Monday, December 14, 2009

bisnes MLM


pada satu petang yang harmoni aku, isteri dan caca bersiap untuk keluar bersuka ria di shah alam sambil menghirup udara petang yang segar dan seharum teh sabah.

sedang aku menghimpun 3 guni sampah di depan pintu rumah, kelibat satu mpv wish perlahan melintasi rumah aku. ni tak lain cari rumah sewa la ni. tak pun kawan abang baju kuning rumah belakang.

"ajua..!" jerit pemandu wish tu.
"ehh.. jibaun! la.. nape tak call dulu" balas aku menjerit jugak.

jibaun ni adalah kawan lama aku semenjak dari sekolah menengah lagi. kira kawan karib sangat la. mak bapak aku memang kenal sangat la dia ni. dialah geng rempit. geng usha awek. lepak umah dia sampai pagi adalah aktiviti wajib hujung minggu. pernah bercuti sampai ke pangkor dengan kunyit dan ashim. beraya rumah awek dia kat temerloh. kehidupan bujang aku yang penuh misteri dan sulit banyak dia tau. datuk tony fernandes pun jeles kalau dia tau hal sulit sebegini.

last dia datang rumah aku masa raya tahun lepas. raya tahun ni plan memanjang tak jadi je. aku sibuk. dia ada hal. last aku jumpe dia beberapa bulan lepas di kedai khalifah seksyen 3 sambil bercerita tentang satu produk MLM.

dan aku tak join MLM tu.

jadi petang tu jibaun pun melepak la kat rumah aku dengan di hidangkan teh cameron highland. uncang edisi terhad dan nasi beriyani bukhara yang sempat bini aku masak segera.

kalau dia bagitau awal mungkin sempat jugak bini aku masak rendang tok dan bakar lemang. tak pun black paper stik dengan makaroni cheese dihidangkan dengan roti garlic yang dibakar atas kayu api yang arangnya hanya boleh diperolehi di essex, england. senang cakap di belakang rumah jamie oliver!

selain bersembang kosong dan bertanya khabar. sempat juga aku bertanya hal kereta wish dari negara maria ozawa tu. soalan aku tu seperti memetik suis bom. dia tersenyum dan bertutur dengan susunan ayat teratur bahasanya dan cantik lenggoknya seperti telah dikarang dari awal. dan aku syak ni mesti MLM ni.

tepat dan tanpa selindung maka jibaun memberitahu ~ itulah hasil MLMnya. sebuah wish baru dengan bulanan sebanyak seribu lebih selama 9 tahun. baru bayar 2 bulan. keluar lepas raya puasa aritu.

aku tersengeh manja selepas diberitahu wish itu masih berhutang dengan bank. bukan dibayar tunai. tambah hutang rupanya! jadi takdelah hebat sangat MLM tu sampai kau berhutang bank. ingatkan wish tu dah habis bayar! nampaknya jibaun kena maintain MLM selama 9 tahun la kalau nak bergaya dengan wish maria ozawa tu.

aku tolak MLM dia dengan cara baik. untuk kali ke 2. aku ada juga side income. tapi bukan MLM. aku tulis blog. purata aku dapat 30 ribu ringgit sebulan hasil dari tulisan blog kat sini. bulan lepas je dapat 145 ribu ringit hasil iklan di sini.

takkan aku nak cerita kat dia income aku 30 ribu tu. jadi aku bagitau je bisnes aku low profile. nampak takde kemajuan. bisnes runcit-runcit je. masih bekerja makan gaji dengan menunggang superbike 110cc setiap hari. dan berkasut buruk dan berkemeja lusuh macam biasa. pukul 9 makan nasi ikan keli kat kantin tingkat bawah, juga macam biasa.

aku cuma sedikit pening kepala pikir kapal persiaran yang roman abramovich bagi aku minggu lepas tak dapat permit berlabuh kat port klang. mungkin aku kena bincang dengan vincent tan sebab aku nak pakai perlabuhan berjaya dia. jadi hal macam tu tak seronok aku nak cerita kat jibaun!

jadi aku diam aje.

******************

beberapa hari kemudian jibaun ada memujuk aku dari fesbok. aku tolak lagi cara baik. dah tiga kali! aku tak nak kerana bisnes MLM yang tak tentu hala ni, akan mengkuburkan hubungan aku dengan dia.

cara meniaga orang lain-lain. ada suka MLM, ada suka rompak, ada suka trading, ada suka services. ada suka main-main. jadi MLM bukan cara aku dan bini aku. skim piramid ni jangan main-main oi. sedara pun boleh putus. apatah lagi kawan. jangan sebab duit semuanya tergadai.

aku tengok orang MLM pun tak semuanya berjaya. hutang berlambak pun banyak. ishh.. takut gak aku bab berhutang ni. dengar cerita nabi pun tak sembahyangkan orang yang berhutang ni. jadi janganlah berhutang.

aku juga dah nasihatkan jibaun jauhi dari MLM ni dari terperangkap. antara sebabnya, mengkayakan bangsa lain. 99% MLM adalah kepunyaan bangsa lain.

MLM seperti Hai-O menjual arak dalam bisnesnya. walaupun ramai bertegas Hai-O marketing tak sama dengan Hai-O trading. kalau dah satu company tu bukan sama je ke. samalah macam ko makan kambing yang tinggal dalam kandang babi. kambing tu memang halal makan. tapi dia makan sepinggan dengan babi. sentuh kulit babi. gurau-gurau dengan babi. mungkin juga kambing tu ada bersekedudukan dengan babi. kita pun tak tau. jadi ko nak makan ke kambing tu bila dah tau?

confiden makan takpe. kalau was-was!

aku ada juga baca website ust zaharuddin yang review pasai uptrend dan hai-o. dan menariknya menurut Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhaili (ulama dari syria)
adalah HARAM mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen orang di kaki yang kesepuluh. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah!


kiranya ko ambik untung sedikit. mungkin dalam 5% di atas usaha orang bawah yang takde kena mengena dengan ko. seperti ko duduk goyang kaki tengok fesbok, tapi ko kutip 10% keuntungan sales dari member ko yang bagai nak mati cari duit tu.

itulah piramid.

No comments: