Thursday, December 30, 2010

Bercuti ke Singapura - Hari Kedua (UNIVERSAL STUDIOS)

Hari yang seronok dah tiba. Tapi penat berjalan semalam masih ada. Sebelum tido semalam sempat jugaklah kitorang lumur minyak yuyi cap limau kasturi kat kaki. Alhamdulillah kaki rasa selesa sikit.

Pagi ni kitorang bersiap ke Universal Studios Singapura yang terletak di Sentosa Island. Taman tema yang baru bukak tak sampai setahun ni memang tujuan utama kitorang sampai bercuti ke Singapura ni. Tiket dah beli online melalui asiatravel.com. Untuk pengetahuan korang tiket ke USS ni cepat sold out. Pembelian melalui online adalah sangat digalakkan.

Kitorang bersiap kul 8:15 pagi dan terus bersarapan. Terus terang gua cakap, tempat sarapan ni memang out! Makan kat dalam dewan macam kenduri kawen. Dengan comotnya meja, dengan air tumpah-tumpah atas lantai. Gua makan lebih kurang astu chow. Ngeri sarapan kat sini. Dah la makanannya pun tak banyak pilihan. Memang fail lah.

Kitorang bersiap menunggu bas yang akan ambik di luar hotel. Janji kul 8:30 sampai. Rupanya kul 9:15 baru nampak. Sama menunggu dengan kitorang adalah satu family dari India kalau tak salah. Bas ke USS ni akan mengambil pemnumpang-penumpang yang telah mengambil pakej yang disediakan oleh asiatravel.com sahaja. Betapa hebatnya syarikat internet ni. Perjalanan ke USS mengambil masa 45 minit dengan melalui jalan-jalan utama di Singapura. Secara tak langsung gua dapatlah tengok pergerakan bandaraya ni dari trafiknya, jemnya, simpang-simpangnya dan kedai-kedainya.

gua ada kedai kat sini beb

Bas yang membawa kitorang tu berhenti di Terminal tiket dimana gua boleh tukar kertas tiket yang gua print tu dengan tiket sebenar

tiket sebenar
Gua dimaklumkan setiap tiket USS layak untuk mendapat kupon bernilai SGD10 akan diberikan di kaunter asiatravel.com berhampiran pintu masuk. Kupon ni boleh ditukar untuk beli makanan dan cenderamata seperti kepala Shrek!

Gua pun naiklah eskulator yang berdekatan dan benda pertama yang gua nampak adalah ‘dunia’ Universal Studio dan berpuluh orang sedang mengelilingi dunia tu sambil bergambar. Di keliling ‘dunia’ tu ada lebih kurang 10 kaunter tiket yang bertutup dan gua difahamkan tiket USS ni dah sold out sehingga awal Januari 2011. Sapa nak masuk kena beli awal 2 minggu macam gua dan beli online.

Bergambar di tugu USS ni memang impian gua sejak setahun dulu. Akhirnya dapat jugak berambar walaupun kena bertolak-tolak. Ramai jugak bangsa cina ke kat sini. Tapi orang melayu Malaysia pun boleh tahan jugak.

permandangan dari luar dan pintu masuk

Pintu masuk dibuka pada jam 10 pagi dan gua terus beratur di barisan yang paling pendek. Sebenarnya semua pintu dah baris panjang. dan tak lama beratur kitorang dah berada di dalam taman tema yang terkenal di seluruh dunia. Benda pertama yang wajib ambik adalah risalah Studio Guide. Di dalam risalah tu korang boleh plan nak kemana dan tengok show pukul berapa. Sangat penting supaya korang tak miss pertunjukan utama hari tu.

Bagi yang bawak budak pastu tak bawak stroller cam gua. Ada perkhidmatan sewa stroller harga SGD10 di kanan pintu masuk. Ada single stroller, double stroller dan kerusi roda untuk mak-mak yang tak larat berjalan.

stroller bagi budak2

Pengunjung pada hari tu tersangatlah ramainya. Mungkin sebab cuti sekolah serentak di Malaysia dan Singapura kot. Gua teringat tiket yang belum tukar jadi kupon tu dan gua pun beraturlah di kaunter servis. Dukacita dimaklumkan yang gua tak dapat tukar kupon tu sebab kaunter yang sebetulnya terletak di luar pintu USS. Bukan di dalam USS. Cilanat! Takkan gua nak keluar plak. Ahh.. abaikan kupon gua dah tak sabar nak jumpe Prince Fiona ni.

USS yang seluas 20 hektar ni terdapat 7 zon bertema dan semua tempat sangat ramai orang dan kena beratur sangat panjang. Dulu gua pegi Warner Bros Australia pun tak macam ni punye ramai.

Zon pertama adalah Hollywood. Kat sini banyak karakter Hollywood macam Merlyn Monroe muka cina akan buat aksi seksi pastu ramai-ramai beratur ambik gambar. Nasib baik gua tak jumpa Merlin Monro cina sepanjang kat sana. Tolonglah! Zon Hollywood ni lebih kepada kedai cenderamata dan kemuncilan karakter-karakter Hollywod. Kalau korang perasan ada Walk of Fame kat atas jalan. Nama ntah sapa-sapa kat Walk of Fame tu.

Zon kedua gua pegi adalah Madagascar. Korang boleh jumpa watak seperti Alex, Marty, Penguin dan bergambar dengan diorang. Gua sempat bergambar dengan King Julien “Haloo mr. Alex!” siap berpeluk sakan lagi. Gua syak manusia dalam kostum King Julien ni adalah seorang awek yang kesepian.

Kitorang sempat bergambar secara official di patung 4 sekawan zoo tu siap print berframe dengan harga SGD12. Selepas tu kitorang mulalah menapak dari zon Madagascar ke Istana Far Far Away untuk bertemu Shrek dan Donkey. Tapi bila tengok beratur punyelah panjang nak masuk dalam Istana tu, hmm… terus kitorang kensel. Ada baiknya gi makan tengahari di Friar’s yang terletak di depan istana Far Far Away tu. Terdapat 13 kedai makan di sekitar USS dan 6 daripadanya ada logo Halal di permis. Termasuklah Friar’s ni.

Lepas makan, kitorang ke The Lost World tempat dinasor berkampung. Kat sini gua buat peel dengan membeli air berkepala dinasor pastu acah-acah kat caca bagi takut. Plan gua berjaya sejam yang pertama je. Pastu caca pun minum air dinasor ni gak.

Istana Far Far Away

Kampung dinasor, rumah mumia, zon robotik dan waterworld

Ada banyak permainan yang tak sesuai untuk kanak-kanak dan gua miss sebahagian besar daripadanya. Nak beratur dah la panjang, pastu nak tinggalkan caca dengan bini gua tercatuk depan pintu dengan hari macam nak hujan satu hal jugak. Lain kali jelah. Tunggu caca dah sekolah menengah baru gua masuk bawak caca.

Pertunjukan yang penting dalam USS adalah WaterWorld yang terletak diantara istana Shrek dan hutan dinasor. Pertunjukkan ni hanya 4 kali sehari dan kitorang beserta ratusan pengunjung lain akan beratur 30 minit sebelum pintu dibuka. Nak duduk depan punya pasal.

Waterworld ni adalah pertunjukan aksi seperti dalam filem Waterworld di mana orang baik lawan orang jahat dan orang baik menang.

Di dalam arena Waterworld tu terdapat 2 bahagian tempat duduk. Bahagian basah dan kering. Sapa duduk bahagian basah janganlah nak mengamuk bila pelakon aksi siram lu dengan air sebaldi. Amaran dah diberi awal-awal oleh petugas sebelum masuk.

Pertunjukkan hampir 30 minit dan sangat terhibur dengan letupan, tembak-tembak, penonton kena siram dengan air dan part paling best.. kapal terbang masuk dalam tempat pertunjukkan.

Seterusnya kitorang ke zon bertema mumia atau The Mummy. Kat sini ada roller coaster yang seram tapi gua tak masuk. Tengok luar sudah. Gua peratikan sapa yang main permainan yang melibatkan beratur panjang. Ahli keluarganya mesti tunggu kat luar siap bersila bagai. Anak pun siap tidur-tidur.

Zon tema seterusnya adalah zon futuristik seperti dalam filem Battlestar Galactica. Roller coasternya masih belum dibuka. Dapat bergambar depan pintu masuk pun dah cukup sedap. Kalau dia buat zon Starwars mungkin lagi teruja gua nak main. Battlestar ni filem dia pun gua tak pernah tengok. Tak stim nak singgah. Gua lalu je ke zon seterusnya yang lebih seronok.

Belum sampai ke ruang sebenar New York gua dah bergambar kat pintu gerbangnya. Bergambar kat subwaysnya, kat tangganya. Set yang sama seperti pengambaran filem holywood. Gambar-gambar ni kalau gua tag kat fesbuk. Mengangga jiran-jiran ingat gua bercuti kat New York.

Selain bangunan seperti di New York, kitorang juga dapat masuk ke tempat tarikan utama disini iaitu “Light, Camera, Action oleh Steven Spielberg”. Kebetulan orang pun tak ramai nak masuk mungkin diorang ingat tempat ni cam boring. Tapi korang tak tau, kat dalam bangunan ni Steven Spielberg akan ceritakan macam mana diorang buat ribut puting beliung gempa bumi dan banjir seperti dalam filem. Yang best pulak kitorang pun terkena ribut seperti dalam filem. Memang mendebarkan.

Gua macam kat NY der..

Kedai-kedai cenderamata ada disetiap zon bertema. Kalau tak sempat beli di zon dinasor contohnya, korang boleh dapatkan kepala dinasor tu di zon Hollywood. Kiranya USS ni berpusing tempatnya. Kalau korang jenis kaki enjoy, nak main semua benda dalam USS ni, 7 jam tak cukup untuk enjoy. Nak beratur lagi, nak terkinja-kinja lagi, nak bergambar lagi.. kurang-kurang mau 2 hari baru syok. Tapi kalau korang pergi bukan cuti sekolah dan hari biasa, ada harapan USS ni lengang. Gua masuk USS pada hari Selasa, 28 Disember 2010 ni serupa macam masuk pasar malam. Sesak ya rabbi.

Pukul 4 petang kitorang dah melepak kat tepi jalan Hollywood dan kul 4:15 petang kitorang dah keluar dari USS pun. Ambik gambar kat ‘dunia’ sebab orang dah tak ramai dan kul 4:30 petang kitorang dah ada dalam bas untuk balik ke hotel.

Melepak kejap kat hotel dalam sejam. Kemudian kitorang naik MRT ke Bugis untuk makan malam di Restoran Zam-Zam.

Restoran Zam-Zam ni adalah sebuah kedai mamak yang terletak di belakang masjid Sultan. Restoran bukan di lot tepi, jadi ramai yang tak perasan. Restoran ni berada dalam senarai wajib singgah oleh Kementerian Pelancongan Singapura. Info dari internet dan kawan-kawan dari Singapura pun tau restoran ni.


Menu pembunuh adalah Murtabak Daging. Terbaik di Singapura, Batam dan Malaysia. Gua tak order pun sebab gua lapar nasi beriyani. Air sirapnya rasa pelik. Tapi teh tarik dia memang layan. Kedainya 2 tingkat dan agak kecik dari luar. Nasi beriyani adalah SGD6. Murtabak daing pun SGD6.

Berjalan malam-malam di Singapura dengan tak kenal sapa-sapa tak memberi sebarang perasaan gentar di hati gua. Selain tau jalan balik, warga Singapura juga paham berbahasa Melayu. Masa gua kat Australia dulu lagi teruk sesatnya. Dah la kat negara mat saleh, map takde, bas berenti ntah mana, bawak caca tengah tido plak. Tapi kitorang ok je. Baru namanya travel. Kalu setakat ikut tourist guide pastu gi tempat yang dah plan je. Boring beb. Lu tak eksplore banyak tempat.

Pulang ke hotel jam 11 malam dengan menaiki MRT dari Bugis ke Little India dan esok pagi nak ke Orchard plak. Merayap kali terakhir.

Bersambung.

1 comment:

POSH76 said...

bagusla info ni terbaek