Thursday, March 25, 2010

keje gomen

sapa yang tak pernah kerja kerajaan gua nak cite sikit pasal suasana disini.

gua kerja lebih 10 tahun. mula-mula kerja gaji kecik. pakai rx-z duk umah mak. cukup bayar duit motor je. nak makan kentaki tunggu duit ot. nak beli seluar bundle tunggu bonus.

kerja rileks. masuk kul 8. kul 9 lebih dah bole gi minum sampai kul 11. masuk opis buat kerja 2 jam rehat lagi sampai kul 3. menguap 2-3 kali dah bole balik kul 5. gua siap bole sambung blajar kat IPT lagi masa tu. bos langsung tak usik.

2-3 tahun kemudian kerja gua makin berat. dari menguap 2-3 kali sehari jadi sekali je sehari. itu pun time rehat tengahri. check-in surau kul 12 sampai kul 2. bila ada meeting kul 2.30 muka masing-masing sembab je. gua tengok mata ajit pandang satu tempat je tanpa perasaan. kat pipi ada satu garis panjang. tido waktu rehat ni memang berhantu. kalau gua miss tido tengahari, dia punya menguap kalah singa kat afrika.

opis tak ramai, sekitar 30 orang. bos sentiasa meeting. gua sentiasa hilang. kadang-kadang bole balik tido. kadang-kadang gi usha adidas. nak beli tak mampu. paling kerap menebeng kat kedai mamak sampai badan pun bau kari.

awek-awek kat opis semuanya makcik-makcik. asal ada meeting jabatan, plastik merah mesti ada. tapau meehon. tapau kuih. terdesak sangat air teh pun bawak balik dalam plastik merah. sepanjang gua bekerja, aktiviti tapau-tapau ni gua jarang terlibat. susah nak bawak balik. pernah gak cuba skali. bila sampai rumah pastik bocor. tak pasal-pasal kena basuh motor waktu maghrib.

satu masalah makcik-makcik kat opis adalah hobi bergosip. semua benda boleh jadi cerita. gua datang awal pun soksek soksek. gua tak gosok baju pun soksek soksek. gua kemas meja sikit pun soksek soksek. itu belum bab artis lagi. boleh sampai ke petang cerita fasha sandha je. esok izwan pilus. lusa maya karin. sambil cerita kena ada asam-asam baru sedap. sebab tulah makcik-makcik kat pejabat kerajaan besar-besar pehanya.

satu benda yang lu kena jaga bila bekerja adalah punch card. walaupun lu tak nampak satu hari pun sebab kerja kat luar. punch card mesti kul 8. lu lambat 2-3 kali sebulan boleh menyebabkan kad punch card tu tukar kaler lain. kaler merah paling cilaka. lu kena jumpe bos bagi sebab. lu kena jumpe orang disiplin bagi sebab. rekod kerja lu pun buruk. padahal lu hensem baju gosok hari-hari.

tunjuk kepandaian di pejabat kerajaan adalah pantang terbesar di mana-mana pejabat kerajaan seluruh negara! walaupun lu kerani. tapi kalau lu saja-saja cakap dengan bos "saya tau jalan KL!" memang sampai mati la lu jadi driver bos. padahal lu kerani je. sama jugak halnya kalau lu kerani dan pandai komputer. otomatik semua staff kat opis lu akan rujuk kat lu segala soalan tentang komputer.

"kenapa tak bole print?"
"macam mana nak buat bold?"
"macam mana nak install game ni?"

dan lu akan sentiasa bizi buat kerja orang dan last-last kerja lu tak siap. hal macam tu banyak terjadi pada staff baru. jadi gua bagi nasihat secara baik kalau lu dapat kerja kerajaan biasakan cakap "tak tau la!", "tak reti la!". jadi lu selamat jadi balaci warga tua di opis tu.

kerja kerajaan kena banyak sabar. kalau lu dapat kerja kontrak. tak semestinya lu kontrak sampai mati. 2-3 tahun lu sabar mungkin lu dapat jawatan tetap. nasib lu baik naik pangkat plak. nisbah untuk lu apply jawatan terus tetap sangat tipis. kecuali abah lu orang besar kat situ. gua tengok trend staff kerani kebanyakkannya ada degree. ada master. bila ada jawatan kosong jadi pegawai. dia terus apply dan dapat. jadi sabar tu penting.

gaji tak banyak di kerajaan adalah biasa. semua orang begitu. polis, tentera, kerani. sebab kakitangan awam adalah satu organisasi yang sangat besar. juta-juta! ambik kata kerani seluruh negara ada 100 ribu orang. tambah gaji seratus ringgit sorang kurang-kurang najib kena cari 10 juta untuk bayar kerani je. pegawai pun nak gak tambah gaji. cikgu pun nak. muhyidin yasin pun nak. belum cerita cupeks bising-bising mintak bonus raya lagi. bukan kata najib, rosmah kalauu tau pun melenting tak boleh shopping london.

satu sebab utama orang pilih kerajaan adalah kerana pencennya. zaman paklah pernah ada ura-ura nak mansuhkan pencen. mustahil! sebab skim pencen kerajaan ada tulis kat perlembagaan persekutuan. tak boleh pinda pun. jadi untungnya ada pencen semua tau. lu goyang kaki tengok AF pada usia 60 pun dapat duit. lu meninggal usia 60, bini lu dapat pencen seumur idup dia pulak. itu belum cite kalau lu sakit jantung kena bypass kos puluh ribu kat IJN. lu senang-senang tunjuk kad pencen pastu segala kos najib tanggung. sayang abang jib!

gila kuasa di dalam kerajaan adalah biasa. kilang soni pun ada orang gila kuasa. kedai runcit ahseng pun ada gila kuasa. jadi orang yang gila kuasa yang suka arah lu buat itu ini banyak di sini. ada masa lu kerja teruk. kerja sampai malam. sabtu ahad pun kerja. tapi tak selalu.

kerja di kerajaan banyak meeting. dalam satu hari lu boleh sampai 4-5 meeting. pagi meeting jabatan. pastu meeting jawatankuasa. pastu meeting gotong royong. petang meeting sukan. meeting bajet. meeting family day. last-last kerja buat esok. dah asyik meeting je satu hari.

bab tindas menindas atau perkauman jarang terjadi sebab 90 peratus adalah orang melayu. jadi memo dan surat dalam bahasa melayu. meeting cakap melayu. dan makan lepas meeting pun nasi. tak pernah lagi rasa chiken chop.

orang kata kerja kerajaan macam tak kerja. rileks je. sebenarnya tu silap. yang tak kerja tu buruh-buruh. cuba tanye pegawai. memanjang sibuk macam gua. buruh-buruh banyak mengular sebab gaji kecik. pegawai gaji banyak tu pasal kena perah.

jadi sapa yang dapat kerja gomen. kerjalah elok-elok. nak dapat susah. nak berenti senang.

2 comments:

sherin said...

yelah aku suka tang pencen tu je...mmg berbaloi-baloi... mak aku dpt keistimewaan tu..sbb arwah abah dulu kan keje gomen...nak wat camno...kabel beso takde..tu yg aku kene keje kat swasta..takper janji masyuk... nota kaki: nasib baik aku tak masuk gomen..mungkin aku pun termasuk kaki gosip gak..biasala org pompuan..hahahaha

AjuA said...

heheh.. bukan kata ko.. aku pun kekadang kaki gosip gak...