Friday, May 07, 2010

Konsert Double Trouble - 2

ni tiket konsert bukan tiket bola


pandangan dari tepi. lu nampak skrin tu bape kecik


kat sini la gua berdiri. org depan tu gua syak datang dari pagi


lu nampak macam ber3 je datang. sebenarnya belakang tu kawan-kawan gua gak


dj isma halil masih menjerit tak tentu hala bagi mood peminat naik. termasuk gua. bunyi bass sangat kuat di arena sampai gua syak sound engineer konsert ni dah pekak. playwood yang gua pijak ni sampai bergegar kuat. tapi tak bestnya jantung gua tak dup dap dup dap macam disko cina. jadi gua andaikan sound engineer ni masih tahap biasa-biasa dalam dunia maksiat macam ni. konsert belum start baju dah lencun.

di kiri kanan pentas tersergam 2 layar besar yang pada pandangan gua tak besar mana. gua yang duk tengah-tengah padang pun nampak tak nampak, apatah lagi yang duk line belakang. bila gua pandang atas kelihatan penonton tiket 200 ringgit. duduk dalam kaca. ada air tin. ada air mineral. dalam ekon. dapat kerusi. tak berpeluh dan berpakaian sopan kelihatan.

tepat jam 8.45. tirai dibuka dan lagu 'gemuruh' kedengaran. semua nyanyi sama. gua dah berjanji pada perut untuk tak menyanyi terpaksa minta maaf pada perut. sori beb, gua kena nyanyi. mana bole tahan...

konsert diteruskan dengan lagu hits dari double trouble, paranoid, puisi merdeka dan gema di inderaloka. lagu balada pemuzik jalanan dibawa oleh wings dan opera hidup digoreng oleh search. ada segmen lawan ketuk drum dari itam (black) dan yazid yang gua bagi 5 bintang kat itam. ada segmen goreng-goreng dari joe dan kid yang gua anggap joe lebih hangus gorengnya walaupun kat tali tuning kid ada selit rokok dah bakar. mungkin faktor umur penyebab utama.

segmen paling best bila diorang main secara medley lagu-lagu lama seperti misteri mimpi syakila, gadisku, semalam yang hangat, taman rashidah dan nur nilam sari. semua peminat nyanyi sama sampai tak denggar awie atau amy punya suara. bak kata mat kelantan belakang "jangan biarkan awie nyanyi sorang-sorang!!!"

itu cite atas pentas. cite penonton plak lain macam. di tangga turun ada satu mamat indon buat aksi faizal tahir masa kena ban dulu. bukak baju nyanyi feel. semua yang nampak siap bersorak kat dia. ni baru bebetul rock. tapi aksinya tak lama sebab kena tolong tarik penonton yang pengsan tengah padang ke luar stadium. dah rupa krew plak gua tengok. tapi baju tetap tak pakai sampai habis konsert. masa tu baju masing-masing boleh perah peluhnya.

suasana dalam stadium yang hangat dan padat buatkan gua dan ahli rombongan tekak kering. gua bape kali nak termuntah sebab tekak kering. nak nyanyi pun ikut lagu. mana boleh tarik gua tarik. mana boleh gua lompat gua lompat. mana lagu leleh gua nyanyi pejam mata. ada ketika disemburkan air bomba. tapi setakat orang depan je rasa. baik tak payah. gua kesian gak tengok penonton yang pendek-pendek bila tersepit nak bernafas pun susah.

budak mabuk blakang buat peel buruk. melompat-lompat. jerit-jerit. panjat bahu member pastu pusing baju sampai nak terkena pala abg alis. ni mabuk sangat ni. lu datang ramai-ramai buat hal plak kat sini. gua pun malas nak layan awe tu lebih nanti jadi hal lain. baik gua enjoy konsert je.

konsert tamat jam 11.45 dengan ucapan terima kasih pada para penaja. masa tu gua tengok masing-masing muka tak puas.

mana lagu pawana?
mana lagu bujang senang?

masa terbuang bawak lagu yang tak biasa kat telinga gua. lagi terbuang bila ada segmen lawan ketuk drum. lagu wing dan search je cecah puluhan lagu bila dikumpul. baik lu bantai nyanyi dari buat perkara tak berfaedah seperti acara dukung mendukung dan peluk memeluk. nak jadi gay gi belakang pentas la. gua dan 20 ribu penonton yang lain tak puas hati.

nak keluar pun satu hal. tangga yang disediakan lebih kurang lebar tangga flat sri gombak je. ramai jugak yang panjat tembok. gua ikut tangga. seluar ketat susah nak kangkang.

bila keluar ape lagi, masing-masing cari air. gua nampak budak kelantan belakang main sauk je air coke cawan yang ada belen kat tepi tangga. asal bole je.

pakcik kerusi roda yang rambut putih (org yang biasa gi konsert kenal pakcik ni) maintain duk tepi jalan sambil layan peminat nak ambik gamba. glamer tu. jalan keluar sesak teruk. lagi teruk dari masa masuk tadi.

dalam suasana padat dan masing-masing dah rimas ada jugak suara sumbang kasi kecoh.
"woii.. ketiak dah bau babi ni!!!" jerit orang belakang.
"woii.. celah kangkang dah berair ni.. cepat la!!" sambung orang lain.
"masuk kena bayar, takkan nak keluar pun kena bayar!!" jerit orang kanan.
"sori la bang, saya masuk tak bayar.." jawab depannya.
dan macam-macam hal lagi.

gua dengan ahli rombongan memang dah terpisah jadi masing-masing cari air dulu. bila dah habis konsert baru gua teringat sakit perut ni. pegi la cari air mineral dengan air soya buat pujuk perut.

rehat barang 30 minit sambil mata melilau lihat penonton pulang. bila dah reda barulah kitorang balik slow-slow sambil bercerita hal konsert. ada beberapa buah kereta malang dapat surat cinta polis. nasib baik kitorang tak kena.

menghala ke kampung baru pekena nasi goreng cina dan pulang jam 5 pagi. masa tu perut gua dah tahap kritikal. nak gelak pun dah sakit. esok kena gi hospital la ni.

1 comment:

khairul abdullah said...

gua jaki dengar cerita lu...tapi takpe..konsert dabel terabel seterusnya di stadium negara..wa mesti pegiiiii..