Friday, August 13, 2010

dzun nun al misri

beliau ini ialah seorang handal dalam bidang keruhanian dan termasyhur kerana warak, salih dn ibadatnya. penduduk mesir banyak yang mengganggap beliau ni sebagai tukang bidaah dan beliau ditentang oleh orang-orang yang anti dengannya.

bagaimana dia termasuk dalam bidang keruhanian atau kesufian ini?
begini ceritanya.

ada seorang hamba allah memberitahu dia baha seorang wali allah yang besar telah menggantungkan dirinya tunggang balik pada sepohon pokok. jadi si dzun nun pun pergilah berjumpa dengan wali allah itu dan bertanya kenapa menyiksa diri sampai macam tu.

kedengaran wali allah tu berkata pada diri sendiri;
"wahai badanku! selagi kamu tak patuh kepada ruhani ku. akan aku hukum kamu hingga mati!" dzun nun menangis melihat hal tu.

wali allah itu berkata pada dzun nun;
"siapakah orang yang berdosa itu yang menangis dan kasihan kat aku?"

dzun nun pergi ke depan wali allah itu dan memberi salam dan bertanya kenapa dia menyiksa badan. wali allah itu menjawab;
"badanku tak diam dalam ibadatku kepada allah. oleh itu aku hukum dia"

dzun nun berkata;
"saya sangka tuan telah membunuh orang atau membuat dosa yang besar"

wali allah kemudian berkata;
"tidak ada dosa yang paling besar daripada berkawan dengan ahli dunia kerana semua dosa terbit dari berkawan dengan mereka"

dzun nun berkata;
"tuan benar-benar wali allah yang soleh"

wali allah itu menjawab;
"jika kamu hendak bertemu wali allah yang soleh. pergilah ke bukit itu"

maka si dzun nun pun pergilah ke bukit yang dikatakan itu. di sana dia berjumpa dengan seorang sufi dan sebelah kakinya bercerai dari badannya. kaki yang bercerai itu tergelimpang di depan pintu dan telah busuk di makan ulat. su fi itu sedang duduk mengenang allah di biliknya. dzun nun bertanya apakah maksud perkara ganjil yang dilihatnya itu.

maka si sufi itu menjawab;
"satu hari aku duduk dibilikku. sedang duduk aku terdengar bunyi kaki seorang gadis melangkah. gadis tu sedang berjalan disitu. masa tu timbullah nafsu di hati. aku pun bangun melihat dia. tiba-tiba terdengar satu suara -

"tidak kah engkau malu menghambakan diri syaitan setelah engkau menghambakan dirimu kepadaKu semenjak 30 tahun yang silam?"

suara ketuhanan itu menyindir aku. oleh itu kaki aku yang tengah langkah bendul kerana tujuan jahat tadi aku potong!"

sufi itu bertanya kenapa nak jumpa dia yang berdosa tu. kalau nak bertemu dengan wali allah sebenar, naik ke atas bukit lagi dan akan berjumpa dengan orang yang benar-benar wali allah.

oleh kerana dzun nun tak mahu naik lagi, jadi dia minta sufi itu menceritakan tentang wali allah itu.

wali allah itu menceritakan bahawa telah bertahun lamanya wali allah itu tinggal di atas bukit itu. semasa ia tinggal disitu, pada satu hari datanglah seorang hamba allah melihatnya dan berkata bahawa dia janganlah mengharapkan sedekah orang untuk hidup tetapi carilah nafkah sendiri.

semenjak itu, wali allah itu tidak mahu meminta sesuatu dari manusia lagi. kadang kala dia tak makan langsung. tetapi lama kelamaan dengan kehendak allah dia diberi rezeki oleh allah melalui lebah yang memberinya makan madu. lebah-lebah itu datang dan menggugurkan madunya untuk wali allah itu. dan itulah yang dimakannya dan menghilangkan lapar dan dahaga.

si dzun nun sungguh terpesona mendengar cerita ganjil itu.

semasa dia turun dari bukit tersebut, dzun nun lihat seekor burung buta bertenggek atas dahan pokok. terlintas di hatinya hendak tahu bagaimana burung itu dapat makan. tiba-tiba burung itu turun ke tanah dan mematuk tanah itu dengan muncungnya. setelah tanah itu digalinya maka di situ dilihatnya ada jagung dan besin emas mengandungi air. itulah yang dimakan burung itu. kemudian tanah itu balik seperti biasa semula. burung itu pun balik terbang ke dahan pokok itu.

selepas peristiwa itu, dzun nun bertambah yakin bahawa sesiapa yang sentiasa mengenang allah, dia akan diberi allah rezeki dan dipelihara oleh allah dan dzun nun tidak akan berlindung kepada yang lain selain allah. semenjak itu dia tidak lagi menghiraukan hal keduniaan dan terus menyebut nama allah sentiasa dan menjalankan amalan keruhanian.

satu hari, dzun nun sampai ke satu terusan. dan berwuduk di situ. dilihatnya hampir dengan terusan itu ada satu istana yang indah dan di serambi istana itu berdiri seorang perempuan cantik. dzun nun minta perempuan itu bercakap.

kata perempuan itu;
"bila saya lihat tuan dari jauh, saya sangkakan tuan gila. bila tuan hampir, saya lihat tuan ini seorang alim. apabila tuan datang hampir lagi, saya anggap tuan ini seorang yang bercahaya jiwanya. tapi bila tuan bercakap kepada saya, maka saya menganggap tuan bukan gila, bukan alim dan bukan jiwa yang bercahaya"

kenapa kata begitu, tanya dzun nun.

"jika tuan gila tentu tuan tidak berwuduk, jika tuan orang alim, tuan tentu tidak akan melihat saya, jika tuan jiwa bercahaya, tuan tidak akan melihat kepada lain selain allah"

setelah itu perempuan itu pun ghaib. dia menganggap peristiwa itu sebenarnya adalah kerana kehendak Allah jua.

"satu hari saya pergi ke sebuah bukit" kata dzun nun. "disitu saya lihat banyak orang sakit sedang duduk menunggu seorang wali allah yang tinggal di sebuah gua berhampiran. wali itu hanya keluar melihat dunia hanya sekali dalam tahun. setelah keluar dia pun memandang langit dan kemudian menghembuskan nafasnya kepada pesakit-pesakit. orang sakit itu pun akan sembuh kembali. saya pun menunggu ketibaannya. apabila ia keluar, saya lihat mukanya bersinar. meskipun ia telah tua, namun rupanya sangat hebat.

dia pun memandang ke langit, orang-orang sakit itu pun datang kepadanya seorang demi seorang. dia akan menghembus orang sakit itu dan sakit mereka akan sembuh. setelah habis upacara itu saya pun bertemu dengannya. sebelum ia masuk ke tempatnya saya sempat memegang pakaiannya dan berkata padanya

"tuan telah menyembuhkan penyakit manusia, saya ini sakit ruhani. harap dapat tuan sembuhkan sakit saya ini"

wali allah itu menjawab:
"dzun-nun, jauh dari aku dan jangan pegang pakaian aku. tinggalkan aku. jika tidak, allah akan bebankan aku untuk menjaga kau dan kau menjaga aku dan hilang dari sesama antara kita?"

selepas berkata demikian dia pun terus masuk ke dalam gua.

dzun-nun berdakwah selama 30 tahun dan hanya seorang yang mengambil faedah darinya. orang itu adalah seorang putera raja. putera raja itu pernah bertanya jalan untuk menuju allah.

zdun-nun menjawab:
"ada 2 jalan. satu jalan panjang dan satu jalan pendek. jalan yang panjang memerlukan kita meninggalkan dunia, meninggalkan hawa nafsu dan menghindari dosa. jalan pendek ialah, meninggalkan apa saja selain allah"

putera raja itu memilih jalan pendek. dan beliau menanggalkan pakaian rajanya dan memakai pakaian kasar dan terus ke hutan dan di sana dia mendapat nur ketuhanan.

dan Dzun-nun berkata :
"wali allah tidak pernah tamak kepada wang"

1 comment:

....East.Me.Tzar.... said...

itulah yang dinamakan mengenang atau mengingati Allah..mengingati Allah adalah wajib bagi kita sbg hambaNya hatta dalam jamban sekalipon...