Friday, August 13, 2010

kisalh noorkumalasari - 2

cerita ni adalah sambungan dari bahagian satu
baca kat sini kisah noorkumalasari 1

apakah kelebihan atau kekurangan bertudung ni?
takde sapa nak bagi saya peluang berlakon kecuali saya bukak tudung depan kamera. saya cakap tak boleh buat macam tu "kerana allah".

adakah dengan memakai tudung memberi kesan kepada kehidupan harian di rumah kat tempat kerja atau keadaan sekeliling?
ya betul. tudung ni sebahagian dari saya. bak kata orang; kulit kedua. benda ni juga selari dengan keinginan saya untuk menjernihkan hati dari sebarang kekotoran. saya rasa Allah lebih dekat dan saya tanak kehilanganNya lagi.

ada orang komen tak tentang tudung ni? ape diorang cakap?
diorang sibuk tanya camne nak ikat tudung tak guna pin. budak-budak muda ada yang cakap "akak nampak cun dan stylo le". yang tua-tua cakap "alhamdulillah" dan minah arab kalau nampak saya akan merasakan saya seperti mereka.

ada tak terima layanan best kat jalanan?
ofkos. diorang nak tandatangan otograf.

ada tak rasa terancam bila dah bertudung ni?
ehh.. takde. cuma ada sekali sorang lelaki arab rasa tak selesa sebab dia rasa tak sesuai nak hang out kat majlis yang bukan ajnabis dia bila tengok pakaian saya yang dah bertudung jubah ni. pastu pulak ada beberapa pompuan yang tak bertudung rasa selesa saya ada kat majlis tu sebab bila ada orang bertudung jubah macam saya, lelaki-lelaki miang yang tangan tak duduk diam biasanya jadi baik pulak sebab ada saya.

apalah maksud bertudung bagi awak?
kemurnian - cintakan Allah.

ape yang awak suka bila orang nampak awak bertudung hijab macam ni?
saya harap mereka melihat ciptaan milik Allah yang maha kuasa.

ape yang awak rasa bila orang tengok awak (bila bertudung macam ni)?
sebahagiannya nampak saya seperti fanatik.

kenapa ye pompuan kena tutup lebih dari lelaki?
boleh tak awak bandingkan epal dengan pisang.

sesetengah orang pikir, pompuan bertudung ni adalah cara lelaki kawal perempuan. pergerakan dan seksualnya. ape awak rasa tentang hal ni?
Sebaliknya, ada banyak kes di mana suami melarang isteri mereka daripada memakai tudung. Sedih jugak la bila ada pompuan kena macam ni. gangguan seks ni semakin tertutup semakin orang ingin tahu. tapi lelaki biasanya tak miang kat pompuan yang bertudung sebab tindakan diorang tu akan memalukan diri diorang sendiri.

adakah kalau dah bertudung bermakna tak bebas macam pompuan yang tak bertudung?
kalau saya seorang pelari pecut 100m wanita, mungkin saya akan berlumba dengan lelaki. tapi saya tak buat macam tu. saya rasa lebih bebas bila saya ikut perintah Allah.

si Fatima Mernissi (aktivis Magribi) mengatakan kalau dah bertudung maknanya pompuan tu tak boleh keluar sangat.ape awak rasa tentang hal ni?
masa zaman nabi dulu, orang pompuan boleh keluar tanpa kebenaran suami. nak keluar pun dengan syarat diorang bertudung. orang pompuan juga boleh keluar rumah selama mana diorang suka selagi mahram ada disisinya. kalau tak buat macam tu dia tak ikut sunah. jika dia ada dosa dia perlu minta maaf.

Wallahu'allam. Hajjah Noor Kumalasari

sumber : http://intan50.fotopages.com/?entry=734884

2 comments:

Anonymous said...

salam..saya ada masalah yg agak serius..sy bakal berkahwin..tetapi bakal suami sy melarang sy memakai tudung..alasan dia xperlu krn sejarah silam bersama bekas isterinya yg penampilan bertudung labuh tetapi tidak mghormatinya,,oleh itu dia serik..apa yg harus sy lakukan?terfikir utk meninggalkannya..tp sy sgt menyayanginya..sy sgt berharap dpt mmbantu sy n mmberi pandangan..t.kasih meluangkan masa membaca nukilan hati ini..wsalam

nurul said...

salam..saya ada masalah yg agak serius..sy bakal berkahwin..tetapi bakal suami sy melarang sy memakai tudung..alasan dia xperlu krn sejarah silam bersama bekas isterinya yg penampilan bertudung labuh tetapi tidak mghormatinya,,oleh itu dia serik..apa yg harus sy lakukan?terfikir utk meninggalkannya..tp sy sgt menyayanginya..sy sgt berharap dpt mmbantu sy n mmberi pandangan..t.kasih meluangkan masa membaca nukilan hati ini..wsalam