati gua panas. dia punya sedap sampai gua hilang kejap deria pendengaran. bini gua jerit 2-3 kali pun tak dengar. khayal dan asyik. gua syak chef ni ada taruk syabu sikit. tak pun jeli KY.

makanan bini gua sampai. stik bbq kambing ayam.
kalau dah nama stik lu dah bole bayangkan rasanya. jadi gua tak payah cerita panjang, sebab rasa kambing bali dan kambing malaysia sama je. kita kan serumpun.

makanan caca pun sampai. spegeti kanak-kanak.
dah nama pun spegati. rasa pun macam tu gak la. bagi lu orang yang tak pernah rasa spegati, lu bayangkan makan megi goreng dengan kuah dal. macam tu la rasanya.

caca macam biasa dia buat hal time makan. gua suruh makan dia bantai nangis. gua suruh nangis dia bantai meraung. gua terdengar gak dalam raungan tu dia menjerit "kedai takde mainan gelongsor TAK BEST!!"

gua paham perasaan lu sebagai seorang gadis periang.

"kedai yang takde gelongsor memang tak best. kalau kedai dah ada gelongsor tu bukan kedai makan namanya. tu kedai mainan!" gua cuba betulkan prinsip caca sebaiknya. gua tak nak umur 30 esok. lu sibuk cari kedai makan ada gelongsor. nanti laki lu ingat gua tak ajar lu cara hidup yang betul. asyik nak gelongsor je.

bini gua handel caca sementara gua mentekadah makanan yang dia baru usik sikit. tak elok membazir. dan 3 sedut air ais blended.

turn gua plak bawak caca jalan-jalan sementara bini gua habiskan apa yang ada. hehh... apa je yang ada, semua gua dah bedal. lu habiskan air je la.

gua peratikan ramai jugak yang makan kat situ. semua pakat-pakat serbu pukul 8 ke atas. kedai ni tutup kul 12 malam tak salah. kalau nak bagi bintang. gua boleh kasi 4 bintang untuk semua. makan. suasana. awek. lokasi dan harga.

bajet sorang makan lebih kurang 50 ringgit la skali dengan air. makanan yang dibelanja oleh bini gua ni berjumlah seratus lima ringgit. makan untuk 3 orang tu. kalau makan berdua paling bangsat pun 90 ringgit la paling cilaka dia boleh ketuk. kecuali lu ada order air setan satu jug tu lain cerita.

kalau lu parking tingkat atas. pastu nak pergi ole-ole ni jalan pintas. lu carik kedai komputer Mac (Machines) pastu lu cari kedai makan Thai-Thai. sebelah kedai makan tu ada satu lorong tersembunyi. kalau niat lu nak makan kat ole-ole pasti lu nampak lorong tu. kalu lu niat tak baik, memang tak nampak.

selamat mencuba!

3 comments:

reen a.k.a mama said...

gua pun pernah makan kat situ beb.. memang bapak segala lazat. tapi tang tu gua order air panas...tgh batuk beb. tapi plg best...sumer tu disupport ongkosnya dengan SCA...kompeni gua la...hahahahah...

AjuA said...

lu pernah makan situ ye.. style gak lu ye.. baru pegi ke dah lama?

Papa-NtiQ said...

Hi...cakap pasal ole ole bali ni...saya baru jer upload gambar2 dalam blog saya masa makan kat sana dgn famili. Memang best dan lokasi nye pun bagus. Lepas makan bolih sambung shopping2 kan.
Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com banyak lagi tempat2 makan yang saya masukkan. Topik pun pasal makan jer 100% takde topik2 lain hehe....
Dan kalu minat tu follow la yer blog saya TQ