Monday, May 17, 2010

aktiviti hari MC

gua bangun tido setelah matahari panas di muka. inilah masalahnya bila bilik banyak tingkap. panas lain macam. tapi gua tak kisah pun.

tanpa mandi dan gosok gigi, rutin pagi gua diisi dengan aktiviti merempit menghantar caca ke rumah nenek kemudian menyinggah beli kosmo dan nasi lemak seringgit buat sarapan pagi.

menekan butang info di alat kawalan jauh astrok adalah senaman pukul 9 pagi setiap hari selama 2 minggu. apa cite sedap. apa cite sedih. apa cite bosan. semua gua tau.

mengacau fesbuk orang dan menyibuk twiter orang adalah aktiviti internet sambil-sambil baring menonton cite steven seagal menyelamatkan amerika dari pengganas.

waktu panas kritikal adalah jam 1 tengahari. masa tu kipas kelajuan 5 pun rasa tak nyaman. gua petik ekon dan set pada suhu negatif. tetap tak membantu. mulut gua tak keluar asap macam cerita kat tivi tu.

bila terjadi hal pukul 1, biasanya gua pekena air sejuk 1 liter dan duduk dekat dengan ekon sambil tekan remot, bagi tambah kuat suara. gua apa peduli jiran tetangga. semua pergi keje.

waktu mandi gua adalah jam 3 petang dan bersiap untuk beli goreng pisang seringgit depan masjid. ada duit lebih beli air soya buat penyejuk usus. kalau ada duit lebih lagi bole layan cybercafe dengan budak-budak sekolah rendah.

jam 6 petang gua stat enjin motor dan ambik caca kat rumah nenek sambil sebat apa-apa kuih yang ada kat rumah tu. kemudian pusing kampung sambil usha anak dara orang yang sama-sama tak pakai helmet dan terus balik ke rumah layan kartun.

itulah rutin harian gua selama 2 minggu MC. berapa punya selesa kehidupan gua masa tu, langsung tak pikir kerja, minyak moto, hujan waktu pagi, gosip-gosip opis, setereka kemeja dan masalah printer takde dakwat.

hari ni gua mula kerja dan rasa rindu nak duduk dalam situasi pukul 1 lagi. leceh la!

No comments: