Thursday, December 30, 2010

Bercuti ke Singapura - Hari Pertama

Perjalanan gua sekeluarga ke Singapura bermula seawal jam 4 pagi pada 27 Disember yang lepas. Nasib baik Caca takde buat hal banyak sebab kena mandi kul 4:00 pagi. Gua hanya bawa 2 beg ke sana. Beg tarik 10kg dan beg belakang.

beg kecik dan beg blakang

Persiapan ke luar negara macam ni biasa kena call Celcom untuk roaming, call kad kredit untuk backup dan tukar duit. Gua hanya banyak SGD468 (RM1100+-). Tiket flight Tiger Airways, tiket Universal Studio dan bilik hotel gua dah siap tempah 2 minggu awal.

Lebih kurang kul 5:30 pagi gua dah berada di LCCT. Malas nak susahkan orang, jadi gua parking je kereta kat LCCT. Charge untuk 3 hari parking adalah RM107.50

Napa gua pilih Tiger Airways?
Harga murah RM200 dari Airasia. itu je. Kaunternya Tiger Airways agak terlindung sket dari puluhan kaunter Airasia. Korang kena bukak mata sket. Tak pun tanya orang.


Lepas checkin barang. Kitorg gi sarapan kat White Coffee. Kul 7 pagi terus masuk kat balai berlepas dan kul 7:20 dah ada kat dalam perut harimau. Aumm!!!

Tiger Airways ni kira macam Airasia la. Syarikat penerbangan tambang murah. Tapi ni Singapura punya. 1 baris ada 6 kerusi. Semua seat leather. Pramugari 3 orang berbaju kuning seluar hitam. ada skaf belang harimau ikat kat pinggang. Konon ganas la buat ikat-ikat macam tu. Menu makanannya ada air mabuk-mabuk. Tengah tulis kad imigresen, pilot bagitau flight dah nak mendarat. Kelam kabut gua menulis macam doktor. Penerbangan 40 minit tu rasa kejap sangat. Tau-tau dah sampai Changi airport.

Airport di Changi ni ada 4 terminal dan Tiger Airways ni berada di terminal bajet. Bila dah sampai luar bangunan ada free bus transit ke ketiga-tiga terminal tu. Kat dinding bustop tu ada map untuk orang blur macam gua. Perjalanan dari terminal bajet ke terminal 2 lebih kurang 5 minit. Tunggu bas pun tak lama kat terminal bajet tu. selang 5 minit ada bas lalu.

cari sign ni bila sampai terminal bajet

Sampai di terminal 2 gua terus menuju ke MRT.

MRT ni adalah train bawah tanah yang bagi aku sangat canggih, maju, efisen, pantas dan memeningkan. 3 hari sebelum ke Singapura aku siap beli map kota Singapura kat MPH yang ada map trainnya sekali. Aku ingat bila baca map train bole terus terer. Rupanya kena feel dulu baru pandai.

Sampai je kat Terminal 1 Changi Airport aku terus ke stesyen MRT dengan mengikut signboard. Bila dah kat depan pintu masuk ke stesyen MRT terus blur. Baca map - blur. Baca signboard, risalah apa kejadah pun blur glak. Last-last tanya kaunter. Rupanya sapa-sapa yang nak guna MRT kena beli ez-link card harga SGD12 sekeping dan touch kat pintu untuk masuk. Sama macam touch n’go. duit kurang boleh topup kat mesin topup atau kaunter yang terdapat di setiap stesyen hentian MRT.

lu jangan tengok muka gua. tengok map tu

Untuk memudahkan semua orang, map untuk lorong-lorong MRT ni ada 4 warna berbeza yang akan bergerak di seluruh Singapura. Warna merah, hijau, purple dan kuning. Bukan setakat kat map je, signboard setiap stesyen pun ikut warna lorong.

Misal kata dari Changi Airport (lorong hijau) korang nak ke Farrer Park (lorong purple) untuk shopping kat Mustafa. Memula korang touch kad tu kat mesin MRT Changi dan tunggu train yang tiba setiap 3-4 minit. Lepas tu korang kena turun kat mana-mana interchange untuk tukar train, macam kat City Hall. Pastu korang ikut signboard merah untuk naik train dari City Hall ke Dhoby Ghaut (next interchain). Turun kat Dhoby Ghaut, ikut signboard purple untuk ke Farrer Park. Setiap stesyen paling lama 3 minit. Jadi dari Changi ke Farrer Park lebih kurang 15 minit je dan ko melalui 14 hentian dengan 2 kali tukar train.

Pening? Gua pun sama.
Tapi lepas 3 jam melayan train sana sini alhamdulillah gua tak pernah terlajak naik train ke tempat lain atau rasa macam ‘gua kat mana sekarang ni hah?’

Gua first time naik MRT, first time gi Singapura, bawak family pulak. Tapi dengan segala map, signage, info yang merata kat setiap dinding stesyen MRT. Lu takkan sesat beb. Kecuali lu budak-budak, orang buta atau tak pandai membaca sebab sekolah tak habis, ada harapan lu mudah sesat.

semua info ada kat dinding

keadaan dalam MRT bila tak sesak

Selama berkelana di Singapura (guna ayat M.Nasir) gua tinggal kat Hotel Grand Chancellor yang terletak kat Little India. Kebetulan plak hotel ni termasuk dalam pakej Universal Studio. Sekali harung la. Tengok review kat internet pasal hotel ni memang sakit hati baca. Semua buruk je. Tapi sebab dah bayar gua harap diorang layan gua dengan baik dan mesra. Hotel ni juga dikelilingi dengan kuil-kuil hindu dan kedai-kedai india.

Hotel ni dikategorikan sebagai 5 bintang dari luar. bila masuk dalam jadi 3 bintang setengah. Tapi bila lu sarapan pagi kat tingkat 8.. terus menjunam jadi 1 bintang. cam haram jadah!

Gua sampai kat depan reception jam 10 pagi. Nasib gua agak baik sebab ada bilik kosong untuk gua checkin awal. Kalau nasib tak baik gua kena tunggu kul 3 petang. Lobi hotel agak luas dan nampak mewah. Lif berfungi bila kad bilik dimasukkan ke slot. Bilik kitorg terletak di bangunan sebelah. Jadi kena ke tingkat 4 untuk ke seberang bangunan. macam KLCC daaa…

Bilik agak sempit dengan takde bathub. Tivi takde Astro. Ada 12 channel dan malam-malam gua layan cite TVRI Indonesia. Permandangan terdekat di tingkap adalah kuil. Nasiblah locengnya tak kuat. Kalau tak mau gua sabotaj kuil tu.

hotel cikai je


Destinasi pertama pas letak beg adalah Bugis Street. Dari pembacaan internet, Bugis Street ni terdapat banyak tempat shopping yang murah-murah. Jadi gua berjalan kaki dari hotel ke MRT Little India (5minit) dan terus ke Dhoby Ghaut. Tukar train ke City Hall. Tukar train dan turun kat Bugis. Perjalanan lebih kurang 6-7 minit.

ni kat Dhoby Ghaut interchange station

Orang Singapura ni memang suka berjalan laju macam kat jepun. Kalau naik turun eskulator tu, baiklah korang berdiri kiri tangga. Sebab biasa diorang akan berjalan jugak walaupun eskulator bergerak.

Keluar dari Bugis MRT station ada baiknya korang baca map dan plan nak pergi mana. Kalau tak boleh sesat macam gua yang plan nak makan kat restoran Zam-Zam, akhirnya makan mekdi kat Bugis Junction.

Bugis Junction ni adalah shopping mall 4 tingkat yang agak besar kawasannya. Kedai-kedai pun banyak barang branded seperti Levis, Guess, Mac dll. Makan tengahari mekdi aku tu berharga SGD15 (big mc set, filled o fish set dan happy meal) Mahal bole tahan!

Pastu kitorang pergi ke Bugis Street yang terletak seberang jalan dari Bugis Junction. Kat sini barang-barang memang murah dan tempatnya lebih kurang macam Petaling Street. Tapi kena hati-hati pilih kasut. Kulit babi memang banyakkkkkkk kat sini. Gua syorkan kalau lu nak beli kasut cari kedai yang branded. Kedai cikai, kasut pun cikai. Kulit babi lagi.

Gua ada beli fridge magnet untuk koleksi petiais rumah. SGD10 dapat 4 ketoi. Baju tshirt pun harga paras-paras SGD10 – 15. Kalau kemeja dalam SGD35. Jual barang kat lorong-lorong macam ni pun bole kopak RM50 kalau tak pandai pilih.

Bugis Street


Cuaca kurang baik hari tu dan merasa la jugak hujan emas di negeri orang. Seterusnya kitorang naik train ke Raffles Place untuk bergambar kat Merlion pastu upload kat fesbuk kasi kawan-kawan jeles. hahahaharun!

Merlion ni terletak agak jauh dari MRT. Kena menapak sambil belek-belek map dan cuci mata tengok kereta Lambogini dan superbike melintas kiri kanan dengan bunyinya yang woshhh… indahhhhnyaaa..!!!

Jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan pakar!

Melion ni bila-bila masa memang sentiasa sesak. Pelancong macam gua memang jakun bila tengok. eksited satu macam. Padahal tugu negara pun tak pernah pegi. Macam-macam aksi bergamba kat sini. Gua sempatlah jugak tido kejap kat situ. Penat beb berjalan. Kena plak Caca ni nak dukung memanjang. Gua dah la bawak beg lagi. Satu yang gua perasan, Singapura ni tak mesra stroller. Semuanya bertangga. Lelagi bila kat MRT. Jarang sangat gua jumpa orang bawak anak dalam stroller. Banyaknya dukung je.

Kalau korang penat bergambar kat Merlion tu boleh pekena Starbuck bawah jambatan dekat area situ. Gempak beb Starbuck tu. Harga burberry muffin SGD3.50 ice blended SGD6.50.

Pas ke Merlion kitorang berjalan-jalan kat taman Esplanade kat tepi sungai yang sangatlah bersihnya. Sampah paling banyak pun daun je. Puntung rokok tak jumpe, plastik eskrim tak jumpe. Bebetul bersih Singapura ni. Tu belum korang tengok belakang kedai runcit atau kedai makan. Bukan kata bau busuk, air longkang pun takde.

Kitorg berjalan terus ke MRT untuk menuju ke Orchard. Dalam masa berjalan-jalan tu ada sempat jugak menolong dan bersembang dengan warga Singapura yang baik dan peramah. Ada jugak bebudak yang mandi sungai.


Caca ni plak macam dah kena set kat kepala. kul 6 tido. Jadi terpaksalah mengusung orang tido ni kehulu kehilir. Penat jangan cakap. Bini gua siap beli kasut lain sebab tak tahan kaki. Nasib baik gua pakai kasut Usin Bolt. Jadi berjalan pun tak penat sangat. Keluar je dari MRT Orchard kitorang dah geleng kepala.

“Sepatutnya kita ke sini dulu!” kata bini gua.

Keliling kitorang adalah shopping mall yang beraneka bentuk. Belakang gua je berbaris amoi nak masuk kedai LV. Sebelah LV ada Zara. Seberang jalan gua nampak shopping mall Tangs. Last-last kitorang ke ION Orchard sebab nak gi Starbuck mintak air panas nak buat susu caca.

Belum sampai kat starbuck, caca dah lena. Jadi kitorg lepak jugaklah kat startbuck pekena makanan sikit, sambil tunggu caca tido. Sekurangnya dapat rehatkan kaki. Bila aku peratikan kebanyakkan stesyen MRT memang bersambung dengan shopping mall. Macam masa aku kat Bugis (Bugis Junction), Orchard (ION Orchard), Raffles Place pun ada.

Sebab tulah gua perasan atas jalan takde orang. Semua lepak bawah tanah. Shopping mall macam ION Orchard tu ada 5-6 tingkat bawah tanah. MRT station kalu yang ada interchange pun sampai 3 tingkat bawah tanah dengan 4 train boleh bergerak serentak. Puhh.. baru hari pertama ni. Esok nak gi Universal Studio plak. Macam mana punye canggih pun gua tak tau lagi.

Kul 7 malam kitorang cadang nak terus balik. Tapi sebab makan pun belum, ada menariknya kitorang penatkan kaki lagi dengan terus menapak ke Mustafa yang terletak kat Little India. Mustafa ni dekat je dengan hotel kitorang. Dalam 10 minit jalan kaki. tapi sebab dukung caca yang 10kg ni tengah tido kat bahu. 10 minit rasa cam 10 jam.

Gua bayangkan Mustafa ni macam Jusco atau sekurangnya Parkson. Tapi bila dah sampai.. alamak… sama macam Mydin laa.. Mustafa ni ada 4 bangunan kalau tak salah. Bangunan sebelah-sebelah je dan ada jambatan penghubung antaranya. Sebelum masuk Mydin atau Mustafa ni kitorang makan malam kat gerai tepi Mustafa. Kedai mamak.

Nasi beriyani ayam, murtabak daging, teh tarik, teh o suam dan mineral botol besar. Harga adalah SGD15. Lebih kurang macam makan kat Mekdi tengahari tadi. Nasi beriyani diorang rasa sama je dengan kat sini. Cuma gua tengok meegoreng dia warna merah. Kalau kita warna cokelat gelap. Tapi rasa tak taulah sebab gua tengok meja orang.

Perut dah kenyang kitorang pun masuklah ke Mustafa. Gua cari boxer sebenarnya. Alang-alang dah masuk round sekali satu bangunan tu. Mustafa ni tak salah ada dalam 4-5 tingkat. Yang banyak masuk dalam ni semuanya orang india dan orang melayu (malaysia / indonesia / singapura). Harga barangnya agak murah dari kat luar dan pasaraya ni dibuka 24 jam. nak beli ubat gigi kul 5 pagi pun bole.

Bini gua sempatlah singgah ke tingkat 2 yang jual perfume. saja nak tengok harga. Sampai je kat area perfume.. nahhh.. orang punye ramai kat situ dan harga minyak wangi berjenama spt Guess, Dunhill, CK, Bvgari, Burbery, Polo dll semuanya murah-murah. Ni bukan perfum balang besar pastu transfer botol kecik buat calit leher. Ni perfum dalam kotak macam kat jusco tu. Perfum CK One 100ml harga dalam SGD42. Lebih kurang RM100 sebotol. Ada kakak sebelah gua ni siap beli kat 10 botol perfum pelbagai jenama dan gua teringat cakap-cakap internet yang syorkan beli perfum kat situ sebab murah.


Lepas sambar 2 botol dan boxer selai. kitorang pun berjalan balik dengan melalui deretan kedai-kedai india yang sesak satu macam je bila waktu malam. Gua tergelak bila ada satu kedai video pasang cerita tamil kat luar kedai siap audio. Penuh sesak jalan tu sebab semua nak tengok cerita free. mata masing-masing tak berkedip tengok pusat rani mukarjee. Sengal!

Satu perkara yang gua suka bila tengok kat Little India ni takde seketol air ludah sirih pun bertepek kat jalan. Taik burung merpati pun takde (burung merpati pun tak jumpa) dan setiap depan kedai runcit / makan mesti ada sebatang penyapu untuk diorang sapu-sapu bila ada sampah. Bersih sangat Singapore ni! Best.. best..

bersambung...

5 comments:

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

Nadia Nawi said...

Best sgt bca travel u ke s.pore ni..nk tnye. ambk pakej ni ktne ek?planning nk pg bulan 3 ni..before ct sek..brpa hrga pakej yg u ambik ni?..tq..

AjuA said...

Xde pakej2. Main redah je. Yg penting ada pasport. Ada hotel. Yang lain sume google blog orang. Dah masuk skali. Kompom akan pegi berkali2

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Lu kelakar lah bhai..!!
best..